kenapa bila kita berbual tentang mati kita jadi takut.sedangkan mati itu pasti datang.siapapun kita,perdana menteri kah,sultankah, artiskah,cikgu kah,wartawankah,orang baik,orang jahat,semua mati.
tapi kita cukup takut mati.
kalau sebut tentang mati,semua jadi taboo.`ish,amit-amit`,`cerita lain la`,`apa kau merepek ni`, buang tebiat ke`....dan macam-macam lagi kata-kata yang menggambarkan begitu menakutkan ungkapan mati itu.kenapa?
kerana kita tak bersedia menghadapinya. kita masih tak cukup dengan dunia ini. kita masih belum puas mengecap hidup.kita tahu,kita rasa,tapi kita cepat-cepat matikan rasa `mati itu benar` bila sesekali melintas nurani kita.kerana topik mati boleh menyentap perasaan. menghilangkan keseronokan bergosip.membuat kita seolah-olah orang alim bila mengingatkan tentang mati.
nabi pernah pesan,orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati mati.
sebab mati itu permulaan kita ke alam lain. alam barzakh. yang merupakan lubang neraka atau taman syurga.dalam proses masuk barzakh, roh kita akan dicabut. entah, tak tahu bagaimana sakitnya. tapi dari riwayat,hadis dan sumber bacaanku yang tak seberapa,pernah diriwayatkan rasa sakit nyawa keluar dari badan tu macam kambing yang disiat-siat kulitnya hidup-hidup.macam duri yang ditusuk ke daging dan direntap secara songsang. macam burung yang terbang hidup-hidup digoreng dalam minyak panas.
hanya Allah yang tahu.
kemudian kita dipamerkan kepada semua perbuatan masa hidup. masa derhaka kat orang tua,masa kurang ajar dengan suami, masa menipu orang, masa ambil hak orang lain,masa habiskan waktu dengan sia-sia, masa dedah aurat, masa lawan cikgu...dan semua perbuatan kita yang memalukan.
masa tu barulah nak insaf,kita merayu-rayu nak balik,nak minta ampun. tapi Allah kata,pintu pengampunan selama ni lebar terbuka tapi tak nak masuk. sekarang nyawa dah sampai halkum,dah tertutup pintu taubat.
seram rasanya mengingati mati.
tapi itulah caranya untuk melembutkan hati kita yang keras ni. supaya kita beringat,berwaspada,sampai satu saat kita pasti dijemput pulang.
aku berpesan kepada diriku dan semua kamu yang rajin baca blog ni,ingat-ingatlah mati bila kita dah nak terlebih-lebih dalam perbuatan.
pernah ada seorang sahabat aku yang sekarang ni jadi orang penting di Malaysia kerana tulisannya,dan jawatannya mampu mempengaruhi fikiran orang banyak. dan mungkin kau sahabatku yang ku maksudkan,sedang membaca tulisanku ini. kau tanya aku `sudah jadi muslimat kah kau sekarang,bicara syurga dan neraka?`
sahabat,
kita tak perlu jadi ahli politik untuk menyatakan kebenaran. semua orang patut beri peringatan kepada sahabatnya,terlebih lagi diri sendiri tentang hidup beragama.memang betul kan,hidup ni semuanya cuma ada dua pilihan. SYURGA atau NERAKA. tidak boleh memilih `atau`.
Jumaat, 27 Januari 2012
takut mati
Posted by Comels at 3:24 PTG 2 comments
Labels: barzakh, mati, takut mati
PENATNYA MENGEJAR DUNIA
18/1/11
selasa (11.12 mlm)
ini entri setahun lepas,cuma baru tergerak untuk aku publish hari ini. (27/1/2012)
penat.
sungguh penat.
apalah yang aku kejarkan sangat dengan dunia ni. semakin kuat aku kejar, semakin jauh ia menghindar. seolah-olah mempermainkan aku yang dah tak berdaya nak berlari.
ada kala aku rasa sangat terasing dalam dunia yang riuh ini. ketika itu aku tersedar betapa bodohnya aku kerana tidak mengadu pada yang betul-betul sudi mendengar. hanya Dia. sebenarnya Kau berikan aku segala jerih payah ini supaya aku kembali bercakap-cakap dengan Mu ya Tuhanku.cumanya kerana nafsu yang beraja melilit kemalasan di fikiranku, tubuh dan segalanya berkaitan aku.
kadang aku terfikir, apa sudahnya aku kalau terus begini?tiba-tiba kalau Kau memanggilku, adakah aku layak untuk Kau pandang?
siapa tahu bila aku akan pergi.tapi yang pasti aku tetap akan pergi.
untuk anda semua yang membaca tulisanku, baik di ruang FB atau blog ini, aku memohon keampunan andai ada yang mengguris perasaan. semuanya tidak kusengajakan. dalam denai kenangan yang tersusur itu, kadang banyak ranjaunya. tak semua kenangan yang indah dan lucu bagi aku adalah indah dan lucu bagi kamu juga. ampun maaf sekali lagi.sungguh tidak adil meletakkan pandanganku sama seperti pandanganmu.kita berkongsi tawa andai kenangan itu sama rasanya bagi kita.tapi mungkin saja kenangan gembira merupakan duka buat mu .maafkanlah...............
kalau-kalau ada antara tulisanku yang melekakan dan lagha. tinggalkanlah yang buruk. ambillah yang baik jika ada. yang buruk-buruk itu semuanya atas kezalimanku sendiri pada diri ini. dan yang baik itu puncanya hanya dari Dia.
