Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 15 Januari 2011

AKU BUDAK LUBUK SIPAT (siri 1)

7.55 pagi, selasa.(cuti Hol sultan Johor)
tiba-tiba pagi begini aku rasa bernostalgik sekali.ingat kenangan masa kecil di kampung kecintaanku, Lubuk Sipat, Benut. heran betul. nama ni tak glamour lah. malu nak sebut juga. tapi memandangkan manusia yang ada kelas tidak akan lupa asal usulnya, aku mengaku yang LS tu kampung aku. hehe.

jalan masuk depan rumah orang tuaku.semak samun yang mendamaikan.

............................
entri ini terbengkalai beberapa hari.tiba-tiba tiada mood nak menulis.pagi sabtu,15/1/11 ini ada mood yang muncul tiba-tiba.
.............................................................................................

mungkin aku akan banyak gunakan nama suzen kerana pertemuan semula di fb setelah berbelas tahun walaupun rumah orang tua kami cuma beberapa  langkah je (dulu) membuat aku rasa terpanggil sangat nak merakam kenangan indah zaman kanak-kanak.

jambatan kampung yang jadi saksi kehidupan kami

SUNGAI BENUT
zaman kanak kanak aku tak dapat dipisahkan dengan sungai. waktu itu awal 80-an, sungai merupakan nadi utama penduduk kampung bila musim kemarau tiba.zaman tu tak ada air paip macam sekarang. kena guna air kolam , telaga atau perigi.bila kemarau melanda, tanah liat akan merekah-rekah.air di kolam jadi surut. simpanan air akan habis. waktu inilah orang kampung sebelah `laut` macam keluarga aku dan suzen menggunakan air sungai untuk mandi, basuh baju, memasak dan sebagainya. aku ingat lagi rutin harian aku dengan kak roha sebelum pergi sekolah. subuh-subuh sepi`e tu bangun dan bergegas ke sungai untuk mandi. lokasinya bawah jambatan inilah. pagi-pagi airnya rasa suam dan berwap. lepas mandi, bawa air sebaldi balik dengan kereta sorong untuk stok membasuh pinggan mangkuk atau memasak.petang karang ambil lagi untuk penuhkan satu tempayan. mak akan letak tawas di dalamnya supaya air jadi jernih.

kalau nak air bersih kami akan tunggu lori air datang. semua orang kampung akan bawa baldi, tong cat dan apa saja untuk tampung bekalan air. betul-betul macam yang kita tengok dalam tv bila warga kota keputusan bekalan air sekarang. beratur semuanya.kadang dapat sikit saja pun sebab air dah habis.
dari atas jambatan inilah orang kampung aku yang lebih besar sikit dari kami ni menunjukkan kepakaran terjun tiruknya. korang bayangkan ganas tak ganas. dari atas jambatan ni aku pernah tengok ijik dan sapa ntah lagi budak lelaki terjun sungai. gila betul ah. bayangkan kalau terjun-terjun tu buaya nganga je mulut dia. sorang-sorang budak kampung hilang. he...kau pernah terjun dari atas ni tak suzen?aku tak pernah. tak berani. aku berenang pun asal tak tenggelam aje. aku rasa masa aku berenang tu air punya la banyak berkocak dek kaki dan tangan aku tapi bila aku pandang sekeliling aku rasa aku kat situ aje. tak bergerak pun. maknanya kocak aje yang lebih. geraknya tidak.jadi lah. asal tak tenggelam. lama-lama pandai juga.
bila waktu petang, akan ramai orang kampung mandi di tepi sungai. yang masih segar di ingatan aku ialah arwah abang ajan (sepupu aku) sedang enak-enak bersabun bawah jambatan. aku dan geng ni berkubang dekat bawah jambatan juga, tapi tempat yang ada tangga.
gambar-gambar ni semua adalah ihsan hubby dan abang ijam. tahun 2008 mereka merayau di sungai dan di jalan tanah merah (benteng) yang boleh tembus ke  benut tu, katanya. mereka ambil gambar flora dan fauna sebab abang ijam tengah kumpul bahan untuk buat painting dia.gambar ni aku tak pasti menghala ke benut atau pt. Yusof. tapi anggap ajelah ke Pt. Yusof. kat tepi-tepi tu la kita berkubang kan jane..seronoknya...pantang lepa, lepas tolong mak aku kat kebun aku akan ajak kawan-kawan berkubang kat sungai. ingat tak jen, kita main spa-spa. kita buat masa air surut, lumpur kat tepi sungai ni banyak,jadi kau ajar kita orang benamkan diri dalam lumpur dan tinggal kepala, tangan dan kaki saja yang nampak. ntah dalam tu ada cacing ke, ular ke, bakteria ke, tak tahu geli langsung. tapi aku rasa mesti tanah tu banyak mineral semula jadi kan jen. sebab tu kulit kita ayu je.

