Jumaat, 30 Oktober 2009

apa erti persahabatan sebenar.

Iris pernah bagi aku kata-kata hikmat yang lebih kurangnya begini:`sahabat itu tidak dikira dengan siapa yang datang dulu atau sampai kemudian, tetapi yang paling setia tak pernah meninggalkan kita walau apa keadaannya.`..
betul kata Iris. aku dah berusia 35. ramai orang dah kutemui. ada kawan ada sahabat. tapi aku bersyukur pada Allah mengurniakan aku ramai sahabat. walau kadang perhubungan itu terputus akibat jarak dan masa, tapi segala kenangan berbekas di hati. aku rasa sahabat yang betul-betul hanya mahukan ikhlasnya persahabatan adalah orang yang berkawan dengan kita sejak kecil dan teman di bangku sekolah. kenapa aku katakan begitu?

sebab persahabatan ketika itu dibina ketika masing-masing tak punya apa dan tak tahu apa potensi atau kerjaya kita akan datang. masing-masing dengan uniform yang putih, seputih hati dalam persahabatan.duit sama-sama pokai, muka sama-sama comot, otak sama-sama pening... tapi keserasian mengakrabkan hubungan.

mungkin aku bukan orang yang rajin hubungi sahabat-sahabat aku. tapi kalaulah mereka tahu hatiku selalu ingat mereka, ingat saat-sat indah dan memilukan bersama. kongsi suka duka. sangat mengujakan ingat segala kisah lalu. maafkan aku sahabat andai aku malas menghantar sebaris sms pun. tapi nama kalian tetap tertanam diruang hatiku.

aku melalui hidup yang pelbagai fasanya. suka duka sering berganti. banyak sahabat yang setia hingga kini menemani aku meniti kedewasaan.
nanti ada masa aku cerita tentang mereka.

Jumaat yang berkat

aku suka mengajar pada hari Jumaat. aku rasa aura ketenangan mendamaikan jiwa budak-budak ni. setiap jumaat kami adakan budaya Al-Quran dan Moral dari 7.30 pagi sampai 8.05 . pengisiannya macam-macamla, tapi selalunya ustaz bagi tazkirah. atau paling tak pun baca yasin ramai-ramai. masuk kelas senang betul nak kawal. tak le membrutal macam selalu.

tadi aku bagitau kelas 5P1 betapa aku suka mengajar kelas mereka hari jumaat. tenaaanng aje. mereka pun tahu hati dan jiwa mereka tenteram lepas tazkirah pagi. lagi seronok kalau ustaz Tuan yang ceramah. aku rasa ustaz ni mesti banyak sembahyang malam. kata-katanya sedap didengar, tak payah marah-marah jerit-jerit macam kita orang budak ikut aje cakap dia. kalau bagi tazkirah pun menusuk ke hati. oh, jeles betul aku.moga aku akan bertambah baik sebelum dijemput pulang.

harini belajar sajak`Derita Pertama`. kisah nabi Adam tercampak ke dunia. bagus juga tajuk ni terus aku sambung tazkirah santai dalam kelas. 3 perkara aku ingatkan budak hari ini ialah jaga percakapan ketika nak minum kerana air merakam getaran baik atau buruk. 70% badan kita adalah air. kalau buruk aje yang masuk apa kes?
kemudian aku ingatkan supaya selalu selawat kepada nabi S.A.W dalam susah senang sebab tidak ada manusia yng kasihkan kita seperti nabi kasihkan umatnya. ubat hati tenang. lagi satu aku pesan kat budak kalau nak hati bahgia, tengok orang yang duduk di bawah, jangan tengok orang yang di atas kita. hidup sentiasa tak pernah cukup.

kadang-kadang aku pun tak tau macamana aku boleh tertazkirah bebudak ni. baik-baik cerita puisi, macam-macam cerita nanti datang, bebudak pulak menganga-nganga masa aku bercerita. aku pun sangka mesti cerita aku best la.tapi memang best pun agaknya. jadi kepada sesiapa yang minat nak jadi cikgu, pastikan kita ada banyak pengetahuan am yang luas. kena banyak baca buku berbagai genre, kena tengok national geographic ke, discovery ke. apa saja yang anda mampu. budak sekarang advance. kadang soalan yang dia nak tahu tak terjangka akal kita. dan zaman sekarang jawapan hendaklah kukuh kerana kebijaksanaan kita tercermin di situ.

harap-harapnya walaupun cerita -cerita kami tadi agak terkeluar dari topik, mudah-mudahan mereka ambil yang baik darinya. tugas aku mendidik, bukan hanya mengajar. salah didikan aku, nerakalah jawabnya. besar tanggungjawab aku. tapi aku bahgia andai mereka berjaya di dunia. dan di sana...

Jumaat, 23 Oktober 2009

masihkah mencintai

ronda ronda saifulislam, jumpa artikel yg sangat mengingatkan aku. anda bagaimana?



“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.
“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.
Wajah suami menjadi kelat.
Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.
“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.
“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.
Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.
SEMUSIM TELAH BERLALU
Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.
Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar  antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.
Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.
Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?
Arahan?
Suruhan?
Permintaan?
Larangan?
Kritikan?
MINIT-MINIT PENENTU
Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.
“Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.
“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.
“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.
“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.
Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.
DIALOG PEROSAK
Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:
“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.
“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.
“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.
“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.
Suami hanya menjeling di hujung mata.
“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.
Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.
“Agaknya” balas isteri.
Suami terus memerhatikan trafik.
Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.
Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.
Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.
RAFAS DAN JANGAN RAFAS
Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.
Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.
Jika negatif ia bernama lucah.
Jika positif ia bermaksud intim.
Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.
Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!
Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.
HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’
Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?
Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.
Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.
“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.
“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.
Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.
“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.
Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.
Sama jugalah dengan sang isteri. Andaikata perkahwinan yang dibina tiada kena mengena dengan soal paras rupa sekali pun, berilah galakan kepada suami untuk berhias. Tidaklah sampai bersolek pula, tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang kemas, rambut bersikat, janggut dikemaskan, bulu ketiak dan kuku dipotong, serta tubuh badannya diberi galakan agar maintain dan tidak terlalu membesar.
TELADAN NABAWI
Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.
“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.
Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”
‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”
Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”
‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:
syair-abu-kabir
Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]
Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.
Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!
Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.
Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.
Bertindak sebelum terlambat.
Mencegah lebih indah daripada mengubat.
Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Khamis, 22 Oktober 2009

tanty aku rasa kita pospon dulu....

