Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 26 Julai 2012

Keranamu Sajitha

pagi tadi-7.20 pagi,Regita datang tempat aku. ` Kak, bila nak boleh siap ye gambar anak saya. hari-hari dia tanya saya setiap kali saya sampai rumah. saya pulak terpaksa kata kat dia, `wait aaa, tomorrow auntie siapkan untuk u..`. tomorrow tu maksudnya dah masuk hari yang ke-60 agaknya masuk hari ini.

kesianlah kat sajitha, jadi aku buatlah gambar dia malam ni. ini percubaan aku guna pensel 4b dan kaler luna. kenapa luna?entahlah, tapi dah aku cuba pakai macam-macam jenama pensel warna,luna yang paling sesuai dengan aku. harga memang mahal, tapi kalau kita boleh komersialkan artwork tu, semua boleh dapat balik dalam waktu yang singkat, insyaAllah.

sajitha, sebab auntie rasa bersalah membuatmu menunggu lama, maka malam ini auntie start buat gambarmu pukul 9.30 dan tamat sebelum 11 malam. alhamdulillah. harap  Regitha suka, sajitha tambah-tambah suka!

nampak sama tak?kira sama je la. aku nak try buat karikatur sebenarnya, tapi tak jadi. kena belajar lagi.

Ahad, 22 Julai 2012

Kan Elok Kalau Pisang Berbuah 2 Kali!

ini pisang lemak manis depan rumah,hari ini boleh jadi pencuci mulut,dah masak.
aku suka peribahasa melayu,banyak ungkapan yang indah dan makna tersirat di sebaliknya.  agak sukar mengajar peribahasa terutama kepada pelajar bukan melayu sebab lazimnya peribahasa menggunakan unsur alam atau haiwan bagi menggambarkan sesuatu. contohnya `itik pulang petang`-merujuk kepada orang yang lenggoknya cantik kalau berjalan.macam itik, comel aje. atau satu lagi `seperti kaduk naik junjung`.maksudnya lebih kurang orang yang tak hebat,tapi melebih-lebih pula. cuba tengok pokok kaduk,kalau dah menjalar ke atas kayu, macam terover-over gitu.  

tapi ada satu yang aku tak berapa setuju. contohnya berkaitan pisang ini lah. ada peribahasa berbunyi jangan sampai `pisang berbuah 2 kali`. maksudnya perkara tak baik, jangan sampai berulang lagi..tapi, dalam alam realiti,bukankah pisang berbuah 2 kali pada pokok yang sama itu sangat menguntungkan? tak payah setiap kali berbuah asyik nak tebang saja, tunggu buah kali ke dua baru tebang.kaya cepatlah agaknya penanam pisang ye.

aku tanam 2 jenis pokok pisang. yang satu, lemak manis. yang satu lagi, tak tau apa nama dia. tapi pisang ni tak boleh digoreng, kena makan macamtu aje. hubby kata, pisang yang besar ni mahal. aku tak percaya.




tapi semalam masa di TJ mart aku sesaja tanya awek cun yang jual pisang tu, pisang yang besar macam aku punya dalam gambar tu sekilo berapa?  awek tu kata RM3.60 !
aku terus cakap dengan hubby, jom jadi petani!kaya kita nanti...apa tak kaya, korang tahu berapa berat pisang yang besar tu? 
    
30 kilo lebih!kalau jual setandan ,senang-senang dekat RM100 boleh dapat..jom,jadi petani..

ni masa hubby baru tebang. seminggu sebelum puasa 2012. takut tak tua sangat, tapi belasah aje lah, malas nak mengerjakan masa puasa-puasa nanti. kami ni ultra rajin..alang-alang hubby nak membersihkan rumah tu, tebang aje la..
ini pula pisang lemak manis depan rumah. memang dah cukup tua, molek aje masaknya lepas ditebang. dapat la bagi kak ani semalam buat buka.nak bagi izan,tak ada kat rumah. nak bagi jiran lain, malu...
lawa juga la laman aku ni dah di`siang`

subur tanah belakang rumah tu, ada lagi jantung pisang besar ni keluar. 4-5 bulan nanti masaklah kalau ada rezeki.

 
ini bukan kubur ya tuan-tuan, ini lubang tikus yang dah bermaharajalela kat bawah tanah rumah kami. janganlah roboh pula rumah kami yang cantik ni, nauzubillah,. hubby dah kambus pun dibuat lagi lubang ni. sapa ada idea nak bunuh tikus secara beramai-ramai,dengan berkesan.. tolong bagitahu.  ha? kucing? tak payah le. berbelas-belas ekor kucing kat belakang rumah tu, tak seekor tikus pun dimakannya!



ni ha buktinya,melepek aje kat dalam rumah, mengalahkan orang puasa. padhal aku sahur, dia sahur, pagi tadi,makan, tengahari ulang lagi, petang ,masuk lagi cari biskut. macam letih sangat!melampau. akhirnya kena jerkah dengan hubby sebab nak buat projek dengan obis,depan mata hubby,dalam rumah. sungguh memalukan,kan bulan puasa. lagipun hubby marah,nanti kencing merata -rata untuk `mark` territory dia.


