Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 9 April 2011

JANGAN JADI KATAK REBUS

10.23 MALAM. 8/9/2011

PERHATIAN:kalau hati kau lembut sangat ,atau fanatik parti sangat tinggi atau tak boleh dengar `kata-kata kasar` baik jangan baca,tak pasal-pasal aku `delete` entri ini.(hahaha, hanya ita dan hajar yang tahu ini kes).
ENTRI INI AGAK PANAS.berkaitan pendirian aku dalam beberapa isu. dan pandangan aku tentang dunia politik. suka hati aku, blog aku. fikiran aku(ita akan kata,` jana, lembutkan bahasa tu...biasa nih`..)yang sudi kongsi, fikirkannya. yang tak mahu kongsi, aku tak paksa. demokrasi,,,yayyy
 


aku cukup faham dengan situasi ini. kau pernah dengar sindrom katak rebus? 

oh, ia hanya sebuah metafora. perbandingan dengan hidup manusia.kalau kau tak tahu maksud metafora baik kau duduk bangku sekolah semula, tingkatan 4 atau 5. sama ada cikgu tak ajar engkau, atau kau tertidur masa cikgu mengajar.

apabila bercakap hal politik, sesetengah orang menjadikan itu perkara taboo, tak boleh disentuh langsung. sangat totok dan kuat kepercayaannya terhadap pemimpin idolanya atau parti sanjungannya sehingga tak menerima langsung sebarang kritikan.seolah-olah dia sangat betul.seolah-olah sapa-sapa yang mengkritik itu tak kenang budi, tak sedar di untung...oh, sedihnya minda yang sempit begini.

dan apabila masuk campur dalam sesuatu perbincangan, terus menghukum orang membuta tuli tapi dia mengatakan orang itu yang tidak banyak pengetahuan. 
akhirnya kerana masing-masing mempertahankan apa yang ia percaya (aku juga begitu), gelanggang menjadi panas. sehingga tuan punya gelanggang terpaksa tutup pintu sebab tak mahu gelanggang terbakar.waaa.demokrasi sudah mati.

dalam membicarakan isu semasa di malaysia, tidakkah kau rasa dunia ini sudah tunggang terbalik. yang jahat diangkat, yang lemah ditindas, yang jujur terkubur. oh, fitnah kau kata...sekian banyak kes yang terjadi di negara ini, kau kata aku fitnah. inilah akibatnya jika kau hanya bergantung kepada satu media sahaja, media arus perdana. kau menutup hati mendengar cerita dari sebelah pihak lagi.

andainya kau menjadi seorang hakim, kau perlu dengar keterangan orang yang dituduh dan orang yang menuduh. barulah kau hakim yang adil.sama juga kalau kau hamba rakyat yang terdiri dari pekerja kilang, cikgu, model,mekap artis,mak andam,suri rumah, penjahit kasut atau tukang cuci bangunan, untuk kau dilihat bijak kau perlu banyak fakta yang diambil dari banyak sumber supaya kau tidak berat sebelah dalam menimbangkan isu. 

masalahnya mentaliti dan sikap kita tidak berubah. malas mencari fakta yang banyak. menutup mata dengan segala kebejatan.

aku paling tak boleh terima dengan statement `hei, kau ni kutuk aje, sedarlah diri, makan pakai gaji semua cukup. sibuk cari salah orang, engkau tak tahu berterima kasih kah?`

mari sini aku beri kau fakta.
hidup kita ni bukan sekadar makan pakai tidur saja tau. fikir juga keseluruhan aspek hidup. keharmonian .hidup beragama. ketelusan perhubungan. amanah dalam mengurus harta negara. anak cucu kau tak berhutang apa-apa dengan kau, tapi kau yang terhutang dengan mereka andai kau meninggalkan mereka negara yang kontang dijarah oleh manusia busuk.

ada orang beritahu aku,aku tak boleh guna kata-kata kasar untuk memerihalkan tentang sikap pemimpin aku tak memahami sungguh tafsiran kasar itu jika gelaran `rakus`, `zalim `,dan `mengenyangkan perut sendiri `tidak boleh dipakaikan ke atas pemimpin yang tak baik.. 

apa gelaran yang sesuai?bagi seorang pemimpin yang bila jadi pemimpin terus mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya?baru jadi ahli parlimen, oh ,tak perlu ahli parlimen..jadi ketua cawangan saja sudah mula berkereta besar, berumah besar, bermewah-mewah.apatah lagi jika ahli parlimen atau menteri kabinet, sangat drastik kekayaan itu hadir dan terpamer. ada aduan salah laku, semuanya sapu bawah tikar kerana masing-masing ada kepentingan. `i tolong you, you tolong i`...

semua ini berlaku kepada sebilangan ahli politik tak kira dari UMNO< PAS< KEADILAN< DAP< MCA< MIC dan apa sajalah. aku tak mention sesiapa secara spesifik, yang terasa sangat tu kenapa?kau makan cili apikah, sampai kepedasan sangat. atau kau membela sesiapakah, padahal mereka tak tahu dan tak endah pun kewujudanmu di muka bumi ini. kau hadir dalam pemikiran mereka, politikus kotor ini sekadar 5 tahun sekali kerana nakkan undi kau. 


RAKUS

`rakus` adalah satu perkataan yang sesuai dengan orang sebegitu (GELOJOH,TAMAK dan sewaktu dengannya). nak kata `geragas `tak sesuai pulak sebab perkataan tu aku gunakan untuk memberi gambaran keadaan aku yang `macam lapar sangat, semua benda nak di makan termasuk udang pepai mentah`.kecuali kau boleh bagi aku satu definisi atau perkataan sinonim lain , aku akan tukar. kalau kau tak dapat bagi. aku akan kekal guna perkataan RAKUS untuk ahli politik yang mentekedarah duit yang bukan haknya
 titik.

 ZALIM
kau tahu apa maksud zalim?ada google?cuba cari.kalau kau malas sangat meh aku carikan.

Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf “dho la ma” (ظ ل م ) yang bermaksud gelap. Di dalam al-Qur’an menggunakan kata zhulm   selain itu juga digunakan kata baghy, yang ertinya juga sama dengan zalim yaitu melanggar haq orang lain. Namun demikian pengertian zalim lebih luas maknanya tergantung kalimat yang disandarkannya. Kezaliman itu memiliki berbagai bentuk di antaranya adalah syirik.lawan zalim ialah adil.

Kalimat zalim boleh juga digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidak adilan dan banyak lagi pengertian yang dapat diambil dari sifat zalim tersebut, yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji dan hina, dan sangat bertentangan dengan akhlak dan fitrah manusia, yang seharusnya menggunakan akal untuk melakukan kebaikan.

dengan pelbagai kebejatan yang berlaku, masalah yang tak terungkai, pembunuhan demi pembunuhan, penganiayaan yang tak terbela, perobohan rumah rakyat tanpa timbangrasa,joli duit rakyat pergi disney sekeluarga termasuk pembantu rumah dengan kos juta-juta, tidur dengan suami atau isteri orang atau pelacur dan mengaku dengan muka tak tahu malu, memakan rasuah tapi dianggap suci, lantik semula sebagai pengarah badan kerajaan. merogol budak bawah umur sampai beranak tidak didakwa , sedangkan sang pembela berbangsa cina merengkok 2 tahun dalam penjara.dengan tanpa maruah sibuk pula menjaja cerita vedio seks musuh politik yang nampak sangat tunggang terbalik skripnya.

apabila seorang wanita mengaku bersalah kerana minum arak dan minta hukum syar`ie dijatuhkan padanya denganRELA, seolah-olah tuhan pelbagai pihak menghalangnya. akhirnya kerajaan angkuh pun menang, dia tidak perlu disebat, cuma buat kerja amal. itu kes SUKA RELA diadili syarak. cuba kalau diPAKSA selesaikan mengikut syarak. aku fikir habis terbalik Malaysia ni agaknya , gegak gempita dengan mulut lancang menyanggah, sedang mereka bukan ahli. huh, tunggulah saja kehancurannya sebab kita redha dengan ini semua.aku tak redha. mudah-mudahan Tuhan mengiktiraf ketakutan aku ini walau hanya layak dimasukkan dalam kategori `sekecil-kecil iman`.kau tahu tak, pemimpin ketika ini bersifat ZALIM pada pimpinannya kerana meremehkan hukum Allah, yang dipasrahkan oleh hamba Allah tadi.dia fikir dia sangat besar, dia lupa kerajaan Allah lebih besar meliputi langit dan bumi. dey, bumi ni saja sebesar debu kalau nak banding dengan planet lain, kita ni kecil daripada atom saja layaknya.

