dasyatnya tajuk entri kali ni. sebenarnya ni tajuk komsas prosa klasik tingkatan 5 . tadi baru mengajar budak kelas aku, 5P2. his. ntah sebab hujan sejuk ke, atau cerita aku bagus sangat ke atau gaya aku bercerita tu mempesonakan ke aku tak tau lah. tapi semua melopong senyap sunyi masa aku terangkan kisah ni sambil menconteng papan hijau dengan lakaran orang kena sula, ikan todak, betis dan sebagainya.
gelihati juga aku tengok budak-budak ni. aku tanya chee Yong, faham tak cerita ni? dia kata faham, siap boleh buat kesimpulan lagi. Ng Zer Ying pun sama, Lazarus juga. kalau pelajar melayu aku tak hairan, mesti faham. Sharfanie bagitahu `cikgu, cerita ni kan ada dalam filem P. Ramlee..`ooooo
ruginya tak bawa kemera. kalau tidak aku boleh postkan gambar budak-budak ni tekun mendengar. dan kirimkan sekali gambar papan hijau yang aku conteng tadi. ha ha.
kisahnya ialah berkenaan punca kejatuhan kerajaan melayu singapuraakibat dari kezaliman penguasa. sejarah tidak berbohong. sampai sekarang ni bukti sentiasa terbentang.
dalam cerita itu mengisahkan sultan yang cemburu dengan kebolehan Tun Jana Khatib membelah pokok pinang dengan kuasa mata saja. jadi permaisuri yang nampak peristiwa itu kagum lah sangat. sultan tak puas hati, tanpa usul periksa jatuhkan hukuman mati kepada TJK. Allah turunkan bala dengan singapura dilanggar todak.sebab apa? sebab sultan yang zalim, tak menyiasat dan membuat pertimbangan yang wajar sebelum jatuh hukum.
ikan todak
balanya ialah selepas itu beribu-ribu rakyat terkorban sebab raja yang `cerdik` sangat ni perintahkan rakyat berkubu betis. abis le luka-luka dan mati kena panah todak.
datang seorang budak kecil yang cerdik bagitahu sultan, `apahal le tuanku habis rakyat mati berkubu betis. kan ke elok kalau guna batang pisang. `sultan terfikir betul juga kata budak ni. maka digunakanlah batang pisang. dapatlah dihalang todak tadi. selamatlah singapura.
masalah baru timbul. ada yang tak puas hati dengan kepandaian budak ni. mereka ialah pembesar istana. dihasutnya sultan supaya bunuh budak ni takut besar esok rampas tahta raja pulak. sultan yang tak cerdik ni pun ikuuuut aje cakap orang kiri kanan dia.dibunuhlah budak ni pulak.
bebudak kelas aku dah mengeluh.geram dengan jahatnya orang kiri-kanan pemimpin. geram dengan bodohnya raja. kesian dengan budak pandai tapi terpaksa mati sia-sia. wah. aku rasa seronok sekali hari ni. selama 3 bulan aku mengajar, hari ni aku rasa objektif tersirat aku berjaya. sangat berjaya. membangkitkan semangat bencikan kezaliman. semangat cinta kebijaksanaan. semangat benci kebodohan. Alhamdulillah.kiranya pengajaran hari ini memberi kebaikan hari esok untuk anak-anak ini, aku tumpang bangga.
bila sultan mati diganti oleh anaknya. anaknya ramai gundik. salah sorangnya yang sangat cantik anak Sang Rajuna Tapa, pembantu sultan. kerana cantiknya gundik ni, yang lain pun rasa dengki. difitnahlah perempuan i ni curang. raja pun termakan hasutan lalu hukum sula perempuan ini di pasar. SRT malu anaknya kena sula , berdendam dan belot lalu buka pintu kota untuk mudah kerajaan majapahit menyerang. tamatlah sebuah kesultanan dan kedaulatan negara. itulah akibatnya kezaliman berantai. akibatnya semua menderita. moralnya? jangan berlaku zalim kerana balasan tetap ada. jangan memfitnah, jangan dengki, jangan jadi bodoh!
semua perkara negatif yang menjatuhkan maruah manusia patut dielakkan.
walaupun nota yang aku dapat bagi hari ini cuma berkaitan tema, aku puas hati sebab aku rasa budak dapat `sesuatu` hari ni. kepuasan menjadi guru.itu yang aku rasa sepanjang hari.terimakasih Allah, menciptakan aku ada keupayaan berkata hari ini untuk memberi nasihat kepada anak-anak itu..
0 comments:
Catat Ulasan