terubuk bakar dan kisah cinta


Alhamdulillah, hari ini hari kedua ramadhan yang syahdu.yang begitu memberi erti kerana 2 hari aku dapat melepak sepuasnya bersama yang tersayang.

semalam ke TJ mart, nak cari ikan terubuk .nak beli terubuk bakar di bazar aku rasa macam tak berbaloi-baloi harganya. tapi aku faham, kita membayar penat lelah orang yang memasak tu sama. jadi kalau dah malas masak, tak payah le banyak songel, jana!

aku bukan kategori isteri mithali yang terlalu rajin memasak,tapi kerana keinsafan ramadhan (haha) dan memang automatik setiap kali ramadhan aku akan memasak di rumah, maka aku rasa seronok nak masak ikan terubuk bakar ni.ajaibnya rasa, sekejap aje memasak bulan puasa ni. kadang aku bermula pukul 6.15 petang.lauk yang simple,ada nasi, ikan atau ayam dan sayur,dah cukup. amboi,pandai pula kami bersederhana dalam makanan waktu puasa-puasa ni..

sebenarnya, semuanya bermula tengah hari semalam. hubby suruh aku tengok muka dia. dia buat muka macam `ngecer`,telan air liur, nak makan sesuatu. dia membayangkan sesuatu yang sangat digemarinya. dia kata` mel, cuba teka abang tengah berangan nak makan apa?`

aku dah masak perangai hubby. aku terus jawab sambil senyum senget `eleh., senang sangat, terubuk bakar kan?`

hubby meledak ketawa. ketawa yang sangat lucu. dia rasa suprise.  lepas tu dia tanya `macamana tahu ni? kok tahu apa yang abang fikirkan!`  aku kata` abang, usahkan abang nak makan apa, abang mimpi jumpa sapa pun kadang ayang boleh tahu, jangan nak nipu-nipu...`.hahahaha.

itulah namanya keserasian agaknya. aku tahu sangat abang suka apa,macam dia tahu sangat kalau aku merajuk!

hari yang menggembirakan ini, aku nak kongsi resipi terubuk bakar yang enak dan menakjubkan ini. sesiapa yang nak menggembirakan suami,anak atau keluarga dengan masakan, cubalah, semoga hubungan cinta bertambah erat.




inilah antara bahannya.ikan terubuk (ish,bini sapa la belah perut  ikan tu senget-senget,tak boleh jadi doktor),sambal ikan bakar,daun pisang tanam sendiri,bendi dan alumunium foil.




ini cara nak buat sambal ikan bakar ala-ala aku.yang kuning tu aku dah blender bumbunya sampai lumat. antaranya kunyit hidup,bawang besar, bawang putih, serai,halia dan daun limau purut.sampai lumat betul-betul ye puan-puan ,kalau tak nanti serat serai tu macam bulu kucing pulak atas masakan kalian..





tumis sampai pecah minyak atau naik baunya. Ya ampun, puasa-puasa ni masak yang baunya sedap-sedap,hubby dah 3 kali keluar masuk dapur untuk menyiasat apa aku masak!


 
barulah masukkan lada kering yang dikisar bersama  belacan kampung,asam jawa, udang kering,gula,garam dan perasa kalau suka.tumis sampai pecah minyak,sampai masak.

 
bila sambal dah masak, letakkan ikan dalam balutan daun pisang.nak campur sayur apa-apa pun boleh,tak nak campur pun boleh. aku cuba letak bendi.sebab daun pisang ni pokoknya tanam sendiri di depan dan belakang rumah, aku guna banyak-banyak untuk menaikkan aroma harum daun tersebut. kalau kalian terpaksa beli di pasar, sikit-sikit sudah, tak payah membazir.nak lagi sedap, balut dengan daun kunyit.



balut dengan alumunium foil,rapat-rapat agar aroma tak terkeluar. lepastu, biar cepat masak.letak atas gas,guna kuali leper atau apa-apa saja lah. sesiapa yang ultra kaya tu, bakar dalam periuk tefal pun ok juga. 



sebab dapur aku ni mega besar, mega alatannya, mega segala-galanya, inilah yang aku ada. alhamdulillah, pada orang yang tak ada apa langsung nak guna buat memasak kan. anak lesung tu konon-konon sebagai menetapkan lagi kedudukan tutup periuk zaman renaissance aku tu supaya tak berganjak dan kepanasan api/wap dalam pembakaran itu sempurna..

tadaa.....hasilnya.... sedap tak sedap belum tahu,sebab sekarang ni baru pukul 4.15 petang. nak tahu tunggu buka nanti.. alah, kalau tak sedap pun kira sedap aje lah, kerana aku memasak dengan cinta!

insyaAllah, kalau ada rezeki, 7.19 nanti kami akan berbuka dengan terubuk bakar penuh cinta.  anda,bagaimana?



