Selasa, 10 September 2013
PERCUBAAN SPM: HMMM,SABAR AJE LAH!
Posted by Comels at 3:48 PTG 3 comments
Labels: bahasa melayu, soalan bocor, spm, starp
Rabu, 28 Ogos 2013
BELASUNGKAWA BUAT TEMANKU, CIKGU SITI HAJAR RAHIM.
terkejut dengan berita yang baru ku terima. 5 sekeluarga maut,3 parah. takziah buat hajar yang kehilangan keluarga termasuk arwah ibunya. dan setakat cerita ini di tulis, hajar belum sedarkan diri di hospital muar. Ya Allah, Kau permudahkan dan selamatkan mereka, yang sudah Kau takdirkan bertemuMu, jadikanlah mereka dalam kalangan hambaMu yang terpilih. Buat Hajar, semoga dipanjangkan umur dan terus dipermudahkan,diringankan penderitaan dan kesakitan.
baru 2 hari lepas terngiang-ngiang gelak tawa hajar bersembang dengan syikin dan yang lain. aku pula malas nak menyampuk, letih sangat 2-3 hari ni. sekadar duduk dan pasang telinga, senyum sorang-sorang bila ada cerita mereka yang mencuit hati.
hajar cikgu yang sangat dedikasi, memang rajin sungguh mengajar tak dapat aku pertikaikan,selalu kami usik dia nak suruh Pn Zaharah pindahkan ke sesi pagi,boleh ajar budak kelas periksa . hajar takut benar nak ke pagi, dan banyak juga hajar kongsi cerita dengan aku apa-apa saja yang berlaku dalam kehidupan. berkongsi itu boleh mengurangkan stress!
apa yang berlaku menjadi iktibar padaku dan pada kita semua, sesungguhnya maut itu datang tidak syarat tua atau sakit, bila Allah berkehendak, hanya Kun Fayakun sahaja, maka jadilah. maka marilah sama-sama kita menginsafi diri dan berhati-hati ketika memandu,ajal tidak kenal siapa kita. sedekahkanlah fatihah,atau selawat atau apa saja zikrullah buat sahabat seperjuangan kita ini, dan keluarganya yang dipanggil Ilahi,agar ketenangan,ringannya kesakitan dan derita serta pahala yang besar menanti mereka.
sesungguhnya, lambat atau cepat,kita juga akan dijemput Allah. entah esok,entah lusa,giliran kita pula, dengan cara yang kita juga masih tidak akan tahu. aku juga ingin mengambil kesempatan meminta ampun dan maaf kepada kalian semua andai ada yang terguris dengan kata-kata,tingkahlaku atau apa saja gerak geriku yang disengaja atau tidak,sesungguhnya kejadian ini begitu menginsafkan.
alfatihah...
Posted by Comels at 10:00 PTG 2 comments
Labels: ajal, kemaalangan, maut
Ahad, 25 Ogos 2013
HOSPITAL,MIA DATANG!
Posted by Comels at 11:44 PTG 5 comments
Labels: damia maisarah, doktor, hospitai kulai, layanan mesra., nurse baik, sakit
Ahad, 14 Julai 2013
warkah buat bidadari mami( Part 1)
adik dah berumur 10 bulan 9 hari masa surat ni ditulis. adik sedang lena dalam buaian. sebenarnya banyak mami nak tanda kertas exam anak murid mami,tapi tak ada mood lah sayang. lagipun mami sakit pinggang,adik nak dukung aje banyak-banyak harini.manja betul..macamanalah agaknya teacher jaga adik kat nurseri ye.adik dah berat sekarang ni.entah-entah dah 10 kilo tak dik. mujur adik tidur cepat,tak banyak karenah.kalau adik tidur lambat macam anak kawan mami tu,pukul 1 pagi baru tidur,tentu mami pengsan,kan. mami tengok mata kawan mami tu dah bengkak macam panda.hihi.
adik sayang,
terima kasih kerana jadi anak yang baik dalam hidup mami dan bapak. mami bukan muda sangat lagi,lepastu mami ada beberapa sakit kategori kronik,mami pun tak tahu bila-bila masa saja kalau Allah nak panggil mami,mami harus pergi. tapi ingatlah sayang, ingatlah selalu pesan mami masa mami dodoikan adik,mami bilang jadilah anak yang solehah, baik,cerdik,rajin belajar,hormat orang lain,lemah lembut,berbudi bahasa.rajin baca Quran..elok-elok jaga diri nak ye,Allah akan jaga adik kalau adik jaga Dia dihati adik. yang penting,adik tolonglah sedekah doa dan selawat banyak-banyak untuk roh mami,agar mami tak derita di sana. adik tolong jaga bapak,kalau bapak masih ada,ingat-ingatkan bapak selalu supaya selalu ingat Allah,semoga adik dan bapak akan dirahmati.