panjang lebar begini aku tulis kalau kau tak faham lagi erti zalim, kalau kau kata perkataan aku sangat kasar, aku pasrah saja lah.

tapi aku tak salahkan kau, wahai sahabatku yang berkontradiksi dengan ku.

kita dibesarkan dengan budaya takut bersuara. kita dibesarkan dengan selesa. itulah yang aku kata di awal tadi. SINDROM KATAK REBUS.
sekali lagi ia hanya sebuah metafora. kalau kau cuba masukkan katak dalam sebuah air panas mendidih, dia akan meloncat dan lari laju-laju.tapi cuba kau masukkan katak dalam air dingin. nyamannya...masukkan dia bersama air tadi ke dalam periuk. dia diam lagi. kau letak atas dapur gas. hidupkan api. perlahan.dia masih senyum. air jadi suam-suam kuku. lagi lebar senyumannya. sungguh selesa. macam dalam nirwana agaknya.tapi tiba-tiba semuanya sudah terlambat. air yang suam jadi mendidih. nak lompat dah separuh masak kepanasan. akhirnya kau dapat seekor katak rebus yang mati dalam iman, tersenyum selesa sebab tak sempat kerut muka kesakitan bila air mendidih.

maksudnya?adui sahabatku..kau belum faham lagi.

sindrom katak rebus itu ialah kau. kau selesa dengan keadaan yang kau nikmati. proses pemanasan air sedikit demi sedikit itu ialah perkara buruk yang dilakukan oleh kerajaan.adatlah, mana ada kerajaan yang baik seluruhnya sekarang ini. sebab itu kita kena tegur kerajaan bila mereka salah, agar keseimbangan terus berjalan. dan keselesaan engkau buat engkau tak mahu membetulkannya.engkau rasa makan pakai kau cukup, senang cari makan, hidup aman damai, buat apa kecoh-kecoh. ya, kau sedang dalam proses pemanasan.

ada pemimpin yang memboroskan duit rakyat. biarkan. kau masih boleh makan. ada orang tak bersalah mati dalam siasatan. biarkan . bukan sedara kau. ada cita-cita negara nak buat loji neuklear. biarkan. jauh dari rumah kau.kerajaan nak naikkan harga minyak atas alasan minyak naik (aku bodoh ke, sapa...patutnya lagi harga minyak dunia naik, lagi kita boleh kekal harga atau jual lebih rendah sebab kita pengeluar minyak, dapat untung kali-kali ganda!)kau pun kata biarkan. sebab naik sikit saja. dalam setahun entah berapa kali naik. begitu banyak sumber negara defisit juga. kau kata biarkan . adat berniaga. huh. memang kau tak baca agaknya duit negara kita lesap tanpa dapat dikesan. 888bilion tau. biarkan. bukan duit kau.kau kata
ada anak muda ditembak . biarkan. bukan anak kau. tapi kau mengeluh juga bila harga ayam, susu anak, beras, gula, minyak naik.kau boring juga bila kuih jadi makin kecik, nasik lemak tinggal 2 sudu, mi goreng tak dapat dah macam dulu 2 hengget je.sirap, teh tarik mamak semua naik. astro tak pasal-pasal kena tax.. insuran naik dekat 200 %. kau rasa ini tidak ada kaitan dengan kerajaan. ini salah peniaga. mereka patut dihukum kerana naikkan harga barang. mari tangkap peniaga itu.
oh, kasihannya engkau. kalau peniaga tak naikkan harga jualan, atau kecilkan saiz kuih, mana mereka nak untung?harga barang asas dah naik. kalau berniaga nak rugi, itu amal jariah namanya. untung pun bukan besar, sekadar sama dengan untung sebelum harga minyak naik.

sahabatku, aku dan suamiku pernah menjalani hidup memeritkan sebagai peniaga cakoi tepi jalan.pendapatan tak seberapa, ala kadar asal aku tak kelaparan dan meminjam orang. aku dan suamiku kasihan juga dengan pelanggan yang merungut kuih semakin kecil tapi kasihankah mereka kepada kami peniaga kecil ini yang terpaksa tanggung kos yang tinggi?nampakkah kau penjual dan pembeli sama-sama menjadi mangsa. itu tanggungjawab kerajaan,kalau harga minyak tak naik, tak ada sebab harga barang naik. semua perlu kos. kos penghantaran bahan mentah melambung tinggi kerana MINYAK NAIK!ia jadi rantaian dan akhirnya pengguna macam aku dan kau yg terpaksa tanggung. apa perlu orang tertindas NAIK MINYAK baru kau nak faham matematik mudah ni?huh.

aku banyak lagi nak ditulis sebenarnya. tapi aku dah penat ni. harapan aku kau juga berlapang dada membaca hujah aku. aku minta maaf kalau aku terkasar bahasa. kau tak perlu hairan dengan aku sebab aku masih temanmu yang dulu. masa dah berubah tapi kenangan tak boleh diubah. fakta tak boleh diubah. sejarah tak boleh diubah.

semoga aku mencatat sejarah dalam perjalanan hidup ini sebagai orang yang bercakap dengan fakta, bukan emosi dan auta.


------------------------------------------------
ita:eh, apa kes. panas lagi ke.
hajar:aku playsafe. jadi aku akan kata wakaakaaa
suzen:aku malas baca sebab aku tak suka politik.
jijah:hoi, apa kes ni?
aku:er, besok kita jumpa kat HBP.insha Allah, aku cuba selesaikan projek dan sempat jumpa korang. kita senam sambil sembang kencang.

Rabu, 6 April 2011

Memoir aku seorang cikgu (4)

satu yang tak boleh tahan bila balik Tg Malim dari kampung ialah setelah berhempas pulas bersesak di Puduraya, kita terpaksa sambung bas KL -Tanjung Malim. tak jauh, 1 -2 jam dah sampai. masalahnya masa beli tiket kat kaunter dia suruh kita pergi platform 12. tiba-tiba nanti bas tu sampai dekat platform 21. berlari-lari la penumpang ni berkejar. berebut-rebut naik. aku tak suka hidup tak bertamadun macamtu, tapi terpaksa kerana nombor tiket tempat duduk kau tiada erti.

inilah cik c, teman sepraktikum aku.dia banyak mengajarkan aku beberapa nilai hidup.
tapi aku tau dia pun tak tahu mana satukah nilai hidup itu sebab aku tak pernah ungkapkannya. hanya setelah 15 tahun ini. terima kasih cik c. aku simpan dalam hati segala kenangan indah bersamamu..

suka-suka hati aje orang nak duduk tempat kau. nak marah, semua orang buat macamtu. jadi terpaksalah kau duduk tempat orang pulak. sepanjang jalan tu aku rasa sangat bersalah. tapi Puduraya tu banyak mengajar aku erti hidup . macam-macam orang aku jumpa.paling tak boleh lupa masa aku nak pergi praktikum ke teluk intan dengan cik c. aku sampai KL pukul 3 pagi. zaman tu tak ada telefon bimbit. kalau ada pun tak mampu nak beli. aku bergantung kepada nombor telefon rumah cik c yang dia bekalkan. cik c pesan kalau dah sampai ,telefon, nanti dia ambil. cik c duduk cheras. dah lah masa tu bas tak singgah pudu, kami semua turun kat mana ke entah dan aku ikut aje orang menapak ke pudu.

aku sampai sana, aku telefon cik c. tak dapat. 2-3 kali aku cuba. tukar sikit-sikit nombornya. tak dapat juga. salah ke rumah orang pulak. nasib baik tak kena maki hamun ganggu orang tidur 3-4 pagi tu. alahai, aku dah panik ni. dah la baju punya berat,letih dari kampung tak hilang, telefon dia aku tak dapat. aku nak menangis dah ni. nak ku tuju Teluk Intan sorang-sorang bukan aku tahu. cik c yang survey dulu dengan abang ad dan bali. aku pun tak ada nombor budak lelaki dua orang tu.

