Rabu, 2 Januari 2008

betul -betul olat


ha ni betul-betul gambar olat. post sebelumnya aku lupa nak tekan publish. he he. sori.

MENANTI HARI ESOK

NI GAMBAR TERBARU OLAT. obses betul aku dengan dia. wa sekarang demand betul nak makan biskut jenama smartheart jer. bagi lain makan lambat-lambat lepastu bunyi-bunyi dengan harapan aku bagi yang baru. nasib baik jenama ni murah. ntah kenapa dia suka yang ni.ajinomoto banyak kut. kat label tu tulis ada omega 3 dan bawang putih. hm. macam-macam. tapi betul kut sebab bila makan yang baru ni bulu olat liccin, aktif dan mata bersinar. ewah.... kempen ke aku ni. bukan dapat duit pun.. he he.

thank kepada anda semua yang sudi baca blog ni. setakat ni ia hanya tempat mencurah rasa. belum dikembangkan ke tahap mengupas isu yang lebih mencabar minda. penggunaan bahasa pun tidak sesuai untuk mana-mana peperiksaan di Malaysia, bahasa santai. untuk sakura, akimaru dll x student tu, sedih la kita x jumpa lagi. tak ajar form 6 dah. tenaga cikgu lebih diperlukan untuk bimbing adik-adik kamu form 3 dan 4. tak apa, macamanapun, kita kan akan terus berjumpa. korang suma selalu di hati especially 6r5 n 6r2 walaupun mungkin cikgu x sentiasa di hati korang. seronok ajar budak besar ni. tak payah marah-marah. untuk sakura, cikgu takkan keluarkan gambar kat sini nanti nanti habislah identiti kita terbongkar. nanti cikgu bawa sekolah ek.

esok sesi pertama persekolahan 2008. hm. semangat la juga. nak pakai baju baru laaaa.harini dok memerap je kat umah. buat kerja-kerja perkeranian. hubby pulak memorex kat depan tu. kelakar la rumah aku ni. senyap sunyi macam x berorang. dah masing-masing konsentrasi kat kerja tak berbual sepatah pun. lepastu tiba-tiba tergelak. aku la yang memecah sunyi sekejap-sekejap melaporkan berita sensasi yang aku tengok dari tranungkite. hubby x sempat baca tu semua jadi akulah radionya. btw, aku bahgia dengan hidupku. sangat bahgia. berteduh di rumah ini walaupun x macam rumah ahli politik yang kaya (baca: kaya sebab rompak duit rakyat) cukuplah seadanya. cukup menenangkan aku, relex je rasanya. satu perkataan yang aku n hubby suka guna `rasa smooth aje kan sayang..` eh lupa nak ucap terima kasih kat sakura kerana doakan cikgu jadi jutawan. masin mulut awak, mmm kaya cikgu nanti bolehlah awak dedahkan identiti supaya cikgu boleh belanja makan, nak tak?

memang kita patut menyatakan impian kita dengan jelas dan sesungguh hati kerana kemahuan yang kuat akan memberi signal kepada kosmik yang Allah jadikan ini untuk bantu kita sampai kepada impian itu. untuk studentku semua, keyakinan awak semua yang paling kuat pasti akan dapat awak capai suatu hari nanti dengan syarat betul-betul yakin. Allah dah janji kpd kita minta saja apa yang kita mahu, Dia akan beri. lambat atau cepat itu perkara lain sebab Dia yang tahu apa dan bila masa yang terbaik untuk kita.

susah nak diterangkan. kamu semua kena rajin baca buku motivasi dan ilmiah untuk tambah ilmu. jadikan beli buku bermanfaat satu obsesi dalam hidup. untuk diriku sendiri, dulu masa hubby masih kerja di solectron dan aku belum sambung belajar kira mantap la juga income, setiap bulan cecah RM300 juga habis untuk beli buku. memang obses. kalau Dato sri Anwar Ibrahim tengok kegilaan tu, mesti dia bangga sebab rakyat Malaysia yang rajin baca bertambah ramai. ha ha. tapi kini hubby tak berapa sangat baca buku. kecenderungan dia dah bertukar kepada buku maya. sehari tak jumpa komputer atau internet boleh demam dia. tak apa, ilmu jugak kan. aku gembira kerana dapat kongsi kegemaran yang sama dengan hubby, aku suka hubby rajin baca buku dan kadang tajuk yang dia pilih dahsyat-dahsyat. seronok nya dapat suami yang sukakan ilmu..... alhamdulillah. dan aku sengaja tidak mengasah minat untuk membaca majalah sampah, gosip dan adu domba kerana bagi aku membazir betul. habiskan duit nak tahu erra pakai baju apa, mawi gunting rambut kat mana, ella dah tunang... tanpa beli maJALAH TU PUN AKU DAPAT TAHU DARI PEMBACAAN TAK SENGAJA KAT MANA-MANA... JADI BUAT APA AKU BELI?.

Eh.. tertekan caps lock tadi. habis suma huruf besar. malas nak repair. he he.

okey lah. besok aku sambung lagi. nak lipat kain. by...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com