Isnin, 8 Disember 2014
MEMOIR AKU SEORANG CIKGU (part 15) AKU,GAJET DAN KAWAN-KAWAN
Ahad. .12.2014
Menulis lagi aku kali ini.Alhamdulillah masih punya
kesempatan melakukan sesuatu walau tak sebesar mana tapi mudah-mudahan memberi
manfaat walau diambil dari sudut manapun kepadamu yang membacanya.entah begitu
banyak memoir yang tersimpan dalam ingatan,jika ditakung saja dalam kotak fikir
mungkin setakat itu sahajalah hayatnya.agar tak beku dan karat otak yang dah
masuk 4 siri ini,kukuatkan hati memetik aksara demi melakar kenangan.
-----------------------------------------------------------------------
Kali ini ingin bicara dengan kak maznah,rakan seperjuangan
yang gagah hati dan mindanya.mula-mula saya nak minta maaflah kak,saya tak
peduli dah dengan huruf besar atau kecil dalam tulisan saya ini.kalau karangan
budak dah tentu merah dan bergaris-garis saya kerjakan begitu banyak kesalahan
tatabahasanya begini.haha.sebabnya saya terkial-kial menaip di tab ni
kak.semata-mata saya tak sanggup berlama-lama menghadap komputer besar di bilik
kerja saya tu.
Entah mengapa saya rasa sakit dan tak berapa sihat kalau
berlama-lama depan pc.mungkin arus elektromagnet yang kuat tak sesuai dengan
tubuh saya.ewah.alasan kan kak.tapi betul,saya kurang gemar gajet.tak pedulilah
apa orang nak kata tentang pendirian saya tapi saya tetap hanya gunakan gajet
untuk perhubungan dan perkara asas sahaja.tapi kerja kita ni mana boleh
dipisahkan dengan gajet ye kak.saya rasa kalau yang namanya cikgu ni tak ada
komputer yang dibeli sendiri boleh jadi gila agaknya kalau tak siap
kerja.kemudian,perlu pula ada internet.kalau tak macamanalah kita nak isi
markah online, semak gaji online,kemaskini data online...bla bla bla,semua
online belaka walau yang manual kena buat juga.2 kali kerja kak,2 kali kerja.
Tapi akak percaya tak,saya gunakan teknologi untuk yang
wajib tu sahaja lah.yang advance sikit ya blog ni dan fb.cukuplah hanya itu
setakat ini,itupun dah buat saya macam sibuk,penat dengan lajunya teknologi
berlari.akak,ramai orang tak percaya saya cuma guna telefon jenis samsung yang
boleh buat torchlight tu kak.(kat gambar atas tuu...)yang cuma boleh call,mesej dan alarm.cukuplah
untuk saya.tak ada keperluan untuk saya guna telefon yang ada seribu satu
kegunaan.Kawan-kawan terutamanya syikin dan kak wa dah banyak kali bebelkan saya sebab tak nak beli telefon yang ada wasap,mereka kata susah betul nak hubungi terutama buat main masak-masak. kak wahida kata `belilah jana, sekarang 2-3 ratus dah dapat..` oh tuhan,ini bukan soal harga kawanku!
saya tak ada whassup,twitter,wechat,insta,telegram dan entah apa-apa
mak nenek istilah yang baru-baru tu kak,tak ada. Dan saya tak rasa kuno pun
kerana tak memilikinya.sebaliknya saya rasa sangat tenang.hidup saya sangat
mudah dan simple sekali. Saya tak perlu terkejar-kejar tengok telefon yang tak
henti-henti bunyi dek wassup.lagi-lagi kalau tentang kerja,bunyi pula
tengah-tengah malam buta.oh, ! tidak!
Tak
cukup lagikah siang tu dah terbeban dengan macam-macam urusan,malam pun nak
berbunyi.untuk esok,biarlah esok yang bercerita,kan kak.itu kalau kerja. kalau orang hantar gambar-gambar bukan-bukan? lawak tak berapa kelakar? maklumat salah? tak tenangnya hidup saya kak,sebab saya ni jenis pantang dengar bunyi,mesti nak tengok. tak senang duduk saya nanti.sebab itu mencegah lebih baik daripada mengubati.ha,boleh ke pakai teori saya ni?
Saya ni kelam kabut orangnya.dan agak panik bila dapat
maklumat.jadi biarlah saya dapat tahu dari mulut kawan-kawan pada esok pagi
tentang kerja yang diberi setelah mereka dikejutkan oleh wassup pada malam
hari!
kak, akak rasa tak apa yang saya rasa.hidup ini semakin renggang dan rumit
dengan kepesatan teknologi sekarang ini.
Saya sungguh terkilan dan tak suka lihat fenomena betapa
teknologi yang sepatutnya merapatkan semakin merenggangkan.benarlah telahan
ilmuan tersohor dahulu,albert einstein yang begitu runsing akan hari di mana
manusia semakin jauh...
.
INILAH MASANYA KAK.
Pernah tak akak lihat keluarga yang makan semeja tapi tangan sibuk
menekan telefon pintar masing-masing,berhubung dengan insan yang berbatu
jauhnya sedangkan yang didepan semakin janggal rasanya.dan kebiadaban seakan
jadi kebiasaan bila anak muda menjawab tak acuh pertanyaan orang tua kerana
tangan sibuk menaip aksara dan muka tak dipaling mengadap siapa berbicara.
Dan
bukan sedikit rasa tersinggung kala situasi bertandang ke rumah orang,tuan
rumah atau tetamu sibuk tot tet tot tet tersenyum sendiri melayan mesej entah
siapa sedang yang didepan mata terkebil-kebil tak dilayan seperti sepatutnya.
Anak-anak sekecil umur sekolah rendah sudah punya telefon pintar sendiri dan
sanggup ikat perut dari duit belanja untuk cukupkan 2 -3 ratus demi telefon yang
ada pada kawannya,agar dia pun ada.
Entahlah,untuk apa semua itu.saya semakin takut menunggu mia
besar dan menghadapi cabaran sebegini hebat.mudah-mudahan mampu untuk saya
menyelamatkannya dari mangsa teknologi.kak,seawal umur 2 tahun ini pun sudah
pandai dia buka tab ayahnya dan cari aplikasi apa dia nak tengok. Cerdiknya
budak sekarang kak,sedang dulu umur saya 17 pun takut-takut nak menyentuh
komputer.takut meletup!
Kak maznah yang tabah dan sentiasa manis senyumnya,saya rasa
saya tak perlukan sangat gajet untuk mencari sesuatu,terutama pengalaman.gajet
cuma medium perantara dan saya tak mahu lemas dalam teknologi yang semakin
kencang berlari. Saya lebih banyak belajar melalui alam,persekitaran dan
orang-orang yang saya temui.saya tak mahu kebergantungan saya pada gajet
canggih all in one terutama telefon pintar membuat saya hilang kepekaan kepada
naluri.saya ni orang seni,maka teknologi bukan sesuatu yang sangat mengujakan
saya. Seni saya berbentuk old school,saya tak ghairah sangat nak mengikuti perkembangan teknologi,kecuali
sebagai alat yang boleh saya kawal penggunaannya.
