Terdapat ralat dalam alat ini

Isnin, 31 Mei 2010

kenapa aku berkahwin dan memilihnya

catatan dibuat tepat 12 tgh malam, ahad, 31 /mei/2010.

apa nak jadi dengan aku ni. mood nak menanda kertas peperiksaan tak datang-datang.rasa nak berehat aje. mentang-mentang cuti 3 hari. masalahnya kalau tak ada mood, sebenarnya adalah dilarang untuk menanda kertas peperiksaan terutama bahasa melayu.dikhuatiri markah yang diberi ketika itu adalah markah tidak selayaknya didapati oleh calon, sama ada terlalu rendah atau terlalu tinggi.mmmm..masalahnya juga, kalau tak mula menanda,` masak` aku nanti, kelas ada 3, budak kira-kira 120, karangan seorang dah dua.120 x 2 dah 240.belum rumusan, prosa klasik, cerpen, sajak, peribahasa, tatabahasa,novel...arggghhhhh
kenapa aku jadi cikgu bm?

selalunya masalah akan selesai sehari dua sebelum date line.masa tu jalan pun dah macam budak baru hisap dadah.mengantuk, sakit kepala..macam-macam le..biasalah tu. tekanan akan kurasa sebagai satu perkara yang sungguh hebat bila aku berjaya mengatasinya.macamana hebatnya?entah, susah nak cakap. macam makan ayam kut.



tinggalkan cerita menanda kertas tu. aku nak cerita sebuah rahsia hidup.rahsia yang membentuk siapa aku sekarang.aku menulis entri kali ini kerana terdorong ingin berkongsi nilai satu perkara penting dari sudut pandang aku. Nilai perkahwinan. segalanya berpunca setelah aku membaca coretan guru sastera aku dalam entri terbarunya, susahnya nak kahwin.entahlah tuan , saya rasa tuan lebih banyak mempengaruhi saya dari sudut sastera walaupun kita bertemu di medan seni visual.tahniah juga kerana bakal menerima menantu baru tak lama lagi, terlebih lagi tahniah sungguh kerana menjadi orang tua yang berfikiran jauh, menentang arus juga tu...haha.
masa aku nak bernikah dulu, aku baru mengajar tak sampai setahun. ringkasnya , pertunangan aku sebelumnya berlangsung ketika aku masih belajar di UPSI.setelah aku dapat menilai betapa suamiku ini adalah intan dari banyaknya  taburan kaca yang melukai,

aku tekad menerimanya sebagai suami walau dia mungkin tak sekaya yang lain.yang penting, dia tak pernah melukai hatiku, menerimaku seadanya, jujur dalam bersikap, menghormati orang tuaku...

sebelum itu,sebenarnya aku menerima pengajaran yang sangat berharga. kerana kecewa dengan sikap aku yang lupa daratan agaknya, hubby ambil keputusan belayar ikut MISC. masa tu baru aku tahu erti rindu, kasih dan kesetiaan sebenar. bayangkan, aku tak tahu dia di mana, hari ini mungkin di Australia, minggu depan sudah di Jerman, 7 hari kemudian mungkin di  Mesir. hanya surat pengubat rasa, itupun 2-3 bulan sekali.barulah aku sedar, sebaiknya ialah mengahwini orang yang sangat menyintai kita, bukan yang kita tergila-gilakannya.telefon?mana ada telefon tengah-tengah laut tu.kalau ada pun telefon publik. kena tunggu berlabuh di mana-mana. nak telefon dia, ntah dia kat mana.nokia?LG?Samsung? apa tu?hm, yang namanya telefon bimbit itu hanya orang-orang kaya yang mampu memilikinya. masa tahun 1995-1997,sesiapa yang ada telefon bimbit bukan main berlagak lagi. cakap kuat-kuat, supaya orang jeling. kalau boleh, masa berbual tu, harap-harap asyik ada orang call masuk, supaya darjah cemburu orang semakin membara,haha.oleh kerana aku golongan tak berapa kaya, jadi tak ada lah telefon bimbit.sakitnya merindu...tapi itulah manisnya perhubungan, kejauhan menguji kesetiaan.

melalut pulak cerita ni.okey, balik semula.Kerana terlalu merindu, pada satu hari aku telefon mak hubby di kampung. rindu sangat, jadi dengar berita mak dia pun aku rasa cukup happy.(tentunya menggunakan telefon awam dan telefon rumah)tiba-tiba hubby yg angkat, aku rasa nak menangis kegembiraan.tak sangka hubby cuti. aku terus suarakan pada hubby ajak bertunang supaya ada ikatan,(pada hal dulu aku jual mahal)dia kata dia tak ada apa-apa,semekin.  aku tak peduli, ringkas-ringkas sudah.yang penting, aku terikat.
aku sebenarnya takut ada orang lain yang meminang aku selain dia. aku dah rasa ada sesuatu yang tak kena. aku betul- betul mimpi ular hitam yang besar datang nak belit dan patuk aku. kadang ular sawa pun ada juga.kan orang tua kata kalau mimpi ular ada orang nak pinang kita.nasib baik ular rattle snake tak de. takut juga dengan ekornya yang berdesir tu.. tak boleh jadi ni.aku mesti selamatkan diri.

jadi dengan ganasnya aku bincang dengan mak ayah di kampung.mak dah tahu sebenarnya aku berkawan dengan hubby, cuma tak tahu je sejauh mana hubungan tu.
Alhamdulillah, mak tak banyak cerita. satu yang aku sangat bangga dengan emak, dia tak pernah menyusahkan pihak lelaki yang datang nak meminang anak-anak perempuannya. segalanya ikut kemampuan dan budi bicara. emak memang sweet.susah nak cari orang tua yang memudahkan hidup anak-anak macam tu..akhirnya pada hari yang ditetapkan, rombongan abang datang meminang. aku kelam kabut betul.tiba-tiba mak abang tukar plan, tak jadi datang petang, datang pagi sebab ada hal penting sebelah petang. masa tu, aku tengah cari kunyit kat rumpun yang semak tu. habis kuning tangan aku.aku lari cepat-cepat tukar baju lawa pada pandangan aku dan duduk diam-diam dalam bilik.