tan aku rasa kita pospon dulu la sebab aku rasa mcm tak berbaloi la dgn kita byr.aku da cari info orang yg dah pegi, aku rasa sikit je pengisian dia dlm masa 3 jam cukup ape. aku tgh cari e-book paling bagus ni tentang tu nanti dapat aku share ye. tapi kalau ko nak pegi sangat aku tak boleh halang. nanti ko n bahrin  buat demo pulak. maaf aku cakap macam `k` ajak beria tapi aku musnahkannya dengan sekelip mata cuma.tapi, ini untuk menyelamatkan duit n masa lapang kita. aku rasa baik kau pegi jusco tebrau tengok wayang dgn famili lagi best. tak pun ko pegi jln-jln kat shoping compleks meredakan perasaan ko...

tan aku dah bosan sangat. tadi ain bagi form, aku kena jaga SPM! bosan, bosan... aku akan jadi tak bosan kalau elaun sampai 3 juta tapi... aku nak rehatkan minda cuti-cuti ni, akhirnya sampai 16 hb 12 aku kena keja. sapa pun tak mo ganti.nak resign aaa...
ko dah buat plan strategik. aku tak tau apa lagi. tadi menggodek smm bodoh tu. nak nangis aku rasa. aku mintak tolong dengan ketua kelas aku, ringan sikit beban. tu pun orang nak jeles kerja cikgu ni kata cuti banyak kan.

kalaulah mereka di luar tu tahu kerja-kerja perkeranian yg kita buat selain ajar budak mata pelajaran dalam kelas mesti mereka menangis guling-guling sebab tersalah tuduh kata kerja kita senang kan tanty.

tapi aku ingat nak mohon jadi cikgu sesi petang la. tak de beban kerja macam hampeh ni. aku kalau stayback jeles betul tengok they all tak de kerja. gaji sama aje kan...yg da veteren tu siap dekat 6k lagi.

aku tau keja sesi petang memang separuh saja dari sesi pagi sebab dulu da 7 tahun aku jadi cikgu petang.jom mohon petang.
aku rasa mesti cik rahmat atau puan jeling -jeling kat kita.. ha ha ha..aku satu apa pun paper budak tak tanda lagi tan. aku letih sangat buat kerja kelas aku. 16 nanti aku da meeting. belum tutup sekolah aku da pegi jaga spm. mesti aku kena settle suma sekali seminggu awal dari korang. tolong, aku tak bley bernafas....

tah apa apa

kepala aku berat. banyaknya kerja nak buat. biasala kerja cikgu hujung-hujung tahun ni. tambah kalau kita cikgu kelas. pegang pulak subjek penting periksa mcm bahasa ke, mate ke...
penat sangat otak aku sebab harini 7 waktu. aku kena ajar kelas GALUS-budak yg tak lulus bm supaya lulus masa spm nanti. aku tobat tak mo ajar kelas yg ada gengster cina 4 eko tu. sakit hati aku. kurang ajar , dah la budus, biadap dengan cikgu.sedarla diri korang tu bongok. ikut hati kulempang-lempang aje anak orang tak bertamadun ni. nak kata kolot tak le jugak. bapak tokey apantah, duduk kat palm villa tuh. korang bayangkan, masa aku ajar kelas dia tahun lepas, aku berdiri kat tepi pintu perhatikan grup bodoh ni main judi, dah aku rampas, aku koyak daun terupnya, besok bawak lagi. masa aku berdiri tu, dia boleh oder macam kedai mamak`teh tarik satu!`

pernah sekali tu aku datang nak rampas daun terup dia, tak sempat rampas, dia kumpul dan hulur kat aku..nah cikgu, ambiklah...
kaki memang semedang atas meja.

lama-lama aku tak kuasa. lantak lah kau situ nak jadi setan ke apa ke. aku rasa bapak dia TOKEY JUDI LA. ITU YG ANAK JADI TAK BERJENIS TU.
ramai juga budak cina india yang baik-baik. jadi aku buat kesimpulan, baik atau tidaknya anak-anak ni banyak faktor. antaranya, makanan sumber yng halal, persekitaran dan sikap sendiri.

kalau aku diberi pilihan untuk menjawab soalan orang sekolah mana yg baik, aku rela mengatakan baiklah hantar anak ke sekolah pondok ke, agamake.
bila asas dah kukuh, kurang sikit kebarangkalian untuk  buat masalah.

aku dah cakap dengan kak sakdi dan tanty aku tak mo ajar kelompok jahat ni. tadi aku nampak cikgu amrufiza dah jadi macam orang gaji diaorang kena jemput masuk kelas, kejar keliling sekolah.
tingkatan 5 beb, tingkatan 5. sudahnya budak-budak ni olok-olokkan amru depan tandas. aku cakap kat amru, tak payah layan budak gila ni. cukup la 5 tahun cikgu saiko dengan diaorang. ko ajar je budak yg tinggal dalam kelas tu.
nasib baik amro sabar. kena kat aku, mesti darah tinggi aku akan melaju dengan kereknya. tak tahu tahun depan aku kena ajar spesis puaka macam ni tak. rotan pun dah tak makan saman. bawa beg betul-betul sekeping je beg. lain dalm tu daun pakau dan dompet duit yg aku pun tak banyak macamtu. setakat bawa 50hengget tu da koman sangat la mereka ni..

tu sebab aku nak pergi seminar mengenal potensi sebenar kat M-suite selasa ni. mana tau bidang sebenar aku lain. aku akan berusaha ke arah itu. aku tak nak tersiksa dalam kerja. muka pun nampak tua!

lawak sammy vellu

dia ni memang lawak gila. aku suka usik mr. Mohan tentang sammy, marah betul dia. macam tak mo dah dengar nama sammy ni kalau boleh. haha. dah  dah le encik, bagile orang muda pulak...


