waktu dah merangkak ke 1.20 pagi. mata aku semakin bulat pula.patut masa macam ni tahajud, ini terkejut...apa nak jadi dengan aku ni.
aku rasa tak boleh lelap memikirkan apa nak jadi dengan kerja kursus psv SPM budak-budak aku ni.
alangkah indahnya kalau budak-budak ni hanya berjumlah 30 orang satu sekolah. macam sekolah Ulu Lubai, yang dapat sekolah cemerlang negara tu.
korang mungkin tertanya-tanya beza sangatkah 30 orang satu sekolah dengan 3000 orang?hmmm..soalan yang agak menyakitkan hati tu.
memang sangat beza. cikgu Ulu Lubai boleh mengajar dengan hati tenang, ceria dan gembira sebab dalam kelas ada 4 orang saja. yang 4 orang tu pula sangat baik dan bersemangat tinggi nak belajar.
cikgu sekolah gred A macam aku ikut rezeki lah. kalau tak mahu sengsara, ajar aliran sains macam bio, kimia dan fizik. tak ada masalah disiplin.pandai. senang hati. titik.
susah mengajar Seni untuk sekolah yang ramai bukan sebab mereka bodoh. tapi sebab SIKAP.sangat melelahkan. kalau Ulu Lubai satu kelas 4 orang, sekolah aku satu kelas 40 orang. macam-macam perangai nak di layan, yang kurang kasih sayang keluarga akan buat macam-macam masalah untuk tarik perhatian. kalau kita peruntukkan masa seorang seminit, habis 40 minit nak menenangkan karenah sahaja.
seni perlu penghayatan dan minat serta kerja kuat untuk capai skor tinggi. aku hairan kenapa orang meremehkan seni sedangkan dengan seni itulah mereka tidak berbogel.dengan senilah lahirnya jurutera, doktor, pereka dan segala kreativiti.
sepatutnya seni dibuka untuk kelas sains. bukan menjadi pilihan WAJIB untuk orang yang tak punya apa perasaan pun untuk pelajarinya.apabila seni dilonggokkan kepada mereka yang ambil sekadar terpaksa, guru dan murid akan menderita.
ya, aku menderita. sebab aku letih dengan sikap. ada 10 item untuk dilunasi, 25 helai folio minimum untuk dilukis sekarang bulan 3, bulan 6 kena siap,artifak juga kena lengkap.seminggu waktu bersama lebih kurang 1jam setengah saja.tak cukup...
aku derita kerana kepenatan meraih perhatian untuk mereka bantu diri sendiri, sekurangnya dapat B atau C kalau tak mampu A.apa yang aku dapat? kemalasan, alasan, kurang ajar, ponteng.....oh, cemburunya aku dengan cikgu Ulu Lubai.mereka mendepani 4 orang, sedang dalam kes aku 80 orang!!!
dalam fantasi aku, kalaulah kelas aku hanya ada 4 orang, rajin pula, dari subuh sampai pukul 6 petang setiap hari pun aku sanggup mengharunginya .
ini aku rasa,yang aku ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. aku ke mereka yang nak ilmu?aku boleh kata `lantak kamu lah`... tapi itu bukan aku.bukan aku baik sangat tapi itu tanggungjawab.
aku takut membayangkan hari-hari seterusnya.
aku ada rasa.
aku ada limit.
aku bukan malaikat.
tapi aku sedar marah bukan penyelesai masalah.
oh, tapi aku bukan malaikat.
berubahlah. wahai jiwa-jiwa hamba, agar aku dapat memberi sepenuh hati.
agar kamu berkat dalam mencari ilmu.
aku sedar, ada sesuatu yang Tuhan mahu beri pada aku.
sebab itu takdirnya aku di Starp, bukan Ulu Lubai...
Tuhan.
bantulah aku.
aku bukan malaikat...
Selasa, 8 Mac 2011
aku bukan malaikat,cuma cikgu biasa.
Posted by Comels at 1:43 PG
Labels: beban kerja, beban tugas guru, psv spm, tension
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
sabar itu aje yang yg aku mampu sumbangkan..
Catat Ulasan