adik,anak mami sayang,
jangan takut bicara tentang kematian kerana itu tanda kita ini manusia yang cerdik, nabi S.A.W pesan,orang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. ingat mati tak perlu ditakutkan,apa yang bakal kita bawa itu yang patut kita risaukan. cukup atau tidak bekal kita di sana.
adik,anak mami yang baik.
maka itu,mami tak akan ajar adik bermewah-mewah sangat. hidup ini bukan untuk seronok semata-mata sayang,rezeki yang Allah bagi bukan untuk kita seorang. mungkin ada bahagian untuk kucing yang lapar dan kawan-kawan adik yang menderita kebuluran di Syria, Palestin dan Mynmar,serta mana-mana belahan dunia ini. ingatlah anakku, tak payahlah fikir kecil besar sumbangan kita,yang penting kita buat sesuatu untuk bantu kehidupan mahkluk lain,semoga Allah yang menilainya.
anakku Damia sayang,
ketika surat ini ditulis,dunia sedang menyaksikan kekejaman manusia yang gila kuasa,membakar,menyembelih dan menyiksa kawanp-kawanmu sebaya di Syria terutamanya. mami nak adik peka dengan isu semasa nak, jangan jadi buta hati semata-mata kita tak mengalaminya.kerana itu anakku, jangan membazir-bazir makanan, besederhanalah dengan yang ada,kerana di sana kawan-kawan adik makan roti berkulat dengan air saja,setiap hari. ada pula yang tak makan berhari-hari,sehingga mati. hati mami pedih dan sakit melihat ini semua anakku,tapi sayang, jadilah wanita yang tabah dan berani. pertahankanlah maruahmua,akidahmu,kebenaranmu dan segala kebaikan walau kau dilihat asing dan pelik ketika itu. ingatlah anakku,di zaman hampir kiamat ini, kebenaran dan kebaikan memang dilihat aneh.kejahatan akan dilihat sebagai benar. semua yang berlaku ketika ini memberi mami keyakinan, jalan kebenaran memang sukar tapi itulah yang perlu kita tempuh. ingatlah anakku,tanamkan azam dihatimu yang hidup ini mesti mulia,mati kita mesti syahid.
anakku Maisarah yang baik,
mami bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan adik hadir dalam hidup kami. adik bawa sinar kebahagiaan,adik dikasihi semua yang melihatmu,adik disambut dengan tangan terbuka oleh seluruh keluarga. Ya Tuhan,betapa baiknya Engkau menghulur cinta ke serata alam,untuk anakku Maisarah ini. maka itu maisarah sayang, selalu sebut Alhamdulillah atas segala cintaNya padamu anakku sayang...betapa adik akan bahgia kerana besarmu dalam pelukan cinta manusia-manusia yang dekat denganmu.
adik ingat tak,setiap kali balik kampung,adik akan disambut macam diva,belum turun kereta dah berlari-lari dayang dayang nak peluk adik.abang zeha,kak intan,kak zati,kak ila,kak siti...makuda.maklong, atuk...mujur embah tu tak boleh jalan,kalau tak tentu embah dulu yang sampai depan pintu peluk adik.
bila kita nak balik malam-malam ke rumah kita, semua orang berbaris depan rumah atuk,semua lambai-lambai adik,kalau siti nurhaliza nampak mesti dia cemburu sebab adik diraikan sebegitu rupa... sama juga kalau kita balik ke rumah atuk Yong Peng, atuk akan cium-cium adik, atuk akan dodoi adik dari lagu miftahul jannah sampai semua salawat yang ada yang atuk hafal. kadang adik tak tidur-tidur juga,saja nak dengar atuk nyanyi agaknya. akak jira suka sangat main dengan adik,dia panggil nama adik ~mia sarah`,kan. makcik suraya pun sayang adik,cik cam sayang adik, mama ina dan ayah khalid je susah nak kita jumpa,nanti raya kita jenguk-jenguk mereka ya sayang. adik mesti ucap banyak-banyak terima kasih pada mereka.
adik dah bangun,menguit-nguit dalam buaian. ok,ada masa nanti mami sambung lagi nak ye..