Sabtu, 21 Julai 2012

Obis dan legasi-aku jadi moyang!

ini Obis. pangkat cucu aku. neneknya yang mula-mula datang sini dulu. sebenarnya obis masih muda belia. tapi dia kena rap dengan jantan kaberet mana entah,mengandung. nasib aje Sekolah Harapan tu jauh kat melaka,kalau tak dah aku hantar ke sana. memalukan sungguh!

bila anaknya keluar, tidak syak lagi yang obis ni mesti diganggu oleh atuk atau moyangnya sendiri. kau tengoklah bulunya tu kawan, kuning oren. ada seekor saja jantan dominan yang kuning. lain semua belang-belang. masuk 3 ekor yang kecil-kecil ni, kucing satu patern di rumah aku ada 15 ekor.

asal usul nama obis ni, masa kecilnya dia kelihatan sangat montel. ada 2 beradik, ekor obis kontot,seekor lagi ekor panjang. sebab 2 beradik aku namakan obesiti. satu obes, satu siti. panggil obes tak manja sngat, jadi sebutannya dilembutkan jadi obis.

sekarang baby yang kecil-kecil ni kena panggil aku moyang.sebab mereka generasi ketiga. masa obis nak beranak 2 minggu lepas, mujur pagi tu hari ahad. dah bising di belakang rumah.kebetulan pula obis memang jenis peramah,melengking-lengking bunyinya macam kena siksa. aku pula yang siksa rasanya mendengar dia terjerit-jerit. buka saja pintu dapur,obis menerkam terjun sebab grill besi tu penghadangnya tinggi. punggungnya dah nampak kaki baby. terus saja dia nak menyorok di almari dapur gas yang terbuka pintunya tu. ewah, banyak cantik!

terus masukkan wad, kotak ni dah standby lama dah.aku letak depan rumah, lepas saja dapat ancaman dari 2 ekor kucing gatal (walaupun kucing tu kacak-spesis parsi kepunyaan Mohsin) obis tak senang duduk.

semalam dah kena sepak dengan aku, sesuka hati nak bawa anak dia masuk stor. ada patut baby tu diletak di celah-celah komputer yang hubby tak siapkan repair, masuk dalam wayar,pcb dan sebagainya. sebagai moyang yang tegas aku tak bagi muka langsung. kena tampar mukanya. lepastu obis ketakutan, duduk diam-diam dalam kotak.


seperti biasa,bila malam menjelma keinsafan mula menerjah tangkai hati. aku usap muka obis, shake hand dan kata `obis, auntie minta ampun sebab sepak kau. kau jangan bawa anak masuk rumah, bukan pandai kau nak urus berak kencing dia,itu yang buat auntie meradang!  


seperti mengerti apa ku katakan, obis macam ampunkan aku aje, sebab nampak muka dia sangat manis. mungkin tersenyum...

Jumaat, 20 Julai 2012

Ribut Di Tengah hari (STARP)

kisah ini berlaku semalam,19/7/2012.


aku balik lambat sebab nak mengetip soalan ujian bulan 7 pulak.hai lah raya, macamana aku nak enjoy raya nanti. lazimnya dalam 3 minggu susah aku nak siap tanda kertas.kerana bagi aku menanda itu satu seni dan satu penghayatan. kena tunggu waktu yang betul-betul aku tenang,suasana pun tenang. sungguh, aku tabik kepada zuna,zizi,dan siapa-siapalah cikgu bahasa yang boleh menanda sambil berbual atau dalam kekalutan kelas serta bilik guru!

untuk aku,memang bukan kepakaran aku memisahkan fokus otak untuk menanda disamping hal-hal lain..ah,kalau tak boleh sangat,nanti ajak hubby tidur hotel,aku siapkan tanda untuk 80 orang,sebab kat hotel tak payah fikir sapa nak datang rumah raya-raya!lagipun aku berhutang nazar nak belanja hubby tidur Thistle kalau Allah makbulkan doa aku agar tak jadi dilantik sebagai KP. berkat selawat dan doa tak putus-putus,Pn PK1 lembut hatinya,maka terlantiklah Zizi yang hebat itu menggantikan aku..sampai bernazar tau akak,Zizi! (hahaha..ini rahsia,sungguh menakutkan jawatan itu.-baca macam intonasi shahril bercakap)

berbalik kepada kisah ribut ni.mula-mula hujan macam biasa. kemudian lebat. kemudian,kawan-kawan di bilik peperiksaan ni mula kecoh-kecoh menyerbu ke pintu. rupanya angin ribut menyebabkan beberapa bahagian bumbung sekolah mula terkopak. rasanya dekat bilik masakan/jahitan. mula-mula sikit. kemudian menjadi semakin banyak.kami semua dah seram sejuk. mula panik. ain dah buat pengumuman dari pejabat menggunakan pembesar suara,agar cikgu yang parking di tepi blok tu alihkan kereta masing-masing.hai,lebat sungguh,nak turun pun takut. Cikgu Zainol dah berkaki ayam,sebab banjir kilat dah melimpahi koridor bawah.
gambar ni dengan yang di atas tu diambil pada hari ini. semalam nak ambil dekat,takut,hujan sedang menggila...


masa tu ngeri ,takut zink tu melayang. tapi lebih risau kereta, kalaulah terkena zink yang jatuh nanti,hm,budget lari la jawabnya. aku parking kat tengah-tengah ,tak risau sangat. tapi kemungkinan sentiasa ada kan..

