Khamis, 7 Disember 2017

ILMU UNTUK MIA.

catatan ini dibuat selepas adik tidur,emak terlebih semangat nak menulis dan mata belum mengantuk.sekarang pukul 9.58 malam,jumaat,7/12/2017.umur adik 5 tahun,2 bulan 20 hari.kali terakhir emak menulis untuk adik sebelum hari ini ialah ketika adik berumur 2 tahun. 

3 tahun emak tak mencatat apa apa memori tentang adik.rindu.dan masa berlalu nantinya kalau umur kita panjang,dunia masih aman dan kita masih ada internet,adik boleh buka blog emak ni. melihat kembali perjalanan hidup adik sepanjang adik membesar,dari kaca mata seorang emak.yang rasanya susah nak digambar dengan kata-kata betapa sayangnya emak padamu wahai anak.

malam tadi emak mimpi merapu. jalan jalan sampai tersesat,siap lemas dalam air,ada hutan dan entah sampai negara mana entah. tapi yang paling menyakitkan,emak hilang adik. sesak rasa dada,sakit betul kesedihan yang emak tanggung,kemudian emak terjaga dan emak pegang adik,Alhamdulillah adik masih ada di sebelah emak.sakitnya kalau kehilangan kan dik. tapi akan tiba suatu masa,kita terpaksa berpisah sementara.semoga bertemu di syurga,persinggahan abadi.

ai,dah kenapa emak ni nak bermelankolik sangat. tak apa kan dik,masa emak menulis entri ini emak ikut saja flow yang menyinggah dalam perasaan emak ni. ada sayu,ada lucu,ada harapan dan ada bermacam lagi.sekurang kurangnya,kalau adik baca,adik dapat menggambarkan perasaan emak mengikut perenggan.senyum.

adik,anak emak sayang.

ketika ini kita menghabiskan cuti bersama-sama. walau ada kerja perkeranian yang sedikit tertunggak,emak lebih rela penuhkan masa dengan adik,walau tak sepenuhnya,sebenarnya. adik kecik lagi, emak pula dah 4 siri.kemudian dari pagi sampai malam,adik ajak emak main permainan yang setara dengan tumbesaran adik.waduh nak, habis tenaga emak. emak nak minta maaf dik,terpaksa pasangkan tv untuk adik tengok ketika emak sibuk buat kerja rutin atau kepenatan setelah meneman adik bermain. dah adik tak ada adik beradik lain,terpaksalah emak jadi `adik beradik tua` yang tak punya energi macam kanak-kanak.

emak tahu tv tak baik untuk tumbesaran adik. tapi apa lah daya emak. emak minta maaf sekali lagi dik. macam mana pun, untuk mengimbangi rasa berdosa tu, sebelum tengok tv ada rutin yang emak dah programkan dalam minda adik.
`sebelum tengok tv adik kena buat apa?`
`mandi,makan, baca quran/zikir/bacaan solat dan mengeja `,kata adik dengan mengikut aturannya.
`bagus,pandai anak emak.`emak tak kisahlah walau rutin tu cuma 5 minit,sekurang kurangnya adik tak lupa terus dengan agama dalam sehari.

 terima kasih emak nak ucapkan kepada semua cikgu tadika PASTI BP dan seluruh kakitangannya,terima kasih cikgu. cikgu dah ajar anak saya banyak sangat perkara yang saya tak mampu nak ajar dia di rumah,kerana saya sibuk mengajar anak orang pula. semoga cikgu dan semua kaki tangan PASTI mendapat ganjaran syurga Allah. saya terharu dalam usia 5,anak saya dah tahu solat,bacaan solat,baca surah al mulk,baca hadis,baca banyak surah dalam al quran walau cuma menghafal. tanpa kesabaran cikgu semua,saya tak yakin saya dapat ajari dia sendiri.saya tak kisah dia dapat nombor berapa pun dalam kelas,tapi yang penting saya harap dia ada nombor yang baik di sudut hati cikgu.ececece...

dan masa adik di PASTI ada setahun lagi. emak harap,adik jadi anak soleh, taat cikgu,jangan biadab, ikut segala ajaran cikgu dan jangan sampai cikgu kecil hati,tahu?keberkatan hidup seorang manusia tu selain taat ibu bapanya, taat juga pada gurunya nak. bila kepala dah cecah awan, jangan lupa rumput yang kau pijak. adik bukan sesiapa kalau tiada guru yang mengajar alif,ba ,ta atau tulis baca.

beberapa hari lepas,adik ajak mak main cikgu-cikgu. adik jadi cikgu,mak jadi anak murid. amboi,garang betul cikgu ni. masa adik ajar,mak main main,adik marah mak. adik kata`jangan main-main,saya kata baca betul-betul`.`ikut saya baca! s a  sa, t u tu,satu!` emak pun ikut.adik tiru macam cikgu adik mengajar. lucu betul anak emak ni.



