![]() | ||||||||
| GAMBAR KENANGAN DENGAN KAK ZILA,KAK NING,INN DAN AKU |
Isnin, 24 November 2014
MEMOIR AKU SEORANG CIKGU(PART 14)
Posted by Comels at 2:58 PG 1 comments
Labels: ipsi, kenangan, tanjung malim, uitm, UPSI
Sabtu, 22 November 2014
AKU BUDAK LUBUK SIPAT (PART 6)
![]() |
| mujur ada teknologi,aku cantikkan sikit gambar kita ni mah.kau form 5,aku form 4 |
Imah,kau rasa hidup kita masa kecil dulu bahagia tak. kita miskin kan mah, rata-rata kita semua orang susah. aku ni asyik makan ikan kering,pucuk ubi,paku pakis,ubi kayu..lempeng.. kau pun sama saja kan. cuma lauk kau lebih fresh sebab abang-abang kau rajin pancing ikan dan udang. selalu makan ikan dan udang galah. bila udang tu besar,saja-saja kamu ambil cangkerangnya,keringkan dan pamerkan atas televisyen rumah korang. aku ni kalau datang asyik terliur saja. sebab tu kadang-kadang aku tak peduli dah,aku redah saja dapur kau,angkat tudung saji terus makan nasi.mujur-mujur ada lauk udang galah.paling tidak pun ikan sungai.yummy!
Imah,walau kita orang susah,kita jarang merungut kan. engkau,aku,jana (suzen) dan beberapa orang lagi sering saja bercabur dekat parit dan sungai.kalau banjir seronok pula bermain banjir depan rumah ah hong dan kak ipah.kau ingat tak mah, konon kita nak berkelah kat sungai Pt Yusof,kau bawa satu periuk nasi mak kau,yang aku bawa kacang goreng sebungkus saja.macam alien kita makan lepas bercabur,aku rasa aku ada tanya kau, `mak kau tak marah ke mah kau bawa nasi dengan periuk-periuk ni sekali?` aku lupa jawapan kau,tapi kita tak peduli,makan lagi,lagi dan lagi sampai licin nasi tu. masa tu yang pergi ialah aku,engkau,aris,inong,ijam dan siapa entah. suzen aku tak ingat,dia kadang skema sikit,tak ikut sangat aktiviti kita yang bukan-bukan.
setiap pagi,kita tak sabar-sabar nak main dan berkumpul.tak mandi,lepas sarapan terus saja berkumpul dan buat kerja berfaedah sebagai budak-budak.kampung kita damai kan mah,sejuk dan hijau.air parit jernih.kau ingat tak dulu kau sekeluarga buat parit depan rumah tu tempat mandi.aku suka ke situ,ada pangkin kecil buat duduk sambil main air.kadang kita bercabur kat situ,tapi paling seronok terjun dari titi depan rumah kak ipah.lepas tu abang ajan bapaknya rubi repot kat mak aku `kanakan ni makacil ai,bercabur tarjunan......bla,bla,bla`..mak aku pun jeling tajam aku yang ketakutan kena marah.takut-takut pun esok sambung lagi.
Imah,kau ingat tak betapa seronoknya kalau balik dari sekolah kat Betak tu. masa kita tingkatan satu dan dua, mana aku ada motor lagi,kita naik basikal saja kan. balik tu,mesti singgah kedai kecil orang bugis depan simpang 4 tu.kita beli air sirap cedok 20sen,aku beli keropok rota 20sen. masa tu rota baru saja wujud,sedap betul ajinomotonya mah, nasib baik tak botak setiap hari makan tu. ajaib betul,kita boleh makan sambil kaki kayuh basikal dan tangan pegang hendal. jalan dulu tak sibuk, nak jumpa motor punya susah,nak nampak kereta macam tunggu kapal terbang lalu. jadi tak bahaya lah kan. jalan tanah merah,bila lori tanah lalu muka,baju,kain,kasut semua kena debu,kuning.kalau budak sekarang,aku rasa tak sanggup ke sekolah dah dengan penampilan selekeh macam tu,tapi kita reda demi sebuah ilmu,kan mah. cewah.
![]() |
| inilahlkeropok yang sangat menakjubkan,memberi semangat untuk kita mengayuh sejauh 9 kilometer untuk balik dari sekolah! |
imah,banyak lagi yang ingin aku tulis,tapi mia dah bangun dan aku nak buat sarapan. nanti sempat aku sambung bab 7 pula ye.