Kak,saya suka memerhati.saya tak berapa banyak berbual.tapi
saya banyak belajar.belajar perkara yang baik-baik dari orang sekeliling
saya.kalau saya perlu ketabahan menghadapi sakit dan musibah,saya teringatkan
akak.sehingga ke tahap akak ini akak masih boleh tersenyum dan ketawa
ceria,buat saya malu jika berkeluh kesah dengan sakit yang saya ada. Tanty pula
begitu tabah menguruskan arwah suaminya selama bertahun dan kesabarannya itu
mengingatkan saya agar lebih bertabah menghadapi kegetiran yang belum masanya
diizin pergi oleh Tuhan yang begitu suka menguji hamba yang Ia
kasihi.mudah-mudahan Allah mengasihi saya,dan kita semua.
Kalau saya nak lihat orang yang sentiasa bertenaga dan
bersungguh dalam kerjaya walau dah hampir bersara,saya teringat kak
fauziah.sentiasa keibuan walau kelas yang diajar tahap penghujung benua
asia!kalau saya nak lihat orang yang masak dari hati,tak jauh
duduknya,syikin!rasanya ramuan yang dia masak sama saja dengan yang kita
masak,tapi rasanya amboi,,menyebabkan kawan-kawan ni gagal berkali-kali dalam
diet yang dibangga-bangga sehari dua.
Kalau nak tengok cikgu yang mampu kawal kelas hanya dengan
jelingan pun dialah orangnya.tak payah terpekik terlolong macam saya,dia lalu
saja menikus budak-budak tu. Budak tingkatan 5 tau kak,bukan darjah 5! Ilmu
penggerun apa ntah dipakainya,memang kurniaan Allah untuknya lah kak.ingat 2015
ni nak menuntut dari dia lah. Kak,kalau saya nak tengok s/u yang sabar
benar,kak wahida. Kalau saya dah migrain berkali-kali lah kut dapat kerja macam
tu. Dengan internet yang banyak loading dari online,dia sabar benar menyiapkan
tugasnya.
walaupun dia kaya,dia tak sombong dan senang mendekatinya.paling tak
dilupa,kalau tak nampak muka pun saya boleh kenal hilaiannya.dekat sekolah kita
tu,dia sorang sajalah kak yang istimewa gitu ketawanya(Haha,kak wa jangan marah
ha)Onah pun sama kak,jarang betul dia marah pada budak-budak. Redha aje dia
masuk kelas belakang dan jarang saya dengar ulasan negatif setiap kali dia
keluar kelas penghujung benua asia.
Kalau adik-adik muda kita ni,bab cikgu bahasa saya sangat
respect dengan zizi dan zuna.energi,kaedah dan ketabahan mereka memang saya tak
terkejarkanlah.untung panitia bahasa ada mereka.kalau kerja perkeranian yang
perlu banyak sangat menghadap komputer dan online,saya sangat harapkan
kepakaran nurul,adik yang comel duduk sebelah saya.(kan saya dah cerita saya
tak boleh hadap pc lama-lama.err...tulis blog lain,ini bukan kerja,ini tak ada
kerja namanya)
Menyeberang ke tingkatan 6 sana,siapa tak kenal teacher
lela.tak ada apa yang boleh buat dia tak ketawa. Cakap sepatah dua,ketawa 5 6
kali. Sungguh,saya suka dengar ketawanya kerana saya akan ikut ketawa.periang
betul dia kan.macam tak ada problem aje dia tu.happy go lucky,setiap cuti mesti
pergi oversea.mudah-mudahan saya ada rezki dan kesempatan nak tengok tempat
lain di bumi yang tuhan ciptakan ni.saya nak sangat ke new zealand dan pompeii
kak,InshaAllah andai ada izinNya.
Kalau nak ditulis kak,tak cukup-cukup rasanya.cikgu kat
sekolah kita tu dekat 200 orang dan masing-masing ada keistimewaan sendiri.tapi
itulah,macam yang saya kata,saya ini pencatat,pemerhati yang belajar banyak
dari manusia sekeliling saya.di manapun kita pergi,macam-macam orang akan kita
temui.sisi gelap,kusam dan muram pastilah ada tapi mana-mana tempat pun sama
juga kan kak.kalau boleh saya tak mahu ingat perkara negatif atau manusia
negatif sebab saya pun bukanlah baik sangat untuk melihat keburukan orang.
Mudah-mudahan urusan kita selama bekerja ni dalam redha
Allah kan kak.mari kita sama- sama mengingatkan,keluar saja pintu rumah untuk
kerja kita niat untuk Allah.mudah-mudahan kalau Allah jemput kita waktu kerja
mati syahid kita kan kak.amiin. InshaAllah.
Isnin, 24 November 2014
MEMOIR AKU SEORANG CIKGU(PART 14)
GAMBAR KENANGAN DENGAN KAK ZILA,KAK NING,INN DAN AKU |
kak najah,kali ini aku ingin berbual denganmu,walau tanpa suara tapi lebih bererti kerana kau sedang membaca suara hatiku. bererti benar cuti sekolah kan kak, inilah masanya aku menajamkan kembali akal dan hati serta penulisan melalui coretan-coretan pengalaman yang sebahagiannya,kita lakar bersama.
seringnya bila ada cikgu baru posting dan dari Upsi,aku galak bertanya itu ini. tentang surau pak aris,dan pak aris sendiri,tentang taman astakona, tentang blok kapten yazid,tentang blok ahmad bakhtiar,tentang abuya, tentang rumah berhantu R.o winsted..dan semuanya,semuanya. malangnya,tak banyak yang mereka dapat katakan kerana sebahagian besarnya sudah tidak ada lagi. kau ingat pak aris kak?yang setia ke sana sini dengan kamera yang khabarnya berian Tun Ghafar Baba,akan memotret segalanya. berbasikal dan bersongkok lusuh, sosoknya agak misteri bagi kita tapi pada zaman yang tiada kemajuan teknologi kamera dan telefon bimbit itu, pak arislah yang kita harapkan untuk dapat gambar kenangan.
nanti,beliau akan tebarkan gambar yang diambil atas meja dewan makan,berebut-rebut kita nak tengok,paling penting yang bermain di fikiran ialah `ada ke gambar aku?` mujur-mujur pak aris tertangkap gambar kita. hmmm,tapi tak ada yang tahu rupanya siapa pak aris. mungkin dia jadi legenda saja sekarang ini.
kak najah, kau ingat tentang pekan Tanjung Malim? segar lagi dalam mata fikirku ini kak najah,koboinya pekan itu. yang ada cuma kedai-kedai tua, supermarket paling hebat cuma angsoka,pasar malamnya barang murah,ada rel kereta api di depan kedai abuya.abuya,masih kuingat lagi kamilah pelanggan tetapnya untuk beli lauk pauk.nasi masak sendiri.langkah penjimatan. lauk sedapnya ialah telur masak lemak cili api. nanti beramai-ramailah kami makan nasi dalam bilik aku dan kak rozilina yang jadi markas berkumpulnya kami. tak ada yang begitu istimewa di sana, 20 tahun dulu. tapi kini bukan saja berubah,tapi mungkin banyak yang indah.bagaimanapun, aku tetap bernostalgik dengan kedamaian pagi diselimuti kabus dan keheningan suasana itu seakan baru semalam berlalu.
