Sabtu, 25 Jun 2011

memoir aku seorang cikgu (part 7)

25/6/2011. sabtu.12.39 tgh malam.

kali pertama bergambar kelas sebagai guru, 13 tahun lepas.budak-budak ni pun dah usia 26, sebahagian besar dah kahwin, aku dah jadi nenek untuk puluhan cucu..


kurenung-renung kembali, aku ni naif sangat terutama awal-awal kerja dulu. ikut perasaan, darah muda, cepat melatah. bila umur dah 30-an begini, aku jadi `cool`, jauh sangat dari 14 tahun dulu. tapi yalah, itulah hidup kan. aku rasa kawan semua pun macamtu juga. kita berubah bersama masa.segala kesilapan yang kita` ter` atau sengaja buat, bila dikenang semula alahai, malunya rasa. rasa `tak patut`, `sengal`, `bengang` dan macam-macam lagi menyerbu perasaan.tapi nak menyesal pun buat apa, sedangkan sebahagian besarnya membentuk siapa diri kita sekarang.

dalam memoir aku ni, kalau kau semua jumpa lebih banyak cerita melankolik dari cerita gembira, aku tak boleh ubah apa-apa. aku ingin sejujur ibn battuta dalam mencatat perjalanannya, tiada selindung walau kadang pahit dan mengaibkan, tapi dengan kejujurannya itu sehingga beliau diiktiraf sarjana barat sebagai pencatat jujur dalam mengkhabarkan kepada umum segala peristiwa yang ditempuhnya.

nota kaki ditengah-tengah:
 (sebut tentang Ibn Battuta, teringat kipas susah mati, jijah. eh, kenapa kau tak beli buku  pengembaraan tu?seronok dol kau baca. part paling aku suka tentang kisah dia pengsan 2-3 kali sewaktu menyaksikan upacara isteri terpaksa terjun ke api bila suaminya mati dalam upacara pembakaran, ngeri sangat. peristiwa berlaku kat india.   peristiwa kedua, masa dia dibantu mahkluk Allah lain, tak tahu Jin atau malaikat tapi berupa manusia sangat besar dan pantas, menyelamatkan dia  ketika dalam kesusahan kena buru orang jahat ke apa ntah. siap mahkluk tu ajar dia sepotong ayat Quran bagi amalan semoga dapat bantuan Allah ketika sangat getir. aku siap salin ayat tu tapi sekarang dah kat mana. bagus betul perangai aku kan...heh..) 

er, kemudiannya aku kembali realistik, jah , kau tak jadi beli buku tu sebab mahal sangat kan. aku rasa dalam RM250 gitu yang ori.aku baca masa kat U dulu. aku jumpa kat library. makan 5 hari juga nak menghabiskannya. yg penting, kalau kawan semua suka sejarah dan mencari kemuliaan manusia islam, mengalahkan yang lain, nah, sosok inilah orangnya. yang mengalahkan Marco Polo dengan jarak perjalanan mengelilingi 44 negara dunia dalam tempoh 24 tahun, lebih panjang 75000 km berbanding Marco Polo. sarjana barat ramai juga yang menghormatinya lebih daripada Marco Polo sendiri.........

aku nak khabarkan pada kawan semua, aku setakat ini mengajar di 2 sekolah menengah. sekolah yang lama itu 7 tahun, yang sekarang ini masuk tahun ke -5.apa nama sekolah tu, tak perlulah aku cerita,pasti ada cerita yang baik-baik tapi  nanti kalau ada cerita yang tak berapa baik, ia bakal mengaibkan .bagi yang tahu, tahulah. yang tak tahu, janganlah desak aku memberitahunya. kau cari sendiri. hehe. apa yang penting, kalian ambil pengajarannya, tentu ada. sama ada mahu merenungnya dari kaca mata kau, aku atau watak dalam cerita itu, terpulanglah, yang penting niat aku berkongsi pengalaman dan iktibar terbaik daripada pengalaman itu.

WONG CHOK YU

nama yang aku tak akan lupa sampai pencen, sampai bila-bila. banyak kenangan lucu dengan dia ni. masa ni dia masuk peralihan. ketika minggu orientasi, Chok Yu dalam kumpulan Inot. inot selalu gelak sebab budak ni macam ye-ye -oo gitu.maksudnya beria-ia sangat nak buat sesuatu tapi tak pandai buat pun. masa hari akhir, budak-budak ni di suruh menyanyii. chok yu dengan gaya beria-ia dia terus angkat tangan setinggi-tinggi, kata nak nyanyi. solo pulak tu. cikgu-cikgu semua berdebar, entah lagu apa keluar dari mulut dia. kami rasa dia mungkin nak nyanyi lagu cina kut. lepas tu dia ke depan. tersengih-sengih bangga sebab berani la tu. dia toleh kiri kanan. suasana jadi sepi. semua bagi peluang padanya yang begitu bersemangat tu. lama kat stage tu, tak keluar-keluar suara dia. tersengih-sengih dekat mikrofon. dia panik agaknya semua mata tumpu pada dia.

akhirnya dia mula buka mulut dan menyanyi. dengan muka tak bersalah dan penuh gaya, dia nyanyi lagu yang dia ingat, NEGARAKU!  kami semua patut berdiri hormat tapi kami pakat gelak tak ingat. sebabnya masa dia ke atas tadi dia sungguh mempersona dengan gaya konfiden, ingat nak jadi artis nyanyi apa-pa lagu la.