Posted by Comels at 11:02 PG 1 comments
Labels: anak soleh, cinta, damia.maisarah, kasih sayang, surat
Sabtu, 13 Julai 2013
Memoir Aku seorang Cikgu (part 12)-keinsafan di malam sunyi.

dedikasi untuk anak-anak kesayanganku, 5 sains 1.
Posted by Comels at 2:49 PG 0 comments
Labels: gembira, keinsafan, memoir guru, sedih, starp
Jumaat, 12 Julai 2013
Memoir aku seorang cikgu (part 11)-ujian kesabaran
2-3 hari ni adalah ujian bagiku,di bulan ramadhan ini. ujian kesabaran,barangkali. ampuni aku ya Allah,atas segala keterlanjuranku.
anekdot.
semalam (11/7/2013)
sebelum kamu,yang terlibat habis membaca catatan ini,ketahuilah,memang hati saya sangat sedih,tapi saya berusaha memaafkan kamu semua seikhlasnya.kerana kamu masih anak-anak,masih dalam proses belajar dan pasti buat silap.tetapi,maafkanlah pula saya seandainya beberapa hari mendatang ini tak dapat seperti selalu. biarlah luka ini sembuh sendiri,bersama masa.
saya bukan pemarah,seperti yang kamu tahu. saya akan toleransi dengan kamu,kalau kena caranya. saya bukan diktator,tapi saya masih seorang guru.bukan banyak sangat permintaan saya,dan apa yang saya minta pun bukan untuk saya,tapi untuk kamu. sementelah pula kamu semua duduknya di ranking kelas teratas di sekolah,jadi tindakan kamu semua amat tidak sepadan dengan kedudukan itu.
biar saya ceritakan,mengapa saya marah. kamu tahu kan,kamu semua baru lepas gerak gempur SPM. selepas sahaja habis peperiksaan kertas satu,kamu semua melepaskan keluhan yang sangat luar biasa,menggambarkan betapa susahnya soalan itu untuk difahami,apatah lagi untuk mencari isi relevan. saya sangat kasihan dengan kamu,betapa terderanya perasaan mencari jawapan yang soalannya tak difahami dan lepas saja cuti puasa,saya terus nak buat perbincangan tentang topik tu. walaupun saya tak puas hati dengan isu soalan ni,kesampingkan dulu. itu saya cerita kemudian.fokusnya ialah kamu dan saya sekarang ini.
Posted by Comels at 2:52 PTG 2 comments
Labels: keluhan guru, sabar, starp, ujian Allah
Selasa, 11 Jun 2013
memoir aku seorang cikgu (part 10)
terima kasih Tai Yun Xuan,Looi dan Song Wen Ting bagi bunga ros yang cantik untuk saya!
walaupun bunga ni sekarang dah tak wujud lagi,kasihnya tetap harum di hati. inilah nikmat sebenar menjadi cikgu,dikasihi dan mengasihi.
antara cenderamata dari anak -anak pelajar.terima kasih,yang tak beri pun saya tahu kamu sayang saya,kan!
bukan hadiah yang cikgu nak. ingatan dan hormat serta kasih sayang kamu saja yang perlu. lagi satu,hadiah yang paling bernilai untuk saya bila tengok kamu berjaya dalam hidup,dan kekal menjadi manusia baik-baik dalam dunia ni,itulah yang paling mengharukan.cikgu tak peduli kamu jadi orang paling hebat sekalipun, kalau kamu tak ada rasa hormat,rasa peduli dan kemuliaan peribadi bila besar nanti. ingat tu ye.
..............................................................
11/6/2013
beberapa anekdot peristiwa yang terjadi hari ini.
tingkatan 5K3. 7.30-9.15 pagi.
perempuan melayu ainur seorang saja yang datang.lelaki cina cuma dick dan kawannya yang pakai spek tu (alamak,lupa nama dia..). perempuannya cuma 4 orang. lelaki india ,Uthaya surian dengan Dharmaraja. lelaki melayu,Hadi, Safik,Along,Zul dan Ikmal.Ikmal pagi-pagi dah membuta. Zul pun sama. tapi safik kata `cikgu,Zul tu baik cikgu,dia ngantuk sebab jaga atuk dia sakit.haritu lama dia jaga atuk dia kat hospital`. ooo,baru aku tau. Zul tu agak panas baran,nak bergaduh aje kerjanya.pantang tercuit sikit. tapi dari cerita safik, tahulah aku yg dia sangat menjaga keluarganya.
