Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 24 November 2013

UKUR BAJU ORANG,JANGAN DI BADAN SENDIRI...



UKUR BAJU ORANG,JANGAN DI BADAN SENDIRI...

Ini entri yang sudah terpendam begitu lama untuk dinukilkan.sudah 23 /11/13,baru ini aku boleh bersantai menulis tatkala aku rasa macam orang bodoh kerana tak ada apa nak dibuat di rumah ibu mentuaku yang baik hati ini.Jam menghampiri 12 malam,mia tergolek golek tidur kepenatan.Dari awal sampai tengah hari tadi hingga sekarang dia tidur ,barulah berhenti dari berlari lari dan bermain.maklum,rumah atuk besar,boleh lari suka -suka hati dia.


Tak sempat menggodek internet,menaip pun guna tab hubby,terkial kial aku rasa.maklum,aku ni klasik sikit.suka dengan sesuatu yang klise,kalau nak menaip guna keyboard laptop atau komputer gemuk.maaf ye kawan,kalau dalam cerita ini nanti kau rasa nadaku ada yang menjengkelkan dan agak sarkastik,mungkin juga sedikit sombong.tapi itu semua ada kaitannya dengan tajuk,`tolong jangan cuba cuba ukur bajumu di badan orang lain.`


Oh,sebelum aku balik kampung,semalam sempat jenguk fb,ada permintaan dari sahabat yang jauh di blok lain ,tapi dekat di hati ini,tanty namanya .menyuruh aku menulis.

.jadi,tanty,mari aku berbicara denganmu malam ini.andai ada kesalahan ejaan atau perkataan kau pejam saja mata,aku sungguh kekok menulis atas skrin begini,tapi ini saja masa yang aku ada.siang hari sibuk menggentel mia.di rumah sendiri, aku akan keletihan kerana berkemas yang tak habis-habis sebab haritu baru tambah dapur sekangkang kera  padahal dah duduk rumah tu dekat 10 tahun!

Syukur alhamdulillah,walau lewat dapat juga luaskan sikit dapur tu tanty,taklah asyik berlaga punggung dengan mia sebab dapur yang sangat luas sebelum ni.


Tanty,
Kau ingat peristiwa haritu? Dan kau tahu kan prinsip aku.aku suka kesederhanaan,dan apa yang dipinta itu bukan kesederhanaan.takrif imej yang baik rupanya begitu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain kan tanty.kau ingat tak lagi  masa aku rasa macam nak cubit cubit tangan kau bila kau kata kau minat dengan penampilan 2 orang wanita vvip?tuuutttt...namanya.orang jawa bilang kalau teruk sangat benda tu supaya tak terjadi pada kita,sebut `amit amit jabang bayi ojo kaget`.ni,aku tolong sebutkan untuk kau.`amit amit,tanty,`.banyak lagi muslimah solehah yang bertubuh comel macam kita ni untuk dicontohi tanty,janganlah ikut macam idola kau tu.


Tanty sahabatku yang baik.,

Apabila kita menilai orang melalui pakaian mahal atau telefon bimbit tercanggih,aku rasa persepsi kita kurang tepat.betul,kita perlu berpakaian kemas dan sopan serta bersih,tapi perlukah setiap tahun bertukar batik atau baju korporat.baju tahun lepas pun baru pakai 3 kali rasanya.memang warnanya tak cantik,dah kena paksa,terpaksalah beli  juga.tu pun aku buat degil,aku kongsi dengan siti hajar.kain beli lain.genius tak aku?tapi Lim lagi bagus,dia boleh jual batik tu dekat sedara mara dia.sekurang kurangnya aku pakai lah juga.kau percaya tak tanty, itulah baju termahal yang aku pernah ada.setiap kali memandangnya,perasaan aku berbaur.ada rasa sedih,kesal dan menzalimi.

Tanty,

Aku tak peduli dan tak pernah kisah berapa juta ringgit pun orang nak beli baju,gajet,laptop atau telefon.aku tak terkesan,tak cemburu walau kadang keinginan itu ada.ya biarlah orang dengan hobinya,kesukaannya.mungkin kesenangannya berbaju mahal,telefon canggih,ya biarlah.aku turut gembira atas kegembiraan mereka,asalkan mereka menikmati kegembiraan atas titik peluh mereka.


