Khamis, 19 April 2012

MEMOIR AKU SEORANG CIKGU (PART 8)

Agak mustahil untuk mengimpikan yang indah-indah sahaja dalam hidup ini. dalam kerja pun begitu. sama ada aku jadi pesimis kerana aku kurang cinta pada kerjaya ,atau aku jadi begini dengan peristiwa-peristiwa yang mendera jiwa.aku tak tahu mana satu yang membunuh semangatku,satu persatu.

orang boleh berkata,bangunlah, binalah kembali semangatmu,hidupkan keghairahan dalam bekerja...tapi ada masanya aku tak mampu.  aku memberi sehabis baik,walau jiwaku meronta-ronta kesakitan.kepalaku macam disiat-siat,hatiku seperti dilumat-lumat.oleh entah apa. kebencian,suka, senang,gelisah,pasrah,lelah.semuanya bergantian.

aku impikan persekitaran yang tenang dan damai.seronok dan santai.tiada kebisingan,tiada semangat negatif,tiada keresahan,tiada paksaan...tapi itu mustahil digapai tangan.realiti kini memang menakutkan,anak-anak ini menjadi sebuah generasi yang begitu agresif,tak terkawal.atau entah setiap masa sejak dari dulu ia begitu,aku tak tahu.

bolehkah kita mengimpikan dapat manusia yang baik-baik saja untuk di ajar?tentu tidak. melainkan mungkin mengajar di sekolah asrama penuh,atau sekolah pondok mahupun sekolah agama,runtunan jiwa seperti yang aku hadapi mungkin tidak berlaku.

1997- `AKU HAMPIR MATI`.

masa itu aku bertugas di sesi petang.giliran bertugas mingguan. meronda,waktu dah petang sangat.mungkin satu masa lagi nak habis waktu p&p.dalam pukul 6.oo petang gitu.  aku perasan ada 2 pelajar ni tak masuk kelas,lagi beberapa lama tadi merayau-rayau tak ketahuan hala. sengaja buang masa,sengaja memonteng,sengaja mencabar kesabaran cikgu muda seperti aku.aku tahu dia sengaja mengumpan kemarahan,entahlah,bangga agaknya menyakitkan hati cikgu.

sebab dah banyak kali dia tak mengendahkan arahan supaya masuk kelas,aku naik geram.bila lalu saja depan aku,aku sebat kakinya guna rotan panjang. dia naik marah,malu la agaknya hero kena pukul.dia mula menjerit-jerit marahkan aku,habis semua benda disebut.dari binatang mughallazah sampai kepada benda-benda dalam kain mak abah dia.tak cukup dengan itu,tiba-tiba aku ingat syaitan dah merasuknya.

dia pergi ke bawah pokok bunga,dia angkat sebongkah batu besar anggaran 3 kilo (besar tu,kalau kena hempuk memang aku mati..)sambil mencarut-carut dan air mata dia mula keluar,dia angkat batu tu tinggi-tinggi,siap nak dilempar padaku.ya Allah,aku tenang-tenang saja walau aku takut juga budak tu betul buat begitu,memang mati aku kalau dia berani buat.

kelas sekeliling dah riuh. budak-budak ada yang tergamam,takut aku diapa-apakan. tapi sekumpulan pelajar begitu suka,tambah mengapi-apikan dia untuk baling batu tu padaku. bila aku pandang mereka,di wajah mereka tergambar keseronokan yang tak terungkapkan andai berlaku peristiwa `cikgu disiplin yang garang macam hantu mati kena hempuk batu`.

aku tak bohong kawan, peristiwa itu kemas dalam lipatan memoriku,hingga kini.aku masih ingat lagi tempat itu,di koridor berhadapan tangga,berdekatan dengan bilik seni sekolah itu.yang menyaksikannya,kak rahmah,rakan setugas.dia dah menjerit panik.tak pasal-pasal nanti hilang kawan serumah pulak.

kau rasa aku buat apa kawan.lari?oh,tidak.aku bukan pengecut.aku ada maruah. maruah seorang guru yang patut dipertahankan. kalau aku lari,tentu mereka tambah berani dan merupakan kemenangan moral .percuma saja. jadi aku teguhkan berdiri.aku tenung matanya.aku mengucap panjang-panjang.aku pasrah,kalau itulah akhir hidupku,padahal tak berapa hari saja mengajar.debaran hati juga semakin kuat.badan dah menggigil.takut aku pulak kerasukan.

mujur Allah masih mahu aku hidup. kawannya cuba tenangkannya.diraihnya batu tu dari tangan budak tu.berkeras juga dia,seboleh-boleh mahu dibunuhnya cikgu yang kejam ini.tapi akhirnya psikologinya kalah. menangis dan dilempar batu ke tepi. dia melangkah pergi dengan carutan yang panjang. pelajar lain yang menyokongnya bersorak. yang sayangkan cikgunya mengurut dada.lega. cikgu tak jadi mati.

aku?dengan langkah longlai dan hati yang luka,melangkah ke bilik guru.menulis report apa yang berlaku sejujurnya.agar aku tak disalahkan akhir nanti.benar telahanku,esoknya awal-awal pn. Mastura,penyelia petang panggil aku ke pejabat. di depannya dah duduk dengan angkuhnya seorang lelaki yang tegap badannya. dia kata `oh,ini cikgunya yang buat anak saya semalam?` mukanya masam mencuka. matanya tajam,merenungku seolah-olah aku ini pesalah juvana.

aku tak gentar.ya,itulah kelebihan bila kita berdarah muda. aku hulurkan report semalam,aku minta lelaki itu membacanya.

agak ambil masa juga dia.  kemudian,aku lihat dia agak kendur. dengan nafas lemah dia berkata, `betulke anak saya cakap begini,cikgu?  saya mengaku,saya sibuk. saya boleh bagi dia duit yang banyak. saya mewahkan dia. baju dia kalau tak cecah RM60,tak mahu dia pakai. kasut,mesti converse. saya tak sangka dia buat begini. mungkin dia kurang kasih sayang`.

tahu pun. rasa nak kupadan-padankan mukanya. rasa nak kukatakan padanya,kalau tak pandai ajar anak,jangan marah kalau cikgu tolong ajar.tapi minda aku masih sihat dek kerana badan aku masih cergas. orang pandai tak buat begitu. aku pun tak buat lah. pengakuannya aku dah terima sebagai tanda minta maaf.

budak itu memang payah nak dibentuk.sekarang aku rasa umurnya dekatlah 3o tahun agaknya.beberapa ketika,guru-guru pun sering bercerita tentangnya. Pn. Leong Le Har pernah cerita dia terserempak budak itu macam tak terurus,macam budak hisap dadah,duduk melepak dekat bas stop.

kawan,
jika anakmu balik mengadu tentang cikgu,baik kau datang sekolah untuk bertanya, bukan marah membabi buta.
cikgu ini perasaannya sama macam kau,ingin yang terbaik untuk anakmu. biasalah,kalau kena pukul tu.tu pun tanda sayang. bukan sampai lumpuh pun. tapi kalau kau tak menyokong apa cikgu buat untuk anakmu, kau akan rugi 2 perkara.pertama, anakmu akan rosak sampai bila-bila. kedua, cikgu tawar hai dan biarkan saja anakmu buat apa dia suka kerana sikapmu yang terlalu melindungi.

bukan itu saja patah jiwa yang aku alami. aku sambung entri part 9 nanti...

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com