Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 23 Mac 2010

kezaliman membawa padah


dasyatnya tajuk entri kali ni. sebenarnya ni tajuk komsas prosa klasik tingkatan 5 . tadi baru mengajar budak kelas aku, 5P2. his. ntah sebab hujan sejuk ke, atau cerita aku bagus sangat ke atau gaya aku bercerita tu mempesonakan ke aku tak tau lah. tapi semua melopong senyap sunyi masa aku terangkan kisah ni sambil menconteng papan hijau dengan lakaran orang kena sula, ikan todak, betis dan sebagainya.
gelihati juga aku tengok budak-budak ni. aku tanya chee Yong, faham tak cerita ni? dia kata faham, siap boleh buat kesimpulan lagi. Ng Zer Ying pun sama, Lazarus juga. kalau pelajar melayu aku tak hairan, mesti faham. Sharfanie bagitahu `cikgu, cerita ni kan ada dalam filem P. Ramlee..`ooooo

ruginya tak bawa kemera. kalau tidak aku boleh postkan gambar budak-budak ni tekun mendengar. dan kirimkan sekali gambar papan hijau yang aku conteng tadi. ha ha.

kisahnya ialah berkenaan punca kejatuhan kerajaan melayu singapuraakibat dari kezaliman penguasa. sejarah tidak berbohong. sampai sekarang ni bukti sentiasa terbentang.
dalam cerita itu mengisahkan sultan yang cemburu dengan kebolehan Tun Jana Khatib membelah pokok pinang dengan kuasa mata saja. jadi permaisuri yang nampak peristiwa itu kagum lah sangat. sultan tak puas hati, tanpa usul periksa jatuhkan hukuman mati kepada TJK. Allah turunkan bala dengan singapura dilanggar todak.sebab apa? sebab sultan yang zalim, tak menyiasat dan membuat pertimbangan yang wajar sebelum jatuh hukum.
ikan todak

balanya ialah selepas itu beribu-ribu rakyat terkorban sebab raja yang `cerdik` sangat ni perintahkan rakyat berkubu betis. abis le luka-luka dan mati kena panah todak.
datang seorang budak kecil yang cerdik bagitahu sultan, `apahal le tuanku habis rakyat mati berkubu betis. kan ke elok kalau guna batang pisang. `sultan terfikir betul juga kata budak ni. maka digunakanlah batang pisang. dapatlah dihalang todak tadi. selamatlah singapura.

masalah baru timbul. ada yang tak puas hati dengan kepandaian budak ni. mereka ialah pembesar istana. dihasutnya sultan supaya bunuh budak ni takut besar esok rampas tahta raja pulak. sultan yang tak cerdik ni pun ikuuuut aje cakap orang kiri kanan dia.dibunuhlah  budak ni pulak.

bebudak kelas aku dah mengeluh.geram dengan jahatnya orang kiri-kanan pemimpin. geram dengan bodohnya raja. kesian dengan budak pandai tapi terpaksa mati sia-sia. wah. aku rasa seronok sekali hari ni. selama 3 bulan aku mengajar, hari ni aku rasa objektif tersirat aku berjaya. sangat berjaya. membangkitkan semangat bencikan kezaliman. semangat cinta kebijaksanaan. semangat benci kebodohan. Alhamdulillah.kiranya pengajaran hari ini memberi kebaikan hari esok untuk anak-anak ini, aku tumpang bangga.
bila sultan mati diganti oleh anaknya. anaknya ramai gundik. salah sorangnya yang sangat cantik anak Sang Rajuna Tapa, pembantu sultan. kerana cantiknya gundik ni, yang lain pun rasa dengki. difitnahlah perempuan i ni curang. raja pun termakan hasutan lalu hukum sula perempuan ini di pasar. SRT malu anaknya kena sula , berdendam dan belot lalu buka pintu kota untuk mudah kerajaan majapahit menyerang. tamatlah sebuah kesultanan dan kedaulatan negara. itulah akibatnya kezaliman berantai. akibatnya semua menderita. moralnya? jangan berlaku zalim kerana balasan tetap ada. jangan memfitnah, jangan dengki, jangan jadi bodoh!

semua perkara negatif yang menjatuhkan maruah manusia patut dielakkan.

walaupun nota yang aku dapat bagi hari ini cuma berkaitan tema, aku puas hati sebab aku rasa budak dapat `sesuatu` hari ni. kepuasan menjadi guru.itu yang aku rasa sepanjang hari.terimakasih Allah, menciptakan aku ada keupayaan berkata hari ini untuk memberi nasihat kepada anak-anak itu..

