Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 30 Disember 2009

kenduri kawin mimi suraya

pada 25-26 disember 2009 kak long buat kenduri sikit untuk meraikan anaknya mimi suraya berkahwin. ala, buat kenduri ala kadar aje, sebab dah buat kat perak secara besar-besaran haritu. kak long pun ibu tunggal, jadi kitaorang pakat-pakat sponsor la. sponsor paling banyak tentulah kak idah sebab dia kaya. ha ha. aku tolong apa yang mampu je. bapak tumbangkan sekor lembu, tak payah le beli.
aku tak boleh tido malam rewang tu. letih sangat,walaupun aku mengelat kerana adik beradik paling lambat sampai iaitu pagi rewang. kakak aku semua dah berkampung 2-3 hari sebelum.semua tidur dah bersepah-sepah. sampai 4 pagi aku tak boleh lena.hubby tido dalam kereta sebab ngantuk sangat kena jaga ayam supaya tak dimakan apa-apa benda lah. 6 pagi aku dah terbangun, alang-alang mandi terus la.dah le badan aku kena gegata dah mandi pun rasa merenyam-renyam. kalau tak mandi terus,nanti dah siang berebut bilik air plak. adik beradik, menantu, ipar duai dan cucu cucu mak semua dah dekat 50 orang aku ingat. lupa nak bagitau, malam tu aku mandi kat rumah mak ngah (kak idah). ada lah 10km lebih jauhnya dari rumah mak. aku tak boleh tahan nak tunggu turn. balik dari mandi tu aku tengok hajar tak sempat mandi lagi, dah dekat 10 malam. ha ha ha.kalau aku tak pergi  rumah kak idah rasanya pukul 12 malam baru sampai turn aku.

pengantin sampai dah dekat pukul 12 malam kut. kesian, mesti letih sebab petang tu they all kerja. duduk kl, lepas maghrib terus drive ke johor. mmm kadang kita kena berkorban untuk menggembirakan orang lain kan. sapa jadi menantu aku besok tak payah risau, aku tak suka menyusah-nyusah buat hal remeh . buat kat dewan je la. katering. kan senag. (Hm, anti sosial sungguh aku ni..)

sebab aku berfikir agak luar dari gaya tradisional agaknya. aku ingat lagi masa aku kawin dulu. aku n hubby betul-betul happy masa nikah je. tak de `pengarah`yang banyak. simple, tenang. segalanya berjalan lancar kat mesjid. tapi hari kenduri sangat membosankan aku. banyak sangat kerenah birokrasi, caca merba, dari petang sampai 2 pagi aku sental periuk besar-besar dengan hubby,ada la 5-6 biji.nak pengsan rasanya. tangan hitam kena arang nasib baik inai kuat. aku tak terlayan anak-anak murid aku, kesian diaorang. tengahari esoknya pergi rumah abang pulak, petang tu sampai tengah malam sekali lagi menyental periuk besar-besar. hi,, tension aku. boleh je aku jual mahal duduk kat rumah aje tak buat apa-apa. aku kan pengantin. tapi tak kan la pulak aku nak jadi diva. tak reti la aku. kut ya pemalas pun tak boleh la meninggalkan persepsi negatif di hari pertama menjadi menantu. ingat tu ye murid-murid.

tapi tak pe la. semua tu memori. sebab tu aku dengan hubby tak suka benda remeh temeh ni. kenapa la hidup nak disusahkan dengan adat bagai. perkahwinan, nikah, majlis ringkas, dah le...tak faham aku. kalau ada golongan otai yang baca entri ni mesti mengamuk sebab aku vokal sangat kan. ha ha. aku memang jahat. tapi cuba korang fikir, betul tak?

cuba tengok perkahwinan artis sebagai contoh. kawin 2-3 bulan dah cerai. grand bukan main. kos berpuluh ribu, kenapa tak bahgia jugak? jawabnya keberkatan tak ada.
biarlah aku kawin dengan hubby macam koboi je. tak de pelamin indah.ada la pelamin kelakar je kak ct dan kuncu-kuncunya buat. ambik mana sempat je. tak de baju labuci. tak de kompang segala. alhamdulillah, dah masuk 12 tahun kehidupan kami sangat bahgia dan moga berterusan hingga ke syurga. bukankah itu yang kita semua mahukan dalam hidup ini?

