28.mei 2011.5.41 petang.
hm, berlagak . itu agaknya persepsi anda semua bila baca tajuk entri diatas. heh..tenang -tenang saja.kalau kau biasa dengan penulisan aku, kau tak perlu rasa apa-apa. kau kenal pemikiran aku. tapi kalau kau tak kenal aku dan mahu menghakimi aku, kau tak dipaksa membaca entri ini sampai habis.kerana bakal ada pendapat aku yang mungkin kau tak setuju tapi ia begitu menyakitkan hatimu sebagai peminat filem melayu tegar. (hahaha)
aku tengok wayang dekat Jusco Tebrau. nasib baiklah memanfaatkan kemudahan yang ada, beli tiket guna online saja. ambil yang pukul 11.15 pagi, tiketnya murah. sampai sana pergh, punya ramai manusia berbaris, sampai ke Baskin N Robin..muka memasing kelat aje, takut tak dapat tiket agaknya.dengan berlagaknya kami terus ke kaunter online, tunjuk transaksi dan terus melangkah pergi dengan bergayanya. aku rasa memang ramai nak nonton KungFu Panda, tapi rata-rata yang melayunya tentu sedang berhajat nak nonton Nur Kasih.
aku ada usik hubby, `jom tengok Nur Kasih..` dia jawab dengan ekspresi muka bosan. aku dah jangka. hahaha. saja menyakat di pagi sabtu yang indah..
banyak sungguh manfaat cerita ni. aku hanyut dengan anugerah kreativiti yang Allah kurnia kepada pelakon, pengarah , grafik designer dan semua krew yang terlibat. filem animasi meminta kos dan kreativiti yang bukan sedikit, sebab hasil yang hebat perlu asas yang hebat.
tapi aku lebih suka bicara tentang pengisiannya. betapa filem ini berjaya membangkitkan semangat manusia. yang rendah diri, yang gemuk, yang tak tahu apa kebolehannya...bagaimana watak beruang diadun dengan angsa, mentadak, harimau,ular dan monyet, melawan kejahatan seekor merak.membangkitkan motivasi melalui watak binatang,hm...memang sangat bijaksana.
lagi, filem ini mengajarkan kita tentang kebahagiaan dalaman berhasil membuatkan kita kebal dari apa pun halangan di dunia ini. ikatan kasih yang tak logik (panda berbapakan angsa) akhirnya menemui titik pembongkaran salasilah sebenar Po, semakin ia kenal jati dirinya, semakin kukuh kasih sayangnya.
filem ini mengajarkan kita tentang kebudayaan china, tentang kekuatan persahabatan,tentang kuatnya kuasa kata-kata memberikan pengharapan, atau mematikan perasaan.
bukankah aku kata hebatnya filem ini, mengajar manusia melalui watak binatang, menyentuh nurani, membakar keinginan sehingga bernyala-nyala.
tak perlu gesel-gesel peluk cium, filem ini mengangkat darjat kemanusiaan lebih dari apa yang boleh kita harapkan. tak perlu tutup mata anak-anak kerana takut adegan ntah apa apa, aku galakkan kau bawalah anak-anakmu mencari nilai murni dalam filem ini.
detik-detik akhir filem, aku perasankan seorang awek cina seksi yang agak ganas pakaiannya menyeka mata kerana menangis ketika adegan Po kembali kepangkuan ayah angkatnya, Mr Ping, si angsa pembuat mi.
ada beberapa baris perkataan bererti dan bernilai tinggi yang dapat aku catat sepanjang nonton. tapi mungkin agak lari sikit bunyinya,maklum , menulis dalam gelap.yang penting maknanya.
* `CERITA HIDUPMU TAK BERMULA DENGAN BAIK. TAPI IA TELAH MEMBENTUK SIAPA KAU SEKARANG. SIAPA ENGKAU PADA MASA AKAN DATANG, TENTUKAN SEKARANG INI. (kata ahli nujum makcik kambing kepada Po , masa PO sedih terkenang dia ditinggalkan oleh ibu bapanya masa perang)
*KEBENARAN BUAT AKU BETUL
* TIDAK ADA KEJAYAAN DALAM MASA YANG SINGKAT.USAHA TANPA JEMU (pengajaran yang dapat diambil bila Po tanya kenapa Tigres punya tangan sangat kuat macam besi. Tigres kata dia belajar menumbuk besi selama 20 tahun. Po kata tak ada yang lebih mudah dan cepat? tigres pandang Po dengan muka marah sampai Po malu sendiri)
*HIDUP KITA TAK AKAN TENTERAM, KACAU BILAU BILA TIADA KETENANGAN DALAMAN.(adegan masa Po jumpa Master yang boleh buat setitik embun tak pecah,boleh main-main dengan embun tu, letak perlahan di hujung daun akhirnya jatuh perlahan ke kolam..awwwwsome...
adegan satu lagi ketika sedang kungfu-kungfu dengan lord Shen, po ada cakap kat merak tu `ADAKAH KAU PUAS DAPAT MENAKLUK DUNIA?` nyatanya merak tu tak puas dan bahgia juga)
`kau tak tengok Nur Kasih?`..er......tak apa lah. terima kasih. aku dah cuba tengok masa drama dulu. aku tak dapat apa yang aku harapkan. cukup episod 4 aku berhenti tengok.
kau nak tahu kenapa? er, carilah ulasan aku dalam entri lepas-lepas...
--------------------------------------------
jijah:hoi, kau kutuk Nur Kasih eh, aku baru tengok, best la...
napi:a ah. kau ni ngapa, omputih lah sangat.
hajar:aku sokong kau jane, i loikeee...kan aku cikgu bi ngko start form 4?lupa?
ita:patutlah filem melayu tak untung, ko tak tengok rupanya...apa lah kau ni...(sambil cekak pinggang)
aku:hehe