Ahad, 26 September 2010

SIAPA YANG CIKGU PALING SAYANG?

"cikgu, Kai Lin kata cikgu tak sayang dia, cikgu hanya sayang saya"..aku terkedu."eh, kenapa pulak fcui, saya tak pernah pun bezakan kamu semua. apa yang saya dah buat sampai dia kata begitu?"
"dia kata semalam cikgu pukul dia, tak cakap dengan dia.."

Astaghfirullah.

aku sungguh tak sangka.aku tak pernah terniat nak pukul Kai Lin.Mungkin aku tepuk bahunya sedikit sebab aku suruh dia betulkan kerja seninya.
tapi yang aku paling tak sangka persepsi itu datang dari Kai Lin. Yang tak pernah atau jarang sekali berkomunikasi dengan aku kerana dia tak fasih berbahasa melayu. kalau dia bercakap pun aku tak faham apa sebab pertuturannya tak jelas.tapi, Kai Lin ini aku kategorikan pelajar yang baik kerana tidak pernah menimbulkan masalah atau banyak kerenah. sama seperti kawan-kawannya Pei Hua, Fcui dan ....argh...lupa la pulak siapa nama budak lelaki sorang ni.ini yang malas ni kalau terlupa. perah otak macam nak gila tak ingat juga siapa namanya.


tak apa lah. sememtara tak ingat ni aku beri nama X dulu.
kalau tidak, habis satu post tak siap nanti..

upsssssss..

.aku dah teringat.nama budak ni Ming Woon.

mereka mungkin tak pandai dalam akademik, tapi ada keistimewaan sendiri.

kai lin-pemalu.tak pernah buat cikgu marah.
fcui-baik, selalu menghargai guru dengan beri kad ucapan atau hadiah.
Pei Hua-tulisan sebesar-besar alam. tapi sangat ringan tulang walau kadang banyak sangat cakapnya.
MingWoon-misteri.dengan dunianya sendiri. suka cakap dan ketawa sorang-sorang. mula-mula dulu aku seram juga.tapi lama-lama dah biasa. kalau melukis, dia akan gunakan pembaris untuk besarkan lukisan ikut skala. walau nampak tak begitu sempurna, tapi aku rasa dia macam jurutera atau grafik designer pula.

aku terkejut bila mereka yang aku takrifkan `istimewa` ini ada tafsiran tentang aku.dan juga cikgu-cikgu lain barangkali.

tapi, aku sedar, inilah hakikat kerjaya ini. kita menyentuh nurani mereka. kadang tanpa sedar. maafkan saya Kai Lin, kalau kamu terluka...saya tak pernah bencikan awak..

kadang ada pelajar tertanya, siapa murid paling cikgu sayang.
jawapan aku, rasanya mereka semua patut banyak membaca untuk tahu apa yang mereka mahu tahu.

untuk menambah kecerdikan, cerita di bawah ini bakal memberi jawapan kepada persoalan kamu semua...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

suatu hari seorang guru sufi diajukan persoalan tentang siapakah murid yang paling disayanginya. kebetulannya guru ini terlihat cenderung memberi lebih perhatian kepada seorang pelajar muda. namanya Ahmad. sebab ada dua Ahmad, seorang digelar Ahmad besar kerana badannya dan umurnya yang tua. Ahmad yang disayangi ini dinamakan Ahmad kecil kerana muda,bertubuh sangat kecil dan baru belajarnya.
Para pelajar agak hairan mengapa bukan ahmad besar yang lebih disayangi sedangkan beliau kuat beribadah dan lebih lama pula belajar berbanding ahmad kecil.
untuk merungkai persoalan itu, guru itu membuat satu perjumpaan dan meminta semua orang berkumpul.

sesudah itu, guru tersebut meminta ahmad besar memikul seekor unta yang besar untuk dinaikkan ke atas loteng. Ahmad besar terus berkata,"mana mungkin hai guru.unta ini sangat besar sedangkan loteng itu terlalu tinggi. tentu cedera tulang belakang saya kalau saya berbuat apa yang tuan suruh. adakah tuan berfikiran waras?"

guru tua itu hanya tersenyum.kemudian dipanggilnya Ahmad kecil. disuruhnya ahmad kecil mengangkat unta itu ke atas loteng. tanpa berkata apa-apa, ahmad kecil terus mengangkat unta tersebut dengan sekuat tenaganya.dicubanya berkali-kali tapi unta itu sedikitpun tidak berganjak. perlakuannya sungguh lucu hingga menjadi bahan ketawa murid-murid yang lain.

selepas itu guru itu berkata."saksikanlah kalian semua. inilah bukti mengapa aku amat menyayangi ahmad kecil ini. ketika aku meminta ahmad besar berbuat sesuatu, dia mempersoalkan arahanku dan berdalih untuk mengelakkan tugas itu.tetapi ketika aku meminta ahmad kecil berbuat sesuatu walau kelihatan tidak masuk akal, dia tidak pernah berkeluh kesah apa lagi berkurang ajar kepadaku. ketaatannya itulah yang membuat hatiku sayang kepadanya.
sudahkah kamu semua mengerti?"

mereka semua mengangguk dan meminta maaf kepada guru tersebut. mulai hari itu mereka semua berusaha mencontohi ahmad kecil untuk mengambil hati guru tersebut dan dapat ilmu yang bermanfaat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
saudara saudari ,tuan-tuan dan anak anak semua,
fahamkah anda dengan kisah sufi ini?
semoga jangan lagi kamu bertanya siapa antara kamu paling cikgu sayang. lihatlah apa yang kamu perbuat kepada guru untuk mengukur sejauh mana kamu berhak menerima kasih sayang guru-guru kamu.....
selamat menggunakan akal untuk berfikir..

2 comments:

Melihat Kesunyataan berkata...

Comel,
Baru-baru ini saya berjumpa guru saya semasa mengajar saya darjah 6 dulu. Umurnya sudah 72 tahun. Tapi masih sihat. Dia begitu gembira apabila saya mengenalkan diri kerana sudah tentu dia tidak akan dapat cam saya kerana pada waktu itu saya masih kanak-kanak. Apa-apa pun dia guru yang baik dan mengubah corak kehidupan dan persepsi saya terhadap hidup.

Comels berkata...

Tuan Haji,
beruntungnya guru tua itu yang punya murid yang mengenang budi macam tuan,walau dah berpuluh tahun alam persekolahan itu berlalu.
semoga tuan juga sentiasa dikenang oleh murid tuan.
saya antara yang selalu mengingati lewat penulisan tuan, walau tiada komentar tapi kunjungan tuan sering membangkitkan rasa malu kalau saya tak kembali menulis sesuatu...

entahlah tuan haji, bila hidup ini kadang nampak sempit, upaya nak berkarya macam sirna.tapi betullah kata orang, kalau guru yang datang, walau seringkas apa komentarnya, membangkitkan rasa untuk menulis. terima kasih tuan..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com