Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 3 Ogos 2012

Asal-usul kenapa aku tak buat kuih raya

gambar ini masa umur kita 19 tahun jah...kau tak ada. kenapa ntah kau tak ikut.ani tukang ambik gambar.ada kaitannya gambar ini dengan entri kali ini.

sebenarnya aku cuti hari ini. dan esok. macam biasa,kalau aku pergi klinik raudah tu, doktor tengok muka aku terus bagi cuti 2 hari. bukan mc tipu ha.aku perlu rehat. tapi kerehatan aku sememangnya di rumah. rumahku,syurgaku. walau tak secantik mana, aku tenang di sini. dan kalau aku cuti, tak bermakna aku melepek saja. macam tenggiling pulak. aku hanya berehat dari suasana bekerja. yang melampau-lampau. lepas subuh, aku terpaksa tidur sampai 11.30 pagi. bila dah ok, aku memandu ke klinik. selain ambik darah, doktor suruh ambil sample urine. dekat 10 minit dalam tandas, sampai adik pembantu doktor tu panggil-panggil aku...eish...macamana nak kencing,kan bulan puasa. tak ada urine dah dalam sistem perkumuhan aku. tak bolehlah dik oii...akhirnya tak payahlah urine tu..

minta doktor bekalan ubat sebulan. RM190. hm, nikmat sihat kan,rasa betul bila sakit. apapun ,Alhamdulillah aku masih bernyawa.

cerita ini didorong entri jijah tentang kuih rayanya siang tadi. aku ni pantang benar membaca tulisan kawan-kawan, menggebu-gebu nak menulis juga.juga sebagai hadiah kerana aku berjaya menyiapkan tanda 30 kertas jawapan BM2 anak-anak aku 4 SN 1.Esok lepas sahur insyaAllah,sambung 10 lagi juga 120 lagi BM KERTAS 1 yang belum sentuh sedikit pun! Oh Tuhan, berilah kekuatan, dateline isnin nanti. itupun selepas kak wa minta Puan panjangkan sikit tempoh untuk kertas BM. Mujur suamiku yang comel itu outstation. aku tak masak pun untuk buka atau sahur. alah, perut aku sorang,apa aje dalam peti ais tu makan aje lah.malas aku nak fikir.malam ni rasa sungguh tenang kerana tahu esok aku ada rehat yang panjang di rumah.penyembuhan jiwa itu yang aku perlukan..sebab tu aku boleh menulis malam ni.

Jah, kau ingat tak tentang kabinet? aku ingat, walau aku tak terlibat secara langsung, walau kewujudan aku hanya untuk buat `Jeff` mengamuk waktu tu, akhirnya jodoh Tipah dengan Jeff sungguh kuat. sampai lah hari ni, dah masuk 19 tahun percintaan itu terus kukuh dan mekar, Alhamdulillah. terima kasih kerana memaksa aku ketika itu..hehe. kira kau boleh buka agensi cari jodoh kan Jah.

yang nak aku ceritakan, tentang buat kuih raya itulah. kau kira kau sorang `blur` bab kuih raya? aku ni lagi jah...memang `out`. aku mengaku, buat kuih bukan kepakaran, bukan minat aku!aku ingat lagi jah, kenapa aku trauma sangat buat kuih ni. bulan puasa, tahun 1993, aku cuba buat kuih. bukan yang grand sangat pun, biskut cornflakes aje .aku sangat berkobar-kobar masa tu jah, tengok bahannya macam senang aje. cornflakes,gula, tepung,SERBUK PENAIK, sedikit garam dan mentega. 

bukan main yakin aku jah, aku adun betul-betul,elok aje nampaknya, wanginya dan semuanyalah. dah habis tu, letakkan sesudu-sesudu dekat pembakar, ketuharnya warna hitam cap butterfly. ah, orang kampung semua ada lah benda tu. jadi aku bakarlah sambil tersenyum-senyum bangga. maklum, pandai buat kuih. masa tu lah aku baru kenal shahrol kan. rasa cinta ada kot sikit-sikit. eish, gatal lah kau ni.mana aku pernah jumpa dia. gambar kat atas tu la kita orang nak pergi beraya,kau tahu. naik bas coastal ke batu pahat tu, ni semua kepala diaorang la ni paksa-paksa aku. aku ikut je. 