agak menggentarkan jiwa juga ketika aku menulis ini terbayang-bayang aku akan dijemput pulang. Tuhan, aku masih terlalu banyak tanggungjawab yang belum selesai dengan dunia ini ya Tuhan. izinkanlah aku menyelesaikannya. izinkan aku menyelesaikan tanggungjawab aku dengan manusia dan sesama mahklukMu .permudahkanlah urusanku Tuhan. Kau maha mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersimpan.
dan pada malam ini yang agak melankolik bagi aku, sesungguh hati aku ingin menyatakan aku ampunkan dan aku halalkan segala apa yang telah diperbuat kepadaku, oleh anda semua sama ada sengaja atau tidak.
untuk sahabat-sahabatku, peminat dan pembaca setia blog ku, anak-anak muridku.guru-guruku,pemimpin-pemimpinku.ketua-ketua jabatanku,jiran-jiranku, dan sebenarnya paling utama suamiku serta ahli keluarga, mertua dan ipar duai dan sesiapa saja yang pernah aku berdosa sama ada aku sengaja atau tidak, ampunkanlah...ampunkanlah segala salah silapku..
andainya ini rasa sayu yang patut aku kongsi,katakanlah esok lusa aku akan pergi, terimalah penulisan ini sebagai tanda minta maaf dan kekesalan atas segala keterlanjuranku pada kalian semua.
kematian datang tanpa pamitan. tak dapat ditangguh sesaat, tak dapat juga mahu dipercepat.
mati itu pasti cuma tak tahu bila dan di mana..
Maha suci Engkau Ya Allah yang merahsiakan kematian tentang bila hadirnya.
ibarat kelapa, tak semestinya yang tua saja gugur, kadang putik juga sering dulu mencecah tanah. begitulah perumpamaan hidup ini.bukan kesakitan bertahun terlantar itu yang menjadi petanda dijemput pulang lebih awal. boleh saja ketika segar bugar begini tiba-tiba kaku tak bernyawa lagi.
aku tidak mahu beralas kata,apa yang ada kurasa aku curahkan. empangan mutiara pembasuh lukaku ini seiring tumpah setiap aku menaip bait-bait kata. entahlah..kenapalah dengan aku pada malam ini..
mati itu pasti cuma tak tahu bila dan di mana.
sebelum aku menyesal di daerah yang tak berguna sebarang kekesalan, biarlah aku menangis kali ini.sekurang-kurangnya bila kau membuka kembali tulisan ini dan andai waktu itu aku telah pergi, anggaplah ini satu permohonan maaf dariku.baik siapa saja aku ini padamu. aku adalah isteri,anak, adik,murid,teman, guru, pekerja dan rakyat kepada kamu yang sedang membaca ini. seandainya semasa hidupku memberi kegembiraan kepadamu, terimalah sebagai hadiah.andainya aku memberi kesedihan kepada hidupmu, ampunkanlah segala salah.
aku terkenang akan anak-anak muridku.
kamu semua cikgu sayangi. tak ada bezanya kamu melayu, cina india, asli...semua cikgu sayang. bangsa dan agama bukan masalah besar kepada cikgu,Allah jadikan kita semua berbeza supaya kita saling berkenal dan berkasih sayang.halalkanlah segala kelewatan cikgu masuk kelas sama ada sengaja atau tidak, janganlah berkecil hati kalau cikgu rotan, cubit dan marah kerana itu tanda cikgu kasih dan endah.
kadang cikgu terlepas kata, marah yang tak terhingga.betul, kamu penyebabnya tapi cikgu juga patut minta maaf sebab sepatutnya cikgu lebih sabar dengan kerenah kamu.sebab ajaran Nabi Muhammad S.a.w tidak pernah marah kecuali berkaitan tidak patuh hidup beragama saja. sebenarnya kamu semua Allah berikan kepada cikgu untuk menguji kesabaran, adakah cikgu berjaya mengawal perasaan atau sebaliknya. dan ternyata kadangkala cikgu kalah.maafkanlah, kerana cikgu juga manusia seperti kamu.ambillah segala pengajaran saya yang baik, tinggallah segala pengajaran yang salah..teruskan hidup kamu sebagai manusia bermaruah, berakal dan berfikir secara benar.
dunia ini banyak tipu daya,jangan tergoda.tiada yang lebih membahagiakan saya selain kamu semua menjadi manusia berjaya, berakhlak dan hidup mulia dengan keberanian mencari yang benar.ingatlah, zaman dunia hampir kiamat ini kebenaran dilihat sebagai salah tetapi salah dilihat sebagai benar.
pencinta kebenaran sangat sedikit tetapi pencinta kebatilan sangat banyak. saya berdoa kamu semua tergolong dalam kalangan yang sedikit itu...
untuk teman-teman sepermainan, sepersekolahan dan seperjuangan yang sama-sama bekerja yang tak mungkin tercatatkan namanya, ampun maaf kupohonkan andai ada silap salahku sepanjang jalan kenangan ini. persahabatan itu indah.tapi kesibukan membuat kita terpisah. aku maklum andai kalian terlupakan aku. tak mengapa, aku bukan orang penting pun yang perlu diingati setiap masa.sementelahan pula aku juga sering terlupa akan dirimu.kita ada hal sendiri-sendiri.dan tabiat `malas` berhubung aku ini menyebabkan kerenggangan semakin parah.tapi sesungguhnya kehadiran kalian dalam relung hati ini sangat istimewa biarpun kadang ada salah faham dan selisih kata. anggap saja itu warna warni kehidupan, aku maafkan dengan senang hati andai kalian bersalah kepadaku,harapnya kita saling menghalalkan apa juga keterlanjuran kata dan perbuatan.
