Terdapat ralat dalam alat ini

Isnin, 31 Ogos 2009

amaran!

ditujukan kepada semua pembaca dari kalangan pelajar dan pencinta bahasa



jangan sekali-kali anda meniru gaya penulisan dan laras bahasa dalam entry yang bertema santai.bersesuaian tema untuk tatapan umum, laras bahasa tersebut sangat tidak sesuai untuk diadaptasi dalam karangan anda. 

(walaupun saya guru bahasa, tapi saya enggan menggunakan laras bahasa penulisan yang skematik kerana itu boleh menjarakkan perasaan anda dengan kemesraan yang ingin saya wujudkan melalui cerita yang saya nukilkan .harap maklum)

olat demam

olat demam agaknya. umur dia dah masuk 3 tahun kut. tahap tengah gatal cari bini. asyik tidoo je. mengalahkan kita yang puasa ni.


suara olat serak. badan panas. mata kuyu. bola mata yg warna hitam tu kecik aje. bagi makan smartheart makan sikit-sikit. merengek minta pegang-pegang. kesian olat. tapi geram juga, asyik marking umah aku dengan kencing dia. nak bagitau dia ada territory la tu. hubby bengang aje tapi tak sampai hati nak buang olat sebab dia tau nanti aku pulak yang demam.
kalau aku balik sekolah nanti dia tunggu kat depan pintu mengiaw-ngiaw kuat. hubby cakap dia mengada-ngada tadi aku takde elok aje senyap.bila hubby buka pintu je dia dulu yang meluru masuk.kadang aku konfius ni rumah aku ke rumah olat?

kalau smartheart dah habis nanti dia akan berbunyi dengan nada melankolik. sayu betul serupa tak jumpa makanan dah 5 hari. kadang aku saja bagi makan lambat-lambat sebab nak dengar suara dia. kalau dah kenyang kerek nauzubillah.

ada 2 ekor otai yg selalu cari gaduh dengan olat. sekor tu warna coklat ada reti bahasa sikit. kalau dia datang kami halau tahu juga lari menyelamatkan diri. tapi sekor lagi warna hitam tu kerek betul. saja je kacau olat nanti bila dah gaduh kami halau tak lari. jalan lambat-lambat macam nak menganjing kitaorang. kemudian berenti kat 206 aku siap buat marking lagi. iee, geram betul. nasib la engkau binatang.

olat pun badan je besar. tapi aku rasa asyik kalah je kalau gaduh. 3-4 hari ni aku nampak luka kat mulut dia. bulu cabik sana sini. dah la gigi takde semula jadi.. ada 3 batang je aku tengok.

tapi buruk-buruk olat pun dialah kesayangan aku. tak tau nanti kalau olat dah tua, nyanyuk, berak kencing kat umah jiran-jiran adakah patut aku buang kat pasar juga.

aku tak sanggup nak memikirkannya. rasa nak bagi olat makan ginko biloba aje supaya olat tak nyanyuk, tua dan buat hal. boleh ke aaa?

Dont Judge The Books By Its Cover


orang -orang pandai dah pesan, jangan menilai isi dari luaran. jadi, ambillah iktibar bahawa setiap mahkluk ada kelebihan tersendiri. jangan kita kerek sangat rasa kita yang paling best!

Kenapa Arak Haram

monyet pun mabuk, kalau manusia lebih la pada monyet.

Burung Pun Pandai

burung pun kalau dilatih hari-hari pandai juga, inikan manusia. jangan beralasan kita ni tak pandai, malu kat burung ni tau..

kreatifnya bisnes kad

kalau korang ada bisnes kad, buatla yang kreatif sikit, mesti pelanggan tambah ramaii.ini kad untuk terapi perkahwinan. huhu.. sadisnya.



kad ni pulak kalau nak uruskan penceraian... sellisih, tapi ,kreatif kan?

tokey kedai perabot. cute la kad ni.



kedai barang second hand



doktor gigi.




trainer untuk lentur-lentur/kuruskan badan. he he.

indahnya alam hidupan manusia ni kerana Allah cipta ramai orang kreatif. khas untuk ita, buatlah bisness kad camgini!

hah kau, nak cantik sangat !


Her name is Han Mi Ok, a Korean celebrity who became known as 'Fan Lady' after her disastrous cosmetic surgery. She underwent 15 reconstructive surgery to overhaul her 'I-don't-think-it-can-be-fix' plastic surgery damage. She apparently became obsessed addicted to plastic surgery and couldn't get enough of the 'faux-fect face' ( I made the word up) so she went to quacks just to indulge herself. She even personally performed a facial injection at home. The result. well you can see it.


She used to look like this before the cosmetic surgery disaster: And this is how she looks now after the overhaul:

pergh, seronoknya dapat pergi sini!


Kansas City Public Library (Missouri, United States)

This project, located in the heart of Kansas City, represents one of the pioneer projects behind the revitalization of downtown.

The people of Kansas City were asked to help pick highly influential books that represent Kansas City. Those titles were included as 'bookbindings' in the innovative design of the parking garage exterior, to inspire people to utilize the downtown Central Library.

samurai sword



* A really sturdy umbrella with the handle of a samurai sword.
* Push button opening.
* Nylon "scabbard" included - with adjustable shoulder strap.
* Dimensions: 38.75" long; 41" opened diameter

Rahsia Penyembuhan dalam kalimah ALLAH

Vander Hoven, seorang psikologis dari Netherlands mengumumkan penemuannya tentang kesan membaca al Quran dan mengulangi sebutan "Allah" ke atas pesakit. Ini adalah berdasarkan kajiannya selama 3 tahun. Kesimpulan yang didapatinya, sebutan "Allah" benar-benar memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penyembuhan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan mental.

Psikologis itu menerangkan bagaimana setiap huruf dalam kalimah ALLAH dapat memberi kesan penyembuhan kepada penyakitnya. Beliau menyatakan bahawa:

-Huruf A, yang keluar melalui sistem pernafasan, akan mengawal pernafasan.

-Huruf L yang
'bersabdu', apabila disebut akan menyebabkan lidah sedikit terangkat ke lelangit, dan akan menghasilkan satu 'pause' yang merehatkan pernafasan.

-Huruf H yang terakhir
akan membuatkan satu 'contact' antara paru-paru dan jantung, dan ini akan mengawal degupan jantung.

Sebenarnya, professor ini seorang non-Muslim tetapi beliau sangat berminat dengan kajian Islam dan suka mencari rahsia-rahsia agung yang terkandung di dalam kitab suci al Quran.

Subhanallah! Banyakkan berzikir menyebut namaNya...

41 Kelebihan Wanita Islam



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

6 persoalan hidup

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali Imran).


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Maksud ayat 179, Surah Al A'Raf). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Maksud ayat 72, Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan "solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara "meeting" kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

merdeka!

salam merdeka.

alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. janganlah Kau timpakan kami dengan ujian yang tak mampu kami memikulnya., atas kesalahan dan dosa kami yang disengaja atau tidak. Kami banyak dosa Ya Allah, tapi kasihanilah kami dengan limpahan rahmatMu..

genap 11 tahun aku berumahtangga hari ni. Alhamdulillah, walau tak ada apa nak beri to each other, aku gembira sangat sebab 11 tahun usia perkahwinan ini banyak beri aku kebahagiaan. terima kasih abang kerana jadi hubby yg penyayang, sabar, cool, bersopan santun dengan keluarga ayang, terima ayang seadanya, setia dan sentiasa ada ketika ayang perlukan.
atas segala kebaikan yang abang buat, kenapa ayang nak merungut dengan choobaan hidup yang sekejap ini? ayang yakin abang akan berjaya dalam kerjaya yg abang pilih ni kerana ayang nampak obsesi abang dalam melakukannya.

biarlah orang mencemuh atau tertanya-tanya, satu hari nanti kita akan buktikan yang kata-kata atau tanggapan orang yg tak suka tu sebenarnya salah. nanti abang dah kaya ayang nak resign tau. tapi nak gaji sebulan seploh ribu, tak kira.bank in. nak shopping, nak bagi mak seribu.bapak seribu, semua seribu setiap bulan. "Ya Allah, bengkok la abang macam tu?" "ala apa kedekut sangat .kalau masa tu income abang sebulan dekat 100k amacam. " "ooo, macam tu tak pe laaa"

dialog di atas adalah imaginasi ketika kaya nanti. mustahil ke? tiada yg mustahil kalau Allah izinkan. aku tak mahu menjadi `pencinta dunia`, tetapi terpaksa menyelesaikan tuntutan dunia kerana dah terperangkap didalamnya. apapun , aku wajib kaya untuk melangsaikan hutang piutang aku yg banyak itu. oh, mana la orang hidup ni tak ada hutang ye. tabik spring dengan anda yang tak de hutang atau terjebak dengannya. kekalkan, kerana sekali anda terperangkap di dalamnya, susah nak keluar.