tak sabar aku tunggu biskut tu masak jah.harumnya bau esen vanila. mak aku mesti bangga sebab aku pandai buat kuih. haha.tiba masa aku keluarkan biskut tu, aku tersangatlah kagumnya. bukan kagum sebab cantik, tapi aku sungguh kagum bagaimana kuih yang sejemput kecil-kecil tu bertukar kembang sebesar separuh piring teh!gemuk betul kuih tu jah, macam kuih sagun yang perang zaman dulu-dulu yang seposen sekeping tu.aku bakarlah semua. masa buka, aku try rasa kuih tu. sungguh unik rasanya jah. masin, manis, payau, pahit semua ada. ini tak lain mesti salah soda bikarbonat ni. aku rasa aku ikut betul-betul resipi tu. dia tulis secamca soda bikarbonat, aku bubuh lah secamca!  tapi mak aku baik jah, dia tak kasi buang kuih tu. simpan aje la.

tapi aku tahu kuih tu sungguh mengerikan untuk dimakan. kayu ukurnya ialah anak sedara aku. Qayum namanya. masa tu umur dia kecil lagi, belum sekolah pun rasanya. (sekarang dah jadi bapak orang dah). bila Qayum datang rumah aku, aku dengan baik hatinya menghulurkan sekeping kepadanya.dengan gembiranya budak tu menyambut dan terus masukkan ke mulut.  tapi reaksinya berubah tiba-tiba. dia seakan terkena renjatan elektrik jah, macam nak dimuntahkannya kuih tu, tapi mungkin tak berani sebab mak usu dia ni tengok aje, takut kecik hati aku nanti. tapi mukanya membayangkan penderitaan,berkerut-kerut,herot-herot mulutnya. boleh pulak aku tanya, `sedap tak yum?`  ...dia kata  `em..rasa apa ni mak usu?`...

jadi aku tahu kuih tu memang sungguh menakjubkan. aku nak buang sayang, biar ajelah dalam tin.

aku beraya dengan kabinet benut ke kabinet yong Peng. aku malu sebenarnya, tapi shila, ita, sali ,ani semua mengapi-apikan aku.aku ikut je la. kat stesen bas batu pahat lama tu la pertama kali aku nampak bakal suami aku ni. aha. hemsem gila, shila senggol-senggol aku cakap aku bertuah dapat dia yang wajahnya gabungan antara Badrul Muhayat dan Azhar sulaiman! aku ni malu betul, kalaulah aku banyak duit masa tu, nak aje aku pakai spek hitam.  sampai rumah dia, aku ingat lagi mak mertua aku (masa tu bakal la) bagi minum milo ais...

2-3 hari lepas tu, masa aku beraya kat rumah jiran  aku dengan kawan aku Fatimah ,kami gelakkan sekumpulan pemuda macho naik motor besar ke hulu ke hilir. aku cakap dengan dia,` nak cari rumah awek la tu tak jumpa-jumpa.haha`. zaman tu kampung kita masih mundur. mana ada telefon rumah atau telefon bimbit.sekarang kalau sesat boleh calling-calling. dulu?sesat baratlah jadinya. dah macam orang tak keruan aku tengok.

rupanya jah, mamat-mamat yang aku gelakkan dari jauh tu ialah kabinet yong Peng! kerana terpanah asmara, shahrol memaksa kawan- kawannya cari rumah aku sampai jumpa. aku pulak baru balik dari beraya. tengok-tengok dah ada dia orang atas rumah. tak keruan aku jadinya. mujur aku ada kawan  sekampung masa tu. (suzen,kalau kau baca entri ni, nasib baik imah temankan aku masa tu. tak le aku `blur` sangat!)

