Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 15 Januari 2011

AKU BUDAK LUBUK SIPAT (siri 2)

6.06 petang. entri kedua aku hari ini.wow.


kali ni aku nak sambung tentang pergi mengaji pulak.
aku mengaji di rumah cik Amat Jarah. bapa kepada cik Adon dan Ijik.hidup ni betul-betul macam roda. 20 tahun dulu aku dan geng mengaji di rumah cik Amat. sekarang, cucu-cucu cik Amat pulak mengaji di rumah aku kat kampung. kak long ajar mereka. baru semalam aku tumpangkan Leha, anak kak aloh (cucu cik Amat). comel si Leha ni. ada ke tengah hujan lebat dia boleh terpacak tepi jalan kat mesjid dengan baju sekolah dia tu. dari jauh aku tanya kak ct, `anak sapaaa la tu, berhujan...kena culik pulak nanti`..bila dekat aku suruh ika pandang mukanya kut-kut kenal.lepas tu ika menjerit  `laaa, lehaaa`..
leha tu siapa? aku bukan kenal. rupanya adik julak,cucu cik amat.

jadi aku tumpangkan le dia sebab sekali jalan je. dalam kereta riuh lah kami cerita yang aku ni dulu ngaji dengan atuk dia. entah faham ke tidak budak leha tu..aku tak nampak sebab aku kena fokus kat depan, hujan punya lebat sampai tak nampak jalan.aku hantar leha sampai depan rumah dia. suma tutup pintu.tidur agaknya. motor si julak pun terpacak kat depan rumah.kak ct suruh aku bunyikan hon. tak mau lah. nanti orang kampung kata aku berlagak pulak. mentang-mentang bawak kereta cap singa...ngeee..
 

lebih kurang 25 tahun dulu aku, suzen, imah,kak ita, abang ijam dan kak roha mengaji di rumah atuk leha ni lah. dulu mana ada letrik, pergi ngaji bawa lampu picit.kalau tak de duit beli bateri bawa lampu pelita yang berjelaga yang selalu buat menoreh tu. kalau bawa pelita leceh sikit. bila angin kuat sikit aje mula la mati.
 inilah contoh lampu yang aku bawa masa pergi ngaji.tapi tali tu takde, diganti dengan logam bulat yang boleh masukkan atas kepala.

nanti sampai jalan rumah suzen aku atau kak roha atau abang ijam akan jerit kuat-kuat  ...`ooo naaa...` oooo taaaa...sampai la kau menyahut kan jen. `ooooiiiii`..kadang-kadang mak kau yang menyahut.   hehe. aku rasa perbuatan kita tu begitu simple kan,tapi kalau sekarang ni kita buat gitu mesti kita dianggap tak bertamadun. apa kejadah memalam buta terjerit-jerit panggil orang. nak buat camana kan jen, tak de telefon. kalau ada boleh sms je..

proses jerit-jerit tak berakhir di situ. sampai rumah imah, kena jerit sekali lagi..``oiii mahhhh...ngajiiii...` kadang aku tukang jerit. kadang engkau. tapi kan jen, boring betul tunggu imah ni kan. terhegeh-hegeh. masa kita datang masa tu la baru nak makan la, baru nak pakai baju laa..nanti kita ngumpat dia. lepas tu kita macam orang tak reti bahasa jerit lagi nama dia banyak kali sampai dia turun. mesti kak yang dan along miah serta along tumbah rimas dengar kita memekak. haha. tu semua salah imah. sapa suruh terhegeh-hegeh.


sampai rumah cik amat, kita ambil air sembahyang kat tepi parit. masa dulu parit depan rumah dia suci, tak de orang bela ayam (er, bapa kau bela ayam juga ye...sekarang..hehe..)..jernih je airnya. aku suka rasanya. ada masam-masam kelat. dah tu kita naik, cik adon buka pintu. bagi salam bukan main beralun lagi..`asalamualaikuuuuuummmm`...

