Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 29 Jun 2012

IBU MERTUAKU........

Entri ini kutujukan khas untuk mak dan bapak ,mertua yang aku kasihi,satu-satunya mertua di dunia ini.
terima kasih emak, kerana menjadi mertua yang terbaik untuk saya,yang terbaik untuk semua anak menantu emak. walaupun emak tak tahu saya menulis sesuatu  di sini, biarkan orang semua tahu, betapa baiknya emak. bertuahnya saya memiliki emak dan bapak, selain ada emak dan bapak sendiri.

gambar ni gambar raya 2010, yang bertudung hitam,yang manis wajahnya tu mak,Pn Hajah Hasnah dan bapak  Hj Ahmad berbaju coklat,segak masa mudanya. yang pakai `kepiah` berbaju biru tu tentulah anak bertuah mak dan bapak,yang jadi suami aku yang bertuah ni.

mak,bertuahnya saya dapat mak yang macamni. terima kasih mak, kerana menjadi mertua yang baik dan tak cerewet. kerana menjadi mertua yang penyayang. kerana mak melepaskan sepenuhnya anak mak untuk diuruskan oleh saya, orang yang disayangi olehnya. walaupun saya (kami) ada kekurangan, tidak pernah sekali-kali emak mengungkit kekurangan itu,tidak pernah. mak sentiasa menjaga tutur kata waima dengan anak menantu sendiri.

kalau mak nak marah pun,mak marah sorang-sorang,itupun ketika mak sakit,ketika `sakit` ujian Allah untuk meningkatkan kesabaran mak didunia, meninggikan darjat mak di syurga. (kalau mak marah pun,mungkin mak pendam dalam hati, atau mak ngadu dengan suraya ke,tapi tak apalah, itu normal,pokoknya mak tak pernah menyinggung hati kami,)
terima kasih mak, selama mak merelakan saya hidup dengan anak mak mak tak pernah mencampuri urusan rumahtangga kami. di saat kadang saya merasa begitu belas melihat orang lain,rakan-rakan saya yang siksa hidupnya kerana punya mertua yang begitu menyiksa, baik dari perbuatan dan tutur kata.

saya sangat beruntung mak, malangnya saya ni tak sedar diuntung,jarang sangat dapat balik jenguk mak. sibuk sangat kononnya. stress selalu,sabtu ahad selalu guna untuk duduk rehat di rumah saja,melegakan tekanan.itupun mak tak kecil hati, malah mak bekali saya dengan tanam-tanaman emak kat tepi-tepi rumah tu. setiap kali abang balik kampung, singgah rumah mak kalau out station ke Batu Pahat (semestinya sorang-sorang,tanpa saya),mak gagahkan diri ke belakang rumah petik limau,buah belimbing buluh, pucuk-pucuk daun serta ulam-ulaman. oh mak.....sungguh baiknya emak,bersusah payah untuk saya. malangnya saya ni malu nak luahkan `saya sayang mak sangat`, sama macam susahnya saya nak lafazkan kepada mak saya sendiri.  mak,maafkan saya mak,saya tak mahu terlambat menyatakannya, tapi saya sungguh sayang dengan mak..aduhai ego,kenapa kau tebal sangat macam iceberg...

ini bunga kantan,belimbing buluh dan limau kasturi ,mak petik tadi masa abang singgah rumah mak. suma untuk saya.terima kasih mak. nescaya saya awet muda.haha

ini pulak pucuk tenggek burung,bila kawin dengan anak mak baru saya tahu benda ni ulam yang sangat baik untuk kejelitaan. mak cik eda,rajin makan benda-benda ni. awet muda dia.

mak,kawan-kawan saya hairan bila saya cerita anak mak balik sorang-sorang kerumah mak, saya pulak balik sorang-sorang ke rumah mak saya. orang kata gaduh ke? oh,tak mak, terima kasih kerana mendidik semua anak lelaki emak dengan sebaik-baik didikan,sampai mereka menjadi lelaki yang penyayang kepada keluarga mereka.itu saya percaya,melihat kebahagiaan biras-biras saya,saya rasa itu tak perlu dipertikaikan lagi.mak,kami terpaksa buat begitu kerana jadual kerja kami ni tak sama. kalau saya cuti,abang kerja, kalau abang kerja saya cuti. jadi kalau abang balik sorang-sorang, maknanya saya kena kerja hari sabtu. kalau saya balik sendiri ke kampung saya, maknanya abang kerja. dah bertahun macamni, harap mak tak kecil hati dengan kami yang pelik ni,kami sayang mak dua-dua, sayang sangat,ampunkanlah kami mak, tambah-tambah lagi anak mak, abang nizam tu. redhailah hidupnya mak, syurganya terletak di bawah kaki mak, saya faham itu.