berlangsunglah acara pertunangan seadanya.yang aku dapat dengar ada la perkataan bunga.merujuk pada aku la tu.majlis tu agak kelam kabut juga sebab selang 2 hari abang aku pulak nak kawin.maka sibuklah hari tu orang tebang pokok kelapa lah, apa lah. jadi  riuh rendah le majlis.kakak-kakak aku bertungkus lumus memasak kat dapur. hm, tak ada gambar pun .cuma ada satu gambar lepas tunang.mana ada kamera masa tu.tu pun aku tak ingat gunakan kamera siapa.nasib le ada juga.

rupanya memang betul telahan aku.masa hari abang ijam kawin tu, x- lama datang rumah dengan arwah abang long, abang ipar aku. x ni kawan aku sejak form 3, masalahnya mak tak berapa suka sebab jauh sangat.anak dia dah 2 kawin orang jauh, masuk aku kalau tak dah jadi 3.

kerana itu aku tak teruskan hubungan dengan x.dia pun kata ok saja. lama aku tak berhubung.aku pun pisah cara baik.ah, kisah budak-budak.lepas tu bebudak kabinet kenalkan aku dengan hubby.tapi aku sangat tak sangka, pada tahun itu(setelah hampir 10 tahun!) x datang dengan hasrat meminang...aku tak tahu apa jadi hari abang ijam kawin. mesti hubby terserempak dengan x. tapi mesti sebagai lelaki yang gentelemen mereka tak berparang pulak hanya kerana aku.siapalah aku.haha

aku tahu pun selepas aku kawin dengan hubby.aku korek rahsia dari kak siti.kak siti kata arwah abang long marah sangat dengan aku,tunang senyap-senyap .dia ingat aku akan kahwin dengan x.tapi Allah sayangkan aku. selama tempoh bertunang aku tak jumpa arwah abang long. kalau tidak mesti abang long basuh aku cukup-cukup kalau jumpa.sampailah masa dia meninggal dunia.tapi aku rasa aku tak salah.aku pun pelik kenapa x tak bagi tahu abang long yg kami dah berpisah secara baik.dah lama sangat pun perkara tu berlalu.jadi abang long fikir kami masih kawan lagi.abang long salah sangka...his,,,entahlah.

korang nak tahu, lepas sehari tunang tu aku bergegas ke UPSI semula untuk bantu urusan pendaftaran pelajar baru.aku yg offer diri. aku tahu, aku ni pemalas sikit nak bersosial.aku tak pandai kalau orang ramai sangat.masa abang ijam kawin mesti orang ramai..jadi, nasib baik ada program pendaftaran, sukanya aku.

lagi satu aku nak berlagak pada `kaca` yang melukai aku, aku nak buktikan bahawa masih ada intan yang sudi menyinari hidupku.jadi dengan kereknya setiap kali presentation, aku akan tayang-tayang cincin permata aku kat depan kelas.konon-konon aku betul-betulkan jari masa menulis.huh, puas hati aku.kau ingat aku tak laku ke ha......

lepas aje aku bekerja dengan gaji tak seberapa hubby pun baru kerja kat darat. juga dengan gaji tak seberapa.sebenarnya peluang lebih baik untuknya kalau di laut, boleh sampai jadi engineer.gaji pun kurang-kurang 7 -8 ribu.masalahnya tak sanggup ikat kontrak 13 tahun dengan MISC.buat apa kawin kalau kena duduk jauh-jauh sangat.jadinya dengan keadaan serba kurang, aku nekad saja bernikah.alah, duit boleh cari kat mana-mana.kebahagiaan kena bina.dah kalau sorang kat darat sorang kat laut apa cerita.macam asam dengan ikan pulak.

cukup ringkas, tak ada kompang, bunga manggar apa segala. aku pun malas nak pening-pening buat perkara bukan-bukan tu.adat ni banyak menyusahkan daripada membantu.dengan budget yang tak ada, berhabis ribu-ribu buat apa.baik duit tu buat persediaan tempuh hidup baru.

masa tu kak idah dan mak pujuk aku suruh sanding. dia sanggup sponsor.tapi aku tak nak.aku kata baik duit tu bagi aku yg baru nak hidup ni.hehe. jahat kan aku. mak mengalah.kawinlah aku dengan sempoinya.baju kawin aku sehelai aje.tu la baju nikah, baju khatam Quran dan baju hari kenduri. tempah pun kat kedai Haji Samad.kedai biasa aje.tak ada manik labuci.his, rimas lah.

aku terpaksa aje pakai baju kuning songket kat rumah mak abang. kecik hati pulak nanti kalau tak pakai.tapi kesimpulannya, bagi aku, lebih baik ikut sunnah saja. yang penting nikah.bergambar tu bolehlah, buat kenangan. tapi kalau dah tak ada budget janganlah berhabis di situ. membazir.