bila dibahagikan kelas, inot ucap tahniah pada aku. dia kata,` akak, tahniah, Chok Yu masuk kelas akak!`
masa tu juga aku rasa nak pengsan sebab tengok senarai yang lain, aku dah tau mesti gawat kelas ni. sapa-sapa yang pernah ajar kelas peralihan, peralihan paling hujung maksud aku, kau tentu tahu perasaan yang aku maksudkan.bila sesi p&p bermula, betul yang aku sangka, cikgu-cikgu kalau keluar dari kelas aku terus tak tahan, macam nak muntah!pening kepala dengan gelagat sorang-sorang.yang hiper aktif terjerit-jerit, terlompat-lompat. main kejar-kejar keliling sekolah. aku cakap melayu, mereka cakap cina. kadang cakap tamil. lama-lama kepala aku pun menggeleng-geleng bila cakap. tangan aku pun dah macam Karam Singh Walia, begitu berekspresi. itulah penangan mengajar peralihan. yang lembam, sampai balik pun kau tak akan mampu buat dia bercakap atau berinteraksi.

bila bukan giliran aku mengajar, aku lalu lalang juga di kelas tu. kadang aku nampak Chok Yu naik atas meja yang disusunnya sambil joget-joget. kawan lain tepuk-tepuk tangan gitu. aku yang tepuk dahi. bila kak mah, atau Jodi , atau sesiapa sedang mengajar, nanti kami sama-sama tergelak sebab entah apa perasaan yang bercelaru di kepala kami.masing-masing faham, dan menikmati perasaan itu dengan jayanya. hehe..

Chok Yu adalah taiko kecil kami. nak cari dia senang aje. di mana ada pergaduhan, di situ ada dia. kadang bukan terlibat pun, nasi tambah aje. kau bayangkan, melayu gaduh, dia ada. cina gaduh, dia ada. tamil gaduh pun dia ada juga. aku dah lenguh tangan mencubit, tapi dia kebal.uniknya dia tentang personalitinya. kadang dia sangat mesra, kadang boleh lalu aje sebelah kita macam tak kenal. sabar aje lah.

chok yu bekerja kat bengkel motor. sebelum sekolah, dia kerja dulu. mak dia dah meninggal, tinggal dengan ayah dan adik. aku rasa ayah dia ada masalah sikit sebab tak boleh berkomunikasi dengan baik. satu hari entah kali ke 34 agaknya chok yu ikut orang bergaduh, ayahnya dipanggil ke sekolah. aku selamba aje kata kat ayahnya `uncle, kalau uncle kasi dia pindah sekolah pun baik juga, sini ramai samseng, nanti dia ikut jadi samseng juga`. cis, berani-berani aku buat usul begitu. tapi uncle tu diam aje.

Chok Yu malas mandi. busuk sangat. aku selalu berleter suruh mandi tak de herannya dia. begitulah juga hari-hari. kak mah dan eli paling tak tahan kalau chok yu masuk bilik guru. dari jauh dah tutup hidung. lepastu mereka leterkan Chok Yu suruh mandi, pun dia sengih-sengih aje.

satu hari aku dah tak tahan sangat, bila dia datang masuk bilik guru, stoking dia ya Rabbi masam, pahit , kelat. entah apa punya bau semua ada. nak muntah aku.aku cakap kat dia dengan tegasnya. `Chok Yu, esok datang sekolah mesti mandi, pakai bedak, baju gosok, stoking basuh!kalau tak mahu buat , kamu jangan masuk bilik guru, faham!` dia kata `ok, ok...`

esoknya, dari jauh dia sengih-sengih kat aku. wow, baju baru, siap seterika , tapi bila dia dekat aku pun nak pengsan juga, memang dia pakai bedak, tapi bedak cina jenis apa ntah. aku ingat yang ada pada upacara sembahyang dia lah. dah macam bau gaharu pulak. aku tak tahan, tapi nak jaga hatinya aku tak kata apa. senyum aje. dia pun dengan bangganya cakap  `cikgu, tengok, saya sudah mandi, wangi maaa...`

suka hati engkaulah Chok Yu. pada aku terbau stoking masam dia, bau kali ni lebih baik lah. tahankan aje lah. karang aku kritik merajuk pulak langsung tak mahu mandi aku juga yang susah.

bukan itu saja, aku telah dinobatkan oleh Kak Mah sebagai cikgu paling sabar sebab sanggup terima Chok Yu masuk bilik guru hari-hari. sebabnya, Chok Yu bayar yurannya sehari SEPOSEN. kawan, kau bayangkanlah jika jumlah yuran itu RM40, sehari sepuluh sen, bila agaknya dia mampu habis bayar? tapi dah itu yang dia mampu, aku terima saja. dari jauh nanti dia jerit, `cikgu, nah, ini satu pusen, yuran!` aku gelihati, penat tapi bercampur kasihan...kadang aku pujuk dia bayar banyak sikit, 50sen ke, seringgit ke...nanti dia kata `haiiya cikgu, takda wang lah`..

akhirnya yuran tak selesai sebab dia berhenti di tengah-tengah tahun itu. sebabnya aku tak tahu. satu hari ketika balik sekolah melalui jalan kecil Taman Dawani (aku naik motor kapcai masa tu) aku dikejutkan oleh satu teriakan. bila aku toleh , Chok Yu sedang senyum simpun menunggang motor buruk tapi pakai tshirt bling-bling, tangan sebelah genggam telefon, bawa motor sambil berdiri.  tergelak aku dibuatnya.
itulah Chok Yu, yang pernah melakar memori dalam lipatan pengalamanku. sekarang 27 usianya lebih kurang. rasanya dah berumah tangga. semoga berbahagia.ingat kah lagi kamu pada cikgu yang mengutip seposen sehari  yuran sekolah kamu?

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com