macam yang nabi pernah bagitahu, sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang tiada hutang..

semoga Tuhan beri kami waktu untuk menyelesaikan urusan dunia sebelum dijemput. Bantulah kami Ya Allah. Hanya Kau yang maha kaya.
semoga kita dapat ambil iktibar dari kemerdekaan ini.apa yang patut kita merdekakan. macam aku, terlalu banyak.

kenangan zaman sekolah (3)

sejak cuti sepuluh hari ni aku tak pernah tertidur lepas sahur. kadang mengantuk juga, tapi entah kenapa. saikologi mungkin. otak aku ni macam dah program, kalau hari cuti lepas bangun pagi segar dan seronok semacam. port paling aku suka duduk dekat sofa dan memandang semak samun sekangkang kera depan rumah aku. ada la pokok pisang dan bird nest buat penyeri dan tanda aku ni rajin juga menanam pokok-pokok. tapi tu la macam hubby selalu kata bila ada hasrat murni aku nak tanam pokok.."abang bukan tak percaya ayang boleh tanam pokok. masalahnya nak siram tu, tunggu hujan yg siramkan. kesian pokok tu." ehe he..

rumput karpet pun aku tak tanam sebab kee kata "you tak payah beli maa, tunggu saja rumput dari rumah I sampai U punya laman.. dah 4 tahun kami berjiran dan akhirnya rumput karpet free menutupi lamanku yang mega luasnya itu. "bang, apsal rumput kita tak sehijau dan secantik kat rumah kak ani atau rumah kee?" hubby akan senyum sumbing dan kadang jawab"eleh, lagi nak tanya?" la la laa.. saje aje aku buat provokasi. he he..

suasana paling aku suka waktu lepas subuh. duduk bertafakur kat situ sampai kadang-kadang kusyuk sangat hingga sedar-sedar kepala aku rasa nak tercabut. rupanya aku termenung sambil tertidur. hee, sakitnya kalau terlentok masa duduk. korang pernah rasa?

bila hari sekolah, aku rasa mengantukk aje. siap boleh set jam balik untuk tidur sekejap sebelum bersiap ke sekolah. kalau tak nanti pening kepala.ooo ni mesti kerja setan nak suruh aku malas gi kerja. tapi bulan puasa mana ada setan? kan kena rantai? ooo, ni mesti salah nafsu yg degil yg selalu memujuk ke arah kejahatan.jadi esok aku akan cuba perangi setan dan nafsu supaya aku pergi sekolah dengan rajinnya.

yg peliknya bila dah sampai sekolah ok je. yg penting ialah kekuatan jiwa masa nak keluar rumah tu la kan.. tau, tapi susah nak buat. biasalah, kita manusia ni memang suka dan senang nak cakap, tapi bila buat tu ada masalah la sikit. aku kan manusia yg lemah..

teringat waktu sekolah rendah dulu. elektrik dan air memang tak ada la. malam pakai pelita je. kalau ada bapak kat rumah atau bapak rajin sikit nanti bapak pam lampu minyak. aku dan abang ijam akan duduk keliling lampu dari bapak mula pam lampu tu. seronok tengok mentol lampu warna putih macam cendawan ada jaring-jaring halus. nanti mentol tu akan terbakar dan akhirnya menerangi rumah aku yang tak berapa besar tu. kami akan tepuk tangan kuat-kuat teruja sangat. sambil duduk tu aku akan pakai penutup lampu tu atas kepala macam topi mem omputih. his, macam-macam.

waktu puasa ni, lepas sahur tak tidur dah. mak garang , dulu kalau terlajak bangun dekat pukul 7 pun emak akan marah dengan volume yg ala soprano. takut betul aku. bila musim kemarau, lepas sahur ni aku dan kak oha yg masa tu tingkatan 3 akan bergegas ke sungai untuk mandi. sambil tu bawa kereta sorong berisi baldi untuk bawa air sungai penuhkan stok air kat tempayan. air sungai ni la jadi minuman kami. tapi nanti mak bubuh tawas la, supaya keladak sungai tu mendak.

suasana pagi subuh sepe`i tu cantik sungguh. sungai akan nampak kabus di permukaan, tapi sebenarnya agak suam juga airnya. kami pun mandi puas-puas lepastu berkejar pulak nak ke sekolah. kalau cerita kat anak buah aku , haram diaorang nak percaya sebab macam cerita dulu-dulu. siap boleh minta pengesahan dari aku"betul ke maksu, dulu ceritanya macamtu?' "apa tak betul pulak?' tapi lepas tu muka they all pun tetap tak puas hati macamla aku ni komplot dengan mak dia tipu kisah benar.

masa musim kemarau orang kampung selalu mandi kat sungai. masa tahun 80`an tu, airnya tak la jernih pun tapi bersih la tak macam sekarang.ikan pun tak lalu nak hidup kat sungai ni sekarang dengan sisa sawitnya dan apa ke jadah bendanya lagi dalam sungai tu.

dulu usahkan ikan, udang galah pun gemuk-gemuk.tahap obesiti tu aku cakap kat korang. kalau musim udang mabuk tu, kadang orang dapat berguni-guni. dulu depan mata aku sendiri, mak suzana jiran aku dapat sebaldi penuh masa udang mabuk .kesian agaknya tengok aku terkebil-kebil, makcik tu bagi la 2-3 ekor kat aku. gumbiranya, aku berlari-lari balik. ketamakan mula menguasai diri. sebab tak ada orang masatu (pergi mana entah suma orang) aku hidupkan api dengan kayu api. susah betul,asap ajee yg berkepul-kepul. dah hidup ala-ala kadar, aku bakar aje. dapat merah sikit-sikit jadi la, sebahagian besar badan udang tu masih biru lagi. aku makan je cepat-cepat. ahh, nikmatnya udang galah. nasib baik tak muntah.

keluarga aku selalu ketinggalan bila udang mabuk.walau rumah kami tepi sungai, tapi kami sibuk kerja kat kebun getah. dalam pukul 10-11 pagi, baru balik dan terdengar orang kecoh-kecoh udang mabuk. bila pergi sungai sepanjang sungai dah macam pesta air. ramai betul orang. kak imah bawa bakul rotan besar gila. tapi dapat la sekor besar jari hantu. malu katanya nak cari sebab kat depan tu ramai orang bujang. aku eksaited la cari siap bawa tangguk plastik,. klu nak dapat udang ni kalau nampak sesunggut dia berenang hampir terapung terus tangguk, aku nampak abe buat cam tu la.(abe ialah anak dara cina depan rumah aku). aku buat la macam abe buat tapi hampeh!
keluarga aku selalu tak dapat udang galah. lambat dan tak ada skill. tapi udang geragau dapat sampai 2 dulang penuh. punya bersih sungai masa tu, tengah mandi ni kita boleh tangkap udang geragau kat tepi-tepi sungai tu. warnanya jernih, lut sinar. aku pernah makan mentah-mentah. he he. `geragas` betul. orang kampung aku panggil udang papai. ala, udang yg selalu orang buat belacan tu laaa..

alamak, aku belum semayang subuh. nanti sambung balik ek.

Sabtu, 29 Ogos 2009

rezeki dan gaji

tadi kak nisa sms. kerek betul la tu. da dapat tunggakan. kaya raya kau ye kak nisa. apapun , tahniah dan bersyukur dengan rezki kau tu. aku tumpang dengki. ha ha. tahniah juga suami ko dah konvo. susahnya perjalanan hidup lalu tapi manis akhirnya kan..

bab gaji dan rezki ni buat aku berat hati nak tulis. tapi bak kata orang pandai, kalau tak suka sesuatu tu jangan la lari, tapi renungkan kenapa jadi begitu.

jadi malam ni aku nekad nak berfikir sejenak kenapa nasib seseorang tak sama.

kak nisa contohnya, basic saja dah dekat 3k.campur elaun dah tentu punya dekat 4 k sebulan. wallawwehhh... belum campur hubby dia punya gaji lagi dkt jugak 10k sebulan. alhamdulillah, kaya jugak jadi cikgu kalau dah lama kan.

aku cikgu juga. grad juga macam kak nisa.tapi gaji tak sama. beza dengan dg 29 dulu dengan gaji dg 41 nanti hanya 26 ringgit lebih kurang. sebabnya? aku tak ada dg 32. aku lambat sikit jadi cikgu. masa orang ambil ptk aku enak-enak kat kuliah. siap aku pelik lagi apsal kak sally dengan emy beria benar nak balik kg ambil periksa ptk. akupun meneruskan kehidupan macam biasa seperti tiada apa-apa berlaku.