janganlah mak kecil hati pada kami,atau pada abang nizam walau apapun kesilapan kami,sama ada sengaja atau tidak. mak,ampunkanlah kami,agar mudah kami mencari kehidupan yang bersih dan tak menyakitkan,yang sesuai dengan jiwa dan cita-cita.
mak selalu ulang,kalau boleh mak tak suka anak mak berniaga sebab pengalaman mak berniaga tu banyak yang menyakitkan dari yang menggembirakan. tapi nak buat macamana mak, darah seorang peniaga mengalir likat diturunkan dari mak dan bapak,anak mak yang seorang ini sangat kuat azamnya untuk kerja sendiri, dia tak selesa berada di zon selesa.   kami perlu restu dan redha mak, sangat-sangat perlu.jadi harap mak sudi doakan kami, saya sangat menghargainya.

maafkan kami mak,belum dapat memberi mak kesenangan buat masa ni. tapi percayalah mak, kami akan berusaha untuk itu,untuk kesenangan hidup mak,bapak dan mak ayah saya serta keluarga kita seluruhnya. mak, rasa rindu ini begitu menggebu-gebu, esok saya nak balik jumpa mak dan mak saya sekali di kampung, saya sangat rindu. tapi maaflah mak,kerinduan dan sayang ini tak terucap dek kata-kata.
mak, andai keresahan ini disebabkan kecil hati mak atas lamanya kami tak jenguk mak  di kampung,ampunkanlah kami mak...

InsyaAllah,esok kita jumpa ye mak, semoga Allah selamatkan perjalanan kami.

Bujang n Co

inilah bujang,kesayangan aku.
sebenarnya tadi aku dah menghabiskan masa hampir 2 jam buat entry tentang sukan sekolah hari ni. siap gambar-gambar yang vogue. tapi entah kenapa aku tertekan keyboard atau butang mana ke entah, entry aku tinggal tajuk saja. sepanjang-panjang karangan yang hebat telah hilang. arghhh...sungguh tertekan fikiran aku ni.heiii..nak karang lagi,penat tadi belum hilang. nantilah.

buat sementara ni biar aku mengubat luka dengan menulis tentang bujang, penawar dukaku ini.entah  kemana  bujang sorang ni harini. tak nampak muka. selalunya pantang dengar kereta aku, melompat-lompat kegembiraan. ewah,iye aje melompat kegembiraan. tak adalah macamtu sekali. cuma kalau dia tidur,cepat-cepat menggeliat dan bangun,duduk depan pintu sambil senyum-senyum lapar. bila aku turun dari kereta,dia akan tanya, baru balik ye auntie? aku jawab,tak,baru nak pergi ni ha.... lepas tu aku buka mangga pintu,dia dah sampai sliding kaca,muat-muat badan dia. buka saja pintu sliding,menonong terus ke dapur,cari biskut dia.

kalau tak ada.nanti dia bersuara dengan penuh kesayuan`.harini tak ada makan-makan ke auntie?` dia akan tanya banyak kali,sampai guling-guling atas langsir.aku tak tahan dengar dia berceramah tentang kepentingan memberi makan haiwan kesayangan baginda nabi (SAW) jadi aku tuangkan 2 bekas biskut. lepastu aku buka pintu dapur,beberapa ekor saudara maranya datang makan juga. ewah,macam kenduri ye.

ini yang sempat aku ambil gambarnya.lagi 3 ekor dah keluar,dah kenyang. yang duduk ekor kontot tu mueeza,yang tengah makan tu tak ingat namanya. tijah ke,tipah ke. kalau semua ada, korang mungkin tergelak sebab warnanya semua kuning,serupa!tengoklah mangkuk tu,dah kosong kan.

ini mueeza, makcik si bujang ni le.hubby kata kat dia `eh,kau ni, bunting lagi? ` lepas tu aku tambah ,`bang,bukan dia aje bunting, tipah dengan obis pun bunting juga!` hubby kata..`huh`! ......aku kata   `ha,ha,ha...`
kala aku berkarya, bujang sering menemani aku. kemudian dia duduk sebelah karya tu dan bagi komen membina.tapi aku tak peduli sebab bujang tak sekolah sampai UiTM.hahaha.

