Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 23 September 2012

sedekah ...

 

entry ku tulis untuk menguatkan keyakinan betapa sedekah dan kebaikan itu menjadi asbab untuk Allah memberi banyak kurniaan kepada kita.
aku ada seorang kawan. sangat cantik. periang. peramah.senang tersenyum. di senangi. pendek kata banyak sifat yang baik padanya. dan lagi, Allah mengurniainya harta dunia yang tersangatlah banyaknya. di samping tugas sebagai penjawat awam, dia juga memiliki kilang. duit banyak. boleh pergi bercuti mana-mana dia suka. bila-bila masa dia mahu.mana-mana tempat di pelusuk dunia ini. 

dia ada rumah berharga RM1.2 juta. dia ada Alphard. ada starex ada harrier.ada myvi.yang fungsinya untuk ke pasar dan kedai. terbaru ada BMW. semuanya, dah habis bayar. kecuali bmw. itupun sebab malas incometax kejar.kalau tak,aku rasa dia dah habiskan bayar semua.. dan aku tertanya-tanya sendiri...Ya Allah...maha kaya Engkau,menganugerahkan segala nikmat dunia ini kepadanya. sungguh aku tak cemburu, tapi aku berazam untuk mencarinya.semoga segala kemewahan ini membuat kami tidak sombong dan menghargai hidup.

tapi, bila berkesempatan bersembang-sembang dengannya, aku berjaya mendapat kesimpulan,benarlah bahawa janjiMu ya Allah, sesiapa yang bersedekah, Kau akan tambahkan nikmatMu berkali-kali ganda.
dia punya hati yang lembut. mudah mengasihani. kadang,ada beberapa perkara yang dia buat,aku rasa aku tak mampu buat tanpa merungut. tapi dia buat dengan penuh ikhlas. tanpa bayaran.tanpa balasan. siapa mampu membalas kalau yang ditolong itu memang orang susah,tak berdaya? hanya Allah yang mampu membalasnya.

dia pernah tolong seorang perempuan india yang sangat menyedihkan hidupnya. masa tu hujan sangat lebat. di tepi jaan, dalam kebasahan, dia nampak seorang perempuan india pertengahan tahun sedang kendong bayi dan bawa anak kecil. dia jadi begitu kasihan.hari dah begitu petang.dia mendekati perempuan itu. yang mengejutkan, perempuan itu nak jual anaknya!

simpati dengan nasib,dia ajak perempuan itu naik keretanya. dia tak kisah pun walau dia tak sebangsa,seagama dengan perempuan itu. yang penting dia sama-sama manusia. dia mencungkil cerita. perempuan itu berkisah:suaminya penghisap dadah tegar,setiap hari pukul bantai, rumah sewa tak mampu bayar, kawan menumpang sudah halau tak sanggup nak membela, anak lapar perlu makan,dia tak ada kerja...

jadi, sibaik hati ini pergi usahakan agar perempuan india ini selamat.dan tak perlu sampai jual anaknya.dia pergi cari rumah perlindungan untuk wanita ini dan uruskan hingga selesai. akhir sekali, dengarnya perempuan itu dapat kerja sebagai pembersih di situ.

kawan, mulia hatinya kan...aku pun belum tentu akan berani tumpangkan orang yang ku tak kenal.macam-macam perkara buruk aku terfikirkan. hm..sampai situ, aku dan ustazah noraini sungguh malu. betapa mulia hatinya walau dia bukan muslim. betapa malunya kami yang mengaku muslim ini, yang ajaran agamanya membantu manusia seperti saudara itu amat dititik beratkan tak berupaya melakukan sepertinya. betapa sedekah kebaikannya menyelamatkan maruah dan hidup insan tak berdaya dibalas Allah dengan beribu lipat kali ganda.

dia juga pernah tumpangkan makcik pembantu pembersihan di tempat kami. sampai ke rumah. dia naik,melihat sendiri rumah mereka. betapa daifnya mereka. dan makcik itu ada anak kurang upaya. sampai ke situ dia buat. sedangkan aku, sekadar berbalas senyum saja dengan makcik tu. itupun dah rasa bagus sangat. hai lah  hati. tebalnya sifat mazmumah engkau. 

