isnin,(28 Mac 2011)
entri ini ditujukan khas buat Tanty, anak-anak buah yang masuk debat ala parlimen dan pelajar/mantan pelajar STARP serta sesiapa saja yang sudi baca tulisan aku.
untuk kipas susah mati tentu kau menderita menanti buah tangan dari aku kan,...sekarang kau bacalah ye.
setelah berhempas pulas sehingga mengorbankan cuti sekolah, kami, (tepatnya kawan aku Tanty dan budak-budak skema yang rajin ini ) akhirnya berjaya menewaskan 14 sekolah di daerah Kulai untuk menjadi `johan punya adik`. itupun sebab dikalahkan oleh SMBP, jadi terpaksalah kami dapat tempat kedua daerah kulai. hahaha. Alhamdulillah, bukan senang tu nak dapat tempat kedua pun sebab sekolah lain pun hebat belaka.
sempat lagi mengadap fesbuk ke tu.budak-budak sekarang ni...tapi Funna dinobat 2 kali berturut sebagai pembahas terbaik. tahniah funna
dari gerak bahasa tubuh macam cari fakta, tapi apa sebenarnya siapa tahu?masa ni cikgu mereka sedang makan nasi lemak. lapar tau...
tahniah kerana berjaya untuk `cool` sentiasa hingga akhir. kepada tim SMBP pun tahniah juga, anda semua hebat. Galaslah tanggungjawab membawa nama daerah ini untuk mewakili negeri seterusnya kebangsaan,InsyaAllah.
peringkat separuh akhir menentang SMK Sri Pinang. menang. Funna sedang meminta izin laluan.
korang tahu apa itu `izin laluan`?maksudnya sedang kau seronok bercakap, kau boleh diganggu oleh pihak lawan dengan pertanyaan demi pertanyaan. kalau kau seorang yang mudah gugup memang alamat kelautlah nanti. inilah yang mencabarnya debat ala parlimen, kau kena memberi jawapan spontan kepada soalan spontan.
dua wanita jelita ini ialah aku dan Tanty. aku tolong sikit-sikit je, Tanty la yang tak lena tidur pagi petang siang dan malam. usahanya berbaloi, kedudukan `johan punya adik` sudah dalam genggaman. berbanggalah, kerana kerja mengalahkan 14 sekolah yang lain bukan mudah...
er...tahun depan tak mahu lagi pegang debat ala parlimen. kita ganti dengan Zuna dan Zizi.orang baru, kaedah baru, masih fresh, mesti rajin. Kau letakkan kita dalam pidato atau pantun, aku suka. em, pantunlah..aku suka. tak payah tidur sampai satu pagi...tau Tanty. kau letak aje nama budak dua orang tu dengan kuasa veto. pedulikan. aku kan dah senior. aku rasa mereka boleh bawa tim ni ke peringkat negeri pulak.haha. zalim tak aku...habislah kalau zuna baca blog ni. dia tahu pakatan sulit kita.
peringkat akhir menentang SMBP dengan isu `buruh asing membantu memangkin ekonomi negara`..gitulah lebih kurangnya.Mereka sebagai pihak kerajaan.
sampai peringkat ini aku dan Tanty keluar dewan. seram sejuk, takut nak tengok.walau bagaimanapun, bebudak ni selamba saja.tapi dah memang rezeki tak berpihak pada kami di peringkat akhir ditambah dengan beberapa kelebihan dari pihak pembangkang, maka kami akur dengan kedudukan `johan punya adik`. (istilah ni Fizah yang bagitahu, kalau orang tanya menang ke kalah, jawab...JOHAN....punya adik....)hehe. kasi sikit suspen kepada orang kampung,...
bila cerita tentang debat/bahas, aku tiba-tiba menjadi begitu nostalgik sekali. apa taknya, aku mengasah bakat `bercakap dengan tidak takut-takut` melalui debat inilah jua.
andai ada paparan gambar penguat hujah kejayaanku, tidak ada lain, hanya kutujukan untuk mencabar anak-anak muridku supaya berani mencabar diri, bergelangganglah di luar sana untuk mencari kekuatan sebenar kamu.jika saya sebagai guru boleh lakukan setakat itu, kamu harus boleh melangkau tahap saya kerana kamu lahir di zaman IT, Facebook,blog, twitter dan segala bagai.
pada era langit terbuka ini agak mustahil untuk kita besikap dan berkata ~SAYA TIDAK TAHU~
ibrahim sekarang dah berhenti jadi cikgu, buka syarikat konsultant kut. bagus untuknya, mengoptimumkan kebolehan. syabbas inspektor shahab...