Tanpa Nama berkata...
Samy Vellu Jokes A friend in Malaysia, Shah sent me this jokes on Samy Vellu. Poor Samy Vellu... Since when he has become the butt of every body's jokes? Since time immemorial.. Samy Vellu on the speed of Pos Laju's delivery system :- "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI" :-) At a TV interview, when trying to say he was ashamed, he said: ..Kemaluan saya besar' Samy said in a ceramah: "Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampong disini." One pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" and Samy gloriously replied, "Kalau takde sungai, kita bina sungai!" Samy's favorite quote on national television: "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!" During the water crisis: "semua orang diminta jangan membuang aiyerr..!" Regarding social problems: "..orang2 muda sekarang banyak hisap dada.." At a blood donation campaign in Sungei Siput: "...marilah kita semua menderma dara.." During the height of the Al-Arqam saga, he said in a press conference, "Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam.." At an opening ceremony: "Tuan tuan dan puan puan, saudara mara, sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain" Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar" And the best: u know why our N-S Highway concessionaire is named PLUS. PLUS Highway = Pungut Lebih Untuk Samy " saya berasa bangga dapat melihat pusat-pusat jururawat yang cantik-cantik.".upon opening ceremony for nursing training center "Saya tidak setuju dan menentang sekeras2nya tuduhan PAS memanggil kami kapir ..." Ucapan Samy Vellu sempena kepulangan angsakawan Dr. Sheikh Mudzafar, "Kita rasa bersyukur kerana angkawasan kita yang telah MENINGGAL DUNIA selama 10 hari telah selamat DIKEBUMI."

jangan gigit polis.

zaman edan. betul-betul menggilakan. anda ditahan polis tanpa sebab tertentu. anda minta hak anda dibacakan sebelum ditangkap. anda diheret dengan kasarnya ke trak polis tanpa tahu salah anda. anda meronta. polis tumbuk anda. anda gigit polis itu. untuk pertahankan diri.

akhirnya anda dijatuhkan hukuman denda 3000 rm dan penjara 6 bulan. polis pukul anda tak pe, dia jalankan tugas.
adilkah keputusan ini?
hakim jatuhkan hukum pun atas bukti yg tak nampak, tak kukuh..  aku tak tau, tapi korang pikirla sendiri...

by:Nurul Izzah Bt Anwar

Saya melihat prinsip “beyond reasonable doubt” sekali lagi dicabuli dalam keputusan penghakiman teman kami, Sdr YB Tian Chua. Tampaknya tidak perlu lagi dibuktikan yang tertuduh itu menggigit sesiapa walaupun dakwaan yang dilemparkan itu berbunyi “menggigit anggota polis.” Justeru kalaupun dalam video tidak ada seorang pun di seanterio dunia Malaysia dan luarnya melihat gigitan tersebut, tidak mengapa. Kerana, bila dilihat Tian bergelut dengan pihak polis, natijahnya tentu gigitan berlaku!
Inference, mere inference. Bukti dilempar keluar, kerana akhirnya tidak perlu bukti -kita perlu percaya bulat-bulat institusi-institusi kerajaan yang ada di luar sana. Walau SUHAKAM mengesyorkan keperluan mereformasikan institusi keselamatan , secara khusus PDRM, kesemuanya ditolak ketepi. Walau Suruhanjaya Diraja Mengenai Rakaman Video VK Lingam mengesahkan rakaman konspirasi antara pimpinan kerajaan dan peguam VK Lingam dalam memilih hakim, ketua hakim dan lain-lain, tidak perlu kita ambil tindakan. Kerana, kalau sudah didakwa, dan terbukti pengkritik kerajaan, beginilah nasib yang diterima.
Doa serta dokongan penuh kami buatmu, Tian!



Rabu, 21 Oktober 2009

apa ada dalam otak kita tanty

aku tak tau apa yang ada dalam otak aku sekarang. banyak sangat kerja nak buat macam dah tak terdaya rasanya. fail LAB bodoh, SMM(lagi bodoh, malas betul nak melayan), yuran, hadiah aktiviti PMR, tanda kertas bm gerak gempur, print sijil kerja kursus, buat rancangan tahunan unit perpustakaan,bla-bla-bla... peningnya kepala aku.

tanty, rupanya cara kita menanda dengan budak tak berkesan, lagi sakit kepala aku. dah cuba tanda rumusan, tak tahu juga. tapi bagus juga lepas tu aku bagitau mereka, tau pun susah, jangan ingat nak cepat je markah tau lain kali. baru tanda sebaris kertas sendiri pun dah merungut,..
tanty, nak tak pergi M-suite 27hb ni. jomla kita kenal potensi sebenar kita.mungkin kita memilih bidang yang salah dan menjalani hari-hari yg menyeksakan sebab kita tak kenal potensi kita.

kalau ko dan Bahrin tak nak pergi aku sedih gak, tapi daripada ko melepak kat shopping complex sebab ko kata karen tak de malam tu, apa kata ko ikut aku buat sesuatu yang bermanfaat sikit. mua ha ha.
aku rasa 98% aku akan pergi. alah, ko bukan tak tau aku memang minat metafizik ni.kalau aku nak sambung master atau phd pun aku rasa aku nak ambil metafizik la. best. tenang rasa hati aku.
tanty,
salute dengan ko, rajin betul kerja. tapi beringat sikit. ko punya organ komponen ada satu dah tak ada, bahaya untuk kesihatan engkau. tak payah la ko beria sangat buat kerja sebab ia tak kan habis. ko tau sebab aku fikirkan kerja sangat la dulu aku dapat hbp sekarang ni.

ko nak jadi macam aku ke?


M-suite Jb

perbezaan ketara 1malaysia dengan China

beza betul ya tuan-tuan.loya aku tengok. sapa-sapa yang memilih orang zalim dan menzalimi diri sendiri, jawab la dengan Allah nanti.Pikiiir la sendiri.!!!!!






