5.56 petang. khamis. cuti thaipusam.
entri ini pemberitahuan untuk semua penjenguk blog ku. sehari dua ini atau setahun dua atau mungkin selamanya, aku tak guna pakai lagi fb lama. resah dan meresahkan. serba salah. oleh kerana aku bukan ahli politik yang tebal muka dan tebal telinga untuk menghadapi serta mendengar sesuatu yang kurang enak,yang penyebabnya mungkin aku atau orang lain.yang mungkin segalanya terbit dari salah faham. atau aku terlanjur kata. atau aku tersilap tempat.
sesiapa yang masih sudi bertandang, terima kasih. aku masih yang dulu. fb baru juga guna nama dulu.tapi aku buka fb baru untuk lembaran baru.tapi aku rasa aku lebih banyak berlabun di sini. di daerah aku sendiri yang tak siapa boleh mengganggunya. andai tulisan aku mengusik ketenangan, maafkanlah. andai memberi manfaat, gunakanlah.
semoga usia di panjangkan dalam kemanfaatan. untuk sahabat yang kalau terasa dengan tajamnya kata-kata, aku tak bermaksud. cuba hayati semula apa kataku. memang kenyataan agak pahit tapi semua ku lakukan demi cinta. agar kita sama-sama menjadi tetangga di syurga, InsyaAllah.
*****************************
aku ingin menjadi yang terbaik buatmu
bukan dengan untaian kata-kata yang INGIN kau dengar
tetapi
dengan kata-kata yang PATUT kau dengar
dunia ini bukan semakin baik
semuanya semakin jadi terbalik
indah membalut dosa
payah membalut pahala
aku perlu engkau
untuk menjadi pendamping mengharungi kepayahan itu
kau perlu aku
untuk menelanjangkan silau yang indah itu
barulah itu
yang dinamai kawan.
tapi kalau kau tak sudi menerima
aku pasrah.
engkau masih tetap teman terbaikku
yang aku pernah ada
sepanjang kembara di alam fana.
Jumaat, 21 Januari 2011
ei,susahnya...
Posted by Comels at 1:16 PTG 1 comments
Labels: persahabatan
Sabtu, 15 Januari 2011
AKU BUDAK LUBUK SIPAT (siri 2)
6.06 petang. entri kedua aku hari ini.wow.
kali ni aku nak sambung tentang pergi mengaji pulak.
aku mengaji di rumah cik Amat Jarah. bapa kepada cik Adon dan Ijik.hidup ni betul-betul macam roda. 20 tahun dulu aku dan geng mengaji di rumah cik Amat. sekarang, cucu-cucu cik Amat pulak mengaji di rumah aku kat kampung. kak long ajar mereka. baru semalam aku tumpangkan Leha, anak kak aloh (cucu cik Amat). comel si Leha ni. ada ke tengah hujan lebat dia boleh terpacak tepi jalan kat mesjid dengan baju sekolah dia tu. dari jauh aku tanya kak ct, `anak sapaaa la tu, berhujan...kena culik pulak nanti`..bila dekat aku suruh ika pandang mukanya kut-kut kenal.lepas tu ika menjerit `laaa, lehaaa`..
leha tu siapa? aku bukan kenal. rupanya adik julak,cucu cik amat.
jadi aku tumpangkan le dia sebab sekali jalan je. dalam kereta riuh lah kami cerita yang aku ni dulu ngaji dengan atuk dia. entah faham ke tidak budak leha tu..aku tak nampak sebab aku kena fokus kat depan, hujan punya lebat sampai tak nampak jalan.aku hantar leha sampai depan rumah dia. suma tutup pintu.tidur agaknya. motor si julak pun terpacak kat depan rumah.kak ct suruh aku bunyikan hon. tak mau lah. nanti orang kampung kata aku berlagak pulak. mentang-mentang bawak kereta cap singa...ngeee..
proses jerit-jerit tak berakhir di situ. sampai rumah imah, kena jerit sekali lagi..``oiii mahhhh...ngajiiii...` kadang aku tukang jerit. kadang engkau. tapi kan jen, boring betul tunggu imah ni kan. terhegeh-hegeh. masa kita datang masa tu la baru nak makan la, baru nak pakai baju laa..nanti kita ngumpat dia. lepas tu kita macam orang tak reti bahasa jerit lagi nama dia banyak kali sampai dia turun. mesti kak yang dan along miah serta along tumbah rimas dengar kita memekak. haha. tu semua salah imah. sapa suruh terhegeh-hegeh.