Ahad, 21 Mac 2010

kita minta apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu!

sebenarnya kata-kata itu aku petik daripada entri saifulislam, terima kasih kerana kekal dengan bahasa yang indah-indah dalam menulis.


sebenarnya mataku tak mahu terpejam. imsomnia ke aku ni. parahlah kalau begini gayanya sampai esok. masalahnya aku akan pening kepala kalau tak cukup tidur. lagi sekarang hubby belum sampai rumah. out station sampai kl, dari subuh tadi ni dah dekat nak subuh semula masih di mana suamiku. ya Allah, selamatkan perjalanannya.
aku merayau-rayau dalam facebook. hmm ramai juga kawan lama yang dapat ku jejak. `kawan` yang tak mahu terjumpa pun ada juga. oh, biarlah nostalgia itu berlalu. segalanya menjadi kenangan dan pengajaran .Ya tuhan, bila ku renung kembali perjalanan hidup ini, sebenarnya terlalu banyak mahuku. tapi Kau selalu menyantuni aku, memberikan aku apa yang aku perlu saja. tidak lebih dan tidak kurang. cuma aku yang masih kurang ajar, meminta yang macam-macam sedangkan permintaanMu agar aku mengingatiMu sering aku lalaikan. maafkanlah aku ya Allah. jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku.

hubby

anugerah Allah yang terbaik buatku. lelaki yang menyayangi aku seadanya, tak pernah menyakiti hatiku dengan tajamnya kata-kata, menyayangi aku dengan seluhurnya walau siapa aku dan bagaimana keadaanku sekarang. aku tak tahu andai aku berdegil dengan apa yang aku `mahu` melebihi kehendak Allah tentang apa yang aku `perlu`, mungkin aku tidak sebahagia sekarang. mungkin aku rasa rendah diri dengan kekurangan. mungkin aku menangis selalu kerana orang itu bukan hubby yang tak pernah sekalipun meninggi suara padaku. tak pernah mencari salahku. tak pernah menyusahkan aku dengan urusan rumahtangga yang aku tak sempat atau letih untuk membuatnya.
bersamamu aku cukup bahagia walau kita tak sekaya orang lain. walau kita tak ada yang orang lain ada, tapi mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga ini cukup mengharukan jiwaku. terima kasih ya Allah, mengurniakan aku suami sebegini, `dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

keluarga

aku ada mak, ayah, kak long dan adik beradik yang sangat baik,menyokong aku ketika aku susah dan senang. memang perjalanan dalam keluarga jarang yang indah-indah, pergolakan sentiasa ada, gelora selalu melanda, pertengkaran memang biasa,tapi mana ada keluarga yang sempurna? sementelah mak mungkin terlalu garang kerana tekanan hidup kami waktu kami kecil, jadi ruang untuk gembira sangat terhad buat emak.ada beberapa memori indah dulu-dulu. pernah satu ketika mak belikan aku kek hari jadi, mak gantung dekat tali tengah rumah supaya tak dimakan semut. gembiranya aku.mak buatkan baju baru masa aku nak pergi forum remaja peringkat negeri di kota tinggi. mak ubatkan kaki aku yang berkudis masa aku tengah tidur dan aku buat-buat tidur.mak, aku sayang mak sangat walau tak tahu nak ucapkannya. paling mengharukan masa aku kata tak mau sambung belajar tingkatan 6, sambil asah pisau toreh mak menangis dan bagitahu jangan berhenti sekolah. mak tak mahu anak-anak dia mewarisi kejahilan dia sebab tak sekolah kerana zaman yang susah dulu.mak selalu jadi tempat rujukan kalau aku susah dalam kewangan sedangkan sepatutnya aku yang tolong emak. oh Tuhan, ampunkan aku...