Tapi aku cukup terusik bila orang memaksa aku atau orang lain untuk mengikut gaya hidup mereka.perkataan MEMAKSA itu,betul kan untuk aku pakaikan dalam situasi kita.bagiku,aku tak perlukan itu semua.aku tak perlu bergantung kepada baju mahal untuk rasa cantik.aku tak perlu kepada telefon canggih untuk rasa hebat dan tak ketinggalan zaman.aku merdeka dengan tidak mengikut arus.aku tak terkilan kalau aku tertinggal trend tudung atau corak kain terbaru.bagi aku,asalkan bersih,kemas dan wangi,apa salahnya pakai 3 kali seminggu baju atau tudung yang sama? Maka itu sebabnya aku pastikan akan guna downy sebagai pengharum pakaian.teringat haritu,ada sorang budak cium tangan aku lama lama sebab nak cium bau baju aku yang wangi dengan downy!

Tanty,

Kau percaya tak bila aku keluarkan telefon tatkala berdering bunyi kucing comel ( suka hati aku la),budak tengok dan senyum- senyum.apa taknya,telefon aku budak panggil torchlight,boleh buat lampu waktu malam,boleh baling anjing sampai pengsan.tak ada kamera,tak ada internet,twitter dan wassap.tu pun masa beli, hubby aku yang paksa suruh beli torchlihgt ni,kalau ikut aku nak aje aku beli yang lebih murah.

Buat apa aku nak beli yang mahal,yang boleh ambik gambar,yang boleh wasap?aku tak perlu itu semua.aku gunakan telefon untuk berhubung (bercakap[),mesej dan jam loceng.itu saja fungsi yang aku perlu.jadi aku tak nampak keperluan untuk beli yang canggih canggih.beli yang zaman batu macamni lebih baik sebab 5 hari sekali baru cas.mia pun malas nak usik telefon aku sebab tak ada gambar dia dalam tu!

Tidak bermakna aku tak punya itu aku ketinggalan zaman.kepentingan gajet bagi semua orang adalah berbeza.sebahagiannya untuk bermewah dan bermegah,sebahagiannya untuk buat duit dan cari maklumat.  yang penting,aku bukan kategori pertama.


Ni kalau aku bagitahu kau,jangan kata aku bermegah megah ye tanty,cuma nak bagi jernih,betapa aku tak jumud walau aku tak ada wassap.uh,eja wassap pun ikut bunyi,bukan ikut nama.peduli lah.


Tanty,


Kat rumah aku ada 5 benda yang boleh akses internet.komputer pc ada 2,satu hubby aku,satu aku punya.tab ada satu,laptop ada satu,ipad ada satu,!internet kalau kami ada kat rumah memang 20 jam on,dalam erti kata sebenarnya.sebab tu aku boleh akses internet dengan mudah,boleh online fb bila bila masa,sementelah minat aku membaca,aku banyak mencari ilmu melalui ruang yang ada.keperluan internet aku tak boleh yang 30 atau 40 hengget sebulan,jadi aku ambil yang 144 hengget agar aku dan hubby boleh melayari maklumat dengan lajunya.itupun kadang kami menyumpah juga,ada aje masa akses terputus putus,teruk tm net kena maki,bayar nak cepat,servis lembab macam siput vavi dia tak cerita pulak.padan muka dia,kami kan pelanggan,suka hati la nak marah.heh

Apa pointnya  aku dalam menceritakan gajet-gajet  yang ada tu..?membazir?tidak.penggunaannya sangat optimum,maksimum.

Untuk menegaskan betapa tak perlunya aku beli telefon canggih tanty! Kalau aku nak ambil gambar,aku ada dah kamera yang pixelnya lebih baik dari yang ada dalam tab atau ipad atau telefon.lebih puas hati aku menggunakannya.

Itu bab gajet,bab baju pulak macam yang aku kata tadi aku sangat sederhana.aku bukan hamba trend terkini.aku tak teruja pun tengok fesyen tudung yang mahal- mahal tapi kadang aku tengok macam sama je yang harga 20 hengget kat tesco tu.kadang ada rasa lucu bila melihat perhiasan yang sarat,hilang cantik timbul kasihan.