kak,sebenarnya setelah 20 tahun berlalu,aku mendapat pengajaran bahawa bukan sangat ilmu pengetahuan yang kita belajar itu memandaikan kita tetapi ilmu berdepan dengan manusia,pengalaman,kesilapan,kebodohan,kekuatan dan keterasingan jauh dari keluarga itu yang benar-benar buat aku mendewasa. betapa Tuhan membuatkan aku bertemu orang yang salah agar aku memilih orang yang betul. betapa aku dikelilingi ramai orang yang sifatnya pelbagai agar aku bersikap dengan lebih pandai. aku masih terbayang ketika kita berdiri di beranda ahmad bakhtiar, bicara tentang langit biru yang kita lihat,dan ceritamu tentang keajaiban lukisan dari langit yang sering ditidak-tidakkan oleh orang,nyata kau alami dengan penuh ketakjuban tentang kebesaran Ilahi. hatiku puas kak,sekurang-kurangnya aku tahu amaran Tuhan itu benar,kaedahnya saja macam-macam.cuma yang bertuah saja membaca dan memikirnya melalui mata hati.
semuanya tinggal memori.aku ini penyimpan orangnya. kenangan yang tersimpan jelas di fikiran. tapi kini mungkin aku banyak menyendiri. kalau tidak dimulai,jarang aku memulai.kerana aku selalu silap dalam membawa diri. awal-awal dulu, ada juga cuba ku berhubung dengan mantan rakan-rakan seIPSI. kusangka tak berubah, tapi seolah sapaan ini mengganggu dan memberi susah. sudahnya aku diam-diam saja,kecuali kalau dimulai. macam engkau,aku tahu kau sudi bersilaturrahmi jadi aku teruskan saja. jauh di sudut hati ini, aku yang ini masih aku yang 20 tahun lalu dalam menyimpan persahabatan,tak tahu pula hati budi orang.aku dulu selalu teringat-ingat akan kalian,mujur ada FB,aku gembira mengetahui perkembangan masing-masing. rata-rata semakin gembira dan bahagia, Alhamdulillah. kehidupan ini cantik aturannya. Tuhan dah jadikan begitu kan kak.
Tuhan mengaturkan hidupku untuk menyiapkan aku menjadi kuat hari demi hari. aku mengajar di sekolah menengah kak, yang entah mana tempatnya. tak ada seorangpun kawan sekampus,jadi hari pertama lapor diri,aku bawa 3 helai baju, 1 seterika dan mak aku bekalkan RM100. aku tumpang bas kilang yang selalu bawa aku cari rezeki masa menganggur tunggu kerja,kebetulan pekan senai tu lah tempatnya. masuk sekolah pagi,kena mengajar sebelah petang. petang datang lagi,terperanjat aku kak, di sambut dengan peristiwa polis mengiring berpuluh pelajar yang bergaduh ke balai ,ada yang siap bergari!
berdebar hatiku kak. hidup diteruskan,aku insan terpilih mengajar anak-anak pelbagai bangsa,latar keluarga juga budaya serta agama.ada kelas yang baik sangat,mudah nak dibentuk,ada juga pelajar dari kelas yang kurang kasih sayang,yang macam-macam perangainya hingga cukup menjengkelkan. tak sampai setahun,aku sering sakit kepala.rupanya bila jumpa doktor beliau beriku satu kata keramat `awak mengidap darah tinggi!`
stress sungguh kak. mujur hubungan dengan rakan sekerja sangat akrab dan ini menyelamatkanku dari terus jadi gila. kalau kau nak baca banyak pengalamanku, cari saja yang tajuknya memoir aku seorang cikgu.dari part 1 sampai 13,semua aku catatkan sebagai kenangan dan pengajaran dalam hidup.
kenapa aku terfikir untuk sambung belajar? kau bayangkan kak.setiap kali isi borang prestasi,aku rasa sungguh rendah diri sebab borang cikgu ijazah lain,borang cikgu maktab warna lain. aku sekolah menengah kak, mana ada cikgu baru yang sijil saja, cuma aku. lainlah otai,tak apa. aku malu,dan aku berazam untuk meningkatkan diri untuk memuliakan martabatku sendiri. bukankah tuhan berjanji untuk menaikkan martabat orang berilmu.
7 tahun berlalu, aku dapat sambung belajar di Uitm. aku ambil art and design .sebab jiwa aku dekat dengan seni. macam-macam juga dugaannya, ada satu tahap tu aku tak mampu nak meneruskan,sampai aku rasa nak patah balik. tak ramai yang tahu apa aku hadapi,seorang dua saja. Tuhan mengujiku,sakit sungguh rasanya,kalau aku toleh semula serasa tak sanggup untuk aku mengulanginya.Tapi dugaan demi dugaan itu buat aku kuat,buat aku semakin yakin yang Allah sayangkan aku,Dia memilihku kerana Dia tahu aku boleh melepasinya.
skroll di atas tu aku dapat dengan air mata demi air mata. tak tertanggungkan kak,tak tertanggungkan. tapi benarlah kata orang,pahit akan manis akhirnya. benar juga kata seorang kawanku, ijazah,master atau phd itu bukan untuk orang yang pandai saja, terlebih lagi sebenarnya ia untuk orang yang TABAH!
ketabahan dan kesabaranlah yang buat kita bertahan sepanjang proses belajar.patut pun Allah akan beri mahligai indah di syurga buat orang sabar,sebab sabar itu mudah diungkap,sukar dilaksana.
walaupun akhirnya bila aku mengajar semula,aku tak mengajar psv,tapi aku tahu ilmu atau skill yang aku belajar itu adalah untuk maksud lain barangkali. cukuplah aku nyatakan padamu kak, saat-saat getir, skill ini jadi penyelamat sebab aku boleh buat side income dengannya.
haritu ,Allah beri peluang kepadaku untuk memperkukuh nama. dapat aku peluang menyertai pameran apresiasi seni kebangsaan anjuran muzium kedah. sekurang-kurangnya, masuk katalog juga nama aku!haha.
kak, banyak yang ditulis,tapi dah mengantuk pula mata ni. esok-esok kita sambung lagi ye.