kalau aku jadi mak bapa, mungkin aku adalah mak bapa yang melawan arus. aku tak suka perkara remeh temeh jadi alasan perkahwinan tak dapat dilangsungkan. budak ni kalau dia cakap dah nak kawin, cukup syarat kawinkan saja.mereka manusia yang normal, ada nafsu.berdosa menyusahkan urusan anak muda yang dah berhasrat baik.janganlah kerana adat, hantaran, sanding dan apa-apa yg menyukarkan dan melibatkan kos menjadi penghalang untuk mereka .budak muda, memang tak berduit. kekayaan dan keselesaan itu datang dengan berkatnya perkahwinan. mana ada orang yang terus kaya raya dalam usia muda.kalau adapun macam kerabat raja ke, anak sultan brunei ke, kroni politik ke...lain la.ini kita bercerita tentang orang biasa, rakyat marhaen yang bergelut dengan hidup dan kenaikan minyak yang gila, kos barang naik, harga ayam, beras lembu semua naik...maka mak ayah perempuan pun macam orang kesurupan minta harga tinggi untuk hantaran anak perempuannya.contohilah emak aku, ikut seikhlasnya dan patut padan serta mampu pihak lelaki. kenduri jemput ikut budget sudah le..ini nak grand mengalahkan ziana zain.

sehingga aku memutuskan untuk berkahwin, aku berdoa pada Allah,andainya keputusan ini adalah yang terbaik untukku, kekalkanlah perkahwinanku sehingga syurga.janganlah timpakan aku dengan ujian yang kami tak mampu menggalasnya.bahagiakanlah hidupku sehingga akhirnya.aku meminta untuk dirahmati.aku takut neraka Allah.

aku tak nak bermaksiat di hadapanNya.aku rasa bersalah kalau berjumpa untuk makan sekalipun masa bertunang sebab aku belum ada ikatan,aku malu sebenarnya.(betul kata orang, pemakaian akan bantu kita bersikap.Alhamdulillah, aku dah tak pakai tudung rugged.aku rela pakai tudung labuh, bukan kerana sesiapa,tapi kerana Allah.jadi dah pakai tudung labuh,tak kan nak dating.malu,malu...) jadi aku tak ragu untuk berkahwin kerana aku sangat ingin dikasihi dan mengasihi.dengan cara yang suci. membina hidup yang baru, tak mahu satu pun coretan luka dan sakit dalam corak keluargaku sendiri. aku tak nak ulangi kesilapan-kesilapan dalam berkeluarga oleh contoh yang banyak kita lihat.aku nak lari dari rasa tak menentu selama ini.

membazir aje kalau aku berdua-dua belum kawin. kalau dah kawin, senyum pun aku dapat pahala. sapu rumah dapat pahala. masak nasi dapat pahala.pandang suami dengan sayang dapat pahala.berpegang tangan dengan suami, dapat pahala. malah dosa beguguran dari celah jari..cuba aku buat semua itu masa belum kawin, usah dapat pahala,masuk neraka lagi ada.jadi aku pun jelas dengan niat perkahwinanku.

sebab itu aku tak menyesal aku tak sekaya kawan-kawan yang lain. mungkin mereka ada apa yang aku tak ada tapi mereka juga tak ada apa yang aku ada.
sebab itu aku tak merungut(bukan tak pernah, pembohong la tu, cuma tak bising-bising)bila aku teruji dengan krisis kewangan yang sangat dasyat.gambaran dasyat itu ialah lebih kurang 6 tahun aku hidup dalam perit kewangan. aku sambung degree dalam keadaan gaji potong separuh, yang bakinya aku dapat setiap bulan cuma 18 ringgit.suami aku kena buang kerja, kilang tutup. cuba buat kerja sendiri, berniaga cakoi cukup ala kadar untuk makan.sambil tu hubby dengan tabahnya belajar buat website dan repair komputer sendiri. aku salute betul, dia tak give up walau aku dah give up kadang-kadang. dari zero, sekarang hubby jadi tempat rujukan member setaman kalau ada masalah komputer.kadang orang hantar repair seposen pun tak bagi .hubby senyum aje.kadang buat website macam nak gila, dah siap tak bayar pulak payment.hubby senyum lagi. aku yang naik gila.pun hubby senyum lagi.
pernah aku ada waja, tapi kena tarik depan mata sebab tak mampu nak bayar waktu hubby mula berniaga.nasib baik abang man ada kereta buruk proton yang dia tak pakai, jadi kami pinjam sampai aku mampu beli kereta sendiri.rumah aku dah nak kena lelong. yang paling sayu, masa tu abang nak pergi beli yis dan beli tepung nak buat modal buat cakoi hari tu. ada la seratus lebih. datang staf bank rakyat tuntut hutang abang. sampai masuk rumah .terpaksalah hubby bagi. sedihnya.....


tapi itu semua tidak mematahkan semangat. ia mengeratkan kasih sayang aku dengan hubby. mampukah kami bertahan, dapatkah aku berkorban.aku tak kisah gajiku habis untuk selesaikan urusan rumahtangga sementara hubby belum dapat kerja.kerja sendiri dengan ikhlas macamtu, hm..hanya Allah yang tahu azabnya.hubby tolong kutip duit syiling yang bersepah kat lantai.5 sen pun sangat berharga bagi kami.
tapi, bukannya mendung tak berlalu.kalau hujan pun berhenti. selepas hujan, pasti ada pelangi yang indah.

ujian tetap datang silih berganti. tapi aku rasa, dengan asas tujuan yang kuat kenapa aku berkahwin itu menjadi perisai daripada fitnah ujian.bukan tak pernah menangis, bukan tak pernah tergigit lidah. tapi cepatlah kembali kepada asal, kenangkan kenapa aku berkahwin, sedarkan tanggungjawab yang hadir dalam perkahwinan, segalanya akan reda.mana ada rumahtangga tak pernah bertengkar, aku rasa kalau ada pun mungkin pasangan bisu.
tapi, biasanya pertengkaran itu membaja lagi cinta selepasnya kan.

kalau ujian itu berlalu, maknanya kini aku meniti pelangi selepas hujan .aku tekad dengan hubby untuk bina kebahagiaan.makanya aku dan dia tidak pernah berkata kasar, tidak pernah memaksa, tidak pernah menghalang hobi masing-masing dan tolak ansur dalam urusan. tidak semestinya aku perempuan aku tak boleh bayar bil, beli itu ini dan tidak semestinya dia lelaki tak boleh tolong masak atau basuh baju dan kemas rumah.kerana kesesuaian masa dan kerja, aku sangat pro dalam urusan bil, rumah dan sebagainya, manakala hubby juga tak kekok atau malu tolong sidai kain, lipat baju, sapu sampah atau masak.