rasa nak menangis sangat dah. alahai, macamana aku nak buat. bingung sekejap. bukan boleh pun aku ke maktab semula, semua orang dah nak pergi tempat praktikum masing-masing. aku tenangkan hati, aku lepak kat surau sebab dah nak subuh.lepas solat, aku turun ke kaunter tiket macam orang tak ada hala tuju. aku tawakal saja pada Allah. tak tahu nak buat apa dah. aku tak ada telefon, rumah mak aku tak ada telefon, telefon rumah cik c pun salah...masa aku berlegar-legar tu aku ternampak sosok tubuh seorang yang aku rasa kenal dari belakang. aku jerit   ...`kak syikin!!!` dia berpaling dan macam drama swasta dia pun jerit nama aku `anaaa`...aku sangat lega. aku lari-lari peluk dia. aku becok bercerita penderitaan aku selama 4-5 jam tersadai kat pudu. dia pun tension sebab aku tak telefon-telefon. rupanya nombor dia memang salah.

pengajaran sungguh.lepas peristiwa itu sampai sekarang kalau hal berkaitan nombor telefon aku akan tanya 2 kali atau lebih supaya betul. (ita akan kata,eleh, tu pun lupa juga. asyik hilang aje nombor  telefon aku kan..sambil cekak pinggangnya yang kurus itu...hehe)

inilah aku dan kawan lelaki yang turut sama praktikum. abang ad dan yang muka separuh tu hambali. baju kuning tudung putih tu mak jemah, tuan rumah aku yang sangat baik hati. rindu pulak dengan mak jemah..

kami pun bertolak ke Teluk Intan. sampai sana disambut oleh PakMukhlas,tuan rumah tempat kami nak tinggal nanti.mereka sangat baik hati,aku sungguh terharu. mak zaimah sangat pembersih orangnya. rumahnya, lamannya,segalanya sangat bersih,naik segan aku dibuatnya.kami duduk tingkat atas, mak jemah tidur di tingkat bawah. tingkat atas sangat panas, maklumlah dekat sangat dengan atap zink dan tak berkipas tu. mak jemah kata dia pun tak sanggup naik atas kalau tengah hari, nak terbakar rasanya.tapi aku dan cik c takde pilihan, itulah tempat paling selamat untuk kami buka tudung.

abang ad dan bali duduk rumah depan, rumah arwah mak makjemah.kalau makan diaorang datang la rumah kami tinggal tu.bila malam belajar kami buat lesson plan, nanti bali akan buat suara hantu lah, burung hantu lah...walhal dia tu penakut. pernah dia terlompat lari dekat abang ad sebab terperanjat kan apa ntah.

tingkat atas tempat kami tinggal tu pun angker. mak jemah ada cakap juga, tapi kami nak tidur mana lagi.
satu pagi, cik c bagitau aku,`ana, kenapa kak syikin panggil-panggil ana tak bangun, teruk tau kak syikin kena`. ah sudah, aku ni dah lah penakut. aku tanya kenapa?`malam tadi kat pintu bilik tu, betul-betul atas kepala kita ada mahkluk berdiri, tengokkan kita aje. ` aku rasa macam nak melompat masa tu juga, tapi aku pura-pura berani.nasib baik kami tak diapa-apakan. malam-malam berikutnya aku takut sangat tapi kerana tak ada pilihan aku gagahkan juga.lepas pada tu, sumpah aku tak naik tingkat atas kalau cik c tak naik.

aku berposing manja di rumah mak jemah.kat tingkat yang ada tingkap tu la ruang atas tempat kami lepak-lepak.

inilah SK Sri Baru, Kg.Sri Baru, Teluk Intan.bergambar dengan makcik kantin, di belakang kantin . Mural tu aku dan cik c siapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
JELUN

di sekolah ini aku mencatat sejarah . aku mencatat pengalaman. aku belajar dari banyak kesilapan.tapi yang membuat aku terhukum hingga kini ialah kezalimanku ke atas seorang manusia bernama JELUN.

yang dipangkuanku itulah jelun,pada hari hari terakhir aku di sekolah itu. jika pada waktu itu umur jelun 8 tahun, sekarang ini sudah tentu 23. dah besar anak-anakku ini.muslimin itu juga ada ceritanya.

jelun darjah dua. jelun anak istimewa. dia hidup dengan dunia sendiri. memandangkan tiada kelas pendidikan khas, jelun duduk saja di kelas biasa.masalahnya dia tidak boleh diajar dengan kaedah biasa. jelun ikut kata hatinya sendiri. kadang aku terpaksa mengejarnya, tangkap dan kendong dia supaya dapat duduk diam. tak sampai 3 minit nanti dia berlari-lari keliling kelas. kadang-kadang ketawa kuat-kuat. kadang-kadang bercakap sorang-sorang. kadang-kadang tidur.hingus sentias meleleh,sampai masuk ke mulut,sampai naik hijau warnanya. dia peduli apa, dia kesat aje kat tangan.kadang kat lengan baju. kadang biar kering sendiri. hu Allah, sabar je lah.

aku kasihan, tapi aku tak pakar menguruskan budak istimewa.kalau melayannya, apa nak jadi dengan 30 orang lainnya. mereka perlu belajar. tapi kadang jelun agak mengganggu.kadang nak marah juga.

masalahnya pensyarah penyelia nak datang. nak tengok kami mengajar.suatu hari, En. Mat Akhir pensyarah aku hubungi dan kata nak datang beberapa hari lagi. sebagai pelajar, aku kena fikir yang terbaik.jauh dari tanjung Malim ke Teluk Intan, tak kan aku nak buat En. Mat Akhir kecewa. aku buat sungguh-sungguh.Ya, akhirnya pada 4/3/1996,pukul 9-45 hingga 10.45 pagi, aku berjaya. aku dapat A dan ulasan positif. memang itu yang aku kejarkan sangat.kononnya, alang-alang buat biar terbaik.hmm,baiklah sangat...


tapi Ya Tuhan, aku berlaku tidak adil kepada Jelun. aku tak mahu dia ada dalam kelas, nanti pasti kelas aku terganggu seperti biasa. jelun bukan kira ada orang ke, siapa ke, dia suka hati aje nak buat apa. tergamak aku, atas kepentingan aku sendiri, yang nak mengejar `A`, meminta cikgu Damanhuri untuk tolong bagitahu keluarga Jelun supaya budak ini tak payah hadir ketika aku diselia. oh, di manakah belas kasihanku. apa rasa mak ayahnya. apa rasa jelun, walau dia tak pandai berinteraksi dengan sempurna. kenapa dia tidak dialu-alukan hari itu...masa aku nak khabarkan kemahuanku pada cikgu Daman tu pun sebenarnya aku malu tapi rasa anak muda yang tak berfikir panjang, mengejar markah tinggi lebih menguasai.

memang kelas aku sempurna tanpa jelun, tapi kini aku rasa amat malu padanya. aku amat malu dan rasa tidak berhak menerima `A` dengan cara begitu. sepatutnya kubiar saja Jelun datang, buatlah apa dia nak buat. tak perlu aku hipokrit menunjukkan aku boleh kawal kelas, sedang hakikatnya...jelun, kalaulah dapat cikgu undur masa, cikgu akan benarkan jelun duduk dalam kelas.cikgu akan biarkan jelun berlari-lari keliling kelas macam biasa. cikgu akan diamkan saja kalau jelun nak menjerit-jerit menyuarakan ekspresimu.kalau kamu nak tidur, tidurlah. kalau kamu nak jerit,jeritlah. maafkan cikgu jelun, sungguh-sungguh cikgu minta maaf. kekuranganmu membuat cikgu yang rasa sangat hina,kerana tidak mahu menerima kewujudanmu sebagai insan istimewa. jelun, cikgu rasa terhukum...kalaulah cikgu boleh jumpa kamu lagi..

setiap kali aku tatap gambar jelun kat atas tu, aku rasa hiba, sayu, malu.semuanya berbaur. seumurku tak kan lupa kesilapan ini. aku tak akan menghukum orang lagi.jelun, namamu terpahat di hati ini. kau tidak berdosa, dan tak kan pernah berdosa. maafkanlah cikgu jelun.sekurang-kurangnya kekurangan kau itu menjaminmu dengan syurga, sedang cikgu ini yang sempurna banyak soal jawabnya.jelun, ...