Posted by Comels at 2:58 PG 1 comments
Labels: ipsi, kenangan, tanjung malim, uitm, UPSI
Sabtu, 22 November 2014
AKU BUDAK LUBUK SIPAT (PART 6)
mujur ada teknologi,aku cantikkan sikit gambar kita ni mah.kau form 5,aku form 4 |
ya,itulah kita24 tahun dulu mah.manis. cuma yang berubah aku. makin comel,3 kali saiz dari gambar ni. kau tak comel sebab tak berubah.kau kalah.haha.aku masih tak faham kenapa kita meredah bunga-bunga ni nak ambik gambar. kamera siapa pun aku tak tahu. nasib lah ada. kalau tak tak ada bukti kita dulu geng kan.
satu-satunya kekesalan aku berkaitan teknologi zaman kecil-kecil dulu adalah berkaitan kamera dan telefon bimbit.susah betul nak merakam peristiwa.kamera barang mewah,siapa yang memilikinya akan dikagumi sebagai orang berduit.kemudian,kamera punya limit,filem terhad kepada 34 keping,menunggu filem jadi gambar sungguh mendebarkan.terpaksa hantar ke kedai gambar di benut atau simpang renggam.seminggu,hati tertanya-tanya bagaimana rupa kita dalam gambar tu.tapi itu yang menjadikan gambar era 60an-90-an sesuatu yang punya nilai sentimental teramat tinggi,bukan macam sekarang.
sejak teknologi semakin kencang berlari,gambar sudah semakin turun nilainya bagiku. menggunakan telefon sahaja kau boleh ambil gambar waktu nak tidur,nak makan nasi,nak pergi mandi,gambar gigi patah,gambar semut makan serpihan kek,gambar ayam tersangkut plastik. dan macam-macam lagi.kalau tak ada yang sudi ambilkan gambar kau,jadilah pula si selfie yang menggayakan pelbagai mimik muka,muncung sana,muncung sini,ambil dari sudut atas,bawah dan tepi seakan terasa dirinya cek ta.melampau-lampau pula sampai kongsi satu dunia kadang ingat orang suka tengok muncungnya sedepa tak tahu rupanya orang mengumpat berjela-jela. haha. sebuah kehidupan. nikmati sajalah.
Imah, entri kali ini aku nak berbicara dengan kau,sebagai meraikan kau yang sudi menyertai kami dalam arena beramah mesra tanpa suara ni. inilah bentuk komunikasi paling moden yang aku ada dan aku senangi,aku tak ada wassup,insta atau telegram. dan buat masa ini aku tak berhajat langsung untuk mewujudkannya sebagai keperluan hidup.aku tak mahu letih dalam mengejar segala info,aku ingin besederhana. aku yang kawal keinginan itu dan aku kekal senang begitu.
imah, rindunya aku pada masa lalu. walau banyak pahitnya, banyak pula manisnya,kan.kemanisan itu buat aku tersenyum-senyum sendirian,kepahitan itu buat aku tabah dan menerima segala takdir Tuhan.
Imah,kau rasa hidup kita masa kecil dulu bahagia tak. kita miskin kan mah, rata-rata kita semua orang susah. aku ni asyik makan ikan kering,pucuk ubi,paku pakis,ubi kayu..lempeng.. kau pun sama saja kan. cuma lauk kau lebih fresh sebab abang-abang kau rajin pancing ikan dan udang. selalu makan ikan dan udang galah. bila udang tu besar,saja-saja kamu ambil cangkerangnya,keringkan dan pamerkan atas televisyen rumah korang. aku ni kalau datang asyik terliur saja. sebab tu kadang-kadang aku tak peduli dah,aku redah saja dapur kau,angkat tudung saji terus makan nasi.mujur-mujur ada lauk udang galah.paling tidak pun ikan sungai.yummy!
Imah,walau kita orang susah,kita jarang merungut kan. engkau,aku,jana (suzen) dan beberapa orang lagi sering saja bercabur dekat parit dan sungai.kalau banjir seronok pula bermain banjir depan rumah ah hong dan kak ipah.kau ingat tak mah, konon kita nak berkelah kat sungai Pt Yusof,kau bawa satu periuk nasi mak kau,yang aku bawa kacang goreng sebungkus saja.macam alien kita makan lepas bercabur,aku rasa aku ada tanya kau, `mak kau tak marah ke mah kau bawa nasi dengan periuk-periuk ni sekali?` aku lupa jawapan kau,tapi kita tak peduli,makan lagi,lagi dan lagi sampai licin nasi tu. masa tu yang pergi ialah aku,engkau,aris,inong,ijam dan siapa entah. suzen aku tak ingat,dia kadang skema sikit,tak ikut sangat aktiviti kita yang bukan-bukan.
setiap pagi,kita tak sabar-sabar nak main dan berkumpul.tak mandi,lepas sarapan terus saja berkumpul dan buat kerja berfaedah sebagai budak-budak.kampung kita damai kan mah,sejuk dan hijau.air parit jernih.kau ingat tak dulu kau sekeluarga buat parit depan rumah tu tempat mandi.aku suka ke situ,ada pangkin kecil buat duduk sambil main air.kadang kita bercabur kat situ,tapi paling seronok terjun dari titi depan rumah kak ipah.lepas tu abang ajan bapaknya rubi repot kat mak aku `kanakan ni makacil ai,bercabur tarjunan......bla,bla,bla`..mak aku pun jeling tajam aku yang ketakutan kena marah.takut-takut pun esok sambung lagi.
Imah,kau ingat tak betapa seronoknya kalau balik dari sekolah kat Betak tu. masa kita tingkatan satu dan dua, mana aku ada motor lagi,kita naik basikal saja kan. balik tu,mesti singgah kedai kecil orang bugis depan simpang 4 tu.kita beli air sirap cedok 20sen,aku beli keropok rota 20sen. masa tu rota baru saja wujud,sedap betul ajinomotonya mah, nasib baik tak botak setiap hari makan tu. ajaib betul,kita boleh makan sambil kaki kayuh basikal dan tangan pegang hendal. jalan dulu tak sibuk, nak jumpa motor punya susah,nak nampak kereta macam tunggu kapal terbang lalu. jadi tak bahaya lah kan. jalan tanah merah,bila lori tanah lalu muka,baju,kain,kasut semua kena debu,kuning.kalau budak sekarang,aku rasa tak sanggup ke sekolah dah dengan penampilan selekeh macam tu,tapi kita reda demi sebuah ilmu,kan mah. cewah.
imah,banyak lagi yang ingin aku tulis,tapi mia dah bangun dan aku nak buat sarapan. nanti sempat aku sambung bab 7 pula ye.
Imah,kau rasa hidup kita masa kecil dulu bahagia tak. kita miskin kan mah, rata-rata kita semua orang susah. aku ni asyik makan ikan kering,pucuk ubi,paku pakis,ubi kayu..lempeng.. kau pun sama saja kan. cuma lauk kau lebih fresh sebab abang-abang kau rajin pancing ikan dan udang. selalu makan ikan dan udang galah. bila udang tu besar,saja-saja kamu ambil cangkerangnya,keringkan dan pamerkan atas televisyen rumah korang. aku ni kalau datang asyik terliur saja. sebab tu kadang-kadang aku tak peduli dah,aku redah saja dapur kau,angkat tudung saji terus makan nasi.mujur-mujur ada lauk udang galah.paling tidak pun ikan sungai.yummy!
