Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 12 Julai 2013

Memoir aku seorang cikgu (part 11)-ujian kesabaran

2-3 hari ni adalah ujian bagiku,di bulan ramadhan ini.  ujian kesabaran,barangkali. ampuni aku ya Allah,atas segala keterlanjuranku.

anekdot.
semalam (11/7/2013)
sebelum kamu,yang terlibat habis membaca catatan ini,ketahuilah,memang hati saya sangat sedih,tapi saya berusaha memaafkan kamu semua seikhlasnya.kerana kamu masih anak-anak,masih dalam proses belajar dan pasti buat silap.tetapi,maafkanlah pula saya seandainya beberapa hari mendatang ini tak dapat seperti selalu. biarlah luka ini sembuh sendiri,bersama masa.

saya bukan pemarah,seperti yang kamu tahu. saya akan toleransi dengan kamu,kalau kena caranya. saya bukan diktator,tapi saya masih seorang guru.bukan banyak sangat permintaan saya,dan apa yang saya minta pun bukan untuk saya,tapi untuk kamu. sementelah pula kamu semua duduknya di ranking kelas teratas di sekolah,jadi tindakan kamu semua amat tidak sepadan dengan kedudukan itu.

biar saya ceritakan,mengapa saya marah. kamu tahu kan,kamu semua baru lepas gerak gempur SPM. selepas sahaja habis peperiksaan kertas satu,kamu semua melepaskan keluhan yang sangat luar biasa,menggambarkan betapa susahnya soalan itu untuk difahami,apatah lagi untuk mencari isi relevan. saya sangat kasihan dengan kamu,betapa terderanya perasaan mencari jawapan yang soalannya tak difahami dan lepas saja cuti puasa,saya terus nak buat perbincangan tentang topik tu. walaupun saya tak puas hati dengan isu soalan ni,kesampingkan dulu. itu saya cerita kemudian.fokusnya ialah kamu dan saya sekarang ini.

saya ambil satu contoh karangan rakan kamu,yang sering dapat markah terbaik.nyata tak menjawab soalan,sebab kamu kabur dengan konsep sekolah lestari tu apa.

dalam 10 kertas yang saya tanda, cuma seorang setakat ini yang tak salah konsep. maka saya buat kesimpulan kamu semua memang tak faham tajuk ni. kerana itulah semalam, saya cepat-cepat masuk kelas kamu agar kita sempat bincangkannya. mula-mula satu orang pun tak ada dalam kelas. okey,saya faham,mungkin ambil masa nak bergerak dari makmal. jadi saya tulis dulu di whiteboard. saya tak mahu photostat,sebab kamu tak akan baca. biar penat,tapi terus faham.

dah 6-7 minit berlalu. seorang saja masuk. kemudian seorang lagi, dan akhirnya seorang lagi. saya jadi sangsi,kenapa lambat sangat,dah lebih  20 minit masa berjalan,cuma 3 orang saja dalam kelas.
bila saya tanya,oh,saat inilah hati saya betul-betul terguris. rupa-rupanya kamu sibuk BERSEMBANG,yang tidak relevan pun dengan pelajaran. sebahagiannya buat folio moral(bermoralkah tindakan kamu buat kerja moral sampai tak masuk kelas?) sebahagiannya baca surat khabar dan selebihnya bersembang! oh Tuhan, ampunkan saya,atas dosa saya yang manakah sehingga mereka ini tak menghormati waktu,lupa beradab dengan guru! kalau nak ikutkan adab belajar,kamu yang patut mendatangi guru.ini terbalik. dah lah guru jemput kamu di perhimpunan,masuk kelas, guru juga yang mendatangi kamu di kelas.kemudian kamu biarkan guru kamu sorang-sorang macam orang gila dalam kelas,dengan 3 orang saja daripada 42 orang pelajar!
waktu dah nak habis,saya keluar dulu,saya pesan dengan yang 3 orang itu,kamu mesti salin saja nota yang saya tulis tadi.

SALIN ,tanpa PENERANGAN,fahamkah?  mesti susah nak faham. sementelah soalan ini memang tidak membantu calon untuk menjawab.itu bukan isunya,isunya ialah kenapa kamu biarkan masa terbuang dengan sia-sia. kenapa kamu buat perkara yang tak penting berbanding yang lebih penting. saya tahankan saja perasaan ini,saya perhatikan saja pergerakan kamu yang macam kura-kura itu keluar dari makmal. waktu saya dah habis,tapi kamu semua tak tergambarpun rasa bersalah kerana mengkhianati waktu dan lupa adab berguru.

saya menangis, dan ketika menaip ini saya tumpahkan lagi air mata ini. saya tak pandai nak jerit-jerit macam cikgu disiplin,saya tak suka marah-marah sebab kamu akan rasa menyampah. saya menangis sebab sangat hiba, kamu semua ulang lagi perkara yang sama. kamu ingat tak pesan saya,tahun lepas,masa tu kamu tingkatan 4. saya tak peduli kamu anak jutawan kah, kamu anak vip kah,atau kamu ini siapa saja. saya tak kisah kamu pandai atau tak cerdik,apa yang penting bagi saya?  ya, kamu masih tak lupa. yang paling penting pada saya ialah ADAB. dan saya percaya itu tertanam dalam hati kamu semua.