(aku tak boleh teruskan..aku rasa sayu sangat. Tuhan, izinkan aku ke Teluk intan sekali lagi. ingin ku ziarah mak jemah sekeluarga dan jelun, apa khabarnya...).
..........................................................................................................................................

ita:zalimnya ko na...
jijah:ha ah. apsal ko ni
hajar:tak baik tau jane
suzen:kau ni, apa buat anak orang gitu..
mus:jana, kau ni kenapa. 
napi.he eleh
aku:waaaaa...jangan la marah. kan aku dah ngaku salah....nanti ada rezki aku nak pergi teluk intan, cari mak jemah dan jelun. th dah kawin budak ni..waaaaa

memoir aku seorang cikgu (3)

Keinginan menulis meluap-luap ni. sementelahan hubby belum ada mood nak guna komputer ni, aku guna dulu lah. wah, malam ni aku rasa aku sedang berlakon drama melayu sebab sepanjang aku menaip ni hubby main gitar nada melankolik je. sungguh kena dengan plot cerita ni.heh...

aku bergambar dengan geng  dorm Ahmad bakhtiar. kecuali Shima,dia dorm lain. cik C pulak satu blok tapi tingkat bawah.ayu betul aku masa nih. lemak degil belum melekat.dekat tulisan `ini bilik aku` tu lah tempat aku berlabun sampai semester 2.

korang nampak rumah kat tepi akak yang baju jalur hitam putih tu. itulah rumah misteri yang aku kata kat entri sebelum ni.kami semua satu dorm, nak beli mesin taip olevetti kat puduraya.

rumah buruk belakang gambar kakak baju jalur tu lah rumah R.O winstead. tak tahu sekarang ni rumah tu ada lagi tak. aku tanya cikgu baru keluar UPSI macam tak tahu tentang kewujudan rumah ni.masa aku belajar di sini, aku tak ada kamera. kalau tak habis ke lantai-lantainya aku mesti ambil gambar.buat bukti. zaman sekarang ni cakap aje tak de bukti tak best la.dengar cerita, UPSI ni dulu tempat ramai pegawai inggeris duduk. ni sebelum perang jepun tau. korang tahu je la, orang putih ni budaya dia dancing-dancing je kalau nak berhibur tu.
satu hari sedang lepak ramai-ramai dengan cik c dan member lain, mereka buka cerita yang blok kami duduk tu agak `angker`. Cik C ni pemberani orangnya, orang KL.Dia kawan praktikum aku kat Teluk Intan. macam-macam cerita keluar tapi yang paling suspen cik C punya cerita. 

satu malam tu, dia kata semua budak dorm dia dah tidur. dia terjaga sebab macam tersedar ada orang sedang duduk kat katil dia. bila dia bukak mata hah kau....berpuluh-puluh orang inggeris datang mengelilingi dia, dengan kostum lama ala 1920-an gitu. dia tak panik, tapi dia marah kerana ada satu orang putih sudah main-main dengan muka dia. dia bergaduh dengan orang tu sebab muka dia sakit. makin marah makin buat. tapi herannya semua kawan dia tak sedar. lama-lama entah give up agaknya tengok cik C tak takut, hantu tu ramai-ramai blah gitu je. korang tau mereka pergi mana?balik rumah buruk tu!

bila kami tanya apa dah dia buat sampai kena macam tu, dia kata tak buat apa-apa, cuma ada tinjau-tinjau sikit rumah tu dari dekat.aku ada pengalaman mistik juga dengan cik c masa kat teluk intan, entri lain aku cerita ya. 

rupanya tempat asrama tu memang angker. angker ialah tempat yang ada hantu, senang cerita.bila dah lama sikit duduk situ barulah tahu. mana tak angker, katil, meja dan hampir semua peralatan dalam tu digunakan sejak zaman dulu sampai perang jepun.masa perang, katil tempat aku tidur tu dijadikan sebagai katil pesakit. ntah berapa yang mati atas katil tu pun aku tak tahu.
inilah asrama aku. meja tu aku punya. katil yang ada tu dari besi seluruhnya, meja pun sama. kesian kan. macam miskin gitu...tapi aku suka kat sini. suasana tenteram.yg bertelekung putih tu kawan aku, inn.jangan kata mahkluk halus pulak..bunga ros kat dinding tu kak ita baru beli di Cameron Highland. kelas mereka buat rombongan cik kiah.

dekat bilik ni, ada beberapa peristiwa berlaku. satu malam, Kak Ct selaku yang senior dan agak warak terjaga dari tidur .dia cerita, terpandang sesusuk tubuh tanpa kepala dekat almari  sebelah katil kak ani. aku tanya kak ct apa tak jerit?akak tak takut ke?   sebab kak ct tu warak orangnya dia rilek aje. dia kata akak baca ayat Quran je la...kami  ada 8-9 orang. kak ning, aku, kak zura, kak ina, kak zila, kak ct, zue, kak ita dan kak ani.. inn tu asyik datang je bilik kitaorang. hehe.lepas je kak ct cerita macamtu, kami semua sangat takut. malamnya tak de sorang pun tidur atas katil. semua bentang toto kat bawah. rebut-rebut nak tidur tengah. lepastu aku gempak aku kata sapa tidur tengah hantu kacau dulu berebut-rebut pulak semua nak tidur tepi. heh. sengal betul. masa nak tidur tu aku bukak kaset ngaji.konon-konon biar hantu terbakar.nasib la sapa tak terlelap lepas bacaan ngaji habis. 

lama juga le kami tidur kat bawah aje. setiap kali tidur atas katil aku terbayang orang tak ada kepala la, orang mati la, orang sakit la..hiii...macam-macam.  selang beberapa malam ada satu lagi kejadian misteri. zue hilang  tanpa dapat dikesan. pagi tu kak ina yang perasan peristiwa tu. kak ina tersedar banyak kali tapi zue asyik tak ada di katilnya. tapi kak ina sangka baik je, entah zue ke tandas ke, tidur bilik kawan lain ke. pagi tu kak ina tanya zue pergi mana.zue cakap `tak dak pi mana aih, ada ja zue tidoq kat katiy la` (zue orang selama, Perak. lebih kurang macamtule cakapnya...)apa lagi..kami pun berpandangan sesama sendiri dan bulu roma aku merinding

lepas tu puas le kak ina bagitau dia mati-mati ingat zue ke tandas atau tidur bilik kawan. zue pulak mati-mati kata dia tak pergi mana pun. seram aku dengar.ke mana zue sebenarnya malam tu?

bila kak zila nak bermake-up, satu lagi keanehan berlaku. make-up kit kak zila sudah kena cakar!seolah-olah ada kuku tajam yang panjang nak gunakan make up tu. ada 4 warna tak salah aku, semua permukaan makeup tu terguris panjang dalam pola yang sama. aku rasa mesti hantu tu perempuan, nak pinjam make up bagai. beli la sendiri ye tak. kak zila tak jadi pakai makeup tu. dia buang saja. tak tau la kut dia ambil balik lepas tu sebab sayang, baru sangat dia beli.

sebelum aku dengar semua cerita seram tu, aku tak pernah takut nak balik sendiri. pernah satu ketika aku nak kena lawan debat dengan IPDA. masa tu orang semua masih cuti. kami balik awal sehari dua untuk buat persiapan debat. jadi aku fikir hanya 4-5 orang saja student yang ada termasuk aku. aku sampai tengah malam. pukul 1-2 pagi kut. nak tidur mesjid tanjung malim tu,aku teringat, haritu masa aku pergi masjid pernah terserempak orang yang macam musafir gitu. lelaki. penampilan tak terbela. dah la aku perempuan. dia pun tumpang tidur kat situ. sampai pagi aku berjaga. fikir peristiwa tu aku nekad aje balik asrama. tapi tak takut, sebab  tak tahu. depan blok aku ada sorang kakak tu pun team debat aku. jadi ada la kawan walau cuma berdua. aku mandi kat bilik air, tidur sorang-sorang...semua tak jadi hal..

nasib baik kak Ct dan Cik C cerita semua ni selepas aku tidur sorang-sorang tu. kalau tak, taubat aku tak sanggup dah..