Rozi dah bangun,terus pergi solat.masa tu dah pukul 2 lebih. aku ,zuna,zizi juga tak bangun-bangun,mengejar dunia yang tak habis-habis ni. ingat nak solat kat rumah aje, turun tu baju habis lencun-(alasan lagi...)petir berdentam-dentum...

                              kawan-kawan yang sedang tergetar hatinya melihat kekuasaan Ilahi..

ini baru sikit Allah nak tunjuk. entah macamana dengan mangsa taufan kartina, tsunami dan puting beliung tu. Alhamdulillah, setakat ribut sikit-sikit,dan baju yang habis basah baru cuci tu, redha ajelah zizi!hantar dobi aje, senang.terus lipat,harum dan kering. duit kau kan berlimpah-limpah!

                                    gambar hujan lebat semalam.ini gunanya kamera,ambil peristiwa tak terduga


kasihan kepada cikgu-cikgu KH. biliknya rosak binasa. tak apalah,ada hikmahnya di sebalik semua ini. mungkin kalian akan dapat peruntukan yang menakjubkan selepas ini...

Rabu, 18 Julai 2012

MENCUNGKIL KEMANUSIAAN


 PERINGATAN:ENTRI INI MENGGUNAKAN LARAS SANTAI,KURANG SESUAI DIGUNAKAN DALAM FORMAT PENULISAN SPM,FAHAM ANAK-ANAK?

entri kedua hari ini. waktu dah menjangkau ke pukul 11.03 malam.  dedikasi khas untuk suhaila,sebab kamu rajin mencari sesuatu di ruang saya ini. terima kasih dan tahniah andai ada butiran berlian yang boleh kamu bawa untuk jadi harta termahal dalam perbendaharaan ilmu dan falsafah hidup. dedikasi juga untuk semua anak kesayangan saya di tingkatan 4 Sains 1,2012 walau mungkin kamu tak membaca tulisan ini.  dan dedikasi juga untuk semua mantan anak murid cikgu yang pernah merasai pengalaman  `10sen` dalam kelas Bm saya.

cerita kali ini mungkin berkisar 3 kisah,denda 10sen , kisah karangan semalam dan ujian lisan kita tempoh hari..bergantung kepada ketahanan mental dan fizikal saya malam ni. esok cikgu tak mengajar kamu, ada program di bilik PPSMI. tapi tolong buat modul soalan drama  `Cempaka Berdarah` ye.Pastikan semua buat,kesungguhannya macam 2 minggu lepas sewaktu kamu semua kena marah gara-gara tidak endah untuk ULBS!

ironi betul kan suhaila (lepas ni nama kamu ela...susah nak panggil panjang-panjang.maaf,kalau cikgu guna huruf kecil untuk nama-malas nak tekan `shift` atau `caps lock`. er,apa tadi?  oh,ironi.  ironi sungguh, seorang pun tak jadi `kawan` cikgu di muka buku sedangkan kamu 40 orang kan. tak tahu sama ada kamu takut,segan atau tak sudi..tapi itulah hakikatnya. atau kamu  semua segan kerana cikgu kata cikgu akan memantau kamu melaluinya? oh, cerewet sungguh cikgu ini,macam mak-mak!

memang cikgu cerewet,kerana cikgu bukan tunggul mati yang tega membiarkan kamu semua terlepas susila. apalah guna cikgu mengajar bahasa tapi tak pandai menjadikan kamu berbudi bahasa. Saya percaya,keputusan kamu  semua dalam peperiksaan mungkin begitu memberangsangkan,saya dah nampak potensi kamu,ramai dalam kelas ini, andai mengekalkan momentum yang sama InsyaAllah boleh cemerlang.  tapi itu cikgu tak risau. yang cikgu risaukan, bagaimana akhlak kamu,jati diri kamu,agama kamu, moral kamu?dapatkah kamu semua jadi `orang baik-baik` yang cikgu impikan, macam yang disebut-sebut oleh mahkluk Utophia dalam drama tadi?

harapan saya tak terlalu ideal.biasa-biasa saja. saya nak kamu semua menjadi manusia.yang boleh dimanusiakan. yang ada nilai. yang boleh menjadikan dunia ini lebih baik dari hari ini. kamu jadi khalifah Allah yang terbaik di muka bumi.memang cikgu bising bila baju kamu  semua mencolok mata, bila rambut kamu menggerbang,bila kamu bercampur gaul macam ntah apa-apa...kalau saya sebagai guru tak menegur, siapa lagi?orang luar?jangan harap kamu nak mendengar kan?