nanti sempat aku hantar gambar sempena perkahwinan anak saudara aku ni ye.

aku gembira dengan tidak melakukan apa-apa

rasa seronok betul dapat menghabiskan cuti dengan tenangnya, iaitu tidak melakukan apa-apa, Setiap pagi lepas hantar hubby pergi kerja dengan pandangan penuh sayang di muka pintu aku punya sangat banyak kesempatan menghabiskan masa cuma untuk bertafakur, merehatkan minda dengan tidur dan membaca dan cuma buat rutin suri rumah. basuh baju, pinggan mangkuk, kemas rumah dan masak. selebihnya tidak melakukan apa-apa. oh, heaven sekali.

sebahagian orang suka jalan-jalan dan bersosial untuk hilangkan boring. sebaliknya aku akan boring bila terlalu bersosial. emm, maksud aku bila berada dalam kalangan orang yang banyak sangat. contohnya kalau sale kat shopping complex ke, kenduri-kendara ke.. apa-apalah, janji orang yang ramai sangat. bukan aku tak suka dengan manusia, aku masih normal. tapi entahlah. itulah ciri sebenar aku agaknya. suka sunyi. sepi itu indah kan.

boleh kata aku cuma bercakap dengan sorang manusia je bila cuti-cuti ni iaitu hubby. ha ha. tapi hubby patut bangga dengan aku, senang dia tak payah kawal. daripada aku suka merayap, bertandang rumah orang dan bergosip, adalah lebih baik aku duduk rumah kan. tak buat pahala pun sekurangnya tak menambah dosa. cuma aku sedar, kelemahan aku ialah sepatutnya aku aktif dalam komuniti tempat aku tinggal ni. sakit pening atau mati nanti mereka la yang jenguk dulu. penanda aras keaktifan aku hanya menyertai marhaban setahun sekali. kadang ada juga la pergi baca yasin. oh, apalah nak jadi dengan aku ni. moga-moga aku bertambah rajin pada masa akan datang. kang mati keras dalam rumah tak sorang tahu. dah, jadi kera sumbang, sapa suruh kan.

nanti kalau ada undangan yasin aku nak pergi la. dah miss banyak kali. abis, mereka buat masa aku balik kampung. camno?

Selasa, 8 Disember 2009

malasnya nak keluar tapi perut amatlah lapar!

aku kalau dah dudk rumah memang susah betul nak keluar. maklum, sarang cinta. kadang kak ani pun confius aku ada ke tidak dalam rumah. senyap je dari pagi sampai malam, tak keluar-keluar. nak terserempak pun masa jemur kain la. kalau hari tu tak jemur kain, memang aku menjadi misteri hidupnya.

entahlah. aku tak tahu ada ke orang macam aku ni kat dunia .aku tak le pendiam sangat tapi aku tak suka la bersembang-sembang petang gitu. aku happy betul duduk dalam rumah. mungkinkah warna hijau yang damai ini mempengaruhi mindaku? kalau kawan abang datang rumah aku, mesti rasa tenang aje sampai tertidur. dah banyak kali macam tu. psikologi warna kut.

memikirkan kaitan warna dengan emosi, haritu aku bercadang nak cat labry dengan warna hijau. tapi takut semua masuk labry tertidur pulak. akhirnya aku buat keputusan cat dengan warna kuning. ceria sikit. jangan jadi hyper aktif sudahle. aku tengah terfikir ni, siap ke abang nak buat sebelum dateline. sekarang hubby kerja tak tentu, hujung minggu pun kerja. bukan ot pulak tu... mmm. harap sempat le.

aku lapar sangat ni. nak masak rajin sangat. sorang-sorang ni leceh la nak masak. nak keluar beli makanan ah.. malas betul nak salin baju la, start kereta la, apa la..bla..bla... barang dapur pun dah habis. tunggu abang nak ajak pergi econsave dah lewat. dekat 9 malam kadang hubby baru sampai. his,,, malasnya.. biar la lapar. tak mati kut rasanya setakat 4-5 jam lagi...

