Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 4 Disember 2015

CARA TEMPAH POTRET DENGAN ACIK DA VINCI

CARA URUSNIAGA POTRET ACIK DA VINCI
 KEPADA PEMBELI SERIUS SAHAJA

TIYURMA DAN EMAKNYA
.

ini gambar anak acik,damia.dalam hitam putih



kenapa pembeli serius, sebab method pembayaran sama macam online bisnes yg lain.bayar dulu, barang dapat kemudian. sebab, acik tak mahu lah pula dah lukis karang tak jadi pulak kome nak ambik gambo potret kome tu, mati la acik. penat wooo,tak percaya tanya asistant acik,mia.
ok, ini caranya.


1).pm acik dekat fb ni. acik tak ada wassap ke, insta ke, apa ke old school...
hantar gambar . gambar anda akan dilukis di kertas sebesar A4. SIAP DI LAMINATE.maksimum 3 orang dalam 1 gambar. tak digalakkan sangat, nanti tak puas hati kecik beno jadinya.



2).gambar clear ha, mata acik tak power sangat. hilang sikit nikmat penglihatan. dah masuk 4 siri.jgn bila dibesarkan, gambar pecah. mati la acik...kalau gambo tak clear, acik tak boleh buat, acik pm kome balik.


3.)harga; satu objek RM28. kalu 2,kali la 2 x RM28. kalau kena pos, tambah kos penghantaran RM8.acik hantar guna pos laju.

4.) sila bank in pembayaran menggunakan  maybank.
akaun maybank: 151101374708 (NORJANA BINTI IDRIS)


5.)pm saya bersama bukti pembayaran. sertakan juga butiran berikut:nama
no tel,alamat lengkap,bukti pembayaran (bank) tarikh,jumlah.


6.)tunggu mesej daripada saya untuk pengesahan pesanan.bila suma dah clear, potret akan mula diproses.

7).tunggu 3-4 hari untuk siapkan drawing. bergantung,kalau ramai sangat q saya minta masa sedikit.

8).gambar akan didisplay di fb,menandakan siap atau dalam progres.

9.) saya akan sms menandakan gambar dah dihantar.


TERIMA KASIH KERANA BERURUSAN DENGAN ACIK. LEV U ALL


di bawah ini contoh-contoh artwork saya.enjoy! (NAK TENGOK BANYAK LAGI,SILA BELEK-BELEK ALBUM DI FB SAYA)














.

Sabtu, 22 Ogos 2015

mia sebelum angka 3 -(part 1)







Catatan pada 20.8.2015.

Catatan untuk mengenang keletah buah hati pengarang jantung mak-  Damia Maisarah.

Mungkin mengambil masa dan beberapa bab untuk dihabiskan.




Lebih kurang 9.20 malam kita sampai kampung tuk wan kat yong peng.adik tidur sejak dari rumah.terjaga sekejap bila tiba.tapi mak bobok adik supaya adik tertidur lagi. Kalau tidak,adik punya tantrum nanti buat mak tak sabar.wah,syukur,lepas tukar lampin dan bapak sua sebotol susu dutch lady perisa coklat,adik sambung tidur seolah_olah tiada apa yang berlaku.



Adik,anak mak yang manis.



Lagi 16 hari umur adik masuk 3 tahun.sudah jadi rutin saban tahun mak untuk catat apa saja nostalgia tentang kita,tatkala adik membesar ini.agar satu masa nanti kalau adik dah pandai membaca dan dah belajar jauh dari mak,adik bacalah blog emak ni nak.rakaman kasih sayang kita dalam bentuk tulisan ini mak harap dapat menyentuh hati adik.agar dapat adik rasa betapa cintanya mak dan bapak pada adik,anugerah terindah Allah dalam hidup kami.