kekadang mereka sekeluarga tengah makan nasi lauk ikan singgang(rebus). aku tau la sebab bau ikan tu macam di rebus.lepastu baru kita ngaji. yang kecik dulu, yang besar kemudian. pun pakai pelita.
 dulu lampu macam ni sangat popular. ada besar ada kecil. kat rumah aku yang sedang aje. kalau nak tidur sumbunya dikecilkan. setiap hari sebelum malam cermin (semprong-kata mak aku) mesti kasi bersih dulu. kalau tak  nanti gelap je.belakang tu ialah gambar amoi dari china. lawa-lawa. tapi patern 60-an.


jen, ingat tak, cik amat suka suruh kita ngaji lama-lama. kadang-kadang dekat satu juz gitu. nanti kaki kita `kesemutan`. lepas tu kita ngaji dengan intonasi macam nak marah pun ada, macam nak nangis pun ada sebab tak tahan. tapi cik amat tak mengendahkan segala tektik kotor kita tu. dah sudah, nanti sambil tergelak-gelak kita buat protes menceritakan kesengsaraan kita tu sesama sendiri..ingat tak?

ingat tak masa cerita drama `sri mersing` tengah top dulu?tv pun hitam putih je. tapi penangannya boleh buat cik amat berhenti kejap ngajar ngaji.dia kata,` kita tengok cerita dulu lah ye`..hahaha.lepas habis drama sambung balik. kelakar betul lah. cerita omputih masa tu yang paling top ialah siri fiksyen sains `V`. ala, yang cerita sekumpulan saintis/angkasawan kat pesawat tu. ada scene `orang `V``makan tikus.alah, cerita macamtu kalau main sekarang ni kena gelak dek kucing aje. tak best langsung.tapi dulu, sampai teringat-ingat.drama melayu pulak cerita `wajah sutinah`. kalau hari raya nanti acik perempuan tu bagi kita makan kuih raya. tradisional kau, kuih bangkit bentuk bulan, kuih goyang dan beberapa lagi. sambil layan tv hitam putih kita ngap kuih.sedap tak sedap tinggal piring aje.hehe. cik adon paling veto. duduk kat kerusi malas depan tv. tu la tempat dia.

ingat tak masa tu kak roha curi-curi dating dengan asan. kita ni sibuk aje nak tengok kan. tapi malam gelap tak nampak. lama-lama kita give-up. kak ita je yang matang. tak kuasa nak menyibuk macam kita. hehe.

masalah bila balik ialah aku dan adik beradik aku terpaksa merentasi rumah Ah Hong yang suka bela anjing. kau pun lalu juga tapi advantagenya kau terus ke benteng.jadi setiap kali nak balik je, aku sudah baca `ayat penghalau anjing` yang kak imah ajar. dia kata kalau baca ayat tu anjing akan jadi bisu dan tak  kacau kita. ye aje. tapi yakin tak yakin le. baca je lah. ayatnya berbunyi `summumbukmun umyumfahum laa yar ji`un`...(rupanya bila dah besar aku tau ayat ni dari surah yasin.cuba cek tengok.)

tapi aku sangat hairan. bila sampai rumah Ah Hong anjing tu macam dah tau bau kita. saje je nak menyakat. disalaknya kita kuat-kuat. kau ingat tak kecohnya. kalau jalan kaki bertempiaranlah. kalau naik basikal, kak roha kayuh laju-laju. aku yang membonceng ni siap angkat kaki tinggi-tinggi sampai pinggang kak roha.kak roha pulak angkat kaki tinggi-tinggi kalau boleh sampai handle basikal tanpa peduli kayuhan lagi. apa taknya. anjing tu follow sampai kat kaki. macam nak gigit kau...terpekik terlolong sambil baca ayat tadi. nak tergelak pun ada. seram pun ada.

bila dah besar ni aku terfikir, memang la ayat tu tak berkesan sebab aku dan kak roha merepek aje. baca salah, lintang pukang. makna dan sebutan dah tentu tak betul. tergelak aje anjing tu agaknya. dah kelam kabut macam tu nanti Ah Hong akan panggil anjing dia masuk rumah.

huh, seram betul lah. takut kat anjing mengalahkan takut hantu.
sekarang ni, anak cik adon dan anak imah si Faiz tu pun ngaji kat rumah aku pulak. tapi apa nak takut. anjing bertambat. datang pulak naik motor. huh, tak mencabar langsung.

