Sabtu, 13 Ogos 2011
Matlamat Tak Menghalalkan Cara
Posted by Comels at 2:18 PG 2 comments
Labels: mlm, neraka, rezeki halal
Khamis, 11 Ogos 2011
cikgu setengah mati
Sistem komputer Kementerian Pelajaran mendera guru
Posted on Wednesday, August 10 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh: amkns
"
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.
Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.
"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN.
"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP di sini Jumaat. Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah diseluruh negara.
Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnya memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.
LOKE MELAHIRKAN KEBIMBANGAN BAHAWA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI DALAM KELAS AKAN TERJEJAS KERANA GURU TERLALU SIBUK UNTUK MEMASUKKAN DATA PEPERIKSAAN KE DALAM SISTEM BERKENAAN. "SEHINGGAKAN ADA GURU YANG SANGGUP MENINGGALKAN PROSES P&P DI KELAS SEMATA-MATA MAHU KEY-IN DATA PEPERIKSAAN KETIKA SISTEM BERKENAAN BERADA DALAM KEADAAN BAIK," KATANYA.
Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini.
- BERNAMA Ogos , 2011
Posted by Comels at 3:58 PTG 1 comments
Labels: beban guru, cikgu, nutp
Tuhan, limpahkanlah aku rasa sederhana.
tulisan ini untuk mengingatkan aku, dan kau ,kawan yang suka baca tulisanku.
semoga aku terhindar dari penyakit hati ketika menulis entri ini.
apa erti sederhana padamu?
bagi aku, sederhana ialah berbuat sesuatu mengikut kemampuan, tidak berlebih-lebihan dalam semua perbuatan dan apa saja tindak-tanduk kita.
susah, sangat susah untuk bersederhana. ada orang kata, kesederhanaan itu datang kalau kita diberi pengajaran. tapi pengajaran yang bagaimana?adakah kesusahan yang amat dalam satu fasa dari hidupmu mampu membuat kau besederhana bila kau dah senang?
berapa ramai orang yang susah, dia lupa diri bila dah senang?
berapa ramai orang yang tak pernah susah, hidup seadanya kerana memikirkan ramai orang susah dan telanjang?
berapa ramai pula orang yang pernah susah, bila dah senang tak ingat kepada orang yang susah macam dirinya satu masa dulu?
ampun kawan, kalau ada tulisanku kemudian ini menyinggungmu, atau kau rasa aku ujub dengan diriku sendiri. segalanya terlintas ketika pagi tadi aku sempat bicara dengan kiah, anak muridku yang ku sayang.
`dah buat baju raya , kiah?`
`em, mak saya buat baju cikgu..`
`penting ke baju raya bagi kamu?`
`penting la cikgu,kan raya. kan sunat pakai baju baru.` Amalina mencelah.
`cikgu, dah buat baju raya?`
`saya tak rasa baju raya penting untuk saya.`
aku tersenyum. kiah pun. amalina juga.
yang nyatanya, aku sebenarnya memang tak kisah sangat tentang yang namanya baju raya. apa adanya aku pakai. hubby juga. seingat aku baju melayunya itu dah 4 tahun, masih baju yang sama. tak pula aku rasa macam orang fakir miskin bila tak pakai baju raya pada pagi raya.
lain orang, lain tafsirannya pada hidup ini. bagi aku, entahlah. apa yang aku jadi sekarang ini mungkin kerana aku dan hubby sudah tercanai dengan kesusahan sejak sekian lama.menjadikan aku lali dengan apa yang namanya perhiasan diri, perhiasan dunia dan segala yang sinonim dengannya.
memang ada barang tertentu aku akan beli dengan harga yang mahal. terutama kasut dan beg. tapi kawan, aku gunakannya selagi hayatnya ada. kasut itu aku bawa ke sekolah, ke pusat beli-belah, berjalan-jalan hatta balik kampung! dan dengan lasaknya kasut tu,menampung badan aku yang comel ini, perlu aku beli yang betul-betul tahan lama. memang mahal tapi aku gunakannya dah masuk tahun ke 3. lebih baik daripada aku beli kasut murah tapi tak sampai sebulan aku kena beli yang baru.