Posted by Comels at 6:51 PG 0 comments
Labels: kenangan zaman sekolah, keropok rota, memori, sekolah menengah pt betak, smpb
Rabu, 29 Oktober 2014
MEMOIR AKU SEORANG CIKGU- PART 13 (DALAM HATI ADA TAMAN)
CIKGU LIM, CIKGU TEO DAN CIKGU FARIDAH
sharul cerita, masa menengah rendah hampir saban hari kena kejar dengan cikgu Lim. asyik memonteng,masuk lambat,rehat hilang sampai hypermarket, hisap rokok..entah apa senarai lagi kenakalan mereka. Gembol kata, lubang mana yang mereka tak lolos, pagar mana yang mereka tak lompat.semua kawasan menyeludup keluar ada dalam poket mereka. satu hari,cikgu Lim geram sangat sampai semuanya nak kena rotan. cikgu lim kejar mereka yang entah buat onar apa pada waktu tu. cikgu Lim sampai penat mengejar, mereka pula penat berlari. `dah lah bulan puasa tau cikgu!` akhirnya kenalah cekup. cikgu lim tak sampai hati nak rotan, diberinya pilihan budak-budak tu nak rotan hari tu juga ke, tunggu lepas raya. mereka kata lepas raya. sampai ke sudah, sampai mereka dah tingkatan 5, cikgu lim tak rotan-rotan pun. terlupa agaknya!
sedang rancak bercerita, tiba-tiba cikgu Lim datang ke kelas. semua terdiam. tiba-tiba dia kata`ada tak pelajar yang masuk kem akademik tempoh hari,dia nak bagi gambarnya. semua geleng kepala. bila beredar, aku pun kata, hah, suspen lah tu, ingatkan cikgu lim nak rotan kamu kan, kut lah teringat balik hutang tingkatan 1 dulu!.kami semua tergelak.
sharul kata, cikgu Lim tak dapat kejar mereka, tapi cikgu Teo jangan buat main!lari punya laju, kalah mereka semua. kisahnya, masa mereka tingkatan 1, kelas sebelah peralihan, entah dari gila yang nombor berapa datang,mereka semua main mercun! tengah-tengah sunyi sepi tu, bolehnya diambil botol,masukkan mercun dan bakar hujung kelas. masa tu cikgu Teo ada kat sebelah, apa lagi, kena kejarlah semuanya. memang tak seorang pun selamat sebab cikgu Teo kuat lari. laju macam angin, katanya.
tentang cikgu Faridah pula, si hakimi lah yang paling kelakar. nazarul report ada budak buat gambar cikgu faridah kat tandas lelaki, lepas tu tulis lucah. (cikgu Faridah garang ya ampun,budak memang takut kat dia) lepastu, spot chek dijalankan, masing-masing tak mengaku. tiba ke hakimi, kena gertak dengan cikgu faridah,kalau mengaku,gantung, kalau tak mengaku, tapi didapati bersalah, terus buang sekolah. si kimi ni penakut kata sharul,dia tak buat tapi entah kenapa takut sangat dengan perkataan `buang sekolah` tu, jadi dia pun mengaku.tak pasal-pasal kena gantung seminggu!
`habis tu, kimi buat ke tidak?`
tak la cikgu, tapi penakut tak tentu pasal ngaku je la walau bukan dia yang buat.
habis, kau berani sangat la ye sharul?
kalau saya tak salah, saya berani je la cikgu, sumpah pegang Quran pun saya tak kisah kalau saya tak salah!`
`heleh kau ni,cakap je lebih`
`betul cikgu, haritu ada kes apa ntah, cikgu kamal kata saya yang buat. saya tak ngaku, cikgu kamal kata kalau betul tak cakap bohong, sumpah pegang Quran. saya setuju je sebab masa tu memang saya tak salah. saya tunggu...`
`dah tu, apa jadi?`
tak jadi apa-apa sebab cikgu Kamal cari Quran tak jumpa-jumpa!
si Gembol mencelah,dia tak lupa kes kena kejar dengan cikgu kamal. masa tu mereka nak ponteng kelas, lalu padang. tiba-tiba cik kamal jerit,berhenti,!jangan lari! apa lagi, makin berlarilah mereka menuju ke tangga munsyi. gembol paling belakang, maklum ketika tu badan dia agak comel(sampai sekarang pun).. gembol berkejar-kejaran dengan cikgu kamal. bila dia toleh belakang, dia rasa kesian tengok cikgu kamal lari sambil pegang lutut! dalam hatinya nak tolong cikgu ke,nak lari. kesian tengok cikgu sakit kaki,gout. tapi memandangkan kawan-kawan semua dah jauh, dia ambil keputusan lari juga. mereka sembunyi di tokong cina besar sebelah Mydin. bila nampak cikgu kamal, mereka lambai-lambai cikgu kamal. cikgu pula, tak larat nak kejar, lambai balik kat mereka!