Dalam banyak hal,aku berprinsip yang diambil dari istilah seni` LESS IS MORE`.kau faham tak,kenapa begitu? Sebabnya apabila berlebihan lazimnya kita akan binasa.sebab itu walau aku artist yang banyak menghasilkan artwork,rumah aku kosong,tak gantung pun artwork yang ada. Kalau nak pun,aku tengah pertimbangkan untuk gantung khat sinni, tulisan kaligrafi arab dan china yang aku ada buat.

Tanty, (oh,rindunya nak berbual secara 4 mata dengan kau macam dulu)

kenapa kita perlu paksakan sesuatu kepada orang lain untuk kepentingan kita?gembirakah kita dengan sebuah kepura- puraan yang disuguhkan demi menggembirakan hati kita walhal orang berat hati melakukannya?bukankah yang penting,keikhlasan hati memberi dan menerima.


Aku begitu tersentuh bila bab gaji disebut.betullah,gaji dah besar.tapi 4 ribu yang orang dapat,diagihkan untuk kaum keluarga yang memerlukan,tak sama dengan 4 ribu yang orang lain pula gunakan untuk diri sendiri.mana lebih mulia tanty,memberi atau berhabis untuk sendiri. Takkan orang nak cerita ke mana duit dihabiskan.mungkin ada keluarganya yang sakit teruk,ibu tunggal,anak yatim,orang tua yang sangat uzur,hutang yang perlu dilangsaikan...dan ditambah pula kos sara hidup yang begitu membebankan,

itulah kau,undilah lagi,tahniah,terima kasih!(tak faham lagi?aku pukul tangan kau yang montel tu.belah kanan ke kiri yang pangkah masa mengundi tu hari?)

Memang dapat bonus setengah bulan gaji akhir tahun ni,tapi yang anak ramai,anak saudara ramai,apa cerita?aku terdengar hari tu ada kawan kita mengeluh anak 2 dah 2 ribu kos masa buka sekolah,cuba kau fikir,betapa susahnya orang yang kerja gaji tak sampai 700?

Mana lagi penting,kalau kau ada saudara terdekat yang begini,kau tak rasa berdosa pakai baju mahal sedangkan mereka tak dibantu dengan gajimu?kau tak rasa zalim ke?(dalam keadaan peruntukan baju mahal itu sama pentingnya untuk peruntukan orang yang memerlukan)


Oh tanty,

Ada sebabnya kehidupan kita dikelilingi insan yang kesusahan. supaya kita ini sudi berkongsi dan insaf,nikmat Allah itu untuk dibagi bukan makan sendiri. jangan kita padan padankan muka mereka yang susah sebab di depan mataku ini bukti nyata mereka berhempas pulas untuk hidup sehingga tidak tahu apa lagi yang perlu dijimatkan.masih lagi penguasa angkuh mahu kita berjimat sedang mereka berfoya foya,sungguh kurang ajar dan menjengkelkan.

Wah,bukan main marahnya aku bila bicara tentang kehidupan ini tanty.kerana aku tak mahu angkuh seperti penguasa yang tidak kasihkan rakyat jelata  aku tak sampai hati beli baju mahal berkali kali...biarlah mereka bersoal jawab di depan Yang Maha Adil tentang apa yang mereka lakukan di dunia,aku begitu rindu kedatangan al mahdi almuntazar yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kedamaian,sehingga serigala akan menjaga kawanan kambing!

Errr,kau fahamkah perenggan akhir itu,sudah bercampur tentang kisah kezaliman dan keadilan penguasa pula.apa- apalah,tanty,banyak lagi mahu ku tulis. Tapi aku jengkel sungguh,banyak benar kesilapan ejaan,satu kerja nak mengedit.sebab itu aku suka taip atas keyboard,bukan atas skrin!

Jumpa lagi. Ada 20 hari lebih untuk jumpa semula.itupun kalau ada umur.semoga umur yang berbaki dapat dimanfaatkan.

(aku dah edit petang ni,24/11/2013 menggunakan keyboard dan pc.jauh bezanya. macam dah zero typing error kan..)

3 comments:

TANTYSTARP berkata...

Org yg x melalui apa yg kita lalui x akan faham apa yg kita rasa. Mereka bercakap dan membuat keputusan berdasarkan falsafah yg dipegang dan liku kehidupan yg mereka lalui. Kebanyakan org yg dah diatas akan lupa masa dia dibawah

Comels berkata...

so,kau macamana?belilah juga akhirnya,kan. macam aku!

TANTYSTARP berkata...

Ikut je le...tp klu x cntk siap...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com