rupanya aku ditakdirkan tak dapat time base dg32 kerana tak ambil ptk tempohari. aku mengajar dah 11 tahun. kerani kat sekolah lama tu aku rasa dihantui perasaan bersalah yg maha dahsyat kerana meletakkan aku dalam dilema dan sembilu rasa. bukan susah sangat, kan dia boleh call bagitau balik sekejap ambil ptk. bukan ke itu satu dari tugas kerani?

bila ada kenaikan gaji, orang diploma dpt 25%. mencanak-canak naik lebih dari orang ada ijazah. tahu berapa beza gaji aku kalau aku tak payah sibuk sambung buat ijazah dulu? aku akan dapat kenaikan Rm700 dari gaji sekarang. senang kata kalau aku terus jadi cikgu cabuk tak berijazah, aku akan dapat gaji lebih kurang Rm3600 sebulan .tapi sekarang dengan ada ijazah second class upper dari UiTm, dengan ba(hons) lagi... gaji aku terkebelakang Rm 700 dari tu.aku rasa semua orang gelakkan aku. menyesal tak? korang ingat aku malaikat ke apa kalau aku tak menyesal.

bukan sikit pengorbanan yg aku dan keluarga tempuhi untuk lepaskan sampai grad. calang-calang iman aku quit aje. dugaannya hanya Allah yg dapat bantu kuatkan hati kami. apa dugaannya? korang nak tahu?

sebahagiannya..
aku dapat tawaran ke Uitm sejurus aku dapat pindah rumah baru. simpanan dah hampir zero sebab masa tu all out beli grill la, apa la. harga besi plak masatu dah naik 100%. lari juga budget.
kami juga baru aje tukar kereta waja sebab dah tak larat nak maintenance kereta lama.hubby kata pergi je la sebab peluang tak selalu datang. aku pun grab aje la sebab bukan semua suami berfikiran terbuka suruh isteri majukan diri kan. so aku pun pergi la. beberapa bulan aku belajar kilang hubby tutup. dapat VSS pun tak banyak mana. semua cukup la nak cover hutang sebulan dua.
hubby pulak dah tak nak makan gaji. fed up katanya. aku sebagai isteri mithali akur je la walaupun aku tahu bukan mudah berniaga sendiri. hiduplah kami dengan serba kekurangan sebab ambil risiko yg tinggi juga ni. macam-macam hubby buat, jual sate, nasi ayam, mee kuali besar dan akhirnya yg serasi cakoi. jadilah dia pembuat cakoi melayu tersohor kat bandar putra tu . heh heh. tapi kemudian tuhan uji lagi. mdk dah tak benarkan kami niaga kat situ. hubbyma cam orang sasau sebab tertekan sangat. aku juga tapi aku buat-buat kuat la. lebih-lebih pun aku nangis kat bahu kak sal je la,dia yang paling memahami. mana aku fikir nak studi lagi, fikir tak de duit lagi... tak de dalam erti kata takde, sungguh! pernah tu dalam wallet ada seposen jer. tapi nanti ada je la rezki aku. ada je la kak step suruh buat lukisan la, kak nisa beli jajan kasi aku la... nak minta hubby pun aku tak sampai hati sebab dia pun kadang makan sekali je sehari. beli nasik giant harga rm1.90 tu.

dah la susah, duduk jauh-jauh, kereta pulak kena tarik (sayunya..depan mata tuuu)nasib aku tak gila. pernah tu masa raya aku tak balik kg. kakak aku sampai nangis tanya sebab apa. aku cakap tak ada apa, tapi mak tahu. mak la banyak tolong aku sampai sekarang. kasihnya ibu sampai ke syurga. oh, sayyang dengan mak.

lupa nak bagitau gaji aku sebulan ketika tu tinggal 30 hengget je.nak beli apa sehari singgit? nasib rumah pakai loan govement kalau tak agaknya kitaorang duduk kat mesjid la gamaknya tak berumah.

jadi kalau kak nisa terbaca entry ni, tahu lah kenapa aku tak pernah nak ikut korang jalan kat pkns ke, apa ke... aku tak mampu nak buat tu semua kak. yg penting kalau ada duit sikit aku boleh buat beli nasik dan kumpul sikit-sikit buat tambang balik kampung. sampai satu hari tu kak nisa tanya aku."na, kau ni memang tak suka pakai gincu ke memang tak ada gincu?" aku lupa jawapan aku tapi lepastu kak nisa bagi aku satu gincu. hahaha.

pejam celik dah masuk 6 tahun kesukaran aku. tak payah la cerita semua tak...yg penting, aku ni extra suci murni hatinya kalau korang rasa akuTAK MARAH DENGAN SITUASI YG MENIMPA!
aku manusia biasa. marah, bengang, menyalahkan takdir, menyumpah berbakul-bakul kat sapa pun aku tak tau tapi yg paling banyak kat x-kerani lama tu la... sampai sekarang kadang aku nampak jugak dia kat sekolah aku mesyuarat ke apa ke entah. tapi dia serba salah agaknya nak pandang aku. lantaklah situ! hari tu aku terjumpa kerani bawah dia, direct aje aku tanya..."sampai hati buat saya macam ni ye kak.."bergenang air mata dia...ye la. kalau korang pun, kerana silap teknikal sikit korang terzalim seorang staf yg tidak dapat gaji yg sepatutnya dia dapat 700 lebih dari yg didapati sekarang. banyak tuu..senang -senang aku boleh bagi mak aku 2-300 hengget.

tapi adakah kemarahan itu bawa apa-apa perubahan?

yang pasti aku semakin lemas, sakit jiwa, darah tinggi, kencing manis dan tahap kena sawan!

jadi aku cuba buang segala kemarahan dan dendam itu. aku maafkan orang yg bersalah padaku setiap kali nak tidur walau mula-mula agak tak ikhlas la juga. tapi aku paksa juga. lama-lama aku cool juga walau parut masih ada.

sekaranga ku rasa lebih tenang dan damai. aku cari kebaikan yang terselindung. pasti ada . Allah tidak akan uji orang yg dia tak sayang. macam intan, semakin dicanai, semakin lama, semakin di tekan, semakin terserlah nilainya. macam anwar ibrahim, lagi orang kata dia jahat lagi ramai orang cari kebenaran adakah betul dia jahat. hasilnya orang jumpa sesuatu yg orang sembunyi. macam Tn GuruNik Aziz, lagi banyak media perdana burukkannya, makin terserlah kebenarannya sampai mereka malu alah... sebut saja pemimpin dunia mana yg tak pernah hadapi cubaan. Nizar? aku rasa kalau ikut teori Sun Tzu dalam Art Of War dia ni bakal pemimpin yg disegani satu hari nanti. percayalah, kerana sejarah tak pernah bohong dan sentiasa berulang walau zanman berubah. buku Art of War tu sendiri dah berusia lebih 2500 tahun tapi semuanya masih relevan.

jadi kenapa aku nak mengeluh lagi. ampunkan keterlanjuranku Ya Tuhan. sebenarnya banyak lagi nikmat Mu yg aku tak hargai
aku dapat suami handsome yg baik dan setia. dapat keluarga yg supportive. dapat mertua yg sporting, tak pilih kasih. aku rasa antara menantunya bapak paling banyak bercakap dengan aku.. heh eheh..walaupun menantu yg lain kaya belaka. mak pulak tak pilih kasih, siap menangis lagi tengok kami susah. abang man siap kasi pakai kereta tak payah bayar lagi. abang din sanggup ambik waja dan sambung bayar bulan-bulan. abang abu, ina dan isyam pun banyak tolong kami ketika diperlukan. abang pun terharu sebab keluarganya tak pernah merendahkan usahanya untuk buat kerja yg dia suka walau belum nampak hasilnya hingga kini dalam bentuk wang berjuta.

apa lagi yg aku mahu? kawan-kawan abang pun semuanya kawan yg datang ketika susah. aku pun bertuah, kawan-kawan aku pun semua baik. kenapa aku nak merungut?

sesusah mana pun tak pernah lagi aku tak makan nasik kecuali kalau haritu aku makan mee saja.hehh..

jadi, Tuhan mengajar aku rezeki itu banyak bentuknya. bukan hanya duit.

yang paling mengesankan aku, tanty pernah kata"jan, mungkin kita terpaksa berkorban kewangan kita untuk bantu rumahtangga sekarang ni. sapa tahu kita perlukan dia pada ketika yg sangat perlu?"
"bila ,tanty?"
"bila tiba-tiba kita ditimpa sakit yg tak mampu bergerak..."
air mataku nak gugur. tapi cepat ku seka takut budak-budak nampak.