satu tengah hari yang indah, aku gian betul nak berenang kat sungai. aku pun pergi rumah kau jane, tapi kau dah mandi kat kolam. aku tak kira, aku ajak juga kau pergi tepi sungai kat rumah kau (wow, makin segar ingatan aku)..kat situ macam ada kayu balak melintang kan jen, elok aje untuk kita turun mandi. sebelah kanan tu ada pondok kecil tempat ayah kau ke arwah udak mail simpan sampan . ingat tak jen... jadi aku pun ajak kau mandi. kau kata tak mau, sebab kau dah mandi. kau kata tak apa, kau temankan aku aje.  kau tengok aku aje sambil tersenyum-senyum. manis la kau ingat senyuman tu. 
jadi aku mandi dengan seronoknya sambil bersaksikan kawan aku dari atas. tapi tak berapa seronok sebenarnya mandi sorang-sorang, macam orang gila.

aku pun naik ke atas dan sembang-sembang dengan kau. dengan selambanya kau bagitau aku  `ana, sebenarnya tadi udak mail nampak buaya masa dia naik sampan, ambil pisang kat kebun`..whattttt!!!
patutlah kau tak turun. hih jen, sampai hati kau tak cakap awal. nasib baik aku tak dimakan buaya. aku tanya kenapa kau tak cakap kat aku?kau kata tak sampai hati tengok aku teruja sangat nak mandi  sungai.kau memang gila....

kau masih ingat tak bau lumpur sungai yang melekat di badan kita.aku ingat jen, dan semakin kuat ingatan ini.

dulu kita ni tak tau takut kan. main redah aje. bukan terfikir ntah ada kaca ke, binatang bisa ke...tapi alhamdulillah, selamat. aku rasa Allah suruh malaikat jaga kita semua kan jen, ye lah.budak-budak mana ada dosa.cuba sekarang turun tengok, langkah sikit je dah jatuh lah, kudis la, kena kaca lah..tu lah banyak dosa dah kita ni kan.
 ni gambar lembu bapak aku berlatar belakang sungai yang menghala ke Pt.Yusof.

dekat jambatan pt. yusof tu, kita segerombolan budak lasak yang dianggotai aku,engkau, aris,imah,dan nama-nama lain ni (kurang pasti ikut ke tidak)(eh, kau ada takye?aku rasa agak mustahil kalau kau tak ada)iaitu abang ijam, itah geraie, inong sikin, inong huda dan hadi, nak buat perkelahan. jadi masing-masing kata nak bawa makanan.seronoknya main terjun-terjun. aku yang konon-konon aplikasi cara orang dalam  filem berkelah bawa 2 bungkus kacang goreng yang berharga 10sen sebungkus. bodohnya kalau kenang balik,orangnya  dekat sepuluh orang, bawa 2 bungkus kecik kacang aje. ala, tu aje yang aku mampu.setelah korek duit syiling mak aku yang jatuh kat lantai ke, mana-mana ke. yang best ialah imah. dia bawa sebungkus besar nasik. lauknya aku lupa. dalam hati aku kata`best la imah ni. mesti dia bawa seperiuk nasi kat dapur dia.mak dia tak marah ke?``

tapi semua tu tak jadi hal.yang penting berkubang. aku rasa sungai ni tak besar sangat sebab ia merupakan cabang sungai yang selalu kita kubang tu.balik dari mengembara tu, lalu kebun durian mak aku,jumpa sebiji. main `timpas` saja cara belahnya. tak ikut law langsung..eh, aku tak ingat la kau ada tak masa projek ni.

kadang kita berkubang depan rumah kak tipah. main terjun-terjun dari jambatan.kalau aku ingat balik ngeri rasanya sebab terbayang entah ada kayu tajam ke, tunggul ke, ikan keli ke, kaca ke kat dasar sungai tu.tak berlubang kaki kita.

satu hari arwah abang ajan mengadu kat mak aku   `ni budak-budak ni makacil, berkubang bergantian terajun. baju bertukar-tukar`.(aku teringat peristiwa pinjam baju hadi.entah apa motifnya aku pun tak ingat).tapi mak aku tak marah kut. buat penat mulut dia aje.

kau ingat tak jen, kadang ada pokok nipah hanyut. kadang ada buahnya saja. kita pernah bereksperimen belah buah nipah tu. tak le best sangat. macam kelapa tapi kecik aje kan. tu pun berebut nak rasa.sungguh geragas.

