Rabu, 28 Mac 2012

isteri bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa?

semalam mengajar sivik di kelas 4 kA.walau luar jadual (sepatutnya 2.15 petang baru mula),kami sepakat untuk mulakan pada 1.15 selepas sesi normal tamat.jadi tak perlu balik lambat sangat.

apa yang aku suka,kelas ini tak banyak kerenah.aku faham,mereka letih kerana terpaksa mengambil kira-kira 10 subjek untuk spm.untuk tidak memudarkan semangat yang keletihan,aku suka bersantai-santai dalam mengajar.sementelah pula sivik tak termasuk dalam subjek spm,jadi tak membebankan sangat.tapi subjek ini amat penting untuk murid-murid ini supaya tak jadi macam robot. sibuk mengejar A+  atas kertas,tapi terlupa ruang menjadi manusia.mereka perlu sedar,mereka bukan robot.tapi manusia yang perlu seimbang dari segi JERI.

kebetulan topik kecerdasan JERI jadi tajuk.paling seronok,ada soalan perbincangan yang mengutarakan masalah seorang pelajar pintar yang dapat semua A dalam SPM  (perempuan) ,cantik,sopan santun, beragama tetapi memilih untuk kahwin pada usia 19.

bagi menggalakkan mereka bercakap,aku minta mereka berfikir untuk menyokong atau membantah.sungguh menarik,tak mengantuk dan gamat dengan pendapat.sesekali macam bertengkar pun ada. gegak gempita bila mempertahankan hujah.

ada yang pro,ada yang kontra. awalnya,yang menyokong kahwin awal menang,sampai 9 hujah dapat dikemukakan,dan kupasannya juga memuaskan hati. antaranya mengelakkan maksiat,mengembangkan zuriat,mengerat silaturahim,menyenangkan ibu bapa bila tua anak dah besar..dan macam-macam lagi.perbincangan makin hangat bila yang tak menyokong berhujah juga. pendapat mereka menyatakan nanti kaum wanita tidak bebas sebab tidak ada pendapatan sendiri. menyekat peluang belajar,tidak sempat membalas budi orang tua dan akan menerbitkan penyesalan kerana tak sempat menikmati zaman muda.

sebagai provokasi,aku wajibkan 7 jejaka dalam kelas itu menjawab soalan tambahan `adakah kamu mahu isteri kamu menjadi suri rumah atau berkerjaya?`
jawapan mereka menimbulkan gelak dan lucu,tetapi tersirat satu pegangan dan pemahaman tentang dasar membuat pilihan.  asraf,dz dan siapa ntah seorang lagi memilih wanita bekerjaya untuk menjadi isteri. bani  ,hadi dan 2 lagi suka kalau isteri duduk di rumah sahaja. alasannya sekarang terlalu banyak kes melibatkan kanak-kanak,jadi mereka takut dan tak percaya kalau anak-anak dijaga oleh orang lain. untuk asraf dan kawannya yang memilih wanita bekerjaya,mengemukakan bukti kalau nak hidup selesa,zaman sekarang perlu berkerja suami dan isteri.

tiba waktu buat kesimpulan,mereka sungguh teruja untuk tahu jawapan,siapa benar,siapa salah.

aku menyimpulkan,tiada pendapat yang salah. semuanya betul.namanya juga pendapat.semua orang bercakap dengan rasional masing-masing. aku sangat gembira kerana mampu memecah ketakutan mereka untuk bercakap.apapun isunya, mereka sepatutnya sedar mereka bebas berpendapat asalkan berhujah dengan fakta,jangan sembang kosong.aku mahu mereka menjadi merdeka, tidak takut menyuarakan pendapat.kebijaksanaan lahir dari banyaknya berbincang,berdebat dan berhujah.bila sudah dilatih sejak belajar,fakta dan ilmu akan buat kita bagus dan hebat dalam bercakap,aku harap pemikiran ini dibawa sehingga mereka dalam alam dewasa.

kesimpulannya, siapa sependapat dengan Bani,boleh saja. tapi mereka perlu bekerja keras,mencukupkan keperluan,beri kebahgiaan dan segalanya yang perlu kepada seorang isteri. kumpulan ini aku gelarkan lelaki gentlemen.betul-betul buat isteri sebagai tuan puteri,duduk rumah goyang kaki.

siapa sependapat dengan asraf,juga tiada salahnya. aku gelarkan mereka lelaki realistik.sebab zaman ini,kos hidup sangat tinggi.andai sukakan keselesaan atau kemewahan,tidak salah jika isteri bekerjaya.cuma aku beri peringatan keras-keras kepada asraf dan kawan-kawannya, `duit kamu,duit dia,duit dia-duit dia,tahu!`kamu masih wajib beri nafkah kepadanya walau dia bekerja. supaya dia tak tersalah tafsir yang tanggungjawabnya terlepas kalau isterinya bekerja.

kepada pelajar wanita, aku terangkan,siapa yang memilih untuk jadi suri rumah tangga sepenuh masa,tiada halangan.didiklah generasi dengan sehebat-hebatnya.bertumbuhllah anak-anak muda yang kuat,merdeka dan bijak hasil didikan ibunya yang terbaik.