Adik,anak mak yang manja,



Sekarang ni berat adik dah dekat 20kg.kalau orang tak tahu mesti mereka menyangka umur adik dah 5 tahun.badan adik montel sangat.mak suka gigit perut adik yang bulat macam humpty dumpty tu.pipi adik melayut.sapa pun termasuk mak terpaksa berhempas pulas nak cium pipi adik.Adik geli kalau kena cium pipi. adik akan mengelak. cium kepala ke,dahi ke, perut ke,takpe.

sebenarnya peluang mak terbuka luas untuk gomol pipi adik masa adik tengah lena,tapi mak teringat pesan ustaz Ismail Kamus jangan cium pipi anak yang tengah tidur nanti degil,..emak tak jadi la cium adik.Walau hati mak meronta-ronta ingin melakukannya.kulit adik putih merah.mata adik bersinar macam bintang kejora.kalau adik dapat tudung mak,adik akan simpul_simpul atas kepala sambil menyanyi.imaginasi adik tinggi.adik akan bergaya depan cermin macam tak wujud sesiapa perhatikan adik.lepastu,adik tanya mak atau bapak,"cantik tak?".kan adik kan.



Adik tahu tak kenapa adik montel?


Sebabnya,adik sangat suka makan nasi. Nasi putih sahaja.lagi suka kalau panas_panas.adik tak mahu campur apa-apa.memanglah senang bela adik,tapi takkan nasi semata-mata.kadang mak hancurkan ikan goreng atau ayam,letak dalam nasi.tapi adik tahu.adik makan juga untuk jaga hati mak.tapi untuk suapan seterusnya,adik cakap dulu"mak,adik tak nak ikan".kalau adik termakan,adik akan luah balik.



Kadang adik bangun awal sangat.pernah satu hari tu,pukul 5 pagi adik dah terbangun.masa tu mak dengan bapak sedang bungkus nasi lemak meletops mak untuk abang dan kakak tingkatan 5 yang selalu kelaparan.tiba-tiba adik cakap"mak,nak nasi".ternyata seawal pukul 5 pagi tu adik dah lapar.semangkuk nasi lemak panas adik makan sampai habis dengan seleranya. Lepastu,dalam pukul 10 pagi makan lagi.pukul 2 petang makan.mak balik,kalau mak makan,adik makan juga.semangat betul adik makan,mak pun seram.    



Adik tak bangun saja-saja.sebagai anak dara yang rajin,adik akan tolong mana yang patut.tapi patut cara adik la. kadang tolong susun nasi. kadang tolong masukkan bilis.mak tak pernah halang.biar adik nampak sendiri betapa  bersungguhnya kita untuk mencari rezeki tambahan era gst yang sangat dibanggakan oleh orang kampung emak.

adik,waktu ini kita perlu banyak berkorban.kita tak bermewah macam orang lain,tapi alhamdulillah kita ada makanan setiap hari terutama nasi putih kegemaran adik.kita belum dapat jalan-jalan ke oversea tapi alhamdulillah dari siang sampai malam badan kita sentiasa sejuk dengan hembusan semilir econavi kita.bila bil sampai,mak pula yang seram sejuk tengok angka tak pernah kurang RM$200. 

Tapi tak apalah dik.prinsip hidup mak mudah saja.hidup ini perlu dinikmati,sekarang.bukan esok lusa masa badan dah tak kuat tapi duit banyak sebembat. Balik rumah lepas kerja mak perlu rehat dalam suasana tenang dan dingin.dan itu semua sedang kita dapatkan. Maka mana lagi nikmat Allah yang kita dustakan?



Adik,anak mak sorang,

mak dan bapak sangat keras berusaha sekarang ini demi masa depan kita.sebagai isteri yang berjanji untuk bersusah senang bersama,mak rela membahagi kudrat mak sebagai isteri,guru,ibu dan yang paling ekstrim sebagai acik kantin makcik nads..sampai setiap hari mak dan bapak tidur mungkin dalam 3 jam saja.sebelah siang,bapak tak boleh study langsung kerana adik sentiasa mahu ambil apa yang bapak buat.bapak buat kerja kat komputer bapak adik sibuk nak tengok gambar adik yang dah ke 3476 kali adik tengok. Bapak buka ipad,adik sibuk nak tengok game.bapak bukak tab,adik nak pulak tengok tutorial `bagaimana buka tanah liat warna warni untuk dapatkan patung di dalamnya`.bapak buka smartphone,adik sibuk pulak nak main telefon-telefon.