aku suruh safik carikan belut kat paya di FTA. tempoh hari mekna cerita kalau aku nak belut suruh safik tangkap,memang selalu safik cari belut. entahlah,aku tak tahu harganya berapa,along kata `ala,cikgu bagi je sekilo RM35. ` safik kata` hui,bengkok la cikgu nak bayar kalau gitu ,kau ni...` `cikgu, shuib sepah tu pun selalu cari belut kat sana. `aku imaginasikan betapa meriahnya paya tu,sebab mekna cerita tempat tu cantik.aku beritahu safik,kalau ada besok-besok mesej aku,tapi tolong potong pendek-pendek dan buang kepalanya. aku geli!
tak banyak pembetulan aku buat hari ini. buat rumusan aje.santai-santai aje lah kat kelas ni.tak boleh stress. nanti gila.
--------------------------------------------------------------------
tingkatan 4K3. 9.50-10.25 pagi.
awal-awal aku tanya cikgu haziana, sebab dia ada waktu sains awal-awal lagi , berapa orang yang datang. dia kata 7 orang aje. dah sedikit lega dah. bila sampai waktu aku, masuk kelas aje,sadullah dan mirul sedang lena diulit intan. Pong tersengih-sengih,dia kata Bei Ming dan Kek tengah makan kat kantin. what?baru pukul berapa? hm,budak-budak ni.. ada tak ada Karnan dan Arvind ajelah yang masih celik.tak banyak,aku bagi 3 aje latihan.tu pun siap jawapan cuma A atau B saja. confirm la kalau a salah,B betul.
bila hantar ,3 jawapan semua betul,arvind mintak bintang. lepas tu karnan pulak hantar, betul juga, mintak 3 bintang sebab semua betul. halah, tikam-tikam pun betul,nak bintang banyak-banyak. tapi ,karnan tu lah yang aku harapkan tolong sapu sampah dan ambil beg aku setiap kali aku nak ke kelas tu.lepas tu dia tayang duit seringgit.`cikgu,ni seringgit`! aku kata, bayak bawak ke sekolah hari ni.dia kata, `ala,ni duit cikgu upah saya hari tu la, belum belanja lagi`..heh,lama betul dia simpan duit tu,sebelum cuti lagi.
kemudian Bei ming dan Kek masuk. siap minum air kotak dengan selamba.aku pukul bahu kek,`kenapa kau rehat awal sangat?kan 10,25 nanti baru rehat.` `ayyaa, sudah lama ma saya tak sekolah,saya sudah lupa rehat pukul berapa,sana kantin saya tengok banyak orang saya pergi makan laa..`.aku dalam pada nak marah tu tergelak juga.boleh dia rehat ikut form 3 punya waktu.aku tanya,`kamu ni lama sangat tak datang,nak sekolah ke tak nak. buang masa aje kalau malas belajar.`.`haiyya,saya tinggal 3 hari ma`. `3 hari lagi amaran ke tiga ke`? `taklah,3 hari lagi takda datang,buang sekolah maa`!!! hahaha. dan dia memang nak minta kena buang sebab tak minat sekolah.
dia dah kerja di restoran .jadi pelayan. pergi sekolah pun bukan nak belajar.pen tak ada, apa tak ada. beg aje dibawaknya. `tu, bawa beg besar-besar bawa apa`?..dia angkat beg dia,buka dan tonggengkan,kosong! hahaha,`ini beg cantik saja maa,mesti bawa la..`
tiba-tiba cikgu syazaiman, guru kelas tu lalu tepi tingkap. dia kata `kak, alex ada masuk tak?`..`mana ada, semua budak kata dia tak datang`. `kak, bapak alex marah saya kata budak tu dalam kelas lain, dia telefon kata kenapa saya tak tengok`,kata syazaiman. `macamana bapak dia tahu alex kat kelas lain?` `bapak dia telefon alex,alex kata dia ada kat kelas!` haha. sah-sah menipu si alex ni. dalam sekolah mana boleh jawab call. nak kena rampas telefon dia? mesti dia dah tipu bapak dia,pergi sekolah hari-hari tapi tak sampai pun. semalam,pukul 9 pagi baru sampai,menonong aje terus masuk. aku malas nak marah-marah,buat sakit tekak. tapi apa-apa hal aku dah catat kehadiran awal tu,kalau ada masalah berbangkit adalah bukti yg dia memang datang lambat.