kata-katamu peringatan dari Tuhan bahawa aku tidak boleh takbur dengan kemampuan .bila-bila boleh bertukar peranan.
Ya Tuhan, ampuni dosaku.

cantik, lazat, ikhlas..


marilah makan sandwich tuna mayonese dengan air teh boh... nyam.nyam. sedapnya..

anda dihidangkan makanan lazat atas piring mahal, tapi muka yg menghidang masam giler. makanan pun macam nak terkeluar dari pinggan sebab dia letak macam orang aborigin nak baling boomerang.

anda dihidang makanan tak berapa lazat atas pinggan mahal.

anda dihidang makanan lazat atas pinggan plastik sompek sebab dah jatuh 234 kali.

anda dihidang juadah sederhana atas pinggan sederhana tapi penuh keikhlasan dan kebaikan si penghidang.

antara beberapa situasi di atas, mana agaknya yg meransang selera anda untuk makan?

fikirkan.

vantage-menikmati kehidupan


semalam aku pergi plaza angsana dengan hubby. panjang ceritanya. sebenarnya nak cari buku Sun Tzu-Art of War tapi terjumpa benda lain. tentang buku Sun Tzu ni nanti aku ulas dalam post yang lain. Hm. Harini saja dah berapa banyak post aku. lupa diri. tak pe lah. share perasaan dengan korang kat maya. yang baik jadikan teladan ok. yg tak baik jgn dibuat.

kat angsana ada satu tempat nama Romantika. mak aiii, banyak betul vantage ciplak. aku beli piring letak kat dinding. setakat 5 hengget tu takdirnya kalau pecah aku tak kisah pun. he he. agaknya cikgu set-set vantage kat Starp tu kalau tau ada vantage tak asli kat sini mesti rasa nak tengok kan.

kisahnya vantage ni aku dah terbeli sebab dapat main kutu. kan mahal, kalau tanya kat lagenda 400 lebih satu set. tahun lepas masa tu nak raya aku jalan kat rumah kak Noli. nampak katalog vantage. Ain kata boleh main kutu.dapat murah satu set cuma 260 je sebab koperasi askar punya. aku amik 3 set (ha Ha). pastu aku teringat kak lela yg tergila vantage nak cari kaserol. aku bawak le ke sekolah. berebut-rebut orang beli sebab murah gitu-gini 15 set juga la sumanya. tapi sekaki payung vantage pun aku tak dapat upah. cis.
dah bayar 10 kali,lambat la sampainya. masa beli dulu janjinya barang sampai dulu dah masuk 4 bulan bayang pun tak nampak. aku da suspen. tau je la mesti diaorang bising kan. tobat aku nak jadi dealer lagi.
satu hari tu aku dapat call misteri marah-marah. salam tidak apa tidak. tinggi suara kat aku. ewah makcik ni main kasar nampak. sambil kontrol volume dan intonasi yg meyakinkan walau ada nada gentar aku tanya makcik tu,,"ni apa hal ni, salam tidak apa tidak, nak marah-marah pulak? lepastu dengan nada insaf pemanggil tu pun bagitau nama dia sebenarnya dealer kepada dealer kepada dealer kat taman aku ni. dia bengang pasal group aku bising-bising pasal vantage. aku pun bagi le tau macamana tak bising janji bukan-bukan .kata dapat tak sampai sebulan tapi dah masuk 4 bulan senyap je.rupanya ada masalah komunikasi jer. aku bagitau, sabar tetap jadi keutamaan , tapi tak payah la janji kalau tak ditepati.

lepas dari kontroversi tu aku rasa kalau dealer tu mesej bahasanya sungguh sopan. karangan dalam 70% lebih boleh dapat markah tu. he he.. orang berbudi kita berbahasa, ye tak.pengajarannya, komunikasi kena jelas, kalau tidak macam-macam hal boleh berlaku. satu lagi, kita akan dapat balik apa yang kita beri kat orang. ala..kata omputeh tu apa..`what u give u get back`.. lebih kurang la kot.

dalam beberapa masa tu aku la dapat dulu sebab aku bernasib baik kut.malam tu juga aku rasmikan dengan hubby. ain datang hantar set tu dekat 12 tengah malam. sedang aku menikmati enaknya teh boh dan roti dengan vantage original baru ku, ain teefon.."kak ana, boleh tak pulang satu set sebab ain tersalah bagi la. itu giliran orang lain punya." aku panik. "akak bukan sayang nak bagi ain, tapi akak dah guna sekarang ni.. siap buat teh lagi.camno?".. "laa, semangatnya akak ni.. tak pe la.." aku n hubby tergelak-gelak. obses betul..

setahu aku, antara 8 orang yg beli vantage ni kat Starp , aku la yg paling brutal sebab makan hari-hari pakai set vantage. sarapan, makan malam n tengahari. kalau sedara mara dan anak-anak buah aku datang pun aku dengan ikhlasnya hidangkan guna vantage. hubby tanya, tak sayang ke kalau pecah?

aku jawab, hidup, beli sesuatu untuk dinikmati, bukan untuk di simpan!dah pecah beli lain la. he he.

kesian aku tengok orang yang tak menikmati hidup ni.cuba bayangkan. beli kereta baru, plastik seat berbulan-bulan tak bukak lagi.bila dah bukak, takut comot sanggup beli alas kaki 5 hengget tu buat alas seat. takut kotor. maknanya, dia tak duduk atas seat kereta yg dibeli berpuluh ribu ,yg sampai 1/3 usianya baru habis bayar. tapi dia duduk atas alas kaki beb! alas kaki!

aku tanya peng, kawan vantage aku yg kaya-raya.(apa tak kaya hubby dia tauke kilang, rumah kat palm villa rega Rm600k. tu harga belum renovet lagi tu..)"kau pakai tak vantage ko beli haritu?" "tak, sayang la.. aku simpan dalam almari.." aku tepuk dahi. Onah cerita dia pakai sekali jer buat minum teh. kak maznah pulak kata tunggu ada peristiwa besar dalam keluarga macam hari jadi ke, apa ke ..baru dia nak pakai.azwan kata dia punya tak save sebab mak dia nak rembat buat penuhkan koleksi set kat almari jati diruang tamu rumah maknya kat n9.

apa apa je lah. tapi pandangan aku, dah beli, lenjan jer puas-puas. apa nak simpan. membeli dan tak digunakan untuk sendiri sama macam yg profesor Dr. Hamka bagitahu.`.itulah manusia yg rugi kerana tidak menikmati hidup. menyediakan sesuatu bukan untuknya.`

7-8 tahun dulu aku beli set pinggan juga dari kak Rosita masa di sekolah lama. kak ita pesan, dah beli tu pakai, kalau simpan tak guna nanti kita mati bini muda yang pakai. aku pegang kata-kata kak ita. tak lama lepas tu kak ita meninggal mengejut. tak lama lepas tu juga suami dia kawin lain. korang dapat bayangkan apa jadi kat pinggan mangkuk kak ita?

bukan lah aku tamak dengan harta dunia. siap aku pernah cakap dengan hubby, mel, kalau ayang mati dulu amiklah segala harta ni. rumah, peugeot,vantage, bla..blaa.. nak kawin baru pun boleh tapi cari yg senonoh sikit. ayang tak nak apa-aapa, cuma ingatlah Allah , bayarkan hutang ayang yg ayang dah tulis kat pintu almari tu dan sedekahkan ayang dengan selawat dan doa tiap hari.. tu je..hubby pun mcm sayu je. mana nak dapat isteri yg comel , manja, indipendent dan baik cam ni? hahaha.
syahdu kann.. aku sangat menikmati kesempatan yg ada. aku menikmati setiap detik kebersamaan ku dengan hubby dan harta dunia anugerah Ilahi.sebab tu aku tak kisah pakai set mahal-mahal.terbiasa dengan kualiti (konon) aku jadi marah pada pengurusan imanos kat plaza angsana pada satu hari tu. aku pergi makan kat sana masa duit banyak sikit. ada ke patut servis pakai pinggan melamine harga 2 hengget kat hot market. hello, harga makanan u all untuk 2 orang cecah 50 hengget tau. apa salah present baik sikit. kut tak de budget sangat pergi la beli claytan reject kat air hitam tu. baru rm2.50. cantik-cantik.

hubby geleng kepala. dia cakap aku pelanggan yg fussy. aku peduli apa. setakat melamine koman, aku makan kat kedai mamak pun dapat.spagetti bolognaise pun aku boleh masak sendiri. aku ke sana sebab nak menikmati suasana. aku membayar untuk servis dan suasana...
lagipun aku tak marah pun pelayan tu. aku membebel kat hubby jer. korang jangan la ingat aku ni kejam sangat. haha..