anak-anak...
cikgu pernah menjadi murid tingkatan empat satu ketika dulu. cikgu tahu rasanya jiwa remaja. cikgu tahu rasanya betapa bosan bila asyik dibebelkan orang dewasa. cikgu tahu rasanya bila jumpa kawan-kawan,seronok tak terkata.saya pernah lakukan apa yang kamu lakukan. atas kapasiti itulah cikgu banyak mengingatkan, hati-hati dalam bersikap.kerana banyak penyesalan yang tak boleh diundurkan semula. dan menjadi belenggu jiwa sehingga kamu dewasa.  kerana sayang, cikgu tak mahu kamu lakukan kesilapan yang sama.  kadang rasanya saya ingin biarkan kamu buat silap,tidak menegur apa-apa.biar pengalaman mengajar kamu bahawa hidup ini banyak perasanya. masam,manis,pahit,tawar,sedih,lucu,benci,dendam.semua perasaan itu berbaur,dan membentuk kita menjadi siapa di suatu hari nanti.

anak-anak.....

kamu semua tahu, rasanya semalam adalah hari paling berjaya dalam hidup saya dalam mencapai objektif tersirat pengajaran saya.Selama 7 bulan ini saya tertanya-tanya,dapatkah kamu sesuatu yang saya inginkan untuk kamu genggam. ilmu akademik itu pasti,tapi ilmu kemanusiaan,bagaimana?

tapi semalam cikgu sangat gembira. penyesalan cikgu cuma satu..kenapalah cikgu tak bawa kamera,untuk merakam wajah-wajah suci kamu dalam sedu sedan keinsafan itu?
tajuk karangan semalam,berjaya mencungkil hati nurani kamu semua.betul kan? sungguh benarlah, kematian akan menjadi peringatan bagi manusia yang lupa. subjek kematian,ada kalanya menjadi perkara taboo untuk dibincangkan,tapi sebenarnya falsafah di sebalik kematian memang ada impak besar untuk kita menentukan sikap selepas itu.

tajuk semalam -Catatan Hari terakhir saya.....  sungguh mengharukan. kamu saya paksa untuk membayangkan apakah pesanan terakhir kamu kepada orang-orang tersayang yang kamu tinggalkan. hayati,bayangkan,..mula-mula timbul kekeliruan,juga kelucuan.  Tai yun Xuan tanya cikgu.`cikgu,lepas kita tulis ni kita kena bunuh diri terjun bangunan kah?`
ya Tuhan, lucu betul kamu ni. takkanlah cikgu nak mengajar kamu bunuh diri. mati sesat nanti.  maksud saya, kamu perlu meninggalkan sesuatu untuk memberitahu seseorang yang kamu tinggalkan tentang perasaan kamu.tulis dalam keadaan seolah-olah kamu tahu esok kamu akan pergi buat selamanya,dan catatan kamu perlu ikhlas dari lubuk hati,luahkan perasaan kamu untuk orang penting dalam hidup kamu!

mula-mula mungkin agak susah.lama-lama...suasana mula menjadi sunyi. ada 2 pelajar yang menangis sambil menulis. Shuhada dan Khalisa. kemudian,bertambah-dari seorang,kepada seorang yang lain. Ela, kau menangis juga kan? Pei Zhen, Shi Min, Wan Sim, Ainur..dah merambu-rambu air mata keluar. Thiyagu yang nakal tu pun nampak menyapu pelupuk matanya. Fazdli juga.  Udzir, mula-mula kata tak boleh nak luahkan perasaan,cikgu paksa juga suruh tulis..tak lama kemudian cikgu nampak matanya basah!
cuma khoo Jing Yan yang nampak `blur`. atau dia tak mahu meluahkan rasa. dia pergi ke tempat Thiyagu tapi Thiyagu tutup-tutup buku dengan tangan,tak mahu dibaca!

cikgu kira, daripada 34 orang yang hadir semalam,17 daripada kamu menumpahkan air mata ketika menulis. syabas,tak perlu baca pun cikgu tahu,kamu sudah berjaya menulis dari lubuk hati yang dalam.

tadi saya sempat baca sepintas lalu (belum semak ejaan betul-betul,baru nak lihat ide keseluruhan) beberapa karangan. memang mengharukan. saya pula rasa nak menangis. begitulah, bila keikhlasan itu datang dari hati,tulisan itu masuk ke hati. terima kasih ela, menulis dengan begitu baik. pesanan untuk cikgu tu, aduh,terharunya. setakat ni kamu tak pernah menyakitkan hati saya, jangan risau. `dakwat pen cikgu belum pernah putus-putus untuk kamu`.






ini karangan Khalisa. saya sungguh bangga dengan kamu semua, yang bersungguh menulis . Khalisa sampai 1638 patah perkataan sedangkan sepatutnya 350 patah perkataan sahaja. kamu semua yang menulis bersungguh-sungguh ini, tak rasa penat kan, kerana kamu menulis dari HATI. untuk genre penulisan ini, sebab ia lebih mirip unsur sastera, tatabahasanya ada kelonggaran sedikit. nanti perhatikanlah serba sedikit pembetulan dalam penulisan kamu semua bila cikgu pulangkan ya.




baru 22 buah buku ada di atas meja saya. selebihnya?tolong hantar, jangan fikir cikgu tak kira siapa yang hantar siapa yang culas ya!nanti cikgu merajuk lagi macam 2 minggu lepas,nak?









sebahagian muka ceria kamu hari ini. amboi,semalam bukan main monyok lagi, merambu-rambu air mata keinsafan.kan!





eh,termasuk satu gambar Ding,kerana tulisan tercantiknya dia di sini. cerita ni masuk dalam entri lain lah ya. nanti muntah pula kalau membaca terlalu banyak, kan, makcik Suzen Jane!

dah pukul 12.15 malam. esok sambung lagi, insyaAllah..