yang meleser-leser kat bujang tu ialah obis.obis ni kecik lagi,tapi haritu sudah kena rap dengan jantan kabaret mana entah.akibatnya,dia bunting.terboyot-boyot bawa perut.obis suka menyusu dengan bujang,aku pun pelik. bujang kan jantan. mana ada susu.tapi bujang tak marah pulak. redha aje aku tengok. agaknya dia kesian obis kurang kasih sayang. mak obis ialah mueeza kalau tak salah aku.tpi mueeza tu beranak rapat sangat,jadi anak-anak yang dah besar sikit dia tak peduli. bujang ni sepupu obis kut.his,entah,complicated sungguh relationship mereka. mujur tak perlu fb.

nak diikutkan, aku tak perlu bagi makan semua kucing ni. belakang rumah aku tu, dah berlubang-lubang tanah dikorek dek tikus. aku rasa dah jadi lompang rumah kami ni. ish, takut juga. haritu,2 minggu aku tak beli biskut kucing. aku cakap,makan tikus kat belakang rumah. beratus ekor dalam lubang tu. tapi akibatnya bujang and  company jadi kurus kering kerana tak makan. tikus?seekor pun tak dimakannya. ada la masuk ni aku jumpa  3 ekor yang mati tapi tak ada cacat celanya. tak bersentuh pun. geli agaknya. tikus kan pengotor. takut kena kencing tikus ke?

apa-apa pun,aku bersyukur kerana mereka sudi menumpang makan dirumahku ini. teringat kata ulama ke,hadis ke yang menyatakan,kalau haiwan pun tak sudi nak makan dari tempat kita,itu tandanya rezeki tak berkat. mudah-mudahan Allah berkati rezki kami sekeluarga, dengan ditandai kesudian bujang n co datang makan di rumah aku!



Khamis, 28 Jun 2012

Aku Semakin Tua

hari ini bertugas sebagai designer khemah rumah merah. esok sukan tahunan. iuh,bosan betul sukan sampai bulan 7 ni. ni ide sapa lah ni sukan berlarut sampai nak hujung tahun. nasib baik masa giliran aku jadi ketua rumah sukan dulu masih guna ide lama,sukan sampai bulan 3 aje. lepas tu jangan nak mengada-ngada sukan je,belajar!.sapa yang berpotensi betul-betul tu baru lekat di padang. yang tak berpotensi,baik tajamkan akal dalam kelas,lagi bagus.bosan tak bosan pun dah tanggungjawab, aku tak akan mengelak. buat yang terbaik yang aku mampu.

semakin tua agaknya aku. dulu,pergi mana-mana tak payah berpayung,tak apa-apa pun. sekarang, berpanas, dilindung topi datin lagi.silau, siap pakai cermin mata artis.jauh padang tu,besar,siap parking kat padang, tengah track,depan khemah lagi.

dah semua tu ,balik rumah pun rasa nak pengsan.panas,lemah,sakit-sakit badan. dulu masa muda tak ingat-ingat. angkat benda-benda berat,selamba aje. sekarang, angkat badan sendiri pun tulang pinggang dah berbunyi-bunyi.

entah kenapa tak tergerak nak bawa kamera. seakan hilang keghairahan memotret dek banyaknya peristiwa yang mematahkan semangat akhir-akhir ini. padahal sepanjang 3 jam petang tadi di padang melakar banyak peristiwa. husni,cikgu muda yang peramah.kereta kuning linda. paku pakis cheak. langsir merah putih aku.tanglung,kulit angpau,tali rafia,kain rentang setinggi tidak..semuanya boleh dipotretkan.menjadi satu cerita tak ternilaikan.

esok kalau rajin, aku akan ambil gambar khemah rekaan kami. dan khemah lain juga. KALAU ada nafsu nak memotret. tapi lazimnya kalau tak dipotret dengan alasan `tak ada mood`,perasaan yang datang waktu malam nanti ialah `ALAHAI, MENYESALNYA........`.

inilah agaknya kesan penuaan yang ke tiga,hilang ghairah hidup.hahaha. parodi.

Rabu, 27 Jun 2012

TUHAN,TOLONGLAH HAMBA

 
andai ada yang boleh aku jadikan analogi
tentang apa yang kurasa saat ini
pasti sudah aku ungkapkan
segala-galanya.

betapa,selangkah pun lagi
aku begitu tak berdaya
mengharunginya
menyebut tentangnya saja
membuat aku semakin gila

aku hilang
dalam ribuan jiwa
bagaimana aku ingin memberi
andainya yang mahu diberi tak mahu menerima
Tuhan,
tolonglah hamba
aku mati dalam penjara jiwa
yang sengsara...
berilah aku jalan
untuk aku keluar dari daerah yang begitu menyakitkan.