sampai rumah cik amat, kita ambil air sembahyang kat tepi parit. masa dulu parit depan rumah dia suci, tak de orang bela ayam (er, bapa kau bela ayam juga ye...sekarang..hehe..)..jernih je airnya. aku suka rasanya. ada masam-masam kelat. dah tu kita naik, cik adon buka pintu. bagi salam bukan main beralun lagi..`asalamualaikuuuuuummmm`...
kekadang mereka sekeluarga tengah makan nasi lauk ikan singgang(rebus). aku tau la sebab bau ikan tu macam di rebus.lepastu baru kita ngaji. yang kecik dulu, yang besar kemudian. pun pakai pelita.
ingat tak masa cerita drama `sri mersing` tengah top dulu?tv pun hitam putih je. tapi penangannya boleh buat cik amat berhenti kejap ngajar ngaji.dia kata,` kita tengok cerita dulu lah ye`..hahaha.lepas habis drama sambung balik. kelakar betul lah. cerita omputih masa tu yang paling top ialah siri fiksyen sains `V`. ala, yang cerita sekumpulan saintis/angkasawan kat pesawat tu. ada scene `orang `V``makan tikus.alah, cerita macamtu kalau main sekarang ni kena gelak dek kucing aje. tak best langsung.tapi dulu, sampai teringat-ingat.drama melayu pulak cerita `wajah sutinah`. kalau hari raya nanti acik perempuan tu bagi kita makan kuih raya. tradisional kau, kuih bangkit bentuk bulan, kuih goyang dan beberapa lagi. sambil layan tv hitam putih kita ngap kuih.sedap tak sedap tinggal piring aje.hehe. cik adon paling veto. duduk kat kerusi malas depan tv. tu la tempat dia.
ingat tak masa tu kak roha curi-curi dating dengan asan. kita ni sibuk aje nak tengok kan. tapi malam gelap tak nampak. lama-lama kita give-up. kak ita je yang matang. tak kuasa nak menyibuk macam kita. hehe.
masalah bila balik ialah aku dan adik beradik aku terpaksa merentasi rumah Ah Hong yang suka bela anjing. kau pun lalu juga tapi advantagenya kau terus ke benteng.jadi setiap kali nak balik je, aku sudah baca `ayat penghalau anjing` yang kak imah ajar. dia kata kalau baca ayat tu anjing akan jadi bisu dan tak kacau kita. ye aje. tapi yakin tak yakin le. baca je lah. ayatnya berbunyi `summumbukmun umyumfahum laa yar ji`un`...(rupanya bila dah besar aku tau ayat ni dari surah yasin.cuba cek tengok.)
tapi aku sangat hairan. bila sampai rumah Ah Hong anjing tu macam dah tau bau kita. saje je nak menyakat. disalaknya kita kuat-kuat. kau ingat tak kecohnya. kalau jalan kaki bertempiaranlah. kalau naik basikal, kak roha kayuh laju-laju. aku yang membonceng ni siap angkat kaki tinggi-tinggi sampai pinggang kak roha.kak roha pulak angkat kaki tinggi-tinggi kalau boleh sampai handle basikal tanpa peduli kayuhan lagi. apa taknya. anjing tu follow sampai kat kaki. macam nak gigit kau...terpekik terlolong sambil baca ayat tadi. nak tergelak pun ada. seram pun ada.
bila dah besar ni aku terfikir, memang la ayat tu tak berkesan sebab aku dan kak roha merepek aje. baca salah, lintang pukang. makna dan sebutan dah tentu tak betul. tergelak aje anjing tu agaknya. dah kelam kabut macam tu nanti Ah Hong akan panggil anjing dia masuk rumah.
huh, seram betul lah. takut kat anjing mengalahkan takut hantu.
sekarang ni, anak cik adon dan anak imah si Faiz tu pun ngaji kat rumah aku pulak. tapi apa nak takut. anjing bertambat. datang pulak naik motor. huh, tak mencabar langsung.
Pergi Sekolah
susah nak saing-saing. kadang aku jalan kaki aje. kadang naik basikal gerabak bapak aku. tapi bila aku bawa basikal gerabak, aku akan letak dekat kebun kelapa sawit arwah Darjat. tau pulak malu. ye la jen, aku miskin.segan juga nak bawa basikal macam tu. orang lain pun naik beskal juga tapi tak la buruk benar.
pesanan untuk aku sendiri:
ya Tuhan, luaskan rezekiku,
lapangkan masaku ya Tuhan,
kerana aku ingin sekali untuk kerap pulang ke tanah bondaku
agar aku merasa damai
walau sekejap
pulang ke kampung
ertinya
kembali kepada fitrah....
(untuk anda semua yang rasa tak tenang di kota, cuba ingat kali terakhir pulang ke kampung, bila?)
bonda memanggilmu...