kerana berpegang pada prinsip 'menikmati hidup' inilah aku n hubby koyak je plastik kereta 206ku yg tersayang masa kat kedai lagi. dealer tu kata, ingat aku tak mau buang plastik pembungkusnya, aku kata" huh. tak de kerja aku nak drive dengan plastik-plastik seat tu". hello, orang lain pun beli kereta jugak okey, tak kan la aku jakun sangat.(supaya tak dikata menunjuk dan jakun atau teruja kerana kemampuan anda sendiri beli kereta baru, tolong koyak plastik pembungkus seat sebelum anda drive. anda rasa orang yang toleh tu kagum, sebenarnya dia nak kata anda dari planet mana?)

kadang baru je lepas basuh kereta nanti dengan pasir yng berbutir-butir di kaki aku (sebab sekolah aku berpasir, tapi tak la macam padang pasir sahara tu)naik kereta. nanti aku tergelak ngan hubby..ish.. baru je basuh, dah comot balik. habis, tak kan nak alas surat khabar kut? please... tolonglah nikmati kehidupan anda!

mungkin entry ni korang nampak aku macam kerek je. tapi sebenarnya tidak. itu pandangan aku tentang kehidupan. aku bermewah sangat? juga tidak. aku tak beli baju gila-gila macam sahabatku kaum hawa. koleksi baju aku yg senonoh sikit ada la beberapa helai je.baju tu aku bawa balik kampung, bawa ngajar,jalan-jalan dan buat baju raya.aku rasa baju yg aku bergilir pakai semuanya ada la 8 pasang. cuma tak terdengar lagi budak komplain `apasal cikgu ni tiap minggu rolling baju yg sama? `haha. kalau dia tanya aku mesti aku jawab dengan konfidennya... yg penting bukan baju tapi kat sini..(sambil aku tunjuk kat bahagian otak kepala aku) lepas tu mesti bebudak ni insaf, lawa pun tak guna kalau tak pandai...brain and beuty..

upppssss

aku kalau dah memblog tak ingat apa. nasib baik la bulan puasa. cuti sekolah pulak tu. boleh la aku melenjan laptop ni. lagi 2 hari nak sekolah ni. lepas ni mungkin tak sempat kut.budak dah trial SPM, sampai cuti raya. aku tanda kertas BM plak tu.Kalau setakat karangan je tak pe la, ini dah le karangan, tatabahasa, rumusan , puisi, novel,prosa klasik... baru pereksa 2 hari ada je mulut gatal tanya."cikgu, dah siap tanda paper?' lepas tu aku akan cakap.."oo, nak markah cepat, kalau korang hantar latihan secepat kilat lepas cikgu suruh alangkah mulianya kan..." lepastu budak malu alah. hah, nak sangat. ambik la.

ingat tanda kertas ni macam tanda kertas objektif ke? lubangkan kertas asal dengan ubat nyamuk, lepas tu ikut je mould tu. hubby pun boleh buat. ermm. aku memang dah suruh hubby je yg buat suma kerja tanda kertas objektif ni. tak sempat aku nak kejarkan. nak tanda esei mau makan 2 minggu tu. budak dekat 80 orang.

nak cepat boleh juga,tapi cincai lah. oh, tidak. semalas macam manapun, aku akan pastikan aku tanda dengan piawaian yang ketat. bahasa jiwa bangsa kan...

aku nak rehat jap ekk.nak sidai kain. cerah pulak hari ni. alhamdulillah.
adios.

tuntut ilmu sampai ke negeri china...

kenapa nabi Muhamad S.A.W sebut negeri china? kenapa tak sebut Kl ke, England ke, Italy ke? kalau nak kata jauh, suma tu jauh...
bila aku banyak membaca (banyak dalam skala aku la.. sebenarnya tak banyak pun, kerana ilmu makin dicari makin banyak yg kita tak tau lagi)baru dapat buat kesimpulan, China baanyak sangat ilmunya dari fizikal, rohani, ketenteraan, trade,falsafah..hmmm.. macam-macam lagi lah.

selalu aku tengok discovery chanel dan national geographic tentang china, memang sangat mengujakan. genius betul bangsa cina ni Tuhan jadikan. malam tadi aku tengok mereka berjaya meniru karya agung seperti seramik dan lukisan china purba sebijik-sebijik. sampai usia lukisan pun boleh dipalsukan. nak buat tembikar tu konon dah lama nanti mereka lalukan dekat sinar-x dengan tempoh masa tertentu. pasu yg baru beberapa hari dihasilkan akan menjadi setua 4000 tahun dalam scanner!

shoteby (badan lelong antarabangsa) pun jadi pening kepala kalau masuk barang China antik. takut palsu. ha ha. aku kagum dengan China dan orang cina. banyak yang kita boleh belajar darinya.

dulu kat kampung sampai aku besar ada pandangan rasis berkaitan bangsa. ye la.. aku hidup dalam lingkungan fahaman perkauman yg sempit. tapi kini pandanganku berubah. baru aku faham knapa ideologi Tn Guru Nik Aziz kata orang cina pun boleh jadi ketua negara, yang penting dia muslim dan mukmin yang baik.

orang melayu pun tah apa-apa. jangan kita perasan sangat kita adalah bangsa terbaik dalam malaysia ni. secara peribadi aku tak kisah sapa jadi pemimpin, cina ke, india ke sapa ke...sejuta kali lebih baik dari melayu yang membangsatkan bangsanya sendiri. tafsiran sebenarnya ialah, bukan bangsa yang membuat kita hebat, tapi ketakwaan kepada Allah yang buat kita terpandang di sisiNya. sebab tu Allah jadikan manusia ni banyak kaler. putih, coklat, sawo matang, bangsa melayu, cina dan india serta ntah apa bangsa lagi dalam dunia ni tak terjangkau akal kita untuk fikirkan.

aku rasa malu dengan sikap rasis aku dulu. sampai sekarang aku panggil orang cina kat kampung aku dengan nama saja(oh, kurang ajarnya aku... )nama glemer kat kampung aku ialah AhHong, Atek. Belacan, Akau, Nyonyah, Angkok, Tiamah, Tempeng dan lain-lain. tapi aku paling respek dengan Nyonyah dan Tiamah. dasyat betul berkomunikasi dalam bahasa banjar. aku pun tak boleh cakap macam tu. kalau tak tengok muka, dengar mereka cakap kita ingat orang melayu !

tapi kesedaran yang dah lambat ni tak memungkinkan aku panggil mereka auntie ahhong, auntie nyonyah, uncle ah kau dan sebagainya. malu alah. ish. bodohnya aku. tapi takut nak sebut.

sampai sekarang aku kalau balik kampung mengelak untuk tertembung dengan mereka. tak tau nakpanggil apa!

berbalik kepada cerita China tadi, bukti betapa bijaknya nabi bila bersabda begitu.tak pasti ketika itu nabi ada sampai ke China atau tak tapi yg pasti misi ke sana dilakukan oleh para sahabat. dan bukti menunjukkan China lebih awal beribu tahun diislamkan baru kita kat nusantara ni. tak pelik lah kalau umat islam di China lebih banyak bilangannya dari rakyat Malaysia seluruhnya.

jadi, cubalah kita semua buat anjakan paradigma sikit. jangan rasis, jangan bebal tak pasal-pasal. malu bila kita banyak bercakap tentang perkara yang kita tak tahu. macam kata ustaz Ismail Kamus, ada lagi satu ilmu yng paling ampuh bila orang tanya kita dan kita tak de ilmu tentang perkara tu. kata je la MAAF,SAYA TAK TAHU!bila kita tak tahu, cakap je tak tahu.

aku selalu buat begitu bila budak-budak banyak soal benda yang aku tak pakar. memula malu juga tapi aku tau, lama-lama mereka menyedari aku tidak hipokrit berlagak tahu semua benda. alasannya mudah. kita memang tak akan tahu semua benda! kalau tanya Obama, pandai tak nyawit atau noreh? confirm tak tau. sama juga kalau tanya mak aku, 'mak, mak pandai tak nak log-in CIMB online? " macam nak kena lempang aje mulut yang tanya ni. oh, kasihannya emakku, buta huruf. tapi mak mesti bangga sebuta-buta huruf dia, dapat juga anak yang keluar UiTM.. he he.bravo mak, bravo.

nanti kita kalau dah kaya kita bagi mak duit banyak-banyak ye mak...

sooo, untuk ita yg rajin baca blog aku, rajin-rajin la baca buku. kau akan rasa best giler. untuk anak-anak muridku, bacalah buku kerana itu kunci ilmu dan penghormatan diri.ilmu dan akal itu sajalah yg bezakan kita dengan spesis lain di bumi ni..setakat makan, tido, shopping, ngumpat, kucing pun boleh kut...

