Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 11 Jun 2013

memoir aku seorang cikgu (part 10)


hari ini banyak catatan yang nak di tuliskan,kalau larat.berwarna-warni. mewarnai hidupku sebagai seorang cikgu.hm,tahun ni dah masuk tahun ke -16 aku berkerja. dah masuk fasa warga emas teras masyarakat,kata Hawa. sebelum tu,nak kongsikan gambar hadiah hari guru yang lalu.boleh?
sebelum tu,terima kasih untuk macha dan iman, beri kad yang serupa sempena teachers day hari tu. tapi macha kelakar sikit,dia cakap `mak saya yang belikan untuk saya! macha,yang paling banyak kena marah,kena cubit,kena leter,tapi tak ambil hati pun .masa dalam perjalanan nak balik dari sekolah,macha keluarkan kad ni dari beg dia,hahaha.touching. kad iman pulak dia terus letak kat atas meja aku,esoknya aku baru baca. suprise,boleh tersama pulak kad korang ye,   

















terima kasih Tai Yun Xuan,Looi  dan Song Wen Ting bagi bunga ros yang cantik untuk saya!
walaupun bunga ni sekarang dah tak wujud lagi,kasihnya tetap harum di hati. inilah nikmat sebenar menjadi cikgu,dikasihi dan mengasihi.
antara cenderamata dari anak -anak pelajar.terima kasih,yang tak beri pun saya tahu kamu sayang saya,kan!

bukan hadiah yang cikgu nak. ingatan dan hormat serta kasih sayang kamu saja yang perlu. lagi satu,hadiah yang paling bernilai untuk saya bila tengok kamu berjaya dalam hidup,dan kekal menjadi manusia baik-baik dalam dunia ni,itulah yang paling mengharukan.cikgu tak peduli kamu jadi orang paling hebat sekalipun, kalau kamu tak ada rasa hormat,rasa peduli dan kemuliaan peribadi bila besar nanti. ingat tu ye.

..............................................................
11/6/2013

beberapa anekdot peristiwa yang terjadi hari ini.

tingkatan 5K3. 7.30-9.15 pagi.
perempuan melayu ainur seorang saja yang datang.lelaki cina cuma dick dan kawannya yang pakai spek tu (alamak,lupa nama dia..). perempuannya cuma 4 orang. lelaki india ,Uthaya surian dengan Dharmaraja. lelaki melayu,Hadi, Safik,Along,Zul dan Ikmal.Ikmal pagi-pagi dah membuta. Zul pun sama. tapi safik kata `cikgu,Zul tu baik cikgu,dia ngantuk sebab jaga atuk dia sakit.haritu lama dia jaga atuk dia kat hospital`.  ooo,baru aku tau. Zul tu agak panas baran,nak bergaduh aje kerjanya.pantang tercuit sikit. tapi dari cerita safik, tahulah aku yg dia sangat menjaga keluarganya.

aku suruh safik carikan belut kat paya di FTA. tempoh hari mekna cerita kalau aku nak belut suruh safik tangkap,memang selalu safik cari belut. entahlah,aku tak tahu harganya berapa,along kata `ala,cikgu bagi je sekilo RM35. ` safik kata` hui,bengkok la cikgu nak bayar kalau gitu ,kau ni...` `cikgu, shuib sepah tu pun selalu cari belut kat sana. `aku imaginasikan betapa meriahnya paya tu,sebab mekna cerita tempat tu cantik.aku beritahu safik,kalau ada besok-besok mesej aku,tapi tolong potong pendek-pendek dan buang kepalanya. aku geli!
tak banyak pembetulan aku buat hari ini. buat rumusan aje.santai-santai aje lah kat kelas ni.tak boleh stress. nanti gila.
--------------------------------------------------------------------
tingkatan 4K3.  9.50-10.25 pagi.
awal-awal aku tanya cikgu haziana, sebab dia ada waktu sains awal-awal lagi , berapa orang yang datang. dia kata 7 orang aje. dah sedikit lega dah. bila sampai waktu aku, masuk kelas aje,sadullah dan mirul sedang lena diulit intan. Pong tersengih-sengih,dia kata Bei Ming dan Kek tengah makan kat kantin. what?baru pukul berapa? hm,budak-budak ni..  ada tak ada Karnan dan Arvind ajelah yang masih celik.tak banyak,aku bagi 3 aje latihan.tu pun siap jawapan cuma A atau B saja. confirm la kalau a salah,B betul.

bila hantar ,3 jawapan semua betul,arvind mintak bintang. lepas tu karnan pulak hantar, betul juga, mintak 3 bintang sebab semua betul. halah, tikam-tikam pun betul,nak bintang banyak-banyak. tapi ,karnan tu lah yang aku harapkan tolong sapu sampah dan ambil beg aku setiap kali aku nak ke kelas tu.lepas tu dia tayang duit seringgit.`cikgu,ni seringgit`! aku kata, bayak bawak ke sekolah hari ni.dia kata, `ala,ni duit cikgu upah saya hari tu la, belum belanja lagi`..heh,lama betul dia simpan duit tu,sebelum cuti lagi.