Isnin, 7 Disember 2009

membebel

kali pertama aku berkenalan dengan peugeot masa kat rumah mak yongpeng, tengok cd cerita `taxi`. best betul kena tipu orang putih, main drift-drift guna peugeot. lama dah berlalu. tak de keinginan pun memilikinya.
tapi awal bulan 4 2009 kak jem meracuni fikiranku untuk beli 206. yang menariknya, tak payah muka, tak de interest... harga Rm61200. masa tu hubby selalu hantar aku pakai jca pinjam abang man punya.

aku rasa dah sampai masanya untuk aku berdikari. kalau tak mula, macamana nak berani. aku balik rumah terus cakap dengan hubby nak ajak tengok 206. tengok kak jem punya tak lawa sangat. bila pergi showroom, aku ternampak yang pakai lambang peugeot, bukan naza. ropanya nak lambang tu kena beli ori, 300. ah, aku tak dulik. kalau boleh suma aku nak tukar ori peugeot tapi tak boleh. tak boleh sebab aku terlampau kaya.heh heh.

tapi aku nak komplen sikit pasal naza ni. ni yang aku marah ni orang melayu kalau berniaga masalah betul dengan integriti. loya betul. kalau dah suku sakat.... tu memang macam tu la. aku taktau sapa yang kaki belit sebenarnya. tapi lantakla aku nak membebel. kalau ceo naza baca blog aku bagus juga, biar dia dengar dari pengguna sendiri. kata tak de duit muka, tapi kena bayar gak rm300. untuk koperasi hapa ke entah. lepastu masa dalam agrement kata aku kena bayar rm425 sampai 12 tahun. tup-tup bila potong gaji jadi 438. hampeh kebenda datang kena bayar lebih RM13.50. kak jem dah bising je. aku telfon naza. dia kata memang naza potong 425. aku tak puas hati. korek punya korek ada satu koperasi rupanya yang uruskan pinjaman dengan angkasa. 13.50 tu yuran dia la. aku hangin betul. tak boleh ke cakap terus terang, 425 tambah yuran koperasi 13.50. dah 12 tahun dari satu customer saja koperasi hampeh dapat 1300 lebih kurang. kalau 10k? tak berjuta?

orang koperasi tu kata benda ni dah bentang dengan ceo naza, tapi pelik kenapqa naza tak bagitau customer. aKU KUT GERAM AKU REPORT JE KAT PAPER. integriti tak diamalkan dalam perniagaan.bukan berkira sangat, eh, tapi aku berkira la sebab duit aku. jadi harga sebenar 206 aku ialah rm63k something la. hangin, hangin.

nasib baik le naza pengedar tunggul. eh, tunggal. kalau tak aku rasa aku cari tempat lain nak beli peugeot. kalau aku cakap macamni ada orang marah. nanti kata busuk hati tengok melayu berniaga. sori la kawan, aku ni kalau boleh biar melayu muslim semua berjaya dalam perniagaan. tapi melayu, tolonglah. perhatikanlah kelemahan bangsa kita dalam berniaga. jangan ambil mudah perkara bersangkutan menjaga hati pelanggan kerana setinggi mana pun anda, tanpa pelanggan anda tidak ada apa-apa!

panjang pulak aku berleter. ni nak bagitau, best betul bawa 206. tak sama dengan lain. hubby la yang paling kata best, best tak habis-habis.ye la. kami pernah ada saga, wira, waja. tapi 206 the best. cuma hampa sikit dengan qc naza yg tertidur, dan pengurusan naza yang pekak telinga.
entry aku ni macam fokus harta dunia aje kan. he he. tak de la. saja je untuk jadi penguat semangat berusaha lebih gigih untuk capai impian. impian aku ialah nak langsaikan hutang rumah, kereta dan bank, bagi mak banyak-banyak duit, tolong keluarga aku yang susah, tolong orang miskin dan simpan harta sikit untuk hari depan supaya hidup tak menyusahkan orang.
semoga aku diberi umur yang berkat, rezki yang halal dan hidup sejahtera untuk mencapai impian ini. kekayaan bukan matlamat, cuma alat.
kalau hidup pun merempat, macamana nak beri orang lain manfaat?