alex pun bukan nak sekolah dah. dia nak kerja sebenarnya.ada haritu aku sembang dengan dia,tanya kenapa dia macamtu.dia kata tak suka dah nak belajar,dah kerja kat KTV. bila sekolah,mengantuk lah. cikgu Hajar ada bagitahu, alex mangsa keadaan. dulu dia baik.tapi family dia bermasalah. bapak oku. mak lari balik indon. terkontang-kantinglah diaorang ni. ada sorang lagi adik. aku perhatikan memang dia tak terurus. baju pun kuning je,tak pernah bergosok. sayang betul, sebab bakat melukisnya sangat besar. lakaran penselnya cantik,kalau rajin boleh skor A untuk SPM. tapi,tu lah. dah tak daya nak pujuk pun.
kadang aku rasa baik sistem sekolah ni macam dulu semula. tak lulus srp,mengulang lah sampai tua. atau kerja. sekarang,buta huruf pun boleh masuk ambil SPM! celaru betul sistem ni. rombakan kabinet perlu dibuat segera.hahaha.
-------------------------------------------------------------------
tingkatan 5 sains 1. ( 11.555-12.30)
harini mengajar tatabahasa. saja aku bagi 9 soalan membetulkan perkataan yang salah,tahap tingkatan 2 punya soalan. kalau itu pun salah, memang nak kena cubit sorang sorang. dah la buat surat rasmi pun macam-macam stailnya,tak pernah betul. aku membebel semalam, 5 sains baut surat rasmi pun salah. sakit kepala menanda,budak-budak ni tulis surat tak fikir ikut logik ke. aku bagi contoh situasi,tulis surat dari penjaga menyatakan mereka tak dapat datang sekolah sebab patah kaki. yang tak boleh tahan tu, ada ke patah kaki minta cuti cuma sehari,tak logik langsung! si Huzaifah lagi bagus, dia punya yakin tulis surat,cepat aje nak menghantar. bila aku baca surat tu pelik. ada ke patut,yang patah kaki dia, tapi bapaknya yang mintak cuti. satu kelas gelakkan dia.
harini, bising sangat. malas aku nak tegur.aku dah la migrain.lepas saja habis 9 soalan aku tulis kat whiteboard,aku pusing belakang. aku tanya kelas, benda ajaib dunia ada berapa. ada yang jawab 4,ada kata 5,ada kata 7.aku rasa 7,seingat aku. lepas tu aku kata,`saya rasa dah jumpa benda ajaib dunia ke-8. kamu semua dalam kelas ni benda ajaib dunia ke-8!` `ngapa cikgu?` `sebabnya,sambil kamu menulis,kamu boleh bercakap-cakap, telinga dengar kawan berbual,mata tengok depan,tangan tulis buku,hati entah ke mana.`ada yang lambat pick-up,lambat la ketawanya. yang lain ketawa juga. lepas tu macha ke huzaifah kata nazeera benda ajaib ke 8. sebabnya,sambil naik motor boleh rempit-rempit,boleh main sms. haha. asyik kena aje budak tu.
apapun,aku suka masuk kelas ni. aku cakap kat anussa, `elok aje kamu semua ambik spm besok,cikgu boleh jadi gila ngajar kelas kamu ni 2 tahun!`
Posted by Comels at 11:13 PTG 3 comments
Labels: 5 sains 1, cikgu, kenangan zaman persekolahan, memoir guru, starp
Isnin, 10 Jun 2013
sebuah cerita semalam (part 2)
jah, ni tulisanku yang kedua untuk bulan ni.kira takjub lah juga kan. jam dah 4.30 petang. aku limitkan dalam 15 minit paling lama untuk entri ni. lepas balik kerja tadi,aku nyinggah ke Giant ioi mall depan rumah tu, cari bahan masak spageti bolognese untuk esok.sebenarnya giliran aku dan sorang adik tu,masak harini untuk makan kitaorang gilir-gilir 15 orang. malas nak turun kantin,jimat pun jimat,masa pun tak terbuang nak ke kantin yang 40km dari bilik guru tu.
kesian aku dengan kak wahida,asyik cakap nak makan sedap je, jadi esok aku nak masak la sedap-sedap sikit.nanti ngences pulak anak dia dalam perut tu,ahaks.! tadi aku tak sempat masak la. bangun pukul 6.15 pagi,masak pebendanya. alasannya ialah penat semalam entertain mentua aku and family.hari sebelumnya kemas stor sebab rasa nak pengsan tengok bilik tu. cencorot pun siap masuk dan buat stor tu sebagai toilet dia kau tau.