harapnya kalau ada umur kita yang tersisa ini, kita perbaharui niat kita bekerja. kerana Allah jua. langkah kaki keluar pagi-pagi itu hanya kerana Allah. kerana Allah perintahkan kita cari rezeki yang halal. para suami mencari nafkah, para isteri membantu meringankan masalah. kerana itu aku mengingatkan kamu, dan terlebihnya mengingatkan aku sendiri, agar pilihlah pekerjaan yang diredhai. andai makan gaji,ikutlah caranya. andai berniaga, ikut aturannya. sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Allah sudah isytihar perang kepada pemberi dan pemakan riba.takutlah wahai sahabat-sahabatku...aku juga terperangkap dengan urusan riba.hai lah diri,rumah, kereta, hutang..semua konvensional...pening kepala. inilah padahnya tak mahu ikut aturan . dah terbelit semakin parah rasanya. nak keluar macam belum nampak jalannya...
ya Allah, berikan kesempatan aku membersih diri sebelum Kau jemput aku. aku malu Ya Allah.
kadang aku agak kasar kepada yang ajak aku ikut MLM. ampun maaf kawan-kawanku, sedarlah, sistem itu zalim. dan kezaliman tidak ada tempat di sisiNya. cuba jernihkan pandangan dan hati..cuba semak pelan pemasaran syarikat yang anda sertai..ada tidak bentuk rangkaian segitiga piramid itu. bila ada, itulah dia punca kekalutan...cuba fikir betul-betul, benarkah sistem itu bertahan atau `crash` di tengah jalan?betapa teraniaya sahabat-sahabat lain yang berada di bawah itu sedangkan orang atas dan kita yang di atas ini bersenang lenang dengan duit sumbangan downline.bagaimana kalau orang yang di bawah itu terdiri dari pelajar IPT, yang menggunakan duit PTPTN yang sepatutnya biaya dia belajar. bagaimana dengan orang yang bergolok gadai semata-mata `ingin mengubah kehidupan` tetapi nasibnya tak baik sebab sistem anda sudah hampir `crash` dan mereka mangsa...pandanglah dengan mata hati.
tapi andai itu tak kau temui, aku berlepas tangan. kau lebih bijak dari aku. aku tak suka perdebatan. buatlah apa yang kau rasa baik tapi doaku sentiasa mengiringi untuk kau kembali..kembali kepada fitrah sebagai manusia yang ada hati dan perasaan.
Ya Allah.janganlah sesaatpun Kau lepaskan diriku kepada aku sendiri.
Hasbunallah wanikmalwakil...
kaya di barzakh
aku terpanggil untuk menulis untuk berkongsi pendapat dan ilmu yang sedikit ini, agar kita sama-sama selamat di SANA.
terlebih dulu,aku ingin bersyukur kepada Allah kerana tidak mengurniai aku anak-anak secara biologi tetapi mengurniakan anak-anak didik yang sayang padaku sampai usia dewasa pun mereka masih merujuk, dan minta pendapat aku tentang sesuatu isu.terima kasih anak-anak yang kukasihi, kamu tahu cikgu maksudkan KAMU,kerana dengan ketinggian akal budimu,dan kepercayaan serta kasih sayangmu pada cikgu kamu tetap cari cikgu untuk berkongsi apa kamu buat. cikgu sangat terharu...
.kerana aku bukan hanya pengajar, tapi aku ini pendidik,maka aku tidak rela membiarkan mereka jatuh di jurang neraka.
aku harap supaya hidup mereka dilimpahi rahmat dan rezeki yang membawa mereka ke syurga. aku bukan cikgu perdagangan atau akaun,atau matematik atau agama atau tasawur.aku cuma cikgu bahasa,yang mengajar manusia berbahasa dan berbudi bahasa.aku rasa gagal jika diluar sana ada lagi anak didikku yang tidak pandai berbahasa, bercakap yang sia-sia, maki hamun jadi mainannya.yang tak malu melontarkan bahasa-bahasa jijik malahan gurauan-gurauan lucah suami isteri di muka buku!
aku tak kisah apa pun yang mereka jadi,sama ada jurutera, doktor atau pegawai tinggi. atau sekadar suri rumah,pekerja kilang atau bekerja sendiri. asalkan mereka teguh jalan dan pendiriannya. hidup tanpa pegangan, sehebat manapun tak bermakna jadinya.
tapi aku jadi kisah bila mereka terperangkap dengan jerat ekonomi yang tak nampak keburukan di hujungnya. ramai anak muda tertewas dengan janji-janji manis orang MLM untuk mereka `keluar dari kesusahan`, `jihad melawan miskin`, biarkan orang selesa dengan kesusahan,tapi bukan anda...dan macam-macam lagi.
mereka masih muda,tak upaya memikirkan sepak terajang dalam perniagaan dajal ini.mereka tak tahu kenapa MLM ini menjadi parasit dan merosak ekonomi.mereka tak mahu kaji, mereka tak ada masa untuk membaca.kalau MLM ni berjalan di China,dah lama pengamalnya kena hukum tembak. sebagai contoh, di negara eropah, Amway dan banyak kali kena saman dan didakwa atas alasan sistem MLMnya buat orang jadi miskin!kenapa?sebab sistem itu hanya mengkayakan pengasas dan ahli-ahli teratas. pecacai kat bawah?mengharap bagai tak sudah tunggu bulan jatuh ke riba
.aku pelik,kenapa kerajaan Malaysia masih tega ,masih sampai hati membiarkan MLM berjalan di negara ini sedangkan mereka bukan tak tahu semuanya akan berakhir dengan `kerosakan` yang dahsyat di hujungnya. siap boleh joint venture,menteri boleh rasmikan lagi.ya Allah, teruk sungguh dunia ni ya Allah.
