Jumaat, 6 April 2012

terima kasih, Eric !

    

eric,amiratun dan aimi

minggu ni sebenarnya minggu aku sakit kepala. minggu bertugas. minggu bawa rotan ke sana sini. minggu berkelahi dengan budak  (arghhhh bodohnya aku).minggu marah. minggu sakit hati. minggu yang buat hati aku meronta-ronta nak ajak hubby bersembunyi di Thistle gaji nanti.

tiba-tiba dapat mesej dari eric.mantan  anak murid aku, kelas5 sains 2 tahun 2011.
  • rindu cikgulah
  • suara cikgu
  • eric dah siap
  • kenape tk buat
  • 20 sen
  • kat kolej.. cikgu sini tk de buat mcm cikgu
  • buat tk buat u punya hal
  • tulisan tk cantik u punya hal
  • rindu semua kawan
  • haizz

    mungkin tak ada apa-apa bagimu kawan.tapi amat besar ertinya buat aku.yang ketika ini rasa hati berbelah bagi.penat dengan dunia dan karier ini.betapa ingatannya,kerinduannya dan memorinya tentang denda 10sen itu buat dia teringat-ingat zaman sekolah.sekarang eric sambung belajar di kolej.perkara-perkara kecil yang kami lalui bersama ini jadi kenangan manisnya. dan aku juga.walhal kadang-kadang ketika peristiwa itu berlaku boleh saja ia berlaku dalam situasi yang menjengkelkan.cikgu sakit hati. pelajar tak seronok sebab cikgu marah-marah.hati sangat geram sebab asyik kena denda 10sen kalau tersilap cakap.


    sebahagian mereka ketika tingkatan 4
    jing er,pandai-pandailah bawa diri.



    2 tahun aku `mendidik` mereka sepenuh jiwa. aku tidak suka istilah mengajar. mengajar, ialah istilah yang tidak begitu dalam. sekadar beri ilmu akademik. tapi kalau mendidik, di samping akademik, kita patut memberi nilai tambah dalam hidup mereka. akhlaknya. adabnya. kepekaannya kepada isu semasa. realiti sebenar dunia luar,belajar menghormati dan berkasih sayang dengan tulus ikhlas antara kaum yang berlainan bangsa.supaya bila besar nanti mereka jelas,dapat membezakan keburukan dan kebaikan. mana betul dan salah. dan paling penting, menjauhi rasis sebab itulah pembunuh senyap bagi kaum yang berbilang dalam negara seperti malaysia ini.

    eric,
    terima kasih dengan mesej kamu. memberi cikgu semangat semula. melenyapkan keraguan cikgu selama ini. selama ini cikgu tertanya-tanya, adakah kamu semua dapat sesuatu dari apa yang cikgu ajar. walaupun sedikit. saya percaya, ilmu akademik itu memang kamu dapat. dah dibuktikan dalam SPM lalu.tapi nilai hidup macamana cikgu nak tahu kalau kamu dapat atau tidak?

    mesej kamu dah  menjelaskannya. cikgu tak kisah andainya dalam 40 orang kelas kamu,andai beberapa orang saja yang mengamalkan nilai yang cikgu ajarkan pun, cikgu sangat berbesar hati.cikgu nak kamu tahu,(dan mestinya kamu tahu),apa yang cikgu beri memang dari hati.

    semoga sampai kamu tua pun, turunkanlah nilai-nilai baik yang kamu  pelajari untuk anak cucu kamu.di tahun bila pun, saya rasa masih ingat lagi tulisan kamu, walau tanpa kamu menulis nama kamu di atasnya. lenggok bahasa,condong kiri kanannya,bulat,tajam atau kurus hurufnya,malas atau tidak cara mencoretnya,semua saya masih ingat. chen, longoi,QingNing, Kiah, anuar, rafid, zaen, emon,zul,amiratun,jing er, yuh sha,kalaivani,davina, amma,kogi...ah, ramai sangat...

    kamu semua sentiasa ada dalam ruang hati saya.  satu memori tentang kamu yang susah cikgu nak lupa, ingat tak masa percubaan spm, kaki meja kamu ada 4 batu bata?hahaha. saya tak tahu apa motifnya.kamu dan meja kamu sangat berbeza nampaknya.paling besar dan paling tinggi.nasib baik kamu di barisan belakang. lucu sangat kalau nak diingat!

2 comments:

Muzakkir berkata...

Untung anak murid cikgu sebab dapat penghargaan daripada cikgunya. Semoga semangat untuk mendidik cikgu kembali membara! Amin

Comels berkata...

muzakkir,kita menghargai sebab kita dihargai.bukan status guru-murid jadi ukuran,cuma menerima mereka sebagai manusia ciptaan Allah,punya perasaan sama seperti kita. pepatah ada menyebut,apa kita beri,itu yang kita dapat.betul sangat tu.ya, saya jadi semangat semula walau itu bukan apa-apa pada orang yang membaca, ia kesan yang besar bagi jiwa saya!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com