masalahnya, aku rasa pasangan yang krisis ialah yang tak berhati perut. macamlah dia sorang kerja, balik rumah isteri yang bekerja juga tunggang langgang menyelesaikan urusan, suami pula mengangkang baca surat khabar,tahunya makan tidur.anak menangis, tergamak dia panggil isteri suruh pujuk sedangkan dia senang lenang tengok tv.nasib isteri tak hempuk tv tu kat perut dia.
kadang ada juga isteri tak berhati perut, sibuk minta suami belikan itu ini,sedangkan suami tak mampu.ada gaji sendiri tak mau kongsi ringankan beban,memang bukan kewajipan, tapi kan berpahala. nak bawa ke mana pun duit tu.suruh suami buat itu ini.suruh boleh, tapi seni menyuruh kena kuasai. kan berbeza ungkapan`awak boleh tak kemas rumah tu sikit, tau makan tidur aje, saya penat awak tahu tak...blalallaa..boleh saja cakap dengan bijaksana`sayang yang baik hati, sudi tak tolong kemaskan suratkhabar yang bersepah dan kusyen yang terjatuh tu.nanti kita nak makan kan susah sebab rumah kita ni belum renovate,kalau dah besar nanti boleh le kut`......lepastu  satu penyakit orang perempuan suka berleter bila suami di rumah. ada berleter, tak ada berleter. neraka betul rumah macamtu.

jadi untuk keluarga aku yang dianggotai oleh hubby dan aku ini, ada syarat yang kami ikut untuk kekal harmoni. syaratnya ialah  KALAU KITA TAK MAHU BUAT, JANGAN SURUH PASANGAN KITA BUAT.
memang mujarab. aku tak berleter kalau rumah bersepah, hubby pun tak marah kalau diapun malas nak tolong kemas. nanti kalau dah sakit mata, buatlah sama-sama.kalau tak sama-samapun, siapa yang rela.aku sentiasa ada pilihan untuk masak atau tidak, untuk suka sesuatu atau tidak. tiada paksaan dalam perhubungan kami.

aku berazam untuk sama-sama menjadi lebih baik di sisi Allah sebelum kami dijemput pulang. biarlah bahagia di dunia dan di akhirat. rumahtangga syurga dunia. tapi kalau berkahwin itu umpama masuk taman neraka untuk anda, lebih baik jangan kahwin!

Selasa, 18 Mei 2010

setia sampai mati

catatan dibuat pada 17/5/2010.20 minit lagi pukul 12 tgh malam.


mata aku masih tebal, merah dan merembes gerimis sayu. sedih sungguh. kesetiaan yang tak terbanding.aku rasa mana-mana pun manusia didunia ini belum dapat menandinginya.
walau dia cuma anjing.walau dia cuma perlu goyangkan ekor dan sayupkan mata atau berguling-guling bila tuannya datang.
tapi kesetiaannya buat manusia seluruhnya  mendapat inspirasi.

hachiko lambang kesetiaan

setiap hari dia menemani tuannya sehingga ke stesen kereta api untuk pergi bekerja. pukul 5 petang, dia tunggu tuannya balik. sehingga pakcik penjual kopi dan penjual tiket juga akrab dengannya.setahun juga lah kemesraan itu buat mereka bahagia.selama setahun tuan-tuan, setiap harinya tuan si hachi ini menjalani hidup yang sangat indah kerana ada sahabat yang setia menanti dengan cinta luar biasa. oh, lupa aku nak katakan, tuannya adalah seorang profesor.

satu hari sang profesor panik bila tak nampak anjing yang bernama hachi ini menunggunya seperti biasa. sakitkah dia?diculik?dilanggar?mati?..oh...berdebarnya hati.serata tempat dicari tapi tak bertemu.
panik sangat.perkara bukan-bukan semakin difikirkan.merata tempat dicari tapi tak bertemu.resah betul hati profesor.tiba-tiba terdengar salakan hachi. rupanya dalam stor.rupanya terkurung.  terkurung dengan ketakutannya pada cuma  seekor skunk yang busuk yang menghadang jalannya!profesor tadi selamatkan hachi. diserkup skunk dengan kotak, hachi lari laju-laju. tapi tak sempat, kotak terpelanting ditendang skunk dan dikentutnya mereka berdua. busuk seluruh badan.
akhirnya profesor dan si hachi mandi dalam satu tub.isteri profesor tak terkata...hahaaha

beberapa hari selepas itu hachi tak mahu lepaskan profesor pergi kerja.dia dapat rasakan sesuatu.sesuatu yang bakal menyakiti kasih sayangnya.sesuatu yang merentap kegembiraannya barangkali. macam-macam taktik dibuatnya..ajak profesor pusing-pusing.ajak profesor main bola.walau selama ini hachi tak kisah pada bola tenis kuning itu.tapi kali ini hachi sendiri gonggong bola itu untuk memujuk profesor bermain,tak payah pergi kerja.ajak itu, ini...tak mahu berpisah.hachi buat perangai.tapi profesor tetap melangkah pergi.dia janji dengan hachi untuk jumpanya pada pukul 5 petang nanti seperti biasa..

oh, rupanya itulah pagi terakhir bersama.hachi macam dah tahu.cuma profesor yang tak tahu. prof mati di kelas kerana sakit jantung lebih kurang.
mulalah episod sedih kesetiaan yang tiada taranya.