banyak-banyak pingat yang aku pernah dapat, 3 inilah yang aku bawa pindah randah sampai kini. kerana ada nilai yang tinggi dalam hidup aku. dalam kalutnya fikiran, aku masih mampu menggapai awan. pengalaman, tak terbeli dengan wang berjuta..
berkongsi kegembiraan dengan kawan yang sudi hadir hari tu. (Nopiah). debat berlangsung pada hari cuti pertama.
orang semua nak balik kampung. nasib baik ada kawan-kawan yang beri sokongan moral.
aku masa tu tak fokus sangat. lagi 3 hari selepas debat tu aku akan bertunang dengan hubby. sakit kepala aku memikirkan, mana nak buat persiapan tunang, mana nak bincang tentang bahas...aku dah merayu kepada pensyarah in-charge, En. Ramali.tapi beliau paksa juga aku masuk. nak cari siapa ganti? semua orang nak balik kampung dan tak kuasa memikir kerja budak skema macam ini..
dengan perasaan berbelah bagi dan separuh hati, aku gagahkan juga. Akhirnya aku sangat rasa berbaloi kerana pengorbanan tidak sia-sia.
apa yang lebih penting, aku mendapat nilai yang baik dari semua ini. kita mesti gigih buat sesuatu kalau nak berjaya. lazimnya, semakin kuat kita berusaha, semakin besar dugaan yang datang.macam aku, akhirnya majlis tunang aku berlangsung dengan sempoi saja. tak sempat aku nak memikir macam-macam benda. tapi yang penting, aku jelas dengan tujuan ikatan itu. aku mahu hidup dengan orang yang menyintai aku. dan Alhamdulillah, aku sungguh bahagia hingga sekarang walau majlis tunang tak de lah apa yang aku nak tunjukkan gambarnya..
aku boleh curahkan ilmu kepada murid aku pulak, bagaimana nak jadi pembahas yang baik. tapi untuk kali ini aku tak banyak memberi, maklumlah, Tanty lebih otai dari aku. budak-budak ini pun proaktif, banyak perkara mereka cari sendiri dan kami memantau sahaja.sikap itu yang patut ada kalau mereka nak berjaya.
kekalahan memang pahit. tapi banyak hikmahnya. sekurang-kurangnya kita tak keletihan mengejar masa, tanggungjawab memikul nama dan harapan negeri sendiri, serta boleh tumpukan masa untuk belajar.aku yakin mereka boleh gunakan pengalaman ini untuk mencari yang terbaik buat mereka. sekarang, mereka memiliki lebih pengetahuan berbanding yang tidak menyertai tim debat. sekurang-kurangnya, menguasai istilah-istilah baru dalam bahasa yang sebahagian besar dari kita pun tak pernah dengar. contoh:tahukah korang apa maksud `derana`?humm..tak tahu kan?mari masuk debat.
sebagai akhirul kalam (macam karangan tingkatan 5 pulak dah...), marilah kita sama-sama merenung perjalanan hidup ini. dengan fitrah alam yang semua perkara berlaku mengikut putaran masa, aku berpesan kepada aku dan kamu juga buatlah sebaik-baiknya pada setiap perkara yang kita sedang lakukan kerana suatu masa nanti kesungguhan itu berguna untuk kita jadikan contoh kepada anak muda. sekurang-kurangnya kita patut menjadi warga yang berharga dan sememangnya patut sangat dihargai...
selalunya pelajar yang masuk debat adalah pelajar `skema`. tapi tak mengapalah orang kata begitu. skema itu membawa kepada perubahan sikap, kepercayaan dan cara menanggapi hidup. bukankah baik namanya?
jijah:wa,ingat nostalgia dulu....
ita:aku pun terer apa...
suzen:aku pun.juara renang olimpik tau....
8 comments:
cikgu...bertahun sye tggu entry2 cikgu...huhuhu....
kim slm kt ckgu astanty ek2...hehehe...rndu lak kat mummy sye 2..;p
nasib bertahun.kalau berkurun..macamana...ok, kalau ingat nanti saya bgtau cikgu astanty..er, saya bukan mummy kamu?oh, sedihnya....=(
halamak....hehehhe,,ckgu mama sye,,mama yg bnyk tnjuk isu2 smsa n entry ckgu 2 la yg byk tlong sye dlm tutorial subjek sye..:)
ye la kimi.nak coverline lah tu...kalau nak tahu banyak isu semasa, baca banyak sumber. jangan media arus perdana saja. imbangkan pengetahuan dari banyak sumber supaya kita tidak mengeluarkan statement berat sebelah dan nampak dungu...tau kimi.
tq atas sokongan moral n kerjasama yang jan berikan... amat berharga...
jan ucapan tu daripd tanty ye bukan orang dlm gambo
huhuuww dah bertaun nunggu akhir ada gak.. nostalgia lama nihh
Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com
Terima kasih.
Catat Ulasan