aku pergi dapur, tengok mak aku tengah goreng mihun. aik, tak pernah-pernah mak aku masak untuk orang bujang yang datang rumah aku..aku tanya mak aku, `mak, kenapa mak masak?`  mak aku kata  `habis, nak bagi kawan kau makan apa? kuih pun tak ada. `.mak aku agaknya dah terasa-rasa antara yang hensem tu pasti jadi menantunya satu hari nanti. tapi aku tak cakap apa-apa pun.  lepas tu mak aku cakap. `ha, keluarkanlah biskut yang engkau buat tu!``  arghhh...TIDAK!!! mati hidup balik pun aku tak akan keluarkan biskut tu jah, habislah tercalar imej aku yang vogue ni...  walaupun aku sangat pasti shahrol mesti makan banyak-banyak bila aku kata aku yang buat biskut tu, aku tak akan keluarkannya. sekali-kali tidak...

sepanjang kat rumah aku tu, shahrol lebih banyak tengok aku dari tengok mihun. aku pun curi-curi pandang.ei, hemsemnya dia pakai t-shirt putih. lepas tu turun tangga pun tengok aku, naik motor pun tengok aku, dah nak hilang dari pandangan pun masih tertoleh-toleh ke aku. dia naik motor dengan ijan kalau tak salah aku.

jah, mujurlah makanan ruji kita nasi, bukan kuih raya. kalau tak jenuh aku nak memasaknya. shahrol pulak bukan jenis makan kuih manis-manis ni, selamatlah aku..haha. jah, manusia ni Tuhan jadikan berbeza kepandaian, berbeza kecenderungan. buat kuih raya bukanlah satu kepakaran atau kecenderungan bagiku. aku rasa macam kena siksa kalau kau paksa juga aku membuatnya. aku juga tak cenderung sangat memasak (tapi tak bermakna aku tak pandai sangat memasak). aku kat dapur 2 jam pun rasa macam nak pengsan. terlepek aje lepastu. mujur suamiku yang penyayang itu memahami, dia tak pernah memaksa aku buat apa yang aku tak suka.  macam kau juga, tentu ada kecenderungan sendiri. melukis contohnya, bukan minat kau. kalau aku bagi kanvas dengan berus, mesti kau rasa siksa kan, sedang aku kalau dah pegang berus ,masa seolah-olah terhenti, begitu sukanya aku dengan melukis.

ada ungkapan orang dulu-dulu kata, nak pikat suami dan mentua, pikat perutnya juga. aku setuju,dan juga tak setuju.memanglah masak sedap tu penting. semua perempuan aku rasa seminimum mungkin pun mesti boleh masak yang mudah-mudah untuk keluarganya, suaminya. tapi, kalau pandai masak 100 jenis masakan pun, perangai macam harem, suami pun lari, mentuapun benci!   kan jah...

-------------------------------------------------------------------------------
jijah       :oi, ingat lagi kau ye?
ita       :huh, mengada. kau ingat tak dulu aku suka buat agar-agar atasnya kacang merah. dan donut sambal.untuk dipaksa kepada kawan-kawan beli.
eton      :i tak main lah kuih u all. i kan dah editor, apa kellas makan donut paksa.
suzen    :aku pandai masak, insaflah ana, memasak tu baik untuk keluarga.
ani       :berkat jual kuihlah sekarang aku jadi cikgu kh, tahu!
hajar azwa:ei, aku pandai jahit baju...pandai design bangunan, pandai kayuh beskal. kau ni apalah jane, malas betul.
aku     :okey,fine!!!!!

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

hahahahhah... aku pun pernah buat biskut conflakes.. macam ko.. tp aku punya kelas.. walau tak jadi biskut dia jadi muffin.. huhuww.. dan satu lagi masa raya kat yong peng tu aku ada la.. kan kita pegi rumah malek kan...

Comels berkata...

tu yg kali ke-2 la jah.masa tu shahrol belayar,tak ada kat kg. yg kau ada tu sali bawak van.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com