kesedihan saya semalam bukan sebab akademik saja,tapi lebih kepada betapa sambil lewanya kamu dalam menuntut ilmu.sebilangan kamu masih tak berubah, tak tahu nak fokus waktu belajar. masa BM buat Math, masa math buat sejarah, masa sejarah buat moral...dan begitulah seterusnya. bila kamu mula tak menghormati masa, kamu terperangkap dalam kitaran yang menyedihkan,kamu tak pandai mengurus masa dengan baik.dan,akhirnya kamu jadi orang yang macam semalam!

sebenarnya saya dah maafkan kamu semua, tapi kesedihan ini sangat dalam kerana apa entah agaknya. bukan saya bermelankolik sangat.kerana saya menjangkakan akhlak yang baik dari kamu semua barangkali. kesungguhan beberapa orang antara kamu yang datang minta maaf buat saya sedar kamu memang sedar kesalahan kamu.

tadi, hampir semua pelajar cina kelas kamu datang ke bilik guru, minta maaf. Ding menangis. ya, saya kata,saya dah maafkan,tak perlulah kamu semua risau. susah kalau saya tak redha dengan kamu,bahaya. tapi,macam yang saya katakan tadi,basahnya hati saya ni mungkin ambil masa untuk mengering semula.  semoga tempoh bertenang ini buat kamu semua sedar dan insaf, dahulukan yang utama,hormat waktu dan hargailah ilmu serta pemberinya sebelum kamu hilang keberkatan dalam belajar.
..........................................................................................................................

5K3.  1030 pagi

ada 4 orang saja dalam kelas. tidur pula tu. anehnya aku tak marah. sebab aku tahu level. dan 6 tak ada di kelas. aku juga tak marah. sebab mereka terdesak nak siapkan folio PSV yang kalau tak siap akan gagal kerja kursus.aku tak marah sebab mereka dah MINTA IZIN dari cikgu Low,dan mereka BUAT yang bermanfaat,bukan sembang-sembang kosong.

faham tidak,konsep ini?

...........................................................................................................................
tiba-tiba kakak  cleaner bakar sampah. budak-budak kelas sebelah dah bising. kemudian 3 budak cina lelaki keluar jumpa kakak tu,meminta perbuatan tu dihentikan sebab takut JEREBU berulang. kakak tu akur. oh, kalaulah aku boleh bertindak macam mereka..berterus terang,selesai semua masalah.  cuma aku tak berapa suka dengan salah seorang dari mereka,yang kerja part timenya jual cd cetak rompak di mydeen tu sebab adabnya dalam berinteraksi amat tak memuaskan. hm, malas nak fikir,sakitkan kepala.dah lah kepala ni sakit.

..........................................................................................................................
5p2
semua orang sibuk buat folio psv. nak marah pun tak guna sebab hari ni dateline mereka. yang penting,mereka minta izin dan minta maaf sebab tak masuk kelas BM.oklah,tak susah pun kan.tak cukup toleransi lagikah aku ni?

...................................................................................
5K1.   11.00-12.15

yang ada cuma hafiz,sira,adiknya dila herman dan hanafi. yang lain siapkan folio di bengkel. awal lagi lim jia ying ,mei quinn dan gang jumpa aku beritahu mereka terpaksa buat folio. aku angguk membenarkan. aku tahu betapa siksanya cikgu Afiza mengerahkan tenaga yang ada untuk memaksa budak-budak ini hantar folio.aku pernah ajar seni,siksa sungguh.

..............................................................

ela,cikgu tau kau rajin baca blog cikgu,semoga kau faham.dan terima kasih kerana menjadi antara yang 3 di dalam kelas semalam!

2 comments:

Suhaila Roslan berkata...

Cikgu saya datang tempat cikgu banyak kali waktu hari tu.Tapi cikgu takde.Saya dah letak nota minta maaf, tapi saya ambil balik.Sebab saya rasa baik saya bersemuka dengan cikgu.Saya betul-betul minta maaf.Saya dah cakap waktu dah habis tapi mungkin cikgunya tak dengar.Saya takut kalau nak suruh kawan yang lain bangun.Nanti cikgunya kata saya tak hormat dia.Saya pun ckap dengan Wan Sim tak nak balik kelas ke.Dah habis waktu.Tapi dia pun mungkin tak dengar sebab sibuk buat folio.Saya pun minta izin cikgu nak balik kelas.Saya tengok cikgu dah tulis dekat whiteboard.Saya nak panggil mereka tapi saya ingatkan kejap lagi mereka akan balik dari makmal.Rupanya mereka lambat.Saya betul-betul minta maaf sangat cikgu.Saya yang salah.Kalau saya panggil mereka, perkara ni mungkin tak akan berlaku.Saya dengan yang lain hari ni ingatkan nak pergi jumpa cikgu,tapi waktu Mr.T, cikgu pun dah sampai.Kami betul-betul minta maaf.Saya betul-btul minta maaf sangat-sangat dekat cikgu.Cikgu jangan marah kami he ??

Comels berkata...

tak marah,sedih je.jangan pula ganggu masa cikgu lain semata-mata nak jumpa saya. saya tak ajar kamu semua mencuri waktu dari cikgu lain,sebab saya tahu apa rasanya bila waktu diambil.ela,sama-sama lah kita muhasabah,mungkin ini, perasaan ini DIBERI DALAM HATI SAYA OLEH aLLAH SUPAYA SAYA SEDAR YANG SAYA PUN ADA BUAT SALAH TENTANG CURI MASA. dah lah,ok je.luka akan sembuh,curah minyak gamat banyak-banyak...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com