Posted by Comels at 10:11 PTG 4 comments
Labels: benut, kg lubuk sipat
AKU BUDAK LUBUK SIPAT (siri 1)
7.55 pagi, selasa.(cuti Hol sultan Johor)
tiba-tiba pagi begini aku rasa bernostalgik sekali.ingat kenangan masa kecil di kampung kecintaanku, Lubuk Sipat, Benut. heran betul. nama ni tak glamour lah. malu nak sebut juga. tapi memandangkan manusia yang ada kelas tidak akan lupa asal usulnya, aku mengaku yang LS tu kampung aku. hehe.
............................
jambatan kampung yang jadi saksi kehidupan kami
Posted by Comels at 11:20 PG 6 comments
Labels: kampung, lubuk sipat
Selasa, 4 Januari 2011
Hati Yang Berbulu
selasa:4/1/11. 5.45 petang
aku cikgu bahasa melayu.untuk pelajar menengah yang WAJIB lulus BM kalau nak sijil SPM.
aku cuma nak anak murid aku berjaya menjadi manusia, dari segi perangai, sahsiah dan kerjaya.
yang penting jadi bahagia di akhirat sana. tak lebih, tak kurang.
tapi bila `yang biasa` mula berkata-kata, `yang berjawatan luar biasa` perlu peka.itu tandanya akar tunjang sudah tak tahan menampung batang, ranting,dahan dan daun-daun yang terlalu banyak. kenapa dalam kebanyakan jabatan , dahan, ranting, batang, buah dan daun ini cuma tahu ada saja semua keperluan. yang tahu kenyang tapi makanan orang yang cari. yang tahu nama tapi bukan datang dari usaha sendiri.kalau dalam sistem pokok...hanya akar yang bertungkus lumus cari sana sini untuk support mereka semua supaya gemuk dan sihat..
kenapa tulis dalam blog?
habis, aku nak tulis di mana? surat khabar? itu biar Yin Wong Khoo Lai uruskan. kepakaran menyusun kata untuk mendapat perhatian di dada akhbar milik dia. tolong ye tan, panjangkan perkara ni pada Yin supaya dia tulis di akhbar, agar ada orang tuli dan bisu dan buta yang masih boleh dirawat perasaan dan pemikirannya. fikirkan kebajikan manusia guru ni, supaya lebih tumpu kepada kor-bisnes utama, mengajar dan pembelajaran dalam kelas. supaya boleh beri sebanyak mungkin ilmu pada budak-budak ni. tak payah sibuk perkara padang bagai sampai hujung tahun, mengarutttt!!!!
kenapa aku kata mengarut..
kerana pengalaman aku dan kamu semua guru biasa ini membuktikannya.
kenapa mak bapak hantar anak-anak ke sekolah?
pastinya untuk dapatkan ilmu pengetahuan, akademik dan kemahiran untuk bekalan hidup selanjutnya. betul?
aku sangat pasti.
dan sistem yang ada selama ini sudah cukup bagi aku untuk tujuan itu.maksudnya, sistem kesibukan sukan permainan untuk SEMUA pelajar dipenuhkan waktu bulan Januari dan Februari. Daripada Mac hingga Oktober penuhkan dengan pembelajaran akademik. sukan diteruskan juga TETAPI berFOKUS kepada pelajar yang dah dapat dikesan BAKATNYA awal dalam Januari dan Februari tadi. inilah munculnya Kontinjen sekolah untuk olahraga,bola sepak, bola jaring dan apa saja sukan dan permainan.
yang terlibat sebahagian kecil pelajar yang MEMANG MINAT dan BERBAKAT. guru yang terlibat juga lebih berfokus iaitu guru yang bertauliah sebagai guru PJ dan Sukan. yang memang pengkhususannya diambil untuk tujuan ini. kadangkala ada juga guru yang major fizik, kimia atau perakaunan juga terlibat. tak kisahlah kalau mereka itu minat, tapi satu beban juga kalau mereka terpaksa. tapi, sekurang-kurangnya tidak melibatkan seluruh organisasi guru dan pelajar.
maka yang lainnya memerah tenaga untuk memajukan pengajaran dan pelajaran murid dalam kelas. yang tak berbakat dalam bidang sukan, asah bakat dalam belajar. tak kisahlah boleh atau tidak. belakang parang kalau diasah pun tajam, ini pulak otak manusia. dan yang paling penting, ADA BANYAK MASA MELAKUKANNYA.
aku cukup terganggu dengan saranan KPM yang memaksakan ideologi siapa entah dalam tu supaya idea sukan dan permainan diteruskan sehingga hujung tahun untuk SEMUA MURID dan bermakna SEMUA GURU...
hello,
tak ada seorang pun kah di dalam KPM sana yang pernah menjadi guru?dan mana pergi kajian beban tugas guru oleh TPM? apa hasilnya?bukankah ini bermaksud beban yang ada tak terpikul, batu bata pulak digalas lagi..
