Khamis, 9 Februari 2012

Bandar Putra, aku dan kewajipan

akhir-akhir ini, aku antara yang terawal sampai ke sekolah. pemenang utama mestilah kak Thuwaibah.tapi pernah sekali aku kalahkan dia, masa aku sampai jam baru pukul 6.42 pagi. Encik zainuri pun belum sampai nak buka pejabat.haha.aku menang.

gila-gila sungguh jem dekat BP ni. sebenarnya ikut waktu biasa, tak sampai 10 minit untuk sampai ke tempat kerja. dek kerana makmurnya BP ni, sungguh ramai orang berlumba-lumba keluar cari rezki.selalunya aku keluar seawal 6.30 pagi.dengan jem dan itu-ini, lagi 5 minit nak pukul 7 aku akan sampai. kalau ada rezki 6.45 dah sampai. sekarang aku tak berani keluar lambat.6.45 pun aku dah tension, sebab mesti sampai sekolah dah nak 7.15. dengan jem,dengan eksiden,dengan manusia yang tak tahu sabar...macam-macam boleh jadi.kadang aku sampai tersengguk-sengguk pegang stereng.saat begini terkenang suzen jane ,sedang enak-enak tarik selimut kat rumah.huh.

sungguh seronok perjalanan diiringi tazkirah dari radio ikim.fm. ustaz Zahazan mohamad. MashaAllah, ilmunya sangat tinggi dan penyampaiannya sangat menarik membuatkan hatiku redup dan lembut pagi-pagi begitu. tapi aku tak berapa minat dj ikim. tak tahu kenapa. aku suka dengar segmen ustaz zahazan dan zikir pagi. lepas tu kalau masih tak sampai lagi ke destinasi buka radio sinar pula,dengar saleh yaakob dan kak engku.hm,eloklah tu, lepas dengar ngaji, dengar nyanyi....entah bila la aku ni nak berubah.  

sampai sekolah,aku akan pakai` topi` yang lain. akulah cikgu yang ceria,yang tak pernah ada masaalah. nezeera pernah cakap, `suka la cikgu ni, tak pernah tengok cikgu tak senyum atau ketawa`.  dah tu aku cakap kat Nazeera, `habis awak nak ke saya masam mencuka?`   ...`tak laaa...` dia ketawa.

aku perlu memaniskan muka sebab itulah sedekah aku. nak bagi duit kat budak-budak ni aku pun bukanlah kaya benar. semalam aku tengok khoo Jing Yan keluarkan duit RM50 dan RM10 dari dompetnya,masa aku denda dia 10sen sebab cakap cina masa bahasa melayu.he,,murid aku bawa lebih banyak duit dari aku.
kadang budak-budak ni datang sekolah dengan perasaan bercampur-campur. ada yang datang dari keluarga yang berantakan, mak ayah selalu bergaduh,ada yang tak cukup tidur sebab malam terpaksa kerja, ada yang perut kosong sebab mak tak mampu kasi duit belanja.hai,macam-macam perkara negatif. senang hatinya kalau aku ,atau tengok cikgu-cikgunya senyum manis pagi-pagi buta. dulu, aku suka kalau ada cikgu yang berwajah manis padaku. kenapa tidak aku buat begitu pada anak-anak muda ni setelah aku jadi cikgu pula?

lagipun, aku nak amalkan sunah nabi, berwajah manis pada orang lain.walau kadang-kadang hati menangis.

hm,banyak cerita hari ni. tapi nanti la, masa kurang mengizinkan...

mengapa sukar mengungkap perasaan

untuk anak buahku,mimiyanti.kau yang mengerti.

susahnya kan kak, bila kita tak mampu meluahkan apa yang tersirat di hati
kerana kita nak jaga perhubungan
kerana nak jaga perasaan
kerana kita nak semua orang gembira.

kadang maksu terfikir.kenapa kita ditakdir dengan `puzle` yang begini.sangat sulit.dan memenatkan.maksu nak lari jauh dari gelap kegelisahan itu.tapi nak ke mana?nak pergi jauh, yang namanya `tanggungjawab` sentiasa memanggil untuk kembali.
bilakah ini semua akan berakhir.mengapa kita terpilih untuk mengharungi kemelut ini.sakit kepala memikirkannya.
kakak macamana?

hipokrit.!hipokrit!hipokrit!

Hipokrit ! Malaysia bekal minyak sawit ke Israel


Oleh: cheguBard

Kenyataan Terbuka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

REGIM UMNO/ BN HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila Media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi I support all efforts to protect the security of the state of Israel untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM dengan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini.

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebutkan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.

5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga.

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com/

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com