Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 28 Disember 2012

perjuangan berteraskan bangsa. relevan kah?

lama tak menulis. dah berlumut kepala ni. kemalasan berfikir buat aku semakin lemah. maka aku nak menulis lagi,dari perspektif aku.
 See full size image

semua berkaitan apa yang berlaku di sekelilingku. dan keputusan terbaikku,ikutlah cara nabi Muhammad SAW. tiada manusia sesempurnanya. maka perlu apa ikut-ikutan tokoh yang tak ketahuan arah tujunya?

aku agak sinikal bila ada yg bercakap tentang perjuangan berteraskan bangsa. jangan pula ada yang berkata aku melayu tak sedar diri bila bercakap begini. bukan aku tak sayang bangsa aku,aku bangga kerana aku terpilih menjadi orang berbangsa melayu,keturunan jawa dan banjar dan entah-entah nenek moyang aku di indo sana keturunan kraton-kraton. sapa tahu?

maka orang lain juga berhak bangga kerana lahir dari bangsa cina,yang mungkin keturunan hakka atau yang banyak lebih dari 10 cabang itu. orang lain juga berhak bangga kerana lahir sebagai manusia bangsa india yang mungkin banyak juga pecahan keturunannya itu.

yang aku tak setuju,bila perjuangan memartabatkan bangsa itu sampai merendah-rendahkan bangsa orang lain. ketakutan-ketakutan dan momokan jahat yang mencurigai satu sama lain. melayu curiga cina, india curiga melayu,dan begitulah kitarannya tak habis-habis.
kenapa?  sebab kita tidak mengambil iktibar bagaimana nabi bersikap. tak pernah sekalipun aku temui dalam sirahnya baginda berbangga-bangga dengan keturunannya sebagai arab quraish, yang keturunannya memang baik-baik.  baginda menyantuni semua orang tak kira yahudi, habsyi (orang yang berkulit sangat hitam,) golongan hamba dan macam-macam bangsa lagi.(kalau ada silap fakta  tolong betulkan).

aku penat bila ada kalangan orang di sekelilingku tak habis -habis dengan kecurigaan terhadap bangsa lain. tak kiralah ia bangsa apa sekalipun, kecurigaan itu adalah racun dan api dalam sekam. kalau kamu melayu beragama islam, kenapa tidak mencontohi nabi kita,berkawan baik,menunjukkan perilaku dengan adab yang baik dan iklas dalam persahabatan dengan kawan berbangsa lain. bukankah itu ajaran Allah, yang menegaskan dalam Quran bahawa Dia menciptakan manusia ini berbangsa-bangsa supaya berkenal-kenal dan berkasih sayang.

kalau kamu berbangsa cina,india,dayak,atau apa sekalipun, tentu ada nilai murni dalam kepercayaan kamu yang mendorong untuk kita berkenal dan berkasih sayang.

inilah yang patut kita amalkan. sesungguhnya Islam tak memandang kaum,rupa,warna kulit dan apa saja perbezaan fizikal. yang penting,takwa.marilah kita fahami,hidup ini tidak boleh sendiri-sendiri. kalau kita percaya bangsa kita saja yang layak dan terbaik di dunia, kenapa Allah tak jadikan semua manusia ni dalam kalangan bangsa kita saja?

siapa yang masih berfikiran begitu, banyak-banyaklah beristigfar, banyak-banyak lah tengok dokumentari tentang manusia dan alam. kau akan jumpa betapa ajaibnya ciptaan Allah bernama manusia, kau tak akan rasa sempadan geografi memisahkan kita. sesungguhnya kita semua anak adam,bersaudara. tu gunanya tv,bukan asyik tengok sinetron yang suka zoom in muka pelakon tu,atau drama korea yang mencairkan jiwa.

percayalah, parti politik dan ahli politik yang memainkan sentimen `sayangkan bangsa` semata- mata adalah oppoturnis yang kelemasan,yang dah nak tamat tarikh luput,menagih simpati dengan memainkan emosi.sikap mereka ini jelas tidak ikhlas,melihat apa yang mereka lakukan selama masih berkuasa sungguh tak relevan dengan apa yang mereka ucapkan. aku paling benci orang yang bermuka-muka,sungguh.kalau kita ikhlas berjuang demi kebenaran,kenapa harus perjuangan itu berlapis-lapis dengan sangkaan-sangkan?bercakap dengan kelompok ini, begini.bercakap dengan kelompok itu,begitu pula. bukan itu namanya munafik.

berpeganglah dengan firman Allah, sesungguhnya manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa untuk saling mengenal dan berkasih sayang!