China-bukan negara islam pun. tapi jijik dengan rasuah.
Malaysia-negara Islam la sangat. makin rasuah makin diangkat jadi pemimpin.. mana la perginya akal ye.
boleh pulak tu dimurnikan namanya, `teknikal isu, politik wang... apa-apa je la...aku da tak boleh tahan melihat kebodohan melantun-lantun rakyat Malaysia nih... korang? boleh tahan ke?

makcik rambut kaler merah yang vogue

sape makcik ni sebenarnya?macam jin pun ada tengok rambutnya tu...jangan main -main ha..


Mahu berkenalan dengan makcik ni? Zaaassssss... Scrool ke bawah ye pakcik-pakcik sekalian

;
;
;
;Dr Khunying Pornthip Rojanasunand   

M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.

Hari ini makcik ni sudah top di Malaysia tapi bakal di pandang sepi oleh media arus perdana yang lagaknya seperti katak di bawah tempurung kelapa "Kannan The Santan King".
Akan ada menteri-menteri lagak serupa genius Dr House namun otak hanyalah sebesar otak tungau* mengeluarkan kenyataan serupa bau longkang 
Ikuti kenyataan makcik ni kat bawah...

PAKAR : YAKIN 80% TEOH DIBUNUH

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat kesimpulan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Penutup kita serah pada encik tukar tiub...

tukartiub: "Askum semua, satu pun akhbar arus perdana belum membawa berita ini.mungkin talian internet terputus atau semua wartawan sedang membuat rekod dikir barat paling lama dalam jamban kah kah kah..., Sekian dari saya"*


*beberapa kalimah gua curik kat blog lain tapi dah lupa kat mana...


Selasa, 20 Oktober 2009

el cumbanchero


 kalau ikut teori kecerdasan pelbagai, kita diciptakan oleh Allah dengan kecerdasan dalam bidang berbeza. jadi semata-mata seseorang itu lemah dalam bidang yg kita mahir, jangan anggap kita terhebat kerana kita mungkin lemah dalam bidang yang dia mahir.
paling penting, kita perlu kenal potensi diri.
aku jeles juga tengok budak kecik da pandai main muzik. aku da 11 tahun belajar petik gitar dari hubby, hampeh tak pandai-pandai sampai sekarang. nyanyi suara sedap tapi nanti tak ikut bit. letih hubby nak mengejar tempo. ha ha.. kecerdasan aku di bidang lain, muzik mungkin bukan salah satunya..

nak buang olat!

semalam hari isnin. aku masih cuti ganti. apa mimpi tah subuh tu hubby ajak pergi hutan bandar putra nak joging(jalan lambat-lambat)
dengan semangatnya sebelum 7 pagi dah bersiap nak keluar. buka pintu, olat masuk dan makan kat dapur di bawah singki. manis kan tempat tu. heh heh. lepas tu dia keluar dan sampai langsir sliding, dia sendeng bontot dan crit..crit.. kencing, menandakan territory dia1 depan hubby pulak tu. hubby marah, dia kata nak buang olat.

aku pun dengan nada dering yg sedih cakap, tak pe la nanti kita bawa sekali. kat luar, aku buka pintu pagar. olat datang. landing depan rumah kak ani. aku pegang olat. dia buat -buat macam selalu, lemahkan badan dan guling-guling manja dengan bulu yang dah macan feather duster tu. gesel-gesel kaki aku. aku angkat olat, nak masukkan dalam kereta. aku tengok hubby, buat mata macam sayu... lepas tu hubby senyum simpul, dari luar aku nampak gerak bibir hubby kata  ``tak payah lah`...

aku tersengih, lepaskan olat dan tutup pagar.masuk kereta dan gelak-gelak. aku tanya hubby kenapa tak kasi buang olat?tadi marah?`helleh, yg tadi muka sebek-sebek nak nangis tu sapa?`lepas tu kami gelak.

aku tak sampai hati nak buang olat walaupun dia selalu menyakitkan hati dengan kencing bersepah. tapi olat le kawan aku. hubby cakap tak pe la nanti kalau dia kerja ada juga nak buat kawan. la la la..
kadang aku temper jugak dengan olat. nampak aje dia nak marking, aku lempang punggung dia. lari laju-laju karang lapar masuk balik. olat-olat. dia dah sebahagian keluarga aku. haritu aku balik kg beraya tiga hari.
malam ke empat aku balik kulai, kee jiran aku cakap setiap pagi bising depan pintu mintak makan. bunyi macam nak mati dah. politik betul.

tanty tanya mana datang nama olat ni. banyak-banyak gambar reuniouns dia suka gambar olat interframe. aku cakap sebab warna dia coklat, aku panggil dia olat.

sekarang ni kalau musim mengawan aku n hubby sakit jiwa dengar dia memekak macam gendang cina. kadang hubby simbah dengan air, tak boleh tahan sakit telinga dengar suara soprano dia.


gambar tebaru olat sempena deepavali 2009


Isnin, 19 Oktober 2009

rasuah dan pemimpin anda

aku pasti ramai tertanya-tanya kenapa aku macam anti sangat dengan sebahagian pemimpin kita. aku banyak mencari maklumat, disitu pemikiran aku terbuka. aku seimbangkan pembacaan, media arus perdana aku baca, media alternatif pun aku baca. aku yakin kalau anda buat begini, katakan anda darjah empat sekalipun, pasti dapat buat pilihan, siapa yg anda nak pilih sebagai pemimpin anda. 
nasib baik la ada media alternatif, kalau tak sampai tahun 2090 pun minda aku tak bergerak.
korang mungkin tanya lagi, kenapa hanya berita alternatif yg aku postkan. sebabnya media kerajaan dah 24 jam, setiap hari dari surat khabar ,tv sampai ke internet, semua dia punya!


bacalah tulisan satira tukar tiub, yg gerenti sampai kiamat pun tak kan keluar kat utusan!


kalau najis dah macam bunga, memang mereka tak jijik nak menelannya.
sebab tu hubby cakap, tak pe kita lambat sikit kaya dari menjatuhkan maruah meminta-minta dari orang politik. ramai kawan hubby berjaya dengan cara tu. duit dekat juta-juta agaknya. tapi, kalu duit tu datang dengan cara kotor, aku pun tak kan benarkan hubby bawa balik. apa yang penting bagi aku ialah prinsip dan maruah agama. bukan alim sangat pun aku ni tapi kalau benda asas macam tu pun susah nak buat, payah nak cerita!