------------------------------------------------------
ita:alaaa, sambung lagi..
jijah:cepat la jana.
napi:aku nak buat teh pulak
hajar:aku silent reader
suzen:kah kah kah...


Selasa, 5 April 2011

memoir aku seorang cikgu (2)

5/4/2011.selasa. 5.24 petang.

inilah rupa aku yang macam sangat riang kerana sudah hidup bebas,berdikari. gambar diambil waktu nak pergi Puduraya nak beli mesin taip OLIVETTI. harga RM250-300 kut. baru 2-3 minggu kut belajar di IPSI..ketika ini.(ambil gambar depan bangunan IBU KANDUNG, bangunan induk IPSI.


khabar gembira aku dapat masuk maktab dikongsi juga oleh kak idah. antara kakak- kakak aku yang 5 orang tu, dia yang berjawatan dalam kerajaan jadi misi. (sebab tu dia paksa mira anak sedara aku jadi misi, walau entah ira tu minat ke tidak. sekarang kak idah dah jadi apa ke nama, patron, ke apa ntah. dah tak buat kerja misi, menyelia aje budak misi buat kerja.)
 aku ingat lagi, balik kerja naik beskal terus pergi klinik  Pt Ismail (rumah kuartes kakitangan ) dan berlonggoklah kami di sana.

maka pada malam sebelum pendaftaran ,aku ,mak, bapak, kak idah, abang lan,kak lin (sedara abang lan yang dapat masuk maktab sama dengan aku), kak roha dan abang ju (ex-husband dia) pendek kata satu kampung lah bertolak ke Tanjung Malim, Perak.naik van abang lan. aku teruja sungguh bila sampai KL, lenguh leher aku sebab mendongak aje tengok bangunan yang bergemerlapan dengan neon indah  dan lampu lip-lap. oh, cantiknya KL.jakun betul rasanya, maklumlah selama ini paling grand pun aku tengok lampu bangunan kat Spg. Renggam aje, sungguh kampung hidup aku kan.

lupa nak cakap, sebelum pergi mak bagi aku buku bank ASB.mak kata pandai-pandai lah kau, buat belanja.aku buka, duit dalam tu ada RM2000 lebih. aku tak terkata, air mata aku nak menitik.tapi kerana ego tinggi aku kesat mata aku cepat-cepat. konon masuk habuk. mak pagi petang siang malam banting tulang, kekang selera.  makan ala kadar.  lepas noreh ke kebun sawit, kalau tak pun tanam pisang atau cili...mak tumpahkan.airmata, keringat dan darah untuk aku....oh mak...tak terbalas jasamu......mak...orang rindu kat mak...jumaat ni orang balik tengok mak ye....

aku nak peluk mak dan cakap terima kasih, macam dalam drama melayu kat tv tu...tapi aku diajar untuk menyembunyikan perasaan. jadi aku tak peluk mak, aku cakap terima kasih je. huh,...aku teringin cium-cium pipi mak, peluk-peluk mak, mak sayang kat aku. tapi mak garang dan tak berinteraksi sangat dengan aku. maka kerana aku remaja keadaan itu buat aku jadi renggang dengan mak...mak...kalaulah mak pandai baca, mesti mak tahu betapa sayangnya orang kat mak. cuma orang tak pandai nak cakap kat mak....mak...orang rinduuu   sangat kat mak....

sebenarnya sebelum mak bagi buku bank tu aku blur sangat. aku bukan ada duit sangat. ada seratus dua tu je la. mana cukup. tapi aku pasrah je. ada ke tak de ke lantak le situ. aku pergi je.rupanya mak sudah ada perancangan untuk aku...aku mesti buat blog istimewa untuk mak, Pn. Supurah Bt Tahir. nanti aku coretkan segala tentang mak. mak, i love u mak....

adui, mesti korang dah sebek-sebek muka nak menagis kan. sebenarnya banyak sedihnya hidup aku ni...gelak je kau nampak. masa aku nangis kau tak tengok.masa dulu, dulu aku kata tau, dulu... hidup aku berantakan. mak ayah aku tak berapa harmonis. ada saja yang jadi bahan perbalahan. hari-hari ada je gaduh. aku ingat kalau budak sekarang mesti lari dari rumah dah. tapi dulu nak lari ke mana?setakat rumah suzen tu sepelaung aje. rumah ita, jijah pun tak jauh mana. daripada aku buat kerja bodoh lari yang tak berapa jauh macamtu baik aku lari ke kebun sawit je. kau tau jane, kat kebun sawit belakang rumah cik Yang tu kan kebun mak aku. bila aku tension, aku lari pergi sana. tepi sungai tu ada pokok pinang dan sawit yang rendang. lepas aku pastikan tak ada orang aku akan nangis tersedu-sedu. sampai aku bermonolog (cakap sorang-sorang). kadang aku rasa aku pelakon drama swasta pulak.

merambu-rambu air mata aku keluar...beratus-ratus ayat luahan perasaan aku ucapkan, sorang-sorang...sampai hati aku puas. sampai aku tak sedih lagi. jiwa aku kacau sungguh.kadang masa tengah sedih macamtu hati aku terlintas agar terbukaklah mata aku ni nampak kampung bunian ke, alam apa-apa ke. biar aku pergi sana. biar mak ayah aku cari aku. sebab aku dengar kampung bunian cantik. hidup aman damai. orang baik-baik. tapi satu je aku tak sanggup. orang kata kalau makan mi sebenarnya makan cacing. eiuu..tu yang aku geli tu...bila ingat macam tu, cepat -cepat aku tarik balik niat aku. nasib baik Allah tak kabulkan permintaan aku untuk ke kampung bunian.

eh, apa aku merepek ni...tapi  sebenarnya kaitan cerita aku ini ialah tentang perasaan. dalam macam-macam perasaan tu, sebenarnya aku terlalu gembira. inilah peluang untuk aku lari dari `neraka` rumah aku yang sangat kacau.walaupun begitu, aku tak salahkan orang tua aku. mereka sangat letih dengan hidup. miskin buat kita bagai nak gila. miskin buat kita kerja mati-mati tapi hasil tak seberapa. miskin sangat memualkan, jengkel, benci, geram...semua jadi satu. mak sangat letih bekerja dan tak juga nampak senang.jadi mungkin itulah sebab mak jadi bengis masa tu...aku tak salahkan mak. tapi ketika itu aku remaja yang tak suka kekacauan.

peluang tinggal di maktab buat aku sangat gembira. aku boleh berdikari. aku dapat atur hidup sendiri. aku tak perlu dengar mak ayah aku berselisih faham. aku tak perlu kecil hati kalau mak marah-marah aku..ya, hidupku bebas. sebebas burung di angkasa. cuma tu lah, aku jauh dari cinta hati aku...tapi kesimpulannya aku sangat bersyukur kerana aku ada sebab untuk keluar dari rumah tempat aku dibesarkan. dan keluarnya aku itu tidak memberi sebab yang patut dibimbangkan oleh mak. aku keluar mencari ilmu.

makanya selesai urusan pendaftaran, aku sangat gembira . sepatutnya orang berduka nak pisah dari keluarga. aku terbalik pulak..masih ku ingat kak idah bawakan baldi dan gayung bawa dari rumah. punya naifnya, aku rasa tak penting benda tu. maklum, seumur hidup tak pernah masuk asrama.budak tak berapa cerdik lah katakan. bukan macam suzane, lepas form 3 je masuk kelas sains kat benut...

rupa-rupanya baldi,gayung dan sejadah yang kak idah bagi tu la paling berguna. tak perlu lagi aku ke pekan beli benda-benda asas tu...aku didaftarkan dalam blog H4. Blok Ahmad Bakhtiar.aku suka pemandangan kat sini. depan blok ni ada rumah lama, dekat la kut seratus tahun. rumah R.O winstead ke O.T Dussek ke.tak ingat sangat. yang penting, rumah lama pegawai inggeris.sekitarnya adalah taman astakona (nama taman ni pun tak ingat sama ada kebetulan atau aku salah sebut atau memang sama dengan nama lagu yang popular masa tu, taman astakona.) ada cerita best tentang rumah lama tu...nanti aku cerita..