kak long sangat penyayang walau kami dah besar panjang macamni. setiap kali aku balik, macam-macam kak long masak, buat dan layan kami macam menatang minyak yang penuh. kami dapat rasakannya. begitu juga semua adik beradikku yang lain. kami tak kaya, tapi sapa yang perlu lebih dari rasa bahagia berada dalam keluarga. aku renung kembali, alangkah beruntungnya aku!
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

mak mertua dan keluarga

aku sangat bertuah punya mak mertua dan ayah yang sangat baik. tak pernah cerewet dan mengungkit kekuranganku. tak membezakan anak-anak yang kaya atau yang belum kaya macam kami. walhal memang ada jurang yang amat jauh antara abang dan adik beradiknya dari segi pendapatan barangkali. tapi mak cool saja. mak tak pernah aku dengar sindir atau sakitkan hati kami menantunya. aku sangat bertuah kerana tak semua orang dapat mertua macam aku. bapak lagi cool. ipar duai aku juga baik, tak sibuk hal tepi kain orang. oh, bahgia hidupku.
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

dan terlalu banyak keberuntungan hidupku. tak mampu ku habiskan semua. jadi ada baiknya bila aku melayarkan tangan ke ruang facebook untuk mencari kawan-kawan lama. mengetahui kehidupan mereka dari sudut pandang yang mampu ku pandang. gembira dengan kegembiraan mereka. rezeki masing-masing. aku mendapat diriku kembali walau mungkin pertama kalinya aku hilang sekejap. kecenderungan membandingkan hidup kita dengan orang lain adalah baik sekiranya kita ini berfikir positif. cari kekuatan sendiri, Allah maha baik kerana memberi kita peluang untuk menyerlah mengikut potensi.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Kau tak kabulkan semua yang aku mahu, tapi Kau beri apa yang aku perlu...Kau lebih tahu tentang aku dari diriku sendiri. terima kasih Ya Allah...

Ahad, 7 Mac 2010

bandingkan untuk keinsafan, bukan penyesalan!


baru sekejap tadi merayau di dunia maya menjejak teman lama. beberapa orang telah ke jumpa, liza aman, hawa bakar, jalal, saparina, adja dan ramai la lagi. emm, masing-masing dengan cerita sendiri. ada yang dah anak lima, ada yang masih sendiri, ada yang macam aku... hmmm. apa apa ajelah. yang penting bahgia , kan.
selesai merayau tadi, aku cenderung membandingkan kehidupan kami semua. ye lah, dulu sama-sama bersekolah, dalam kelas yang sama atau berjiran. tapi pengalaman, guru, subjek, aktiviti, semuanya sama saja. yang membezakan aku dengan mereka mungkin sebab aku ni degil sikit. skandal kuat. ha ha. tak sangka kan.
tapi perbandingan ini akan aku positifkan akhirnya. cuma belum sampai `rasa` nak menulis dengan betul. mungkin sekejap lagi.

aku tak pasti apa yang aku rasa sekarang. banyak perasaan yang tak dapat kutakrifkan rasanya berkecamuk dan meruntun perasaan. hubby sekarang ni tak ada. balik kampung betulkan kereta . aku ada banyak masa untuk menulis hari ini. tapi aku nak selesaikan beberapa perkara dulu seperti mengemas rumah dan sidai kain baju. insyaAllah, sekejap lagi aku datang lagi untuk berkongsi rasa dengan kamu, yang aku sayang kerana menyayangi aku!

kepada pencinta bahasa dan anak-anak murid kesayangan


tulisan ini cikgu tujukan kepada semua anak murid yang tersayang, sebagai peringatan berkaitan bahasa.
kebanyakan penulisan cikgu dalam entri yang lain tidak menggunakan bahasa melayu baku dari segi sebutan, ejaan atau susunan ayat. cikgu sudah beritahu dalam satu entri yang awal dahulu bahawa laras bahasa yang cikgu gunakan dalam kebanyakan entri adalah laras santai, bukan laras bahasa yang sama dalam mata pelajaran  bahasa yang kita belajar selalu.
oleh yang demikian, kamu akan jumpa banyak perkataan bahasa harian contohnya'tak nak', 'ntah le',hubby', 'korang' dan sebagainya.

jangan gunakan bahasa ini dalam penulisan formal ketika karangan atau tatabahasa, tolak markah!
gunakan laras berbeza mengikut kesesuaian tempat dan tujuan.

untuk kevin, perkataan mengecewakan untuk merujuk cerita cikgu yang kamu komen itu kurang tepat. lebih tepat gunakan perkataan pengalaman yang menyedihkan.

semoga tidak keliru dengan laras bahasa. selamat membaca!
terima kasih kerana rajin membaca blog saya. rindunya saya pada kelas 4T3. jumpa kamu semua selepas bulan 5. adakah kamu semua rindu pada saya?

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com