tapi yang nak bekerjaya,mengapa tidak.malah kehebatan wanita bekerjaya sungguh berganda.kerana di rumah dia pengurusnya,diluar dia mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikan agama,bangsa dan negaranya.bukankah hebat?tapi aku juga mengingatkan sekerasnya, keluar bekerja itu perlu dengan tindakan yang betul iaitu jaga batas aurat dan adab.supaya tak timbul fitnah bila keluar.wanita ini godaan besar untuk lelaki,jadi kasihanilah mereka dengan mengasihani dirimu sendiri dulu.

kami tutup pelajaran hari itu dengan satu ilmu.apapun pilihan,sentiasa ada pro dan kontra.terpulanglah dengan akal kurniaan Allah itu mahu diapakan dengan masa depan sendiri.semoga mereka mengerti.

Ah, ya Tuhan, inilah nikmatnya menjadi guru.memberi orang tahu. semoga perbincangan semalam dalam pemerhatianMu.

syabas kepada semua kamu.!!!

Ahad, 18 Mac 2012

Allah Lebih Tahu,Kita ni Siapa?

jadi manusia ni memang banyak cabarannya berbanding mahkluk Allah yang lain.jadi kucing senang,tak payah kerja pun dapat makan ikan,dapat makan frieskis atau biskut perasa ikan lain.tak payah beli rumah,tak payah beli kereta,tak payah pakai baju.agak lapar je,buat mata kuyu-kuyu sikit,guling-guling depan pintu,suara serak-serak basah...dapatlah makan,kenyang sampai sendawa lepas tu tidur terkangkang atas alas kaki bau harum sebab dicuci dengan downy.

manusia,banyak benar songelnya.tambah kalau perempuan.kalau bujang sibuk ditanya bila nak kahwin,dah kahwin sibuk tanya bila nak beranak,dah beranak sibuk tanya kenapa sikit sangat,kalau ramai sangat pulak sibuk cakap tak merancang ke..hish,sibuk betullah manusia ni.jaga hal sendiri boleh tak?

aku membayangkan kasihannya pada wanita-wanita yang lambat jodohnya.rimas dia asyik ditanya bila nak kawin,bila nak kawin.hei,please la ,biarlah dia jalani hidup dengan tenteram.pertanyaan begitu bak sembilu menikam dadanya,tahu.kau tak sedarkah hakikat,jodoh semua tu Allah yang tetapkan.kalau dia tak berjodoh atau tak sempat jumpa jodohnya di dunia,kat akhirat nanti pasti ada.Allah tu maha adil,maha kaya,maha pemurah.kau sapa nak sibuk-sibuk mengata orang tak laku,andartu,kena sihir..apa-apalah.

kalau dah kahwin,kau sibuk pula tanya kenapa tak beranak.kau kutuk dia dengan kata-kata gurauan lucah yang menyakitkan,tak pandai buat lah,tak bagus lah,what ever lah....kau siapa?Tuhan?
kau jangan bangga sangat sebab anak kau berderet-deret kau sangka kau yang pandai buat dia.salah kawan,dah lah kau menyakitkan hati orang,kau sombong pulak tu.

yang buat anak kau tu,Allah.Dia yang takdirkan anak tu menjadi anak kau,amanah untuk kau pandu bersama ke syurga.kalau kau sibukkan diri mengenangkan betapa sukarnya nasib kau di mahsyar nanti kerana beratnya tanggungjawab menjadi ibu bapa,kau tak ada masa nak jaga tepi kain orang tentang malangnya nasib anak dara tua tak laku-laku atau orang yang tak pandai buat anak.

kalau Tuhan berkehendak,bila-bila saja dia boleh bagi jodoh pada anak dara tua yang kau kutuk-kutuk tu.kalau Tuhan berkehendak,boleh saja dia ambil balik anak-anak kau bila masa Dia suka kerana hakikatnya semua tu pinjaman belaka.jangan ringan sangat mulut kau mengata orang,ingat,anak-anak kau mungkin mengalami karma yang sama atas balasan dosa kau menyakiti hati orang lain.

cuba kau fikir betapa beruntungnya anak dara yang lambat kawin tu.dari beberapa sudut,dia bertuah kerana dia adalah tuan kepada diri sendiri,dia tak ada tanggungjawab yang membebankan,dia selalu boleh buat apa saja untuk kebahagiaan sendiri.

berhentilah menyibuk tentang hidup orang.selagi dia tak menzalimi keamanan hidupmu,mengambil hartamu atau menyusahkan rakyat malaysia,biarkanlah dia bahagia dengan caranya. kita sibukkanlah diri jaga diri sendiri dan ahli keluarga kita dari terjerumus ke dalam neraka.kalau kau suami orang,tengoklah balik isteri dan anakmu,sempurnakah dia menutup auratnya,kehormatannya.kalau kau seorang isteri dan ibu,sempurnakanlah tugasmu.jangan kau biarkan anakmu berpakaian tapi telanjang,berilah mereka nasihat yang baik,jangan harapkan cikgu saja membentuk anakmu sedang kau lepas tangan dan leka tengok telenovela atau drama korea!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com