Khamis, 21 Jun 2012

Aku Budak Lubuk Sipat (part 5)

21/6/12. khamis.

suzen,taj ashikin,haris,papak,lanang sejagat dan sesiapa lah budak kampung lubuk sipat yang membaca enrti aku kali ni. korang ingat tak buah apa ni?  ha? tak pernah nampak?   sungguh lupa daratan engkau orang ni semua. oi kawan,kita ni budak KAMPUNG LUBUK SIPAT tau!

sapa yang tak pernah nampak buah ni memang budget bagus aje. korang semua kan rajin masuk hutan belukar dan kebun nak mandi sungai kat PtYusop tu,kita lalu kebun cina ayam,mesti lalu pokok ni...   aku tak tau namanya sebenar apa, tapi aku,kak roha,ijam dan adik beradik aku namakannya pokok berunai.

bila pokok ni buahnya masih muda,macamnilah rupanya. bila dah masak, merah kehitaman atau biru. aku masih ingat mencicipi buah ni.rasanya masam-masam manis. setiap kali nak tolong mak aku kat kebun ,bila lalu pokok ni aku akan berhenti sekejap,kut-kut ada yang masak. kena musimnya,semua meranum,warna biru tua atau merah pekat..pergh..sedap betul rasa buah ni. nanti mulut dan gigi kau jadi warna meroon.

ah,peduli apa aku. masa tu kecik lagi..tak kisah penampilan.masa pergi kebun,ambil dua tiga gugus makan sambil berjalan. masa balik dari kebun,lagi lama aku singgah kat pokok ni,bawa balik banyak-banyak. seingat aku kalau kak roha ada,dia pun suka makan buah hutan ni. tak takut pulak kita beracun ke,mati ke,ye tak. sesungguhnya kita kan kanak-kanak lagi masa tu. mesti malaikat tolong kita kan kalau buah ni beracun,tak mati pun...cuba sekarang,makan pelik sikit dah sakit perut la,kencing manis la..banyak sangat dosa ke apa ntah.

aku menghadapi kesukaran mencari gambar buah ni di internet. macam-macam keyword aku guna,semua dah tak dapat. lama dah aku berhasrat nak buat entri tentang buah ni, akhirnya sebab kegagalan itu aku lupakan saja. beberapa hari ni masa aku cari ide nak melukis,aku google gambar berries.cari punya cari yang berkenan,aku terpandang gambar ni.korang tahu,link yang aku tengok tentang buah ni ialah encik punya blog tu orang putih,mengembara sampai MOZAMBIQUE, terjumpa buah ni kat kampung penduduk asli di sana. dia pun tak tahu namanya apa.dinamakan wild berries aje. sesungguhnya namanya masih jadi misteri untuk aku. nak cari maklumat kat wiki pun aku tak tahu nak search apa namanya..

hebatnya kuasa Allah kan. aku perasan selama ni pokok ni milik aku dan kau orang budak lubuk sipat aje. tu pun generasi 70-an  -80-an macam kita.rupanya nun kat benua afrika sana,Allah tumbuhkan pokok ni,kat mozambique. aku yakin mesti ada khasiat buah ni,sebab tu  dulu masa kecik mana ada penyakit. salah satu asbabnya ialah mungkin `kegeragasan` aku makan buah ni yang agaknya mengandungi antioksida yang tinggi sehinggakan aku sihat dan kuat. hahaha.

kalau korang tak mengaku pernah makan buah ni,tak apa lah. agaknya aku makan ambik dari kampung bunian kut.tapi serius tau ni,inilah pokok berunai!!!

Selasa, 19 Jun 2012

PEN PUN MENGERTI HATIKU...

11.40 PAGI-Selasa.
"Mohana,sementara tunggu nak siap kerja-kerja ni,kamu tolong cikgu sekejap,beli 2 batang pen merah kat koperasi ye." padahal masa rehat tadi aku dah minta Anussa belikan 2 pen merah. entah kenapa dakwatnya tak mahu keluar sangat.tak terang,putus-putus.nak menanda pun jadi bosan.

bila Mohana serah pen tu,aku cuba lagi. Ya Allah, aku rasa nak marah pun ada,nak menangis pun ada. apa nak jadi. pen yang mohana baru belikan pun macamtu juga.  aku ambil pen keempat yang dibeli hari ini. pun sama juga.akhirnya aku beri pen baru tu kepada mohana.

