Isnin, 3 September 2007

rewang

4 hari lepas aku balik kampung hubby kerana mak nak buat kenduri. man power cuma kami adik beradik semua. tapi tu pun` power supply` tak cukup juga sebab Isam kerja, bang man dan bang Abu tak balik sebab jauh sangat. Ina pulak dah tak berapa larat sebab dah sarat tu pun tolong juga. Pak cik Khalid terpaksa layan Pika sebab dia kecik lagi. Jadi yang betul-betulnya cuma Suraya, bang Din, Kak Ida, hubby, aku, Kak Ain dan tentulah mak dengan bapak yang bertungkus lumus.

ingat mak kenduri kecik aje jadi aku dengan hubby berlenggang je la sampai pada malam jumaat tu.. sekali punya banyak daa.. mak buat dua trip lelaki dan perempuan. jamuan nasi ambeng
(mesti ada korang yang tak tau apa benda nih) . kuih muih dan sate. Hem. bapak adalah pembuat sate tersedap seMalaysia. sayang takde sape nak mewarisi perniagaan bapak. Aku dan hubby dah cuba tapi `tak terlaten` kata orang jawa.

berbalik pada cerita tadi, bila sampai saja kat rumah mak, kami disambut oleh Haziq yang suka kawan ngan pakcik dia aje(hubby aku). Haziq ni suka main game bila datang rumah aku, pakcik dia suka melayan, jadi sapalah aku ni dimatanya (baca dengan intonasi sedih dan hiba tau). tapi bagus juga macamtu sebab Haziq ni punya lasak penyek badan pakcik dia dikerjakan. aku pun tak sanggup kalau dah datang angin dia nak terbang-terbang macam wrestling tu.

sebagai menantu misali lepas saje sampai aku terus menuju dapur. mereka semua tengah sibuk buat apa yang patut. malam tu mak suruh kami buat koci, lepat ubi, epok-epok, potong bawang, kentang, buat sambal dan sebagainya.hish tu tak penat lagi tapi dekat 12 setengah malam juga la baru selesai. semua nak kupas main sedulang-sedulang. tak ade sikit-sikit punya. aku terpaksa kupas bawang merah, berair mata macam tak pernah masak kat dapur pulak.

pagi sabtu tu mulalah kesibukan sebenar terjadi. pukul 2 petang kumpulan yasin perempuan akan sampai. aku tak tau nak tafsirkan kepenatannya, tapi sampai nak krem kaki aku dibuatnya. aku tanya kak Ida `tak penat ke?` .. dia kata mana boleh, ni cover je ni. aku pandang kak Ain, punya penat sampai tergelak. maknanya pandang-memandang tu sama-sama faham la memang nak baring jer rasanya masa tu jugak.

hubby goreng ayam dan bakar sate kat luar. masa tengah susun cawan aku nampak hubby minum kelapa muda jadi aku cakap la `oooo... minum sorang-sorang yeee...` tak pasal-pasal terpaksalah hubby buatkan kelapa muda untuk aku plak. lepasatu hubby bagi makan hati dan pedal goreng. dia tau aku suka makan walaupun aku pernah cakap dengan dia `mel, makan organ dalaman haiwan tak baik untuk kesihatan, tapi sesekali tak apa...`

nasib baik cik Yah datang rewang dengan kakak sebelah rumah mak tu. nasi ambeng ni lauk dia kena banyak. ikan kering, serunding, sayur, mee goreng dan ayam. satu dulang 4 orang makan. makan sikit je buat syarat selebihnya bawa balik rumah makan dengan anak-anak. tak pun bagi ayam makan kalau dah tak larat sangat. maknanya ikut anggaran mata kasar aku satu dulang tu cukup untuk 16 orang makan. untuk perempuan ada 10 dulang maknanya penyediaan untuk 160 orang punya! tergambar di fikiranku letihnya makcik kantin dan krewnya setiap hari prepare untuk seribu orang makan.

lepas mandi tengahari tu dapatle luruskan badan beberapa minit. dah mula rasa nak menangis sebab letih sangat.tapi kena rewang round kedua pulak. kalini untuk lelaki malam nanti mak suruh buat 13 dulang. ada satu peristiwa kelakar sangat aku rasa petang tu. tetiba ntah dari mana Haziq dapat kucing kecik manja warna putih pakai celak. dah le celak tu warna pink, kuning oren, macam mak andam je yang bubuh. bagus juga kalau semulajadi boleh panggil metro. aku tergelak tengok kucing tu.