Bapak mati akal tak tahu dah nak buat apa.sudahnya waktu malam ketika adik dibuai mimpi main bersama kakak masha dan upin ipin,1 pagi bapak bangun dan belajar sampai siang.kalau masa tu mak buat nasi lemak ,3 pagi mak minta tolong bapak tanak nasi.masak periuk besar dapat 40 pack.mak pulak bangun untuk masak cekodok ke,mihun,nasi goreng atau sandwic. kemudian mak kena bergegas sebelum 6.15 pagi dah kena buat urusan nak ke sekolah pulak.

 rumah kita bukan jauh sangat dengan starp tu,tapi kalau mak keluar lebih pukul 7 pagi alamat sampai  lewatlah sebab jem melekat.kemudian mak kena mengajar dengan penuh kasih sayang dan dedikasinya abang dan kakak tingkatan 5 sebab mereka nak SPM lagi 2 bulan ni. kadang mak aje yang beria, kakak dan abang tu tak teringat pun mereka calon spm.kadang mak rasa kalau mak yang jadi calon,rasanya dapat A kut BM emak sebab emak yang lebih banyak study dari mereka. he... tak apalah nak. inilah rutin kita sepanjang hari dik.hampir setiap saat tak ada waktu dibazirkan.
 
mari kita doa sama-sama,minta pada Allah agar usaha bapak berhasil.jadi kita tak perlu terlalu letih begini. di sini mak nak ajar adik sebuah erti kehidupan yang bila dewasa nanti adik akan laluinya.kesetiaan wanita diuji ketika suaminya tiada apa-apa,tapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia sudah punya segala-galanya

nak, kerana emak menyintai bapak dan kerana mak nak bersamanya dari syurga dunia hingga syurga akhirat nanti,mak tabah nak.mak tabah. dan adik sedang jadi saksi ketabahan ini,kan dik.kalau apa yang mak buat ini bukan bermakna setia, entah apakah lagi nama yang harus kita letakkan padanya. tapi mak bersyukur kerana Allah memberi emak kehidupan ini yang akhirnya buat mak jadi sekeras waja dan seteguh karang. ewah, macam tajuk novel kan dik.



 

Masa catatan ini ditulis,mak cuti masak dua minggu.mak letih.mak nak rehat sambil baca buku amran fans,saiful nang dan dale carnegie.




mak teringin bangun normal pukul 6 pagi dan pergi sekolah tanpa bawa bakul rotan. Tapi adik nak tahu tak,kesian mak tengok muka makcik nads,makcik zizi, makcik suhanis,makcik diltopagal hay dan kakak serta abang-abang tingkatan 5 tu.kelaparan.(bukankah mereka perlu kenyang supaya dapat belajar dengan tenteram?nanti tak score spm,sapa salah?)dari jauh nampak mak,bibir mereka berbisik lapar,"cikgu,tak jual nasi eh...lapaaaaarrrr'.

'Kantin kan ada?.'


"Ha?  Kantin?"……………………..

...........

ACIK KANTIN NADS



21.8.2015.

Nad,sebagai yang dijanjikan,ini belog untuk kau & co.