dia juga jaga ibu mertuanya yang tak boleh buat apa-apa. lumpuh sepenuhnya. bercakap pun tak boleh. makan minum guna salur aje. dia gigih juga mandikan,bersihkan berak kencing,jaga makan minum dan tidurnya,dengan rela.pernah ditanya..`kenapa kau mampu buat ini setelah apa yang berlaku?.....`
jawapannya sungguh mengesankan. dia kata dia buat tu kerana simpatinya sebagai manusia. dia tega melupakan saja apa yang pernah berlaku. dia pulangkan saja kepada tuhan untuk menghukum atau apa. sebagai manusia, dia ada simpati dan hati.

dia juga pernah beri duit anak murid kami yang hidupnya sungguh susah. duduk dengan datuk dan nenek. emak tak peduli. nenek dah tua. bapa tak boleh harap. setiap hari budak-budak ini terpaksa bekerja di kedai untuk tampung kos belajar sendiri. setiap bulan juga dengan muka tak malu,bapak mereka yang kejam tu tercegat depan kedai dengan amoi baru minta duit gaji mereka. kononnya sebab mereka anak,mereka mesti kasi bapak duit. uih..kalaulah aku ni nyamuk eades,memang aku gigit-gigit bapak yang perangainya macam bapak ayam tu. biar mati cepat. dengan duit yang diberi, sibaik hati ni harap dapatlah budak berdua tu bayar yuran dan apa-apa saja kos hidup. walaupun akhirnya dia dapat tahu duit tu digunakan oleh budak-budak bertuah tu  untuk buat rambut rebonding!

banyak kebaikan dia buat. itu sebahagiannya. dan dia bercerita pun bukan kerana nak berbangga-bangga, tapi memberi teladan. dia cakap`aku percaya Tuhan bagi aku kebaikan bila kita buat kebaikan`.   ya,kawan, semoga engkau ditemukan dengan kebaikan hakiki. aku sentiasa mendoakannya. 

kawan-kawanku kipas susah mati. mulai hari ini, mari kita sedekah. tak semesti dengan wang ringgit. aku tau, kau macam aku juga, belum berapa nak banyak duit tu. (haha) sedekah dengan apa kau ada. kalau ada ikan goreng dan nasik sejuk semalam, sedekah kat kucing. kalau ada senyuman yang manis, sedekah senyuman. kalau ada ilmu, sedekah ilmu. kalau ada ingatan,sedekah zikir atau salawat kepada roh ibu bapa dan seluruh manusia yang mentaati Allah. kalau tak ada apa sangat, sedekah le doa untuk saudara-saudara yang tertindas..kau buang sampah yang menyakitkan mata ke dalam tong,atau alihkan kayu yang menghalang di jalanan pun kira sedekah.
insyaAllah,Allah tahu dan Allah pasti membalasnya. bukan dengan duit saja. mungkin balasan Allah kita tak sedar. kesihatan yang baik. jauh dari bahaya,kecurian atau kemalangan. jauh dari hasad dengki orang jahat. selera makan yang baik. kebahagiaan rumah tangga. hidup yang aman tenteram. anak yang menghiburkan. suami yang mengasihi. mertua yang redha dengan segala kekurangan. kehidupan yang selesa,rumah yang baik,api air tak putus-putus..siapa yang berani mengatakan bukan itu kebaikan yang Allah beri?tahukah kita, munkin Allah takdirkan hari ni kita jalan-jalan,terlibat kemalangan yang sangat teruk. tapi Allah selamatkan kita dari kejadian itu dengan asbab kita terlewat ke, tak jadi pergi ke. mana tahu ,kerana Allah balas kebaikan hati kita semalam bagi kucing makan ikan goreng 2 hari lepas?..ya Allah.sungguh tak terhitug nikmat yang Kau beri.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Then which of your Lord’s blessings will either of you belie?”
Surah Rahman



.............................
marilah kita bersedekah. ya kawan-kawan. kerana kebaikannya untuk kita sendiri.

Tuhanku, semoga apa yang kutulis ini Kau terima sebagai sedekah...amin..



Selasa, 18 September 2012

kalau tak boleh senyum,jangan buka kedai!