Imah,walau kita orang susah,kita jarang merungut kan. engkau,aku,jana (suzen) dan beberapa orang lagi sering saja bercabur dekat parit dan sungai.kalau banjir seronok pula bermain banjir depan rumah ah hong dan kak ipah.kau ingat tak mah, konon kita nak berkelah kat sungai Pt Yusof,kau bawa satu periuk nasi mak kau,yang aku bawa kacang goreng sebungkus saja.macam alien kita makan lepas bercabur,aku rasa aku ada tanya kau, `mak kau tak marah ke mah kau bawa nasi dengan periuk-periuk ni sekali?` aku lupa jawapan kau,tapi kita tak peduli,makan lagi,lagi dan lagi sampai licin nasi tu. masa tu yang pergi ialah aku,engkau,aris,inong,ijam dan siapa entah. suzen aku tak ingat,dia kadang skema sikit,tak ikut sangat aktiviti kita yang bukan-bukan.
setiap pagi,kita tak sabar-sabar nak main dan berkumpul.tak mandi,lepas sarapan terus saja berkumpul dan buat kerja berfaedah sebagai budak-budak.kampung kita damai kan mah,sejuk dan hijau.air parit jernih.kau ingat tak dulu kau sekeluarga buat parit depan rumah tu tempat mandi.aku suka ke situ,ada pangkin kecil buat duduk sambil main air.kadang kita bercabur kat situ,tapi paling seronok terjun dari titi depan rumah kak ipah.lepas tu abang ajan bapaknya rubi repot kat mak aku `kanakan ni makacil ai,bercabur tarjunan......bla,bla,bla`..mak aku pun jeling tajam aku yang ketakutan kena marah.takut-takut pun esok sambung lagi.
Imah,kau ingat tak betapa seronoknya kalau balik dari sekolah kat Betak tu. masa kita tingkatan satu dan dua, mana aku ada motor lagi,kita naik basikal saja kan. balik tu,mesti singgah kedai kecil orang bugis depan simpang 4 tu.kita beli air sirap cedok 20sen,aku beli keropok rota 20sen. masa tu rota baru saja wujud,sedap betul ajinomotonya mah, nasib baik tak botak setiap hari makan tu. ajaib betul,kita boleh makan sambil kaki kayuh basikal dan tangan pegang hendal. jalan dulu tak sibuk, nak jumpa motor punya susah,nak nampak kereta macam tunggu kapal terbang lalu. jadi tak bahaya lah kan. jalan tanah merah,bila lori tanah lalu muka,baju,kain,kasut semua kena debu,kuning.kalau budak sekarang,aku rasa tak sanggup ke sekolah dah dengan penampilan selekeh macam tu,tapi kita reda demi sebuah ilmu,kan mah. cewah.
inilahlkeropok yang sangat menakjubkan,memberi semangat untuk kita mengayuh sejauh 9 kilometer untuk balik dari sekolah! |
imah,banyak lagi yang ingin aku tulis,tapi mia dah bangun dan aku nak buat sarapan. nanti sempat aku sambung bab 7 pula ye.
Posted by Comels at 6:51 PG 0 comments
Labels: kenangan zaman sekolah, keropok rota, memori, sekolah menengah pt betak, smpb
Rabu, 29 Oktober 2014
MEMOIR AKU SEORANG CIKGU- PART 13 (DALAM HATI ADA TAMAN)
DALAM HATI ADA TAMAN
Ya, begitulah kawan. Sejengkel-jengkel hati seorang guru
setahun ini, tiba saatnya bila mereka nak berhadapan dengan peperiksaan besar
dalam hidup mereka seperti SPM ini, maka secara semula jadinya menjadi redalah
kemarahan, letih, resah,bosan dan rajuk kita setahun itu. Itulah keajaiban
perasaan yang dikurniai Allah untuk pendidik agaknya, kalau tidak, macam
manalah anak-anak ini nak melangkah dengan berkah Tuhan.
Kalau diingatkan penderitaan setahun itu ya ampun, tak mampu
dilafazkan dengan kata-kata. Hanya pendidik,yang selalu mengajar kelas `hujung`
yang tahu betapa geloranya hati menahan rasa. Sampai kadang-kadang bersumpah,
contohnya seperti `huh! Sungguh we, akak tak sanggup menahan walau sehari lagi
untuk ke sana! Menjengkelkan! Si A begini, si B
begitu, si C aduhai! Sakit hati,sakit otak,sakit mental, semua terpaksa
ditelan kerana seminggu, saban hari tetap ada jadual kemesraan itu diaturkan
untuk sebuah pertemuan.
Entahlah kawan, kalau kau tidak bekerjaya sebagai guru, sukar
untuk kujelaskan rasa apakah ini. Kau boleh jadi putus urat saraf menghadapi
kerenah anak-anak remaja yang latar hidupnya macam-macam. Ada yang kurang kasih
sayang, dahaga perhatian, degil semacam, sombong tak tentu hala, pemarah, panas
baran, terlalu penyendiri, di alam nirwana, gedik nak berpacaran…kau harus
hadapinya dengan gigih,setiap hari, berpuluh-puluh orang, serentak! Bila kau
mampu kawal kelas, kau adalah hero.aku, dah umur begini, agak letih nak
berbasa-basi. Psikologi dah buat, tumbuklogi dah penat,setahun masih buat tak
tahu, apa yang aku nak buat lagi. Sudahnya titipkan doa saja dalam solat dan
tiup-tiup sedikit kepalanya dengan surah pilihan agar tawar kenakalan melampau
itu.
Semalam masa aku dihabiskan dengan bersembang bersama sharul and the gang. Letih dah nak
mengajar,aku reda ajelah apa yang didapat setahun ni.lagi tinggal sehari dua saja nak SPM dah. Sekurang-kurangnya
perkataan `dasawarsa` dan `pada realitinya` dihafal juga sebagai awal bicara
karangan,Berjaya dah tu kan.begitu banyak cerita mereka,
kenangan 5 tahun
menjadi watak antagonis yang melelahkan
cikgu dan pentadbir buat kami ketawa besar. Sharul bilang, `cikgu, andai masa
boleh diputar, saya nak balik semula sekolah dari darjah 1!`. Aku pula bilang,
`sharul, kalau masa boleh diputar –putar, saya nak putar ke depan agar tak
jumpa kamu!` hahaha. `huh, sampai hati cikgu!`
CIKGU LIM, CIKGU TEO DAN CIKGU FARIDAH
sharul cerita, masa menengah rendah hampir saban hari kena kejar dengan cikgu Lim. asyik memonteng,masuk lambat,rehat hilang sampai hypermarket, hisap rokok..entah apa senarai lagi kenakalan mereka. Gembol kata, lubang mana yang mereka tak lolos, pagar mana yang mereka tak lompat.semua kawasan menyeludup keluar ada dalam poket mereka. satu hari,cikgu Lim geram sangat sampai semuanya nak kena rotan. cikgu lim kejar mereka yang entah buat onar apa pada waktu tu. cikgu Lim sampai penat mengejar, mereka pula penat berlari. `dah lah bulan puasa tau cikgu!` akhirnya kenalah cekup. cikgu lim tak sampai hati nak rotan, diberinya pilihan budak-budak tu nak rotan hari tu juga ke, tunggu lepas raya. mereka kata lepas raya. sampai ke sudah, sampai mereka dah tingkatan 5, cikgu lim tak rotan-rotan pun. terlupa agaknya!