Khamis, 27 Ogos 2009

the secret


"buku kat umah kita ni abang teka berapa nilainya?" emmm. ntah la. ada dekat RM10k kut. macam-macam ada. dari buku jawi sampai buku omputeh. dari gila-gila, art, agama sampai motivasi. i luuuv my buku.muah..tak pe la aku tak ada emas bergayut kat badan janji ada buku buat ketahanan minda dan aset penting kemanusiaan aku.

aku dan hubby asalnya bukanlah rajin sangat membaca pun. tapi sejak bercinta dulu aku mula berjinak baca majalah yg ilmiah sikit. asal gaji aje aku kayuh beskal pergi kedai cina sapa ke entah nama dia kat pt. betak tu untuk beli `jelita ` atau `wanita`.lama kelamaan aku suka membaca. suka sangat. rasa macam power aje kepala otak aku.kecenderungan aku membaca genre yang lebih berat dan metafizik bermula masa tahun 1998 kalau tak salah.masa tu kami pergi angsana. wajib pergi badan book store. aku terbaca buku `kuasai dunia dengan tenaga minda` tulisan dr. arief.
aku ngan hubby terus obses dengan buku lepas tu.

macam-macam buku kami beli setiap kali gaji. setiap bulan mesti spend Rm300 untuk buku saja. kadang ada juga buku yg dibeli tak berbaca. aku bebel kat hubby...`beli buku banyak-banyak ni tak baca buat apa?..bla..bla..` hubby kata takpe. satu masa nanti pasti kita baca.

betul kata hubby. lepas ekonomi kami `gawat`, obses beli buku terpaksa dikurangkan. baca balik buku lama. seronoknya.
dan sekarang aku wajib beli sekurangnya satu untuk aku, satu untuk hubby setiap bulan.

aku berazam nak jilidkan buku/majalah supaya nampak kemas. nanti kalau aku dapat duit peraduan marigold RM50,000 aku dah cakap dengan hubby nak beli almari buku macam kat umah omputeh tu. hubby setuju aje.(peraduan tu aku masuk tapi dapat tu kalau dah takdir laa, tak kan nak tolak. muahahaha..)

salah satu buku yg paling aku suka ialah the secret, tulisan rhonda Byrne. aku rasa kalau tak ada support pembacaan buku motivasi dah lama aku n hubby putus asa dalam mengharungi hidup ni. anda suma tahu tak, hakikatnya aku rasa hidup aku ni sama macam kisah nabi Musa yg ingatkan kaumnya tempoh kesenangan ada 7 tahun, kemudian bersiaplah sebab 7 tahun mendatang adalah tempoh kesusahan pula. lepas tu baru senang semula. kalau aku tak bertemu mutiara ilmu dari motivasi, kisah dan teladan melalui pembacaan, aku yakin aku adalah orang yg pesimis menghadapi ujian.

sebab tu aku selalu pesan kat anak murid aku, `kamu semua tolong baca buku ilmiah banyak sikit, kalau tak nanti karangan merapu je la jawabnya..`ada yang dengar dan buat, memang aku nampak perubahannya. yang buat tak tahu saja,emmm. sendiri mau ingat la. aku hanya boleh bawa kuda ke tasik, tapi tak kan nak minum pun aku yg paksa, betul tak?

kalau aku dah down nanti hubby akan cakap`mel, kita ni dah berpuluh-puluh buku motivasi dah baca, tak kan dengan perkara kecil macam ni nak surrender. einstin buat lampu cubaan yg ke 1000 baru nyala. bila orang tanya kenapa gagal sebelum tu? einstin jwb`ooo,.itu bukan gagal. saya baru menemui cara yang tidak boleh menyalakan lampu sebanyak 999 kali..` nampak tak.. kalau dia give up rasanya kita akan pakai kunang-kunang letak dalam botol untuk menerangi rumah kita. dia piooner. `habis, abang nak jadi mcm dia dan saintis lain ke? selama hidup tak menikmati kejayaan, dah mati orang yang kaya raya?` tak le begitu, maksudnya alangkah sayangnya kalau kita give up sekarang. sedangkan kejayaan kat depan tu lagi sikit je..

ye laa.aku akur.memang susah mengejar impian tapi aku cuba bertahan . selalu fikir positif. bayangkan apa yg kita hendak, bukan bayangkan apa yg kita tak suka. aku juga suka tengok Oprah punya show dan kesimpulan semua ini sama, Allah beri apa kita nak, cuma yakin dan sabar.

aku akan terus jadi orang yg optimis. mesti.

lepas ni nak buat sistem pinjam buku macam kat perpustakaan. dua minggu, pulang. lambat, denda. mana boleh tahan buku yg best semua orang pinjam tapi tak pulang balik. kakak aku kata aku kedekut. pembetulan.. bukan kedekut. aku sayang buku. untuk kawan -kawan, anak sedara dan abang aku yg pinjam buku dah berbulan-bulan, bila nak pulang? muaha ha ha ha.

hari nak hujan

waktu begini aku sangat suka ke pintu sambil menikmati tiupan angin yang dingin. sambil tu aku akan berkata, abang tau tak apa waktu paling ayang suka? tau, masa nak hujan kan? ha, tau pun. macam kat oversea la bang.


tapi aku tak suka lepas hujan basah. rasa macam sedih. mendung ni ala-ala kat england la pulak.
so, anda semua, aku nak rehat kejap. nak ke pintu.

kenangan zaman sekolah (2)



sambung lagi. tadi aku kata nak kemas rumah kan. sebenarnya tinggal impian saja. aku mandi dan pakai minyak aura buberry n drakkarnoir. tanya abang, "cuba abang teka bau aura apa, tenang ke kaya?"..emmm bau aura tenang. "salah, sebenarnya bau kombinasi. ayang pakai dua-dua supaya tenang dan kaya.


aku memang minat bidang metafizik dan mistik ni. aku da beli 3 set aura minyak dari rozi. genius untuk abang sebab dia kata nak pandai belajar, kaya kekadang aku pakai tapi kalau tak campur dengan buberry aku rasa nak marah selalu. abang kata memang la dah tentu fungsinya untuk `desire`. jadi aku akan pakai desire dan buberry. dah aku kata aku suka dunia metafizik. masa jual tu rozi demo pakai tasbih. boleh guna minda untuk kawal pergerakan tasbih tu. bila aku buat hah kau berbuai laju tasbih tu ikut arahan aku kedepan, tepi , belakang dan berhenti. rozi cakap "powerr akak punya aura.." tau tak pe. hah, bagi akak 2. tapi betul juga. bila aku dapat support aura dengan minda yang betul, aku dapat kawal kelas yg macam sarkas! tak caya? cuba laaa...

apa la aku cerita ni. tadi kata nak sambung. oklah. aku sambung ...

shila

aku panggil shild. kawan mula form 1. tapi rapat sejak form 6 kat SMB. duduk 3 orang aku, eton dan shila.paling aku tak boleh lupa masa dia datang lambat sambil bawa beg plastik kreseknya. masatu time sejarah ,aruah hj basir. shila masuk macam samseng jer.lepas tu aku saspen cikgu basir tengok je.cikgu tu cakap"nasib baik bukan anak aku, kalau tak aku dah lempang budak ni.." aku tengok muka shila. tak de reaksi. tapi tiba-tiba shila hulur nota kecik kat aku. dengan sayu aku membacanya..."jana, aku sedih cikgu tak lempang aku. maknanya aku tak dianggap sebagai anak dia". aku kesian kat shila tapi aku tulis apa ke entah kat dia.
dia menyedarkan aku betapa pentingnya pendidikan walau apa pun keadaan kita. masa aku tak mohon memana lepas form 6 dia tulis surat kat aku . katanya'apa la kau ni, kau cuba je la apply. mana tau rezeki.tak kan nak macamni sampai bila-bila. lepas tu aku dapat kesedaran sivik. tak lama aku minta borang masuk maktab dengan ita.
aku dapat masuk, ita tak dapat. tapi ita da jadi bisneswomen kaya sekarang. berita terkini, aku dapat tahu shila dah amik phd. dasat, respek sama kau.
aku terbakar sama nak amik phd, camno?: master pun tak lepas. Tapi kalau aku nak amik phd pun dalam bidang yang aku suka. metafizik. dan bukan kerana gaji. masa tu aku belajar kerana minat.
tapi maksudnya aku kena kaya raya dulu. boleh gitu? insyaallah.eh ti, kau ingat tak kita kan ada tandatangan report kad 3 puaka.jahanam report kad tu. aku memang jarang hubungi korang tapi tau tak jauh disudut hati ni aku sentiasa in gat kat korang.em lagi satu, ingat tak lagu feminin`angin bayu, membawa diriku...`


eton.
aku kagum betul dengan dia. pandai cari duit, cekal dan nakal. masa sekolah dulu aku rasa zuraida laobe ada bagitau aku kalau cuti-cuti ada masanya dia akan kopek pinang untuk buat duit kocek. wa, skandal kuat eton ni. tapi biarlah rahsia. he he..ala zaman 6 jahanam dulu. dia pandai masak. paling best kalau dia bawa bekal lauk sotong kering sambal.belum sempat dia makan kitaorang dah rampas nak menikmati kesedapan masakan eton. masa sekolah pernah dapat hadiah dari bh kalau tak salah dia hantar artikel apa ke entah. pergi putri pan lagi kat jb.
eton dah berjaya buktikan dia berbakat menulis. apa tak nya, sekarang dah jadi editor sinar harian tu...tahniah eton.duduk sebelah aku. seronoknya zaman sekolah kerana jumpa kawan-kawan jer. belajar malas giler. tapi dapat gak kita 5 principal kan. heh.