................................................
ita:ala, habis ke? cerita la...cerita la..
jijah.entahnya. tengah sedap baca berhenti pulak. sambung cepat  dol.
suzen. ha ah. aku nak tau juga apa jadi hidup kau kat maktab.
napi. aku nak buat air kopi jap.
hajar.:aku silent reader.
aku:dah tu?aku tak payah makan, mandi, masak, kemas rumah...buat blog je la kerja aku?sabar boleh tak, sabar.
mustapa:huh.

Isnin, 4 April 2011

Memoir aku seorang cikgu (1)

4/4/2011  (isnin) 5.23 petang.

sebenarnya banyak sungguh memori yang aku simpan dalam perjalanan hidup aku ini. banyak yang pahit, banyak juga yang manis. aku ingin bukukannya, projek menulis itu sudah ada. sementelah pula sudah berikrar dengan Tuan Hj Shapiai untuk menulis, tapi aku takut aku tak menulis langsung nanti.

hari ini aku buat keputusan untuk coretkannya dalam blog, menjadi tatapan kepada yang sudi. ambil yang baik, buang yang tak baik. aku akan sedayanya menulis dengan jujur agar kau dekat dengan kisahku.kalau ada keinginan yang kuat dan masa yang cukup (alasan) aku akan buat buku juga satu hari nanti.itu azam aku.

 antara saat terindah dalam hidupku. yang gedik sekali tu aku lah.
ita yg tonjang, sidi, ani,mona dan shila.

biarlah aku mulakan selepas aku habis Tingkatan 6. masa tu tahun 1993. aku sebenarnya kabur dengan masa depan sendiri. aku takut sangat nak berimpian. aku tak berani ke bandar . aku tak pasti aku nak jadi apa.aku rasa tercabar juga dengan kawan-kawan aku yang dah mula mengorak langkah. sebenarnya keputusan STPM aku tak teruk sangat. dapat 5P walau tak kuat sangat. tapi sebagai peperiksaan yang diakui antara 5 yang tersusah di dunia sebenarnya sijil itu boleh jadi tiket untuk aku melanjutkan pelajaran ke mana-mana.

masalahnya aku tak ada duit.aku kesian kat mak. rasa nak kerja aje, tak susah mak nak sekolahkan aku. kakak aku semua dah berkeluarga. lagipun mereka perempuan semua, bukan tanggungjawab nak menyara aku. mak ayah aku pun bukan orang senang. makanan ruji kami sayur pucuk paku, pucuk ubi dan ikan kering. dari kecik sampai besar. sampai naik darah tinggi. hahaha. tapi nak buat macamana. aku redha. ada sesuatu yang Allah aturkan untuk aku barangkali.

begitu teruk kemiskinan menekan hidup aku sehingga aku menjadi sangat rendah diri.aku rasa aku punya banyak kebolehan. tapi aku sangat malu berekspresi. korang bayangkan, masa aku jadi wakil bahas atau pidato, tak pernah sekalipun aku latih depan cermin atau baca kuat-kuat.aku hafalkan semasa aku sedang kutip buah sawit, sedang sorong buah sawit dalam kereta sorong, atau ketika sedang pungut getah buku. tu pun dalam hati.mak aku pun tak tahu aku jadi wakil sekolah.

bila menang pulak, aku gembira ketika pengumuman dan bersama kawan sepasukan je.. bila sampai rumah,kalau aku tunjuk hadiah kat mak, mak macam  tak ada ekspresi langsung. mungkin mak bangga, tapi jenis orang dulu tak suka tunjukkan perasaan barangkali.atau mak letih sebab terlalu penat kerja nak kasi aku makan nasi. entahlah. tapi banyak keadaan sekitar yang akhirnya membentuk aku sebagai manusia yang menyembunyikan kemahuannya.

perkara yang terlintas di kepala aku ialah kerja. aku pun takut nak mohon jadi kerani ke, qc ke...aku lebih rela jadi operator pengeluaran.banyak sungguh kilang aku kerja, semuanya gaji sangat rendah. sebulan kerja sampai malam pun tak cecah gaji RM400.pernah kena lantik jadi ast. leader masa kerja dengan ita kat simpang renggam. tapi aku tak suka kerja tu. aku tak suka menyuruh orang. satu hari aku tolong ita buat qc, habis makin rosak aku rasa pcb tu aku kerjakan.

kat kampung aku rasa sunyi. kawan baik aku imah dah merantau ke JB. aku nak ikut aku macam tak sampai hati nak cakap kat mak. suzane pulak dah kawin, duduk singapura. anim dan linda aku segan pulak nak bertandang kat rumah mereka, sebab macam diaorang ni gadis melayu terakhir gitu. baik, bela adik-adik yang kecil-kecil. huh...sooo lonelyyy...

tak lama tu mona dah kerja bank, sheila dah masuk maktab, eton dah jadi wartawan,sally dah kerja kat jb , jijah dah ke jb dan masa tu ita kerja kat mana ke entah. aku sorang-sorang tak tahu arah tuju.

akhirnya aku kerja naik basikal aje kat Pt. Betak.kilang kecil, namanya `Kwang Huei` gaji sehari RM7. dapatlah 200 lebih sebulan.

 inilah rupa aku masa kerja kilang ni.

masa tu tengah hangat bercinta dengan hubby. walaupun gaji kecik, boleh je jumpa kat pontian naik bas macam orang gila 4 kali ulang alik ke benut. ala, makan mi goreng dengan air sirap je.lepas jumpa hubby aku balik rumah ,hubby balik ikm. .sambil tu aku belajar komputer kat benut.masa kerja makan tak beli, mak bekalkan nasi goreng specialnya setiap hari,(oh, rindunya kat pn sapurah yang garang tapi baik hati tu...mak, orang rindu masakan mak...)

.cukup ayu aku ketika itu sebab lemak degil tidak terkumpul kerana kayuh beskal dekat 18 km sehari.ketika ini minat membaca aku sangat tinggi. aku berangan kalau kawin dengan hubby nanti aku jadi wanita cantik yang terbaik untuknya. jadi aku akan beli majalah jelita dan wanita setiap kali dapat gaji. ita dengan jijah mesti ingat kedai apek kat pt betak tu. masa tu dia la sorang monopoli bisnes jual majalah. tengok pun tak boleh, kalau kita pandang- pandang majalah tu nanti dia terus sua kat tangan kita dan cakap `mau beli ka`..

hehe. menyampah betul kan. tapi terpaksa beli juga. nak beli kat mana lagi?

bagusnya keinginan aku untuk memperbaiki diri menerusi pembacaan sangat berguna menaikkan self esteem aku.sebab duit pada aku sangat berharga, setiap majalah yang aku beli aku baca dan amati dari kulit ke kulit. isinya dari rencana sampai sekecil-kecil iklan aku teliti sampai puas. cerita-cerita wanita berkarier dan berkarisma begitu mengujakan aku. sampai sekarang aku masih ingat  satu cover majalah yang modelnya ialah isteri pereka fesyen terkenal, Benard Chandran.aku suka baca kisah cinta mereka, macam fairy tale. aku bandingkan pulak kisah cinta aku dan hubby..eh, best juga apa, hati sangat berbunga-bunga. harum je kehidupan macam downy.kalau kau pernah jumpa cinta, kau tau rasa yang aku maksudkan.