sedang rancak bercerita, tiba-tiba cikgu Lim datang ke kelas. semua terdiam. tiba-tiba dia kata`ada tak pelajar yang masuk kem akademik tempoh hari,dia nak bagi gambarnya. semua geleng kepala. bila beredar, aku pun kata, hah, suspen lah tu, ingatkan cikgu lim nak rotan kamu kan, kut lah teringat balik hutang tingkatan 1 dulu!.kami semua tergelak.
sharul kata, cikgu Lim tak dapat kejar mereka, tapi cikgu Teo jangan buat main!lari punya laju, kalah mereka semua. kisahnya, masa mereka tingkatan 1, kelas sebelah peralihan, entah dari gila yang nombor berapa datang,mereka semua main mercun! tengah-tengah sunyi sepi tu, bolehnya diambil botol,masukkan mercun dan bakar hujung kelas. masa tu cikgu Teo ada kat sebelah, apa lagi, kena kejarlah semuanya. memang tak seorang pun selamat sebab cikgu Teo kuat lari. laju macam angin, katanya.
tentang cikgu Faridah pula, si hakimi lah yang paling kelakar. nazarul report ada budak buat gambar cikgu faridah kat tandas lelaki, lepas tu tulis lucah. (cikgu Faridah garang ya ampun,budak memang takut kat dia) lepastu, spot chek dijalankan, masing-masing tak mengaku. tiba ke hakimi, kena gertak dengan cikgu faridah,kalau mengaku,gantung, kalau tak mengaku, tapi didapati bersalah, terus buang sekolah. si kimi ni penakut kata sharul,dia tak buat tapi entah kenapa takut sangat dengan perkataan `buang sekolah` tu, jadi dia pun mengaku.tak pasal-pasal kena gantung seminggu!
`habis tu, kimi buat ke tidak?`
tak la cikgu, tapi penakut tak tentu pasal ngaku je la walau bukan dia yang buat.
habis, kau berani sangat la ye sharul?
kalau saya tak salah, saya berani je la cikgu, sumpah pegang Quran pun saya tak kisah kalau saya tak salah!`
`heleh kau ni,cakap je lebih`
`betul cikgu, haritu ada kes apa ntah, cikgu kamal kata saya yang buat. saya tak ngaku, cikgu kamal kata kalau betul tak cakap bohong, sumpah pegang Quran. saya setuju je sebab masa tu memang saya tak salah. saya tunggu...`
`dah tu, apa jadi?`
tak jadi apa-apa sebab cikgu Kamal cari Quran tak jumpa-jumpa!
si Gembol mencelah,dia tak lupa kes kena kejar dengan cikgu kamal. masa tu mereka nak ponteng kelas, lalu padang. tiba-tiba cik kamal jerit,berhenti,!jangan lari! apa lagi, makin berlarilah mereka menuju ke tangga munsyi. gembol paling belakang, maklum ketika tu badan dia agak comel(sampai sekarang pun).. gembol berkejar-kejaran dengan cikgu kamal. bila dia toleh belakang, dia rasa kesian tengok cikgu kamal lari sambil pegang lutut! dalam hatinya nak tolong cikgu ke,nak lari. kesian tengok cikgu sakit kaki,gout. tapi memandangkan kawan-kawan semua dah jauh, dia ambil keputusan lari juga. mereka sembunyi di tokong cina besar sebelah Mydin. bila nampak cikgu kamal, mereka lambai-lambai cikgu kamal. cikgu pula, tak larat nak kejar, lambai balik kat mereka!
hah...lucu sungguh cerita budak-budak ni. tapi cikgu kamal dapat cam satu beg merah yang dipakai oleh daus. esoknya, semuanya dapat ditangkap gara-gara beg daus. semua kena beratur depan pejabat menadah muka sambil kena maki. padan muka, cari pasal lagi. kemudian semua kena gantung seminggu. kebetulan lepas tu cuti sekolah pula seminggu. jadinya `kami menikmati cuti dua minggu yang seronok,cikgu'!
banyak lagi kenangan mereka, tapi tak larat nak menulisnya.nyata,dah besar ni, matang juga la perangai. sedar juga la yang dulu mereka memang nakal sangat. apapun, mereka begitu sayangkan semua cikgu,terutama cikgu kamal!
bak kata sharul,`cikgu,buruk-buruk kami ni, nanti kalau cikgu punya tayar kereta pancit, kitaorang ni lah yang berlumba-lumba tolong cikgu betulkan. daus bawak tayar spare pakai motor dia, saya tolong bukak tayar, budak-budak lain ni tolong tengok! cikgu nak harap budak-budak pandai tu, jangan harap sangatlah cikgu!
er...betul ke?
Posted by Comels at 9:18 PTG 2 comments
Labels: budak nakal.ponteng sifar, guru disiplin, kenangan zaman sekolah, ponteng, starp
Rabu, 22 Oktober 2014
ANJING:HAKIKAT,SYARIAT,MAKRIFAT DAN MEMOIR SEORANG AKU (PART 2)
10.22 MLM. 21/10/2014
INI SAMBUNGAN ENTRI TADI. PANJANG SANGAT KAWAN,MESTI KAU MALAS NAK BACA. HEHE.
banyak kenangan melibatkan anjing dalam hidup aku. ada pelbagai cara Tuhan mengujiku melalui mahkluk anjing ini. dah nama pun hidup lebih 40 tahun (amboi, matang dah ni).yang mana teringat aku catatkan buat teladan,atau sempadan. terpulang kau melihatnya bagaimana.
sebagaimana seperti kebanyakan orang melayu tipikal yang tinggal di Malaysia, aku dan anjing juga bukannya besahabat baik. malah ada beberapa insiden ngeri yang buat aku trauma dengan anjing. antaranya...
ANEKDOT 1.:AKU, ANJING AH HONG dan MEMOIR BALIK NGAJI
kisah terjadi masa sekolah rendah.ngaji di rumah cik Amat Jarah.waktu malam.lepas maghrib sampai ke isyak naik basikal atau jalan kaki. letrik belum ada. depan rumah ada cina Ah Hong jiran yang suka bela anjing. anjing yang nakal. suka gempak kami walhal hari-hari kami melintas rumah dia. kami tu ialah aku, abang ijam dan kak roha. melolong-lolong kalau menyalak.kadang dia kejar-kejar manja. aku pulak yang melolong-lolong. siap bawak kayu bagai. tak heran anjing tu aku rasa.
satu malam,rasa seram nak lalu tapi agak yakin sebab dah menghafal ayat menghalau anjing yang kak imah ajar. surah yasin, yang bunyinya `' summumbukmun umyum fahum laayar jiun..`
whoaa, konfiden sungguh malam tu. dari lepas turun tangga rumah cik amat aku baca dalam hati tak putus-putus dengan harapan sampai rumah ah hong nanti tak ada la anjing tu nak kejar. aku naik basikal,kak roha bawa aku. abang ijam naik basikal sendiri.
