Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 10 November 2012

Damia Maisarah. (part 2)

malam dah menjelang  1 pagi. bapak kena pergi kerja,servis di hospital swasta malam-malam begini.bapak,semoga Allah beri bapak pahala dan kekuatan kerana tabah cari rezeki halal buat mia,mami dan semua orang dalam hidup bapak. amin..masuk malam ni, umur mia dah 66 hari..
   ini gambar mia petang tadi,sedang gembira mandi dalam besen hijau muda.mia tak pernah nangis masa mandi,mami bilang mia budak cerdik.

 lepas mandi,mia dibungkus dalam tuala pixie dixie supaya mia tak sejuk.masa ni pun mia tak nangis.


 taraaaa....ini mia selepas dicantikkan,pakai losyen,yuyi,vicks,lukano dan kasturi syifa`.mia nampak ohsome,kan..

 ini yogurt mangga yang mami buat mandikan mia. hmmmm..harumnya,macam nak makan pulak..


mia sedu. mami letak benang hujung lampin popok kat dahi mia, petua orang agar sedu cepat berhenti. kalau bapak yang letak,lagi kelakar,bapak akan simpul-simpul benang tu jadi nombor satu la, huruf mim la,huruf s la...semalam bapak buat jadi huruf mim.  (tapi sedu mia tak berenti juga!)

mia suka detik-detik mandi. mia selalu mandi 2 kali. pagi dan petang. kalau ikut nenek, mia mandi petang-petang sangat. kalau ikut mami, 4.30 petang dah start mandi sebab badan mia dah lekit. masa mandi kipas suma kena tutup, nanti mia kesejukan kata mami.mami pulak la berpeluh-peluh.kesian mami kan. tapi mami bilang,mami tak kisah tu semua sebab mami sayangkan mia. hm...mia pun sayyyang kat mami.

mami akan buka  ustaz ngaji rukyah atau surah al baqarah masa mia mandi sampai lah surah tu habis. mami bilang supaya rumah kami bersih dari segala unsur yang jahat,kotor dan tak baik. juga agar mia tak diganggu mahkluk Allah yang jahat. pernah sekali tu mami lupa nak perdengarkan bacaan al quran masa mia mandi petang-petang. tiba-tiba mia melalak keras, takut. mami teringat rutin yang selalu mami buat tapi kali tu terlupa. cepat-cepat mami dengarkan bacaan rukyah. mia berhenti nangis. terima kasih Allah,sebab lindungkan mia dari kejahatan mahklukMu.sejak tu mami selalu beringat.

kat rumah, mami jarang sangat tengok tv. tengok pun kadang-kadang aje. tapi dah lebih 40 hari mami tak buka tv. entahlah. mami bilang,malas nak tengok tv. lagipun tv tu ada dekat mia baring,kat depan ni. mami tak suka kalau tv mempengaruhi hidup mia seawal ini. walaupun kalau mia tak ada pun bukan  saluran hiburan yang mami buka,tapi entah,mami bilang lebih baik mami tengok mia dan ajar mia baca buku.lagi bagus. sebab,mami bilang dekat bapak,mami ada baca satu artikel tentang kajian profesor orang putih,betapa anak-anak kalau mahu ia cerdik, jangan dedahkan dengan tv hingga usia 2 tahun. sebaliknya, banyakkan komunikasi dengan mereka. buktinya, anak yang selalu diajak berbual pandai meniru mimik muka seawal yang mungkin,tapi tidak tv.

mami belikan mia banyak buku. mami bilang,suruh mia selalu baca buku,supaya mia jadi orang berilmu. Allah suruh kita jadi orang rajin tuntut ilmu kan... bapak rajin ajak mia baca buku. mia pun sangat seronok kalau bapak ajar. nanti mia tiru apa bapak baca. lepas tu mami dan bapak akan gelak dan tepuk tangan sebab mereka bilang mia cerdik. tapi mia baca buku dengan bahasa mia sendiri!
 ni bapak sedang ajar mia baca buku. cerita tentang rama-rama,singa dan ulat merah. semua mahkluk ciptaan Allah. mia paling suka cerita ulat merah dengan nabi Daud. ulat merah tu bilang pada nabi Daud dia hari-hari zikir sebut nama Allah beribu-ribu kali siang malam. nabi Daud rasa insaf kerana mengatakan ulat merah tu tak ada gunanya diciptakan. mia nak zikir selalu,bila dah pandai nanti,sebab mia malu kat ulat merah. 


 bapak ajak mia sembang-sembang. mia suka layan bapak sembang. bapak baik. sepenat  manapun lepas bapak balik kerja, bapak akan sembang dengan mia. selalu mia tertunggu-tunggu bapak balik kerja!bapak best. mia sayyyaaang bapak!

 bapak pandai main gitar. masa ni bapak nyanyi lagu qatrunada `Allah cinta agung`. selalu bapak lupa lirik,mami yang tolong sambung. lagu qatrunada best sangat. baru mia tahu, cinta agung mia nombor 1 ialah Allah. kemudian nabi,baru mami,bapak dan semuanya!
 kalau mami sibuk sangat, bapak tolong jaga mia. kasi mia susu,dodoi mia, ajak mia jalan dan suma-suma lah.
hari tu mami macam nak gila menanda kertas BM anak murid mami. ramai, 80 orang,2 kertas,beratus-ratus helai. kesian mami,nak buat macamana..dah kerja.sepanjang hari bapak yang tolong jaga mia. tapi sekarang tak lagi. mami bilang,cuti ni mami nak habiskan masa dengan mia..yay!esok mami dah mula cuti.seronoknya hidup mia.


ok, mia nak tidur dulu. esok sambung lagi eh...bai...mia saaayyyang semua. muah,muah...

2 comments:

Yun berkata...

hahaha...pandai mia tulis blog mami...:P

Comels berkata...

baru kak yun tau ke.mia memang pandai..alhamdulillah...terima kasih..:)

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com