Ahad, 22 November 2009

selamat pagi cinta

alhamdulillah, bangun pagi dengan gembira, penuh teruja. segalanya kerana cinta. cinta Tuhan padaku, cinta mahkluk menyegarkan jiwaku. kalau hari-hari macamni kan best. bangun pagi buat rutin suri rumah aje. tak yah pegi kerja. ahaks! banyak cantik muka aku. hutang berjota-jota tu sapa nak baya?

nanti kalau dah jotawan baru bleh berangan macam ni.  lama betul tak berblog. mesti korang rindukan aku kan. takpe. dah cuti ni aku akan curi masa. tapi tak janji le. banyak sangat program. sekarang ni pun bukan cuti betul-betul. aku jaga spm sampai 14/12/2009 ni. lepas tu sibuk pulak kak long nak kenduri mimi suraya. aku terfikir nak tidur mana nanti. anak buah aku je dah berpuluh-puluh orang. kanng aku tido umah kak idah mak kecik hati pulak. emm. camne ek. aku tak pandai la nak tido bersepah-sepah macamni. malu la aku ada abang ipar aku.

hubby pergi mengecat dengan emi kat labry STARP. aku tak payah ikut la sebab hubby tahu je selok belok labry tu. bukan pertama kali aku bawa hubby gi sekolah. aku bukan kronisme tau. mula-mula kami (aku dan kak Ganga Uma) nak upah kak milah cleaner dan kawan-kawan dia mengecat. dah tetiba pak leman berebut nak bolot sendiri. maklumlah. upah RM750. kelabu la mata agaknya. aku tak kuasa nak melayan. aku suruh kak milah buat keputusan nak cat atau tak. kak milah kata tak mau takut jadi gaduh pulak. susah sangat aku suruh hubby dengan emi je buat habis cerita. tak pening kepala aku. mesti hubby buat sehabis baik kan untuk jaga nama baik aku kat sekolah ni. heh heh.

memudahan sempat la hubby buat dalam tempohnya. tapi aku percaya diaorang buat yang terbaik. hubby kalau buat kerja sangat teliti tak macam aku. tak cerewet asal nampak kemas dan siap ok je la kan. aku dan hubby memang berbeza dari segi kerja. sebab tu aku cuma boleh jadi pelukis, tapi tak boleh jadi arkitek. nanti suma bangunan aku design roboh. hahaha.

okeylah korang. aku nak kemas rumah dulu. kemas rumah adalah terapi kepada minda aku. dalam tempoh 3 minit nanti aku juga yang kembur balik. selalu macamtu. lagi kalau ada hubby. kami sepahkan rumah sama-sama. happynya hidup.

tadi aku bekalkan mereka nasi lauk sambal tumis, ayam goreng dan telur. tak payah sibuk nak keluar makan kat kedai. jimat masa. baik kan aku. la la la...

Ahad, 1 November 2009

tangisan rakyat marhaen

aku tak minat jadi ahli politik. tapi aku suka memerhati keadaan politik. aku adalah agen perubahan minda anak bangsaku. aku bertanggungjawab dengan apa yang aku kata, tulis dan ajar. aku selalu ingatkan mereka` jangan ikut saja apa saya kata tapi fikir dan cari maklumat dari banyak sumber supaya minda tidak dibodohkan`. harapan aku, daripada 40 orang yang ternganga-nganga dengar apa aku katakan, takkan 10 tak ada yang mampu berubah?


aku postkan satu tulisan blogger yang isi hatinya sama dengan isi hatiku, tapi aku tak pandai nak tulis sepertinya.harap anda semua faham apa yang aku fikirkan. aku percaya semua pembaca blog aku adalah orang yang mindanya merdeka dan suka berfikir, jadi fikirkanlah...

oleh: perisik rakyat


Saya dah naik muak mendengar slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Kalau nak ikut rasa saya nak kata - “ Pi mampus le” sebab tekanan demi tekanan yang diterima kekadang menyebabkan emosi saya amat terganggu.

Agaknya kerana inilah kita dengar di luar negeri ada yang mengamuk dengan menembak membabi buta hingga membunuh kanak-kanak dan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan yang memberi tekanan. dekat Malaysia belum le lagi dengar tapi tak mustahil akan berlaku jika masalah rakyat tidak ditangani dengan sebaiknya.

Sebagai seorang yang diberhentikan kerja dengan alasan kegawatan ekonomi dunia, saya tak pun menyalahkan majikan atau KERAjaan dalam soal ini tapi bila masalah orang-orang seperti saya tidak dipedulikan atau diambil kira dalam perancangaan ekonomi Negara mahupun budget, maka rasa marah mulalah timbul. Adakah nasib kami tak perlu dibela?