Selasa, 17 Julai 2012

Hidung Tak Mancung,Pipi Tersorong-sorong!


funny pictures of cats with captions

entri ditulis sebagai melunasi janji untuk kongsi sekelumit kisah hidup yang mungkin serupa,buat mantan anak muridku,khairiyah.  juga buat tatapan yang sudi menjenguk lamanku ini dengan harapan kau menyedari kawan,beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya untuk memberi kita tahu bahawa PERASAAN TAK BOLEH DIPAKSA.

yah, cuba kau baca catatan hidup cikgu ini.agar kau sedar, kita tak boleh berbuat apa-apa untuk membuatkan orang menyukai kita. kalau kau paksakan juga,kau terpaksa hipokrit, meminta-minta dan merendah-rendahkan dirimu sendiri. ah,Yah,tak perlu buat begitu.kita punya kehormatan hidup yang tinggi.Allah jadikan kita setaraf.  yang membezakan kita hanya taqwa.  sungguh besar bezanya rendah diri dan merendah-rendahkan diri serta merendahkan diri. sifat rendah diri itu bagus,melawan sifat kesombongan. merendah diri itu bagus, kamu akan dilihat `low profile` tapi sebenarnya hebat.  yang tak bagusnya merendah-rendahkan diri..itu namanya macam kita beria-ia,tapi orang tak layan. macam tajuk entri itulah!

kisah bermula masa cikgu dah jemu dengan rutin yang sama selama 7 tahun. naik motor,pergi sekolah, mengajar,sakit kepala,balik,esoknya ulang lagi,dan lagi,dan lagi. masa tu kau tingkatan berapa yah,cikgu tak ingat. tingkatan 2 kut. comel aje kamu yah. cikgu terfikirkan takkanlah nak hidup setakat sijil perguruan. cikgu nak tingkatkan diri,maka cikgu mencari peluang untuk sambung ambil ijazah. cikgu memohon banyak tempat, akhirnya yay!!! cikgu dapat  sambung ke UiTM.  selepas 7 tahun penuh suka duka di tempat kita belajar banyak pengalaman hidup tu yah, cikgu pun pergi dari situ. membawa semangat untuk berhijrah.

peristiwa tu berlaku pada hari pertama pendaftaran yah. suami cikgu dengan setianya menunggu dari pagi sampai ke petang untuk urusan hari tersebut.jauh dari tempat sendiri, kampus tu sungguh asing bagi cikgu,dan semuanya orang yang cikgu tak kenal. yah,belajar semula selepas berkahwin lain rasanya. kita lebih banyak  masalah,terutama emosi untuk diuruskan. oh, alangkah hebatnya jihad mencari ilmu untuk membaiki diri,dalam keadaan sudah berkeluarga. jadi,kalau kau nak belajar lagi, sekaranglah, masa masih solo ni. tak banyak benda nak difikirkan.

fikiran berkecamuk,orang kita tak kenal.kekok...ah..hidup perlu diteruskan. duduklah cikgu dalam kumpulan tu, dengar beberapa siri ceramah dan penerangan.   masa nak buat urusan apa ntah, berkaitan penempatan ke gitulah, kami terpaksa turun ke satu bangunan lain. masa tu kami ada dua kumpulan, satu kumpulan multimedia,satu kumpulan art n design. saya kumpulan art.jadi tercari-cari kawan sekumpulan. saya terperasankan 2 orang yang sekumpulan saya.. terus nak beramah mesra,ya lah, sekumpulan... 

saya mendekati mereka, cuba-cuba ramahkan diri.mereka macam nak tak nak layan saya,entahlah. membosankan agaknya saya ni. kemudian, saya tak boleh lupa satu peristiwa ni yah,sampai sekarang..
saya tanya mereka..`nanti kat Batu Pahat kita cari rumah sewa nak?  duduk sama-sama.  ialah Yah, merantau tempat orang,kena cari kawan lah.  tapi yah, malunya saya...mereka tak jawab apa-apa, tengok saja muka saya tanpa reaksi.suka atau tak,saya tak tahu. malu saya yah,malu,...macam hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong!