aku nak cerita panjang-panjang pun tak pandai sangat nak menerangnya. tapi kalau nak tambah ilmu, sila baca blog ini untuk pencerahan. dan ada satu artikel khusus tentang satu program yang mensasarkan budak-budak lepas sekolah, budak -budak universiti dan sesapa yang nampak bijak.klik sini. bahasanya agak kasar,dan aku tak suka tentang gaya bahasanya. tapi cuba fokus analisisnya,fikir-fikirkan.
anak-anak didikku,
cikgu tak minta apa-apa dari kamu.cukuplah kamu mencari jalan yang diredhai Allah untuk hidup kamu di dunia ini. kalau kamu jadi orang baik, semoga ada saham cikgu di sana. kalau kamu silap langkah, masa masih ada untuk kembali. kalau kamu tetap rasa kamu berhak tentukan nasib sendiri tak kira halal haram,cikgu mengharapkan Allah buka pintu hati kamu untuk berfikir.
kenapa cikgu buat semua ni?
kerana cikgu bukan sekadar mengajar, tapi cikgu mendidik.tak apalah kamu tak sayangkan cikgu, tapi cikgu tetap sayangkan kamu...
wallahua`lam.
Posted by Comels at 12:56 PTG 2 comments
Rabu, 18 Januari 2012
berbezanya pemikiran kita
pandangan kita seringkali bergantung kepada apa yang kita lalui, apa yang kita baca, siapa di sekeliling kita dan bagaimana kita melihat sesuatu. betul kan?
aku tak faham banyak perkara tentang pandangan manusia berkaitan mahal atau murah. semuanya subjektif. bagi orang kaya, makan sekali di tempat eksklusif berharga Rm200-300 itu tidak apa-apa. tapi bagi orang miskin atau yang banyak komitmen, itu satu pembaziran maha hebat untuk hidupnya.
untuk orang yang banyak komitmen seperti aku, baju yang aku sanggup pakai dalam anggaran 50-60 sepasang. itupun rasa mahal. aku rasa menzalimi hak ibu bapa, kakak-kakak aku yang ibu tunggal atau anak-anak yatim yang susah kalau aku sanggup berbelanja lebih dari itu untuk sehelai baju.
dan apabila aku terpaksa (dipaksa?) membeli dengan harga yang mahal 5 kali ganda dari apa yang aku mampu dan perlu, bukankah itu satu kezaliman?
aku tidak menyalahkan atau cemburu kepada orang lain kalau mereka mampu dan suka berbelanja besar dan mewah untuk apa saja keperluan sendiri. itu hak mereka. itu rezki mereka.nikmatilah sementara Allah kurniakan kepada kita.tetapi bila sesuatu keputusan melibatkan duit, yang melibatkan semua orang, perlu pertimbangan yang wajar, patut padan dalam harga.
aku tidak nampak apa rasionalnya aku memakai baju yang sepasang harganya boleh menyara hidup seorang ibu tunggal anak 3 selama 12 hari.yang baju itupun akan kupakai pada waktu-waktu tertentu sahaja selama setahun dua, kemudian tak akan digunakan ke majlis kenduri kendara atau hari raya. setahun berselang, tukar lagi..dan lagi ,dan lagi...
Tuhan, penatnya aku dengan dunia ini.
kasihanilah aku.
betul, gaji memang besar. tapi ke mana gaji itu yang berbeza-beza. ada orang, gaji 3 ribu tapi semua miliknya. suka hatilah nak beli apa, nak buat apa. tapi perlu ingat, ada orang, dengan gaji yang sama sangat banyak tanggungjawab yang perlu dia langsaikan sampai kadang-kadang tak ada yang berbaki untuknya.
kita tak tahu kehidupan orang,dan orang juga tak akan mudah-mudah memberitahu apa berlaku dalam kehidupannya.
jadi kita tak boleh menganggap apa yang kita alami sama macam orang lain juga.
sebagai manusia yang rasional dan bijak, kita perlu buat sesuatu yang sederhana. tidak menyusahkan, tidak membebankan.
hidup aku prinsipnya mudah. mengalami macam-macam peristiwa sampai titik terendah yang buat aku betul-betul lemah, dengan bantuan Allah kekuatan itu muncul sedikit demi sedikit, aku sudah ditarbiah secara tak langsung. HIDUP INI BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI. ADA HAK ORANG LAIN YANG PERLU DILUNASI.KEYAKINAN DAN JATI DIRI TIDAK BERSANDAR KEPADA BETAPA BESARNYA RUMAH, CANTIKNYA KERETA,ATAU MAHALNYA SUTERA. TAPI KEYAKINAN ITU DATANGNYA DARI HATI.
Tuhan.
Kau memerhatikan segalanya. bantulah aku.permudahkanlah...
Posted by Comels at 6:16 PTG 3 comments
Labels: pengalaman hidup
penat
Tuhan
aku penat
dalam arus manusia
yang ukuran hidupnya
cuma harta benda
Tuhan
aku penat
dunia ini kadang buat aku jadi gila
ingin aku buang dia jauh dari jiwa
tapi aku telah terikat kuat dengannya
Tuhan
aku penat
aku gagal mencari hikmah
kenapa mehnah dan tribulasi ini sering saja menerjah
aku penat
aku bosan
aku benci
tapi, ke mana harus aku lari.
aduhai
andai saja aku menjadi rumput, batu atau kayu
tentu saja
aku tak sepenat ini, Tuhan.
tolonglah aku
jangan biarkan aku sesaatpun lepas dari Mu.
