14 jun 2011
selasa (5.09 petang)
berpuluh hari kutinggalkan diari maya ini, rindu sungguh nak menulis. kucuri masa yang tersisa ini.nak ku sambung memoir hidupku yang telah ditakdir, ambillah yang baik, tinggallah yang buruk.
selepas habis pengajian, aku menganggur di kampung.bosan tak ada duit, aku mula cari kerja. sementara nak dapat panggilan bertugas tu, tak sanggup aku nak menghabiskan beras mak aku aje.akhirnya dapatlah aku kerja di senai.operator pengeluaran juga.aku low profil je, tak ada la aku menghebahkan kepada jemaah kilang tu aku ni cikgu.lagipun kerja pun tak tentu lagi dapat kat mana dan bila...
pergi subuh buta, balik malam buta. sentiasa tak nampak matahari. lama-lama aku yang buta. aku tak seronok kerja tempat ni walau orangnya baik-baik. tak kerasan orang kata.tambah menakutkan aku ialah driver van kilang aku tu bawa van macam bawa bugatti veyron yang boleh lari 100km 2-3 saat. setiap kali selekoh tajam aku mengucap banyak-banyak dan pejam mata. ngeri aku. takut nanti mak aku menangisi orang tersayang. hehe...
oleh yang demikian, aku pun berhenti kerja dari kilang tu. aku ikut makcik aku, cik mon. aku naik bas kilang dari parit madirono.jadi aku mula kerja di VS, senai. low profil juga. cuma , aku tak suka kerja sini sebab kilangnya management serupa komunis. dekat line aku tu ramai budak Aceh yang masih kukuh pegangan agamanya. jadi kalau tak warak pun, solat sentiasa dijaga. time waktu sembahyang, masing-masing nak sembahyang. memang la gilir-gilir. tapi dah tandas pun sikit, surau kecil, memang agak makan masa la. lama-lama supervisor dan leader merungut. asyik sembahyang aje line jadi kalut sikit. aku dah mula bengang.
dalam hati aku apalah sangat nak kecoh. kalau operator solat, kau ganti je la sekejap. sampai satu tahap, aku bengang betul ada sorang supervisor.ke atau leader tu umumkan, ada satu line khas untuk orang sembahyang je. wth?yang beratus-ratus muslim tu tak sembahyang ?tak payah sembahyang? tak boleh sembahyang? aku rasa pihak pengurusan muslim gagal memberi pemahaman kepada pengurusan kilang betapa solat itu wajib bagi muslim. apa hal kau nak kejar sangat dunia ni sedang tuan punya dunia nak jumpa kau 5 minit pun kau berkira?
aku menyampah betul dengan orang-orang bodoh sombong macam tu. akhirnya aku berhenti. protes. protes kat sapa entah. bodoh pun ya juga. mana taknya, gaji tak dapat lagi dah ponteng suka-suka hati.3 hari aku tak datang. makcik aku datang rumah pujuk aku. aku kata tak heran la dengan gaji seciput tu nak sembahyang pun susah sangat. . makcik aku pujuk aku datang kerja beberapa hari sebab sayang dah jadi pecacai dekat sebulan tak dapat gaji. lagi dia kata aku boleh sembahyang bila-bila masa dan berapa lama aku suka.
jadi aku pun pergi lagi kerja. sampai sana, betul makcik aku kata. takde sapa yang berani merungut atau buat muka kalau aku nak sembahyang. hehe. rupanya makcik aku sudah bagitau agaknya masa aku ponteng tu kat leader bahawa aku ni bukan budak lepas spm yang boleh diperkotak katikkan.aku ni sebenarnya cikgu.
pengalaman yang betul-betul mengajar aku bahawa ilmu itu memuliakan pemiliknya. dengan ilmu, kita akan dipandang mulia. persepsi orang akan berubah.merenung sedalamnya, bukan gelaran `cikgu` itu yang membuat orang menghormati pendirian aku, tapi ilmu yang memartabatkan hidup aku itulah penyebabnya. korang semua, lengkapkanlah diri dengan ilmu. tak semestinya korang suri rumah, pekerja kilang, penjual nasi lemak atau siapa sahaja tak boleh tambah ilmu. banyaklah membaca. itulah kuncinya.(tapi pilihlah bacaan yang baik.setakat kau baca MANGGA atau URTV baik tak payah)
janganlah kita dipandang bodoh dan tin kosong bila orang dengar kita bercakap. jangan sampai orang kata kat kita `engkau ni nampak cerdik bila diam.`.bisa tau...kecuali kau telinga kuali.
ada orang tanya aku boleh ke kita cerdik kalau sekarang ni kerja kita cuma operator pengeluaran? jawabnya BOLEH. dengan syarat rajin la membaca, cari ilmu dunia akhirat. seorang operator pengeluaran yang RAJIN MEMBACA 1000 kali lebih bijak dan baik daripada seorang cikgu yang MALAS MEMBACA, berhenti membaca lepas habis belajar sebab dia rasa dia dah cerdik sangat.
kecerdikan itu tidak selamanya bergantung kepada status anda kini, tapi APA yang anda buat untuk diri anda sekarang inilah yang menentukannya..