CARA EKONOMI KAPITALIS MENCARI PASARAN

kena lobi dapat amoi - TukarTiub
HADIAH PADA MENTERI KESIHATAN, POLIS DIGESA SIASAT - malaysiakini

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan 'hadiah' kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, i Liow Tiong Lai.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lamaweb Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.

Artikel tersebut- 'To The Health Minister YB Dato Liow' - mendakwa isteri Liow - Lee Su Loo - dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.

Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. JAMIN SPRM TAK TAHU….. kah kah kah..

kah kah kah... JAMIN POLIS MAKE DONNNO... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU ISTERI KHALID SAMAD DAPAT HADIAH INI... JAMIN LIMA PULUH RIBU POLIS DATANG... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU ISTERI LIM GUAN ENGA DAPAT HADIAH INI.... JAMIN SETENGAH JUTA PEGAWAI SPRM AKAN DATANG... BULU BULU AKAN DI CABUT... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU ISTERI NIK AZIZ DAPAT HADIAH INI...SATU JUTA POLIS TURUN KE KOTA BAHRU... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU ISTERI KARPAL SINGH DAPAR HADIAH INI...LIMA PULUH RIBU PEMUDA GEROMBOLAN AKAN MENGEPONG... kah kah kah..'

kah kah kah…. KALAU YANG DAPAT HADIAH KERETA INI NURUL IZZAH… JAMIN SEPULUH RIBU POLIS DATANG…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU YANG DAPAT HADIAH KERETA INI ELI WONG…. TUJUH JUTA GAMBAR KELUAR DALAM AKHBAR….. kah kah kah…

nota:
jagan lupa.
ingat kembali bagaimana dalama masa tidak lama lagi
anak anak gadis berumur 13 tahun akan dikenakan suntikan.
ingat bagaimana tidak lagi lama vaksin H1N1 akan sampai.
ingat bagaimana paku du buang di tengah jaklan raya kemudian ada iklan tukar tiub
ingat bagaimana minyak dicurah dijalan raya - dihadapan telah tow truck

inilah cara kapitalis bergerak.merasuh dan melobi untuk
menjual produk mereka. pelobi memberi hadiah : kereta , percutian , duit, saham,
jadi ahli lembaga syarikat atau amoi – atau kesemuanya sekali.

inilah contoh terbaik ketuanan melayu kah kah kah
http://tukartiub.blogspot.com/

wayang

semalam hari ahad. ajak hubby pergi tengok wayang kat jusco tebrau. melepaskan penat. aku suka tengok citer omputih. tak minat sangat cerita melayu. entahlah, bukan berlagak. cuma aku malas nak tengok lawak splastik yang bodoh. tak semua la. memang jauh ketinggalan sebab teknologi kita pun jauh sangat dengan barat atau hongkong. barat dan negara lain pun ada juga lawak dungu yang memualkan.
kalau aku nak bagi rating filem yg mesejnya boleh tahan aku suka filem aflin sauki. kalau suka filem yg tak payah fikir berat-berat dan just for fun tengok david teoh punya filem. tapi aku tak suka filem razak mohiden n yusof haslam. aku rasa mentaliti aku direndah-rendahkan dengan lawak splastik tahap gaban. tengok ajelah sifu dan tongga tu. kesian aku dengan bakat yang ada tapi terpaksa ikut skrip bodoh camtu.  nasib baik tak ada lagi filem julie dahlan, kalau tak, aku mogok tak mo tengok tv setahun pun tak pe. geli aku. cerita ntah apa-apa. banyak eksploitasi badan pompuan je.

sapa-sapa pengarah yang terbaca entry ni jangan marah ha... ini pandangan peribadi aku. lagi satu aku benci betul filem yg tema bohsia, rempit, drift dan apa-apa ntah. lebih sudu dari kuah. adegan seks lebih banyak dari tema cerita. tak membantu pun filem tu sebenarnya untuk ubah budak-budak nakal ni. maaflah ye shamsul, filem kau tak de dalam senarai wajib tengok aku.

semalam aku marathon tengok 2 wayang. cloudy with a chance of meatballs dan papadom. sempat la juga 2 kali semayang kat jusco tu. amik 5.20 dan 8.30 mlm.
aku suka cerita animasi omputih. terselit pengajaran yang tinggi didalamnya.
aku suka juga dengan cerita afdlin sauki. cuma tak payah la adegan mesra-mesra, peluk cium tu even watak anak ayah atau suami isteri. tak bagus. boleh je nak tunjuk kasih sayang tanpa babak seperti itu. itulah kekuatan seni yg anda kena cari.

alang-alang aku berleter tentang filem malaysia, aku nak tegur sikit cerita nur kasih tu. mesej baik tapi aku muak dengan adegan peluk cium gesel pelakon-pelakonnya. cerita dakwah dah jadi cerita murah. muak, loya, mual aku tengok. dah tak pernah tengok lagi. dah tau pun apa endingnya. hei, anda yang mengarah, produser dan semua yang terlibat, filem boleh jadi medium yg baik untuk mendidik. tapi kalau anda semua terbawa dengan pemikiran liberal, ramai-ramailah kita ke neraka akhirnya. apa tidaknya, sikit-sikit cium dahi, peluk bini, peluk laki... gesel-gesel.. wass upp? anda semua kena berubah dan akui anda tidak sekreatif iran dalam pembikinan movie.

semalam aku n hubby tak banyak ketawa di saat orang ketawa masa tengok papadom. aku tak suka lawak splastik. tapi ada juga babak yang buat kami ketawa spontan. itulah yg kami cari dalam filem melayu. jarang jumpa. adakah salah penonton kalau mereka tak gemar menonton filem sendiri?


layan cerita animasi lagi puas hati...

