Selasa, 4 Januari 2011

Hati Yang Berbulu

selasa:4/1/11.    5.45 petang

aku cuma cikgu biasa.
aku cikgu bahasa melayu.untuk pelajar menengah yang WAJIB lulus BM kalau nak sijil SPM.
aku cuma nak anak murid aku berjaya menjadi manusia, dari segi perangai, sahsiah dan kerjaya.
yang penting jadi bahagia di akhirat sana. tak lebih, tak kurang.

tapi bila `yang biasa` mula berkata-kata, `yang berjawatan luar biasa` perlu peka.itu tandanya akar tunjang sudah tak tahan menampung batang, ranting,dahan dan daun-daun yang terlalu banyak. kenapa dalam kebanyakan jabatan , dahan, ranting, batang, buah dan daun ini cuma tahu ada saja semua keperluan. yang tahu kenyang tapi makanan orang yang cari. yang tahu nama tapi bukan datang dari usaha sendiri.kalau dalam sistem pokok...hanya akar yang bertungkus lumus cari sana sini untuk support mereka semua supaya gemuk dan sihat..

kenapa tulis dalam blog?
habis, aku nak tulis di mana? surat khabar? itu biar Yin Wong Khoo Lai uruskan. kepakaran menyusun kata untuk mendapat perhatian di dada akhbar milik dia. tolong ye tan, panjangkan perkara ni pada Yin supaya dia tulis di akhbar, agar ada orang tuli dan bisu dan buta yang masih boleh dirawat perasaan dan pemikirannya. fikirkan kebajikan manusia guru ni, supaya lebih tumpu kepada kor-bisnes utama, mengajar dan pembelajaran dalam kelas. supaya boleh beri sebanyak mungkin ilmu pada budak-budak ni. tak payah sibuk perkara padang bagai sampai hujung tahun, mengarutttt!!!!

kenapa aku kata mengarut..
kerana pengalaman aku dan kamu semua guru biasa ini membuktikannya.
kenapa mak bapak hantar anak-anak ke sekolah?  
pastinya untuk dapatkan ilmu pengetahuan, akademik  dan kemahiran untuk bekalan hidup selanjutnya. betul?
aku sangat pasti.
dan sistem yang ada selama ini sudah cukup bagi aku untuk tujuan itu.maksudnya, sistem kesibukan sukan permainan untuk SEMUA pelajar dipenuhkan waktu bulan Januari dan Februari. Daripada Mac hingga Oktober penuhkan dengan pembelajaran akademik. sukan diteruskan juga TETAPI berFOKUS kepada pelajar yang dah dapat dikesan BAKATNYA awal dalam Januari dan Februari tadi. inilah munculnya Kontinjen sekolah untuk olahraga,bola sepak, bola jaring dan apa saja sukan dan permainan.

yang terlibat sebahagian kecil pelajar yang MEMANG MINAT dan BERBAKAT. guru yang terlibat juga lebih berfokus iaitu guru yang bertauliah sebagai guru PJ dan Sukan. yang memang pengkhususannya diambil untuk tujuan ini. kadangkala ada juga guru yang major fizik, kimia atau perakaunan juga terlibat. tak kisahlah kalau mereka itu minat, tapi satu beban juga kalau mereka terpaksa. tapi, sekurang-kurangnya tidak melibatkan seluruh organisasi guru dan pelajar.

maka yang lainnya memerah tenaga untuk memajukan pengajaran dan pelajaran murid dalam kelas. yang tak berbakat dalam bidang sukan, asah bakat dalam belajar. tak kisahlah boleh atau tidak. belakang parang kalau diasah pun tajam, ini pulak otak manusia. dan yang paling penting, ADA BANYAK MASA MELAKUKANNYA.

aku cukup terganggu dengan saranan KPM yang memaksakan ideologi siapa entah dalam tu supaya idea sukan dan permainan diteruskan sehingga hujung tahun untuk SEMUA MURID dan bermakna SEMUA GURU...

hello,
tak ada seorang pun kah di dalam KPM sana yang pernah menjadi guru?dan mana pergi kajian beban tugas guru oleh TPM? apa hasilnya?bukankah ini bermaksud beban yang ada tak terpikul, batu bata pulak digalas lagi..
(ei..rasa nak mencarut aje, ...sabar...)
betul, sebagai penjawat awam tak boleh merungut kerana dasar `kami yang menurut perintah`.tapi aku rasa kalau berdiam diri aku rasa dibodohkan secara intelek. aku ada otak, aku ada rasa, aku ada pemikiran, aku ada blog. makanya aku BERSUARA.
walaupun siapa nak dengar suara guru marhaen seperti aku.aku tak kisah. dalam 6000 lebih kali orang klik blog aku ni, tak kan lah 10-20 orang tak berupaya berfikir dan menganalisis apa aku cakap.


tetiba aku dengar satu suara misteri...
....
ei janah, kau menghina pembaca blog engkau tau....
bukankah pembaca engkau semua manusia yang suka berfikir?kalau mereka tak suka berfikir, mereka tak baca blog engkau. faham...