yeee, mari kita mencintai kerja kita. khas buat tanty, teman aku meluah rasa betapa tak bestnya kerja kita kalau tengah banyak kan... ooo, ko enjoy ye cuti ni. pergi genting la, pd la... hamboi.... takpe, release tension sikit. kalau tak macam sakit je muka kau. ha ha ha.... selamat berehat.

buang girlfriend olat pulak

oh kejamnya aku. tadi baru lepas letak bini/adik/ makwe olat pulak kat tempat aku letak olat tempoh hari. bezanya kali ini aku terpaksa buang babynya juga. sayu betul hati aku. tapi nak buat macam mana. tak pe lah. aku dah letak dalam kotak, bagi makanan banyak-banyak dan letak dekat belakang kedai yg tak ada owner. ada satu ruang buang sampah yang tak digunakan, siap mozek lagi. aku letak kat situ. mana tau kalau hujan malam ni dapat la berteduh mereka anak-beranak. tu pun kalau maknya tak bawa anak dia merata-rata.

biarlah malaikat tolong jaga. aku bukan bela kucing ni tapi suka sangat landing umah aku. suka curi-curi masuk rumah dan selongkar tong sampah. dah tu garang semacam. minta makan boleh menderam-deram macam rimau. hubby sambil membebel bagi juga makan kat belakang. aku kadang malas. biar la cari makan sendiri. garang sangat.

tanty kata baru baca cerita aku buang olat. nangis. tan, aku ni lagi la. berhari-hari teringatkan dia. tadi pusing satu round kut terserempak tapi tak jumpa. hubby kata dah bahgia la olat agaknya. kat sini banyak komuniti kucing. aku kata mesti olat dicalonkan sebagai jkkk yang baru . hubby ketawa. ye la. kalau serius sangat nanti berlarut-larut sedihnya.

ntahla. tanty kata kalau binatang suka datang rumah kita tandanya kita orang baik. ye ke. amin. masin mulut tanty.tak pe la, hidup ni macam-macam nak dilalui. ini sebahagian cerita. untuk pujuk aku, hubby cakap tak pe la mel, nanti kita kaya abang beli banglo, tanah luas berekar-ekar, hah, bela la kucing berapa banyak pun.aku tersenyum. memudahan. yg penting, aku berdoa kepada Allah agar semua kucing yg pernah memberi kasihnya padaku dapat bersatu kembali di syurga bersamaku. cek net, ika, udel, potet, olat, poteh dan banyak lagi tak ingat dah. i`m a cat lover!

aku cuba menikmati hidup secara maksima

aku dan hubby selalunya akan dapat sesuatu dengan `belasah` je. gamble kata orang jawa.mengidamkan sesuatu, berangan bertahun-tahun, sampai akhirnya detik tiba lantakle duit ada sikit je, ambik juga barang tu. dari beli rumah, kereta sampai ke tv lcd samsung yang patutnya gambar cantik tapi tak berapa cantik kerana mutu penyiaran yang belum tinggi.(hm, ada je point nak salahkan orang, kalau dah benci,... heh heh)

hampir semua macamtu. entahlah. hidup aku ni rancang-rancang sangat tak jadi pun. tapi bila rileks, pasrah dan redha aje nanti peluang pun datang. kadang kelakar pun ada. nasib baik la aku n hubby bukan jenis manusia yang skema sangat. lebih kurang aje la dengan semua yang berlaku. kecuali aku, ada sikit fussy kalau hak aku sebagai pelanggan dikesampingkan.abang, hmmm. redho aje semua yang datang. malas nak bertekak katanya. sebab tu Allah jodohkan aku dengan dia. sorang cool. sorang ada mulut sikit. kalau tak asyik teraniaya aje la agaknya selama jadi pelanggan. dah, hubby tu baik sangat tak reti nak komplen.

nak cerita sikit, hari tu lepas gaji aku ajak hubby pegi jcard sale kat tmn u. tobat aku tak pegi dah. tak kuasa aku bersesak-sesak macam tu. nasib baik la aku ada hajat besar yang dah tersimpan sekian lama. nak beli beg sembonia dan kasut camel!


ni la beg yang aku gilakan sangat.


pergh. puas memilikinya.macam sombong je rasa dapat pakai brand ori.