Ahad, 18 Oktober 2009

pertemuan semula yang indah

semalam 17.10.2009. reunions kawan-kawan kabinet dan beberapa kerat SMPB.aura kegembiraan masih berlegar di rumah ini sehingga saat ini. teruja. terharu. tak dapat nak diungkapkan. berbelas tahun tak jumpa, anak -anak memasing tiba-tiba dah nak ke alam remaja. gembiranya aku dengan pertemuan ini tak terucapkan. berbaloi aku memasak untuk tetamu-tetamu istimewaku. betapa erti persahabatan dari bangku sekolah itu tidak dapat digambarkan betapa besar maknanya..
penghargaan terbesar untuk jijah dan ita mastermind projek ni. tak lupa buat semua yg hadir . cerita banyak pun tak guna. layan gambar nak..


da 22 tahun persahabatan. masih indah dan mengujakan.
shila,ita, aku yg vogue,ani, jijah. baju oren tu anak shila, una.


aku n hubby selaku tuan rumah. ye, ye, sila datang. aku tengah bergambar ni.
apa? sesat ke shah alam? kulai la, kulai.ok..ok.. roger n out.
 

ita (s/uprojek), jijah(pengarah projek), una dan shila. hiasan depan tu anak nordin main merangkak-merangkak.


best tak lauk kampung?sambal belacan, sayur bening meranti, ulam jantung pisang..walla..


sebahagian sajian. pakai set vantage pusing-pusing.


nordin`s family


shila da amik phd. lepas ni jadi lecturer. gaji dg52. kaya..kaya.tahniah la ti. ko memang kuat semangat.


hubby n ijan. dia ni kalau jadi bodyguard mesti orang jahat takut.


ani membebel sebab sesat. jijah, una n shila mengiyakan aje. ha ha ha


meriahnya kasut..


duduk sekampung ijan n nordin ni tapi jarang bertemu...
jumpa juga kat rumah aku.


anak ani yg vogue macam mak dia.


dengan ijan`s family dan kawan2 yg best.


dengan nordin`s family.


apa la agaknya yg disembangkan oleh hubby dengan
fan club nih?


dengan ani`s family.


pengarah projek yg comel. jijah. hubby kata jijah ni kalau takde seyap sunyi majlis.


adja. best fren aku since tingkatan 4(1990). bestnya. rindu menggebu-gebu lepas jumpa.
ajaibnya hubungan persahabatan. tak berlandaskan harta benda atau rupa.
tak puas sembang. takpe, adja kata raya haji nak buat kat rumah dia pulak.


eh. olat pun ada interframe. hubby saje amik gambo dia.
meramaikan majlis.olat ni pengotor sekarang.
suka guling-guling kat jalan, simen. mandi malas.


anak ita dah letih sampai buka baju. besok auntie pasang aircond kat ruang tamu ye..


sally. best fren sejak darjah 3(1983). makan sesorang tanpa
peduli anak dan suami. patut semua kurus.mua ha ha.


apa la jijah n azwa ni cerita. baju biru tu hanafi bakron.
da 18 tahun baru jodohnya jumpa kitaorang kat rumah aku. alhamdulillah.
kesian dengar kata isteri dia kena dialisis.
semoga cepat sembuh.


pengarah projek da nak balik. iman da mengaruk,bapa dia da nak mengamuk.. he he


shila n sally da nak balik. tak puas la jumpa korang.
nanti kalau aku da kayajuta-juta aku sponsor reunions kita kat chalet ke, mana ke..
puas sikit jumpa lama-lama la kan. doakan la aku jutawan cepat-cepat.


una sedih sebab duit raya dia mak dia rembat sebab nak bagi duit raya kat anak-anak kawan.
sally top up duit raya kat anak shila yang ada kat umah.

tetiba aku jumpa adja anak dia dah besar. kakak n daniel.
kakak rupa azwa, daniel muka adja.


anak dara apek dah bosan nak ajak mak dia balik. zu ni
kerja misi kat o&g sultanah aminah.


geng merah. adja, azwa, apek bini apek, aku hubby dan anak-anak syurga.
bahgianya pertemuan. adja kali terakhir jumpa 11 tahun dulu.
apek lagi lama, 18 tahun! lepas spm tak pernah jumpa
akhirnya tuhan jumpakan kami di rumah aku..


jijah selaku pengarah projek beria betul. bravo jah, bravo!


s/u projek, ita dah letih. balik da maghrib. mekasih ta  tolong
basuh pinggan vantage aku.  jumpa lagi ek.luv u.


makanan paling popular. kejap je da abis.


hati goreng berempah. liatnya, tapi belasah je la. terpejam-pejam mata anak apek nak kunyah. kesian.
nasib baik sedap. he he.\


rendang ayam. ayam tua n ayam muda.


kasut adja. mau 5 menet nak buka ni. vogue betul datin ni.


da tinggal mangkuk je. alhamdulillah..


ni bukan reunions. ni anak murid aku yg datang da kali ke dua.
karpet, topek, sapantah nama lupa, aku, oma, amin, adik oma. zul mesti jeles.

apapun, terimakasih kerana membawa rahmat di atas kehadiran korang semua. akan ku kenang sampai bila-bila,ada umur jumpa lagi. babai.

Rabu, 14 Oktober 2009

rancangan ekonomi yang menyakiti rakyat

kali ni aku post kan satu lagi rencana yang agak `berat` untuk kita hayati. kenapa aku semakin jauh dengan dasar pemimpin yang rakus. kepada yang tak rakus, pakatan rakyat atau bn, jangan terasa lah ye. buka minda, baca banyak sumber, jangan di kongkong dengan media arus perdana saja. macam macai, tak ada keberanian melapor. bangkitkan minda dan pemikiran kita agar tidak diperbodohkan demi kepentingan perut pemimpin tertentu saja!

Oleh : MN Bashah

Kerisauan pembaziran kerajaan semakin menjadi-jadi lantaran lambakan tindakan kerajaan mengurus kewangan ke arah pembaziran. Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, sikap kerajaan masih kelihatan degil dengan rungutan rakyat bawahan betapa dasar suntikan stimulus ekonominya untuk rakyat tidak dapat menutup seberapa banyak pembaziran yang kian jelas hari ini.