 

catatan ini sebahagiannya untuk anis amanda,yang kini dah pulang ke tanah air sendiri. betapa saya rindu akan kamu anis.

mungkin kamu tak terfikir betapa dalamnya perasaan saya tentang ini kerana tempat pertemuan kita terhad, hanya di kantin.dan sekejapan cuma.

tapi pelbagai peristiwa yang saya lalui semakin mengukuhkan ingatan pada sikap kamu yang lemah lembut, ceria,tak pernah mengeluh di depan kami,dan yang penting kamu sentiasa TERSENYUM senang walau apapun karenah kami.  terima kasih anis. sesungguhnya santunmu itu harus kau bawa ke mana-mana agar kamu disenangi sama seperti kamu di sini. tak sedikit yang berat hati melepaskan kau pulang. kami kalangan guru juga anak-anak pelajar itu. penggantimu,jauh dari sepertimu anis.

aku mengingati anis sampai bila-bila. betapa sikapnya yang penyabar itu begitu mengesankan,menjadikan kantin satu tempat yang disenangi untuk kukunjungi.

aku sungguh tak suka orang yang berniaga tapi tak boleh mempamerkan senyuman. kalau kita menjadi pekerja, kita patut ingat gaji kita dibayar oleh majikan.majikan dapat duit dari pelanggan. kalau berniaga makanan,pelanggan yang beli makanan tu lah raja. bukan nak dilayan macam raja pun. sudah cukup jika tutur kata yang sopan dan senyuman ikhlas diberikan.

kalau nak berniaga, tolonglah bawa imej yang baik. khas untuk majikan yang perlu kepada juru wang,atau pelayan,atau kaunter pertanyaan serta penyambut tetamu, pastikan ciri-ciri ini ada untuk staf anda!

a) wajah yang tersenyum ikhlas dan manis.
 keikhlasan itu terpamer di muka. berseri-seri. ingat,tanpa pelanggan perniagaan anda boleh melingkup. anda akan jadi miskin papa kedana, tahu. apalah salahnya letak manusia yang mesra alam sikit untuk kaunter. patutnya,anda yang rasa memerlukan.anda perlu wang pelanggan untuk jadikan anda kaya,betul?jadi,tariklah wang pelanggan dengan magnet senyuman ikhlas anda. kalau rasa muka tu bengis sangat dan senyuman tu mahal sangat, tukarlah pekerja anda dari cashier kepada bonzer!

b) tutur yang lemah-lembut
siapa pun yang datang hatta dia sekecil 10 tahun, layani dia dengan baik. Tuhan jadikan mulut untuk cakap elok-elok, bukan ikut sedap mulut.aku sangat tak berkenan kalau orang cakap kasar-kasar terutama kalau melayan pelanggan.contohnya kedai makan,hilang selera makan orang tengok muka kamu yang palsu dan bahasa kamu yang kasar tu.mentang-mentang monopoli, jangan ingat orang tak boleh memilih yang lain.

c) jangan merungut tentang pelanggan di depan pelanggan lain!
ini memang sungguh bodoh. sungguhpun apa yang kamu rungutkan itu tentang orang lain, mereka masih dalam kelas yang sama iaitu raja yang menentukan  naik turun perniagaan anda. sungguhpun anda begitu geram dengan  kerenah mereka, adalah sangat bodoh kalau anda mengadukan keburukan pelanggan kepada pelanggan yang satu lagi. mereka ada perasaan dan secara tiba-tiba perasaan `sentap` akan meresap ke jiwa si pendengar. kalau ia sampaikan kepada orang pertama tadi? anda kehilangan pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM10 sehari. kalau sebulan?setahun.?

d)marah-marah ketika berniaga?jauhkanlah!

kalau emosi anda tak stabil, atau rumah tangga anda bergolak, atau anak anda buat kerenah yang menyakitkan hati, tolonglah tutup kedai sehari. tenangkan fikiran. daripada anda meyebarkan aura kemarahan serata alam. tambahan kalau perniagaan anda berteraskan masakan. habis maki hamun anak sambil masak, masakan tu pun buruk auranya. dahlah hati orang tak tenang dengar leteran anda (walau tak kena mengena dengan mereka),bagi pula makanan yang auranya tak bagus. hei, berniaga macam apa ini?

banyak sebenarnya tips untuk berniaga ni. aku dah jemu dengan peniaga macamni. sekali jumpa perangai macamtu memang taubatlah nak masuk lagi kedai dia.


............anis, ingat tak bila saya tak sempat ke kantin,saya akan pesan anak murid saya belikan soya. kau yang mesra dah biasa,tanpa soal jawab akan terus buatkan air itu dan bagi pada budak tu. kadang-kadang belum sempat dia buka mulut kau sudah senyum cakap kat dia `ni cikgu Janah pesan air kan`. dia senyum senang kan nis. sekarang budak itu sudah jadi pramugari. maknanya dah 4 tahun berlalu. Anis, susahnya cari manusia yang melayan manusia seperti kamu. kalau kamu buka kedai, saya doakan kamu jadi anis yang sama macam di Malaysia, Insya Allah kamu bakal kaya raya Anis.....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com