begitu juga beg. ke mana saja aku pergi, beg inilah yang aku usung.mengelakkannya cepat putus atau koyak, maka aku beli yang agak mahal. tapi kawan, sudah 3 tahun aku tak tukarnya.
tentang yang lain-lain, aku rasa elok aku besederhana saja. baju, selagi aku tak jemu, belum koyak dan belum banyak menyusahkan aku dengan terpaksa repair sana-sini, aku akan pakai.langsir rumah aku, tak pernah aku ganti semata-mata kerana raya sejak 7 tahun lalu. bagi aku asal tak buruk dan tak koyak, okey saja.
kecuali buku, aku tak kisah berhabis sikit. kerana aku rasa tak ada ruginya aku berhabis untuk membaca sebab ilmulah yang bakal menyelamatkan hidupku di dunia dan akhirat. bukulah yang menyeimbangkan otak kananku dengan mendalamkan sifat kemanusiaan . bukulah teman aku kalau aku lupa, bukulah temanku kalau aku buta.
tapi bagi orang mungkin hobi aku ini satu pembaziran. baik beli baju atau perhiasan atau apa saja selain buku.entahlah, pendapat masing-masing kan.
kawan, kadang-kadang tanpa kita sedar kita `ter` ujub, riak dan takbur dengan apa yang kita ada. percaya tak?bukan niat kita, tapi itulah permainan syaitan.
kita tak perasan pun kita begitu sebab asalnya tiada niat sebegitu. tapi kawan, syaitan itu pandai menipu daya. sementelah ruang untuk mempamerkan segala apa yang kita ada terutama hal kebendaan atau harta dunia begitu luas, makin mudah dia menjerumus kita ke arah penyakit hati.kau tahu ruang apa?
FACEBOOK.
itulah ruangnya kau berkongsi kegembiraan, berkongsi pengalaman dan berkongsi apa yang kau ada. disitulah kau dapat ruang bertemu kawan lama kau sambil bertanya khabar.sambil juga tunjuk gambar kau dengan motor harley davidson, atau BMW mata belalang hantu,atau kipas-kipas duit yang kau dapat dari program haram infinity downline contohnya.
di situlah ruang kau nak cerita tentang kurniaan suami kau yang kaya raya lagi budiman tentang percutian kau di syurga dunia tak terusik kat kepulauan Mauritus paling selatan, intan permata yang kurang seringgit saja menyamai cincin kontroversi RM74 juta,gadget-gatget terbaharu telefon bimbit, tv led 78 inci, rumah 3 tingkat bertiang roman ala zaman renaisance dan apa benda mak nenek lagilah, pokoknya harta benda.
tapi kita sampaikannya dalam nada tak sengaja, tercerita, dan seolah-olah macam tak ada niat pun nak cerita tentang tu. kawan, tapi orang lain tertangkap juga kilasan ikan di air. kalau yang melihat itu tidak mampu, bakal menimbulkan iri hati. kalau yang melihat itu mampu, bakal menimbulkan benci.kalau yang melihat itu sangat mampu, melebihi kemampuan kita itu, akan menimbulkan caci. `ah, macam bagus, aku boleh dapat lebih kalau aku nak`.mungkin itu kata hatinya.
jadilah facebook ruang silaturrahim asalnya kepada ruang perang saraf akhirnya.kawan, ketahuilah, akibat perbuatan kita itu memberi kesan yang berangkai-rangkai kepada banyak orang.sebabnya tahap pemikiran manusia ini tak sama. yang positif, tak ada masalah. yang berpandangan negatif, macamana?
kawan.
aku rasa jalan paling selamat ialah besederhana.kau tahu kau mampu, tapi kau tahu perkara itu tak perlu. tak perlu beli, tak perlu ambil, tak perlu simpan, tak perlu tunjuk, tak perlu cerita!maka jadilah kau sebaik-baik umat kerana menghindari segala punca mazmumah, dan mengelakkan manusia lain dari nafsu ammarah.
kawan, sebenarnya perkataan `kau` itu tak tepat. sepatutnya aku menulisnya sebagai `kau` dan `aku`sekaligus.