sampai rumah cik anor aku dah suspen, takut tak berhasil. kak roha mula baca ayat tu kuat-kuat. detik dinantikan tiba. sampai rumah ah hong kami baca kuat-kuat .ramai-ramai. sambil tu kak roha kayuh lagi laju. sekali tu, `kung! kong!kong!`. apa lagi. terpekik terlolong la kami sambil terjerit-jerit. sebab bukan saja menyalak, anjing tu tak berikat dan menyerbu ke basikal kami. walaupun gelap, aku nampak sosok anjing tu garang ya ampun. kaki aku naik ke pinggang kak roha, takut kena gigit. eh, pandai pulak anjing tu main acah-acah, kejap dekat kejap jauh sikit. kemudian bila ah hong dengar riuh-riuh, dia pun panggil anjing dia masuk. elok aje anjing tu lari balik. huh, geram betul.
sambil takut, gelihati pun ada. lepas itu, terbahak-bahak kami ketawa .bila difikirkan balik, padan pun ayat tu tak berkesan, mesti masa kami baca tu tunggang langgang. tajwid ke mana,sebutan ke laut. ntah ke siap anjing tu cakap dalam hati `teruknya budak-budak ni`! insiden terjerit-jerit bila balik ngaji sebab kena kejar anjing kekal menjadi rutin 3-4 tahun mendatang selagi tak habis mengaji lagi..
dah umur matang ni, baru terfikir, Allah datangkan anjing untuk kami ketika itu sebagai pengajaran, kena haqqul yakin bila beramal. ini tidak,mulut baca tapi hati mempertikai keberkesanan ayat Allah, memang la padan muka bila tak berkesan.lagi satu, berharganya pengalaman, susahnya menuntut ilmu mengaji. semoga guru dan keluarganya dirahmati Allah. semoga Allah ampunkan dosa arwah emak,dan tempatkan beliau dalam syurgaNya kerana dalam buta hurufnya, begitu komited dia menggalakkan kami mengaji sehingga setiap kali naik juz baru, mak akan buat kuih untuk di makan sama-sama di rumah tuan guru.......
ANEKDOT 2:AKU,MAIKEL DAN KEMANUSIAAN
kisah berlaku sekitar tahun 2000. menyewa di sebuah taman perumahan di senai.alamat,rahsia , sebab nanti sibuk pula kau tanya siapa yang terlibat. sibuk tau. sekadar tahu cerita sudah. ambil pengajarannya.
sebelah kanan rumah aku, ada brother tu suka bela kucing. sebelah kiri, tah rumah siapa sebab masa aku pindah, orangnya dah tak ada. mungkin beli rumah lain kut. bila tak ada tu, pagarnya pula tak berkunci,jadi apa pun boleh keluar masuk depan laman rumah tu.
aku perasan ada seekor anjing yang tua dan kurus selalu merayau dan berlegar kat rumah tu. belas aku melihatnya, tentu tuannya tak bawa pindah. maikel aku beri nama anjing tu, sebab masa tu aku bela kucing yang ada nama cantik-cantik. potet, ika,udel,cek net....maikel sangat setia, selalu balik rumah tuan dia, duduk,tidur,jalan dengan perut yang kempis. kalau kami berpapasan, matanya tampak sayu dan sedih,seolah katanya`puan,tolonglah saya, lapar....`. aku sekadar mampu berdoa agar maikel dapat cari makan.
yang sadisnya, brother sebelah kanan tu benci sangat dengan maikel. selalu marah-marah maikel yg suka lalu lalang depan rumah kami. maikel pun satu, dah tahu orang tak suka lalu lah juga. brother tu selalu perambat maikel sampai rumah tinggal tu dan kunci pagar. aku kesian kat maikel,sayu aje si maikel tu terkurung. bila ada peluang, brother tu pegi kerja, cepat-cepat aku buka pintu pagar suruh maikel keluar.
drama kunci dan lepaskan maikel berlangsung banyak kali. satu hari, aku kesian sangat kat maikel aku curi-curi baling friskies milik kucing aku untuk maikel makan. aku tuang air dari tepi pagar batu yang memisahkan rumah kami. entah dapat minum entah tidak sebab aku main curah saja, tak berani bagi bekas takut brother tu syak aku yg kasi lepas maikel. sampai sekarang walau aku dah pindah ke tempat yang indah, aku masih sebak ingat kesetiaan maikel pada tuan yang habis madu sepah dibuang tu, dan kekejaman brother tu kurung maikel sampai lapar. ..ingatlah kawan, satu hari di mana semua mahkluk meminta keadilan ke atas apa yang berlaku dan dilakukan pada mereka. hatta dia cuma seekor anjing tua.
ANEKDOT 3: AKU,JR 8504 DAN KAWANAN ANJING
KISAH berlaku tatkala sekolah menengah. tingkatan 3,bawa motor honda cup mak belikan. asal boleh aje la motor tu jalan,aku lenjan aje. tak lawa mana pun,model 70-an barangkali. ah,tak kisahlah.bersyukurlah dapat motor. pada jijah tu, naik basikal sampai tingkatan 5.hehe.
balik sekolah, sampai pt hj. ariff,ada rumah apek dekat simpang jalan tu. tak aku sangka-sangka,sedang layan blues memikirkan apa entah, aku tak perasan entah datang dari mana sekumpulan anjing berdedai-dedai macam nak melintas gitu. sesuka hati aje,bukan kisahkan aku dan motor honda ni, main lari-lari lah pulak depan aku. dek terperanjat,tak sempat brek, apa lagi....`gedegannggg! aku terlanggar anjing. patutnya anjing-anjing tu yang penyek,tapi rupanya aku yang terduduk dengan motor aku elok tersembam ke tanah. anjing-anjing tu pulak macam tak ada perasaan bersalah,selamba aje meneruskan aktiviti berlari gembira di tengah hari buta..
aku nak kata apa, bangun ajelah kontrol ayu. nasib baik tak ada sesiapa lalu,kalau tak malunya,diva kampung terduduk sebab langgar anjing.
moralnya,jangan berangan masa naik motor,nanti anjing pedajal kita!
ANEKDOT 4:` CIKGU, TOLONG LUKIS ANJING!`
satu kegemaran aku mengisi masa terluang ialah melukis sambil jual lukisan tu. lazimnya buat kad ucapan/motivasi dan pelanggan boleh request nak gambar apa. semua benda selalunya tak berat permintaan mereka untuk aku tunaikan,tapi ada sorang pelanggan ni, Qing Ning, 5 sn 2 2011. boleh dimintanya gambar anjing untuk aku lukis..aku keberatan,dia tanya `kenapa?`....entahlah, tapi tak sampai hati nak menghampakan. kubuatkan juga,dengan kata-kata `ni saya lukis untuk awak sorang, awak first,awak last! Qing ning berteka teki,tapi aku senyum saja. tak ada apa pun sebenarnya, cuma aku tak minat nak lukis anjing sebagai subject matter!
inilah gambar yang aku buat untuk dia.tah nak bagi sapa tak tahu lah. kat mana qing ning sekarang,.dah besar agaknya.