Posted by Comels at 5:44 PTG 0 comments
Rabu, 14 Disember 2011
Aku Budak Lubuk Sipat (4)
5.42 petang.Rabu.
kalau semalam punya catatan heroinnya ialah suzen, hari ini seperti yang aku janjikan, Inong Syikin @ Taj Asyikin merupakan watak utama.aku harap sangat-sangat kau baca syikin, sebab kerana peristiwa ini aku dipanggil `eton` oleh budak-budak kampung selama beberapa tahun.paling aku ingat yang suka panggil aku eton ialah saim, abangnya aris.
talent time
aku tak berapa ingat tahun bila. tapi mungkin sekitar 1987-88.yang penting masa tu aku tak berapa malu lagi.aku dalam tingkatan 1-2. kau ingat tak kin, satu hari kampung kita menganjurkan pertandingan nyanyian. era 80-an memang kampung kita aktif betul kalau bab kugiran, wayang pacak dan rock kapak.aku tak tahu sapa punya idea tapi yang selalu aku nampak begitu sibuk ialah Amat tulen.(betul ke gelaran dia tu?dah lama sangat la. tapi rasanya betul).
(orang kampung kita namanya banyak yang unik ye. Mail Buyong, Mail Bungkek, Noneng, Mbak Yu (mak aku),belacan, ayam.,amat tulen (ada ke amat palsu)...)kalau korang ingat lagi nama-nama unik, sila komen nanti kat fb. mungkin ada yang aku tak kenal.
kau nak masuk nyanyi, tapi tak ada kawan. lain orang semua lelaki. tak ada sapa kau nak ajak., kau ajak aku. lepas tu kita pergi rumah cik ali, anak Cik Radiah/Cik Mail Buyong. mereka ada gerai kecil sebelah tadika, tempat aku beli jajan setiap kali sekolah agama. (kalau ada kesilapan fakta pada nama, tolong betulkan tau).dengan tak tahu apa benda pun tentang lagu kecuali memekak bila dengar radio ikut artis tu menyanyi, dengan perasaan vokal aku cukup meyakinkan, aku pun di suruh nyanyi oleh cik ali. aku pun bedal je la. lagu zaiton sameon. Menaruh Harapan tajuknya. masa ni lagu itu sungguh killer, berminggu-minggu menang dalam carta.(kalau nak tahu lagu ni, cari sendiri dalam you tube.malu ah....)
tengah-tengah menyanyi, cik ali suruh berenti. dia kata `okey,okey, nanti kau nyanyi ikut d minor tau`...
d minor?apa benda ntah. aku ha ah kan aje. lepas si syikin punya turn, kita orang pun balik.depan tangga rumah nenek kau, kita pakat nak pakai baju apa. aku ni mana tahu fesyen bagai. aku belasah je pakai baju kemeja bunga merah,latar putih abang ijam aku punya. seluar slack kelabu ntah sapa punya dan pakai baju panas warna coklat mak aku punya. itu pun kak ct bagi. peduli la. aku kan konfident. syikin, aku tak ingat kau pakai apa.yang penting kau pakai baju lah kan. kau nyanyi apa pun aku tak ingat.
pentas tu di bina betul-betul tepi tadika kemas tu. setentang dengan kedai kecil cik mail buyong. malam tu ramai sangat orang muda yang datang. anehnya aku tak rasa malu pun.sampai giliran aku, aku naik pentas, aku tunggu band main muzik, aku masuk,,lepas tu aku nyanyi macam orang lupa diri, lepas tu tau-tau dah habis. d minor?entah. mana aku tahu not lagu...yang pasti aku tengok cik ali dan bandnya geleng-geleng kepala nak kejar aku punya nyanyian.
bila dah kahwin dengan hubby, baru aku tahu apa puncanya cik ali and the gang geleng kepala. sebab aku nyanyi TAK IKUT BIT!
hubby selalu ketawa bila aku nyanyi beria-ia sambil dia main gitar. dia kata aku nyanyi laju sangat. kadang-kadang lambat sangat. suara aku memang sedap tapi tak masuk muzik. hancur. haha. alah, aku peduli apa, janji aku rasa best. selalu jugalah hubby tepuk dahi bila aku nyanyi.tapi cik ali dulu tak kata apa pun...tak sampai hati kut.
lepas aje aku nyanyi tu, orang sorak bukan main. aku pun macam apa aje rasanya. start hari tu la orang-orang bujang kampung aku terutama saim suka panggil aku eton..eton..malu seyh.aku ingat dah kahwin aje la baru diaorang berhenti panggil aku gitu.
kalau masa boleh diulang kan kin, sumpah aku tak mau nyanyi. mesti orang gelak macam apa kat bawah tu kan. tapi moral support kena bagi juga. sebab tu aku dapat tepukan jugak.hehe..
wayang pacak/pertandingan kugiran rock kapak
kau ingat tak kin, dulu kampung kita suka sangat buat wayang pacak.buat kat padang sekolah. tiketnya aku tak ingat. 50sen-1.00ringgit kalau tak salah. nanti lampu kalimantang akan diletakkan di tiang-tiang kecil menerangi simpang dan sekeliling kawasan nak masuk tu.tali rafia direntang sebagai pagar. ingat lagi satu peristiwa kita masuk ramai-ramai tak bayar tiket. masa tu abang kau unik dan ijik yang jaga, kita main selamba aje.hehe. tapi aku rasa janggal juga masa tu,ye la, depan tu kan masjid, kita pulak berpesta pora memekak-mekak dengan wayang atau band rock. pak imam tak marah ke?
kau ingat tak kin, kau ramai peminat. ada je yang ngekor kau. sampai kau naik rimas. akhirnya kau dapat tahu nama mamat tu ialah `dudut`. apa lagi, bila dia usik kau aje, kita semua ejek dia `dudut`,`dudut`..intonasi kita tu boleh buat mamat tu sakit hati atau malu sebab nama tu tak glamour langsung. aku tak ingat apa jadi kat mamat tu. kecewa agaknya.