Perdana Menteri berkata, perkembangan positif ekonomi memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus. Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara. (sumber daripada web 1 malaysia)
“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat”. Kata Perdana Menteri. Memang benar kadar kehadiran pelabur meningkat (2008) berdasarkan peningkatan FDI ( Perlaburan Langsung Asing) akibat liberalisasi ekonomi oleh Perdana Menteri. Namun tiada jaminan mereka akan kekal dan ‘setia’ untuk menyuntik ekonomi Malaysia selamanya berdasarkan kes 1998 di mana pelabur melarikan diri akibat ketidakstabilan polisi kawalan modal serta peningkatan kadar upah buruh
Sebelum itu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan. Suku kedua pula 2009 menyaksinya pengucupan ekonomi negatif 3.9.

Kejatuhan upaya negara ditunjuk melalui penurunan Malaysia ke tangga 21 berbanding 19 pada tahun 2007 dalam Indes Pertumbuhan Daya Saing dan antara punca kemerosotan ini pastilah budaya boros.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kini pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Alasan beliau, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008. Bagaimana pula dengan status rizab emas negara? Adakah ia juga disebabkan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan secara langsung?

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Kerajaan Malaysia telah menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan. Sehingga ini, dikhabarkan tidak ada usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar. Jika benar rizab emas menyusut adalah rentetan kempen anti pembangkang yang dijalankan oleh kerajaan sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir, jelas ia tersasar dari agenda ekonomi rakyat.

Budaya pembaziran dan salah laku wang rakyat telah menjadi resepi utama kepimpinan yang sedia ada seperti kes salah guna peruntukan RM 2.5 juta untuk negeri Selangor melibatkan ADUN Ijok, Bukit Melawati, Permatang dan Sungai Burong. Wang yang sepatutnya diagihkan untuk kesenanagn rakyat sepanjang 12 bulan hanya dibazirkan untuk kempen pilihanraya Mac 2008 yang lalu. (sumber Selcat)

Pembaziran dana rakyat kerajaan negeri juga berlaku di Melaka apabila Dto’ Seri Ali Rustam menggunakan sebanyak RM 9.3 juta (bermula 2001 hingga 2009) peruntukan negeri untuk membiayai penerbitan Melaka Hari ini yang menjadi propaganda BN Melaka. Bahan bercetak ini mengalami kerugian sebanyak purata RM 500 000 bermula 2006 hingga 2008. Sepatutnya politikus memilki akhbar sendiri untuk menyebarkan propaganda bukan menggunakan wang rakyat sebanyak itu yang sebenarnya mampu membina 300 rumah rakyat miskin.

Tidak kesal dengan kemerosotan rizab emas negara yang kini hanya dipandang dari sudut nilai bukannya fizikal emas lagi, kini pemimpin negara berserabut pula dengan skandal PKFZ yang jelas menunjukkan ketirisan wang rakyat kepada segelintir kapitalis politik yang merugikan lagi negara.

Kerugian akibat ketirisan wang rakyat cuba ditampung melalui harga minyak dan memperkenalkan jenis minyak baru sekaligus meningkatkan harga minyak jenis yang bukan RON95 juga (contohnya V power Shell). Menteri Perdagangan Dalam Negeri berhujah bahawa minyak mentah dunia telah melepasi USD80 se-tong sedangkan tiada bukti harga minyak dunia naik melepasi USD 80 se-tong.

Nisbah perlaburan langsung asing (FDI) kepada KDNK menunjukkan trend penurunan sejak 10 tahun lalu. Dalam tempoh 1992-1997 nisbahnya adalah 7.3 %, menurun kepada 4.2% pada tempoh 2002-2007(walaupun meningkat mendadak pada 2008). Pertumbuhan ekonomi negara pula sejak 2000-2007 hanyalah 5.6% berbanding 8.1% bagi 7 tahun sebelumnya.

Kemerosotan ekonomi perlu ditangani melalui perletakan individu bijak ekonomi dalam kerajaan. Namun hal ini meleset (sebagai contohnya) apabila Dato Idris Jala bekas CEO MAS yang gagal menyelesaikan kerugian MAS sebanayak RM 8 billion dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apabila kroni dan nepotisme menjadi ramuan, maka kerosakan yang terjadi boleh dilupakan malah diberi peluang berkauasa dalam kerajaan.

Pemborosan melalui dana sukan RM 16 juta semata-mata memburu pingat emas Olimpik London 2012 juga membawa petaka kepada rakyat. JIka dana sebesar itu ingin digunakan untuk ‘membela’ segelintir atlet negara sepanjang 2009-2012, ia pelru dijelaskan secara terperinci dan bagaimana kerajaan memastikan tiada ketirisan wang ke dalam poket segelintir manusia yang menangguk di air yang keruh. Malaysia juga belum menunjukkan rekod baik dalam usaha ‘mendidik’ atlet bekerja bukan sekadar nama dan kemasyuran sebaliknya membenci rasuah dabn penyelewengan yang telah lama membarah dalam sektor sukan negara kita.

Suntikan stimulus ekonomi Malaysia bukan sedikit. Sebanyak RM 7 billion dimulakan oleh kerajaan dan disusuli dengan pakej kedua iaitu sebanyak RM 60 billion. Dicelahan usaha menstabilkan kewangan negara, kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 malaysia pula akan dijalankan. Nampaknya jika apa-apa berlaku kepada Naza, Proton dan Air Asia (syarikat-syarikat yang terlibat dengan F1), kerajaan akan sedia menyelamatkan (bail out) semua syarikat berpengaruh tersebut dan semestinya ia akan mengurangkan bajet untuk rakyat jelata.

Agenda ekonomi yang tidak pro rakyat, pasti akan memberi kesan jangka panjang yang menjadikan iklim ekonomi negara kian tenat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Teras Cawangan Negeri Perak

Ahad, 11 Oktober 2009

17 hb yang indah

minggu depan, 17 oktober adalah saat yang tak sabar dinantikan. akan ada pertemuan semula aku dan kabinet-kabinet tahun1994. yang menemukan aku dengan hubby, isa dan sally. yang lain hampeh je, kawin dengan orang lain juga. ha ha. kelakar kan, apa pun adatlah, cinta zaman remaja. dah tua-tua ni, anak-anak pun dah naik remaja semua tu tinggal kenangan aje. memori indah zaman sekolah.

kepada jijah, ani, shila, nordin, ijan, malik, sali isa,ita, mona dan suma-suma jemputlah datang ke teratak cantik dan bahgia milik jef dan tipah tertipu ni 17 hb nanti. rindunya dengan korang! semoga segalanya berjalan dengan lancar. itu urusan jijah pengarah projek. aku sediakan makan dan tempat je... jumpa di sini-di sini.sini.sini.... (baca macam dalam gaung, bergema)

Sabtu, 10 Oktober 2009

waktu gempa sama dengan surah Al-Quran!