mona
kadang kita panggil dia munah. terkenal semenjak kisah mona fendy kami usik dia kejam. tahun kami form 6 tu la peristiwa mona fendy potong 18 adun batu talam, Dato` Mazlan tu. kecoh. rasanya masa tu la mulanya jenayah-jenayah kejam di Malaysia terbongkar,atau berkembang..sekarang ni setakat kerat 18 tu kira ranking terkebawah aje. em, tahun 2008 aku ada projek sekolah angkat kat pahang, jumpa anak aruah Dato` Mazlan tu. comel dan kecil je.

mona baik dan teliti orangnya. kawan baik dia saparina. mona selalu buat mural kat dewan smb. cikgu roslan begitu menaruh kepercayaan padanya.belajar pun rajin. aku selalu juga lepak kat umah sewa mona tepi jalan benut tu. bapa dia bawa teksi tapi begitu prihatin pendidikan anak-anak yg semuanya pompuan!. mona , kalau kami datang dia akan masak dan makan sama-sama. baiknya dia.
memang patut pun dia dapat apa yang dia dapat sekarang kerana kerajinannya.sekarang dia kerja sebagai timbalan pendaftar kat USIM kalau tak salah... malu la nak jumpa mona. sapalah aku ni.

sally
dah lama lost contact dengan sally. sebenarnya dia kawan yang teramat rapat dengan aku masa sekolah rendah. suka kat `along`. he he. satu hari tu along kasi kami 2 biji batu hijau macam loket. kami duduk kat tepi kolam masjid depan sksb. aku tipu sally, sal, ni kan gula-gula, tak caya cuba ko makan. sally lurus bendul dengan muka konfiden dia gigit benda tu. aku ketawa gila-gila. kan batu ni, apsal ko nak makan?. sally pukul aku. heh.

kalau balik sekolah pagi kadang-kadang aku ikut sally balik rumah dia kat pt. ariff. makan nasik sama-sama mak dia ada dua orang. aku sangat suka nasi lembik yg mak dia masak. kak oha ada skandal dengan abang apy abangnya sally. tapi tak kawin juga sebab dia kata abang angkat je. ala, leceh betul. kalau tak boleh aku kawan lagi rapat dewngan sally.

aku pernah nak ikut sally kerja kat jb. masa tu dia jual komputer. pandai bawa van lagi. gaji 800. tapi tak cukup berani nak merantau. last aku kerja kilang kat kampung je. gaji sebulan 180. cukup la sebab naik beskal je. hari-hari mak masakkan aku nasi goreng specialnya. sedapnya...
ally kahwin juga dengan isa, kawan abang. elok lah tu samakecik. dah berapa anak sally sekarang. aku je yg masih honeymoon dua orang dengan abang. da 11 tahun tu..

sally, cuba ko tengok semula gambar masa kita sekolah tadika dengan cikgu arfah tu.kelakar tak?

hajar tamin
aku mula rapat dengan adjang sejak form 4. baik betul aja. dia pandai buat beg. segiempat je dalam letak span. lepas tu aku tiru cara pembuatannya, jadi juga. tak pernah beli beg sekolah lepastu. semua aku buat sendiri. nak nampak jenama sikit aku tampal jenama baju t kat kolar baju yang ada jenama. selalunya baju kakak dan abang aku la jadi mangsa. heh,heh.

idea tu aku bawa sampai UiTM. masa subjek cik rainal (batik) aku buat beg dengan teknik batik ikat celup. tajuk, Tarantula. cik Rai bagi A-. okey la. standard tu.

aja ada hadiahkan aku baju kain satin lepas kita orang habis form 5. lepastu aku jumpa dia dah kawan(sekarang kawin) dengan azwa, satu sekolah. bercinta bagai nak rak dengan `areza`. aku tak tau pun, tapi dah tak jodoh dia. dengar `areza` dah meninggal. hajar banyak mengajar aku bahawa`tak semestinya kita tau cakap omputeh baru boleh dengar lagu omputeh`. dia juga yang mula panggil aku `jane`. oh. rasa omputehnya aku.aku minat inggeris tapi tak pandai-pandai juga. tapi sekarang dah banyak kemajuan la. hehe.

lagu paling aku suka nyanyi dengan aja ialah `fading like a flower` dari roxette.bila kita nak jumpa ek?

lepas spm aja pergi kl. aku ntah kemana- mana.sekarangni dengar aja hantar anak dia sekolah kat `hidayah`. baguslah jar. aset hari tua kita.

kenangan zaman sekolah

jijah
suka guna tandatangan sas74. pakai tudung semberono je. naik basikal macam power. tapi baik budak ni. tunjuk happy je tapi hati sapa tahu kan jah.bila turn masak kat rumah sewa selalu balik lambat kat labry je melepak. he he. tapi diala yg menjadi asbab aku berhubung dengan hubby sekarang. jijah kata mintak maaf la dengan `jeff` sebab dia rasa tipah tipu. aku le tipah. pandai-pandai je bebudak kabinet kenenkan. aku iyekan je la. jijah sampai datang umah lagi tu. aku ingat lagi masatu aku buat bubur pulut hitam. lepas aku tulis surat minta maaf kat `jef` kami berhubung terus dan sekarang dah jadi intan payung ku tercinta.. ha haa.. kelakar gila.
jijah ni outspoken juga kekadang tapi dia best.... rindu ngan ko.

ita
@ abang dozo. sekarang da jadi bisneswoman. baru ni dengar khabar dapat kontrak dekat sejuta. tahniah ta. ko memang bertuah. kurus tak pernah naik badan walau anak tiga. masa sekolah dulu selalu geng dengan ita. tapi ita lebih rapat dengan mona kut. takpe. yg tak bleh lupa cengkodok n donut sambal they all. nanti jual 5 biji cekodok singgit,. kat kitaorang la mangsa. aku beli la jugak nak amik hati member. hehe. tapi sekarang ni dengar bijak betul buat kueh raya. tak sangka. aku? setakat popia gulung kecik-kecik lepas tu hiris dan goreng tu memang expert! ita pernah buat sesuatu yg tak ku lupa. masa tu da 6 bulan tak dapat gaji. abang pulak baru berjinak dengan internet marketing. duit takde. pegi sekolah pun pakai handbag koyak lekat dengan salotape. masa tu ita jadi hero pinjamkan aku duit. macam nak pengsan leganya aku. tmkasih ta. jasamu ku kenang sampai akhirat.


emm. nanti aku sambung. nak buat kat laptop la plak. abang tunggu nak setup dulu. adios

menghargai dan dihargai

aku baru buka blog pagi ni. pagi yg tenang dan damai, istimewanya aku tak payah kalut pergi kerja.. yeehaaa. cuti lagi 5 hari. tmkasih kat nora yg sudi ikuti blog ni. ko tau nora, setahun lebih cikgu tak buka blog. perasan sibuk. kata-katamu merangsang minda cikgu untuk menulis semula. alhamdulillah kalau ada di antara tulisan ini yang menjadi inspirasi, yg mana satu pun cikgu tak tahu. tapi gembiranya hati cikgu kalau nora dapat kutip sesuatu yg baik dari apa yg kita kongsikan sama.

tahniah untuk korang yg dapat sambung pelajaran kat memana. semoga korang dapat yg terbaik. untuk nora dan mira, confirm la cikgu kan. selamat datang ke dunia sebenar pendidikan 2-3 tahun lagi. pastikan korang memang betul-betul berminat, bukan sebab peluang yg datang. apapun, kalau peluang datang dulu rebut aje la. pupuk minat kemudian boleh juga.

tapi amat menyeksakan bila kita tak tahu apa minat kita dan terpaksa buat sesuatu tanpa minat. amat. jangan menyeksa diri menghabiskan hampir sepenuh usiamu untuk perkara begitu.