Pergi Sekolah

susah nak saing-saing. kadang aku jalan kaki aje. kadang naik basikal gerabak bapak aku. tapi bila aku bawa basikal gerabak, aku akan letak dekat kebun kelapa sawit arwah Darjat. tau pulak malu. ye la jen, aku miskin.segan juga nak bawa basikal macam tu. orang lain pun naik beskal juga tapi tak la buruk benar.
macam ni lah lebih kurang basikal bapak aku yang aku bawak.malu seyh.tapi sekarang aku menyesal pulak tak suruh bapak aku simpan baik-baik. antik nih.dah ke mana rangkanya.

aku tak ada nostalgia sangat tentang kita pergi sekolah pagi sebab memang tak saing kan. yang aku ingat masa jalan tanah merah belum ditabur kelikir, satu hari tu aku balik saing hadi. bila jumpa tanah yang licin dan terlindung pokok getah aje, aku pun duduk di situ. lembut dan sejuk jalan tu. nanti sambil jalan tu aku `kenceng` hadi aku kata belajar darjah 5 susaaah... banyak tak tau. aku kan senior dia setahun ke dua tahun gitu.si hadi adik kau tu pun menganga-nganga. macam takut aje. hehe. kadang-kadang aku balik jalan sorang-sorang. nanti akan lalu cikgu Salleh atau cikgu Mad Nor. cikgu Salleh tu garang sangat. takut aku.cikgu Mat nor baik. nanti dia cakap lembut-lembut aje dengan kita. yang bestnya, nanti cikgu-cikgu tu akan pelawa aku naik motor. kalau cikgu mat Nor naik honda cup 70. kalau cikgu salleh naik vespa. aku ni malu jugak. tapi dah kita ni murid kan, segan aku nak tolak. aku naik je lah. hihi. hilang juga penat. kadang aku berharap tak terserempak cikgu tapi apakan daya. rumah mereka kan kat Pt Mansur dan Pt. Putri Menangis kalau tak salah aku. nak mengelak macamana.

bila balik sekolah agama, kita selalu singgah rumah atok. kau ingat lagi tak, alah, nenek imah yang duduk sorang-sorang tuuu.. atuk ni dahsyat tau, pakar buat kuih kek berempah. dah tua-tua pun power buat kuih rempah. aku sangat suka datang beraya dengan mak aku sebab aku mesti makan kek lapis tu. ada rasa ketumbar, jintan...hmmm tak jumpa dah sekarang ni.

kau ingat tak, kita singgah rumah atok sebab nak petik buah manggis dan pungut buah sentol.aku ingat lagi, tepi belah kiri rumah atok ada mesin getah risda. orang kampung kita dulu mesti buat getah keping kat sini. sebelah pondok mesin getah ni lah ada pokok sentul. besar dan tinggi sangat. saujana mata memandang. kita tak upaya nak petik, kita pungut yang dah jatuh aje.
inilah buah sentul rasa masam manis. ada rasa buah duku sikit.

dengan baju sekolah yang tak berganti tu, selamba aje memanjat-manjat pokok yang boleh dipanjat. hai, bebudak.

masa puasa kita akan melepek kat surau sekolah agama. tengah hari ada orang antar air batu kat kedai wak hamsan. masa tu kita semua tak ada icebox. jadi kalau nak air batu beli je la seketul ikut harga. nak kecil, 20sen. nak besar 50sen. yang uniknya air batu ni diseliputi habuk papan. kenapa entah. dari segi teorinya untuk mengelakkan air batu mencair dengan cepat.
aku teringat, masa tu letihnya puasa,aku ajak pijah pergi tengok orang potong air batu.jadi serpihan air batu itu kitaorang pungut dan oleskan kat muka dan tangan. ah..segarnya...basah-basah baju. tak apa. janji sejuk.

