Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 18 Januari 2012

berbezanya pemikiran kita

pandangan kita seringkali bergantung kepada apa yang kita lalui, apa yang kita baca, siapa di sekeliling kita dan bagaimana kita melihat sesuatu. betul kan?

aku tak faham banyak perkara tentang  pandangan manusia berkaitan mahal atau murah. semuanya subjektif. bagi orang kaya, makan sekali di tempat eksklusif berharga Rm200-300 itu tidak apa-apa. tapi bagi orang miskin atau yang banyak komitmen, itu satu pembaziran maha hebat untuk hidupnya.

untuk orang yang banyak komitmen seperti aku, baju yang aku sanggup pakai dalam anggaran 50-60 sepasang. itupun rasa mahal. aku rasa menzalimi hak ibu bapa, kakak-kakak aku yang ibu tunggal atau anak-anak yatim yang susah kalau aku sanggup berbelanja lebih dari itu untuk sehelai baju.

dan apabila aku terpaksa (dipaksa?) membeli dengan harga yang mahal 5 kali ganda dari apa yang aku mampu dan perlu, bukankah itu satu kezaliman?

aku tidak menyalahkan atau cemburu kepada orang lain kalau mereka mampu dan suka berbelanja besar dan mewah untuk apa saja keperluan sendiri. itu hak mereka. itu rezki mereka.nikmatilah sementara Allah kurniakan kepada kita.tetapi bila sesuatu keputusan melibatkan duit, yang melibatkan semua orang, perlu pertimbangan yang wajar, patut padan dalam harga.

aku tidak nampak apa rasionalnya aku memakai baju yang sepasang harganya boleh menyara hidup seorang ibu tunggal anak 3 selama 12 hari.yang baju itupun akan kupakai pada waktu-waktu tertentu sahaja selama setahun dua, kemudian tak akan digunakan ke majlis kenduri kendara atau hari raya. setahun berselang, tukar lagi..dan lagi ,dan lagi...
Tuhan, penatnya aku dengan dunia ini.
kasihanilah aku.

betul, gaji memang besar. tapi ke mana gaji itu yang berbeza-beza. ada orang, gaji 3 ribu tapi semua miliknya. suka hatilah nak beli apa, nak buat apa. tapi perlu ingat, ada orang, dengan gaji yang sama sangat banyak tanggungjawab yang perlu dia langsaikan sampai kadang-kadang tak ada yang berbaki untuknya.

kita tak tahu kehidupan orang,dan orang juga tak akan mudah-mudah memberitahu apa berlaku dalam kehidupannya.

jadi kita tak boleh menganggap apa yang kita alami sama macam orang lain juga.
sebagai manusia yang rasional dan bijak, kita perlu buat sesuatu yang sederhana. tidak menyusahkan, tidak membebankan.

hidup aku prinsipnya mudah. mengalami macam-macam peristiwa sampai titik terendah yang buat aku betul-betul lemah, dengan bantuan Allah kekuatan itu muncul sedikit demi sedikit, aku sudah ditarbiah secara tak langsung. HIDUP INI BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI. ADA HAK ORANG LAIN YANG PERLU DILUNASI.KEYAKINAN  DAN JATI DIRI TIDAK BERSANDAR KEPADA BETAPA BESARNYA RUMAH, CANTIKNYA KERETA,ATAU MAHALNYA SUTERA. TAPI KEYAKINAN ITU DATANGNYA DARI HATI.


Tuhan.
Kau memerhatikan segalanya. bantulah aku.permudahkanlah...

3 comments:

Muzakkir berkata...

Salam perkenalan. Setiap orang ada pemikiran yang berbeza. Selagi tidak melanggar syariat maka kita perlu berlapang dada menerimanya.

siti azizah Sang Pencinta berkata...

jana sebenarnya pemikiran yg berbeza menjadikan hidup di dunia ini lebih indah ..

Comels berkata...

muzakir:tapi saya tak boleh berlapang dada kalau isunya ialah pembaziran
jijah:memanglah indah kalau semuanya dibincangkan. ini macam paksa rela.tergesa-gesa pulak tu. jah, kau pernah pakai baju harga sampai 250 sepasang. masuk kos jahit rm300?aku tak sanggup jah.kakak aku ibu tunggal 2 orang,yg kanser lagi,mak aku dah tak kuat kerja,betulkan rumah..zalimnya aku kalau aku tak menghulur kepada mereka sebab aku beli baju beratus-ratus sehelai!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com