nasib baik aku dibantu oleh x-student aku 2 orang. aku baik dengan mereka ni sebab mereka pun budak baik,terima kasih zu dan patin,tolong saya buat kerja perkeranian dan kemas stor ye. lain kali cikgu panggil korang lagi.hehe.
jah, kau nak tau tak cencorot ni pengotor kan. tak reti nak membuang di tempat yang sepatutnya. bersepah-sepah jah dalam stor. lepastu, haritu dah dapat tangkap, terpaksa la bunuh dia dalam sangkar tu. aku tak sanggup la, kebetulan masa tu aku nak balik kampung mia nak aqiqah, aku tinggalkan aje kat luar rumah. balik je kenduri tengok dah mati.kejam ke aku jah. dulu,lama dulu ada jugak sekor pernah masuk, shahrol nak bunuh pun tak sampai hati, jadi malam-malam kita orang bawak jauh-jauh sampai sempadan hutan dekat dengan hutan bandar putra tu. masa buang tu, shahrol cakap kat tikus tu, `jangan datang rumah abang lagi tau, cakap kat kawan-kawan awak juga`. tikus tu kata `oke bos`,dan terus lari.
betul tau jah,lama dia tak datang. ni dah 4-5 tahun gitu datang pulak. sedara dia ni tak tahu perjanjian kami agaknya. masa bongkar stor tu baru aku terjumpa penimbang berat badan warna pink yang aku cari selama ni. tapi nak ku gunakan dah tak sanggup sebab banyak najis tikus. mesti biohazard kan jah. ingat kalau jumpa penimbang tu nak timbang berat aku yang diperkatakan orang ramai sedang kurus sekarang ni.nak tau jugak buktinya.
shahrol balik petang tu,aku terus kata sambil muncung-muncung mulut `bang, banyak buku,baju dan semua benda yang tercemar dalam bilik tu ayang buang,termasuk penimbang,nanti bahaya,kena kencing tikus!`. laki aku pun buat muka cemas `ha ah la, buang aje, bahaya tau`. sebenarnya sebahagian besar majalah dia, majalah aku dan baju-baju lama tu aku legokan aje untuk kitar semula. ku sumbat je,penuh sebonet untuk sedekah pada tong kuning kat ioi tu. aku sangat sayang buku-buku tu, tapi tu lah,rumah aku ni besar sangat macam istana topkapi kat turki nun, mana nak letak buku-buku pun aku tak tau dah. jadi keluarkan buku lama,masuk buku baru. antaranya majalah tu dah sama usianya dengan perkahwinan aku,15 tahun!
okeh,time up. aku stop dulu. nak masak.mithali tak aku jah. hahaha. kalau dah siap spageti bolognese nanti aku ambik gambar ye jah bagi kau ngences.
Posted by Comels at 4:50 PTG 2 comments
Labels: bandar putra, cencorot, damia, kenangan, spageti bolognese
Ahad, 9 Jun 2013
sebuah cerita semalam (part 1)
wah,lamanya tak balik rumah. dah kena kibas-kibas,kena sembur air ruqyah dulu neh. entri terakhir hari tu mia baru umo 5 bulan. sekarang dah 9 bulan. memang kalau tak sempat itu dijadikan alasan,3 tahun la jawabnya blog ni semak.
jah, mari kita borak-borak. terima kasih kerana rindu tulisanku. seringnya kau pencetus semangat aku untuk menulis. makanya, selepas saja mentua dan iparku sekeluarga balik tadi, mia pun aku tidurkan dengan dodoian lunak merdu suaraku ala kak pah,nyanyi lagu Ya Badratim lagi,mia pun tido cepat-cepat sebab tak sanggup dengar mami dia nyanyi lebih lama (ahaks), lepas shahrol sarapan, aku pun kata....`abang, nanti adik bangun abang tolong buai eh, ayang nak tulis belog, jijah dah merayu-rayu tu nak baca tulisan ayang`. laki aku pun ketawa dengan manisnya,`kok sampai macam tu`.dia kata. alah, saja aku lebih-lebihkan cerita.bagi dramatik sikit hidup ni.
jah, aku menulis dah tak semak tanda baca,tatabahasa dengan huruf besar kecik pun jah. malas lah nak semak, janji kau masih faham tulisan aku ni.bukan apa, dah letih menyemak skrip jawapan budak. perpinau-pinau kepala aku. nak tanda senang main rait je boleh, macam p.ramlee dalam tv tu, tapi tu lah, kang banyak pulak masalah berbangkit. lagipun habislah reputasi dan tahap profesionalisme aku nanti.
