Catatan pada 20.8.2015.
Catatan untuk mengenang
keletah buah hati pengarang jantung mak- Damia Maisarah.
Mungkin mengambil masa
dan beberapa bab untuk dihabiskan.
Lebih kurang 9.20 malam
kita sampai kampung tuk wan kat yong peng.adik tidur sejak dari rumah.terjaga
sekejap bila tiba.tapi mak bobok adik supaya adik tertidur lagi. Kalau tidak,adik punya
tantrum nanti buat mak tak sabar.wah,syukur,lepas tukar lampin dan bapak sua
sebotol susu dutch lady perisa coklat,adik sambung tidur seolah_olah tiada apa
yang berlaku.
Adik,anak mak yang
manis.
Lagi 16 hari umur adik
masuk 3 tahun.sudah jadi rutin saban tahun mak untuk catat apa saja nostalgia
tentang kita,tatkala adik membesar ini.agar satu masa nanti kalau adik dah
pandai membaca dan dah belajar jauh dari mak,adik bacalah blog emak ni
nak.rakaman kasih sayang kita dalam bentuk tulisan ini mak harap dapat
menyentuh hati adik.agar dapat adik rasa betapa cintanya mak dan bapak pada
adik,anugerah terindah Allah dalam hidup kami.
Adik,anak mak yang
manja,
Sekarang ni berat adik
dah dekat 20kg.kalau orang tak tahu mesti mereka menyangka umur adik dah 5
tahun.badan adik montel sangat.mak suka gigit perut adik yang bulat macam
humpty dumpty tu.pipi adik melayut.sapa pun termasuk mak terpaksa berhempas pulas nak cium pipi adik.Adik geli kalau kena cium pipi. adik akan mengelak. cium kepala ke,dahi ke, perut ke,takpe.
sebenarnya peluang mak terbuka luas untuk gomol pipi adik masa adik tengah lena,tapi mak teringat pesan ustaz Ismail Kamus jangan cium pipi anak yang tengah tidur nanti degil,..emak tak jadi la cium adik.Walau hati mak meronta-ronta ingin melakukannya.kulit adik putih merah.mata adik bersinar
macam bintang kejora.kalau adik dapat tudung mak,adik akan simpul_simpul atas
kepala sambil menyanyi.imaginasi adik tinggi.adik akan bergaya depan cermin macam
tak wujud sesiapa perhatikan adik.lepastu,adik tanya mak atau
bapak,"cantik tak?".kan adik kan.
Adik tahu tak kenapa
adik montel?
Sebabnya,adik sangat
suka makan nasi. Nasi putih sahaja.lagi suka kalau panas_panas.adik tak mahu
campur apa-apa.memanglah senang bela adik,tapi takkan nasi semata-mata.kadang
mak hancurkan ikan goreng atau ayam,letak dalam nasi.tapi adik tahu.adik makan
juga untuk jaga hati mak.tapi untuk suapan seterusnya,adik cakap
dulu"mak,adik tak nak ikan".kalau adik termakan,adik akan luah balik.
Kadang adik bangun awal
sangat.pernah satu hari tu,pukul 5 pagi adik dah terbangun.masa tu mak dengan
bapak sedang bungkus nasi lemak meletops mak untuk abang dan kakak tingkatan 5
yang selalu kelaparan.tiba-tiba adik cakap"mak,nak nasi".ternyata
seawal pukul 5 pagi tu adik dah lapar.semangkuk nasi lemak panas adik makan
sampai habis dengan seleranya. Lepastu,dalam pukul 10 pagi makan lagi.pukul 2 petang
makan.mak balik,kalau mak makan,adik makan juga.semangat betul adik makan,mak
pun seram.
Adik tak bangun
saja-saja.sebagai anak dara yang rajin,adik akan tolong mana yang patut.tapi
patut cara adik la. kadang tolong susun nasi. kadang tolong masukkan bilis.mak tak pernah halang.biar adik nampak sendiri betapa
bersungguhnya kita untuk mencari rezeki tambahan era gst yang sangat
dibanggakan oleh orang kampung emak.
adik,waktu ini kita perlu banyak berkorban.kita tak bermewah
macam orang lain,tapi alhamdulillah kita ada makanan setiap hari terutama nasi
putih kegemaran adik.kita belum dapat jalan-jalan ke oversea tapi alhamdulillah
dari siang sampai malam badan kita sentiasa sejuk dengan hembusan semilir
econavi kita.bila bil sampai,mak pula yang seram sejuk tengok angka tak pernah
kurang RM$200.
Tapi tak apalah dik.prinsip hidup mak mudah saja.hidup ini perlu
dinikmati,sekarang.bukan esok lusa masa badan dah tak kuat tapi duit banyak
sebembat. Balik rumah lepas kerja mak perlu rehat dalam suasana tenang dan
dingin.dan itu semua sedang kita dapatkan. Maka mana lagi nikmat Allah yang
kita dustakan?