Waktu menunjukkan 2.56 pagi.menjadi satu tabiat yang agak membuatku derita_tak boleh tidur lena kalau bukan di rumah sendiri.walhal sekarang ini aku bukan berada di tempat asing pun.inilah kampung halaman encik shahrolnizam,lelaki yang menyayangi aku seadanya dengan menjadikan aku menantu kepada Pn hajah Hasnah dan Hj Ahmad sejak 17 tahun lalu. (wow,dah lama kawin rupanya!)ditemani bunyi kipas yang tak letih berkhidmat dan cicak yang membuat acik terkujat,aku terkial-kial menaip ďi atas skrin ini.demi sebuah cerita yang boleh membikin inspirasi.atau sekadar membuatmu senang hati.tatkala kecamuk jiwamu untuk ke kelas 3G,ahad nanti.

Nads & co.
Terima kasih kerana sudi menjadi pelanggan setia acik kantin setiap pagi.kamu semua memang terbaik,nampak saja acik datang dengan bakul,sambutan meriah akan acik terima.terasa diri disayangi bila kamu semua bangun serentak dan menyerbu acik seraya berkata "yeeeeah,sarapan!"



Acik minta maaf selama 2 minggu ini acik tak dapat membuatmu bahagia.acik perlu rehat nads sebab acik rasa kurang sihat.acik rasa perlu jadi manusia normal yang dapat cukup tidur 8 jam sehari.dapat masa untuk santai-santai sambil baca buku amran fans.(nak pinjam tak.ada kàt meja acik.norliatul saida dasbin a.k.a norli dah pinjam.best katanya).acik perlu beberapa hari untuk tak tengok ikan bilis,lada kering dan santan.rumah acik ni dah bau sambal hari_hari.jadi acik rasa untuk meneutralkan bau sambal tersebut acik perlu rehatkan segera aktiviti yang menggugat acik kantin sebenar ni nads.jadi kau dan rakan-rakan dapatlah menyambung silaturahim dengan acik kantin sebenar setelah sekian lama kau menduakannya.murni tak maksud tersirat perbuatan acik ni nads.

Bukan kau saja yang kecewa dengan percutian acik.budak_budak tingkatan 5 pun begitu.encik Darmawan sering melaporkan betapa kelatnya wajah mereka di hari tak dapat supliment nasi lemak meletops acik.sampai tak boleh belajar.ada sorang tu,encik Darmawan kata selalu cakap'lapar dok,lapar dok...' waktu belajar prinsip akaun dengannya.

Kadang budak_budak sengaja lalu_lalu dekat kereta acik dengan harapan dapat tengok beg cantik yang dalamnya mengandungi makanan berkasiat dan lazat.malangnya sepanjang 2 minggu ini,mereka hanya memperoleh kehampaan.mula_mula tu acik bagitahu yang acik nak rehat seminggu.tiba_tiba rasa seronok pula berehat jadi acik tambah cuti lagi seminggu.sementelah pula acik tak berapa sihat.

semalam,acik isi buku dalam beg cantik warna kuning yang selalu acik letak makanan lazat di dalamnya.acik masuk kelas 5 sains 1.masa tu ada'kaki' acik budak 5t3 dekat koridor.dia tersenyum ceria.bukan sebab nampak acik,tapi sebab nampak beg tu.dia cakap 'amboi,macam tau pulak kita lapar'...acik tergelak sambil cakap 'kau nak makan buku ke zid?'.wajahnya terus dibayangi kehampaan.perutnya yang nipis pula mencerminkan kelaparan.siap ada bunyi_bunyi lagi.kesian kan nads.

InshaAllah nads,minggu-minggu mendatang acik akan beroperasi seperti biasa.tambah musim peperiksaan percubaan spm ni nanti.acik tak mahu rehat yang lama ini membuatkan kau jauh hati.rehat yang lama ini juga buat budak-budak iri hati.disangkanya acik tak supply kelas dia,asyik utamakan kelas lain.dah satu kerja pula nak meyakinkan dia betapa acik berlaku adil,sorang tak dapat semua pun tak dapat.susah juga hidup dalam populariti ni ye nads.

Nads,
Semoga catatan hujung minggu acik ni buat hidup kau ceria,seceria lafaz yang pernah kau ucapkan dulu,    'akaklah acik kantin saya!!'