(ei..rasa nak mencarut aje, ...sabar...)
betul, sebagai penjawat awam tak boleh merungut kerana dasar `kami yang menurut perintah`.tapi aku rasa kalau berdiam diri aku rasa dibodohkan secara intelek. aku ada otak, aku ada rasa, aku ada pemikiran, aku ada blog. makanya aku BERSUARA.
walaupun siapa nak dengar suara guru marhaen seperti aku.aku tak kisah. dalam 6000 lebih kali orang klik blog aku ni, tak kan lah 10-20 orang tak berupaya berfikir dan menganalisis apa aku cakap.
tetiba aku dengar satu suara misteri...
....
ei janah, kau menghina pembaca blog engkau tau....
bukankah pembaca engkau semua manusia yang suka berfikir?kalau mereka tak suka berfikir, mereka tak baca blog engkau. faham...
er,,,
maafkan aku pembaca blog yang setia. kamu semua memang pemikir. bersetuju atau tidak hak kamu, menulis itu hak aku. jadi, aku nak paksa kamu semua fikir lagi.
dasar `1 pelajar 1 sukan` ini memberi impak yang besar kepada guru, sekolah , pelajar dan ibu bapa.bukan tak ada positifnya, sangat tak adil kalau aku kata begitu. yang positifnya ialah pelajar akan ada 1 sukan yang dia terlibat.
masaalahnya, selama ni memang ada pun benda tu. apa yang barunya.(yang barunya ialah pelaksanaannya sepanjang tahun!!!)
baik, aku beri contoh dari sudut korang sebagai ibu bapa.
pernah tak anda semua marahkan anak dengan ungkapan `kau ni Mat, asyik sukan, sukan, sukan..ingat -ingat sikit, periksa dah dekat ni.`..ha, macam tu lah lebih kurang dialog korang. mesti pernah kan...
bila dasar sukan sampai akhir tahun ni, secara kasarnya, anak-anak korang terpaksa terlibat dengan sukan ini sepanjang tahun. maksudnya tak habis-habis, pagi dia ke sekolah, tengahari kalau rabu akan sambung ko-ko (uniform/kelab) dan petangnya sukan. kalau selama ni bila mereka tergolong kurang kemahiran untuk sukan, mereka tidak terlibat sangat selepas bulan februari dan beri tumpuan penuh kepada pelajaran. tapi nanti, dah dekat periksa, selepas periksa, percubaan PMR atau SPM atau STPM antara waktu tu masih juga sibuk di padang. bila dah penat, malam tentu cepat tidur. tak mananya belajar.memanglah betul badan cergas otak cerdas. tapi selama ni kan ada PJ. cukuplah tu... lepastu belajar ajelah.
kalau korang semua kata aku merungut banyak sangat tentang perkara ini, aku rasa korang belum faham tugas guru sekarang. tugas cikgu bukan sekadar macam cerita P. Ramlee tu, tulis sikit, suruh budak baca ulang-ulang sambil dia tidur.tugas cikgu bukan sekadar datang, ajar,bagi kerja, tanda buku..habis dan balik rumah. kalau macam tu hari-hari aku rasa gemuk-gemuk cikgu malaysia ni.itu hanya 1/20 kerja cikgu.
lazimnya, seorang guru mempunyai 7-8 tanggungjawab berbeza selain mengajar. dialah ibu ayah ketika di sekolah, jaga, tukang kebun, kerani, kaunselor, guru disiplin, guru sukan, polis,pegawai pencegah maksiat,dan lain -lain.aku agak melebih-lebih?tidak.
kami akan jaga anak korang dengan kasih sayang dari 7.00 pagi hingga 2.00 petang. (dalam kes sukan nanti, mungkin sampai 6.30 petang.wow....hebat.)
kami akan awasi sapa-sapa budak yang nak memonteng, kejar dan nasihat walau kadang kami kena maki semula.kalau kes sekolah aku lagi hebat sebab shopping compleks sebelah aje dengan sekolah...hmm.itu kan kerja jaga?
kami akan gotong royong pada hari tertentu untuk indahkan sekolah. kadang cat meja kerusi demi untuk bagi anak-anak selesa. yang mengecewakan hati, kami cat, sesedap rasa budak-budak ni menconteng balik. eiii, rasa nak cubit tangan gatal tu. tak pernah aku dengar doktor atau jururawat cat katil pesakit atau pungut sampah kat hospital kan. er, bukankah cikgu sudah merampas tugas tukang kebun ketika ini?
