Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 28 Mac 2012

isteri bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa?

semalam mengajar sivik di kelas 4 kA.walau luar jadual (sepatutnya 2.15 petang baru mula),kami sepakat untuk mulakan pada 1.15 selepas sesi normal tamat.jadi tak perlu balik lambat sangat.

apa yang aku suka,kelas ini tak banyak kerenah.aku faham,mereka letih kerana terpaksa mengambil kira-kira 10 subjek untuk spm.untuk tidak memudarkan semangat yang keletihan,aku suka bersantai-santai dalam mengajar.sementelah pula sivik tak termasuk dalam subjek spm,jadi tak membebankan sangat.tapi subjek ini amat penting untuk murid-murid ini supaya tak jadi macam robot. sibuk mengejar A+  atas kertas,tapi terlupa ruang menjadi manusia.mereka perlu sedar,mereka bukan robot.tapi manusia yang perlu seimbang dari segi JERI.

kebetulan topik kecerdasan JERI jadi tajuk.paling seronok,ada soalan perbincangan yang mengutarakan masalah seorang pelajar pintar yang dapat semua A dalam SPM  (perempuan) ,cantik,sopan santun, beragama tetapi memilih untuk kahwin pada usia 19.

bagi menggalakkan mereka bercakap,aku minta mereka berfikir untuk menyokong atau membantah.sungguh menarik,tak mengantuk dan gamat dengan pendapat.sesekali macam bertengkar pun ada. gegak gempita bila mempertahankan hujah.

ada yang pro,ada yang kontra. awalnya,yang menyokong kahwin awal menang,sampai 9 hujah dapat dikemukakan,dan kupasannya juga memuaskan hati. antaranya mengelakkan maksiat,mengembangkan zuriat,mengerat silaturahim,menyenangkan ibu bapa bila tua anak dah besar..dan macam-macam lagi.perbincangan makin hangat bila yang tak menyokong berhujah juga. pendapat mereka menyatakan nanti kaum wanita tidak bebas sebab tidak ada pendapatan sendiri. menyekat peluang belajar,tidak sempat membalas budi orang tua dan akan menerbitkan penyesalan kerana tak sempat menikmati zaman muda.

sebagai provokasi,aku wajibkan 7 jejaka dalam kelas itu menjawab soalan tambahan `adakah kamu mahu isteri kamu menjadi suri rumah atau berkerjaya?`
jawapan mereka menimbulkan gelak dan lucu,tetapi tersirat satu pegangan dan pemahaman tentang dasar membuat pilihan.  asraf,dz dan siapa ntah seorang lagi memilih wanita bekerjaya untuk menjadi isteri. bani  ,hadi dan 2 lagi suka kalau isteri duduk di rumah sahaja. alasannya sekarang terlalu banyak kes melibatkan kanak-kanak,jadi mereka takut dan tak percaya kalau anak-anak dijaga oleh orang lain. untuk asraf dan kawannya yang memilih wanita bekerjaya,mengemukakan bukti kalau nak hidup selesa,zaman sekarang perlu berkerja suami dan isteri.

tiba waktu buat kesimpulan,mereka sungguh teruja untuk tahu jawapan,siapa benar,siapa salah.

aku menyimpulkan,tiada pendapat yang salah. semuanya betul.namanya juga pendapat.semua orang bercakap dengan rasional masing-masing. aku sangat gembira kerana mampu memecah ketakutan mereka untuk bercakap.apapun isunya, mereka sepatutnya sedar mereka bebas berpendapat asalkan berhujah dengan fakta,jangan sembang kosong.aku mahu mereka menjadi merdeka, tidak takut menyuarakan pendapat.kebijaksanaan lahir dari banyaknya berbincang,berdebat dan berhujah.bila sudah dilatih sejak belajar,fakta dan ilmu akan buat kita bagus dan hebat dalam bercakap,aku harap pemikiran ini dibawa sehingga mereka dalam alam dewasa.

kesimpulannya, siapa sependapat dengan Bani,boleh saja. tapi mereka perlu bekerja keras,mencukupkan keperluan,beri kebahgiaan dan segalanya yang perlu kepada seorang isteri. kumpulan ini aku gelarkan lelaki gentlemen.betul-betul buat isteri sebagai tuan puteri,duduk rumah goyang kaki.

siapa sependapat dengan asraf,juga tiada salahnya. aku gelarkan mereka lelaki realistik.sebab zaman ini,kos hidup sangat tinggi.andai sukakan keselesaan atau kemewahan,tidak salah jika isteri bekerjaya.cuma aku beri peringatan keras-keras kepada asraf dan kawan-kawannya, `duit kamu,duit dia,duit dia-duit dia,tahu!`kamu masih wajib beri nafkah kepadanya walau dia bekerja. supaya dia tak tersalah tafsir yang tanggungjawabnya terlepas kalau isterinya bekerja.

kepada pelajar wanita, aku terangkan,siapa yang memilih untuk jadi suri rumah tangga sepenuh masa,tiada halangan.didiklah generasi dengan sehebat-hebatnya.bertumbuhllah anak-anak muda yang kuat,merdeka dan bijak hasil didikan ibunya yang terbaik.

tapi yang nak bekerjaya,mengapa tidak.malah kehebatan wanita bekerjaya sungguh berganda.kerana di rumah dia pengurusnya,diluar dia mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikan agama,bangsa dan negaranya.bukankah hebat?tapi aku juga mengingatkan sekerasnya, keluar bekerja itu perlu dengan tindakan yang betul iaitu jaga batas aurat dan adab.supaya tak timbul fitnah bila keluar.wanita ini godaan besar untuk lelaki,jadi kasihanilah mereka dengan mengasihani dirimu sendiri dulu.

kami tutup pelajaran hari itu dengan satu ilmu.apapun pilihan,sentiasa ada pro dan kontra.terpulanglah dengan akal kurniaan Allah itu mahu diapakan dengan masa depan sendiri.semoga mereka mengerti.

Ah, ya Tuhan, inilah nikmatnya menjadi guru.memberi orang tahu. semoga perbincangan semalam dalam pemerhatianMu.

syabas kepada semua kamu.!!!

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com