dalam blog ni aku dah bagitau awal-awal memang tak ikut standard penulisan yang betul.oh,ada masanya aku nak lari dari disiplin. seronok juga kan jah. itulah sebabnya agak dulu kenapa aku tak pernah layak jadi pengawas sekolah.! cuma sekali la masa form 6 dulu. ada abang supian bedu tu kata lepas lantikan pengawas lower six dia terjumpa aku sambil tepuk dahi `alamak, lupa la nak lantik jana jadi pengawas!`
aku redha aje ,dengan tawaduk aku jawab, `takpe la bang pian, saya pun tak suka jadi pengawas, tak bebas..` dan kau tahu kan betapa tak mulianya perangai aku masa tingkatan 6. datang lambat (tak selambat sheila), malas baca buku, cinta monyet,seludup keluar masa cikgu rahman tengah ngajo...ah, macam-macam benda yang seorang pengawas tak boleh buat..
.......................................................................
12.01 pm.
jah,tadi mia nangis, ngompol pulak dalam buai,aku suruh shahrol tolong uruskan. haha, bagus kan aku. lepas tu aku baru teringat belum masak bubur mia...tu lah, ngadap komputer aje. ni baru sambung balik, hari ni mia makan kentang tumbuk lesung berian sally masa aku kawin dulu. nostalgik kan jah. mia suka betul makan kentang,asalnya makan kentang putar kat kfc tu le. terus obsesi dengan kentang. tapi aku rasa kentang tumbuk aku ni lebih berkhasiat kut jah, aku masak pakai air dr. sukida (air mesin-hehe),kasi bilis 7-8 ekor, campur carrot dan sedikit saja garam. kadang kasi sayur brocoli atau sayur hijau lain. lepas tu kentangnya aku tumbuk sambil bernyanyi riang, kemudian suap mia dan dia menganga-nganga kesukaan setiap kali suapan. aku agak mia nanti pandai sangat speaking orang putih jah,kecik-kecik dah makan kentang aje.
kejap lagi jah aku sambung,merengek pulak anak syurga aku tuh.. bapaknya ngantuk, aku pulak nak tengok kentang rebus kat dapur tu. cerita semalam pebendanya, belum masuk pun lagi..hehe...
Posted by Comels at 12:12 PTG 4 comments
Labels: baby menangis, kenangan, kisah semalam, nostalgia, sekolah menengah benut, smb
Ahad, 17 Februari 2013
Aku,Cuti dan Bidadari
17/2/2013
12.15 tengah malam.
whaa,lama sungguh tak kemas kini blog ni. sibuk lah sangat. cuti ada 9 hari,tiba-tiba tinggal esok saja. ohh....tidak!!!
berharganya cuti bagiku,kerana aku ingin berdamping dengannya,membelainya,menikmati keberuntunganku yang dikurnia Ilahi..tambahan pula ketika ini bidadariku sedang diuji dengan selsema yang panjang. dah sebulan lebih. cuma yang sekarang ini,sejak seminggu lalu disertai batuk-batuk yang begitu menyiksakan. kasihan mia.
ada cerita kenapa baju dengan seluar ni tak selaras langsung temanya. adik,masa tengah tunggu giliran,boleh dia terBAB (buang air besar). masa tu dahlah baru balik nurseri,terus ajak adik pergi klinik, seluar asal dah kotor,bapak kelam kabut cari seluar lain dalam beg.inilah hasilnya. taraaaaa....adik pun heran betapa warna-warninya baju dia hari tu.
masa kat klinik, jumpa Rozi,dia kata anak dia dulu batuk lama juga,terus pergi pakar YPJ kut buat sedut gas.alah,aku cuba je la kat klinik ni dulu. katanya pakar kanak-kanak.
masa kat dalam tu, doktor tu sangat lembut. haha. tergelak aku tengok dia buat treatment sebab dia lelaki.bagus juga dapat doktor lembut ni,tak takut. aku tanya,tak perlu ke adik di sedut kahaknya.doktor kata tak perlu,sebab tahap sederhana. ikut hati aku nak aja aku suruh doktor buat nebulizer tu,biar semua kahak adik hilang.
dalam klinik tu sempat lah juga adik kenal-kenal dengan member. ntah,lupa pulak nama baby ni. bapak baby ni tanya macamana rambut adik boleh banyak.nak aja aku jawab `itu Allah punya kuasa`. hee,tapi kerana situasi tersebut perlukan logik yang boleh diterima dari sudut sains,aku kata le selalu sapu minyak olive.
sempat jugak baby tu dan adik kissing-kissing goodbye.baby tu pun selsema macam adik juga.
peristiwa yang sedetik itu mengesankan bagi aku,betapa manusia ni walau berlainan bangsa dan agama tapi fitrahnya sama saja,menghargai keharmonian hidup. dan baby oleh kerana mereka bidadari yang tiada dosa,begitu mudah menghubungkan manusia dengan manusia untuk bersilaturahim.
malamnya, bapak punya taktik baik untuk pujuk adik makan ubat. kasi susu dulu. adik pun gembira sangat.
