Ahad, 17 Februari 2013

Aku,Cuti dan Bidadari

17/2/2013
12.15 tengah malam.
whaa,lama sungguh tak kemas kini blog ni. sibuk lah sangat. cuti ada 9 hari,tiba-tiba tinggal esok saja. ohh....tidak!!!
berharganya cuti bagiku,kerana aku ingin berdamping dengannya,membelainya,menikmati keberuntunganku yang dikurnia Ilahi..tambahan pula ketika ini bidadariku sedang diuji dengan selsema yang panjang. dah sebulan lebih. cuma yang sekarang ini,sejak seminggu lalu disertai batuk-batuk yang begitu menyiksakan. kasihan mia.

adik begitu gembira ketika kami bawanya ke klinik. gembira sebab baginya,ke manapun kami pergi itu bermakna jalan-jalan.  tengoklah gambar tu, kalau boleh nak ditelannya penumbuk tu.sampai nak koyak mulutnya. manifestasi keterujaan.








ada cerita kenapa baju dengan seluar ni tak selaras langsung temanya. adik,masa tengah tunggu giliran,boleh dia terBAB (buang air besar). masa tu dahlah baru balik nurseri,terus ajak adik pergi klinik, seluar asal dah kotor,bapak kelam kabut cari seluar lain dalam beg.inilah hasilnya. taraaaaa....adik pun heran betapa warna-warninya baju dia hari tu.

masa kat klinik, jumpa Rozi,dia kata anak dia dulu batuk lama juga,terus pergi pakar YPJ kut buat sedut gas.alah,aku cuba je la kat klinik ni dulu. katanya pakar kanak-kanak.

masa kat dalam tu, doktor tu sangat lembut. haha. tergelak aku tengok dia buat treatment sebab dia lelaki.bagus juga dapat doktor lembut ni,tak takut. aku tanya,tak perlu ke adik di  sedut kahaknya.doktor kata tak perlu,sebab tahap sederhana. ikut hati aku nak aja aku suruh doktor buat nebulizer tu,biar semua kahak adik hilang.

dalam klinik tu sempat lah juga adik kenal-kenal dengan member. ntah,lupa pulak nama baby ni. bapak baby ni tanya macamana rambut adik boleh banyak.nak aja aku jawab `itu Allah punya kuasa`. hee,tapi kerana situasi tersebut perlukan logik yang boleh diterima dari sudut sains,aku kata le selalu sapu minyak olive.


sempat jugak baby tu dan adik kissing-kissing goodbye.baby tu pun selsema macam adik juga.
peristiwa yang sedetik itu mengesankan bagi aku,betapa manusia ni walau berlainan bangsa dan agama tapi fitrahnya sama saja,menghargai keharmonian hidup. dan baby oleh kerana mereka bidadari yang tiada dosa,begitu mudah menghubungkan manusia dengan manusia untuk bersilaturahim.


malamnya, bapak punya taktik baik untuk pujuk adik makan ubat. kasi susu dulu. adik pun gembira sangat.
3 ubat,3 picagari dengan harga 60 hengget dari klinik pakar kanak-kanak tu.asbab ubat,yang menyembuhkan Allah jua.
adik buat muka bila makan ubat. bapak pujuk baik-baik dengan ayat power. adik lembut hati. minum lagi. nangis lagi. bapak pujuk lagi. sampai habis ubat ke tiga. ala,adik tu, mami rasa ubat tu,manis je pun.saja la manjaaa.

lepas tu adik pun tidur. tapi malam-malam gelisah juga. hidung sumbat,batuk-batuk. aku rasa adik tak tahan econ,tapi bukan bukak besar-besar pun,26 celsius je.kang bukak 27 serupa tak payah,aku pulak karang tidur sambil berkipas sampai pagi.

ni siang tadi,adik lena dalam dakapan bapak yang penyayang sedang bapak surve internet nak cari tips menangani selsema bayi.hari entri ni ditulis dah 12 hari dah adik sejak ke klinik tu.  4 hari lepas adik kena cucuk 5 bulan,lepas tu adik demam dan meragam aje. balik kampung,kat sana ramai orang selsema, dah hidung adik berair semula.

sekarang ni aku rasa pilu bila adik batuk,rasa sangat sakit dadanya.

aku cuba hubungi klinik kat England (haha),klinik England kat Nusa Bestari ,tak berjawab pulak.cuti-cuti ni. baca kat blog,klinik tu ok ,buat sedut gas aje,keluar semua kahak adik agaknya.. haritu sebenarnya dah survey,kami pergi malam,sampai sana pintu dah tutup separuh. orang memang ramai amat,bagus sangat kut servis dia.

macam-macam cara dah buat kat adik,lumur viks lah,minyak bayini lah.tepuk belakang dia lah,.semua tak jalan.

langkah terbaru , 2-3 hari ni aku tawakkal kepada Allah, aku bagi adik minum minyak habbatussauda dan sedikit madu. kan Nabi dah sebut, habbatussauda tu raja segala ubat kecuali maut, madu pun ada dalam Al Quran sebagai makanan terbaik.ikut sunnah nabi dapat baraqah kan.
gambar ni bukti,adik tidur lena ala heroin titanic dekat dek kapal.haha

macam-macam pendapat aku baca tentang bagi baby makan madu kecik-kecik ni.ada pro,ada juga kontranya. tapi aku nekad atas landasan kepercayaan, `Ya Allah, sembuhkanlah anakku dengan berkat 2 makanan terbaik yang Kau ciptakan ini Ya Allah.tolonglah hamba,belas sungguh melihat bidadari kecil itu menderita  berbulan lamanya.`

dengan kuasa Allah,aku perhatikan adik tak menolak pun bila disudukan habbatussauda tu. cuma muka dia terseringai sikit-sikit, rasa nya minyak tu ya ampun, hubby pun tak sanggup kunyah kapsul tu. dia main telan aja. tak lama lepas tu, adik batuk dan muntah. dah 2 kali,bapak disirami muntah adik yang banyak (haha),mungkin muntah tu bersama kahak dan lendir dalam kerongkongnya. yang paling nyata, adik sangat lena tidur, berbanding ubat klinik dia akan lekas gelisah. sejak malam tadi, aku perhatikan dia cuma merengek nak susu sekali pukul 3 pagi. kemudia tidur sampai 7.30 pagi dengan tenang,cuma sekali sekala batuknya menyerang.

aku lebih yakin dengan makanan sunnah ni. aku dah tak sanggup kasi adik ubat yang ada dadah lagi,kesian tubuh kecil tu.esok,aku akan bagi lagi minyak habbatus sauda. `Ya Tuhan, Kau menurunkan penyakit, Kau berikan juga ubatnya,.kasihanilah bidadariku itu. Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan.`
amin.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com