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurân! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

kenapa mat rempit merempit

sekali lagi aku memetik tulisan tt. bernas dan fikirkan bersama. siapa punca semua ini?

Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah Рkebanyakkan mereka ini memburuh Рdi kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan caf̩ yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)



Selasa, 6 Oktober 2009

aku bukan musuh harta

aku tak faham kenapa lagu bagus macam ni (lirik ciptaan mantan mufti perlis, Dr Maza) kena banned juga dengan kerajaan.kenapa hendak dibonsaikan kebebasan bersuara. kata demokrasi la sangat.awak tak buat kenapa menggelupur? takut kerana salah kan.. macamanapun, orang dah makin cerdik. apapun yang tersembunyi, sampai masa terbongkar juga. layaaannn.

layan lagu lenka... happy je

aku buka blog ummi anni semalam . terpaut dengan lagu ni. macam happy je rentak dia. apa kata korang dengarkan. memang betul kata budak lenka ni. trouble is a friend!

memasak dengan cinta

percaya tak korang, apapun yang kita buat dengan rasa cinta akan terasa sungguh hasilnya. aku sangat percaya. ahad lepas aku buat makan -makan macam yang aku kabo kat entry lepas. aku tak tau nak budget berapa banyak sebab masa aku tanya tu, macam ramai yang nak datang. tapi korang tau je la bebudak ni banyak aje programnya.


rendang siap masak sekitar 12 malam.besssttt..


sambal udang power


yang bulat-bulat tu telur ayam pencen goreng cicah kicap lauk malam tu. sedap sangat rasanya makan simple macam ni.dah penat, lapar, semua sedap kan...

aku tawakal ajela, buat aje ikut gerak rasa.jumaat malam sabtu, aku ingat nak start cari barang buat rendang ke apa ke tapi tak sempat pulak sebab kena pergi marhaban. jalan sikit punya jauh, aku balik rumah dah dekat pukul 12malam  sebab tolong kak ani housekeeping.nak buat apa pun tak larat, aku lepak betul. tido je la. esok pagi nak kemas rumah pulaksikit-sikit, tengahari baru pergi econsave cari barang. ayam tua 6 ekor, ayam muda 1 ekor, daging dekat 2 kilo juga nak buat rendang. mi beli 6 peket, ketupat mini 99 biji.

sakit jiwa aku, timbang kat bahagian basah tu rosak la pulak. abang dah boring je, dia mana suka q ni. lepas tu abang nak suruh budak jaga ayam tu potong, dia kata ayam tua tak boleh potong, keras. abang malas nak bertekak, tolak troli pergi depan.jadi ku memohon dengan pandangan sayu agar abang bantu aku potong ayam tua dan daging... sakit-sakit pinggang dia, hahaha.

tengah kat dapur grup mastura datang, layan la kan, aku hargai semua tetamu aku. sampai maghrib abang tolong, lepas tu dia berkejar nak buat web ulak. tapi tengok-tengok abang tertidur. kesian, penat.

mastura and gang datang waktu petang aku tengah masak...

aku buat la projek tu dengan hati gembira. aku takut makanan tak cukup, tapi aku zikir banyak-banyak sambil masak. aku doa pada Allah biarlah cukup makanan nanti sebab aku tak tau berapa nak datang. lepastu aku masak dengan niat yang murni dan penuh kasih sayang untuk tetamuku, terutama anak murid aku semoga lunak hati mereka dan dengar kata serta beriman. bagi yang non muslim pulak aku niatkan supaya terzahir keindahan islam itu yang penuh kasih sayang sesama manusia.

aku takut sangat tak sempat. tengok jam dah 3 pagi. aku dah nak tumbang sebab ngantuk sangat tapi aku kuatkan semangat sambil zikir bebanyak dan masak dengan kasih sayang. alhamdulillah Allah beri aku kekuatan, dapatlah siap rendang,ayam masak sos dan soto. tido pun dah pukul 4 pagi, 6.30 bangun semula dan lintang pukang kemas rumah sebab marhaban lelaki start 7 .30 pagi.

dapur aku macam tongkang pecah, baju belum sidai, kain macam gunung yang belum lipat.. ah, lantak la situ, aku sumbat je mana yang patut.

selalunya perancangan kita sering tak sesempurna yg kita harapkan, betul tak. aku budget nak kemas dapur, lipat kain, kemas rumah, tapi semua tak sempat sebab semua nak jalan serentak. abang tak dapat tolong aku sebab pergi marhaban. nasib baik syukria datang tolong pagi tu.

puasnya aku bila anak-anak yang datang kata makanan aku masak sedap. Alhamdulillah, pujian untuk Allah. sebenarnya, rahsia masakan yang sedap bukan la bahan sangat pun sebab semuanya sama aje. tapi tu la yang aku kata tadi, kalau masak sepenuh hati ,dengan cinta, kasih dan niat yang baik, Allah akan kabulkan permintaan itu.

hari demi hari aku rasakan semakin akrab dengan anak-anak murid aku ni. agaknya itulah yang mengikat mereka dan aku, ikatana hati. mesti majlis restu SPM nanti aku sebak gila sebab bebudak ni dah rapat sangat dengan aku.

aku masak biasa aje, tapi takdir Allah yang buat rasa itu jadi sedap memang luar biasa.
terima kasih Allah, kau mengikat ku dengan hati, mengikat mereka dengan ku juga dengan hati.

jadi sejak 35 tahun hidup ini, baru aku jumpa bukti sebenar kenapa masakan emak kita sedap sangat rasanya walau mask campak-campak aje.mereka masak dengan cinta!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com