Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 24 Februari 2010

Berikan apa yang mampu kita beri

aku tak banyak(belum banyak) duit nak beri kepada sesiapa yang memerlukan. seposen dua adalah. tapi aku harap tak lama lagi aku mampu memberi lebih dari seposen dua itu.

buat masa ini yang mampu aku berikan hanyalah inspirasi. kepada anak-anak yang memerlukan semangat, inspirasi dariku semuanya percuma.aku beri dengan penuh kasih dan sayang. anak-anakku semua tak kira warna kulit dan rupa. aku dah lebih dulu amalkan konsep 1 malaysia. Najib lambat lagi . hehe.
kadangkala aku tak pasti adakah inspirasi itu masuk ke hati tapi aku percaya perkara yang datang dari hati mesti masuk ke  hati. tak kan dari beratus-ratus orang, seorang pun tak mampu ambil apa yang baik dari inspirasi yang kita berikan. kerja aku memberi, terima atau tidak terpulanglah pada hati mereka.


gambar ini beri inspirasi buat seseorang. siapa ye?ehm. aku dan dia saja yang tahu....rahsia!

jadi orang yang memberi manfaat kepada orang dan makhluk lain dalam hidup ni. jangan jadi mudarat. tak kira siapa anda, percayalah, sentiasa ada seseorang yang menyayangi anda dan menjadikan anda idolanya.jadi, pastikan anda mempamerkan sifat positif kerana sekurang-kurangnya anda perlu menjadi contoh kepada orang lain. tapi tak perlu hipokrit, jadilah diri sendiri.mereka akan menerima anda seadanya.


aku kerap terjumpa bekas pelajarku. kalau sedang bekerja, mereka akan malu-malu menjawabnya.kalau sedang belajar di universiti, laju je menjawab.anak-anak, tak perlu malu kalau anda semua terpaksa bekerja dulu sebelum mengorak langkah seterusnya.bekerja itu bagus sekali. kamu akan dapat pengalaman yang menjadi guru terbaik, tidak akan kamu dapati dari mana-mana universiti,kamu berada dalam universiti kehidupan, mengajar jerih payah mencari seringgit dua. betapa berharganya titik peluh yang kamu curahkan untuk menampung keperluan hidup.
inilah gaji bersih aku sepanjang 4 tahun sambung belajar di uitm, sedangkan keperluan aku lebih seribu sebulan!
kalau anda semua nak tahu, aku pun pelik macamana aku boleh sambung kehidupan, hidup sampai sekarang dengan sihatnya! dengan duit 18 hengget sebulan setelah gaji separuh, bayangkan mana nak sewa rumah 600, makan 300, belanja tambang sekali balik kampung 100...keperluan belajar lagi?
alang-alang tak kuat iman aku memang berhenti. tapi Allah kuatkan hati aku. korang mesti cakap, hubby aku kan ada. ya, memang ada. yang anda semua tak tahu ialah 2-3 bulan lepas aku masuk Uitm, hubby kena berenti kerja, kilang tutup. hubby kerja sendiri, macam-macam buat semuanya tak berjaya. mohon kerja tak dapat-dapat. akhirnya jual cakoi tepi jalan . dapatlah untung 20-30 ringgit sehari. itupun akan roling modal beli yis cari tempat pak mail yang banyak juga kosnya. pendek kata hubby pun tak lepas. aku nak minta duit pun tak tergamak sebab dia pun makan nasi jual di Giant berharga 1.90 setiap hari. kadang makan cakoi yang dia jual tu aje.

susah, sangat susah masa tu. ada tak ada aku menangis di bahu kak sal. kadang bual-bual dengan iris sebab dia pun tak berduit juga. duit ptptn 2500 untuk 4-5 bulan. pandai-pandai la aku nak hidup dengan segala bagai tu.
aku tak mengadu dengan mak atau adik beradikku yang lain. aku yang cari. aku nak ilmu dan meningkatkan hidup aku. inilah pengorbanan namanya. siksa yang amat berjauhan dengan suami tengah susah macam ni.
tapi itu semua bukan alasan. aku belajar juga macam biasa. merasa juga 4 kali anugerah dekan setelah terlepas 2 kali. masa tu fikiran aku runsing sangat. duit tak ada, perniagaan abang kena ganggu, sakit darah tinggi menyerang, bank dah hantar warning sebab tertunggak hutang. ya Tuhan, nak menjerit-jerit rasanya.rasa rendah diri betul.

tapi aku teruskan juga. dan akhirnya, aku berjaya menggenggam ijazah biarpun lewat sikit dari teman-teman lain.

aku coretkan kembali sekelumit pahitnya hidup ketika tak berduit untuk anak-anak murid yang terbaca atau sengaja baca entri ini, dengan harapan kamu semua sedar bila cikgu kata pelajaran amat penting untuk mengubah hidup kamu, percayalah ia memang penting. cikgu bercakap dari pengalaman dan bukti yang kamu nampak sendiri slip gaji berbaki 18 ringgit cikgu.bukan sikit-sikit siksaannya,kalau cikgu toleh kembali masa hidup dengan gaji 18 ringgit ini, cikgu rasa trauma.kamu semua jangan patah semangat, apapun Allah tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang tak sanggup kita memikulnya.

kamu akan kata ala, cikgu cakap bolehlah, tapi cikgu mewah betul sekarang. pakai peugeot, makan kat vivo, kasut camel, beg sembonia.... bla.. bla...
heh,kamu semua dengar sini. 
semua yang kamu sebut itu adalah ganjaran kepada diri cikgu sendiri setelah kesusahan berliku yang cikgu alami.bila cikgu melepasi tahap dugaan itu, maka cikgu berhak menikmati ganjarannya. cikgu beli apa cikgu nak. cikgu makan apa cikgu rasa nak makan. cikgu guna apa yang cikgu tak boleh guna dulu. semua ini adalah ganjaran yang cikgu beri untuk cikgu sendiri setelah berhempas pulas menaikkan diri cikgu sampai tahap ini. 

kamu juga berhak mengganjari diri kamu dengan sesuatu yang kamu inginkan setelah kamu berjaya. jadikan keinginan terhadap sesuatu itu sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan. yang dinamakan kejayaan itu tak datang sediri. kamu kena cari. kamu kena usahakan.dan belajar di bangku sekolah ini proses mulanya. kesusahan yang kamu alami sekarang bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan apa yang kamu akan tempuh dalam dunia pekerjaan nanti.

kejayaan juga satu proses.bukan matlamat.matlamat kita semua adalah yang di sana. kekal dan abadi. jadikan segalanya di dunia ini bererti untuk kejayaan kita di akhirat nanti. ingat tu. untuk diriku, anak-anak didikku dan anda yang membaca.

1 comments:

YIN berkata...

Kita akan menghargai apa yang kita perolehi melalui pelbagai pengorbanan. Kita perlu menghargai diri kita sendiri jika kita mampu. Buat yang terbaik untuk diri sendiri.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com