suatu hari, shila singgah kilang tempat aku kerja.aku sangat rasa kecil, shila bakal cikgu tak lama lagi sedangkan aku minah kilang yang bergaji tak sampai RM300 sebulan.macam biasa, dia beri aku provokasi dan nasihat untuk berubah.`lu kan dapat 5P beb, STP...ngapa la lu tak mohon U?`

aku diam saja. aku fikir dalam-dalam. shila hidupnya lebih bermasalah dari aku ketika itu, tapi dia mampu mengatasinya. aku jadi kuat, aku kata dalam hati kalau shila boleh kenapa aku tak...lepas tu aku minta tolong hubby belikan borang maktab . hubby kata dah puas dia dan mak dia (mak aku juga la sekarang nih..) cari satu BP semua pejabat pos dah habis. aku dah sedih. aku nak jadi cikgu. walau ketika itu tak ada alasan yang kukuh sangat kenapa aku nak jadi cikgu, tapi aku nak pergi juga.

aku ajak ita pergi jb ambil borang kat pejabat pos besar. ita, kau ingat tak?kami isi borang tu. beria-ia betul aku. harapan 50 - 50. sebab aku tak fikir keputusan aku dalam SPM dan STP tu kuat sangat.tawakal aje lah..

tak lama kemudian,aku dapat panggilan ujian bertulis. ita pun dapat. soalannya mainkan minda kita, bukan nak tahu pengetahuan kita sangat. alhamdulillah, aku berjaya melepasinya.tak lama kemudian dapat temuduga lisan pula. masa peringkat ni ita tak dapat. tak tahulah dia sedih tak, tapi kalau melihat di mana ita sekarang mesti kau bersyukur dengan takdir tu kan ta...kau lebih baik dari jadi cikgu. rezki kau lain dari aku.

yang tak boleh tahan dalam temuduga lisan ni aku di soal tentang isu `payung emas`. kalau wanita benarkan suami kawin lain nanti kat akhirat dapat payung emas dalam syurga. apa pendapat anda. aku kata perlu apa bicara tentang payung emas di syurga sedang di dunia hidup kita umpama neraka .andai keluarga porak peranda  jika suami tak pandai mengemudi status beristeri dua. aku tak ingat apa yang panel kata lepas itu , tapi aku rasa mereka saja nak test kematangan berfikir calon.tentang review buku pula mujur aku ada baca buku novel kak ct. tajuknya `badai semalam` kalau tak salah. kisah kecekalan wanita yang berhadapan masalah tapi tetap kuat demi membina masa depannya sendiri. sungguh kebetulan...kalaulah aku malas membaca entah apa aku nak jawab.

selang beberapa lama kemudian, aku dapat tawaran maktab. UPSI, Tg,. Malim.aku berat hati nak tinggal kekasih hati (cewah) tapi emak nampak sangat gembira. aku gembira untuk emak. kemudian terfikir masa depan sendiri. hubby sedih nak lepaskan awek dia yang cun ni pergi jauh-jauh, takut kalah dengan godaan kat sana. tapi demi masa depan relakan saja.
 inilah IPSI tempat aku memperkasa hidup dengan pengalaman demi pengalaman. gambar ni beli dari pak cik Aris, penghuni misteri IPSI yang gemar memotret foto hampir apa saja peristiwa.nanti dia jual, main lambak saja atas meja.dengar cerita kamera dia Tun Ghafar Baba yang hadiahkan..

panjangnya cerita aku. belum cerita kat maktab lagi ni...... kalau korang nak cerita ni disambung angkat tangan...kalau banyak undian aku sambung...

---------------------------------------------
ita:leceh la engkau ni. sambung la dol.
jijah:ha ah, sambung tau. tak sabar nak tahu kisah kau kat sana...
suzane:cerita la, nak tau juga kisah kau sejak aku tinggalkan kampung.
apek:balik kampung lubuk sipat, jane, sambung lah cepat....
hajar:aku silent reader je ni.



Ahad, 3 April 2011

Ada Apa Dengan Sepuluh Sen?

3/4/2011  (ahad,4.58 petang)
hari ini tak ke mana-mana. menyiapkan kerja sekolah, hubby buat blog best untuk PSS sekolah aku, dan akhirnya sampai petang ini aku berkesempatan mencatatkan peristiwa yang menjadi memori penting hidupku.

ada apa dengan sepuluh sen? kau boleh buat apa dengan sepuluh sen?

apa yang boleh dibuat dengan 10sen bergantung kepada siapa kamu yang memandang kegunaannya mengikut perspektif masing-masing.
aku ingin jadi orang berguna dan baik-baik. jadi aku cuba mengoptimumkan nilai 10sen bila ia berlegar di sekitar aku. cuba kau baca cerita di bawah ini:

Suzane (bukan nama sebenar) ingin membeli sebuah kereta. kereta idamannya pun bukan main-main. Peugeot 308 Turbo. harganya saja mencecah RM134,000,90. 
 inilah 308 turbo yang suzane nak beli tu..

Oleh kerana Suzane seorang yang kaya tetapi low profile dan tak suka berhutang, dia membawa sejumlah duit yang diperlukan, tunai, untuk beli 308nya. Kerana malas nak menunjuk-nunjuk,Suzane pergi dengan baju T dan seluar batik,lengkap bertudung tapi tak mengenakan sebarang solekan.memang low profile habis. kiranya kalau Norjana, teman sekampungnya jumpa kat kedai tu macam tak kenal.


Bila sampai di kedai NAZA tu, Suzane pun berurusan nak beli kereta tu dengan duit cashnya.Masalahnya RM133,000 saja duit kertas. yang RM100.90 semua syiling.Jenuh juga nak mengira. tapi kiralah juga. 3 kali kira, jumlahnya yang duit syiling itu cuma RM100.80. tak cukup 10 sen untuk beli kereta tu.nak pinjam kat staff NAZA segan la pulak.


Suzen keluar kedai. Tiba-tiba ada sorang mamat kaya lalu situ. Suzen fikir kalau pinjam dari mamat ni mesti tak malu sangat sebab tak kenal. nanti lepas cucuk duit kat bank naik 308nya dia bayar la balik.suzane pun berdialog dengan mamat tu:

Suzane:Tuan, boleh pinjamkan saya 10sen?
Mamat kaya: awak nak buat apa? (sambil tengok Suzane atas bawah, macam terfikir betul ke tidak minah ni)
Suzane: saya nak beli kereta kat dalam tu ha. (sambil tunjuk peugeot 308 dalam kedai)
Mamat kaya:kah kah  kahhh..... nak seploh ringgit. beli la untuk saya 4 biji ye.
..sambil gelak-gelak mamat kaya tu hulur sepuluh ringgit dan berlalu...

dan suzane pun dapat beli 308 nya, pandu keliling tempat berdekatan untuk cari mamat kaya . akhirnya terjumpa mamat tu sedang beli keropok lekor dan parking jaguarnya kat tepi jalan.


suzane pun jumpa mamat tu dan pulangkan baki RM 9.90 kat mamat tu dan kata dengan gembiranya,` terima kasih encik, saya dah dapat kereta dengan 10sen encik tadi. ` mamat kaya pun pengsan kena panahan silau peugeot 308 suzane yang mengelip-ngelap itu..

`dapatkah kau fikir moral cerita itu?`
-------------------------------------------------------------------------------------------
CIKGU,10 SEN!!!!

aku sudah membudayakan denda 10sen sekali salah tercakap bahasa lain selain bahasa melayu dalam kelas aku. matlamat aku senang, supaya semua murid aku betul dalam bertutur. tidak ada bahasa slanga atau rojak atau bahasa ibunda yang rencam kedengarannya . ia juga satu kaedah mengawal kelas yang sangat bagus. nak bercakap, cakap. tapi tersasul cakap bahasa ibunda , semua pelajar lain akan kata, `cikgu,........10 sen!!!!`mesti budak yang dimaksudkan tak boleh lari. mesti bayar.

mula-mula agak kekok. ada yang tak dapat terima. tapi lama-lama dah biasa. aku juga berlaku adil, kalau aku tercakap, aku pun kena bayar juga. jadi tak akan jadi isu sebab semua orang terlibat dihukum bila bersalah.
inilah tabung denda kami. warna hijau untuk 5T3. 
warna merah jambu untuk 5 Sn 2

sejauh mana kejayaan kaedah ini?sangat berjaya. untuk bulan 1-3 tahun ini sahaja, kelas 5Sn 2 mengumpul RM48.80. 5T3 pula RM38.00. tapi ini termasuk denda RM1 jika tak bawa/tak buat buku NILAM.