Kasihan Anakku Damia

mia, kalau boleh mami tak nak hantar mia ke nursery. kalau boleh,biar mami jaga mia dari pagi,petang siang sampai malam,sampai pagi lagi besoknya. kalau boleh, mami nak mandikan mia setiap kali, menikmati senyuman manis mia setiap pagi,melihat sinar mata mia waktu nak mandi, mendengar celoteh mia yang nyaring dan entah apa biji butirnya, cebokkan berak kencing mia tak kira waktu pagi,petang,siang atau malam. kalau mami penat,tukar-tukar dengan bapak pulak.tapi maafkan mami sayang, mami belum mampu untuk buat itu semua. mami kena kerja, kerana bapak masih berhempas pulas mengejar cita-cita. mami tak boleh pentingkan diri sendiri..

kalau dulu adik suka sangat duduk atas kerusi ni. tapi sejak 2-3 hari ni adik tak suka dah. adik macam trauma,kerana duduk sini bermakna bapak akan hantar adik pergi nersery ,mami kerja sampai lama-lama baru balik, bapak pun kerja dan adik duduk kat tempat yang asing,orang ramai,semua adik tak kenal. 

masa mami hantar adik pertama kali,adik diam aje, adik macam tak ada apa-apa reaksi.petang, masa mami ambik adik,adik pun diam sangat,macam kejutan budaya. puas mami cakap-cakap dengan adik, dah sejam lebih sampai rumah baru adik nak cerita-cerita macam selalu.

bila malam,bapak dan mami rasa sayu sangat tengok adik tidur,adik macam sedih. sabarlah sayang, adik doa lah pada Allah cita-cita bapak kerja sendiri dan berjaya dikabulkan Allah,masa tu mami duduk rumah aje, jaga adik,tunggu adik membesar depan mata mami dan tak kan mami lepaskan sesaat pun.

tadi,masa bapak hantar adik, bapak cerita adik pun diam aje,bapak rasa kesian,tak sampai hati. mami pun bila ambik adik,adik duduk diam-diam kat kereta.mami sedih tengok adik macam tak ceria. tapi hari ni adik senang sikit mami nak pujuk. sekejap saja adik dah ada mood balik untuk borak-borak macam selalu.

tapi tidur adik terganggu. adik mimpi apa sayang, tengaah-tengah tidur adik nangis sekuat-kuat hati. mami pujuk,lama baru adik nak diam. adik macam memberontak. maafkan mami sayang,tadi mami stress sikit dan mami macam nak hilang sabar bila adik mengamuk.
mami janji, secepat yang boleh mami akan ambik adik kalau mami balik dari kerja. mami tak kisah kalau cikgu tak mandikan adik petang-petang,memang mami yang nak mandikan adik. mami tak mahu hilang nikmat membelaimu sayang. mami akan belek-belek seluruh badan adik,spot check apa yang patut. kesian anak mami,2 hari ni naik ruam yang banyak dekat badan. sabar ye sayang, adik belum biasa dengan suasana di tempat baru.

adik,masa dekat nersery adik duduk elok-elok ye sayang, jangan nangis-nangis, cikgu penat,bukan nak layan adik sorang. mami faham kalau cikgu tak dapat buat macamana bapak dan mami buat kat adik,sesungguhnya kalau mereka dapat tengokkan adik dengan baik, buatkan adik susu,tidurkan adik dan beri sedikit kasih sayang mami dah cukup bersyukur.

adik, ada sebabnya Allah menyuruh mami menunggu hingga berbelas-belas tahun. dan bila adik menjadi permata di hati mami dan bapak, kami sungguh-sungguh menghargainya, kerana Allah tahu,inilah masa terbaik untuk mami dan bapak memiliki mu.  perancangan Allah,terbaik buat kita semua. adik, mami sayang adik sangat,dunia akhirat. 

adik sangat comel dan lucu bila tidur mengereng dari belakang. mami suka sangat tengok adik macamni. tu,rambut adik belum tumbuh penuh,comel sangat macam botak separuh.



pipi adik melayut-layut kalau adik mengereng.mami akan cium sampai merah.haha.

lagi 7 hari adik nak masuk 4 bulan,adik dah rajin meniarap. tapi adik tak berapa rajin nak terlentang semula.nanti adik nangis kuat-kuat. manja betul kan adik.. tadi mami jenguk adik kejap,adik tidur meniarap dah. nampak selesa sangat. tapi mami risau juga takut adik sesak nafas pulak. jadi mami pun terlentangkan lah adik...                                                                                        




     
akhir kata,kalau adik dah besar dan baca blog mami ni, tahulah adik betapa mami dan bapak mencintaimu sesungguh hati. terima kasih Allah atas anugerah yang sangat bernilai ini. Damia Maisarah.