jam lima hari itu, hachi berlari-lari ke terminal nak tunggu prof.tapi teman hachi si profesor tak muncul-muncul.tunggu lagi sampai malam. tunggu lagi,sampai tengah malam. sampai salji memutih.kedinginan menyeliputi  hachi. dia tak peduli.mana profesor?tadi janji nak jumpa lagi pukul 5.
matanya tepat memandang pintu terminal kalau-kalau temannya si profesor muncul.tapi hampa.

akhirnya anak profesor jemputnya pulang dengan air mata berlinang.itupun selepas tengah malam.selepas semua orang tidur.selepas terminal kosong.yang ada hanya hachi..rupanya hari itu hari terakhir persahabatan di dunia fana.profesor dah tak ada...

tapi hachi tak peduli. esok pagi dia akan hantar prof pergi kerja.tapi pagi itu anak prof yang datang ke kandangnya.masih dalam limpahan air mata.hachi tertanya,mana profesor?tak kerja agaknya hari ini...
rupanya si anak mahu ke pengebumian prof.hachi masih tak tahu.petang itu dia melompat keluar tunggu prof di stesen kereta api.kalau-kalau pukul lima petang hari ini prof muncul.hampa lagi.walau tunggu sampai malam

adeh,air mata aku dah berlinang ni.tak boleh tahan.bab kasih sayang ni aku cukup syahdu...

keluarga prof berpindah jauh dari tempat itu.bina hidup baru. bawa hachi bersama.sukar memadam kenangan.tapi hachi yang setia tak serasi ditempat baru.setiap kali mogok.tak suka cintanya diganggu.dia percaya prof akan pulang.
akhirnya anak prof mengalah.dibebaskan hachi mencari rindunya.setelah menjilat tangan anak temannya itu tanda kasih,hachi lari laju-laju.ke tempat yang sangat jauh berpuluh batu.ke stesen kereta api depan pintu terminal.tempatnya selalu menghantar dan menuggu prof ke tempat kerjanya.setiap hari.dari pagi sampai malam.bila dia nak tidur waktu malam, dia tidur di gerabak usang kereta api.tak mahu jauh dari situ.takut terlepas profesor yang dirinduinya.

musim berganti.bila sejuk, selimutnya salji.bila musim luruh,selimutnya daun .bila musim bunga, hachi berteman kuntum mekar yang luruh.tapi profesor tak datang juga.

sedar tak sedar, rutin hachi dah 9 tahun.setiap hari, selama sembilan tahun..tuan-tuan,sembilan tahun, bukan sembilan hari....

pilunya hati aku.aku menangis sungguh-sungguh.nasib baik hubby keluar ngeteh dengan kawan dia.kalau tidak mesti sama-sama sedih.heee..
hachi jadi lambang kasih sayang yang unik. penunggu setia.pencinta yang terluka. terluka kerana kehilangan. kalau setahun ada 360 hari, maknanya hachi menunggu tuannya yang dah tak ada itu selama lebih kurang 3060 hari tanpa mungkir, aduh...ya Allah, maha suci engkau mencipta mahkluk yang sedemikian sifatnya.

yang buat aku sangat tersentuh kerana ini cerita benar. tahun 1924.di jepun. kalau nak tahu,baca di sini.
kalau nak tengok movie, tengok movie ni.download la...yang penting, emosi aku sangat terkesan.sampailah sekarang ini.
moral story,:kalau ada antara kita yg mengetahui kisah hachi ini, satu hari nanti tergoda untuk curang terhadap pasangan anda, ingatkanlah wajah hachi sedang mencebik anda dengan katanya:SUNGGUHPUN AKU ANJING, AKU LEBIH MULIA DARI KAMU KERANA TAK PERNAH MENODAI KESETIANNKU PADA ORANG YANG AKU SAYANG,SAMPAI HUJUNG NYAWA AKU......PERGH...pedihnya.tapi apa salahnya jika dengan itu kita jadi baik....

Ahad, 16 Mei 2010

Eyes


One old man was sitting with his 29 years old son in the train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with alot of joy and curiosity. He was sitting on the window side. He went out one hand and feeling the passing air. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". Old man smile and admired his son's feelings. Beside the young man one couple was sitting and listing all the conversation between father and son. They were little awkward with the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". Couple was watching the young man in embarrassingly. Now its start raining and some of water drops touches the young man's hand. He is filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa". Couple couldn't help themselves and ask the old man. Why don't you visit the Doctor and get your son treated. Old man said," *Yes, We were from the hospital. Today my son got his eyes for the first time in his life".*

Moral of the story
**We must not come to any conclusion until we know all the** facts"*learn from the past, live in the present and work for the future.


oophs,,,,by the way, don't worry about grammar mistakes, the moral of the story is that, that matters!!

Jumaat, 7 Mei 2010

facebook dan dosa-dosa

aku ambil tulisan Ustaz Zaharudin ini untuk ingatan buatku dan rakan-rakan yang dikasihi...


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : Di Sini

Khamis, 6 Mei 2010

aku tak sokong malaysia bina reaktor neuklear,budus,budus...!

aku tak pandai nak menulis dengan satira.kali ini aku pastekan saja tulisan tukartiub,yg lebih tahu selok belok menulis bab ini dari aku.pokoknya, pemikiran aku, sama.
BAHAYA RADIOAKTIF TERHADAP BAYI



SELANGOR TIDAK SOKONG PEMBINAAN LOJI JANAKUASA NUKLEAR - malaysianinsider

Selangor tidak menyokong dan tidak akan membenarkan pembinaan loji janakuasa nuklear di negeri ini kerana berpendapat wujud sumber tenaga lain seperti tenaga solar yang boleh dibangunkan, kata Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim .

Beliau berkata Selangor juga bersedia mengurangkan penggunaan tenaga daripada segi lampu dan mengkaji teknologi baru yang menggunakan tenaga paling minimum daripada bergantung kepada loju janakuasa nuklear seperti yang dicadangkan.