kerja perkeranian?huh, memang menyakitkan hati kalau difikirkan. tulis data manual, key in data berkomputer, pungut duit, simpan duit, merayu untuk dapatkan duit, pungut denda, buat report...sampai ke hujung tahun tak selesai. kadang pelajar bagi alamat palsu, satu kerja nak semak balik. paling menjengkelkan bila hantar surat ponteng dah macam kerani pilihanraya pulak nak tengok rekod budak ponteng.aku kalau buat kerja ni hubby tak boleh kacau, rasa nak meradang aje...betul-betul jengkel rasanya.
kadang ada mak ayah yang tak terima anak buat jahat atau ponteng, yang syahdu tu kesian la aku, merambu-rambu air mata. yang tak boleh terima tu, siap kami ni kena maki lagi.``ei, anak saya baik tau cikgu. saya tak pernah jentik dia. cikgu sapa nak pukul anak saya?
abis, cikgu ni hantar surat ponteng suka-suka hati la ye, buat kerja sampai 12 tengah malam...semak rekod 10, 20, 40, 60 hari ponteng...untuk 40 orang budak tu? please la, kami ni pun ada keluarga nak di layan. kalau boleh tak mau hantar surat kat tuan, puan. tapi kalau tak hantar, nanti jadi apa-apa, cikguuu juga kena marah..em. semua salah.aku pernah kena tengking dengan parents depan public. aku terpinga-pinga. apa salah aku? rupanya salah dia sebab tak bayar yuran asrama anak dia.jadi aku tak boleh keluarkan result PMR anak dia. apahal nak tengking-tengking aku. nasib baik lah aku diajar untuk jadi manusia bertamadun (eceh..). jadi aku cool saja. tapi aku hadiahkan jelingan maut kat anak dia. sampai sekarang budak tu malu alah dengan aku. malu sebab bapak dia terjerit-jerit marahkan cikgu yang cool dan jelita ini depan public. huh, rasakan.
er, ni kerja kerani tau patutnya hantar-hantar dan tulis-tulis surat ni...
penat aku nak menaip tugas selain mengajar. lain tahun aku cerita. ni, aku cerita sikit tentang MENGAJAR. anak anda semua dikumpulkan dalam satu kelas. jumlahnya 40 orang. ada kalangan ibu bapa yang bersyukur lega bila sekolah dibuka, tak payah mengadap kerenah anak yang 4-5 orang. tapi mereka harus sedar, 4-5 orang anak mereka itu bergabung dengan 36 orang lagi anak orang lain. kerenah yang pelbagai yang perlu disabarkan. `eleh, dah kerja engkau cikgu, tahan je lah. tak suka, berhenti`..
ei, sedapnya cakap...kita yang ada 4-5 orang anak kat rumah ni pun kadang-kadang terjerit-jerit dan balun anak kita tu sampai puas bila dia nakal. apa rasanya kalau korang kena sound,`eh, dah anak kau, tahan ajelah. kalau tak tahan berenti jadi mak abah..`
apa rasanya?
itulah rasa yang sama.
sambil melayan karenah 160 pelajar berlainan sehari (40 orang x4 kelas), kena sampaikan jugak ilmu tu dengan sungguh-sungguh.macam bm SPM, ada karangan (tak kurang 350 perkataan), tatabahasa, ringkasan, novel, cerpen,pantun, syair, sajak, gurindam, seloka,drama dan cerpen. 1 subjek pelbagai pecahan. kalau mengajar seni, sakit kepala pulak nak tunggu budak buat folio dan projek akhir. bila budak tak hantar (walaupun segala macam teknik cikgu dah guna.)...pelajar akan gagal.bila gagal jabatan akan salahkan cikgu. dan yang azabnya bila kata pemutusnya ialah `jangan salahkan budak, cikgu yang salah!.........`oh, zalimnya dunia ku rasa.
sebab dah maghrib, aku nak tamatkan entri ni di sini. aku cuma tak setuju dengan dasar baru ini. titik.
kalau betul KPM nak sesuatu yang baik dari segi pencapaian pelajar, mereka mesti MENDENGAR keluhan guru biasa, bukan memaksa.
terima kasih kerana membaca sampai habis.
RITa:wah, emo lagi jana
JIJAH:ha ah la. nasib baik kita bukan cikgu.
Jana:woi, ngumpat ye?
Posted by Comels at 7:20 PTG 6 comments
Labels: beban tugas guru