Khamis, 27 Disember 2012

jangan paksa-paksa

hari kedua meeting .sakit kepala. bukan sebab kerja. sebab yang bukan kerja. oh,aku sudah tua untuk mendengar kata-kata yang bukan sekadar kata-kata  seronoknya Tn Hj zainordin,beliau boleh bersara pilihan 2 haribulan ini. tahniah lah haji, selamat tinggal dengan dunia  yang banyak fokus keduniaan ini. dapat fokus ibadah pula. yang penting ketenangan minda!  oh,kalaulah aku ini di tempat Tuan Haji, apa yang aku buat saat ini ye?

meningkat umur,sensitiviti juga semakin meningkat. peka,perasa dan mudah menelah apa tindakan orang pada aku.sama ada telahan itu salah,atau memang betul,ia menjadi sebab untuk aku bersikap seterusnya.

memang Allah jadikan manusia bernama perempuan ini berjiwa sensitif. penyayang,tapi kehalusan rasa itu menyebabkan perempuan cepat tersinggung. dan akulah perempuan itu. mungkin juga perempuan di luar sana.

sekadar peringatan untuk diri sendiri, kehidupan ini memang memenatkan andai dunia saja jadi fokusnya..
perasaan tak boleh dipaksa-paksa. suka,benci,sayang,bosan,semua bersebab.entri malam ni kacau bilau.

Jumaat, 14 Disember 2012

Damia Maisarah:Tesco tempat tidur paling `ohsem`

mami buka suka sangat pergi Tesco.atau pergi mana-mana pun. mami ni `homely type` orangnya. kalau boleh nak duduk aje diam-diam dalam rumah lama-lama. tapi  sebab barang keperluan dah habis, mami ajak adik dengan bapak pergi Tesco.

macam biasa, adik betul-betul lena kalau tidur dekat pusat beli belah.adik pun tak tau kenapa. ni masa mami dengan bapak nak makan tengah hari,adik tidur aje diam-diam.seronoknya!






macam-macam sudut bapak ambik gambar adik,adik tak sedar pun. haha...tak sangka,tidur tempat riuh-riuh ni sungguh best.

kat Kulai ni sebut aje shopping compleks apa yang tak ada. Tesco,Mydin,IoI Mall,,yang pasar-pasar besar jual ikan pun banyak..besok-besok bukak pulak Jaya Jusco,selang 3 minit aje dari rumah mami ni. tapi yang mesra baby cuma Tesco dangan Jusco aje. kalau adik nak terBAB  (Buang Air Besar), kat tesco ada tempat salin lampin,cuma bunyi muziknya macam dalam disko. sakit telinga adik dan mami. yang paling best kat jsco lah. tak bingit. kat Ioi Mall rasanya tempat salin lampin tak ada. dah tu,kalau adik terBAB, mami nak salinkan kat mana?tu yang mami malas pergi ioi mall walaupun jaraknya 2-3 minit je dari rumah mami.
inilah otromen yang buat adik terkesima haritu. puas hati mami dapat ambilkan gambarnya,haritu cerita aje.otromen tu tergedik-gedik kalau kita masukkan duit. tapi,mami ada benda tak berapa berkenan kat stesen ni. sebelah kiri otromen tu ada mesin slot yang boleh tikam-tikam,nanti dapat teddy bear. bukanke itu judi?satu bentuk perjudian seawal anak-anak dah terdedah?  mami bilang,itu tak baik...
mami makan nasi lauk asam pedas.alhamdulillah,nikmat Allah bagi mami haritu.ohsem aje mami adik kan,kan.

bapak jaga adik sambil nak makan nasi lauk ayam masak lemak.ohsem kan bapak adik?

lepastu mami terjumpa mami sharmila,kawan mami yang dapat pindah perak.dengan anak kembar dia yang serupa sungguh..mami bilang,semoga mami sharmila bahgia di tempat baru. mami sharmila haritu datang tolong cukur rambut mia sama kawan-kawan mami lain yang ohsem.ada rezeki jumpa lagi tau mami mila...



okeh,mia tidur dulu.ada rezeki nanti,mia cerita pulak pasal cucuk semalam.adik mia ni sebenarnya tengah demam ni..






Khamis, 6 Disember 2012

Damia Maisarah (part 5)-umur adik dah genap 3 bulan..whoaaa..

semalam 5/12/2012. maknanya adik dah genap 3 bulan. alhamdulillah.terima kasih ya Allah yang Maha Penyayang,memberikan adik hidup yang damai dan dikelilingi insan-insan yang begitu mengasihi.