mujur ada seorang kakak yang baik tu, masa tu kakak tu mengandung, dia gamit saya,dia kata` dik, dari johor kan?boleh tak kita duduk serumah, adik tolong cari rumah sewa. akak duduk Kelang`.ah, memang keserasian tak boleh dipaksa yah. ajaibnya setelah saya ditolak oleh 2 orang, saya diterima oleh seseorang yang sama mengharapkan seperti saya. keserasian saya dengan kakak tu terus terjalin, dan kami tinggal serumah semasa di MPBP dengan seorang lagi rakan yang ok juga.

yah, keserasian memang tak boleh dipaksa. selepas itu saya terus malu nak bercampur dengan mereka yang tak serasi dengan saya. saya pun tak mengharapkan apa-apa. saya tahu mereka ada mempersenda saya di belakang,kita bukan budak kecil yah.tapi saya kuatkan semangat. saya katakan kepada diri.perbezaan saya dengan mereka mungkin dari segi harta. yah, mereka kaya. sebab saya pernah  nampak kenderaan mereka, gelang tangan mereka yang besar-besar dan telefon bimbit sentiasa bertukar jenama.sedangkan saya, tiada apa-apa, kereta baru kena tarik, suami baru kehilangan kerja, duit gaji tinggal beberapa ratus,simpanan pun tak ada kerana kami baru berhabis sebab baru pindah rumah baharu.

oh, sebab saya ini sensitif orangnya, saya terasa sangat. tapi saya tak berhutang apa-apa dengan mereka. Alhamdulillah, saya tahu diri. saya berkawan dengan yang serasi. tak perlu pening kepala, tak perlu hipokrit .tak perlu menjadi orang lain untuk menyukakan hati orang. jadilah diri sendiri.

sekali peristiwa, masa final projek,saya `ter` satu kumpulan dengan dia. di bawah penyeliaan pensyarah yang sama,untuk buat tesis akhir. ah, bosannya, tapi apa nak buat. bila di bawah seliaan, kami perlu sering berjumpa pensyarah untuk berbincang.selalunya pensyarah akan setkan masa yang sama agar tak banyak kali jumpa,leceh. satu hari, saya terkocoh-kacah nak pergi temujanji dengan penyelia saya. saya duduk di tingkat 6 rumah flat tau yah, bayangkan betapa penatnya berlari-lari anak ke bilik pensyarah yang jauh di tingkat 2 bangunan kampus. lepas tu nak kena kuliah pulak waktu petang. jauh, dekat bengkel art di belakang kampus. dah berpeluh-peluh berlari tu, sampai bilik penyelia, seorang manusia pun tak ada.

sampai hati yah,dia tak sampaikan pesan pensyarah tu bahawa perjumpaan petang tu batal. penatnya saya, terus pergi bengkel untuk kuliah. baru dia terhegeh-hegeh jumpa saya,cakap `maaf,lupa nak bagitahu, Encik...... batalkan perjumpaan`. walhal, sebelum saya sampai bilik Encik......tu,di jalan,saya terserempak dengan dia, naik kereta dan saya berjalan kaki.maksudnya dia baru saja balik bilik  tu macamana dia boleh lupa?

saya sangat sedih dengan orang yang macam tu. Dia hanya buat sesuatu bila dia ada kepentingan. dan saya bersumpah bahawa saya tak akan bergantung apa-apa dengan orang yang tak sudi dengan saya.kerana sungguh hina rasanya diperlakukan seperti itu. saya tak tahu saya berdendam atau apa,tapi masa saya nak binding tesis tu, dalam perjalanan balik saya terima sms dari dia, tanya kat mana tempat saya binding tesis.saya tak ingin balas sms dia. carilah sendiri. dendamkah itu yah?

tapi Alhamdulillah, Tuhan itu maha kaya yah. dengan pelbagai dugaan yang saya harungi,macam nak menangis kalau nak diingat,saya berjaya dalam `perang` dekan. sepanjang belajar, saya dapat dekan lebih kurang 4 kali, dia...em...malas nak cerita.

bukanlah anugerah dekan tu penting sangat,tapi bagi saya besar maknanya kerana ia sungguh memberi keyakinan yang tinggi kepada saya, sesungguhnya, jika kita tak bergantung pada manusia,lebih-lebih lagi yang tak sudi, Allah lebih layak kita gantungkan harapan.dan Dia tidak pernah menyia-nyiakan harapan kita.

percayalah yah. tak hina kalau kita tak meminta pada yang tak sudi. kau tak boleh paksa orang sukakan kau, sama macam orang tak boleh paksa kita sukakan dia.

saya juga belajar tidak berharap terlalu banyak kepada sahabat-sahabat baik saya kerana saya juga tidak memberi apa-apa kepada mereka. tidak adil saya meminta sedangkan saya tak memberi,betul kan yah..mungkin mereka berasa saya kian berubah, tapi di sudut hati saya merekalah yang terpatri di hati. cuma saya menerima hakikat, saya tak punya masa untuk bertemu,untuk berborak selalu.saya tak ada isu sangat nak disembangkan. malahan pegangan politik juga mungkin berbeza hingga mungkin ada yang berjauh hati dengan kenyataan-kenyataan saya.bagaimanapun,kerana mereka memang orang yang baik-baik, mereka tetap menerima saya seadanya, seperti saya menerima mereka seadanya. saya sungguh percaya.

tapi yah, itulah saya.saya sudah belajar banyak perkara sepanjang perjalanan. kerana saya tak boleh nak mengubah orang. maka saya juga tidak  mungkin diubah oleh orang.

harap kau cekal menghadapinya. ingat yah, jangan sampai jadi  macam tajuk di atas tu....

