Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Ketika Ini Suatu Waktu Dahulu (part 1)

nostalgia 25 tahun dulu.....SMPB dalam kenangan
masih ingatkah lagi kau kawan, waktu gambar ini diambil, usia kita baru benar di muka bumi ini, kalaulah boleh diukur. kita baru umur 13, masih hijau, masih suci, masih baru, masih blur, masih macam-macam.  dan tatkala aku menulis entri ini kawan, perjalanan kita sudah begitu jauh . sudah lama benar aku tak menjenguk sekolah lama ini, yang memberi nostalgia terindah buatku.dan mungkin kau juga kawan.

sudah 25 tahun berlalu, masih adakah kenangan yang tersisa kawan? aku.? ya, banyak kenangan di sini. dan sudah tentu kita tak seperti dulu lagi. kita sudah begitu matang sekarang,gurauan juga tidak boleh seperti dulu. banyak pantangnya, kerana masing-masing kita sudah berubah status, sudah jadi isteri, suami, ibu, ayah , guru, doktor, jurutera,juruteknik, bahkan mungkin dato` atau datin!  bagaimanapun kawan, satu yang tak pernah berubah. kita tetap sahabat walaupun apa hakikatnya kini. kita pernah sama-sama berlindung di bumbung yang sama, berteduh di dewan yang sama, makan mi atau nasi lemak buatan makcik kantin yang sama. kita berkongsi padang yang sama, buku yang sama, kelas yang sama dan diajar guru yang sama.

cuma aku ini bukan seperti dulu. maksudnya mungkin kini aku tak seramah dulu.sebabnya bukan aku sombong,tapi aku sudah banyak kali termalu kerana menegur salah orang. akhirnya aku lebih senang berhati-hati, kalau kau kenal aku kawan, tegurlah dulu, akan kusambut dengan mesra. bukan tak pernah bila balik kampung tu aku terserempak dengan Saemah (yang berdiri sebelah maslinda) tapi aku takut dia bukan saemah, jadi aku diam-diam saja. aku pernah berbual mesra  dengan maryati,3-4 tahun lepas dia bertandang ke rumah . kebetulan jiran aku kak ani kenduri dan dia itu saudaranya, maka kami berbual macam hapa...sekarang maryati tinggal di Mutiara Rini, cikgu disiplin yang sangat ditakuti di samping mengajar kimia (atau biologi, atau fizik,ah, sudah lupa).

mujur ada facebook kawan, kita dapat bersilaturrahim kembali. fizikal kita juga banyak yang berubah, tu salah satu faktor aku malu nak berjumpa kalian, mesti kata-kata pertama yang terpacul ialah `hui jana, comelnya engkauuu`!   ah, sukar ku terima hakikat, tapi 25 tahun berjalan bukan satu masa yang singkat, macam-macam boleh jadi kan. ada yang semakin cantik, ada yang kekal awet macam dr shila,norazlina ramdzan dan maryati. ada yang semakin makmur kerana terlalu kaya, macam razali dali. ada yang tak berubah banyak wajahnya macam wak napi. ada yang tetap merem matanya macam azhari (apek).ada yang kekal tinggi seperti asal, contohnya sally.

kawan, aku banyak benar idea nak dituliskan. maaflah kalau susunannya lintang pukang, tapi aku tulis saja ikut aliran dan ingatan ketika ini. sementelah aku sedang rajin menulis, dan aku selesai dengan kerja rutin menanda kertas .  ingat tak lagi kawan,setiap kali nak ambil gambar kenangan, kita akan rasa berdebar-debar.seronoknya semacam. kita bergambar dekat kelas yang ada pentas tu, dewan kecil sekolah kita. entah ada lagi entah tidak. masa periksa srp dan spm, di dewan inilah kita menumpahkan idea menulis apa yang kita baca malam sebelumnya begitu beria-ia.  tapi memang kita sungguh berdisiplin, kita jalan elok-elok, mulut senyap,kalau berbual pun perlahan benar.

guru kelas kita encik Hatta. masih adakah lagi beliau? di mana agaknya? Beliau ajar kita B. Inggeris kan? uniknya cikgu Hatta, suka akhiri kata-katanya dengan `a`.  `a`. aku punya nakal masa tu, pernah ajak siapa entah untuk kira berapa banyak `a` dia dalam satu minit. banyak, lebih 20 !. sekarang, apa yang murid kata kalau aku mengajar aku tak tahu, tapi mesti ada. tak palah, aku terima sebagai kifarah sebab kira `a` cikgu Hatta. maafkan saya cikgu!

ingat lagi masa mula-mula nak bersekolah tingkatan 1. tahun 1987. naik basikal. sesi petang. hari pertama bawa semua buku teks dan buku tulis. kakak dan abang sudah bilang, tak perlu bawa semua, eh, tak peduli, bawa juga semata-mata nak tunjuk aku sangat bersemangat nak sekolah. rupanya memang tak guna semua pun... ingat lagi, aku sampul buku aku dengan kertas bunga gambar kartun tikus/arnab comel dan gambar love.latarnya warna pink.

masa nak tentukan kelas, kita semua menjalani  ujian. masa pengumuman nak dibuat, kita semua beratur panjang di kantin. berdebar sungguh. masa tu persepsi kelas perdagangan adalah terpandai, apatah lagi perdagangan 1 buat aku bercita-cita tinggi nak masuk perdagangan 1.akhirnya, bila namaku disebut, terlompat-lompat kegirangan aku kerana aku masuk kelas 1 perdagangan 1! amboi, bukan main bangga rasanya. maklumlah, budak bijak konon.

akhirnya, yang di atas itulah saudara-saudaraku sekelas, selama setahun itu.belajarlah kami dengan harmoni. ada yang nakal benar, contohnya razali dali dan razaki anis. azhar dan matNor serta Yazid budak baik.  Wak Napi macam tak berbual sangat dengan perempuan.  si Hamid kawan rapatnya yang `kamcing lele` ialah suhaimi.kemana pergi mesti berdua. di sinilah kukenal semua kamu, yang mewarnai hidupku dengan cara tersendiri,selama bertahun di SMPB. disinilah ku temui Jijah, Dr Shila, Sally , Rita,Hajar, Ani,sanisah sawon, asikin erjam dan ramai lagi. yang ada diantara kalian ini sehingga kini menjadi sahabatku,yang tak ternilai harganya. benar-benar kalian menjulang erti persahabatan sebenar walau jarak, masa dan peristiwa memisahkan kita.

1 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

hahahhaha. ko paling tinggi kan jana... aku pulak tak tau mcmana ble tercampak kat kelas perdagangan.. sdgkan minat aku kat sastera..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com