3 ubat,3 picagari dengan harga 60 hengget dari klinik pakar kanak-kanak tu.asbab ubat,yang menyembuhkan Allah jua.
adik buat muka bila makan ubat. bapak pujuk baik-baik dengan ayat power. adik lembut hati. minum lagi. nangis lagi. bapak pujuk lagi. sampai habis ubat ke tiga. ala,adik tu, mami rasa ubat tu,manis je pun.saja la manjaaa.
lepas tu adik pun tidur. tapi malam-malam gelisah juga. hidung sumbat,batuk-batuk. aku rasa adik tak tahan econ,tapi bukan bukak besar-besar pun,26 celsius je.kang bukak 27 serupa tak payah,aku pulak karang tidur sambil berkipas sampai pagi.
ni siang tadi,adik lena dalam dakapan bapak yang penyayang sedang bapak surve internet nak cari tips menangani selsema bayi.hari entri ni ditulis dah 12 hari dah adik sejak ke klinik tu. 4 hari lepas adik kena cucuk 5 bulan,lepas tu adik demam dan meragam aje. balik kampung,kat sana ramai orang selsema, dah hidung adik berair semula.
sekarang ni aku rasa pilu bila adik batuk,rasa sangat sakit dadanya.
aku cuba hubungi klinik kat England (haha),klinik England kat Nusa Bestari ,tak berjawab pulak.cuti-cuti ni. baca kat blog,klinik tu ok ,buat sedut gas aje,keluar semua kahak adik agaknya.. haritu sebenarnya dah survey,kami pergi malam,sampai sana pintu dah tutup separuh. orang memang ramai amat,bagus sangat kut servis dia.
macam-macam cara dah buat kat adik,lumur viks lah,minyak bayini lah.tepuk belakang dia lah,.semua tak jalan.
langkah terbaru , 2-3 hari ni aku tawakkal kepada Allah, aku bagi adik minum minyak habbatussauda dan sedikit madu. kan Nabi dah sebut, habbatussauda tu raja segala ubat kecuali maut, madu pun ada dalam Al Quran sebagai makanan terbaik.ikut sunnah nabi dapat baraqah kan.
gambar ni bukti,adik tidur lena ala heroin titanic dekat dek kapal.haha
macam-macam pendapat aku baca tentang bagi baby makan madu kecik-kecik ni.ada pro,ada juga kontranya. tapi aku nekad atas landasan kepercayaan, `Ya Allah, sembuhkanlah anakku dengan berkat 2 makanan terbaik yang Kau ciptakan ini Ya Allah.tolonglah hamba,belas sungguh melihat bidadari kecil itu menderita berbulan lamanya.`
dengan kuasa Allah,aku perhatikan adik tak menolak pun bila disudukan habbatussauda tu. cuma muka dia terseringai sikit-sikit, rasa nya minyak tu ya ampun, hubby pun tak sanggup kunyah kapsul tu. dia main telan aja. tak lama lepas tu, adik batuk dan muntah. dah 2 kali,bapak disirami muntah adik yang banyak (haha),mungkin muntah tu bersama kahak dan lendir dalam kerongkongnya. yang paling nyata, adik sangat lena tidur, berbanding ubat klinik dia akan lekas gelisah. sejak malam tadi, aku perhatikan dia cuma merengek nak susu sekali pukul 3 pagi. kemudia tidur sampai 7.30 pagi dengan tenang,cuma sekali sekala batuknya menyerang.
aku lebih yakin dengan makanan sunnah ni. aku dah tak sanggup kasi adik ubat yang ada dadah lagi,kesian tubuh kecil tu.esok,aku akan bagi lagi minyak habbatus sauda. `Ya Tuhan, Kau menurunkan penyakit, Kau berikan juga ubatnya,.kasihanilah bidadariku itu. Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan.`
amin.
Posted by Comels at 1:12 PG 5 comments
Labels: damia, habbatussauda, madu, makanan sunnah, selsema