masa tu lagu yang banyak dinyanyikan oleh grup yang bertanding ialah lagu BPR. seribu tahun tak kan mungkin. atau kumpulan May. atau Isabella.layan lagu rock kapak sesekali best juga. tak macam lagu sekarang. tak puitis maksudnnya. sangat straigt to point.tak touching.cuba kau baca lirik lagu BPR. mesti kau rasa begitu puitis kan.
tapi tu semua zaman remaja. sekarang umur dah pertengahan ni, kurang-kurangkanlah rock ni kan. entah esok, entah lusa Allah jemput kita, mana nak jawab soalan asyik menghafal lagu je. ustaz pun ada pesan, kita nanti diambil nyawa lazimnya ketika melakukan sesuatu yang sering kita lakukan. kalau kita ni asyik main fb aje, atau main game aje, atau asyik buat perkara lagha aje, takut-takut masa tu Allah panggil kita susah jugak kan..Nauzubillah.
bila ada wayang pacak, orang akan berbondong-bondong juga datang. aku dan abang ijam pernah berniaga.kak ct bungkuskan pecal dalam daun pisang. satu lagi benda entah apa. mihun goreng kut. yang boringnya, ijam tu ngelat, kejap aje dia lesap. aku la sorang-sorang menjual bertemankan lampu kabait. ada satu peristiwa sorang mamat tu begitu teruja nak beli bungkusan daun pisang aku tu. tak tanya-tanya apa bendanya terus beli aje. tengah gembira sangat dia nak makan tu, dia buka dan terperanjat. dia kata `opo ki? laa, pecelll``..aku ingat tapai..`......aku rasa nak tergelak.tapi dia tak boleh pulang balik, benda dah buka, duit pun dah bayar.
kau ingat tak kin, dulu kalau ada wayang pacak balik-balik cerita indonesia. paling popular tajuk `sundel bolong`. atau dukun lintah. seram betul dulu-dulu tengok sundel bolong.masih segar diingatan aku babak dia minum kuah sate satu periuk lepas tu kuah tu keluar semula melalui bahagian belakangnya yang berlubang. eiuuuu...geli. tapi kan, kalau sekarang tengok cerita seram standard macam tu mesti kita gelak ramai-ramai.
dan yang lebih menariknya kan kin, nama sebenar artis yang jadi sundel bolong tu kau ingat tak...hahaha..ye, betul...namanya SUZANA......
kalau wayang tengah diputarkan, tiba-tiba termati, apek yang jaga pita tu mesti kena booo.tak boleh blah. mesti bengang kan apek tu.kelam kabut dia nak membaikinya.makin gabra, makin lambatlah jawabnya.
kadang time wayang atau pertandingan kugiran menjadi medan mencari jodoh atau mengurat. terutama golongan muda-mudi. aku tak terlibat. kecik lagi da...
suzen:oi, apa ni, buruk-burukkan aku pulak
haris:dah memang nama kau , nak buat macamana?
papak:aku kecik lagi. tak faham apa pun.
syikin:aku pun tak ingat nyanyi lagu apa.
aku:dah,dah....nanti aku tulis part 5 pulak...ide tengah mencurah-curah ni.
Posted by Comels at 6:55 PTG 0 comments
Labels: kg lubuk sipat, zaiton sameon
Selasa, 13 Disember 2011
Aku Budak Lubuk sipat (3)
9.38 pagi.selasa.
tiba-tiba terkenang memori zaman kecil-kecil, di kampung.aku rindu bau rumput yang dibakar selepas menajak. rindu harum bau ubi kayu yang dibakar kalau di kebun. rindu nak `timpas` durian dengan kawan-kawan macal seperti taj asyikin, suzen jane,papak palerock dan haris abdul.rindu nak bercabur di parit dan sungai yang keruh airnya itu. oh, kenangan. indahnya. tapi itu memori 30 tahun dulu. kalau aku ceritakan pada budak lubuk sipat zaman sekarang ni, mesti pejam-celik pejam -celik mata nak mempercayainya.
maka, aku nak mencatatkan sesuatu agar memori indah itu tidak terkubur. satu yang aku kesalkan, kenapalah zaman dulu tak ada kamera digital yang murah-murah macam sekarang. jadi kita semua boleh ambil gambar sesuka hati macam budak zaman sekarang. buat kembung-kembung pipi, mata di bulat-bulatkan, sengih lebar-lebar..
zaman kita dulu kecil-kecil kan suzen, sapa nak bergambar siap kena mandi, sikat rambut pakai minyak dan paling penting posing betul-betul.posisinya sama ada duduk, berdiri atau apa, tak kisah.janji muka pandang kamera. kalau tersalah ambil gambar contohnya ketika orang tak ready lagi atau ambil gambar goyang-goyang tangannya, hmmm, kena marah atau menyesal tak sudah lah jawabnya. maklumlah. filem ada 30 keping. dah tu kena hantar cuci kat kedai gambar. tunggu seminggu. kat benut atau simpang renggam.tapi, itulah yang membuat kita sangat teruja. masa nak tengok hasilnya, hati sangat berdebar-debar, entah apa rupa kita.
zaman sekarang ni tak ada suprisenya bergambar. kalau tak ada sapa nak ambik gambar kita, boleh ambik sendiri sepuas-puas hati. tak cantik, delete. habis cerita...tapi, kita hilang unsur suspen untuk tengok muka sendiri. sekarang ni gambar macam tak begitu berharga. ada beratus-ratus gambar, tapi semua dalam komputer atau telefon. sekali komputer rosak atau kena format atau telefon hilang, menangis tak berlagu mengenangkan gambar yang hilang.