er,,,
maafkan aku pembaca blog yang setia. kamu semua memang pemikir. bersetuju atau tidak hak kamu, menulis itu hak aku. jadi, aku nak paksa kamu semua fikir lagi.

dasar `1 pelajar 1 sukan` ini memberi impak yang besar kepada guru, sekolah , pelajar dan ibu bapa.bukan tak ada positifnya, sangat tak adil kalau aku kata begitu. yang positifnya ialah pelajar akan ada 1 sukan yang dia terlibat.

masaalahnya, selama ni memang ada pun benda tu. apa yang barunya.(yang barunya ialah pelaksanaannya sepanjang tahun!!!)
baik, aku beri contoh dari sudut korang sebagai ibu bapa.
pernah tak anda semua marahkan anak dengan ungkapan `kau ni Mat, asyik sukan, sukan, sukan..ingat -ingat sikit, periksa dah dekat ni.`..ha, macam tu lah lebih kurang dialog korang. mesti pernah kan...

bila dasar sukan sampai akhir tahun ni, secara kasarnya, anak-anak korang terpaksa terlibat dengan sukan ini sepanjang tahun. maksudnya tak habis-habis, pagi dia ke sekolah, tengahari kalau rabu akan sambung ko-ko (uniform/kelab) dan petangnya sukan. kalau selama ni bila mereka tergolong kurang kemahiran untuk sukan, mereka tidak terlibat sangat selepas bulan februari dan beri tumpuan penuh kepada pelajaran. tapi nanti, dah dekat periksa, selepas periksa, percubaan PMR atau SPM atau STPM antara waktu tu masih juga sibuk di padang. bila dah penat, malam tentu cepat tidur. tak mananya belajar.memanglah betul badan cergas otak cerdas. tapi selama ni kan ada PJ. cukuplah tu... lepastu belajar ajelah.


kalau korang semua kata aku merungut banyak sangat tentang perkara ini, aku rasa korang belum faham tugas guru sekarang. tugas cikgu bukan sekadar macam cerita P. Ramlee tu, tulis sikit, suruh budak baca ulang-ulang sambil dia tidur.tugas cikgu bukan sekadar datang, ajar,bagi kerja, tanda buku..habis dan balik rumah. kalau macam tu hari-hari aku rasa gemuk-gemuk cikgu malaysia ni.itu hanya 1/20 kerja cikgu.
lazimnya, seorang guru mempunyai 7-8 tanggungjawab berbeza selain mengajar. dialah ibu ayah ketika di sekolah, jaga, tukang kebun, kerani, kaunselor, guru disiplin, guru sukan, polis,pegawai pencegah maksiat,dan lain -lain.aku agak melebih-lebih?tidak.
kami akan jaga anak korang dengan kasih sayang dari 7.00 pagi hingga 2.00 petang. (dalam kes sukan nanti, mungkin sampai 6.30 petang.wow....hebat.)
kami akan awasi sapa-sapa budak yang nak memonteng, kejar dan nasihat walau kadang kami kena maki semula.kalau kes sekolah aku lagi hebat sebab shopping compleks sebelah aje dengan sekolah...hmm.itu kan kerja jaga?
kami akan gotong royong pada hari tertentu untuk indahkan sekolah. kadang cat meja kerusi demi untuk bagi anak-anak selesa. yang mengecewakan hati, kami cat, sesedap rasa budak-budak ni menconteng balik. eiii, rasa nak cubit tangan gatal tu. tak pernah aku dengar doktor atau jururawat cat katil pesakit atau pungut sampah kat hospital kan. er, bukankah cikgu sudah merampas tugas tukang kebun ketika ini?

kerja perkeranian?huh, memang menyakitkan hati kalau difikirkan. tulis data manual, key in data berkomputer, pungut duit, simpan duit, merayu untuk dapatkan duit, pungut denda, buat report...sampai ke hujung tahun tak selesai. kadang pelajar bagi alamat palsu, satu kerja nak semak balik. paling menjengkelkan bila hantar surat ponteng dah macam kerani pilihanraya pulak nak tengok rekod budak ponteng.aku kalau buat kerja ni hubby tak boleh kacau, rasa nak meradang aje...betul-betul jengkel rasanya.

kadang ada mak ayah yang tak terima anak buat jahat atau ponteng, yang syahdu tu kesian la aku, merambu-rambu air mata. yang tak boleh terima tu, siap kami ni kena maki lagi.``ei, anak saya baik tau cikgu. saya tak pernah jentik dia. cikgu sapa nak  pukul anak saya?
abis, cikgu ni hantar surat ponteng suka-suka hati la ye, buat kerja sampai 12 tengah malam...semak rekod 10, 20, 40, 60 hari ponteng...untuk 40 orang budak tu? please la, kami ni pun ada keluarga nak di layan. kalau boleh tak mau hantar surat kat tuan, puan. tapi kalau tak hantar, nanti jadi apa-apa, cikguuu juga kena marah..em. semua salah.aku pernah kena tengking dengan parents depan public. aku terpinga-pinga. apa salah aku? rupanya salah dia sebab tak bayar yuran asrama anak dia.jadi aku tak boleh keluarkan result PMR anak dia. apahal nak tengking-tengking aku. nasib baik lah aku diajar untuk jadi manusia bertamadun (eceh..). jadi aku cool saja. tapi aku hadiahkan jelingan maut kat anak dia. sampai sekarang budak tu malu alah dengan aku. malu sebab bapak dia terjerit-jerit marahkan cikgu yang cool dan jelita ini depan public. huh, rasakan.