akhirnya bila aku dah dapat gaji, aku berhenti. kak lin dah dapat tawaran mengajar di Benut. alah, bestnya hidup. kat kampung je. rezeki kak Lin .aku yang berdebar. tak tahu ke mana aku nak dihantar. bila telefon, confirm aku dapat sekolah menengah dekat Senai!
aku dah pening, masa nak lapor diri aku tak de sesiapa. nak bawa mak bapa aku pun lagi menyusahkan mereka, dah lah buta huruf, tak ada kenderaan , nak menemankan aku pulak. jadi aku cakap kat mak aku okey aje. aku cari sendiri.
berbekalkan beg berisi 3 helai baju, sebuah seterika dan duit mak beri RM100 aku redah aje. aku tumpang bas kilang aku tu dulu, sampai Kulai aku diturunkan di perhentian bas Kulai. sungguh aku tak tahu sekolah tu kat mana. aku naik teksi, kena caj RM12. aku bayar saja, dah tak tahu tempat jangan banyak songeh lah kan. mahal pun mahallah.aku lapor diri sorang-sorang pagi buta tu. tapi disuruh mengajar sesi petang. pening kepala aku tak tau nak lepak mana sementara tunggu petang.(bila dah agak lama, baru aku tau tambang kalau naik bas dari bas stand ke sekolah tu RM 1 je...alahai...)
mujur ada kakak-kakak sesi pagi yang sudi tumpangkan sekejap rumah mereka.aku pun tumpang la. adat menumpang, serba tak kena.tengah hari tu, aku pergi sekali lagi. aku sudah kena cultural shock budak pekan. maklum, selama ni ruang lingkup hidup aku Sekolah Betak dan Benut aje.Dari pintu pagar sekolah tu aku dah nampak van polis parking. ada siap polis bawa gari.budak india, melayu cina, punya ramai sampai terpaksa beratur saja berbondong-bondong diiring ke balai. aku dah seram sejuk dah. tak pernah seumur hidup aku ni nampak polis terpaksa dibawa masuk sekolah sebab kes gaduh.aku membayangkan kejutan demi kejutan yang bakal berlaku.
sampai pejabat, aku lega kerana dipertemukan dengan 4 orang kawan yang sama posting rupanya. ada sorang namanya kak Rahmah, orang sebelah kampung aku. nyaris dulu nak jadi kakak ipar aku sebab adik dia suka ngurat aku. hehe. tapi aku tak mo. aku setia dengan cinta hati aku. aku sangat lapar, dari pagi tak jamah sebarang makanan, sampai ke malam tu baru aku dapat makan kat kedai. tidur la kami satu malam kat rumah kakak-kakak tu. tapi aku, nani dan kak mah pakat-pakat nak cari rumah lain sebab tak selesa..
esoknya nani bagitahu ada khabar gembira. ada seorang murid dia kata ada rumah kedai bapa dia depan sekolah, seberang jalan, kosong. RM400 sebulan. kami tak banyak cerita setuju aje, bukan senang nak cari rumah sewa.
kebetulan selang esoknya hari sabtu-ahad, jadi kami balik kampung sekejap bawa apa yang patut dan gotong royong basuh sendiri rumah tu sebab lama tak berpenghuni. kami tinggal tingkat atas. rupanya susah betul nak tidur sebab malam panas sangat, nak beli kipas tak de duit.betul-betul tepi jalan buat aku terfikir orang bandar ni hidupnya sungguh meletihkan. entah apa yang dikejar. sampai pukul 2-3 pagi jalanraya kat senai tu masih sibuk dengan kenderaan, berhenti sekejap aje. bila aku terjaga pukul 5 pagi kenderaan sudah banyak macam hari siang. hmmm...penatnya hidup di bandar..
setiap kali balik mengajar, kami sentiasa berbual tentang apa yang berlaku kat sekolah, hari-hari tanpa jemu.macam-macam peristiwa.aku terpaksa mengajar Kemahiran Hidup.pengkhususan aku BM dan Seni. pening kepala aku. mana aku tahu?budak kena buat projek litar lampu dan projek rak kaset daripada kayu. yang litar letrik tu lagi la aku tak faham. ada tak ada pun, pernah lah tengok lampu led, katod, anod tu masa kerja kilang dulu. ish. problem betul.akhirnya aku minta tolong cikgu Yazid, seorang cikgu lelaki lembut tapi baik hati. dia ajar aku buat rak kaset, jadi bolehlah aku ajar pulak budak-budak ni. dalam bengkel. nak pengsan aku mengawal budak yang main gergaji macam lawan pedang. takut betul aku kalau budak luka.
sungguh siksa aku mengajar kemahiran hidup tu. mujur tak lama. selang beberapa bulan, aku mengajar BM dan ABM. kelas aku peralihan. peralihan yang paling last. huh, tension ada, kelakar pun ada.
4 comments:
banyak pengalaman.. banyak kenangan. terima kerana berkongsi kenangan dan pengalaman itu.
teringin juga nak baca pengalaman kau, bila nak nulis?
huhuw.. aku tak sepandai ko mengatur ayat membuahkan bait-bait yg enak dibaca.
alasaaan aje jah.
Catat Ulasan