adik tulis apa entah kat kertas ni, kemudian adik bagi arahan kat emak `saya nak,kamu lorekkan bahagian ni, ni, dan ini. kemudian, lukis. faham?...` `er,faham cikgu!` sebiji macam cikgu siapa ye?cikgu naini ke,cikgu wana?  (sampai sini bayangkan emoji senyum dan mata bertukar menjadi love) terima kasih cikgu,mengajar anak saya perkara perkara baik.

insaf sekejap.kalau siapapun seorang guru tu,pasti jadi ikutan anak muridnya. Ya Allah,ampuni aku andai terberi contoh yang tak baik ketika aku mengajar....kalau setahun tu ada seorang yang terikut contoh tak baik tu, er,maknanya paling kurang 20 orang dah jadi dosa berterusan emak dik....semoga Allah mengampuni kelalaian emak kan dik.
ni surat adik kepada emak. menyatakan adik lev emak.emak  rambut panjang pakai tiara.reben besar lagi tocang dua.ada lolipop.adik bagi 8 star untuk mak. adik tak sabar nak menulis macam emak.tapi bila emak suruh tulis betul betul adik buat buat tengah siapkan benda lain. anak emak memang cerdik.itu namanya kurang rajin dengan cara halus.


kalau datang adik punya rajin tolong mak basuh pinggan,mak akan biarkan adik basuh. tapi mungkin kerajinan itu datang sebulan sekali. tak apa lah nak. janji,selepas makan, semua yang adik guna letak dalam sinki. bersihkan sama sama. dalam rumah ni tak ada orang gaji. sampai apak pun akan bawa pinggan mangkuk ke dapur dan singki bila sudah makan. terima kasih kepada tok wan kerana mendidik anak lelakinya supaya tak menjadi tuan besar dalam rumah tangga.kalau tak entahke dah masuk krt .senyum.

emak takut juga kalau adik jadi manusia yang tak peka. haritu, makcik yati ada cerita yang abang PT3 tak tahu nak kategorikan mergastua,flora,fauna...ada ke kucing diletak dalam kumpulan mergastua... gelak memanglah gelak. tapi sedih juga,atas kegagalan kami yang mana hingga mereka tak mengenal kategori binatang? sebab tu,sejurus saja balik, mak terus ajar adik yang mergastua tu burung,flora untuk pokok dan tumbuhan,fauna pula untuk binatang. emak suruh adik ingat selalu,supaya nanti PT3 adik tak letak kucing dalam kumpulan mergastua.mana mak nak letak muka dengan cikgu yati. mau pindah rumah kita dik.

Adik orangnya bukan fokus sangat untuk belajar menulis,buat homework dan kerja rutin seorang pelajar. emak rasa adik ni jenis visual dan kinestatik. adik dapat faham dengan cepat bila ada simbol atau gambar.adik juga cepat menguasai linguistik. kerana itu emak suka ajak adik bertutur dengan sebutan yang betul.`dokumentari,`lucu,``orang kelainan upaya`,`supaya`,`kesihatan`,antara perkataan yang adik boleh sebut tanpa salah. setiap kali nampak simbol OKU di parking lot atau mana mana tempat, emak akan tanya supaya adik dapat ingat kembali apa ungkapan yang betul. seronok rasa bila adik boleh sebut `orang kelainan upaya` dengan mulut adik yang kecil tu. emak pesan, sebut yang elok-elok untuk gelaran seseorang supaya tak menyinggung hati. supaya kita dikenal sebagai manusia yang `sekolah`.

walaupun adik lebih suka tengok kartun,tapi emak paksa juga adik tengok dokumentari supaya adik peka dengan hidup ni. dari situ adik boleh belajar tentang adat,budaya dan agama manusia lain di muka bumi.adik tahu ada orang sambut hallowen walau kita tak meraikannya. adik tahu tak boleh minum arak kerana banyak mudaratnya. adik boleh belajar mengenal binatang. sampaikan sekarang kalau mak tanya,binatang apa paling lambat,adik tak jawab siput atau kura-kura. tapi adik jawab sloth! sedangkan binatang tu emak kenal pun bila umur mak dah dekat 30 tahun. tu pun mujur sebab emak mula minat tengok national geograpic.tv ni alat saja nak. nak baik pun ada,nak buruk pun banyak.cuma di zaman akhir ni, buruk lebih banyak dari baik.

macam dah panjang emak menulis. kita sambung di lain kesempatan. emak saaayaaangg adik sangaat.idea mak mencurah curah ni,tapi macam mengantuk  dah. selamaat malaam anak emak. semoga mimpimu indah. 


tamat pada 11.32 malam.



1 comments:

welldamacauley berkata...

Play Blackjack for Real Money at JTG - Mississippi
JTG's casino has more than 1,000 slots, poker tables and a 안동 출장마사지 live table 동두천 출장샵 poker 부산광역 출장샵 room. 광명 출장마사지 You can also play blackjack 문경 출장샵 games online with a variety of

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com