ANEKDOT 5: KURANG AJAR
kisah masa mengajar di senai. sesi petang kelas hujung. panas. dan menyiksa jiwa. di sinilah punca pertama aku dapat high blood presure. kesabaran saja buat aku bertahan. satu hari,dengan gigihnya aku melangkah ke kelas tingkatan 2. budak dah tah macam apa.tak terkawal.terpekik terlolong. sampai pintu, aku terpempan. ada tulisan besar-besar,guna marker permanent dengan bangganya pemberi tahuan ditulis ~CIKGU DAN ANJING DILARANG MASUK!`
aku terasa sangat.tak tahu siapa menulis, ditujukan untuk cikgu siapa dan apa tujuannya, bagiku itu satu tanda kebiadaban melampau.aku hanya mampu berdoa semoga tiada dalam kalangan keluarga dan rakan taulanku mempunyai anak yang berani benar menulis begitu. sebuah manifestasi kebodohan.
ANEKDOT 6:ANJING,SYAITAN DAN AZAN
bila berpindah ke BP, aku sangat selesa di sini..segalanya mendamaikan selain jem teruk pagi-pagi nak pergi kerja. tapi bila di rumah,aku rasa sangat tenang dan sejuk hariku. jiran kiri kanan alhamdulillah, baik hati. langkau 3 rumah, ada auntie tu bela anjing yang sangat peramah. pantang apa lalu semua nak disalaknya.
kadang aku tengok dia mengurat anjing yang lalu lalang. kesian,batin tersiksa kut sebab asyik kena kurung di rumah saja. kadang suaranya buat aku sakit kepala, bunyi tak berhenti-henti. tapi masih boleh kuterima berbanding bunyi orang berkaraoke di majlis kahwin masyarakat melayu sekarang. rasa nak terkeluar otak disengat muzik berdentum dentam. tak tahu kenapa budaya ini dah jadi semacam kewajipan pula setiap kali ada majlis kahwin. mia kalau kahwin besok besar takdelah mak nak buat karaoke bagai ni nak. bukak radio,sudah.
anjing jiran ni kadang bagus juga. dek terlalu prihatin, apa saja objek mencurigakan yang dia nampak,dia berbunyi lah. rasa selamat juga kut ada pencuri di kawasan kami ni, mesti fikir banyak kali nak masuk rumah sapa-sapa kerana penggera ni menggila sungguh bunyinya.
cuma satu perkara yang aku perasan, dan menjadi misteri hingga kini dalam ruang akalku. setiap kali masuk waktu subuh, azan subuh yang syahdu berkumandang dengan jelas. dan anjing ini, setiap kali,tanpa mungkir sepanjang yang aku perasan akan seolah menyahut seruan azan dengan sayu. setiap patah lafaz azan akan disambutnya dengan salakan yang mendayu, dan panjang. aku jadi malu kadangkala kerana dia hanya seekor anjing, tapi bangun awal dan menyahut seruan azan dengan takzim dan rutin.
atau, mungkinkah dia ternampak syaitan yang lari bertempiaran ketika azan sedang dilaungkan. maklumlah, dulu boleh tahan juga cerita-cerita angker di daerah perumahan aku ini. antaranya termasuklah jiran aku yang isterinya terkesima tatkala siram bunga malam buta, ternampak seorang perempuan berbaju putih melintas depan rumah dan terus berjalan lalu hinggap di tangki air besar hujung jalan sana!
entahlah. semuanya berkemungkinan. sekurang-kurangnya, walaupun cuma anjing, kamu tak perlu risau sebab tidak ada neraka disediakan untuk kamu, berbanding aku,manusia...
----------------------------------------------------------------------
ANEKDOT 6:ANJING,SYAITAN DAN AZAN
bila berpindah ke BP, aku sangat selesa di sini..segalanya mendamaikan selain jem teruk pagi-pagi nak pergi kerja. tapi bila di rumah,aku rasa sangat tenang dan sejuk hariku. jiran kiri kanan alhamdulillah, baik hati. langkau 3 rumah, ada auntie tu bela anjing yang sangat peramah. pantang apa lalu semua nak disalaknya.
kadang aku tengok dia mengurat anjing yang lalu lalang. kesian,batin tersiksa kut sebab asyik kena kurung di rumah saja. kadang suaranya buat aku sakit kepala, bunyi tak berhenti-henti. tapi masih boleh kuterima berbanding bunyi orang berkaraoke di majlis kahwin masyarakat melayu sekarang. rasa nak terkeluar otak disengat muzik berdentum dentam. tak tahu kenapa budaya ini dah jadi semacam kewajipan pula setiap kali ada majlis kahwin. mia kalau kahwin besok besar takdelah mak nak buat karaoke bagai ni nak. bukak radio,sudah.
anjing jiran ni kadang bagus juga. dek terlalu prihatin, apa saja objek mencurigakan yang dia nampak,dia berbunyi lah. rasa selamat juga kut ada pencuri di kawasan kami ni, mesti fikir banyak kali nak masuk rumah sapa-sapa kerana penggera ni menggila sungguh bunyinya.
cuma satu perkara yang aku perasan, dan menjadi misteri hingga kini dalam ruang akalku. setiap kali masuk waktu subuh, azan subuh yang syahdu berkumandang dengan jelas. dan anjing ini, setiap kali,tanpa mungkir sepanjang yang aku perasan akan seolah menyahut seruan azan dengan sayu. setiap patah lafaz azan akan disambutnya dengan salakan yang mendayu, dan panjang. aku jadi malu kadangkala kerana dia hanya seekor anjing, tapi bangun awal dan menyahut seruan azan dengan takzim dan rutin.
atau, mungkinkah dia ternampak syaitan yang lari bertempiaran ketika azan sedang dilaungkan. maklumlah, dulu boleh tahan juga cerita-cerita angker di daerah perumahan aku ini. antaranya termasuklah jiran aku yang isterinya terkesima tatkala siram bunga malam buta, ternampak seorang perempuan berbaju putih melintas depan rumah dan terus berjalan lalu hinggap di tangki air besar hujung jalan sana!
entahlah. semuanya berkemungkinan. sekurang-kurangnya, walaupun cuma anjing, kamu tak perlu risau sebab tidak ada neraka disediakan untuk kamu, berbanding aku,manusia...
----------------------------------------------------------------------
tamat sudah sedikit kisah antara aku dan sesuatu berkaitan anjing. pandangan hidup ini melalui jalan yang tak sama. hakikat, makrifat,syariat,semua lain cara memandang sesuatu. semoga kita tak mempermudah setiap suruh dan larangan Allah tapi jangan pula kita terlajak menghukum seseorang atau sesuatu kerana hakikat dilihat tak sama kalau ditenung makrifat!
Posted by Comels at 12:22 PG 1 comments
Labels: anjing disiksa, anjing haram disentuh, i want to touch a dog, melatah, memoir aku seorang cikgu, tersentuh anjing
Langgan:
Catatan (Atom)