entri ini khas untuk kekasihku dunia akhirat,suamiku tersayang.
selamat hari lahir sayang, semoga abang dilindungi Allah di dunia dan akhirat.
terima kasih kerana menjadi suami yang menyintai sepenuh hati,menerima kekurangan dengan redha dan sabar,menerima kelebihan dengan syukur dan senyum lebar.
terima kasih sayang, kerana tidak pernah beralih arah selama tempoh pernikahan kita hingga ke saat ini yang usianya menjangkau14 tahun. walau di luar sana abang berhadapan dengan macam-macam ujian, macam-macam perempuan,yang cantik,yang menarik,yang pakai bedak bertepek-tepek.sedangkan isterimu ini cukup sederhana,pakai bedak biasa-biasa,gincu pun sekali sekala.
terima kasih sayang, kerana benarkan isterimu ini belajar, mengejar cita-cita yang terpendam akibat kemiskinan keluarga, abang rela menempuh susah dan derita, abang rela korbankan ego dan kerjaya,abang rela sunyi sendiri 3 tahun menahan sengsara,terpisah kita jauh,,jauh dan jauh.
dalam rindu dan terpaksa, abang meneruskan hidup seorang diri,,sunyi dan sepi.rumah kita tak berseri, abang kata kerana hilangnya seri sebab isteri tiada di sisi.
terima kasih sayang, kerana abang rela berkorban belajar sendiri dari tak tahu apa-apa sampai boleh jadi orang IT, sampai terlentok-lentok dengar tutorial cikgu-cikgu oversea.yang mengajar kadang-kadang suara kipas komputer lebih kuat dari suara dia,tapi abang tabahkan hati dengar mat saleh tu memberi ilmu hari-hari.memang berbaloi kita bayar internet beratus-ratus untuk 30 hari.
terima kasih sayang, abang sanggup tunda keinginan untuk ambik degree dari open universiti sebab abang mahu berdikari,tak mahu terhutang budi dengan bantuan diberi,abang kuatkan semangat dan hati,hari-hari belajar sendiri.
abang tahu tak, ayang percaya Allah tu Maha Adil. Maha Baik, dan Maha mendengar. kita tunggu saja dengan sabar. abang tabah dan kuat semangat.abang rajin belajar. abang baik. abang tinggi cita-cita. abang ada kekuatan jiwa.abang ada rasa percaya. dan abang ada isteri yang setia.
sekejap lagi, Allah kabulkan doa kita. kalau Allah kabulkan cepat, maknanya Allah sayang akan kita. kalau Allah kabulkan lambat, maknanya Allah mahu dengar lagi rintihan kita. kalau Allah tak kabulkan didunia, Allah ada sesuatu yang terbaik untuk kita di sana. bagaimanapun, Allah maha baik sayang, kita usaha,harap dan tunggu.
sayang, terima kasih kerana tak merungut apa-apa tentang hidup kita. abang buat air sendiri kalau ayang tertidur, abang masak megi sendiri kalau abang lapar tengah malam, abang makan apa yang ada yang ayang beli dari kantin kalau ayang penat nak masak,abang tak pernah susahkan ayang dengan benda remeh temeh tu sebab abang tahu ayang penat,otak ayang serabut kalau balik kerja dengan kerenah budak-budak yang meningkat remaja.
abang pendengar yang setia tentang perkara yang berlaku kat tempat kerja, abang dengar juga walau dah banyak kali ayang cerita benda yang sama, abang senyum-senyumkan muka walau abang pun banyak masalah dunia.kerana abang begitu mengerti, kerja ayang sangat mengganggu emosi, orang luar tak tahu gelora rasa seorang guru. hanya empunya diri dan keluarganya yang tahu.
walau sekarang abang tak boleh nak tolong ayang macam dulu tanda kertas periksa yang beratus-ratus keping tu, cukuplah abang dengar celoteh ayang barang seminit dua (sejam dua) tentang resah dan kacaunya jiwa ayang dalam proses memanusiakan manusia.itupun dah cukup melegakan, kerana abang dengar dengan simpati, suami yang mengerti tentang erti sebenar kelelahan ini. abang bukan kategori suami yang tergamak menyoal kembali isteri `penat sangatkah kerja cikgu ni?` ah, bertuahnya memiliki suami sepertimu sayang.
terima kasih sayang, walau abang tak pamerkan romantik abang dengan jambangan bunga atau hadiah intan permata, tapi kasih sayang dan kelembutan abang ekslusif untuk ayang sorang sudah cukup buat isterimu ini terharu. abang tak pernah tinggi suara, abang tak pandai tunjuk muka masam mencuka, abang tak sanggup tengok ayang kesejukan dibekukan ekon, abang cari stokin ayang yang bersepah sana sini, abang pakaikan ayang stokin dan selimutkan ayang supaya tak beku,(kadang ayang belum tidur tapi pura-pura dan sungguh indah merasai kasih sayang yang tidak diungkapkan itu...) lepas tu abang sambung belajar semula kat ruang tamu sampai pukul satu.
setiap kali ayang pergi kerja abang hantar sampai pintu pagar, abang tengok ayang sampai hilang dari pandangan,abang lambai-lambai dengan penuh rasa cinta,ayang tahu itu dari sorotan mata.
insyaAllah sayang, tak lama lagi kita tak perlu bekerja makan gaji,kita sama-sama usahakan untuk kerja sendiri,mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki,kita capai segala cita-cita.kita selalu tengok filem yang membangun jiwa,kita ambil kata-kata mereka untuk semangat. terbaru,cerita yang dapat rating tertinggi tak terkalahkan itu,alah,yang ada hero tua tua, morgan freeman tu...abang ingat tak kata kawan dia yang dapat lari ke pulau `aveuluveluuu` tu...MANUSIA MESTI HIDUP DENGAN HARAPAN.
selamat hari lahir sayang, semoga kita berbahagia di dunia sampai syurga.
4 comments:
sweeetttttnyer...
cikgu,,saya ingat lagi masa kitorang semua pergi beraya rumah cikgu.Susah nak nampak suami cikgu. Kitorang ingat suami cikgu pemalu.
Anyways,,saya nak tumpang beri ucapan hari lahir.Semoga kehidupan cikgu suami isteri diberkati Allah SWT. Amin..
yun,terima kasih atas doa,semoga terus diangkat kelangit doamu itu,amin.semoga yun juga dapat hidup gembira dengan orang yang betul cinta padamu yun.memang suami saya pemalu,sangat pemalu.tapi tu yang best sebab dia ekslusif untuk saya. haha. masa kau orang datang tu, dia menyorok kut,segan,anak murid saya dah bujang dan dara,kalau budak kecik tu dia tak segan sangat.
Semoga kita dan juga jana bahagia ke akhir hayat, jumpa dengan suami masa dijannah nanti,
Insya'allah..
terima kasih balqis,kata-katamu indah sungguh. saya suka tulisan balqis,semuanya yang baik-baik saja. tak macam saya, emosi pelbagai.haha. mudah-mudahan,kita berjiran di syurga. kirim salam puteramu yang comel tu...
Catat Ulasan