Khamis, 5 Julai 2012

THE GREAT DEBATERS- bila pee em nak debat nih?

  hari ini baru berkesempatan nonton filem hebat ini,setelah hubby memuat turunnya hampir 4 jam.entah kenapa lembab benar line internet ni. nak kena tukar agaknya wimax ni.   malamni,tatkala ramai nak melihat `nenek` dan `atuk` menyanyi di pentas kilauan emas final,baiklah aku dan hubby menajamkan minda dengan tengok filem yang menjanjikan kecerdikan fikiran macamni.  diterbitkan oleh Oprah, diarahkan serta dilakonkan oleh Denzel Washington, memang mati-mati aku akan cuba mencari kebijaksanaan dalam filem mereka.

lazimnya Denzel tak pernah mengecewakan aku dalam apapun genre filem yang dia lakonkan ,walhal aku agak skeptikal kalau menilai. menilai dari sudut pandang aku, bukan sudut pandang orang yang belajar kritikan filem dan seni. aku hanya berbekalkan `rasa` dan `nilai` yang aku dapat,tapi rasanya memadai dengan tahap orang biasa seperti aku.

kisah benar,bagaimana seorang guru membangkitkan semangat anak muridnya supaya menjadi pendebat yang hebat.mereka semua negro, dan hidup dalam suasana perkauman yang sangat menyedihkan,maklumlah pada zaman 1930-an dasar aparteid (penyisihan bangsa kulit hitam-afrika) begitu kuat di Amerika. tapi dengan kekuatan jiwa, kebijaksanaan dan keberanian berkata benar, akhirnya mereka menjulang kemenangan ketika kemuncak perlawanan bertanding melawan pasukan Universiti Havard, (kulit putih)disaksi dan didengar seluruh Amerika.

tajuk debat ialah  tentang mana lebih mampu mengawal manusia,undang-undang atau moral. lebih kuranglah macamtu. pendebat havard tu cuma cakap ikut buku, tapi pendebat kulit hitam dari kolej orang negro ni, bercakap dari hati, betapa undang-undang tak berbuat apa-apa kepada kejahatan moral. dia beri contoh, dalam perjalanannya nak ke havard, mereka terjumpa insiden orang kulit hitam dibunuh,digantung dan dibakar hidup-hidup oleh segerombolan kulit putih yang jahat.

dalam kisah sebenarnya,pada umur 21 tahun pendebat yg ketika itu baru berusia 14 tahun dah jadi orang yang berjaya menubuhkan sebuah persatuan untuk kemanusiaan,seorang rakannya jadi menteri dan seorang lagi jadi peguam. kolej mereka menjuarai pertandingan debat 10 tahun berturut!

aku tertarik kata-kata semangat yang mereka hafalkan,tanamkan dalam hati. `siapa yang menjadi hakim sebenar?  ---Tuhan.----  mengapa ? kerana Dia yang menentukan kalah menang kita. -----jadi,bagaimana untuk menang? ...bercakap benar,dan dari hati......`..memang sungguh mengesankan. kebanyakan orang tak bercakap dari hati. sebab tu mesej tak jelas.

cuba perhatikan,kalau ada vvip yang berucap atas pentas kalau ada apa-apa majlis,sungguh bosan kan. korang tahu sebab apa?sebab dia cuma baca teks ucapan,yang disediakan oleh orang lain!

debat,bukan mudah. bukan calang-calang orang boleh masuk. setakat pandai auta tak ada fakta, memang boleh diketawakan orang. ia memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk mencari maklumat,dan menyampaikannya dengan hati,baru masuk ke hati.juga perlu orang yang berani bercakap. itu pun penting juga. pandai intonasi,pandai main psikologi...

memang betul debat bukan budaya kita, ia budaya barat. tapi salahkah kalau budaya barat yang baik itu digunakan?ke takut, nak debat tak berani sebab memang banyak sangat autanya?takut terbongkar rahsia,betapa banyak jahatnya?  budaya hedonisme,melalak-lalak dari budak kecik sampai orang tua ada aje penganjurnya,ada aje pesertanya, budaya kita ke tu?bergedik-gedik atas pentas, tergila-gila artis k-pop,budaya kita ke tu?kalau remaja tu aku boleh terima, darah muda, ini pemimpin,bergedik sama atas pentas dengan k-pop artis yang tak cukup kain. budaya kita ke tu?

ke, asyik makan roti canai kosong je.kesian, roti telur kedai mamak tak laku!

*aku menunggu saat yang hebat, debat ketua kerajaan dengan ketua pembangkang. siapa yang sama menunggu?

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com