Isnin, 8 Disember 2014

MEMOIR AKU SEORANG CIKGU (part 15) AKU,GAJET DAN KAWAN-KAWAN







Ahad. .12.2014

Menulis lagi aku kali ini.Alhamdulillah masih punya kesempatan melakukan sesuatu walau tak sebesar mana tapi mudah-mudahan memberi manfaat walau diambil dari sudut manapun kepadamu yang membacanya.entah begitu banyak memoir yang tersimpan dalam ingatan,jika ditakung saja dalam kotak fikir mungkin setakat itu sahajalah hayatnya.agar tak beku dan karat otak yang dah masuk 4 siri ini,kukuatkan hati memetik aksara demi melakar kenangan.
-----------------------------------------------------------------------



Kali ini ingin bicara dengan kak maznah,rakan seperjuangan yang gagah hati dan mindanya.mula-mula saya nak minta maaflah kak,saya tak peduli dah dengan huruf besar atau kecil dalam tulisan saya ini.kalau karangan budak dah tentu merah dan bergaris-garis saya kerjakan begitu banyak kesalahan tatabahasanya begini.haha.sebabnya saya terkial-kial menaip di tab ni kak.semata-mata saya tak sanggup berlama-lama menghadap komputer besar di bilik kerja saya tu.



Entah mengapa saya rasa sakit dan tak berapa sihat kalau berlama-lama depan pc.mungkin arus elektromagnet yang kuat tak sesuai dengan tubuh saya.ewah.alasan kan kak.tapi betul,saya kurang gemar gajet.tak pedulilah apa orang nak kata tentang pendirian saya tapi saya tetap hanya gunakan gajet untuk perhubungan dan perkara asas sahaja.tapi kerja kita ni mana boleh dipisahkan dengan gajet ye kak.saya rasa kalau yang namanya cikgu ni tak ada komputer yang dibeli sendiri boleh jadi gila agaknya kalau tak siap kerja.kemudian,perlu pula ada internet.kalau tak macamanalah kita nak isi markah online, semak gaji online,kemaskini data online...bla bla bla,semua online belaka walau yang manual kena buat juga.2 kali kerja kak,2 kali kerja.



Tapi akak percaya tak,saya gunakan teknologi untuk yang wajib tu sahaja lah.yang advance sikit ya blog ni dan fb.cukuplah hanya itu setakat ini,itupun dah buat saya macam sibuk,penat dengan lajunya teknologi berlari.akak,ramai orang tak percaya saya cuma guna telefon jenis samsung yang boleh buat torchlight tu kak.(kat gambar atas tuu...)yang cuma boleh call,mesej dan alarm.cukuplah untuk saya.tak ada keperluan untuk saya guna telefon yang ada seribu satu kegunaan.Kawan-kawan terutamanya syikin dan kak wa dah banyak kali bebelkan saya sebab tak nak beli telefon yang ada wasap,mereka kata susah betul nak hubungi terutama buat main masak-masak. kak wahida kata `belilah jana, sekarang 2-3 ratus dah dapat..` oh tuhan,ini bukan soal harga kawanku!

saya tak ada whassup,twitter,wechat,insta,telegram dan entah apa-apa mak nenek istilah yang baru-baru tu kak,tak ada. Dan saya tak rasa kuno pun kerana tak memilikinya.sebaliknya saya rasa sangat tenang.hidup saya sangat mudah dan simple sekali. Saya tak perlu terkejar-kejar tengok telefon yang tak henti-henti bunyi dek wassup.lagi-lagi kalau tentang kerja,bunyi pula tengah-tengah malam buta.oh,  !   tidak!  