.sebelum aku berakhir, mari hadamkan bait lagu ini, agar ramadhan ini bererti buat kau dan aku.
apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang di kecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu
timbul rasa jemu
bila sudah didalam genggaman
dunia ibarat air laut diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
panas yang membahang di sangka air
dunia dan nafsu bagai bayang -bayang
dilihat ada, ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintamu kuharap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh.
Posted by Comels at 12:18 PG 0 comments
Labels: dosa, facebook, ramadhan, raya sederhana, sederhana
Rabu, 3 Ogos 2011
SPR ,JPN, kerja untuk siapa?
Lagi 52 'Kesilapan Teknikal' SPR dan JPN Didedahkan !! (Wajib Baca!!!)
Posted on Wednesday, August 03 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: edyesdotcom
"Saya ucap setinggi-tinggi tahniah kepada pemuda PAS dan Lujnah IT PAS kerana langsung tidak leka dalam mendedahkan Komplot SPR-JPN-UMNO-BN !
Semalam, seorang pemegang Kad Pengenalan Malaysia warna merah 'Pemastautin Tetap' didapati sebagai pengundi baru dalam sistem SPR. Berikutan pendedahan tersebut, pada sebelah petangnya nama pemegang kad pengenalan MyPR (Merah) iaitu Mismah telah diubah menjadi warganegara.
Pembongkaran Mismah bersama IC Merah pada sebelah pagi itu telah menerbitkan perasaan panik di kalangan mereka yang membuat kerja-kerja jahat memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang. Oleh kerana panik, terus 'mereka' tukar status IC Merah kepada IC Biru sepertimana yang dipunyai oleh rakyat Malaysia secara mutlaknya. Dengan pertukaran ini, Mismah telah dibenarkan mengundi, dan ia berlaku sekelip mata!
Namun demikian, hari ini telah dijawab oleh SPR bahawa ini adalah kesilapan teknikal JPN kononnya sistem tersebut tidak dikemaskini sepenuhnya. Kita boleh saja terima jika kesilapan ini berlaku sekali, tetapi bagaimana jika 'kesilapan teknikal ini berlaku berkali-kali, berpuluh kali, beratus kali dan beribu kali ?
Hari ini juga telah didedahkan oleh Lujnah IT PAS bahawa lebih 52 kes telah dapat dikesan di seluruh Selangor. Ini kes-kes yang berjaya dikesan, di atas keterbatasan pastinya lebih banyak yang tidak dapat dikesan. Tidak keterlaluan jika dikatakan telah banyak kes yang selesai 'urusniaga MoU' di antara warga asing yang diberi IC biru dan si penyangak SPR-JPN-UMNO supaya mereka mengundi BN dalam PRU akan datang sebagai syaratnya.
Bayangkan jika setiap DUN yang jumlah majoriti kemenangan Pakatan Rakyat di bawah seribu, diletakkan pula pengundi warga asing seramai seribu setiap DUN tersebut, maka tewaslah Pakatan Rakyat mengikut pengiraan logik. Ini bermakna, pertembungan sebenar sudah menjadi di antara rakyat dan penggadai bangsa yang dibantu oleh warga asing. FAKOF!!
Di bawah ialah laporan kes pasca Mismah-gate !
Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.
Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.
Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.
Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).
"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.
"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.
"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.
Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.
Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.
Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.
Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.
Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.
Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.
Posted by Comels at 4:43 PTG 0 comments
Labels: JPN, penipuan SPR