Udang Mabuk

dalam setahun mesti paling kurang 2 kali udang mabuk kat sungai kan jen. aku tak pasti siapa punya angkara. takkan udang dan ikan ni minum arak sampai mabuk?kan haram.emmm atau memang musimnya. atau ada orang menuba,yang pasti bila udang mabuk sungai kita berpesta. orang sepanjang-panjang sungai kaut rezeki yang ada. bila udang mabuk, sesungutnya nampak kat permukaan sungai. sauk aje lah..fuyooo, besar-besar jongkong kan jen.nasib baik tak ada digital kamera masa tu, kalau tak aku ambil gambar untuk buat bukti kepada anak cucu kita.
inilah contoh udang galahnya. sama je.malah lebih banyak lagi.

kadang aku tengok orang dapat berguni-guni kan jen. mak kau aje 3-4 baldi penuh. tu yang aku cerita, mak kau kasi aku 4-5 ekor, aku terus balik berlari-lari dan bakar udang  atas kayu api. kau bayangkan jen, kayu api kan susah nak menyala. masih berasap-asap kerana aku  baru bubuh minyak tanah dan getah sekerap tu, aku terus letak udang tu atas api yang kecik sangat. tak sempat udang tu merah jen, aku makan aje cepat-cepat. takut adik beradik aku balik, nanti kena share pulak. hi, kedekut betul. nikmatnya makan udang mentah.

keluarga aku sering terlewat dapat tahu kalau udang mabuk. maklum, kami semua menoreh kat pt. Yusof.jauh sangat nak sampainya. bila balik dah pukul 11 pagi, orang pun dah nak balik. dah la tak pandai menyauk...apa nak jadi laaa...tapi tuhan maha adil jen, tak dapat udang galah, udang pepai pulak 2-3 dulang...penuh.
ini contoh udang pepai.udang ni selalu orang buat udang kering yang halus tu, buat cencaluk atau belacan
(gambar ni dari internet, tak ada kaitan dengan aku dan keluargaku!)

nanti akan dijemur di panas mentari. badannya yang macam cermin sebab jernih akan tukar jadi merah. punya la bersih air sungai kita ni dulu kan jen, kadang tengah mandi tu sesaja je aku sauk-sauk rumput tepi sungai sambil berenang.aku akan dapat 4-5 ekor udang pepai dalam genggaman. sebab  badan udang ni nampak transparent aje aku rasa udang ni suci. terus je aku gigit, nak rasa..emmm macam udang mentah lah rasanya.ei, kenapalah aku suka makan benda mentah-mentah. karnivor ke apa aku ni?


...aku nak panjang lagi menulis.tapi aku ada komitmen lain.lain entri nanti aku cerita tentang peristiwa pergi sekolah, mengaji dan lain-lain.tunggu..

5 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

huhuww. kawan ku si jana yg mcm buragas waktu kecilnya.. bila beso aku kenal aktif bukan main, bila dah tua sikit aku kenal dia makin matang, manja dan tetap baik hati mcm dulu juga..

Comels berkata...

jijah memujiku.rasa terawang-awang.jah,tak cukup duit nak belanja kau.kau beli sendirilah kau nak makan apa.guna duit peruntukan kau nak beli tanah tu.ambil 50hengget.ngeee

hanafi berkata...

tak sangka ko suka lumban kat parit.. macam aku, apek dgn idon jugak.. sama je ceritanya.. cuma kampung aku tak ada la nampak perempuan lumban kt sungai.. semua perempuan mandi kat 'bancek'...

Comels berkata...

alah wak, tu dulu. masa tak kisah dan belum wajib tutup aurat. sekarang, mati hidup balik pun takde la aku nak memarit tuh. dah rumah aku tepi sungai dan parit, nak buat camana

Farid berkata...

Itu jalan ke Parit Salleh, ke darat, Jalan Parit Ismail yang menghubungkan Benut dengan Simpang Renggam.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com