sebenarnya entri ini yang ketiga tentang kampung kita.kalau korang nak baca entri yang awal, sila klik aku budak lubuk sipat 1 dan aku budak lubuk sipat 2. kebanyakan memori tu tentang mengaji, bercabur dan sungai kampung kita.
entri kali ni aku rasa nak detailkan tentang keadaan rumah-rumah, jalan dan aktiviti orang kampung kita masa tu.rumah aku yang lama dulu dikelilingi pokok ciku, jambu botol ,bunga janda kaya dan limau bali. aku masih terbayang-bayang betapa damainya sekeliling yang sunyi dan redup kerana sepanjang jalannya rumahku dirimbuni pokok getah yang begitu banyak. waktu tengah hari yang panas, tak begitu terasa kerana banyaknya pokok. sayup-sayup kedengaran biji getah jatuh dan meletup dari induknya. unik bunyinya, indah. begitu `nature`.bila sebut tentang biji getah, ingat lagi yang aku pernah belajar kira-kira dengannya. syikin, aku terbayangkan kau tengah tekan 2 biji getah dengan tangan, nak tengok sapa punya pecah dia kalah dulu. masa tu kita semua baru balik dari beraya. kau tak ingat?aku ingat...hehe..
ada yang tak kenal biji getah tu macamana..kesiannya budak-budak sekarang ni..
ini buah getah kalau belum tua,bila dah tua akan meletup dan pecah sendiri
ini rupanya bila tua.kalau baru jatuh berkilat,bersinar-sinar, cantik sungguh. bila dah lama jatuh ia lebih kusam
nasib baiklah ada google, ada internet. kalau tak generasi sekarang tak kenal apa-apa dari warisan zaman silam!
tapi rumah yang aku duduki itu akhirnya terpaksa dianjakkan ke tempat yang jauh sedikit kerana parit kecil nak dibuat melaluinya. pada awal 80-an, aku berpindah ke rumah baru yang tak jauh dari rumah asal.
ingat tak jane, kita suka sangat bercabur dalam parit tu masa mula-mula di keruk. kemaruk apa ntah, pagi,petang ,siang, malam...mak aku sampai pernah nak pukul aku sebab tak reti-reti nak balik. habis puas bercabur kat parit depan rumah aku, kita teroka lebih jauh dekat rumah jilah. atau kalau tak ke sungai, kita ke parit kecil sebelah sungai, dekat area rumah kau sekarang. manalah mak kita tak naik hantu kan jane.
tapi, kita begitu rapat. sehari tak jumpa kau ,imah, inong dan lain-lain tu rasa tak lengkap hidup kita.kena marah pun esok pergi lagi. cuma inong syikin yang tak berapa terlibat kalau kita main spa-spa kat sungai. kenapa kin?kau takut hitam ye?.alah, dulu kat kampung kan engkau geng dengan itah gerai`e dan inong huda. semua geng lipat lengan baju. menyemat aje kan korang. kadang-kadang aje kau ikut kita orang. ataupun mungkin umur kau lebih tua sikit dari aku dan jane yang baya-baya ni.
suzane, aku pelik lah. kat kampung engkau dipanggil `jana` sedang nama kau `suzana`. aku pulak dipanggil `ana ` sedangkan nama ku `norjana`. mesti kau memendam rasa yang parah kan jane sejak sekian lama kerana `jana` dan `zana` agak jauh sebutannya. satu gambaran budak bandar, satu lagi jawa. tapi kau dikenali dengan imej jawa tu. nasib baik kau ada fb kan. boleh jadi `suzen jane`. inong syikin pulak jadi `taj asyikin`. papak pulak jadi `papak palerock.` antara kita semua ni, aku je yang tak malu nak guna nama betul. Norjana Idris. dengan aris. dia pun guna nama sendiri. `Haris Abdul`.
kau tau jane, aku masih boleh bayangkan rumah lama kau. ada tiang tinggi, depan tangga nak masuk ada beranda dan pintu sekerat, ada bangku kayu,kemudian nak masuk rumah ibu kena naik sebelah kiri.aku terbayang-bayang bertandang ke rumah kau, teringat kak ita yang menulis guna dakwat basah, dia suka melakar gambar-gambar perempuan yang aku rasa cantik sangat.rumah kau ada ruang tengah, lepas tu dapur ada simen.macam rumah aku dan orang kampung lain, mak kau punya dapur ialah dapur kayu. advantagenya engkau aku rasa ada dapur minyak tanah. ada pangkin tepi tangga untuk berehat-rehat. kat tepi pangkin tu ada tingkap yang membolehkan kita nampak kolah rumah kau. dapur kau bila banjir je mula la tenggelam kan. kalau duduk pangkin, sebelah kanan ada pintu. melalui pintu tu, jalan terus boleh sampai sungai. tapi sebelum sampai sungai tu, ada kolam dan tempat mandi kau di sebelah kanan. betul-betul tepi rumah kau mak kau tanam sejenis pokok yang buahnya berduri. tak salah aku mak kau panggil buah zaqum.
jane, dulu kampung kita tanah liat lagi. aku suka tengok waktu kemarau tanahnya akan merekah-rekah. pecah-pecah. kalau musim hujan pulak lecak.nak pergi sekolah pun susah kerana nanti tanah lembik akan tersangkut antara tayar dan sayap basikal. berapa banyak kali kita kena turun cungkil tanah `gembel` tu supaya basikal boleh berjalan semula.