 kemudian Bei ming dan Kek masuk. siap minum air kotak dengan selamba.aku pukul bahu kek,`kenapa kau rehat awal sangat?kan 10,25 nanti baru rehat.`  `ayyaa, sudah lama ma saya tak sekolah,saya sudah lupa rehat pukul berapa,sana kantin saya tengok banyak orang saya pergi makan laa..`.aku dalam pada nak marah tu tergelak juga.boleh dia rehat ikut form 3 punya waktu.aku tanya,`kamu ni lama sangat tak datang,nak sekolah ke tak nak. buang masa aje kalau malas belajar.`.`haiyya,saya tinggal 3 hari ma`. `3 hari lagi amaran ke tiga ke`? `taklah,3 hari lagi takda datang,buang sekolah maa`!!! hahaha. dan dia memang nak minta kena buang sebab tak minat sekolah.

dia dah kerja di restoran .jadi pelayan. pergi sekolah pun bukan nak belajar.pen tak ada, apa tak ada. beg aje dibawaknya. `tu, bawa beg besar-besar bawa apa`?..dia angkat beg dia,buka dan tonggengkan,kosong! hahaha,`ini beg cantik saja maa,mesti bawa la..`

tiba-tiba cikgu syazaiman, guru kelas tu lalu tepi tingkap. dia kata `kak, alex ada masuk tak?`..`mana ada, semua budak kata dia tak datang`.  `kak, bapak alex marah saya kata budak tu dalam kelas lain, dia telefon kata kenapa saya tak tengok`,kata syazaiman. `macamana bapak dia tahu alex kat kelas lain?`  `bapak dia telefon alex,alex kata dia ada kat kelas!`  haha. sah-sah menipu si alex ni. dalam sekolah mana boleh jawab call. nak kena rampas telefon dia?  mesti dia dah tipu bapak dia,pergi sekolah hari-hari tapi tak sampai pun. semalam,pukul 9 pagi baru sampai,menonong aje terus masuk. aku malas nak marah-marah,buat sakit tekak. tapi apa-apa hal aku dah catat kehadiran awal tu,kalau ada masalah berbangkit adalah bukti yg dia memang datang lambat.

alex pun bukan nak sekolah dah. dia nak kerja sebenarnya.ada haritu aku sembang dengan dia,tanya kenapa dia macamtu.dia kata tak suka dah nak belajar,dah kerja kat KTV. bila sekolah,mengantuk lah. cikgu  Hajar ada bagitahu, alex mangsa keadaan. dulu dia baik.tapi family dia bermasalah. bapak oku. mak lari balik indon. terkontang-kantinglah diaorang ni. ada sorang lagi adik. aku perhatikan memang dia tak terurus. baju pun kuning je,tak pernah bergosok. sayang betul, sebab bakat melukisnya sangat besar. lakaran penselnya cantik,kalau rajin boleh skor A untuk SPM. tapi,tu lah. dah tak daya nak pujuk pun.

kadang aku rasa baik sistem sekolah ni macam dulu semula. tak lulus srp,mengulang lah sampai tua. atau kerja. sekarang,buta huruf pun boleh masuk ambil SPM! celaru betul sistem ni. rombakan kabinet perlu dibuat segera.hahaha.
-------------------------------------------------------------------
tingkatan 5 sains 1. ( 11.555-12.30)

harini mengajar tatabahasa. saja aku bagi 9 soalan membetulkan perkataan yang salah,tahap tingkatan 2 punya soalan. kalau itu pun salah, memang nak kena cubit sorang sorang. dah la buat surat rasmi pun macam-macam stailnya,tak pernah betul. aku membebel semalam, 5 sains baut surat rasmi pun salah. sakit kepala menanda,budak-budak ni tulis surat tak fikir ikut logik ke. aku bagi contoh situasi,tulis surat dari penjaga menyatakan mereka tak dapat datang sekolah sebab patah kaki. yang tak boleh tahan tu, ada ke patah kaki minta cuti cuma sehari,tak logik langsung! si Huzaifah lagi bagus, dia punya yakin tulis surat,cepat aje nak menghantar. bila aku baca surat tu pelik. ada ke patut,yang patah kaki dia, tapi bapaknya yang mintak cuti. satu kelas gelakkan dia.

harini, bising sangat. malas aku nak tegur.aku dah la migrain.lepas saja habis 9 soalan aku tulis kat whiteboard,aku pusing belakang. aku tanya kelas, benda ajaib dunia ada berapa. ada yang jawab 4,ada kata 5,ada kata 7.aku rasa 7,seingat aku. lepas tu aku kata,`saya rasa dah jumpa benda ajaib dunia ke-8. kamu semua dalam kelas ni benda ajaib dunia ke-8!` `ngapa cikgu?`  `sebabnya,sambil kamu menulis,kamu boleh bercakap-cakap, telinga dengar kawan berbual,mata tengok depan,tangan tulis buku,hati entah ke mana.`ada yang lambat pick-up,lambat la ketawanya. yang lain ketawa juga. lepas tu macha ke huzaifah kata nazeera benda ajaib ke 8. sebabnya,sambil naik motor boleh rempit-rempit,boleh main sms. haha. asyik kena aje budak tu.

apapun,aku suka masuk kelas ni. aku cakap kat anussa, `elok aje kamu semua ambik spm besok,cikgu boleh jadi gila ngajar kelas kamu ni 2 tahun!`





3 comments:

Balqis Nazid berkata...

ha..ha... benda ajaib ke 8 tu serius kelakar...

siti azizah Sang Pencinta berkata...

uhukkss. seronok kan dunia ko ..warna-warni.. satu lagi ko mahir menulis apa yg dah berlaku itu yg jadi kelakar setiap kali baca coretan ko..

Comels berkata...

terima kasih balqis,jijah...harini kalau sempat nak nulis lagi.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com