Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 19 Jun 2012

PEN PUN MENGERTI HATIKU...

11.40 PAGI-Selasa.
"Mohana,sementara tunggu nak siap kerja-kerja ni,kamu tolong cikgu sekejap,beli 2 batang pen merah kat koperasi ye." padahal masa rehat tadi aku dah minta Anussa belikan 2 pen merah. entah kenapa dakwatnya tak mahu keluar sangat.tak terang,putus-putus.nak menanda pun jadi bosan.

bila Mohana serah pen tu,aku cuba lagi. Ya Allah, aku rasa nak marah pun ada,nak menangis pun ada. apa nak jadi. pen yang mohana baru belikan pun macamtu juga.  aku ambil pen keempat yang dibeli hari ini. pun sama juga.akhirnya aku beri pen baru tu kepada mohana.

mohana mungkin rasa bersalah sebab belikan pen yang tak berapa makan. aku tak marah pun mohana, bukan dia tau. dia kelihatan mencuba-cuba 2-2 pen tersebut... ...`cikgu,tengok,sudah ok,tengoklah!!!`.macam gembira sangat dia  bila pen tu mengalirkan dakwat dengan cantik dan lancarnya.
dia beri 2 pen tu kepada aku semula dengan senyum simpulnya.

aku cuba tanda buku mereka dengan pen itu. sama macam tadi.tak makan,dakwat putus-putus.. aku pandang mohana.aku cuba tanda buku mohana guna pen itu. keajaiban berlaku. lancar saja dakwatnya sampai aku habis tanda 8 latihan mohana.

 Tuhan, aku hampir menangis. sungguh,mahkluk yang bernama pen ini juga seakan berduka sepertiku. dia hanya memilih mereka yang tidak menyakiti hatiku sahaja untuk menumpahkan dakwatnya.kepada yang lain., semuanya putuss-putus.tak makan.tak cantik dipandang. antara hairan,simpati dan tidak percaya,mohana memandang aku dan pen bersilih ganti. seribu tanda tanya di wajahnya.

`mohana, pen ini tahu isi hati saya. awak baik,awak tak sakitkan hati saya,pen inipun sudi tanda kertas awak`.  mohana tersenyum......


Jia ying datang meja aku. dia separuh berbisik. `cikgu, awak sangat penat kah?`kenapa diam saja?`
`tak penat. tapi hati saya sangat marah. saya tak boleh cakap apa-apa dekat kelas kamu ni`.
`cikgu,jangan marah leh, saya tak jahat. tak best lah cikgu macam ni`
`saya tau,awak tak jahat. sebab tu saya masuk juga kelas awak ni`.......

...............................................................................................................................
segalanya bertitik tolak dari minggu lepas. minggu yang boleh buat aku jadi gila. minggu yang trauma. sehingga pagi ini aku hampir menangis ketika memandu.aku bermonolog dengan Tuhan,aku dah tak berdaya menghadapinya.  sudah 6 bulan aku beri peluang,tak juga berubah. aku bosan dengan kerenah yang melampau.   aku bosan seolah bercakap dengan dinding. aku bosan bila manusia tak beradab. aku bosan bila tak ada sedikitpun rasa berdosa menyakiti hati guru.aku bosan dengan kerenah menjerit-jerit macam orang gila,berlari-lari sesuka hati tak peduli sesiapa lagi.aku bosan memanusiakan manusia yang tak mahu dimanusiakan.  sampai ada yang mengherdik aku atas segala nasihat. Oh tuhan..aku bukan malaikat. aku punya limit. aku sudah hilang sabar. aku sudah hilang obsesi.aku sudah hilang senyum.

mungkin aku boleh sabar jika seorang dua yang melakukannya. ini,hampir semua!aku bukan mengajar sehari. umur mereka ini baru setahun,aku sudah bergelar guru. mungkin aku terbawa-bawa dengan emosi jika aku ini baru. tapi aku sudah bertahun-tahun.aku tak tahu,entah apa yang mereka makan sampai begitu sekali kerasnya hati.

sudahnya,aku masuk hanya untuk mengajar. tidak lagi mendidik. kubiarkan saja kelas bungkam tanpa kata-kata. masuk,buat latihan,semak dan keluar.itulah kerja yang dibayangkan oleh orang,apa yang seorang guru buat setiap hari. hakikatnya disamping mengajar,sebenarnya kami juga sepatutnya mendidik,mengingatkan,memberi sayang,kegembiraan,harapan dan keyakinan. tapi kali ini tiada lagi. tiada emosi.,tiada interaksi. biarlah kamu semua tahu sakitnya bila guru tidak redha kepada kamu.ya,saya maksudkan KAMU SEMUA, kecuali Mohanna, jia Ying,syafira,kah lee,mei Quin,hew wen,yusrifa,si yin...Iinilah saja antara penawar luka yang ada di kelas ini.

sampai bila cikgu?    em..tunggulah,sampai pen saya pun sudah rela menumpahkan dakwatnya ke atas buku kamu....

bila aku keluar,tak ada pun yang bangun untuk ucap terima kasih. sememangnya begitu kan..hanya lambaian manja jia ying, hew wen,mohana,kahlee,yoon ming mengucapkan `babai cikgu` menjadi kekuatan aku untuk masuk lagi esok!



.

1 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

lama-lama kau akan letih dengan semuanya comel. sebelum semuanya lebur,kau harus bangkit ana.. ko bukan begini. kau yg ku kenal penuh keazaman.. jika ko terus duduk dalam hati yg sakit ,. akhirnya fizikal kau juga akan melemah.. percayalah tak ada ubat utk ini semua .. hanya kesabaran dan percaya pada tuhan bahawa sinar akan tiba juga utk mereka semua.. aku turut berdoa utk mereka semoga esok atau lusa atau bila-bila hidayah Allah akan singgah di hati mereka semua.. inilah dunia yang kau pilih.. maka didiklah mereka dgn segenap jiwa ragamu.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com