kerana kenakalan kita, mak kita terlatih menjadi penyanyi soprano. kalau marah kita yang macal ni, kuat betul jeritannya. `janooootttt`!!!!! heh. seram aku ingatkan balik begitu garangnya mak kita kan.jalan masuk nak kerumah kau kalau dari jambatan tu macam turun bukit kan jane. kalau dari benteng ada pokok rambutan yang rendang betul. naik seram kalau kau balik ngaji malam-malam. mana tau kalau ada cik pon kat situ. tapi aku rasa cik pon tak sampai hati nak kacau kita sebab kita diseliputi cahaya keimanan masa tu. maklumlah, kan balik ngaji..lagipun aku rasa dia takut terbakar agaknya. kalau dia terperanjatkan kita, habislah kita mengaji kat situ, hangit rambut dia yang tak bersyampu tu terbakar.hehe.
aku ada banyak lagi memori tentang rumah -rumah orang kampung kita. belum cerita rumah imah (papak) lagi ni...tentang kak ipah, abang saat, linda dan semua-semua. tunggu entri kedua aku lepas ni...
suzen:huh, detailnya ingatan kau. aku nak tambah lagi.tepi rumah aku banyak pokok bunga dan ada tempayan untuk basuh kaki.
papak:kalau kau terer cuba cerita rumah aku pulak
taj asyikin:eh, cuba kau gambarkan betapa voguenya aku.
qiqin ,noraini subani:cerita tentang atuk kita orang ada tak cik ana?
aku:ada, semua ada. nanti aku tulis ye...
Posted by Comels at 11:02 PG 0 comments
Labels: benut, kg lubuk sipat
Ahad, 11 Disember 2011
Untuk Siapa,Untuk Apa?
11.12.2011.ahad.
hari ini rasa menggebu-gebu nak menulis. nak rehat sekejap. asyik buat lukisan,sampai melengkung tulang belakang aku.
sebenarnya aku baru balik dari kampung, semalam hantar anak-anak buah aku yang ku angkut seminggu lalu untuk bantu aku membuat kerja-kerja keceriaan di perpustakaan. kalau harapkan aku seorang, 3 minggu pun mungkin tak siap. nasib ada tangan-tangan kecil yang sudi membantu.
aku tak betah berlama-lama meninggalkan hubby.kesian dia, sorang-sorang,jadi aku balik pukul 9.50 pagi tadi. oleh kerana jalan sangat lengang, aku dah sampai Kulai pada pukul 10.38 pagi.kak roha pun terkejut aku sampai cepat sangat. dia ingat aku bawa kereta macam pelesit agaknya.
hubby ajak aku jalan-jalan refresh minda. dah berserabut kepalanya mengadap komputer.cadangnya nak ke Johor Premium outlet. belum sempat tutup pagar, terserempak kak ani sebelah rumah. dia beritahu sangat sesak kat sana, nak parking pun sampai ke luar-luar. aku tak kuasa bersesak-sesak ni. tapi hubby nak cuba juga lalu..hm.dari jauh aku dah nampak berapa punya panjang kereta sampai ke jalan besar. tak kuasa lah. lalu kami pun ambil keputusan jalan-jalan ke jusco saja.
sambil duduk-duduk makan kek dan minum ice lemon tea macam orang-orang kaya kat SR,aku sembang-sembang dengan hubby tentang beberapa isu.sebenarnya aku suka memerhatikan orang lalu lalang, sambil cuba mempelajari bahasa tubuh serta psikologi manusia.aku tanya hubby,tindakan manusia ini sebenarnya didorong oleh apa ye?
hubby kata, kebanyakan manusia tidak bertindak untuk diri sendiri. mereka bertindak untuk memuaskan hati orang. aku setuju. dalam beberapa hal, kita semua begitu. sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri untuk memberikan kebahagiaan kepada orang. Jijah sangat pakar tentang ini. kan jah?
lebih spesifik aku suka membincangkan tentang kasut tumit tinggi dan emas berkilo-kilo. aku suka tengok gelagat wanita yang sedang berjalan.terlebih lagi yang terpaksa kontrol ayu bila pakai kasut tumit tinggi. macam tak berapa nak seimbang. jalan pun tak berapa nak betul. belum cerita sakit pinggang lagi tu.
Posted by Comels at 10:53 PTG 1 comments
Labels: berhias, kecantikan sebenar
Jumaat, 18 November 2011
makan-makan mega
aku rasa satu keistimewaan STARP yang susah nak cari di tempat kerja yang lain ialah rajin sungguh cikgu-cikgunya buat pot luck (bawa makanan yang dimasak sendiri,yang tersedap boleh dibuat).selalunya adalah bersempena sesuatu contohnya sempena nak cuti, sempena kawan nak pindah, sempena raya,tahun baru cina atau depavali.
kadang tak ada sempena apa-apa,saja rajin dan tergerak nak makan masakan ramai-ramai.buat aje la.entah siapa yang memulakan budaya ini, yang pastinya kami berkongsi kegembiraan dan mengerat ukhwah walau mulut tak kata apa-apa.rasa `kebersamaan` itu mengalir di urat nadi,menggetarkan perasaan, berbesar hati melihat rakan yang menyumbang masa dan tenaga menyediakan yang terbaik.biar masakan dan makanan yang berkata-kata.
keseronokan makan sampai tak ingat ni buat kami lupa sebentar kesibukan kerja dan pelbagai remeh temeh dalam profesyen ini.sambil duduk-duduk santai, alangkah nikmatnya menyantap makanan dan rezeki Allah yang maha pemurah, yang menganugerahi kami rakan-rakan yang rajin masak, bahan masakan yang enak dan air tangan yang menakjubkan.
biar gambar yang berkata-kata..
Posted by Comels at 9:47 PTG 2 comments
Labels: beban tugas guru, jamuan raya, pot luck, starp