 Tak cukup lagikah siang tu dah terbeban dengan macam-macam urusan,malam pun nak berbunyi.untuk esok,biarlah esok yang bercerita,kan kak.itu kalau kerja. kalau orang hantar gambar-gambar bukan-bukan?   lawak tak berapa kelakar? maklumat salah? tak tenangnya hidup saya kak,sebab saya ni jenis pantang dengar bunyi,mesti nak tengok. tak senang duduk saya nanti.sebab itu mencegah lebih baik daripada mengubati.ha,boleh ke pakai teori saya ni?



Saya ni kelam kabut orangnya.dan agak panik bila dapat maklumat.jadi biarlah saya dapat tahu dari mulut kawan-kawan pada esok pagi tentang kerja yang diberi setelah mereka dikejutkan oleh wassup pada malam hari!

kak, akak rasa tak apa yang saya rasa.hidup ini semakin renggang dan rumit dengan kepesatan teknologi sekarang ini.



Saya sungguh terkilan dan tak suka lihat fenomena betapa teknologi yang sepatutnya merapatkan semakin merenggangkan.benarlah telahan ilmuan tersohor dahulu,albert einstein yang begitu runsing akan hari di mana manusia semakin jauh...
.



INILAH MASANYA KAK.  Pernah tak akak lihat keluarga yang makan semeja tapi tangan sibuk menekan telefon pintar masing-masing,berhubung dengan insan yang berbatu jauhnya sedangkan yang didepan semakin janggal rasanya.dan kebiadaban seakan jadi kebiasaan bila anak muda menjawab tak acuh pertanyaan orang tua kerana tangan sibuk menaip aksara dan muka tak dipaling mengadap siapa berbicara.

 Dan bukan sedikit rasa tersinggung kala situasi bertandang ke rumah orang,tuan rumah atau tetamu sibuk tot tet tot tet tersenyum sendiri melayan mesej entah siapa sedang yang didepan mata terkebil-kebil tak dilayan seperti sepatutnya. Anak-anak sekecil umur sekolah rendah sudah punya telefon pintar sendiri dan sanggup ikat perut dari duit belanja untuk cukupkan 2 -3 ratus demi telefon yang ada pada kawannya,agar dia pun ada.



Entahlah,untuk apa semua itu.saya semakin takut menunggu mia besar dan menghadapi cabaran sebegini hebat.mudah-mudahan mampu untuk saya menyelamatkannya dari mangsa teknologi.kak,seawal umur 2 tahun ini pun sudah pandai dia buka tab ayahnya dan cari aplikasi apa dia nak tengok. Cerdiknya budak sekarang kak,sedang dulu umur saya 17 pun takut-takut nak menyentuh komputer.takut meletup!



Kak maznah yang tabah dan sentiasa manis senyumnya,saya rasa saya tak perlukan sangat gajet untuk mencari sesuatu,terutama pengalaman.gajet cuma medium perantara dan saya tak mahu lemas dalam teknologi yang semakin kencang berlari. Saya lebih banyak belajar melalui alam,persekitaran dan orang-orang yang saya temui.saya tak mahu kebergantungan saya pada gajet canggih all in one terutama telefon pintar membuat saya hilang kepekaan kepada naluri.saya ni orang seni,maka teknologi bukan sesuatu yang sangat mengujakan saya. Seni saya berbentuk old school,saya tak ghairah sangat  nak mengikuti perkembangan teknologi,kecuali sebagai alat yang boleh saya kawal penggunaannya.



Kak,saya suka memerhati.saya tak berapa banyak berbual.tapi saya banyak belajar.belajar perkara yang baik-baik dari orang sekeliling saya.kalau saya perlu ketabahan menghadapi sakit dan musibah,saya teringatkan akak.sehingga ke tahap akak ini akak masih boleh tersenyum dan ketawa ceria,buat saya malu jika berkeluh kesah dengan sakit yang saya ada. Tanty pula begitu tabah menguruskan arwah suaminya selama bertahun dan kesabarannya itu mengingatkan saya agar lebih bertabah menghadapi kegetiran yang belum masanya diizin pergi oleh Tuhan yang begitu suka menguji hamba yang Ia kasihi.mudah-mudahan Allah mengasihi saya,dan kita semua.