adik gembira sangat, bapak dah balik out station,adik suka,adik suka..tu,tengok,muka dik hepi kan.  baju tu ada 2 orng bagi,satu cik an,satu cik liza.cik an punya kecik sikit,masa cik an datang tu raya haji, adik kecik sangat lagi.sekarang cik an nak tau, mami pakaikan baju budak umur 1 tahun pun adik dah muat. pakai baju kecik nanti nampak pusat! seksi..bapak tak suka sangat adik seksi, nanti kata bapak biasa sampai besar..cik liza punya baju besar sikit. alhamdulillah,rezeki adik,2 baju dengan design yang sama,boleh tukar-tukar pakai! terima kasih untuk cik an dan cik liza ye.. mia pakai sempena 3 bulan umur mia. cantik tak mia?



ini gambar penuh adik pakai baju comel ni. sebenarnya adik dah penat ni,pipi adik dah leper,mami dengan bapak asyik cium adik aje. tu belum maklong,mak ngah,atuk,nenek,yuyut and semua -semua. hmmm.penatnya tau. sampai jatuh pipi adik ni. kadang mami suka tengok adik nangis, mami bilang adik kiut. adik pun bukan nangis sungguh-sungguh,takde air mata pun. nangis mintak perhatian. haha. tapi mami dengan bapak dah tau trik tu, mereka saja je. tapi sebab mereka sayang adik, layankan juga laa. lepas tu habis lagi pipi adik ni. nasib baik Allah jadikan pipi banyak daging kan,kalau tak macamna nak cium kan..

ni ha muka adik kalau nangis.comel jugak kan..mami suka ambik gambar adik,upload banyak-banyak. bukan apa, mami malas nak cuci,besok kalau hard disk rosak ke,komputer jem ke, sekurang-kurangnya masih ada simpan kat internet,betul tak.

mami kata kejap lagi nak upload kat fb. mmm.layan je la mami....



Isnin, 3 Disember 2012

Damia Maisarah-teman mami,bapak ke Tesco

harini 2/12/2012.alhamdulillah,masih bernafas adik di bumi Allah yang indah ini.mami bilang malas nak ke mana-mana,tapi mengenangkan 2 hari lagi bapak out station, mami patah kaki la nak keluar sesorang dengan adik. jadi mami rajin-rajinkan juga pergi beli barang keperluan harini.dengan adik,dengan bapak.



macam biasa,maksud shopping bagi adik ialah temankan mami dan bapak beli barang sambil adik tidur. yeye, seronok betul adik tidur walhal kat sini bunyinya ampun,macam apa ntah,bising sangat.

mami ambil gambar adik ni masa mami nak makan nasi. sebelah tempat makan ni ialah tempat permainan budak-budak yang bising betul. tapi adik seronok je tidur.

ni lah tempat orang/budak-budak main tu. masa mata adik celik (sesi lepas mami shoping,mami duduk sini lagi nak bagi adik susu) adik suka berdiri dalam pelukan mami,mata adik bulat tengok otromen besar warna putih tergedik-gedik bergerak.otromen tu sebelah kanan,mami lupa ambik gambar.tapi otromen tu sungguh menakjubkan adik. adik nangis sikit aje masa dalam stroller, tu pun sebab terkejut apa ntah. 

mami bilang adik anak baik yang sungguh fantastic sebab tak menangis langsung waktu mami berbelanja (habiskan duit bapak whoaaa....).gitu gini bila mami tengok jam adalah 3 jam gitu...tapi sebenarnya mami beli barang dapur. penuh troli tu, separuhnya semua barang adik!  haha. tak apalah..bapak kata nanti bapak cari duit lagi banyak-banyak untuk beli lampin ,susu,baju dan keperluan adik yang lain. sayaaaangg bapak..

inilah bapak adik yag ohsem tu. bapak best, suka ajak adik layan blues. bapak tak pernah marah adik kalau adik ngada-ngada. mami sebenarnya agak tegas sikit berbanding bapak.ngeeeee.(jangan bagitau mami tau)..agaknya sebab mami tu cikgu kut. bapak cool aje.bapak tengah tunggu nasik lauk asam pedas.


ini pulak mami yang ohsem. mami nak enterframe juga sebab mami bilang ni blog mami.....oklah mami....

mami buat muka comel sewaktu sedang suap nasi ayam. mami kata,alang-alang enterframe,masuk 2 keping gambar mami. ok lah mamiii...

ni lah nasi yang mami makan sampai muka mami comel sangat macam kat atas tu...mami kata Alhamdulillah,dapat makan sedap hari ni.

ni gambar adik yang tak pedulikan apa-apapun yang berlaku sebab adik dah ngantuk sangat. adik tidur dekat 3 jam. haha. mami pening,adik ni macam sosial,sedangkan mami ala antisosial. maksudnya,mami tak suka suasana bising,adik pulak makin riuh makin seronok tidur...


balik rumah,lepas mandi,minum susu,waktu malam,adik tidur aje sampai berjam-jam. mami kata adik penat sebab tadi shoping. oklah,cerita ada banyak tapi dah penat la. besok kita cerita lagi,inshaa Allah..






ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com