Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 5 November 2013

warkah untuk Mia (2)





Assalamualaikum,anak mami yang sangat dikasihi. sekejap lagi ,waktu nak beranjak ke tarikh 5/11/2013. umur adik akan genap setahun 2 bulan! wah,adik dah besar lah sayang...cepatnya masa berlalu. seakan baru semalam mami membedung tubuhmu yang merah dan monggel itu.bila mami belek-belek semula gambar adik masa adik 3-4 bulan dulu,mami macam tak percaya yang adik sekarang dah pandai berlari,pandai bergurau dan pandai membebel!

adik yang mami kasihi,
bila adik dah pandai baca dan pandai memahami apa yang mami tulis ini, mungkin 10-15 tahun akan datang,jadikanlah ini sebagai tanda betapa sayangnya mami pada adik.tidak berbelah bagi. adik belahan jiwa mami dan bapak, mami penat sangat jaga adik 3-4 hari ni sebab rumah kita terkepung macam penjara,kita cuma boleh duduk bilik dan ruang tamu saja. Alhamdulillah, rezki mami dan bapak melimpah ruah sejak adik hadir dalam hidup kami. sepanjang hampir 10 tahun kami duduk rumah ni, tak pernah hirau pun nak tambah dapur ke,apa ke. tapi ,sekarang, tiba-tiba tergerak pula nak luaskan dapur sekangkang kera tu. jadilah nak, dapatlah adik lari-lari jauh sikit dari sekarang ni,berlegar kat ruang tamu aje.

memang rumah kita tak sebesar orang lain nak, tapi bersyukurlah nak, inilah yang mampu kita miliki, inilah syurga mami dan bapak,sekecil manapun,inilah tempatnya yang mami mahu pulang jika ke mana-mana. tak betah mami meninggalkannya berlama-lama lebih 3 hari,terkenang-kenang damainya ruang kecil yang ada di rumah kita ini.

maka mengertilah kau sayang, damai itu letaknya di hati,dan tempat yang kita diami dengan penuh kasih sayang.lama dulu mami tercari-cari erti bahagia hidup di dunia, dan akhirnya Allah yang maha penyayang memberikan bapak,seorang lelaki yang baik untuk mami.dialah tempat mami membina bahagia,lalu dengan keringat dan air mata serta tawa ria, inilah istana yang mampu kami beli hasil titik peluh sendiri. walau kecil,ia syurga,anakku. yang penting bapakmu tak merampok hak orang lain atau rakyat marhaen untuk cari tempat tinggal. (wah,mami perli siapa ni? tak perli sesiapa,siapa makan cili dia rasa pedas,nak).

adik sayang,

minggu lepas adik nak mengamuk aje kan. tidur salah,dokong marah,makan tak berapa selera, minum susu tak mahu,menangis saja sepanjang malam.mami paling risau sejak adik kena cirit birit haritu. pergi doktor, dia kata adik mungkin selsema biasa.  sekarang,setelah lebih seminggu berlalu, mami tahu kenapa adik meragam. gigi geraham adik dah tumbuh,2 batang,kiri kanan pula tu!patutlah adik nak mengamuk aje.sakit mulut rupanya.  mami tau pun sebab terpandang masa adik ketawa mengekek-ngekek sambil dongak-dongakkan kepala. bila mami pegang mulut adik,adik tutup rapat-rapat.tak mau tunjuk..mami bagitahu bapak, kepalang gembiranya dia. tapi mami dah agak dah, adik kalau meragam semacam mesti sebab nak tumbuh gigi. wah,nampaknya kena meragam banyak kali ke dik,sebab gigi adik baru12 batang! aduh,takutnya nak tunggu..



adik sayang,
adik cepat belajar. adik cepat tiru perbuatan sesiapa. hari tu,sembunyi-sembunyi mami perhatikan adik buat apa.adik bermonolog,macam marah seseorang,suruh duduk,budak tu degil,adik marah,adik tunjuk lantai suruh dia duduk. kelakar lah adik ni. adik suka pakai tudung mami,haritu, masa mami nak keluar ambil kain, adik cepat-cepat ambil tuala kat kerusi,suruh mami tutup rambut.oh anakku, terharu mami. adik sayang mami kan...mami pun sayang adik sangat. adik suka pakai tudung,nanti kalau jumpa tudung mami adik suruh mami pakaikan,lepastu adik jalan ke hulu ke hilir pakai tudung tu kan..  sekarang, adik pandai dah minta susu. adik sebut `se`! `se`! kemudian adik tuju ke tin susu dan tunjuk-tunjuk tin tu. tahulah mami adik nak susu..bila susu dah siap,adik pandai bawa diri, baring dekat tilam lembik adik.sambil layan blues tengok oasis,zikir ustaz-ustaz tu buat adik happy.

adik,mami harap adik kekal dengan gemarnya zikir,sekurang-kurangnya waktu maghrib tu adik terpaku depan tv  dengar benda bermanfaat. jangan tukar siaran lain tau nak, tengok oasis aje. mami tak suka adik tengok cerita melayu maghrib-maghrib tu,sebab nanti adik ketagih.dan siarannya sungguh tak sesuai bagi mami.susah untuk orang nak solat dengan tenang.

nak,buat masa ni, jangan tengok filem melayu lah nak .letih mami menengoknya. sikit-sikit samseng,rempit, gaduh-gaduh, cinta-cinta...hm. tak membangun jiwa betul. adik bagus tengok kungfu panda aje dik, banyak moral value dalam cerita tu.

adik sangat gembira bila bapak dan mami duduk-duduk dengan adik kan. nanti adik tunggang badan bapak macam kuda, lepastu korek pusat bapak sampai bapak jerit-jerit geli. lepastu gigit pinggang bapak sampai bapak jerit-jerit sakit.lepas tu adik suka buat muka dan keras-keraskan badan,buat gempak supaya mami panik kan. adik buat badan adik macam orang kena renjatan letrik,lepastu adik ketawa suka bila bapak dan mami tak kasi adik buat macam tu.

adik pun pandai buat suara sedih,pura-pura nangis guling-guling bila nak susu,sebenarnya adik berlakon aje kan...adik memang comel dan drama queen!

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com