Posted by Comels at 9:18 PTG 2 comments
Labels: budak nakal.ponteng sifar, guru disiplin, kenangan zaman sekolah, ponteng, starp
Rabu, 22 Oktober 2014
ANJING:HAKIKAT,SYARIAT,MAKRIFAT DAN MEMOIR SEORANG AKU (PART 2)
10.22 MLM. 21/10/2014
INI SAMBUNGAN ENTRI TADI. PANJANG SANGAT KAWAN,MESTI KAU MALAS NAK BACA. HEHE.

ANEKDOT 6:ANJING,SYAITAN DAN AZAN
bila berpindah ke BP, aku sangat selesa di sini..segalanya mendamaikan selain jem teruk pagi-pagi nak pergi kerja. tapi bila di rumah,aku rasa sangat tenang dan sejuk hariku. jiran kiri kanan alhamdulillah, baik hati. langkau 3 rumah, ada auntie tu bela anjing yang sangat peramah. pantang apa lalu semua nak disalaknya.
kadang aku tengok dia mengurat anjing yang lalu lalang. kesian,batin tersiksa kut sebab asyik kena kurung di rumah saja. kadang suaranya buat aku sakit kepala, bunyi tak berhenti-henti. tapi masih boleh kuterima berbanding bunyi orang berkaraoke di majlis kahwin masyarakat melayu sekarang. rasa nak terkeluar otak disengat muzik berdentum dentam. tak tahu kenapa budaya ini dah jadi semacam kewajipan pula setiap kali ada majlis kahwin. mia kalau kahwin besok besar takdelah mak nak buat karaoke bagai ni nak. bukak radio,sudah.
anjing jiran ni kadang bagus juga. dek terlalu prihatin, apa saja objek mencurigakan yang dia nampak,dia berbunyi lah. rasa selamat juga kut ada pencuri di kawasan kami ni, mesti fikir banyak kali nak masuk rumah sapa-sapa kerana penggera ni menggila sungguh bunyinya.
cuma satu perkara yang aku perasan, dan menjadi misteri hingga kini dalam ruang akalku. setiap kali masuk waktu subuh, azan subuh yang syahdu berkumandang dengan jelas. dan anjing ini, setiap kali,tanpa mungkir sepanjang yang aku perasan akan seolah menyahut seruan azan dengan sayu. setiap patah lafaz azan akan disambutnya dengan salakan yang mendayu, dan panjang. aku jadi malu kadangkala kerana dia hanya seekor anjing, tapi bangun awal dan menyahut seruan azan dengan takzim dan rutin.
atau, mungkinkah dia ternampak syaitan yang lari bertempiaran ketika azan sedang dilaungkan. maklumlah, dulu boleh tahan juga cerita-cerita angker di daerah perumahan aku ini. antaranya termasuklah jiran aku yang isterinya terkesima tatkala siram bunga malam buta, ternampak seorang perempuan berbaju putih melintas depan rumah dan terus berjalan lalu hinggap di tangki air besar hujung jalan sana!
entahlah. semuanya berkemungkinan. sekurang-kurangnya, walaupun cuma anjing, kamu tak perlu risau sebab tidak ada neraka disediakan untuk kamu, berbanding aku,manusia...
----------------------------------------------------------------------
Posted by Comels at 12:22 PG 1 comments
Labels: anjing disiksa, anjing haram disentuh, i want to touch a dog, melatah, memoir aku seorang cikgu, tersentuh anjing
Selasa, 21 Oktober 2014
ANJING:HAKIKAT , SYARIAT,MAKRIFAT DAN MEMOIR SEORANG AKU (part 1)
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya)
“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
.........................................................................
aku sependapat dengan penulisan ustaz ini. dan untuk kucoretkan pengalaman tentang kisah aku dan anjing, rasanya perlu part 2 pula entry kali ni. panjang sangat! hah.
Posted by Comels at 10:16 PTG 0 comments
Labels: facebook isu anjing, isu hangat, kontroversi, pegang anjing, program i want to touch a dog
Jumaat, 17 Oktober 2014
Bila Tuhan Berkehendak.....
16/10/2014
11.28 malam
Posted by Comels at 12:20 PG 2 comments
Labels: ajal, kematian, maut, persahabatan, starp
Khamis, 16 Oktober 2014
mia-rindu,serindu - rindunya
3.49 petang.
Posted by Comels at 11:05 PTG 0 comments
Labels: anak soleh, anakku sayang, catatan ibu, mia
Rabu, 2 Julai 2014
Mia-`teddy bear,teddy bear,where are you?`
2/7/2014.
4.10 petang.
akhirnya,pukul 5.30 petang tu adik bukak puasa.tu adik tengah cakap `sedap,sedap`.cuba la cakap alhamdulillah nak,banyak kali mak ajar.ish..adik makan sendiri,lauk kegemaran adik. sup .
Posted by Comels at 11:15 PTG 1 comments
Labels: bazar ramadhan, cinta, damia maisarah, giant, mia, sup, teddybear