Kalau saya nak lihat orang yang sentiasa bertenaga dan bersungguh dalam kerjaya walau dah hampir bersara,saya teringat kak fauziah.sentiasa keibuan walau kelas yang diajar tahap penghujung benua asia!kalau saya nak lihat orang yang masak dari hati,tak jauh duduknya,syikin!rasanya ramuan yang dia masak sama saja dengan yang kita masak,tapi rasanya amboi,,menyebabkan kawan-kawan ni gagal berkali-kali dalam diet yang dibangga-bangga sehari dua.



Kalau nak tengok cikgu yang mampu kawal kelas hanya dengan jelingan pun dialah orangnya.tak payah terpekik terlolong macam saya,dia lalu saja menikus budak-budak tu. Budak tingkatan 5 tau kak,bukan darjah 5! Ilmu penggerun apa ntah dipakainya,memang kurniaan Allah untuknya lah kak.ingat 2015 ni nak menuntut dari dia lah. Kak,kalau saya nak tengok s/u yang sabar benar,kak wahida. Kalau saya dah migrain berkali-kali lah kut dapat kerja macam tu. Dengan internet yang banyak loading dari online,dia sabar benar menyiapkan tugasnya.

walaupun dia kaya,dia tak sombong dan senang mendekatinya.paling tak dilupa,kalau tak nampak muka pun saya boleh kenal hilaiannya.dekat sekolah kita tu,dia sorang sajalah kak yang istimewa gitu ketawanya(Haha,kak wa jangan marah ha)Onah pun sama kak,jarang betul dia marah pada budak-budak. Redha aje dia masuk kelas belakang dan jarang saya dengar ulasan negatif setiap kali dia keluar kelas penghujung benua asia.



Kalau adik-adik muda kita ni,bab cikgu bahasa saya sangat respect dengan zizi dan zuna.energi,kaedah dan ketabahan mereka memang saya tak terkejarkanlah.untung panitia bahasa ada mereka.kalau kerja perkeranian yang perlu banyak sangat menghadap komputer dan online,saya sangat harapkan kepakaran nurul,adik yang comel duduk sebelah saya.(kan saya dah cerita saya tak boleh hadap pc lama-lama.err...tulis blog lain,ini bukan kerja,ini tak ada kerja namanya)



Menyeberang ke tingkatan 6 sana,siapa tak kenal teacher lela.tak ada apa yang boleh buat dia tak ketawa. Cakap sepatah dua,ketawa 5 6 kali. Sungguh,saya suka dengar ketawanya kerana saya akan ikut ketawa.periang betul dia kan.macam tak ada problem aje dia tu.happy go lucky,setiap cuti mesti pergi oversea.mudah-mudahan saya ada rezki dan kesempatan nak tengok tempat lain di bumi yang tuhan ciptakan ni.saya nak sangat ke new zealand dan pompeii kak,InshaAllah andai ada izinNya.



Kalau nak ditulis kak,tak cukup-cukup rasanya.cikgu kat sekolah kita tu dekat 200 orang dan masing-masing ada keistimewaan sendiri.tapi itulah,macam yang saya kata,saya ini pencatat,pemerhati yang belajar banyak dari manusia sekeliling saya.di manapun kita pergi,macam-macam orang akan kita temui.sisi gelap,kusam dan muram pastilah ada tapi mana-mana tempat pun sama juga kan kak.kalau boleh saya tak mahu ingat perkara negatif atau manusia negatif sebab saya pun bukanlah baik sangat untuk melihat keburukan orang.



Mudah-mudahan urusan kita selama bekerja ni dalam redha Allah kan kak.mari kita sama- sama mengingatkan,keluar saja pintu rumah untuk kerja kita niat untuk Allah.mudah-mudahan kalau Allah jemput kita waktu kerja mati syahid kita kan kak.amiin. InshaAllah.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com