“Saya rasa kita tidak perlu membuat lanjutan usaha untuk mempertingkatkan pengeluaran tenaga melalui loji janakuasa nuklear ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Isu pembinaan loji janakuasa nuklear ini serius dan perlu dibincangkan di Parlimen, kata Abdul Khalid, yang juga Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, sebagai mengulas pengumuman kerajaan yang memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

“Kita telah mempunyai satu loji janakuasa termahal yang dibina iaitu empangan Bakun... saya tidak melihat keperluan untuk membina loji janakuasa nuklear sebagai alternatif kepadanya,” kata Menteri Besar Selangor itu.

nota:

kerajaan selangor telah mengambil langkah yang tepat menolak usaha untuk mendirikan loji nuklear.

apa yang pelik ialah dasar ini tidak pernah dibincangkan di parlimen.

tukar tiub telah menulis awal lagi bahawa loji ini akan dibeli dari peranchis. ini adalah loji tangan kedua.

ini berlaku kerana najib ‘sedang dipau’ oleh peranchis. peranchis boleh ‘pau’ najib kerana kes yang bersabit dengan pertemuan najib dengan altantuya di restaurant di paris yang telah di umumkan oleh sepupu altantuya dimahkamah satu ketika dahulu.

pasti pihak risikan peranchis tahu hal ini. tidak mungkin lawatan pembesar dari negara luar tidak akan di bontoti olih DGSE – director general of external security – counter intelijen Peranchis.

yakinlah – loji ini akan diletakan di kawasan india atau china. sama seperti apa yang telah dilakukan oleh syarikat asian rare earth pada 1982 - kilang radioaktof ini mahu di pasang di bukit merah, papan dan parit perak.

syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear

lihat betapa licik syarikat laknat dari jepun ini. sengaja memileh tabung haji dan peniaga bumiputera – ini untuk mempertahankan kepentingan modal mereka. taik dan bahayanya ditinggalkan kepada negeri perak.

kenapa syarikat laknat jepun ini memilih kawasan majoriti china untuk mendirikan
kilanghnya. kenapa TIDAK DI DIRIKAN DI GINZA TOKYO?

jawabnya : kawasan majority china atau india ini dipilih kerana bila ada tentangan maka orang kampong dan penduduk china/india yang menentang projek ini akan dituduh anti-nasioanl tidak patriotik dan tidak setia pada sultan. percayalah pada ketika ini rancangan sedang berjalan untuk mengenal pasti kawasan loji ini.

ingat dimana loji pembakaran sampah hendak didirikan?

di broga : kawasan yang majoriti penduduk china.

ini dasar rasis apno.

ini dasar rasis - pecah dan perintah.

tukar tiub adalah blog pertama yang menimbulkan hal ini. dari analisa tukar tiub lawatan najib yang akhir ke peranchis pastilah ada membincangkan hal ini.

justeru anak muda - anak semua bangsa - wajib mula menyusun satu gerakan yang ampoh untuk menentang loji nukelar ini.

bayangkan buat stadium – stadium runtuh.
buat jalan - jalan runtuh
buat empangan – empangan runtuh
buat hospital – hospital runtuh
buat sekolah – sekolah runtuh
buat jambatan – jambatan runtuh

loji nuklear jika runtuh - bahayanya berjuta tahun

sellafeild
chernobyll
adalh dua contoh dimana loji janakuasa nuklear runtuh
hingga ke hari ini bahaya radio aktif telah menimbulkan
barah yang berterusan kepada warga yang duduk
beribu ribu batu dari kawasan itu. debu radio aktif
beterbangan dan bahaya yang dibawanya tidak tamat
hingga berjuta tahun.

nota:
pemimpin yang kena pau
amat bahaya untuk warga negara !

NOTA:

hanya ada dua tempat yang baik untuk
loji janakuasa ini didirikan:
satu di putrajaya
dan satu lagi di country height kajang kah kah kah



Nuffnang Ads


TUKAR TIUB BLOG PERTAMA MENENTANG LOJI NUKLEAR




BAYI MANGSA RADIO AKTIF DI IRAQ




BAYI MANGSA RADIO AKTIF CHERNOBYLL



NUKLEAR PALING SELAMAT JALAN ELETRIK – mStar

Tidak ramai yang mengetahui bahawa tenaga nuklear adalah sumber penjanaan tenaga elektrik yang paling selamat berbanding dengan sumber tenaga lain.

Timbalan Naib Canselor Universiti Perubatan Sains Masterskill, Profesor Proom Promwichit berkata, hanya 0.007 peratus risiko bagi penggunanya dan setakat hari ini belum ada kes kemalangan reaktor tenaga nuklear yang memberi kesan besar kepada tamadun manusia kecuali ia berlaku akibat daripada kecuaian manusia sendiri.

Beliau berpendapat bahawa cadangan yang dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai sumber alternatif bagi penjanaan tenaga elektik pada masa hadapan adalah cadangan yang bijak dan banyak mendatangkan manfaat kepada negara.

"Dari segi kepakaran sumber manusia kita tidak mempunyai banyak masalah dalam hal ini kerana kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepakaran tersebut namun kemungkinan besar kita mempunyai masalah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk bina reaktor kecil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KAH KAH KAH..

woit… INI KANG KONG SIAM DARI MANA PULAK NI…. kah kah kah..

kah kah kah… KAKI BODEK MANA PULAK NI…. kah kah kah…

kah kah kah… SETAKAT KANG KONG DARI UKM…. MANA ADA STANDARD….. kah kah kah..

kah kah kah…. STUDENT MOYOK…. PENSYARAH LAGI MOYOK… kah kah kah…

kah kah kah... UKM = UNIVERSITI KELUARGA MOYOK... kah kah kah

woit… KANG KONG SIAM PULAK DI GUNAKAN UNTUK TIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah…

woit… PANGGIL LAH MAT SALEH…. MELAYU LEBIH SENANG DI TIPU OLEH MAT SALEH…. kah kah kah..