Bukannya kami mintak duit dengan KERAjaan untuk makan pakai kami. Kami Cuma mintak keprihatinan diatas masalah dan langkah-langkah proaktif diambil untuk membela nasib orang seperti kami. Jangan umpama “sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak oleh pasu bunga, pastu kena langgar pulak dengan lori traler ”.

Apa yang kami harapkan hanya pindaan kepada akta dan polisi yang mana membolehkan kami terus hidup dibumi yang dipinjamkan Allah kepada kita ini. Di sini saya akan sentuh 2 perkara berikut :-

1. KWSP – sekarang ni saya ubah namanya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada Kumpulkan Wang Secara Paksa – rasanya lebih tepat lagi nama tu. Nak keluar pun tak boleh dipaksa simpan juga. Simpan untuk kegunaan dan pelaburan siapa?

Apa tujuan KWSP ni..?, siapakah yang mendapat menafaatnya? Boleh tak para bijak pandai semua berikan hujah-hujahnya kerana saya berpendapat bahawa KWSP ini harus dibenarkan keluar atas pekara-pekara berikut :-

1. Untuk membeli ubat-ubatan.

Bagi pesakit seperti jantung, darah tinggi, kecing manis, buah pinggang mereka harus makan ubat seumur hidup dan kos perubatan mereka agak tinggi. Ada ubat yang menjangkau beratus ringgit untuk dos sebulan. Insuran dan majikan pun tak nak orang yang macam ini kerana mereka adalah liability.

Bila mereka ini dibuang kerja atau dipaksa berhenti kerja, macamana? Siapa nak tanggung perubatan mereka ni? Tak kan baitulmal atau pusat zakat kot?

Mereka ni ada duit dalam KWSP – biarlah mereka gunakan duit mereka tu kenapa tak bagi ? Jangan cakap akta KWSP ada peruntukan untuk ini – sila semak borang dan buat pertanyaan dikaunter KWSP terlebih dahulu.

Saya cadangkan anda bertanya kepada beberapa pejabat KWSP kerana saya pasti mesti jawapan yang anda terima berlainan. Apa kata tanya tuan pengarahnya pula?

2. Untuk Haji.

Mengapa tak dibenarkan? Tak payahlah jawap boleh menabung kat Tabung Haji. Masalahnya kalau memang dah tak de kerja dan tak de gaji nak menabung apanya? Haji adalah rukun Islam dan mereka berkemampuan kerana punya wang dalam KWSP kenapa tak dibenarkan? Kerana KERAjaan dah guna duit tu ? Berdosalah kamu semua kerana menyusahkan orang hendak buat ibadat!

3. Untuk Bayar Hutang.

Bila dah tak kerja tentulah tak de gaji dan bila tak de gaji macamanalah nak bayar hutang? Kelonggaran harus diberi kepada golongan ini kerana mereka ada wang yang mereka tak boleh keluarkan sedangkan wang mereka cukup untuk bayar hutang itu.

Kenapa nak biarkan mereka ini dimufliskan oleh bank? Sebab dah muflis pun tetap kena bayar dan bila keluarkan KWSP mereka kena bayar jugakan?

Alangkah eloknya pekara ini dipertimbangkan. Nak kayakan lawyer buat apa sebab rakyat yang sengsara sebab semua kos ditanggung oleh yang berhutang jadi kalau hutangnya hanya 20K, dengan kos jadilah 50K, tak menindas ke namanya tu?

Lagipun duit tu duit mereka sendiri – jadi apa masalahnya? Fikir-fikirkanlah. Gunakanlah kedudukan dan pangkat anda untuk memberikan sedikit harapan dan kegembiraan kepada rakyat jelata bukan hanya memenuhkan tembolok didada !

2. Pelupusan Kereta berumur 15 tahun keatas.

Ini lagilah kerja giler – tak sekolah ke apa? Cubalah buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu cadangan tu. Fikirkan pekara dibawah ini :-

1. Berapa harga kereta di Malaysia ini – kereta buruk/lama pun berharga ribu-ribu. Jadi orang yang dah ada kereta lama tu macamana?

2. Tak cukup dengan loading insuran yang tinggi dan kini ditambah dengan inspection pulak – sungguh membebankan – rakyat diutamakan !

3. Memang mengutamakan rakyatlah ni – nak beli kereta baru kenalah amik bank loan – bank nak bagi ke loan kat orang yang black list, yang tua, yang tak bekerja , yang tak de statement of income? Hallo, buka mata, buka minda ! Gunakan akal cegah kebodohan !

“Jika perbelanjaan pengurusan melebihi pendapatan” bererti defisit – kalau berniaga ni dalam kerugian. Kenapa belanjawan 2010 perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari pembangunan?”

Fikir-fikirkanlah. Ya ampun, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ? Rakyat 1Malaysia yang teraniaya.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com