aku bercakap berdasarkan pengalaman. aku juga semakin kabur fikiran apa sebenarnya minat aku. kadang aku macam hilang semangat dan minat nak bekerja.tapi sungguh, hubungan kemanusiaan dan kasih sayangku dengan pelajar tidak plastik. 100% dijamin aku betul-betul menghargai mereka yg menghargai aku. cumanya aku kelemasan dengan kerja-kerja yg bukan kerja utamaku.. mengajar, itu yang utama.. mesyuarat sampai petang, perhimpunan setiap hari, masukkan data berpikul-pikul, urusan perkeranian... huhhh. mati kebosanan aku dibuatnya. untuk anak-anak muridku yg bercita-cita murni nak jadi cikgu, korang akan tahu apa yg cikgu keluhkan ini satu hari nanti. tungguuu.

tapi sesungguhnya penghargaan akan membuatkan seorang manusia bersemangat untuk terus hidup. tak kira apa bentuk penghargaan itu. mungkin kata-kata, mungkin cenderamata, mungkin kad atau sebagainya. kita tidak tahu betapa berkesannya ia sehinggalah kita terjumpa insiden atau disedarkan oleh mereka yang menerimanya. dan medan pendidikan ini banyak menyediakan ruang untuk menghargai dan dihargai. satu nilai hidup yg utama, menjadi kita berasa berguna sebagai manusia.

insiden 1

nora kata blog ini beri inspirasi untuknya. tahu tak kamu, kata-kata kamu itu penghargaan buat cikgu untuk menulis lagi, dan lagi, dan lagi...see what happen `magical word` yg bernama penghargaan memberi nilai kepada penerima?

insiden 2

`abang tujukan lagu ini untuk ayang yg rela berkorban untuk hidup kita demi capai cita-cita kita...` .lepastu abang main gitar dan nyanyi tak ikut tune pun. tak pe,yg penting aku rasa dihargai lepas aku nangis kerana macam dah tak tahan dengan dugaan hidup ni. and abang pun dengan lembutnya pujuk aku yg tengah sentimental. ha ha ha. aku jadi kuat seketika itu juga rasa macam hero yg dah resque banyak orang yang lemah dalam kapal titanic. haha.lepas tu kami hayati pula lagu dibalik cermin diri karya M. Nasir, dalam sungguh maknanya. nangis lagi aku. (kalaulah M. Nasir tahu aku suka lagu dia..hmmm)

insiden 3

hema : awak lulus ke subjek sejarah?
Fcui : tak pernah.
hema : habis kenapa awak selalu tunggu pn Jana waktu dia nak datang kelas?
Fcui : tak tau, saya cuma suka cikgu..
.................................

hema : kak jana, tu anak ko dah tunggu nak suruh masuk kelas
aku :ha ha. (ketawa dan senyum. kelakar dan perasan)
...............................................................

aku : kenapa dah lama awak tak jemput saya masuk kelas
Fcui : tak mau la. saya malu cikgu ketawakan saya..
aku : (?)

betapa penghargaan mengujakannya.adakah aku yg tak prihatin lalu melukakan hatinya? dan selepas itu tiada lagi fcui yg setia menantiku di bilik guru untuk ambil barang-barangku masuk kelas. dia memaku diri di kerusi, buat kerja dengan tekun seperti biasa tapi kurang bercakap lagi. apa salahku/ ego sebagai `orang tua` buatkan aku tak tanya dia banyak kali. tapi yg aku perasan dia tetap tersenyum-senyum simpul padaku selepas aku draw gambar aku dan dia dalam love masa tengah jaga kelas dia waktu ujian pra pmr tempoh hari..

1nsiden 4

`sapa dapat markah tinggi dalam percubaan spm nanti saya bagi hadiah!`. `saya tahu apa hadiahnya, kata boyak. sabun kan cikgu? dan pecah berderai ketawa budak tingkatan 5pI (2009). `mana awak tau?`.. aku pun tergelak sama.`eleh dulu form 4 saya dapat sebab lulus sejarah... kata boyak.

aku teringat masa tu markahnya 38%. aku up lagi jadi 40%. dan jadila dia satu-satunya budak tingkatan 4p3 yang lulus sejarah. aku bagi hadiah sabun. kecik aje tapi kereknya dia ya Rabbi menayang kat kelas dapat sabun.. `cikgu tau tak, seumur hidup saya ni la pertama kali dapat hadiah and lulus sejarah..`see....faham tak apa aku maksudkan

effa juga tak buat mandi sabun hadiah untuk dia tahun lepas sebab tinggi markah bm. buat kenangan katanya.

banyak lagi cerita cuma aku rasa nak kemas rumah dulu sebab da macam titanic nak tenggelam. hero pun hero jugak tapi kalau nak lalu pun tak bley apa cerita?

moralnya, tak kisah apa kita nak bagi pada orang. bukan harga jadi ukuran tapi ikhlas yg penting. insyaallah, pasti sampai ke hati.

Selasa, 11 Ogos 2009

waduhhhh

aku rasa macam-macam. suka duka tension teruja segalanya berbaur menjadi satu. tadi jijah telfon. tq jah . nanti kalau aku ada mood aku lukis satu painting baik untuk ofis kau. (kau atau ofis kau? ) ha ha.

apa rasanya sebenarnya hatiku ini. entahlah. tak tahu dan tak larat nak tahu. 2-3 hari lepas da beli minyak aura ngan rozi. pakai juga. moga semakin kuat subconciuosmind aku. terbakar rasanya bila borak dengan ita dia da gila-gila mencanak jadi bisneswoman.. ta.. aku salute ngan ko.

shila da amik phd. waduh.. tertinggalnya aku. tapi aku masih rasa kecewa dengan insiden dg32. oh,, tidak. begitu menyakitkan. sampai sekarang rasanya. Tuhan, apakah masih mampu aku menghadapi ujian ini. sabarkanlah hatiku ya Tuhan.

menyampah betul aku tengok perangai gila-gila bebudak ni. apasal budak sekarang da tak hormat cikgu. kurang ajar melampau-lampau. adakah ini pembalasan dosa-dosa silamku..

kenapa aku jadi cikgu?
sebab aku tak tahu nak jadi apa. tapi aku bersyukur Allah bagi peluang aku jadi cikgu. tapi kerdilnya aku sampai sekarang aku tak dapat nak mewahkan mak pak and mertua aku dengan harta yang membolehkan mereka duduk senang-senang beramal ibadat saja tak payah kerja..

bang, cepat la kaya... `ye la abang tengah usaha la ni..` memang abang tengah usaha tapi ada kala aku jadi mati kutu. aku selalu tengok abang bersengkang mata dari lepas subuh sampai pagi esok baru tido.. memerah otak study nak jadi kaya. ya allah tabahkan hati kami.

dalam `Cast Away `Tom Hank ambil masa 4 tahun baru dapat balik ke tanah besar lepas hanyut macam nak gila kat tengah pulau tak berpenghuni. nasib baik ada `willy` bola yg dia jadikan teman bercakap. kut tak harus gila dibuatnya.

saat begini, kalau abang tu tom hank biarlah aku jadi willynya. tom hank 4 tahun, aku dah masuh 6 tahun... ya Tuhan,, ya Tuhan.... apa dosaku? ampunkan aku ya Allah.

cerita kelakar hari ini.

antara aku dengan kim feng. 3f. Aku masuk toilet jap. beg bagi kat linda suruh bawa masuk ke lab. kim feng @ popia nampak aku. ada ke patut dia jerit-jerit nama aku... cikgu... mana cikgu. cepat laa. ya ampun budak ni. kelakar betul. aku keluar toilet aku bagitau dia `awak kenapa, kan cikgu pergi toilet`...`saya mahu jadi orang first, cepat la cikgu`...teruja betul nak masuk lab. memang seronok belajar mystarA tapi tobat la aku nak bawa masuk lagi. tak terkawal aku. ada yg buka utube, freindster..dan apa-apa ntah. darah aku naik le beberapa degree....semua aku lepuk. tu la sapa suruh cari pasal dengan aku. sebenarnya aku tak garang, tapi kalau dah melampau tu saja je la. jadi tunggul pulak le karang kalau aku diam je,.. baik duk rumah je kalau nak tegur budak pun tak mau (takut)..

apa pun, aku niatkan untuk budak-budak ni jadi baik. tak lebih pada tu. nak terima buat lah. tak mau terima terpulanglah.

hanya guru yg tahu dan faham keluhan seorang guru.

aku letih la; kalau kerja cikgu ni mengajar saja kan seronok. satu kemustahilan. macam-macam di ndaknya. apa lagi hah?
layakkah aku jadi guru ni?

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com