woit… ORANG MELAYU PUN TAK TAHU TENTANG SELLAFEILD…kah kah kah kah..

woit… ORANG MELAYU TAK TAHU PUN TENTANG THREE MILES ISLAND… kah kah kah..

nota:
orang melayu pun tak tahu
najib telah kena pau oleh peranchis
itu pasal akan beli loji nuklear second hand dari sana
kah k
ah kah

Ahad, 2 Mei 2010

The Blind Side

catatan pada pukul 2.04 pagi, 2/2/2010Ahad.
mata belum mengantuk. semacam ada semangat tak mahu tidur dulu untuk menyiapkan tugasan yang patut. selebihnya menulis di dalam blog ini untuk santapan minda.begitulah selalunya kalau mindaku tahu esok hari cuti. semakin kuat pula untuk berjaga.
sementara ada kekuatan untuk menulis, ada pula rasa, maka aku akan menulis. bila apa yang kunyatakan ini datang dari hati, pasti masuk ke hati. ambil yang baik, tinggalkan yang buruk.

beberapa hari lalu, aku menonton filem hollywood.The Blind Side. lakonan Sandra Bullock.


tapi dari kaca tv. setelah mengerjakan hubby untuk muat turun cerita tersebut. hm, nasib baik hubbyku itu seorang yang penyayang. dia dengan baik hatinya mencarikan aku filem ini. walaupun akhirnya aku yang menonton seorang. hubby tertidur. haha.
aku tertarik nak menontonnya setelah melihat ulasan Faisal Tehrani. antara penulis dan insan seni yang aku minati, walau kadang aku berbeza pendapat dengannya. tak kisahlah. ini negara demokrasi.(walau kita tak boleh buat demonstrasi, nanti kena masuk bilik palang besi..haha.stop).

aduh, terharu jiwaku. melihat ada lagi dari barat yang karam moral itu sebuah cerita yang begitu bagus nilai insaniahnya.sungguhpun ia mungkin sedikit memaparkan tentang nilai agama kristian, bagiku biarlah manusia dengan kepercayaannya kerana fitrah manusia untuk bertuhan.soal agama, bagimu, agamamu, bagiku, agamaku.
Allah sendiri menyuruh manusia berkasih sayang. selebihnya, biarlah Dia mengaturkannya.
Filem yang sangat baik ini begitu memberi inspirasi dalam hidup aku.

kasih sayang mampu menyelamatkan seorang manusia dari lembah jahil, hina dan neraka dunia,menciptanya menjadi manusia hebat.
kisah benar seorang anak kulit hitam gelandangan yang diambil menjadi anak oleh seorang wanita kulit putih yang berhati mulia.ibunya pelacur tua yang sakit jantung,bapanya tak tahu siapa, hidupnya terumbang ambing dan lembam.diambil oleh seorang ibu kulit putih yang baik ketika terserempaknya membawa beg plastik berisi sehelai baju.(satu-satunya) pada waktu dinihari dan sangat sejuk hanya bert-shirt dan seluar pendek.

di asah bakatnya dalam ragbi, menggunakan kehebatan anak ini yang kekuatan dalamannya suka melindungi, akhirnya menjadi pemain ragbi tersohor amerika.
terkenang apalah gunanya rasis di negaraku ini.
semua orang bersangka-sangka. melayu  syakkan cina, cina syakkan melayu, india syakkan melayu dan cina..ah..berputar-putar.tak bolehkah hidup dengan harmoni.ya, penting untuk mengasihi bangsa sendiri tapi janganlah menanam kebencian kepada bangsa lain yang sama-sama hidup di bumi Allah ini. kebencian tidak akan berkesudahan dengan gembira.

tugas aku kadang berat sekali. memahamkan anak-anak muda ini supaya berkasih sayanglah sesama mereka. jangan jadikan bangsa dan agama sebagai penghalang. Allah menciptakan semua manusia berbangsa-bangsa untuk saling mengenal dan mengasihi sesama ibarat mengasihi diri sendiri..
kalaulah berjaya dihapus api kebencian, alangkah indahnya dunia ini.

lagi, dari filem ini aku mendapat nilai, betapalah dalam kebejatan sosial barat, masih ada manusia yang berhati malaikat.bandingkan dengan negaraku, oh, dalam keadaan kita menjerit-jerit kita negara Islam, kita terjerit ketakutan saban hari ada bayi cukup sifat di lubang jamban, tong sampah atau digonggong anjing.di manakah nilai hidup?

inilah akibat bila agama ada pada nama saja. sang penguasa, di tangan anda semua terletak tanggungjawab ini.Anda tidak mahu agama dilaksana sebagai pengawal nafsu jahat, maka terimalah akibat.
fikirkanlah sahabat, benarkah apa yang kita buat selama ini?`apa`itu meliputi banyak hal, anda semua bijak,fikirlah sendiri.

selain dari adegan kemesraan suami isteri (aku tak suka betul...tak perlulah sampai ke tempat tidur sebenarnya,)cerita ini sangat baik untuk tontonan anda.
aku mencabar para pembikin filem Malaysia, hasilkan sesuatu seperti ini.maka terjulanglah filem kita nantinya.percayalah. .

Filem IP MAN 2 :tak perlu seks sebagai pelaris

catatan ditulis pada 11.54 malam, 1hb mei 2010 (sabtu malam ahad)

sebenarnya aku baru balik dari tengok wayang. cerita yang sangat baik dari banyak segi, bagi aku dari segi martial arts dan moral valuenya.cerita cina. IP MAN 2.sinambungan dari cerita IP MAN.heronya Donnie Yen.
bukan sebab heronya.tapi, sebab kekuatan pengisian filem itu.nampak cantik dari segi lakon layar, pengarahan, angle kamera, tema,jalan cerita dan nilai murni.semuanya lah.sungguh aku beri 5 bintang filem ini.sementelah sekarang ini bersaing dengan Iron Man 2. cerita Hollywood.tapi ini jauh meninggalkan cerita hollywood. terserlah jati diri masyarakat timur didalamnya.budaya menyayangi segala yang dimiliki bangsa sendiri.menegakkan hak dan maruah bangsa dan budaya menjadi kekuatannya.