masa sekolah agama, senang rasanya nak lulus. adab-40 markah. b.arab-40 markah.tafsir-40 markah. semuanya senang bagi aku kecuali faraid. otak aku memang lemah sikit bab matematik. 
kita tak lepas dari meniru. tapi aku takut nak meniru walau cikgu Yunus buat tak nampak aje. aku paling suka periksa tafsir.aku suka sungguh-sungguh mengingat ayat Quran dan tafsirnya,bukan apa. soalan macam dah tahu, lepastu kita hafal dan keluar pulak soalan tu, seronok lah.aku berterima kasih kepada cikgu densi, cikgu Yunos dan cikgu Zainon yang mengajar aku agama. masa tu kau ingat tak kitab `Mutaal Badrin`.kitab tebal yang semua ada dalamnya. tulisan kecik, ejaan lama. eja bumi ialah ba, wau, mim. kita baca bom.cikgu marah. haha. tapi dengan kitab tu lah kita akhirnya lancar baca jawi.

sekarang asyik tukar kitab je. kesian mak bapak. dah lah semua mahal. kau tau jen, kitab tua tu pun tak ada lagi. aku tau sebabnya, mungkin kerajaan tak nak budak-budak ni tahu tentang jenayat. dalam tu kan ada soal hudud, qisas dan sebagainya.demi survival politik kotor itu, mereka tak guna pakai lagi kitab tua. .
entahlah jen. dunia semakin parah. sebagai guru yang hari-hari terlibat dalam sistem sekular aku rasa bagus kalau anak-anak ni masuk sekolah pondok aje. risau aku dengan sistem yang ada sekarang ni.aku cerita di entri lain.

agak panjang aku menulis. sebelum aku berhenti, renungilah dunia indah dengan pandangan lensa makro di sekeliling kampung kita. flora dan faunanya tetap indah macam dulu. baliklah sesekali menjejak memori kita bersama..
parit depan rumah aku, tempat kita mencipta gelongsor tertinggi

rerama yang ada di semak samun sungai kita


biawak mati ni pun satu fenomena indah bagi kita yang ada mata untuk melihat


santalia di rumah bondaku,dulu santalia sering dikerumuni rerama oren dan belang hitam putih. tapi sekarang nak tengok sekor pun payah. kampung kita tak bersih macam dulu kah?

lihat dengan lensa makro, kita akan menghargai sekecil hidupan flora atau fauna.

pesanan untuk aku sendiri:

ya Tuhan, luaskan rezekiku,
lapangkan masaku ya Tuhan,
kerana aku ingin sekali untuk kerap pulang ke tanah bondaku
agar aku merasa damai
walau sekejap
pulang ke kampung
ertinya
kembali kepada fitrah....
(untuk anda semua yang rasa tak tenang di kota, cuba ingat kali terakhir pulang ke kampung, bila?)
bonda memanggilmu...

4 comments:

hanafi berkata...

aku tak pernah rasa buah sentol.. klu ada lg kt kg ko.. bg aku sikit..

Melihat Kesunyataan berkata...

Saya juga sering makan buah sentol, orang kedah sebut buah setoi.
Menarik kisah ini. Boleh jadi novel kalau disusun betul-betul.

Comels berkata...

Tuan haji:terharunya saya,sudi tuan membaca tulisan saya yang entah apa-apa ini.angan -angan nak jadi macam tuan, Azizi Abdullah atau SN shahnon Ahmad, tapi masih jauh sangat lagi.nantilah saya perbaiki dengan kata yang lebih indah...terima kasih kerana kesudian tuan itu buat saya semakin semangat menulis.

wak nafi:dah tak de la pokoknya. semuanya tinggal kenangan. aku rasa dulu itulah pokok sentul tertinggi kampung aku.menyamai bangunan 10 tingkat rasanya. entah ke lebih..

Ley Chelsea berkata...

Terbaek la Comels

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com