Haziq sayang kucing. jadi dia ligat ke sana ke mari cari tulang ayam. mana la ada sebab ambeng ni suma orang bawa balik tak bersisa. tak lama lepas tu aku dengar dia minta kuih wajik dengan mak dia aku ingat dia nak makan. rupanya dia bagi kucing tu makan wajik. mana la kucing tu makan. kelakar betul. kesian aku tengok haziq yang baik hati jadi aku bagi la hati ayam goreng suruh bagi kucing tu. memang tengah kebulur, laju betul dia makan.

hmm. sambung balik. tadi aku pergi klinik murni. aku mc harini. kaki punya sakit tak bleh jalan sebab krem. kononnya penat sangat la ni rewang aritu. doktor beri kalsium je, aku pun malas nak merepek-repek minta ubat pebenda. da 3 kali hubby tolong spa-spa kan kaki aku. aku jalan macam robot. pagi tadi bangun dah 6.30, kaku tak boleh bergerak. last aku mc je la. aku dah 2 x masukni mc sejak posting bulan 6 haritu, yang first sebab high blood presure. aku tak kisahla kalau rekod aku tak berapa best pun sebab mc je. penyakit bukan boleh tahan kan. kecuali la kalau aku monteng, memang patut kena seligi.

harap esok aku boleh gi kerja. aku risau sebenarnya. duit paper belum kutip habis,nak bayar NST sebelum 15 hb. budak form six nak kena bagitau juga apa yang patut diberi penekanan lebih lagi 2 hari nak ujian sejarah islam. aku tak nak la mereka semua frust sebab susah sangat nak bawa subjek ni. Jadi permudahkan aje la, kecilkan skop, senang hati. macamtula stail belajar kat u. Macamtu le yang selalu Prof . Syukor buat setiap kali nak exam. jadi aku dan kekawan suma suka subjek dia dan tak tension. result pun suma ok. aku rasa pendekatan begitu sesuai untuk anak-anak ni. semoga esok masih sempat nak beritau 3 kelas ni sebab paper diaorang pada hari rabu.

balik pada cerita rewang tadi, malamnya, lepas saja selesai semua yang nak disediakan, aku bersiap nak balik.dah lepas basuh dulang mangkuk (tak pakai pinggan, nasi ambeng pakai dulang tau), kami semua adik beradik ipar duai melepek kejap kat ruang tamu lunjurkan kaki. Zakira anak bang Man asyik mintak aku buat cok-cok pin sampai tak terlayan. aku panggil dia Auntie ZaZa, marah betul dia. Aku usik dia nama Mama Nomie lagi dia marah. zakira ni keletah budaknya, comel, seronok melayan.. ada bakat jadi mak andam macam mak dia sebab lepas mandi petang tadi aku nampak dia kat bilik mak tengah solekkan haziq macam pengantin. siap bergincu. umur baru tadika kut. em. entahla. darjah satu kut.

Pika anak ina dah mula manja dengan aku. tengah malam buta tunjuk luar nak tengok ayam. pantang ada yang dukung tangan dia mesti tunjuk luar nak tengok ayam. suka betul dengan ayam ntah kenapa. seronok juga la malam tu sembang-sembang adik beradik. macam raya pulak. tapi respek betul dengan mak bapak, tak mengeluh sakit badan pun. kita orang suma dah rasa macam nak berjalan dengan tangan je. lepas tu aku ngan hubby balik umah sendiri. pukul 12 juga la sampai rumah. aku lepak betul. hubby pun sama. esok pagi aku dah rasa kaki macam nak problem. tapi dah buat spa-spa guna minyak gamat rasa macam ok. tak tau la pulak pagi tadi rasa letih takde dah cuma kaki je sakit banget. tu yang cuti. aku bukan ape, karang pegi kerja gak terjelepok kat tangga sapa nak angkat. aku ni comel, gebu dan montel... mesti kena panggil kren. maunya tidak, bilik lepak kat atas bukit tingkat dua, kelas kat bawah bukit tingkat 2 pulak... ulang-alik ikut jadual harini mau putus betis aku. jadi untuk pengetua kalau terbaca blog ini, jangalah marah puan, saya betul-betul x leh berjalan... tak tipu.

malam ni kena tido awal sikit sebab nak kumpul semangat esok mengajo. kena cepat-cepat pergi jumpa kak wahidanak minta jadual ujian. ntah le. rajin betul sekolah aku buat ujian. belajar sikit ujian. result bulan lepas tak keluar lagi dah ujian lagi. ni kalau tak pandai juga bebudak ni saja je. he he.

2 comments:

RiTs berkata...

comel, comelsnyer gambar ko..mcm 10 tahun dulu ye?.. he..he.. saje.
Bab2 rewang ni dah 3-4minggu lepas aku dok sibuk balik kg..kejap umah mak aku, kejap umah mentua..almaklumlah dah nak posa dok kg selalu wat kenduri, tahlil..etc. ni sabtu ni pun nak g rewang org kawin mak mertua merangkap sedara asben, pastu malam ahad anak sedara asben nak bertunang jd makcik2nyer ni lah yg sibuk kat dapur he he.. time2 macam ni la yer..nak jumpa sedara mara... okey..take care u la fren.

Comels berkata...

uih. banyaknya sedara kau. dulu masa sekolah aku ingat ko takde sedara sebab kurus sangat.kitaorang jer yang sudi kawan ngan abang dozo. oi. bila lagi nak buat blog. aku rasa kalau rajin n ada masa nak carikan kau gambo kueh raya yang menarik sikit. baru best gambo kueh ko. tak janji la tapi insyaallah kalau sempat nanti ye. kalau tak sempat tahun depan la. ha ha.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com