kasut baru camel aku. aku belanja hubby beli kasut larry. sebagai balasan hubby kena belikan aku peugeot 308. adil kan. haha.


tengok wayang. 2012 dan cristmas carol.



habiskan duit makan kat tempat mahal. dah lama sangat tak buat gini. heh heh.


kusyuk betul hubby dengan model vaio kecik idamannya.


asal ada spagetti aku order. maklumla orang itali.


hubby lebih continental dari aku. makanan barat segala ni dia la yang ajar. dulu aku pantang makan benda camni. macam muak aje. sekaang pantang jumpa. muahaha.


tak membazir kan. lapar sangat.


jus ni tengok harganya seram aku. tapi tak pe la. dah 3 tahun tak pergi kenny rogers. merasa kaya sikit. he he.

alamak, banyak lagi nak cerita tapi aku tengah pening ada kucing betina yang liar belakang rumah aku sudah buat onar. adake patut masuk bilik belakang siap bawa anak dia lagi letak atas comfoter. tak bleh jadi. nak pasang perangkap, nak letak kat pasar. aku tak larat la nak jaga. jaga olat pun aku dah letih.
nanti la aku sambung balik ye. bai.

terpaksa buang olat betul-betul.

minggu lepas, aku tak nak ingat harinya aku terpaksa buat keputusan yang menyentak hati nuraniku. aku terpaksa letak olat kat tempat lain kerana memikirkan banyak faktor. tapi faktor terpenting aku ialah menjaga hati jiran.


gambar olat terakhir sebelum sayonara..kakinya bengkak satu tu, terhencut-hencut jalan. tapi bila dah baik baru aku lepaskan olat. aksi manja lepas kenyang makan smartheart.

kalau kencing kat umah aku boleh tahan lagi tapi pagi tu aku ternampak setompok kek warna kuning, banyak pulak tu kat taman depan rumah kak ani. aku suspen aje. nampak olat, aku tengok punggung dia. macam tak de kesan je. aku rasa kucing jantan lain sebab aku dah pesan dengan olat jangan berak kat kawasan rumah jiran.
tapi aku terpaksa buat keputusan. kadang-kadang aku nampak olat membaja kat kebun sayur mini auntie depan rumah aku tu, kadang aku nampak dia nak buat aksi memerut kat rumput karpet kee sebelah rumah. pening kepala aku. hati jiran wajib dijaga. kalaupun satu ketika bukan olat yang buat, tapi dah orang tau olat makan kat rumah aku, malas la jadi gaduh pulak nanti.

malam tu lepas maghrib dengan hati yang berat aku bagitau hubby kena letak olat tempat lain. hubby tersenyum tak yakin dengan apa yang dia dengar. `betul ke?, tak sedih?... aku kata memang sedih tapi dosa menyakiti hati jiran. biarlah aku yang merana asal jiran aku bahgia. oh, baiknya aku sebagai jiran. heh heh.

lepas je olat makan maghrib tu, aku dukung olat, bobok dia, cakap kat dia auntie terpaksa hantar olat tempat lain. olat berak merata-rata nanti orang marah. nanti kat tempat baru buat perangai elok-elok tau.
olat pejam mata . aku cium-cium olat buat kali terakhir. aku tak tau la olat faham ke tidak.
lepastu aku masukkan olat dalam sangkar kecik. dia relek je. aku bagitahu hubby aku tak sanggup nak buat seterusnya, biar hubby buat. lepastu hubby bawa olat masuk kereta, dalam perjalanan ke tempat baru olat macam tau. dia punya bunyi sayu sangat. aku macam syahdu betul. hubby kata aku kena tabahkan hati.   sampai kedai titah, kami letak olat kat belakang kedai. tu pun hubby yang buat. aku tak sanggup. aku pejam mata. bila hubby dah start kereta , aku tanya olat buat apa? hubby kata olat tercangak-cangak nak kenal pasti tempat baru. aku tanya hubby, orang jual ikan tu agaknya baik tak bang, bolehtak dia bagi olat ikan sekor kalau olat minta?  hubby kata selalunya orang kedai tak kedekut nak bagi kucing makan. hubby pun sedih jugak tapi terpaksa.