bukan aku suka sangat guna denda duit ni. tapi setakat ni kaedah ni berkesan. kadang-kadang sampai habis duit seorang budak yang suka sangat cakap tersasul. bagusnya, menjadi pengajaran kepadanya supaya berhati-hati bercakap.

korang mesti sangsi duit itu kemana. alah, tak kaya pun aku setakat  duit denda tu kalau aku nak makan. 

di sinilah aku gunakan 10sen itu bagi memberi erti kepada hidup seseorang.duit denda yang terkumpul itu aku akan belikan hadiah, untuk mereka juga. hadiah untuk markah tertinggi, bacaan NILAM tertinggi, penghargaan kepada guru yang terpilih dan kepada rakan yang terpilih sebagai yang paling disenangi mengikut undian.

aku percaya, memberi seperti itu besar impaknya kepada jiwa. alah, kalau masa kita sekolah dulu, dapat hadiah pen sebatang pun dah rasa takjub sungguh kan, inikan lagi besar macam dalam gambar ni....
hadiah untuk fatin dan fatin.2-2 nama fatin.




sebahagian hadiah untuk pelajar dan guru dari projek `10sen sekali salah`

bukankah kata-kata semangat mampu membangkitkan perasaan si penerim.
semoga kiah jadi lebih baik dengan dorongan ini.

hubungan yang mesra tak mengira kulit dan rupa,ikhlas kuncinya.
 ceria walau dalam hitam putih

fatin yang rajin baca buku-ku hadiahi buku juga!
kak wa,guru yg jarang sekali kulihat berduka.ketawanya mendorong ketawa orang lain.dicalonkan 5SN2 sebagai guru disenangi

shikin-garang tapi baik hati. antara takut dan suka, 5T3 calonkannya untuk jadi guru yg disenangi kali ini.

dengan sekian banyak manfaat yang dapat diwujudkan dengan 10sen, dapatkah kau menukar pandanganmu betapa berharganya 10sen itu?

10 sen bagiku
bisa buat kau rasa berharga
bisa buat kau bahagia
bisa buat kau ketawa
bisa beli buku
bisa tambah ilmu
bisa erat rasa cinta

`berharga` atau `tiada apa-apa` sesuatu itu bergantung kepada siapa yang memandangnya, tangan yang mengolahnya, fikiran yang mencipta kewujudan nilainya.
fikirkan.

--------------------------------------------------------------------------------
suzen:kenapa nama aku jadi watak pembeli kereta tu?
aku:mana pulak. kebetulan je.
rita:apsal la aku buang 10sen aku selama ni.
jijah:kalau dah kaya sangat bagi aku aje ta.

Sabtu, 2 April 2011

Cinta manusia. berbaloi sangatkah untuk dikejar?


3.01 pagi. 2/4/2011.(sabtu)


entri ini untuk anak muda yang sibuk nak bercinta,dan tertarik kepada fizikal semata-mata.

Jocelyn Wildenstein. Oleh kerana terlalu takut ditinggalkan oleh suaminya yang sudah mula menggatal dengan perempuan lain, akhirnya Jocelyn secara beransur-ansur melakukan pembedahan plastik untuk menjadikan wajahnya menyerupai kucing hutan. Katanya, suaminya amat meminati kucing hutan, jadi dia berharap apabila rupanya semakin mirip dengan kucing hutan, maka suaminya itu akan lebih sayang kepadanya.

Malangnya pembedahan demi pembedahan menjadikan suaminya semakin takut dengannya. Pada akhirnya Jocelyn menceraikan suaminya setelah menangkapnya berzina dengan seorang model Rusia yang berumur 19 tahun ketika itu.

Siapa yang harus lebih dipersalahkan dalam hal ini? Paranoid isterinya, kecurangan suaminya atau pun ketidakfaham mereka tentang apa ertinya sebuah perkahwinan itu? (kredit cerita asal dari Hembusan)


aku rasa tak perlu bermatian mengubah apa yang `original` dari diri kita, untuk memenangi hati pasangan. dia menyintai kita dengan pakej yang asal kita ada, kenapa perlu nak berubah demi memuaskan hati orang lain? kalau cinta dan sayang itu lahir dari hati yang tulus, kekallah ia begitu walau peredaran masa akan buat gigi kita gugur, uban kita bertabur, mata kita kabur dan kulit pun semakin kendur.

andainya dengan perubahan fizikal itu membuat sidia berubah hati, nyata sekali dia manusia yang tidak layak mengasihi dan dikasihi. lupakan saja, alihkan cintamu kepada yang lebih berhak, yang menyintaimu tak kira buruk manapun wajahmu. Dialah Sang Pencinta,yang tak pernah jemu mendengarkanmu. hanya kau yang bosan mencarinya, lantas berlari jauh-jauh meninggalkannya. Dialah Allah.

kadang aku kasihan dengan orang yang berhias bermati-matian yang tak tahu untuk merebut perhatian siapa ke entah. akhirnya jadi hamba fesyen, hamba kosmetik. tak sanggup keluar rumah kalau lipstik tak padan warna dengan baju dan payung. aduhai, apakah?

untuk kaum adam pula, janganlah kamu tertipu dengan penampilan wanita yang beria-ia berhias . realitinya selepas kamu berkahwin, isteri kamu itu tak akan sanggup berbedak,bergincu dari subuh hari sampai tengah malam dan pagi hari ketika kamu bangun tidur.

setelah aku membebaskan diri dari jadi hamba fesyen dan kosmetik , aku rasa dunia ini begitu ringkas dan mudah bagi aku. aku tak akan terperuk dalam bilik semata-mata lipstik aku dah habis ketika aku nak pergi kerja. 


janganlah kau kata aku kolot pulak. aku masih dalam standard normal ukuran manusia. cuma aku rasa gembira kerana bebas menjadi tuan kepada apa yang aku nak pakai tanpa mengira pendapat orang tentang apa yang patut aku pakai.


untuk menikmati betapa bebasnya dunia ini, kau harus menukar pandangan engkau tentang persoalan `AKU BUAT APA_APA INI UNTUK SIAPA SEBENARNYA?`


InshaAllah, kau akan happy.
----------------------------
rita:lama tak komen.
jijah:no komen
suzen:er, i tak tau nak komen apa.
aku:komen je la apa-apa pun menandakan korang wujud dan jadi kipas susah mati aku. kipas dah mati nih.

lagi-lagi cinta tanpa syarat

2.22.pagi. 2/4/2011.(sabtu)

adakah matamu tak terlepas dari memerhatikannya?
itu bukan cinta, itu NAFSU

adakah kau melafazkan kau cinta padanya
kerana tak mahu melukai hatinya?
itu bukan cinta, itu KASIHAN

adakah kau rasa kau cintainya kerana tahu dia ada di sana
ketika kau memerlukannya?
itu bukan cinta, itu KESEPIAN

tetapi

jika kau tetap bertahan ketika melihat seseorang yang lebih hebat daripadanya
atau lebih kaya dari kemampuannya
menderita ketika dia kesakitan
bahagia ketika dia kegembiraan
marah,merajuk dan merana
ketika dia melukakan
tapi kau tetap memaafkan
dan menerima siapa dia seadanya
saat rindu,benci, marah dan sayang
berbaur menjadi sesuatu yang tak kau fahamkan

ITULAH CINTA
.......................................

hm...hidup. kadang-kadang hidup ini penuh drama. kadang-kadang kita akan jadi segembira-gembiranya tanpa sebab. sesaat kemudia menjadi sehiba-hibanya dengan satu sebab yang tak disengajakan.
bagi sesetengah orang ada perkara yang lebih besar daripada sesuatu apapun di dunia ini iaitu HATINYA SENDIRI.

oh, bukan sesetengah orang. tapi semua orang. menjadi fitrah manusia untuk dihargai,rasa dikasihi.rasa selamat dan tenang.

yang peliknya dengan cinta, segalanya jadi menyakitkan andai hati terguris.tapi sekejapan nanti cepat saja memaafkan.dalam luka semakin dalam sayang.

bila merenung kembali kejadian, mungkinkah kita sendiri yang hanyut dalam emosi?

sayang, maafkanlah.mungkin kau salah, tapi aku juga bersalah.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com