Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 24 Ogos 2007

patut,sepatutnya,patut-patutlah...

mungkin ada yang terfikir mengapa gaya bahasa aku tidak mencerminkan keintelektualan atau sekurang-kurangnya cara aku berfikir. terpulanglah, anda berhak untuk membuat tanggapan apa juga kerana sememangnya sebaik saja aku menyertai dunia blogger ini aku bersedia dan memahami, ini ruang maya, di mana kebebasan hakiki(masih wujud kah di Malaysia? ) untuk bersuara terbuka luas.

aku boleh memilih untuk menulis dengan laras yang bersahaja, santai ataupun serius, tapi semuanya bergantung kepada topik yang hendak aku utarakan. untuk kali ini, aku sedang memikirkan beberapa perkara berkaitan isu semasa yang terjadi melibatkan negaraku yang tercinta ini.

tertarik untuk mengulas kes `ketidak patutan` seorang rakyat Malaysia yang begitu berani menyentuh isu sensitif (menerusi lagu Negara-ku versi gilanya)-anak cina `muo`(sebutan ini istimewa oleh orang Johor merujuk daerah Muar)ini seolah tidak pernah bersekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. ada beberapa perkara yang mungkin benar dari sudut pandangannya, tapi hatiku tetap terluka bila pelajar ini menyentuh serta mempersendakan tentang agamaku, kaedah kami beribadat dan bagaimana kewajipan kami dilaksanakan. dalam masa yang sama, aku tidak pernah mengajar anak-anak didikku mencerca anutan orang lain, dan sekali-kali tidak membenarkan mereka berbuat begitu tidak kiralah mereka muslim, kristian, buddha atau hindu.. yang sering diingatkan ialah kita patut menghormati orang lain.

mengChee, anda seolah tidak pernah bersekolah. atau anda bersekolah tetapi anda tidak dapat ilmu yang bermanfaat. mengapa harus salahkan orang lain jika anda yang tidak terkejarkan arus. kenapa salahkan lantai tak rata walhal anda yang tak pandai menari? aku ingin menyatakan prinsipku, kebodohan atau kelemahan menerima pelajaran adalah suatu perkara yang dapat aku terima. tetapi sikap kurang ajar dan biadap adalah satu perlakuan yang mencerminkan peribadi. sukakah anda kalau orang mengatakan anda ini tidak ada adab, tidak berbudi bahasa dan istilah yang paling mudah, kurang ajar?. ya . itulah yang patut anda terima. anda kurang ajar. tapi tidak diketahui di mana yang kurangnya. gurukah yang terkurang mengajar? ibu bapakah? persekitarankah? dan kerajaankah?

maka fikirkanlah. Tahniah MengChee. sekalipun anda kurang ajar, banyak perkara yang patut kita bongkar bersama.Tindakan anda berjaya membawa ribut yang menelanjangkan apa yang sengaja ditutup. baik untuk anda, kerajaan atau sesiapa juga, kembalilah kepada titik persoalan, MENGAPA INI SEMUA BERLAKU.

LAKUKANLAH APA YANG PATUT. ITULAH YANG SEPATUTNYA. TAPI PATUT-PATUTLAH!

1 comments:

akirimaru berkata...

mmg kuang ajar!xda jati diri lgsg.silap ar..kalo malaysia di jajah oleh rakyatnya sendiri.ridicolous!dear meng..meng..meng wat ar?arrgghh forgot his name.wateva!but here i`m dedicate to u.. dat u deserve it to accept any hard punishment.wat u give,u get back bebeyh...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com