Adik,anak mak sorang,
mak dan bapak
sangat keras berusaha sekarang ini demi masa depan kita.sebagai isteri yang
berjanji untuk bersusah senang bersama,mak rela membahagi kudrat mak sebagai
isteri,guru,ibu dan yang paling ekstrim sebagai acik kantin makcik nads..sampai setiap hari mak dan bapak tidur mungkin dalam 3
jam saja.sebelah siang,bapak tak boleh study langsung kerana adik sentiasa mahu
ambil apa yang bapak buat.bapak buat kerja kat komputer bapak adik sibuk nak
tengok gambar adik yang dah ke 3476 kali adik tengok. Bapak buka ipad,adik
sibuk nak tengok game.bapak bukak tab,adik nak pulak tengok tutorial `bagaimana
buka tanah liat warna warni untuk dapatkan patung di dalamnya`.bapak buka
smartphone,adik sibuk pulak nak main telefon-telefon.
Bapak mati akal tak tahu
dah nak buat apa.sudahnya waktu malam ketika adik dibuai mimpi main bersama
kakak masha dan upin ipin,1 pagi bapak bangun dan belajar sampai siang.kalau
masa tu mak buat nasi lemak ,3 pagi mak minta tolong bapak tanak nasi.masak
periuk besar dapat 40 pack.mak pulak bangun untuk masak cekodok ke,mihun,nasi
goreng atau sandwic. kemudian mak kena bergegas sebelum 6.15 pagi dah kena buat urusan nak ke sekolah pulak.
rumah kita bukan jauh sangat dengan starp tu,tapi kalau mak keluar lebih pukul 7 pagi alamat sampai lewatlah sebab jem melekat.kemudian mak kena mengajar dengan penuh kasih sayang dan dedikasinya abang dan kakak tingkatan 5 sebab mereka nak SPM lagi 2 bulan ni. kadang mak aje yang beria, kakak dan abang tu tak teringat pun mereka calon spm.kadang mak rasa kalau mak yang jadi calon,rasanya dapat A kut BM emak sebab emak yang lebih banyak study dari mereka. he... tak apalah nak. inilah rutin kita sepanjang hari dik.hampir setiap saat tak ada waktu dibazirkan.
rumah kita bukan jauh sangat dengan starp tu,tapi kalau mak keluar lebih pukul 7 pagi alamat sampai lewatlah sebab jem melekat.kemudian mak kena mengajar dengan penuh kasih sayang dan dedikasinya abang dan kakak tingkatan 5 sebab mereka nak SPM lagi 2 bulan ni. kadang mak aje yang beria, kakak dan abang tu tak teringat pun mereka calon spm.kadang mak rasa kalau mak yang jadi calon,rasanya dapat A kut BM emak sebab emak yang lebih banyak study dari mereka. he... tak apalah nak. inilah rutin kita sepanjang hari dik.hampir setiap saat tak ada waktu dibazirkan.
mari kita doa sama-sama,minta pada Allah agar usaha bapak
berhasil.jadi kita tak perlu terlalu letih begini. di sini mak nak ajar adik sebuah erti kehidupan yang bila dewasa nanti adik akan laluinya.kesetiaan wanita diuji ketika suaminya tiada apa-apa,tapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia sudah punya segala-galanya.
nak, kerana emak menyintai bapak dan kerana mak nak bersamanya dari syurga dunia hingga syurga akhirat nanti,mak tabah nak.mak tabah. dan adik sedang jadi saksi ketabahan ini,kan dik.kalau apa yang mak buat ini bukan bermakna setia, entah apakah lagi nama yang harus kita letakkan padanya. tapi mak bersyukur kerana Allah memberi emak kehidupan ini yang akhirnya buat mak jadi sekeras waja dan seteguh karang. ewah, macam tajuk novel kan dik.
Masa catatan ini
ditulis,mak cuti masak dua minggu.mak letih.mak nak rehat sambil baca buku amran
fans,saiful nang dan dale carnegie.
mak teringin bangun normal pukul 6 pagi dan
pergi sekolah tanpa bawa bakul rotan. Tapi adik nak tahu tak,kesian mak tengok
muka makcik nads,makcik zizi, makcik suhanis,makcik diltopagal hay dan kakak serta abang-abang tingkatan 5 tu.kelaparan.(bukankah mereka perlu kenyang supaya dapat belajar dengan tenteram?nanti tak score spm,sapa salah?)dari jauh nampak mak,bibir mereka
berbisik lapar,"cikgu,tak jual nasi eh...lapaaaaarrrr'.
'Kantin kan ada?.'
"Ha?
Kantin?"……………………..
...........
1 comments:
nukilan utk anakmu bukan hanya utk dia... tapi untuk aku yang masih berjuang utk mencari syurga di dunia dan akhirat.
terima kasih kawan krn masih menulis.
Catat Ulasan