 `abang nak cari filem ni, nak tengok banyak kali.`.
`yelah, best sangat cerita ni`...aku mengapi-apikan hubby

aku akan suruh anak-anak murid aku terutamanya pelajar bangsa cina tengok cerita ni.menyedarkan mereka betapa pentingnya menghormati orang tua, sekalipun berlainan bangsa dan agama. selain aku tak bimbang tentang adegan yang bukan-bukan, aku nak mereka dapat didikan moral yang sangat baik dari filem ini.lebih nakal budak itu, lebih kuat aku nak dia pergi. kadangkala cakap atau teguran tak berkesan. mungkin cerita dari filem boleh menyedarkan. walaupun mungkin tak banyak, tapi aku harap ada.
kisah sebenar seorang guru seni mempertahankan diri wing chun bernama Yip Mun yang banyak berjasa memberi ilmu kepada ramai penuntutnya di merata dunia.yang paling menarik, dialah guru seni bela diri kepada bintang ternama Bruce Lee!

gambar sebenar seorang lelaki sebenar. Yip Mun.
bukan yang muda, tapi yang kurus dan tua itu!

Ini menyedarkan aku, dan  juga anda semua pembaca blog aku yang setia, sehebat manapun seseorang, hebat lagi gurunya.,yang mengajarnya secara sedar atau tidak bagaimana berperilaku yang perlu sebagai manusia.

nak cerita banyak pun aku tak pandai sangat nak menulis. tapi moral yang aku dapat dari cerita ini ialah, tak perlu tunjuk kekuatan walau kita sebenarnya kuat.hormati orang lain walau berbeza agama, bangsa dan budaya. tiada sesiapa di dunia ini boleh mengaku dia hebat.ada yg lebih hebat dari kita. setiap masa.

paling menarik, pada babak terakhir ketika dia menumpaskan juara tinju kelas dunia, dia mengucapkan sesuatu yang sangat indah.patut menjadi pegangan kita sebagai manusia
`manusia banyak berbeza dari segi pangkat dan darjat,tapi semuanya punyai maruah yang sama yang patut dihormati.kemenangan kungfu mengalahkan tinju bukan menunjukkan siapa yang lebih kuat dan hebat, tapi  menyedarkan bahawa semua orang punya maruah untuk mendapat hormat...`
begitulah lebih kurangnya.
filem melangkau batas agama, budaya, bahasa dan bangsa.
yang pentingnya,mata aku tak sakit kalau-kalau ada adegan seks yang memualkan. macam sesetengah cerita melayu. menyampah aku.cerita hollywood dah memang tentu.tapi kadang cerita melayu lebih melampau.lebih orang putih dari orang putih.

bila keluar panggung tadi, aku baru semacam tersedar yang aku dan hubby mungkin satu-satunya pasangan melayu yang tonton Ip Man tadi.haha. tak apa. bukan dosa pun tengok cerita bangsa lain.

apa?aku berlagak tak mau tengok cerita melayu?  oh, bukan berlagak. janganlah menghukum aku.cuma aku belum rasa berbaloi menghabiskan duit aku menonton filem yang entah apa-apa pengisiannya. produser filem tempatan patut buat filem yg baik sebagai contoh.kalau memang bermutu, tak perlu adegan bodoh tu, berlumba-lumba orang menonton filem anda.
buktinya?
aku dan hubby adalah pasangan bertuah terakhir yg dapat tempat duduk di panggung tadi.semua sold out!itupun tempat depan sekali. mana-mana bilik pun sama. 8.15 malam, 9.30 malam, 11.30 malam..semua habis. itupun terpaksa tengok di panggung apa ke nama dia, kat U Mall, taman U.(pertama kali sejak sekian lama baru aku tahu kewujudan U Mall ini..hehe..)nak online tiket semua tempat, huh, jangan harap. semua habis.

nanti korang kata pada aku..`kalau dah bagus sangat, buat la filem sendiri. nak kutuk aje filem melayu. macamana filem tempatan nak maju?`
maka aku akan jawab, penggiat filem melayu tak boleh marah, aku sebagai penonton berhak meminta dengan tingginya mutu filem yang nak disajikan kepada minda kita.kita membayar untuk menonton dengan harapan di samping berhibur,kita jadi bijak. bukan jadi lagi bodoh dan lembab. aku rasa terhina bila menonton filem yang buat lawak bodoh, memaksa aku untuk ketawa. contohnya sifu dan tongga. aku rasa nak marah bila orang ketawa terpaksa.bukankah itu satu pembodohan intelektual?

satu lagi filem yang dapat kutipan lebih 7 juta baru ni. Adnan Sempit. aku tak tengok wayang. aku suruh hubby download untuk aku. nak tengok juga apa yang orang kata lain dari yang lain.
pergh. aku menyumpah dalam hati. tapi terkeluar juga depan hubby. apa perlu adegan perempuan separuh bogel dikelilingi oleh lelaki jalang?nak tunjuk itu kehidupan mat rempit?
entahlah. yang pentingnya aku tambah menyampah nak tengok filem melayu.
aku fikir, pengarah filem kita perlu banyak belajar dari filem-filem iran, atau yang paling baru, IP Man. tak perlu seks sebagai pelaris.
bukan semuanya, tapi kebanyakannya.
buat yang terbaik, maka hasilnya anda akan dapat pulangan terbaik.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com