setiap pagiku kini sunyi tak de olat mintak makan. tak de sapa nak gesel kepala kat kaki aku. tak de sapa nak mengiaw bising kalau lapar. aku sayu je kalau nampak makanan olat bawah singki. dah seminggu ni baru aku ada kekuatan nak menulis tentangnya. jaga diri baik-baik ye lat. kita jumpa di syurga. aku elakkan diri dari pergi ke Titah seminggu dua ni. takut olat nampak . atau lebih tepat aku takut nampak olat.silap-silap aku bawa olat balik.

itulah hebatnya kasih sayang kan..

aku bukan musuh proton

tulisan emo aku kali ini bakal mengundang pro dan kontra dalam batu jemala korang. haha. tak apa lah kan. pemikiran aku yang tidak mesra BTN ini sekurang-kurangnya memberi dimensi baru untuk korang berfikir. jangan jadi orang yang berminda `yes man` saja.


peugeot 308 turbo, kegilaan hubby dan sekarang, aku!

kami berazam nak dapatkan kereta ni setelah merasa pengalaman pahit manis dengan peugeot 206 aku.
bukan aku banyak songeh, bukan aku tak patriotik, tapi banyak perkara yang menjengkelkan aku berkaitan kereta nasional ni. aku faham dan sangat menerima, teknologi kita baru dan tak layak nak ditandingkan dengan peugeot ke, honda ke, toyota ke dan apa saja lah kereta di dunia ni. aku juga cukup arif tak semestinya kereta mahal tak bermasalah. 206 aku pun hari tu buat aku naik hantu juga sebab qc naza ni tidur agaknya. ada ke salur aircond keluar tak dipasang, tu sebab aku punya seat kat kaki driver basah semedang. body pun macam ada bintik nak karat kut. balancing out.chamber lari. aligment lari. dah hantar servis ntah apa mak nenek lagi la.

aku bukan mengagungkan kereta luar, tapi memang la aku tak beli kereta lain kalau ada duit lagi. aku akan beli peugeot. feel semacam. lepas saja semua kelemahan yang qc naza terlepas pandang itu dibaiki, memang seronok betul bawa 206 aku. hubby pulak mentang-mentang aku cuti, dia bawa pergi kerja la pulak. hahaa. tak pe la. mesti dia rasa best berbanding bawak JCA pinjam. nanti la sayang, bila kita da berjaya, hutang dah habis, dah bagi mak suma yang patut, kita beli 308 pulak nak? aku rasa itu perasaan orang yang pakai honda,  sama juga yang pernah pakai kereta jenama lain, mesti ada rasa nak kekal dengan jenama itu. semalam aku test drive honda city baru kat indahpura. sorry. aku tak teruja. tengok airmuka aku je hubby dah boleh teka aku tak de feel. aku nak 308 jugak. tak kira!

TAPI AKU RASA SAPA YANG  PAKAI KERETA PROTON, AKAN ADA CITA-CITA TUKAR JENAMA LAIN. KAN?

ala, jangan tipu la. dan alasan yang serupa aku rasa dengan aku ialah, bukan sebab tak patriotik, tapi sebab kita rasa macam hampeh dengan kerenah birokrasi.tapi kemuncak menyampah aku pada proton ialah sejak penipuan proton dalam pemilihan nama mpv yang hampeh. aku keciwa sangat bukan sebab tak menang. kalah biasalah, bukan main banyak peraduan aku masuk tapi tak menang. aku relek aje. dah bukan rezki kan.

tapi yang aku marah sangat ialah KENAPA EXORA JADI PILIHAN? jawapan bangang proton ialah sebab bukan nama binatang dan bukan nama bunga. maksudnya bukan apa-apa makna. hello, kenapa bodoh sangat?dalam syarat pertandingan kata nama mestilah tida kaitan dengan nama bunga atau tumbuhan. mesti mempunyai maksud tertentu.
kesilapan proton ialah:
1.   walaupun Exora bukan nama bunga, tapi satu dunia tahu ia hampir menyamai nama saintifik  bagi bunga jejarum iaitu Ixora.
2.   peserta `bertuah ` itu ada ke tulis makna Exora tu, sebab dalam kenyataan tahap baghal proton ialah exora dipilih sebab tiada membawa apa-apa makna. haduh, bodoh betul. nak bagi kucing nama pun ada makna, contohnya olat sebab kependekan dari nama coklat. putih sebab bulu dia putih. comel sebab kucing tu nampak comel. ini nama bagi sebuah mpv, yang membawa kepada unsur patriotisme, tak de makna apa-apa? sapa bodoh? aku ke, rakyat Malaysia ke atau panel pemilih proton tu?