mohana mungkin rasa bersalah sebab belikan pen yang tak berapa makan. aku tak marah pun mohana, bukan dia tau. dia kelihatan mencuba-cuba 2-2 pen tersebut... ...`cikgu,tengok,sudah ok,tengoklah!!!`.macam gembira sangat dia  bila pen tu mengalirkan dakwat dengan cantik dan lancarnya.
dia beri 2 pen tu kepada aku semula dengan senyum simpulnya.

aku cuba tanda buku mereka dengan pen itu. sama macam tadi.tak makan,dakwat putus-putus.. aku pandang mohana.aku cuba tanda buku mohana guna pen itu. keajaiban berlaku. lancar saja dakwatnya sampai aku habis tanda 8 latihan mohana.

 Tuhan, aku hampir menangis. sungguh,mahkluk yang bernama pen ini juga seakan berduka sepertiku. dia hanya memilih mereka yang tidak menyakiti hatiku sahaja untuk menumpahkan dakwatnya.kepada yang lain., semuanya putuss-putus.tak makan.tak cantik dipandang. antara hairan,simpati dan tidak percaya,mohana memandang aku dan pen bersilih ganti. seribu tanda tanya di wajahnya.

`mohana, pen ini tahu isi hati saya. awak baik,awak tak sakitkan hati saya,pen inipun sudi tanda kertas awak`.  mohana tersenyum......


Jia ying datang meja aku. dia separuh berbisik. `cikgu, awak sangat penat kah?`kenapa diam saja?`
`tak penat. tapi hati saya sangat marah. saya tak boleh cakap apa-apa dekat kelas kamu ni`.
`cikgu,jangan marah leh, saya tak jahat. tak best lah cikgu macam ni`
`saya tau,awak tak jahat. sebab tu saya masuk juga kelas awak ni`.......

...............................................................................................................................
segalanya bertitik tolak dari minggu lepas. minggu yang boleh buat aku jadi gila. minggu yang trauma. sehingga pagi ini aku hampir menangis ketika memandu.aku bermonolog dengan Tuhan,aku dah tak berdaya menghadapinya.  sudah 6 bulan aku beri peluang,tak juga berubah. aku bosan dengan kerenah yang melampau.   aku bosan seolah bercakap dengan dinding. aku bosan bila manusia tak beradab. aku bosan bila tak ada sedikitpun rasa berdosa menyakiti hati guru.aku bosan dengan kerenah menjerit-jerit macam orang gila,berlari-lari sesuka hati tak peduli sesiapa lagi.aku bosan memanusiakan manusia yang tak mahu dimanusiakan.  sampai ada yang mengherdik aku atas segala nasihat. Oh tuhan..aku bukan malaikat. aku punya limit. aku sudah hilang sabar. aku sudah hilang obsesi.aku sudah hilang senyum.

mungkin aku boleh sabar jika seorang dua yang melakukannya. ini,hampir semua!aku bukan mengajar sehari. umur mereka ini baru setahun,aku sudah bergelar guru. mungkin aku terbawa-bawa dengan emosi jika aku ini baru. tapi aku sudah bertahun-tahun.aku tak tahu,entah apa yang mereka makan sampai begitu sekali kerasnya hati.

sudahnya,aku masuk hanya untuk mengajar. tidak lagi mendidik. kubiarkan saja kelas bungkam tanpa kata-kata. masuk,buat latihan,semak dan keluar.itulah kerja yang dibayangkan oleh orang,apa yang seorang guru buat setiap hari. hakikatnya disamping mengajar,sebenarnya kami juga sepatutnya mendidik,mengingatkan,memberi sayang,kegembiraan,harapan dan keyakinan. tapi kali ini tiada lagi. tiada emosi.,tiada interaksi. biarlah kamu semua tahu sakitnya bila guru tidak redha kepada kamu.ya,saya maksudkan KAMU SEMUA, kecuali Mohanna, jia Ying,syafira,kah lee,mei Quin,hew wen,yusrifa,si yin...Iinilah saja antara penawar luka yang ada di kelas ini.

sampai bila cikgu?    em..tunggulah,sampai pen saya pun sudah rela menumpahkan dakwatnya ke atas buku kamu....

bila aku keluar,tak ada pun yang bangun untuk ucap terima kasih. sememangnya begitu kan..hanya lambaian manja jia ying, hew wen,mohana,kahlee,yoon ming mengucapkan `babai cikgu` menjadi kekuatan aku untuk masuk lagi esok!



.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com