er, ni kerja kerani tau patutnya hantar-hantar dan tulis-tulis surat ni...

penat aku nak menaip tugas selain mengajar. lain tahun aku cerita. ni, aku cerita sikit tentang MENGAJAR. anak anda semua dikumpulkan dalam satu kelas. jumlahnya 40 orang. ada kalangan ibu bapa yang bersyukur lega bila sekolah dibuka, tak payah mengadap kerenah anak yang 4-5 orang. tapi mereka harus sedar, 4-5 orang anak mereka itu bergabung dengan 36 orang lagi anak orang lain. kerenah yang pelbagai yang perlu disabarkan. `eleh, dah kerja engkau cikgu, tahan je lah. tak suka, berhenti`..

ei, sedapnya cakap...kita yang ada 4-5 orang anak kat rumah ni pun kadang-kadang terjerit-jerit dan balun anak kita tu sampai puas bila dia nakal. apa rasanya kalau korang kena sound,`eh, dah anak kau, tahan ajelah. kalau tak tahan berenti jadi mak abah..`
apa rasanya?

itulah rasa yang sama.
sambil melayan karenah 160 pelajar berlainan sehari (40 orang x4 kelas), kena sampaikan jugak ilmu tu dengan sungguh-sungguh.macam bm SPM, ada karangan (tak kurang 350 perkataan), tatabahasa, ringkasan, novel, cerpen,pantun, syair, sajak, gurindam, seloka,drama dan cerpen. 1 subjek pelbagai pecahan. kalau mengajar seni, sakit kepala pulak nak tunggu budak buat folio dan projek akhir. bila budak tak hantar (walaupun segala macam teknik cikgu dah guna.)...pelajar akan gagal.bila gagal jabatan akan salahkan cikgu. dan yang azabnya bila kata pemutusnya ialah `jangan salahkan budak, cikgu yang salah!.........`oh, zalimnya dunia ku rasa.

sebab dah maghrib, aku nak tamatkan entri ni di sini. aku cuma tak setuju dengan dasar baru ini. titik.
kalau betul KPM nak sesuatu yang baik dari segi pencapaian pelajar, mereka mesti MENDENGAR keluhan guru biasa, bukan memaksa.
terima kasih kerana membaca sampai habis.

RITa:wah, emo lagi jana
JIJAH:ha  ah la. nasib baik kita bukan cikgu.
Jana:woi, ngumpat ye?

6 comments:

hanafi berkata...

aku cuma mampu simpati..

Comels berkata...

terima kasih wak.simpatimu penyejuk jiwa.eceh....

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Sekadar simpati. Wong Khoo Lai tak berani tulis arahan/pekeliling dari KPM. Sekiranya apa yang kita tulis bersifat protes, ia boleh diambil tindakan tatatertib yang boleh mengancam periok nasi kita. Rezeki memang ada di mana-mana sekiranya kita tidak jadi cikgu tapi nak memulakan yang baru dalam usia yang hampir mencecah usia emas rasanya agak sukar. Secara peribadi pun saya rasa amat membebankan dan menambah beban guru...tapi terpaksa akur dengan "Saya yang menurut perintah". Sebenarnya Johor sahaja yang belum memulakan dan telah mendapat surat peringatan dari KPM. Begitulah seadanya.

siti azizah Sang Pencinta berkata...

jane.. sebenarnya bukan dijabatan kerajaan sahaja perkara ini berlaku disektor swasta juga perkara yg sama berlaku. Ambil pengurus dari kalangan yang bermaster or berdegree tapi cara kerja.. sama je macam aku yang cuma ada stpm ni sahaja. bila ditegur org atasan, ada plak ble jawab sy tak tau ko rasa mcm nak melempang tak? Satu lagi yg aku ble tak tahan bila bab nak melepaskan diri, ble plak gunakan org lain sbg balachi dia utk disentalkan semua kesalahan asalkan dia selamat dari dimaki oleh pengurusan huh... pada aku manusia begini cuma ble bekerja tp bukan sbg ibadah, sbb dlm benaknya yg memang benak tuh kerja utk duit.
p/s: aku plak yg emosi nihhh

Melihat Kesunyataan berkata...

Macam membaca sebuah cerpen pula. Kalau dibaiki dan ditambah dengan pelbagai metafora jadi sebuah cerpen yang menarik.

Comels berkata...

jijah:ha ah jah.kau emo.mari kita berenti kerja.
Tn Hj :terimakasih masih sudi mengulas. insyaAllah, saya perbaiki sedikit demi sedikit.sedang mengasah otak dan bahasa ni, tuan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com