3.   daripada puluhan ribu (rasanya dekat juga cecah 30 ribu penyertaan kalau tak salah), tak kan lah tak ada satu pun makna yang baik, nama yang cantik , BERMAKNA, dan berkarisma untuk sebuah mpv? boleh korang fikir jahat macam aku, ntah ke minah yang terpilih tu kroni panel proton, sebab tu dia terpilih walau penyertaan dia tu tak menepati kriteria? di mana keadilan untuk 29999 peserta lain?

isi utamanya ialah, KALAU DARI NAMA PUN PROTON BOLEH MENIPU DAN MENGINJAK-INJAK INTELEKTUAL RAKYAT MALAYSIA, APA LAGI YANG KITA HARAPKAN DARI SEGI KUALITI? TIDAK MUNGKINKAH KITA DIPERBODOHKAN LAGI. DAN LAGI. DAN LAGI.

omputih kata, `enough is enough` la proton. aku sumpah tak akan beli produk ni untuk mengajar proton erti integriti. erti kuasa pengguna. erti intelektual rakyat marhaen macam aku.hari hari dalam tv propaganda cakap pasal integriti. hampeh, hampeh! bencinya aku.baik tv1,2 dan 3 tulis satu lagi perkataan dalam promo, tv propaganda anda. macam komunis. puas hati. hahaha. aku marah ni...

itu belum aku cerita harga proton yang murah gila-gila kat saudi, dan mana-mana negara lain. lebih kurang 35k saja harganya. mutu memang class. kita pulak, harga mahal macam gaban, kualiti, sendiri rasa la pemilik proton yang patriotik.korang sendiri tau la kan. maknanya, kita terpaksa cover semula kos orang luar yang murah tu dengan harga mahal dan kualiti rendah kita. ada faham. cuba tengok ceo-ceo proton, apa agaknya kereta dia pakai? saga BLM? hm...

aku yakin , kalau kita semua mampu, kita akan beli kereta luar. tapi dek nak cover `hasil `sikap keparat segelintir penguasa yang terlibat dalam bisnes ini, rakyat menjadi mangsa terpaksa membayar kereta yang mampu beli, kereta nasional. apa tidaknya, cukai import kereta sampai beratus persen, pakai la kereta malaysia yang `murah` tu. cuba korang fikir sikit, mana ada negara di dunia ni jual kereta kat rakyat sendiri lebih mahal daripada jual kereta kat orang luar. I malaysia je. tak bangga ke korang semua.

kalau korang semua kata aku tipu, emosi, atau apa-apa je la, terpulanglah. aku kena berhati kering sebab tu aku luahkan perasaan kat blog. kalau tak mau terima pandangan orang, baik aku nyorok kat bilik aje.tapi, abang man (abang ipar aku) dah pernah cakap kereta proton kat saudi memang murah dan kualiti baik sebab dia pernah bermastautin kat sana.

sekarang hubby suka usik aku, comel ingat tak dulu masa baru-baru kawin kalau abang kata nak beli honda, comel marah abang, kata abang tak patriotik la, tak bangga dengan negara la... `cukup bang, cukup.. aku terus tutup telinga. dan hubby dengan jahatnya ketawa macam rosyam nor dalam filem melayu macam tanda kemenangan sebab ideologi aku dah bertukar nampaknya.

aku tak benci malaysia. aku bangga, aku sayang dan aku yakin produk malaysia sangat baik. yang celakanya ialah manusia kapitalis yang ada dalam pentadbiran dan ekonomi itu. punya kuasa tapi melingkup. rakyat didahulukan. pooodaah. aku akan tukar paradigma kalau orang-orang jahat ini bertukar. boleh? ye. boleh. people power. masa untuk berubah.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com